Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 19 hari yang lalu
izdham: 28 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 38 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Rokok......oh.......rokok!!!!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Rokok......oh.......rokok!!!!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Rokok......oh.......rokok!!!!!!!

mujaiid_86
Warga Rasmi
Menyertai: 08.05.2005
Ahli No: 16379
Posting: 8
Dari: Sungai Petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 22:14


Kepada Kaum lelaki dan Pompuan yang merokok ataupun tak ...........
ana tanyoooo cikit .......
ape yang syok sangat ngan merokok niee......????????
kalu syok.......boleh bagi petua tak camna nak starting merokok........hehehe

Satu lagi,kawan ana kata yang syok nye adalah
1. dapat menunjukkan keberanian hisap rokok(bila kat sekolah,langgar peraturan)
2.menunjukkan kita orang kaya bcoz dapat beli rokok (kalah aiskrim conetto)
3.me'relek'kan fikiran
4.salah satu cara nak ngorat pompuan (menunjukkan ke'macho'an)
5.dapat menghalau nyamuk
6.memberi kesegaran minda bila nak study
7.meningkatkan pendapatan ekonomi negara

kepada memba-memba portal ukhwah ........
betul ke semua kenyataan ini.......atau sebaliknya

[ Posting ini telah di edit oleh: mujaiid_86 pada 2005-05-27 07:37 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: mujaiid_86 pada 2005-05-27 16:43 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujaiid_86Profil   Hantar PM kepada mujaiid_86   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 22:57


kita kan tau merokok nie membahayakan kesihatan. kalau merokok umpama kita menzalimi diri sendiri. Allah telah memberikan nikmat kesihatan, tapi kita plak yang menindakkan nikmat kesihatan yang diberikan olehNya. jadi nasihat ana tak perlulah nak tau macam mana petua nak start merokok. lebih baik tanya petua yang dapat memberi faedah, yang dapat meletakkan kita di landasan Islam yang sebenar.

'Prevention is better than cure'

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 23:30



-bagi sya yg kadangkala merokok n tak merokok ni,benda tu sbenarnya takde faedah pun.orang selalu kata la benda ni syok bila menghisapnya,boleh hilang ngantuklah n bnyk lagilah...namun itu semua alasan je tu.tak de apa2 pun.kebetulan ada la.
-sya merokok pun bukannya apa,saja je nk rilekskan diri,tenangkan diri jika tension sngt.tu tebiat sya masa exam spm hingga skrng.takde la sampai ketagih hingga sehari tu 10 batang rokok macam tu nk hisap.dlm sehari pun paling maksimum sya merokok sekali je,tak pun seminggu macam tu tak merokok pun.
-tu lah,takde faedah pun nk hisap benda ni.buang karan elektrik je(bazir),faedah nk sakit adalah.
-apa pun jangan cuba la...benda tu takde apa dengannya.

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

budakkedah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.05.2005
Ahli No: 16701
Posting: 67
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 27-05-05 00:10


ada apa dengan rokok?....
ala.....nak tunjuk macho la konon..
bakar duit je isap benda tu @kdim

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For budakkedahProfil   Hantar PM kepada budakkedah   Pergi ke budakkedah's Website   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 00:10


Hukum Menghisap Rokok

Dalil ulamak yang mengharamkannya

Para ulama yang mengharam merokok bersandar kepada beberapa iktibar syarak yang menghimpun perkara-perkara di bawah:

1. Mabuk

Sebengah mereka mengatakan merokok juga memabukkan, jadi setiap yang memabukkan itu haram. Maksud memabukkan menurut pendapat mereka ialah menutup akal secara mutlak sekali pun tiada "kerosakan" yang teruk. Menurut mereka: Tidak syak lagi bahawa ia memberi kesan kepada sesiapa yang mencubanya buat kali pertama.

Sebahagian mereka pula berkata: Setiap yang memabukkan sama ada diminum atau dihisap bererti merangsangkannya dan menghilangkan akalnya dengan menyempitkan pernafasan, maka ia dikira daripada jenisnya.

Mabuk dari segi ini bukanlah mabuk akibat kelazatan dan keseronokan. (2)

Setengah ulamak juga berpendapat bahawa tidak harus berimam dengan orang yang meminumnya (menghisap).

2. Mengkhayal dan Memeningkan

Menurut mereka jika tidak sesuai dikatakan dia mabuk, maka dia (rokok) memening dan mengkhayalkan. Imam Ahmad dan Abu Daud ada meriwayatkan dari Ummu Salamah bahawa Nabi saw melarang setiap yang memabukkan dan mengkhayalkan. (3)

Menurut mereka, sesuatu yang mengkhayalkan ialah apa yang mewariskan khayalan dan pening dalam keturunan.

Jadi memadailah hadis ini sebagai bukti mengenai pengharamannya.

3. Kesan buruk atau kemudaratan (bahaya)

Kesan-kesan buruk yang mereka sebut di sini terbahagi kepada dua bahagian:

A: Kesan Fizikal:

Ia melemahkan kekuatan badan, mengubah warna wajah kepada kekuningan dan menderita batuk yang teruk yang boleh membawa kepada sakit paru-paru.

Apa yang disebut oleh sesetengah cerdik pandai di sini ialah: Tiada beza dalam mengharamkan sesuatu yang memudaratkan, di antara yang bahayanya sekaligus (datang serta merta sekali) atau beransur-ansur. Yang beransur-ansur itu yang paling banyak berlaku.

