Oleh |
Majlis Persandingan (Antara Adat dan Hukum) |
Nurul_Amin
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2005 Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 26-05-05 08:46
Ana nak mintak pendapat para sahabat sekalian. Sebenarnya ana konfius sket tentang majlis persandingan...Apa hukumnya dalam islam dan bagaimana pula untuk elakkan dari kedua orang tua di kedua belah pihak kecil hati sekiranya majlis ini tidak dibuat. Adakah ini membuatkan kita derhaka terhadap kedua ibu bapa kita. Berdasarkan pengetahuan saya majlis ini tiada dalam hukum islam...Boleh sahabat2 sekalian beri sedikit pendapat?? ~Sekadar sebagai persediaan~ [ Posting ini telah di edit oleh: Nurul_Amin pada 2005-05-26 08:57 ]
|
srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2005 Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan
|
Posting pada: 26-05-05 09:49
...em isu bersanding dh lama di utarakan..pada pndapat pribadi sy sebagai seorang muslimah,bersanding ni kene brgantung pada situasi kite..tk salah bersanding kalau yg menyaksilannya tu adalah kaum keluarga kite dan yang pntin muhrim kite..tp bg sy tkpayah la bersanding kalau niat tu nk menunjuk2 pelamin yg indah2 dan mahal sebab tu dh menyimpang dari ajaran islam...WALLAHUALAM..
|
srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2005 Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan
|
Posting pada: 26-05-05 09:49
...em isu bersanding dh lama di utarakan..pada pndapat pribadi sy sebagai seorang muslimah,bersanding ni kene brgantung pada situasi kite..tk salah bersanding kalau yg menyaksilannya tu adalah kaum keluarga kite dan yang pntin muhrim kite..tp bg sy tkpayah la bersanding kalau niat tu nk menunjuk2 pelamin yg indah2 dan mahal sebab tu dh menyimpang dari ajaran islam...WALLAHUALAM..
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 26-05-05 21:20
Sekadar pendapat....bersanding sememangnya tiada dalam ISLAM...ianya cuma adat Melayu,jika kita kaji sejarah,orang Melayu dahulu kala mengambil adat persandingan ini dari orang Hindu....pastu diubah kepada lebih kemelayuan... Sebenarnya bila kita lihat bersanding ni banyak membawa keburukan dari kebaikan,contohnya dari segi kos,baju pengantin yang mahal,pelamin.ISLAM itu mudah...ikutlah apa yg telah ditetapkan ISLAM...Lagi satu boleh menimbulkan fitnah dan umpatan org pada kita...ialah pada waktu itu semestinya menjadi tatapan umum...Kita tak kan jadi anak derhaka if tak ikut cakap kedua ibu bapa kita sebabnya perkara ini sememangnya tiada dalam ISLAM...cuma terangkan pada mereka dgn penuh hikmah.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
multazam
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 105
Posting: 60
Dari: Kelantan Darul Naim
|
Posting pada: 26-05-05 22:04
Saya sokong pendapat serikandi syahadah tentang persandingan ni.Persandingan tak salah kalau kita ikut hukum syarak.Memang adat melayu tapi bukanlah nak ikut 100%.Bersanding secara ringkas,tutup aurat,kaum keluarga terdekat sahaja yang melihat.tak ada masalah. ----------------- "Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari dukacita dan susah hati,aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan,aku berlindung kepada-Mu dari pengecut dan kedekut dan aku berlindung kepada-Mu dari timbunan hutang dan paksaan orang"
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 27-05-05 02:30
hmm..tak berani nak hukum...tapi yang pasti...pasangan yg bersanding mmg enjoy..takde pun derang rasa bersanding tu menyusahkan...kalau nak sewa baju kahwin tu sekali seumur hidup...takkan nak berkira....tapi kalau haram...knapa Majlis Fatwa tak keluarkan Fatwa....kalau diberi pilihan...sy pun pilih bersanding....
|
Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.04.2005 Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland
|
Posting pada: 27-05-05 05:47
Bersanding tu memang sah haram hukumnya. Dah banyak ceramah pasal ni saya dengar. Tak pernah dengar lagi mana2 ustaz yang kata ia halal. Ustaz Ismail Kamus pun pernah cakap begitu. Sebabnya, terlalu banyak adat-adat Hindu yang terselit dalam hal-hal bersanding ni. Cuma masih ada sedikit kelonggaran dalam hal ni. Antara yang saya ingat, hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang boleh melihatnya.. Saya lebih suka tak bersanding. Leceh la bersanding ni..yang paling leceh lagi, dosa pun dapat ----------------- [url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]
A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]
|
puteri_aishah
Warga 2 Bintang Menyertai: 08.04.2005 Ahli No: 15657
Posting: 54
Dari: Kelate - KL
|
Posting pada: 27-05-05 09:05
Saya pon selalu terpikir pasal bersanding ni..pelik sebenarnye...kalo nak bersanding kene hias lelawa, memahal, dah membazir kat situ.,,.pastu nak bersanding kol 2 kol 12 dah siap make-up sume, bersanding, amik gamba sane sini, tetibe dah masuk asar..zuhur kemane...bleh wat solat jamak eeh?... pendapat saya..pakai lelawa sekali seumur hidup tu boleh..tapi biarlah berpatutan, asal org bleh kenal dan bleh bezakan mana satu pengantin mane satu tetamu.. kalo saya..personally saya tak nak bersanding, setakat bergambar biase biase tu bleh...kalo nak wat grand sangat pon biarlah grand dr sudut meraikan tetamu sebaik mungkin dan jangan lupakan org yg kurang bernasib baik...raikan mereka juga...
