Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 8 hari yang lalu
Daeng_Jati: 15 hari yang lalu
skater: 17 hari yang lalu
HIKAL: 36 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Rais Yatim cuba menyekat kerja amar ma'aruf..!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Rais Yatim cuba menyekat kerja amar ma'aruf..!

Please Mendaftar To Post


Oleh Rais Yatim cuba menyekat kerja amar ma'aruf..!

the_brOtherz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 533
Posting: 242
Dari: International Islamic University Malaysia

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-05-05 12:46


assalamua'laikum....

akhbar hari ini melaporkan...


Kabinet tangguh syor Jakim:
Garis panduan hiburan bercanggah dengan Perlembagaan: Rais

Oleh Nuraina Samad dan Azman Zakaria


KUALA LUMPUR: Kabinet menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga kajian mendalam dilaksanakan.





Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata persetujuan penangguhan pelaksanaan cadangan itu dibuat pada mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu lalu.

Katanya, beliau memaklumkan kepada Kabinet mengenai adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu, yang membuat pemantauan terhadap etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kugiran.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, katanya, masih menyelaraskan jawatankuasa itu yang ahlinya antara lain terdiri daripada wakil Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Jabatan Imigresen dan polis.

“Dengan adanya jawatankuasa untuk memantau industri muzik dan hiburan, tiada sebab bagi mana-mana badan untuk mewujudkan satu garis panduan baru bagi industri berkenaan, khususnya yang berkaitan agama.

“Jawatankuasa ini melaksanakan tugas dengan baik. Kita tidak ada masalah,” katanya kepada New Straits Times, semalam.

Pada 17 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, dilaporkan berkata garis panduan hiburan yang dicadangkan Jakim itu antara lain melarang penyiaran atau persembahan program hiburan ketika waktu solat.

Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap tidak melalaikan pendengar.

Sebelum itu, pada 6 Mei, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim, berkata Jakim sedang menyediakan garis panduan itu yang akan dibincangkan secara lebih mendalam bersama Majlis Fatwa Kebangsaan.

Rais kesal apabila Puspal tidak dimaklumkan oleh Jakim ketika jabatan itu membuat cadangan berkaitan garis panduan berkenaan.

“Saya tidak fikir kita menuju ke arah yang sama apabila kita menggunakan keputusan jawatankuasa, yang pada pandangan umum dianggotai berapa orang yang memahaminya, yang dipengerusikan oleh orang yang kuat pegangan agama.

“Pada pandangan saya, ini akan mewujudkan banyak konflik dan tidak akan membawa kepada hasil yang menggembirakan,” katanya.

Beliau percaya agama mesti digunakan untuk tujuan keagamaan semata-mata dan tidak dilaksanakan terhadap corak kehidupan rakyat Malaysia seluruhnya.

“Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

“Melaksanakan peraturan keagamaan seperti ‘apa yang boleh dan tidak boleh dibuat’, bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam udang-undang,” katanya.

Rais menjelaskan, kekeliruan timbul apabila perkara itu tidak dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan yang bertanggungjawab terhadap perlakuan ahli muzik dan penghibur di negara ini.

Beliau sudah berjumpa dengan jawatankuasa berkenaan dan akan memaklumkan semula kepada Kabinet 1 Jun ini. Selain itu, perbincangan akan diadakan dengan pemuzik, penghibur dan stesen televisyen untuk mendapatkan maklum balas.

“Jadi, sekarang saya nyatakan tangguhkan dulu. Saya sedang membuat kajian lagi. Jangan laksanakannya lagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Ismail ketika dihubungi berkata, sekiranya ada jawatankuasa pemantauan, ia perlu digerakkan sepanjang masa bagi memastikan setiap pertunjukan hiburan mematuhi garis panduan atau kehendak jawatankuasa berkenaan, sesuai dengan budaya masyarakat negara ini.

Beliau menjelaskan, apa yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini ialah berdasarkan persembahan hiburan yang dilihat tidak mengikuti sebarang panduan berkaitan waktu dan cara berpakaian.

“Adanya jawatankuasa pemantauan bererti kita ada garis panduan tetapi nampaknya ia tidak dilaksanakan. Kita harap ia akan dikuatkuasakan. Jika perlu, garis panduan itu perlu dihebahkan untuk makluman orang ramai supaya masyarakat umum tahu mengenainya,” katanya.

Dr Ismail berkata, satu ketika dulu pernah ada garis panduan pakaian untuk persembahan artis wanita di Radio Televisyen Malaysia (RTM), manakala artis lelaki berambut panjang pula perlu memotong rambut untuk persembahan di televisyen.

“Tetapi tiba-tiba ia seperti ia tidak diteruskan. Ini menimbulkan keraguan dan berdasarkan inilah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memberikan cadangan berkaitan garis panduan bagi pertunjukan hiburan,” katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For the_brOtherzProfil   Hantar PM kepada the_brOtherz   Pergi ke the_brOtherz's Website   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-05-05 12:59


Quote:

On 2005-05-28 12:46, the_brOtherz wrote:
Beliau percaya agama mesti digunakan untuk tujuan keagamaan semata-mata dan tidak dilaksanakan terhadap corak kehidupan rakyat Malaysia seluruhnya.
........