B: Kesan dari segi kewangan:

Kita maksud di sini bahawa dengan merokok berlaku pembaziran wang, membelanjakannya kepada apa yang tidak berfaedah kepada badan dan roh. Tidak memberi faedah juga kepada dunia dan akhirat. Nabi saw telah melarang dari menghabiskan wang dan harta.

Allah SWT berfirman:

"]anganlah kamu membazir, sesungguhnya orang membazir itu saudara syaitan. Syaitan pula kufur terhadap Tuhannya. " (Al-Isra': 27)

Salah seorang ulama berkata:

"Jika seseorang itu mengakui bahawa merokok itu ada faedah, maka ia harus diharamkan bukan kerana dari segi penggunaan, bahkan dari segi menghabiskan harta benda, di mana tiada beza menghabiskan harta dengan sebab mencampakkan harta itu ke dalam laut atau membakarnya dan pelbagai cara lain untuk memusnahkannya."

Salah seorang ulama Mesir yang mengharamkan merokok pada masa lalu ialah Syeikhul Islam Ahmad al-Samhuri al-Buhuti al-Hambali dan seorang ulama bermazhab Malik, Ibrahim al Laqqani. .

Ulama Maghribi pula ialah Abu al-Ghaith al-Qashas al-Maliki. Ulama Damsyik ialah Najmuddin bin Badruddin bin Mufassir alQuran, alArabi al-Ghazi al-Aamiri al-Shafie. Manakala seorang ulamak dari Yaman pula ialah Ibrahim bin Jamaan dan muridnya Abu Bakar bin al-Ahdal.

Dari kalangan Ulamak al-haramain (Makkah dan Madinah) Abdul Malik al Assani dan muridnya Muhammad bin Allamah serfs Sayid Umar al-Basri.

Di jajahan Rome (Turki) pula, Sheikh al-Anzam Muhammad alKhwajah, Isa al-Sahwai al-Hanafi, Makki bin Furuk al-Makki dan Sayyid Saad al-Balkhi al-Madani.

Mereka semua adalah para ulamak yang mengeluarkan fatwa bahawa merokok itu haram dan ditegah dari mengamalnya.

[ Posting ini telah di edit oleh: ana_MUSLIMAH2606 pada 2005-05-27 00:22 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 00:23


Asas atau Sandaran Golongan Yang Berpendapat Merokok itu Makruh

Golongan yang berpendapat bahawa merokok itu makruh bersandarkan pendapat mereka kepada perkara-perkara berikut:

1.Ia tidak terkeluar dari jenis kemudaratan, lebih-lebih lagi jika terlalu banyak (merokok). Sedikit-sedikit pun membawa kepada banyak.

2. Mengurangkan harta. Jika ianya bukan membazir, melampau atau menghilangkan, ia tetap mengurangkan harta. Adalah lebih elok jika disedekahkan kerana itu lebih berfaedah kepada dirinya dan orang lain.

3. Bau busuk yang menganggu orang yang tidak menggemarinya dan menyakitkan hatinya. Jika begitu, maka ia menjadi makruh seperti juga makan bawang dan lain-lain lagi.

4. Mencacatkan maruah diri jika dibandingkan dengan golongan yang mempunyai kelebihan dan kesempurnaan.

5. Melalaikan dari mengerjakan ibadat dengan sempurna.

6. Orang yang biasa atau ketagih merokok, jika dia tidak memperolehinya beberapa hari, nescaya kelam-kabutlah dibuatnya.

7. Seperti itu juga, jika berada dalam satu majlis, tidak patut dia merokok atau jika tidak akan mendapat malu dari hadirin.

Sheikh Muhd. Abu Sahl bin al-Waaidz al-Hanafi:

"Dalil yang menunjukkan makruh jelas, yang menunjukkan haram, masih diragukan. Sesuatu yang makruh biasanya ditinggalkan, hak dikira makruh seperti bawang besar. Jadi rokok ini lebih-lebih lagilah. Menghalang perokok dari memasuki masjid dan menghadiri perhimpunan adalah tindakan yang lebih baik."

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 00:25


Asas Kepada Yang Mengatakan Ianya Harus

Golongan yang mengharuskannya pula berpegang dengan kaedah bahawa harus adalah asal kepada semua perkara. Dakwaan yang mengatakan ianya memabukkan atau mengkhayalkan adalah tidak benar. Ini kerana mabuk ialah menghilangkan akal sedangkan anggota badan lain bergerak. Manakala mengkhayalkan adalah situasi hilang akal dan kurang pergerakan badan. Kedua-duanya tidak terjadi kepada perokok. Ya, orang yang tidak biasa juga apabila merokok akan menyebabkan dia tertekan dan tersedak. Ini tidak sampai mengharamkannya.

Dakwaan yang mengatakan ianya membazir pula tidak boleh dikhususkan daripada rokok sahaja.4

Ini adalah pendapat Sheikh Abdul Ghani al-Nabulsi.

Sheikh Mustafa al-Sayuti al-Rahbani pula menulis dalam kitab penjelas bagi " Ghayatal-Muntaha", sebuah kitab fiqah mazhab Hanbali:

Setiap orang yang berpengetahuan patut sedar tentang perkara-perkara usul dan cabang agama. Jika dia tidak berminat untuk mengetahuinya kerana menurut hawa nafsu dan dia ditanya mengenai amalan merokok sekarang selepas dia memberitahu dan orang lain pula telah tahu.