|
nur_zhukhruf
Warga Rasmi Menyertai: 16.05.2005 Ahli No: 16559
Posting: 8
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 27-05-05 11:49
Pada pendapat ana, bersanding ni memang tak dibenarkan dalam Islam. asal-usul bersanding ni sebenarnya datangnya dr Hindu.dah banyak kali sebenarnya isu ni dibincangkan,dan rata-ratanya semua para ulama tidak bersetuju dengan adat bersanding ni.Sebabnya: 1. yang wajib dalam perkahwinan hanyalah akadnya sahaja. kenduri kendara hanyalah untuk memberitahu orang bahawa si anak sudah berumah tangga, untuk mengelakkan fitnah di kemudian hari di samping menjamu hadirin. 2. bersanding ni mengikut amalan Hindu. 3. lebih banyak keburukan daripada kebaikan. cthnya, pembaziran: kos untuk baju,pelamin, tepung tawar, dll 4. di samping tu boleh mewujudkan masalah hati seperti riak, taksub, fitnah mengumpat dll. (yela, dah orang tengok si pengantin punya baju, lawa ke tidak, wajahya sepadan dengan pasangan ke tak, pelamin cantik ke tidak dan yang sewaktu dengannya) sepatutnya kita hadirin menginsafi dan ambil teladan dari ikatan perkahwinan tu. 5.si pengantin dan keluarga pulak dah jauh dari niat asal untuk memberitahu orang ramai bahawa si anak dah berkahwin, dan timbul lah riak untuk menunjuk-nunjuk. betul tak? 6. kalau nak mewujudkan persandingan, cukuplah sekadar majlis ringkas untuk kaum keluarga terdekat sahaja. tak perlulah nak buat pelamin yang grand-grand. tak perlu tepung tawar, atau nak kena sewa baju mahal-mahal. sekadar memberitahu hadirin inilah pasangan yang sudah berumahtangga hari ini, untuk mengelakkan fitnah di kemudian hari.(yela takut orang mengata sebab asyik ke hulu ke hilir berdua tapi orang tak tau yang dia ni dah kahwin.) itu je yang ana dapat simpulkan daripada semua pemerhatian dan kajian ana terhadap isu bersanding ni. ini bukan kata-kata kosong tapi hasil perbincangan dengan beberapa ustaz dan uztazah. betul tak?? kalau tak betul apa yang ana tuliskan ni, boleh diutarakan dan ana akan usulkan semula dengan yang lebih arif. wallahua'lam........
|
Nurul_Amin
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2005 Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 27-05-05 14:56
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT2 KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN2 YANG BERNAS...,SEKARANG DAPATLAH SKET GAMBARAN...,SEMOGA KITA DAPAT MENEGAKKAN APA YANG BENAR DAN MENGAMALKAN SUNNAH NABI KITA. INSYAALLAH
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 24-12-05 02:26
- bagi saya, kita seharusnya elakkan pembaziran, dan langsungkanlah majlis perkahwinan secara sederhana... - orang yang membazir adalah saudara syaitan - Islam mementingkan kesederhanaan dalam setiap perkara - sebaik2 perkahwinan adalah yang ringan perbelanjaannya ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 24-12-05 02:27 ]
|
hamaki
Warga Rasmi Menyertai: 03.05.2004 Ahli No: 8765
Posting: 20
Dari: AlOr StAr
|
Posting pada: 24-12-05 05:45
assalamualaikumm... bersanding?pada pendapat sya.... ia merupakan adat yang telah lama dilakukan.. hmm..hukumnya harus... kerana tak bercanggah dengan islam dan tak terdapat dalil yang mengaharamkannya... tetapi dengan syarat... -wanita bersanding hanya untuk dipamerkan pada wanita dan lelaki bersanding hanya untuk lelaki.. -tak melakukan upacara tepung tawar dengan tujuan yang tak tahu apa faedahnya... -menutup aurat dengan baik dan sempurna... tetapi adalah lebih baik tidak melakukan upacara bersanding sebab takkan tak kenal agaknya sapa bini dia,... hehehe bersanding hanyalah adat semata-mata.... mengikut adat hindu, tapi jangan dok keliling api sudah laa.. hehehe
|
aku_eus85
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.01.2005 Ahli No: 13619
Posting: 86
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 24-12-05 07:46
barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia bukanlah dari golonganku...siapa kata bersanding tiada dalam hukum??? lain kali p belajar ilmu feqah tu dari A sampai Z... belajar lah dengan ustz2 yang memang betul-betul nak jaga agama, jangan duk cari ustz hadhari yang duk nak punah agama, sebab tu fatwa hanya berdsrkan atas kpntingn saja!!! pasal bersanding, bayangkan orang ramai yang tengok sampai ada yang terjungil butir mata... lepas tu ada yang membanding2kan antara psng...psngn xbrpa secocok la.. perempuan cun tapi llki..huh.. semuanya boleh terdetik kat hati.. syaitan ni ganas, dia hias muka pngantin lagi lawa dari mak andan, lepas itu sorg2 pakat buat tilikan..dashat itu... perkara yang membuka kepada FITNAH ni boleh dikata HALAL ke??? ermm.. macam-macam lagi la...tak mahu state banyak-banyak, sebab kalau yang xfhm tu akan terus mngatakn memang akan sntiasa brdalih.... sory kalau kasar sdikit... wallahua'lam...
|
nikmudkb
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.12.2005 Ahli No: 20630
Posting: 81
Dari: kuala balah
|
Posting pada: 24-12-05 10:51
sapa2 yang hidupkn sunnah Nabi dizaman faskh dan mungkar..ganjarannya 100 pahala shahid... sapa2 yang xikut sunnah maka jadi punnah.... adat tak ada nilai disisi Allah adab sunnah lebih mulia dari arasy Allah think saudaraku...nak jaga hati famly ke nak jaga hati nabi s,a.w?
|