“Melaksanakan peraturan keagamaan seperti ‘apa yang boleh dan tidak boleh dibuat’, bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam udang-undang,” katanya.



pemikiran sekular btul rais nie..

dan ckit2 pakai artikel 8(a) nie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

the_brOtherz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 533
Posting: 242
Dari: International Islamic University Malaysia

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-05-05 12:59


beberapa kenyataan yg menarik yg dikeluarkan oleh beliau


[quote]
On 2005-05-28 12:46, the_brOtherz wrote:

Katanya, beliau memaklumkan kepada Kabinet mengenai adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu, yang membuat pemantauan terhadap etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kugiran.


“Dengan adanya jawatankuasa untuk memantau industri muzik dan hiburan, tiada sebab bagi mana-mana badan untuk mewujudkan satu garis panduan baru bagi industri berkenaan, khususnya yang berkaitan agama.

“Jawatankuasa ini melaksanakan tugas dengan baik. Kita tidak ada masalah,” katanya kepada New Straits Times, semalam.


-adakah betul jawatankuasa ini melaksanakan kerja2 yg baik, dari segi realitinya sekarang tidak begitu......rancangan berbentuk hiburan skrg ini banyak memonopoli rancangan di televisyen skrg tanpa mengira waktu.......oleh itu harus ada garis panduan yg baru yg lebih ketat dalam memastikan ia betul2 terlaksana

beliau juga berkata...

Beliau percaya agama mesti digunakan untuk tujuan keagamaan semata-mata dan tidak dilaksanakan terhadap corak kehidupan rakyat Malaysia seluruhnya.

“Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

“Melaksanakan peraturan keagamaan seperti ‘apa yang boleh dan tidak boleh dibuat’, bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam udang-undang,” katanya.


-pemikiran jenis apa ini....? cuba memisahkan agama dan cara hidup....! seolah2 beliau membawa pemikiran sekularisme ke dalam masyarakat, kenyataan ini amat bahaya terutamanya kepada mereka yg jahil tentang agama.....





Bookmark and Share

    


  Member Information For the_brOtherzProfil   Hantar PM kepada the_brOtherz   Pergi ke the_brOtherz's Website   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-05-05 16:17


Ya Allah Ya Tuhanku..Kau lindungilah kami dari kesesatan yang nyata...



Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 29-05-05 12:19


Perlembagaan mana yang lebih tinggi?

-----------------
Image hosted by Photobucket.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-05-05 16:32


dah terbukti kerajaan sekarang tak islamic..
kata negara islam, pasal tu pun masih nak tangguh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-05-05 17:37




Kata2 Dr.Yusuf Qardhawi-Musibah yang paling tragis yang menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau dan menjadikan senda gurau sebagai agama....Bagaimana tidak,kita telah tergila2 menghiasi tembok masjid dgn ayat2 Al-Quran,tapi tidak menghiasi kehidupan kita dgn al-quran....

" Orang2 yang menjadikan agamanya sebagai senda gurau,sedang mereka telah terpedaya dengan kehidupa dunia" (Al-A'raf 51)

Ya ALLAH...jadikanlah kami dari golongan hambaMU yang melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar...amin Ya Rabb...

-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-05-05 10:07




hemmmm
Jawatan kuasa Puspal, polis moral.......ana taj terkejut kalau kitsiang atau karpal singh yang sebut...
ini Rais Yatim................


jawatan dan kuasa.....berjawatan dan berkuasa.......
tak boleh harap..............
................. sekularis...gaya nya macam ada....
nak kaji apa lagi.....


Rais Yatim ..Clown of The Month........

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 30-05-05 10:17


Quote:
kata nak wujudkan islam hadhari tp rasanya islam terlari yang ada.itulah akibat klu menggunakan akal dan logik dlm membuat sesuatu.Biasalah politicians,nak jaga kepentingan diri dia juga.



Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

mujaiid_86
Warga Rasmi
Menyertai: 08.05.2005
Ahli No: 16379
Posting: 8
Dari: Sungai Petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-05-05 13:10


Moga Allah beri petunjuk kepada saudara Rais Yatim.......



Membangun bersama Islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujaiid_86Profil   Hantar PM kepada mujaiid_86   Quote dan BalasQuote

the_brOtherz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 533
Posting: 242
Dari: International Islamic University Malaysia

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-05-05 15:46


melihatkan kenyataan tersebut jelas sudah beliau seorang pendokong kepada pemahaman islam liberal .....!

Bookmark and Share

    


  Member Information For the_brOtherzProfil   Hantar PM kepada the_brOtherz   Pergi ke the_brOtherz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112183 saat. Lajunya....