Di samping pembatalannya terhadap dakwaan orang-orang yang menyokong pendapat bahawa ia memberi kesan buruk terhadap akal dan badan, nescaya dia akan menjawab ianya harus. Ini kerana asal sesuatu perkara yang tiada kemudaratan dan juga tiada nas yang mengharamkannya ialah halal dan harus, sehinggalah syarak mengharamkannya. Para hakim sependapat bahawa sebarang hukuman berdasarkan akal dan pendapat sahaja tanpa sandaran syarak adalah batal5

Ini pendapat Sheikh itu berdasarkan apa yang jelas pada beliau pada waktunya. Kalaulah dia tahu tentang kesan buruknya hari ini, nescaya dia akan menukar pendapatnya dengan penuh yakin.

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 00:25


Orang Yang Berpendapat Perlu Kepada Penelitian

Golongan ini berkata:

"Tumbuhan ini (tembakau) pada zatnya adalah bersih, tidak memabukkan, tidak memudaratkan dan tidak mengotorkan. Maka pada asalnya ia harus. Kemudian datang hukum syarak mengenainya:

Sesiapa yang menggunakannya tanpa sebarang kesan tidak elok pada badan dan akalnya, maka harus baginya.

Siapa yang menerima kesan buruk akibat penggunaannya maka haram hukumnya, sama seperti penggunaan madu jika madu tersebut meninggalkan kesan buruk ke atasnya.

Siapa yang memanfaatkannya untuk mencegah keburukan seperti penyakit, maka dia wajib menggunakannya."

Hukum-hukum ini tetap atau sabit secara mendatang dan pada zatnya adalah harus.

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 00:28


Pendapat Ulamak Kontemporari (Semasa)

Bila kita mengalihkan pandangan dari golongan terdahulu, dan menghala pula kepada pendapat-pendapat ulamak kontemporari, kita mendapati mereka juga berbeza-beza dalam mengeluarkan hokum.

Salah seorang daripada mereka iaitu Syeikhul Hasanain Makhluf, Mufti Mesir dahulu yang menyaksikan berleluasanya pendapat Ulamak terdahulu bahawa asal pada hukumnya ialah harus. Dia juga diajukan hukum haram atau makruh bila ia menghasilkan kesan buruk sedikit atau banyak pada jiwa atau harta atau pun kedua-duanya sekali.

Juga membawa kepada kerosakan, kehilangan hak seperti pengurangan hak (nafkah) isteri dan anak-anak atau orang yang wajib diberi nafkah pada pandangan syarak apabila dia membelanjakan wang itu untuk membeli rokok. Apabila ini ternyata hukumnya adalah makruh atau pun haram menurut kekuatan dan kelemahannya. Apabila tiada kesan-kesan sebegitu, bererti ianya halal.6

Ada juga yang tegas mengatakan ianya haram dan mereka mengeluarkan risalah-risalah dan kita dapati ramai Ulamak yang mengharamkannya, lebih-lebih lagi jika yang merokok itu ialah alim-ulamak (agama). Sheikh Mohammad Ibn Manii, seorang ulamak besar Qatar dan juga Pengarah Institut Maarif al-Saudiah pada masanya pernah berkata dalam "Hasyiah" (ulasan) terhadap kitab 'Ghayat alMuntaha'' jilid 2 muka surat 332:

"Pendapat yang mengatakan ianya harus adalah tidak logik sama sekali. Bilangan perokok tidak bertambah kerana bahaya dan kesannya sudah diketahui, baunya pula tidak menyenangkan. Wang dihabiskan untuk benda yang tidak berfaedah. Maka janganlah dipedulikan katakata yang mengharuskannya. Kalau diambil pun pasti akan meninggalkan juga pendapat itu kecuali (kata-kata) Rasulullah. Mudah-mudahan apa yang lebih betul dan jelas dari segi buktinya ialah yang diperkatakan oleh Sheikh Mahmood Syaltut, Syeikhul Azhar dalam fatwanya." 7

"jika tembakau (tobacco) tidak memberi kemabukan dan tidak merosakkan akal, ia tetap mempunyai kesan buruk yang dapat dirasai oleh perokok sendiri pada taraf kesihatannya dan juga bukan perokok.

Para doktor telah menghalalkan segala isi kandungannya walhal mereka tahu ada unsur racun di dalamnya yang boleh memberi kesan walaupun memakan masa yang lama terhadap kebahagiaan dan ketenangan hidup manusia. Justeru itu tidak syak lagi ia mempunyai keburukan dan bahaya. Keburukan dan bahaya ini adalah sesuatu yang membahayakan pada pandangan Islam.

Jika kita melihat ini melalui wang yang dibelanjakan, kita dapati ramai penghisap memerlukannya atau pun perlu membelanjakan wang kepada benda lain yang lebih berfaedah. Kalau kita melihat kepada sudut ini, kita dapat lihat aspek kewangan yang menyebabkan syarak menghukumkan merokok itu tidak harus dan membahayakan.

Dari sini kita dapati dengan pengetahuan yang jelas tentang kesan tembakau terhadap kesihatan dan wang, ianya adalah di antara benda yang dibenci oleh syarak. Islam menghukum sesuatu itu haram atau pun makruh, tidak bergantung kepada ada atau tiadanya nas yang tertentu mengenainya.

Nilai hukum-hukum dan kaedah-kaedah syarak umum dalam mengetahui dan mencari hukum, dengannya membuktikan bahawa Islam mempunyai kekuatan meletakkan sesuatu hukum, halal atau pun haram pada segenap perkara yang berlaku pads manusia.

