erm....saya setuju dengan saudara ikhmal..
tapi rata2 sekarang,student hanya menerima apa sahaja
tawaran yang datang sama ada dari IPTA/IPTS
mungkin kerana tiada pilihan lain....
mereka terpaksa menerima tawaran tersebut
walaupun kursus yang ditawarkan agak berat
berbanding dengan kemampuan pelajar itu sendiri..
sebagai contoh,baru-baru ini kawan baik saya telah
ditawarkan kursus kejuruteraan UIAM bagi ambilan ke-2
sedangkan pelajar2 ambilan ke-2 kebanyakannya
terdiri daripada mereka2 yang membuat rayuan stlh
tidak berjaya mendapat tempat bagi ambilan pertama
hairannya,bagaimana pelajar ambilan pertama
yang majoritinya boleh dikatakan 'excellent'
terpaksa bersaing dengan pelajar2 cemerlang yang lain
untuk mendapatkan tpt terutamanya bagi kursus kejuruteraan
dan perubatan....ada di kalangan 'top student'
yang terpaksa akur dengan kursus yang mereka dapat
seperti ekonomi,sains teknologi or IT sedangkan
kemampuan mereka lebih daripada itu.....
apabila 2nd intake dilakukan,pelajar2 yang kurang cemerlang
akan ditawarkan mengisi kerusi2 'kosong' yang
ditinggalkan oleh pelajar2 cemerlang yang menolak
tawaran...mungkin kerana mendapat tajaan ke luar ngr,dsb..
maka,pelajar2 2nd intake ini terpaksa menerima
kursus yang ditawarkan walaupun ia agak 'heavy' bagi mereka
jika diikutkan syarat yang ditetapkan
syarat minima untuk mengikuti jurusan kejuruteraan misalnya
kepujian dalam subjek add maths,fizik,kimia dan BI
tetapi,bagi intake ke2,syarat ini tidak lagi diperhatikan
dengan sebab itu,pelajar2 yang mendapat 7D turut sama
ditawarkan kursus berkenaan...
tidakkah kemampuan mereka kurang berbanding
pelajar ambilan pertama yang semestinya akan memberikan
saingan yang hebat kepada mereka...
apabila ditanya kepada mereka yang ditawarkan 'peluang kedua' ini
mereka pastinya akan menjawab:"takpela,insyaAllah boleh.."
walaupun hakikatnya,mereka tidak meminati kursus yang ditawarkan..
dan terpaksa menanggung subjek2 diluar keupayaan mereka.
pada pandangan antum,apakah sebaik2 keputusan yang patut diambil
menerima tawaran IPTA atau menolak dan apply kursus yang sesuai di IPTS sahaja?