Caranya ialah melalui pengkhususan dan kesan-kesan yang biasa pada sesuatu. Mungkin mudaratnya membahayakan, mungkin juga faedahnya mengatasi maka jadilah ia harus. Jika manafaat dan mudaratnya sama sahaja maka mencegah adalah lebih baik daripada merawat."(

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 00:30


Penyelesaiannya:

Jelas bagi saya bahawa segala perselisihan yang kita bawa di sini dari Alim Ulamak mazhab, ketika munculnya tembakau dan tersebar penggunaannya dan ketika mereka berselisih pendapat dalam mengeluarkan hukum syarak mengenai penggunaannya.

Puncanya bukanlah kerana perbezaan dalil tetapi kerana perbezaan tentang "tahqiq al-Manat" iaitu melihat pada adanya "illat (alasan atau sebab)'' yang sabit melalui cara mengetahui illat pada satu kejadian (occasion) yang tidak dibawa oleh nas.

Maksud saya mereka semua sepakat bahawa sesuatu yang telah sabit membawa kesan buruk ke atas badan atau akal, haram digunakan.

Akan tetapi mereka berbeza pendapat dalam meletakkan hukum ini ke atas tembakau.

Di. kalangan mereka ada yang menetapkan beberapa faedahnya. Ada juga menetapkan keburukannya yang wujud bersama kebaikan. Ada pula yang tidak mengakui sebarang faedah pun padanya tetapi menafikan juga keburukan dan pelbagai lagi.

Ini bererti jika mereka menekankan kewujudan sebarang keburukan pada benda itu nescaya mereka mengharamkannya tanpa apa-apa pertikaian.

Di sini kami berpendapat bahawa mensabitkan keburukan tembakau (rokok) mempunyai kesan negatif pada badan atau menafikannya bukanlah urusan ulamak-ulamak feqah bahkan itu semua adalah urusan doktor dan pakar perubatan. Merekalah yang sepatutnya ditanya kerana mereka adalah cendekiawan dan banyak pengalaman.

Allah SWT berfirman:

"Maka tanyakanlah tentang itu kepada Yang Maha Mengetahui" (Al-Furqan: 59)

Firman Nya lagi:

"Tidak ada yang dapat memberitahu engkau (akan sesuatu) sebagaimana yang diberitahu oleh Yang Mafia Mengetahui" Al-Fathir: 14

Pakar-pakar perubatan dan doktor telah pun menjelaskan mengenai akibat buruk merokok terhadap badan manusia secara umum dan kesannya ke atas paru-paru dan saluran penlafasan secara khusus. Disamping kesan buruk ke atas kesesakan nafas yang menyebabkan semua cerdik pandai pada tahun-tahun terakhir ini melaungkan agar merokok itu diharamkan.

Sebahagian dari kesan buruk tidak lagi memerlukan perakuan dari doktor pakar atau pun ahli kimia. Ini kerana ia telah sedia dimaklumi oleh masyarakat dari kalangan celik huruf dan juga golongan yang tidak berpelajaran.

Perlu disebutkan di sini apa yang dipetik dari sesetengah ulamak bahawa risiko yang beransur-ansur ataupun risiko mengejut adalah haram.

Oleh itu mengambil "racun" yang cepat bertindak balas pada badan dan racun yang lambat tetap haram tanpa syak lagi.

Berdasarkan pendapat ini, perselisihan fatwa ulamak mengenai haram dan harus tembakau adalah berdasarkan kepada kesan-kesan buruk yang dikenal pasti oleh mereka.

Mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak: "Bagaimana kamu boleh mengharamkan tanaman seperti ini tanpa ada nas?"

Jawabnya: Tidak penting bagi syarak untuk menaskan setiap benda haram. Ia meletakkan peraturan atau kaedah-kaedah yang diikuti oleh pelbagai benda dan objek. Kaedah-kaedah ini boleh dibilang manakala benda-benda itu tidak mungkin dapat dibilang (kerana banyak).

Cukup bagi syarak untuk mengharamkan sesuatu yang tidak baik atau memudaratkan, termasuk di bawahnya makanan atau pun minuman yang merosakkan.

Oleh itu, ulamak telah bersepakat mengatakan ganja dan dadah-dadah lain juga adalah haram, sekali pun tiada nas tertentu yang menjelaskan pengharamannya secara khusus.

Kami berpendapat bahawa Imam Abu Muhd Ibn Hazm alZahiri ini berpegang pada nas secara perkataannya dan zahir nas itu, sedangkan sesuatu yang memudaratkan apabila dimakan dihukumkan haram berdasarkan keumuman nas-nas. Beliau berkata:

"Setiap apa yang memudaratkan, maka ia haram, berdasarkan sabda Nabi saw:

"Sesungguhnya Allah telah menulis ihsan (kasihan) ke atas segala-gala, maka sesiapa yang memudaratkan dirinya atau orang lain, maka dia tidak bersikap kasihan. Sesiapa yang tidak berkasihan, bererti dia telah menyalahi ketetapan ihsan Allah ke atas tiap sesuatu." (9)

Hukum ini boleh juga bersandar kepada dalil hadis ini:

"Tiada mudarat dan tiada memudaratkan."

Begitu juga dengan berdalilkan firman Allah:

"Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah berbelas kasihan terhadap kamu." (An-Nisa': 29)

Salah satu ibarat (nukilan) fikah dalam mengharamkan pengambilan benda-benda yang memudaratkan ialah ibarat dari Imam alNawawi di dalam kitab 'Raudah'nya. Beliau menyebut:

"Sesuatu yang memudaratkan apabila dimakan seperti kaca, batu dan racun, maka haram dimakan. Setiap benda bersih yang tidak memudaratkan bila dimakan, maka ianya halal, kecuali benda yang dianggap kotor tapi "bersih" seperti mani dan hingus. Ianya haram hingga katanya; ubat yang mengandungi racun dalam kuantiti sedikit harus diminum jika ia selamat pada kebiasaannya dan diperlukan."

Ada orang berpegang dengan kaedah: Asal pada sesuatu perkara itu adalah harus kecuali apa yang dinaskan haram oleh syarak.

Untuk menjawab sebagai balasan kepada golongan di atas, ulamak usul membelakanginya dan berkata:

"Asal sesuatu perkara ialah haram kecuali apa yang diharuskan oleh syarak."

Apa yang benar dari pendapat tersebut ialah asal pada perkara-perkara yang berfaedah ialah harus berdasarkan firman Allah SWT mengenai segala pemberian nikmat kepada hamba Nya.

"Dialah yang mencipta bagimu seluruh yang ada dibumi. (Al-Baqarah: 29)

Dan Allah SWT tidak memberi sesuatu nikmat itu jika ianya diharamkan ke atas mereka dari menggunakannya.

Mengenai kemudaratan pula; ia adalah apa sahaja yang merosakkan badan atau jiwa atau kedua-duanya. Maka asalnya ia adalah haram.

Mengenai merokok terdapat sejenis keburukan yang tidak boleh dilupakan, satu keburukan yang tidak boleh dinafikan lagi iaitulah dari segi kewangan. Maksud saya menghabiskan wang pada sesuatu yang tidak berfaedah sama ada untuk dunia atau pun agama, lebih-lebih lagi apabila harganya meningkat dan terlalu mengikut nafsu untuk mendapatkannya hinggakan ada di antara mereka yang telah membelanjakan daripada peruntukan untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

Mengenai ketenangan jiwa yang diperolehi oleh sesetengah orang dengan merokok, ianya bukanlah faedah atau kebaikan zat merokok tetapi kerana kebiasaan dan ketagihannya. Kerana itulah ia merasa tenang untuk menggunakannya. Inilah keadaan setiap orang yang merokok walau pun ia membawa keburukan dan kesan negatif.

Imam Ibnu Hazm dalam kitab '('Muhalla'10 berkata:

"Melampau (membazir) adalah haram, iaitu:

1. Menafkahkan pada perkara yang diharamkan oleh Allah SWT sedikit mahupun banyak, walaupun ianya sebahagian daripada perkara yang perlu diganti.

2. Atau membazir pada perkara yang tidak perlu, yang tidak mengekalkan kekayaan orang yang berbelanja itu.

3. Atau menghilangkan harta sekali pun sedikit dengan mencampakkannya dengan sia-sia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir."

Membelanjakan wang untuk merokok di sini adalah menghilangkannya.

Says juga merasa hairan dengan pendapat salah seorang ulamak yang telah saya petik sebagai berkata sebelum ini. Jika seseorang itu mengaku tiada sebarang faedah dengan merokok, maka haruslah ia diharamkan, itu dari segi ia menghabiskan wang. Ia juga tiada beza di antara mengharamkan dan menghilangkan harta serta mencampakkannya ke laut, melontar ke dalam api ataupun sebagainya.

Bagaimana jika ada kemudaratan yang pasti atau pun ragu-ragu bersama-sama dengan menghabiskan wang itu iaitu merosakkan harta (wang) dan badan sekali?

Alangkah peliknya bagi orang yang sanggup membeli kemudaratan badannya dengan mengeluarkan hartanya dengan sukarela.

Terdapat kemudaratan lain yang dilupakan oleh kebanyakan penulis topik ini, iaitulah kesan buruk kepada jiwa. Maksud saya ialah dengan membiasakan diri merokok dan seumpamanya, bererti memperhambakan kehendak manusia dan menjadikannya tawanan bagi kebiasaan yang tidak baik ini. Dia juga tidak berdaya untuk membebaskan dirinya dengan mudah apatah lagi jika dia sendiri suka berbuat demikian tanpa mengira apa sebabnya.

Contohnya timbul kesan buruk terhadap dirinya atau terhadap pendidikan anaknya ataupun pada hajatnya untuk menafkahkan wangnya kepada sesuatu untuk yang lebih bermenfaat dan lebih wajib dan sebagainya.

Melihat kepada perhambaan jiwa, kita mendapati sesetengah perokok melupakan nafkah anak-anaknya dan keperluan dari nafkah keluarganya hanya kerana tabiatnya ini yang dia juga tidak berupaya untuk membebaskan diri daripadanya.

Bila dia tidak berdaya menahan diri daripada merokok walaupun sehari sama ada kerana halangan dalaman atau pun luaran, maka hidupnya tertekan, pertimbangannya sudah tidak sempurna, keadaannya pula teruk, fikirannya bercampur baur dan sendi-sendinya pula menjadi lemah tanpa sebab.

Tidak syak lagi bahawa "penyakit-penyakit" ini perlu diambil kira dalam menghukum perbuatan merokok.

Apa yang nyata dari kepincangan yang kita sebutkan tadi ialah menggunakan pendapat harus bagi merokok adalah tidak berasaskan bahkan ia adalah satu kesalahan yang nyata dan terpesong dari tajuk secara keseluruhannya. Cukup dengan melihat kepada aspek bahawa ia hanya menghabiskan wang untuk sesuatu yang tidak berfaedah serta akibat sampingan seperti menghasilkan bau yang kurang enak dan banyak lagi penyakit dan kemudaratan yang sudah pasti dan kemungkinan akan meriimpa diri perokok itu.

Sekalipun untuk pendapat ini (harus) ada ruang asasnya, iaitu ketika permulaan penggunaan tumbuhan ini (tembakau) pads tahun 1000 Hijrah, di mana para cerdik pandai ketika itu tidak menekankan sangat kemudaratannya. Kita dapati pada zaman kita ini tiada ruang logik untuk mengharuskannya apatah lagi setelah pelbagai pertubuhan kedoktoran dan akademik menjelaskan tentang bahaya serta kesan buruknya secara umum dan khas berserta dengan bukti-bukti statistik.

Cukuplah rasanya bukti-bukti bancian yang mengandungi perakuan kebanyakan pertubuhan kedoktoran yang disegani di dunia.

Bila gugur pendapat yang mengharuskan merokok, apa yang kekal ialah sama ada ianya makruh atau pun haram.

Sesungguhnya sudah jelas tentang sudut-sudut pengharamannya berserta dengan hujjah-hujjah yang kuat. Inilah pendapat kita. Ini kerana sudah nyata kesan buruknya terhadap badan, harta dan jiwa akibat terlalu kerap merokok.

Jika dikatakan is hanya makruh, maka adakah ianya makruh "tanzih" atau pun "makruh tahrim"?

Jelasnya, yang kedua, dengan melihat kepada kekuatan pengambilkiraan dan dalil-dalil yang mendorong kepada hukum haram. Sesiapa yang menurunkan tingkat hukumnya dari haram, ia tidak akan menjadi lebih rendah daripada makruh tahrim.

Walaupun begitu, apa yang pasti ialah berterusan melakukan dosa-dosa kecil akan mendekatkannya kepada dosa besar. Kerana itulah saya khuatir, berterus-terusan melakukan yang makruh akan mendekatkannya dengan haram.

Terdapat juga pelbagai anggapan dan rujukan yang khusus untuk sesuatu pihak yang menyokong pengharamannya serta memandangnya sirius sama juga dengan pihak lain yang berpendapat ianya makruh, bahkan sehingga mencapai ke peringkat hukum haram.

Yang demikian, seperti rokok itu memudaratkan diri seseorang berdasarkan kepada sifat-sifat yang digambarkan oleh doktor yang dipercayai ataupun menurut pengalaman orang itu sendiri atau pengalaman orang lain yang berada dalam keadaan sepertinya.

Sama juga seperti dia memerlukan peruntukan wang untuk nafkah diri dan keluarganya dan orang-orang yang wajib ditanggungnya di sisi syarak.

Contohnya juga seperti rokok itu diimport dan sebuah negeri yang memusuhi Islam. Sudah tentu harga rokok itu kembali untuk menguatkan rakyat negeri tersebut dalam menentang orang Islam.

Pemerintah Islam juga boleh mengeluarkan perintah agar ditegah amalan merokok dan mematuhi arahan itu adalah satu kewajipan selagi tiada unsur maksiat padanya.

Perlu juga ada satu golongan yang diikuti kerana ilmu dan agamanya, seperti alim ulamak agama dan mereka ini dibantu oleh para doktor.

Kita harus mengambil kira tentang hal-hal ini dan mengeluarkan hukum mengenai merokok bersama beberapa perkara yang amat perlu dijaga supaya teori kita itu merangkumi keseluruhan dan bersifat adil.

Pertama:

Para perokok yang berazam untuk berhenti merokok akan tetapi tidak berdaya untuk meninggalkan kebiasaan yang sudah sebati dengan badannya, dan dia akan ditimpa bencana yang lebih banyak jika dia meninggalkannya. Dalam hal yang demikian, maka dia dikecualikan menurut sekadarnya dan kelemahannya, dan bagi tiap-tiap individu itu apa yang diniatkannya.

Kedua:

Kecenderungan kita ke arah pengharaman merokok kerana beberapa sudut pandangan dan mengambil kira pelbagai aspek syarak, tidak bererti ianya sama seperti meminum arak, berzina atau mencuri. Haram dalam Islam ada beberapa peringkat. Ada yang berdosa kecil dan berdosa besar. Jadi tiap-tiap satu perbuatan ada hukum dan peringkatnya sendiri.

Dosa besar dapat dihapuskan dengan taubat nasuha, manakala dosa-dosa kecil pula dihapuskan oleh sembahyang lima waktu dan solat berjemaah, menunaikan puasa Ramadan dan sebagainya, malah ia dihapuskan dengan hanya menjauhi dosa-dosa besar.

Dipetik daripada Ibnu Abbas dan beberapa ulamak salaf yang lain bahawa jika kita berterusan melakukan dosa kecil akan menyebabkan is menjadi besar (dosa). Tetapi pendapat ini tidak disepakati.

Ketiga:

Sesuatu yang tidak disepakati pengharamannya, tidak juga menjadi haram pada satu tahap tertentu. Oleh itu, adalah susah untuk menuduh pelakunya sebagai fasik, menggugurkan kesaksiannya dan sebagainya lebih-lebih lagi merokok adalah sesuatu yang secara umumnya dianggap sebagai kerosakan (umum al-balwa).

Jadi, jelaslah daripada kajian ini bahawa apa yang disebut oleh penyoal dan dipetiknya dari beberapa orang ulamak di mana terdapatnya kebanyakan hukum mengenai merokok menurut nilai kewangan sahaja atau tidak, maka ia tetap haram dalam keadaan perokok itu tiada upaya untuk membebaskan diri dari amalan merokok dan makruh bagi orang yang mampu melakukannya.

Di samping kesan ke atas harta, kesan buruk ke atas badan dan jiwa juga perlu diambil kira.

Orang kaya tidak berhak menghabiskan hartanya dan menghamburkan ke mana sahaja disukainya kerana harta itu sebenarnya adalah milik Allah yang pertamanya dan kedua ianya adalah milik masyarakat.

Dalam soalan ini ada menyebut bahawa ramai di kalangan ulama yang merokok. Ulama ini tidak mendakwa diri mereka maksum dan kebanyakan mereka "tergoda" dengan rokok ketika masih muda, kemudian mereka sukar mengelakkannya lagi.

Ada di antara mereka yang memfatwa ianya haram walaupun mereka sendiri "tergoda" dengannya.

Kita sendiri pun ada melihat ramai dari kalangan para doktor yang mengetahui bahaya merokok dan mereka bercakap mengenainya, sedangkan mereka sendiri tidak dapat melepaskan diri dari belenggu rokok.

Bila merokok dikeji dalam konteks kaum lelaki, maka ia menjadi bertambah keji dan tidak elok dalam kontek wanita kerana ia memudaratkan kecantikan wanita, mengubah warna giginya serta menyebabkan mulutnya berbau, sedangkan wanita mahu sentiasa cantik dan terurus.

Nasihat saya untuk setiap perokok, hendaklah cuba menghapuskan tabiat ini dengan azam yang kuat dan keinginan yang padu. Berdikit-dikit dahulu menghilangkan ketagihan rokok.

Orang yang lemah kemahuan, hendaklah cuba menjauhi bahaya merokok setakat terdaya, tidak mengatakan yang ianya baik kepada orang lain serta tidak mempengaruhi orang lain seperti mempelawa rokok atau menghulurkannya kepada tetamu. Bahkan sepatutnya dia cuba menerangkan kepada orang lain mengenai bahaya atau kesan buruk merokok terhadap harta, badan dan jiwa.

Apa yang paling bahaya ialah ia menjadikan seseorang itu hamba kepadanya dan tidak berdaya lagi untuk melepaskan diri daripaclanya. Dia wajar berdoa kepada Allah agar menyelamatkannya dari terpengaruh olehnya.

Nasihat saya kepada para pemuda khasnya, hendaklah menjauhi diri mereka dari tabiat ini yang boleh merosakkan kesihatan mereka serta melemahkan kekuatan dan rupa mereka. Janganlah mereka gugurkan pertahanan diri mereka semata-mata kerana dipengaruhi bahawasanya merokok adalah tanda kelelakian atau kebebasan individu.

Sesiapa yang terjerumus ke dalamnya, dia boleh membebaskan diri daripadanya dengan mudah dan mengatasinya jika dia masih di awal awal jalan sebelum rokok itu dapat menguasainya. Bila sudah demikian halnya akan merumitkan keadaan kecuali dengan belas kasihan Allah SWT

Media massa pula mestilah menyiarkan rancangan-rancangan yang menerangkan keburukan dan bahaya mengenai merokok.

Kepada semua pengarah, pengeluar dan producer filem, drama dan pementasan mestilah menghadkan dakyah merokok ini di segenap tempat tanpa mengira masa.

Kerajaan pula mestilah berusaha mengatasi dan menghadapi tabiat ini dan membebaskan masyarakat dari bahayanya. Jika khazanah negara rugi berjuta juta mata wang, maka kesihatan rakyat dari segi jasmani dan jiwa adalah lebih penting dan lebih berharga dari wang berjuta dan berbilion itu.

wallahu'alam

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 27-05-05 00:57


Perokok sangat setiakawan.
Mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang sekitar.
Bahkan perokok kedua ini lebih banyak risikonya.

TERIMA KASIH KERANA MEROKOK DI SEKELILING KAMI!

-----------------
Image hosted by Photobucket.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

mujaiid_86
Warga Rasmi
Menyertai: 08.05.2005
Ahli No: 16379
Posting: 8
Dari: Sungai Petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 07:26


Amboi....ana-MUSLIMAH2606....
ko curik artikel dari al-ahkam online ke........
apopun thanks...........perjelasan yang mantap

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujaiid_86Profil   Hantar PM kepada mujaiid_86   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 27-05-05 08:22



rokok tak membawa faedah.Menghabiskan duit adalah.
so jauhkan merokok.Rasanya kebanyakkan perempuan tak suka lelaki yang merokok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-05-05 10:27


orang bodoh je yang merokok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 10:48




Ana hisap rokok...rase paet je...rase pedih je kat hidung...tekak pun rasa semacam je bila sedut...<----ana hisap "ROKOK RESDUNG"..


::: Mendermalah untuk memajukan dan memantapkan lagi Portal Ukhwah kesayangan kita :::



-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-05-05 10:55


takleh kata org bodoh je yg merokok..
org gada'² bijak pandai pun ade yg merokok.. cam prof' lctrer...cikgu² sekolah yg ade merokok n ade yg diKalangan ayah kiter ni perokok..
aaahh kan camner..huhu !
bg mereka mngkin hisap rokok ni dpt bg ketengan jiwa ke... diorg kalo tak hisap dlm sehari tu..mngkin tak sedap duduk ke.. nk muntah ke ..pape ke..kan !.. sy dgr camtu lah dr org yg merokok ni.. bg dia dpt bg nyaman n tenang hidup..
ape kes... ..
pape pun..rokok ni mmg membahayakan kesihatan.. pendek nyawa.. mau mati awal..hehe.
itu hak diorg..sbb diorg tak pandai jaga diri.. nasihat pun dah tak dgr dahh.. nk wat camner..kan!
hnya mereka yg pandai mngguna kan akal shj dpt menilai nya..mana baik mana buruk...

paling benci.bau asap rokok..
rokok cleopetra..

Perokok sangat setiakawan.
Mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang sekitar.
Bahkan perokok kedua ini lebih banyak risikonya.

TERIMA KASIH KERANA MEROKOK DI SEKELILING KAMI!




-----------------

...:::saLam ukhwah dari peaCe™:::...


Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-05-05 11:37


bodoh la jugak tu, even prof, doctor or whatever tp tak tau bahaya rokok, merosakkan kesihatan dia dan org lain, tetap bodoh. belajar tinggi2, tapi merokok. akhirnya dapat title bodoh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 16:05



Asap adlah salah satu makanan jin...manusia yang hisap rokok ni ape hah?



Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-05-05 16:10


Hisap lain kan bagus..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-05-05 18:43


merokok kan haram...takder pekdah langsung dgn merokok ni....so,jgn jadi hamba rokok!

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

penggali_kubur
Warga Rasmi
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9783
Posting: 12
Dari: Portugal

portugal  


posticon Posting pada: 27-05-05 18:47


aku isap puting jek

Bookmark and Share

    


  Member Information For penggali_kuburProfil   Hantar PM kepada penggali_kubur   Quote dan BalasQuote

abderrahman
Warga Rasmi
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16518
Posting: 11
Dari: melaka

jordan  


posticon Posting pada: 28-05-05 09:42


assalamualaikum hehehe
ana terbaca rupanya artikel ana muslimah tu curik ... oklah ana nak nasihat skit pada ana dan rakan2 sekalian , bila kita menukil sebaiknye kita tulis dari mana sumbernye, itu sebaiknya sebab bukan kata2 kita itu empunya haq orang yang menulis, ok
tp ilmu itu alhamdulillah bagus
dan ana teringat kata2 umar alkhottob
al khomru khomrul aql... arak itu melemahkan atau memabukkan aqal...
heheh ok qola rasulullah SAW kullu muskirin khomar, wa kullu muskirin haram...
wassalam


Bookmark and Share

    


  Member Information For abderrahmanProfil   Hantar PM kepada abderrahman   Pergi ke abderrahman's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 30-05-05 23:35




tak tahu la apa faedahnyer merokok ni...



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-05-05 00:53


Antara faedahnya... company rokok jadi kaya, cepat mati, tlg yahudi tambah dana, tambah cukai utk kerajaan, otak beku.... dan mcm2 lagi!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-06-05 07:21


Pada 27-05-05 07:26 , mujaiid_86 posting:

!!! QUOTE !!!

Amboi....ana-MUSLIMAH2606....


assalamualaikum warahmatullah..
ana baru terbaca komen sahabat2 tentang artikel yang ana post kat sini..astaghfirullah,bukan niat ana untuk mencuri..apatah lagi untuk mendapat nama atas artikel yang mantap hujjahnya,disertakan hadith rasulullah saw dan kalam milik ALLAH swt.indah artikel ni..subhanallah.

seperkara bermain di benak fikiran ana..layakkah kita berbincang soal hukum jika etika mengkritik kita masih tak dapat ikut?astaghfirullah..wa nauzubillah.moga warga ukhwah tiada yang bersikap begitu.

ingatlah..ke mana saja kita pergi,bukan nama kita sahaja yang kita bawa..selagi kita bergelar muslim,nama ISLAM juga kita bawa bersama.jadi,orang sekeliling akan nilai kita bukan hanya kita tetapi Umat ISLAM itu sendiri bagaimana akhlaknya,kualitinya..jangan sampai satu masa kegemilangan ISLAM itu luntur dan tercemar atas tangan2 kita.nauzubillah..!

membaca postingni..jiwa ana terbakar.persoalan yang ditimbulkan seolah-olah mahu mencabar hukum ALLAH.jika artikel yang ana COPY&PASTE kan dan pendapat sahabat2 ukhwah yang lain masih dianggap tidak boleh diguna pakai..hargailah akal yang ALLAH kurniakan dengan menilai sendiri baik dan buruk merokok ni..

moga kita tergolong dari golongan orang2 yang mendapat petunjuk dan tidak pula memalsukannya..

andai ada kata-kata ana yang kurang tepat..ana harap ada yang sudi betulkan.selagi kita bergelar hamba,kita tetap lemah..selagi kita bergelar manusia,kita takkan pernah lari dari melakukan kesilapan..

salam ukhwah fillah wa lillah..wallahu'alam.wassalamualaikum warahmatullah.. :-)


-----------------
ISLAM is the perfect way to live..


Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

NazRie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15491
Posting: 53

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-05 10:39


Alhamulillah, anak dah ditakdirkan, tak boleh merokok.sebab, asap rokok membuatkan ana selsema. huhuhuh

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazRieProfil   Hantar PM kepada NazRie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14881 saat. Lajunya....