Oleh |
apa standard jadi cikgu...! |
suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor
|
Posting pada: 31-08-07 10:23
Best lah jadi cikgu...dapat kasih sayang dari anak2 yang comel...tak percaya cuba jadi cikgu... budak-budak ni best...walaupun dalam kelas kita marah2 dia sebab tak buat kerja sekolah ke apa ke, bila keluar kelas tu depa berebut2 nak salam cikgu, berebut2 nak bawa barang2 cikgu...comel... ----------------- Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>
|
dr_nik
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.09.2007 Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL
|
Posting pada: 22-09-07 22:35
Jadi cikgu kerjaya paling mulia & bagus daripada didikan cikgu, alhamdullillah saya berjaya sekarang
|
ifti_hanan
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2004 Ahli No: 10965
Posting: 166
Dari: di sinilah 'ana'
|
Posting pada: 22-09-07 22:46
alhamdulilah.. dugaan dan cabaran banyak tapi menyeronokan.
|
dr_nik
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.09.2007 Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL
|
Posting pada: 22-09-07 22:52
satu kelebihan cikgu, berjiwa penyayang hehehe
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 22-09-07 23:06
tak ada kelas... sebab duduk dalam staffroom saja....
|
scenario
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2007 Ahli No: 31016
Posting: 181
Dari: Inti nilai..
|
Posting pada: 22-09-07 23:43
best jadi cikgu..pahala allah beri tak putus-putus..tapi yang pasti ilmu yang bermanafaat lah..
|
pukau
WARGA SETIA Menyertai: 09.06.2004 Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL
|
Posting pada: 02-10-07 11:36
kerja cikgu lah best, boleh buat tusyen.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 02-10-07 11:48
... standard apa....malaysian standard pun tak ada standard macam cikgu...kalau tak ada cikgu..tak ada lah malaysian standard..sebab cikgu yang mengajar orang yang buat malaysian standard tu dulu²...sampai lah mereka boleh buat malaysian standard..kira cikgu lagi hebat dari malaysian standard.....
|
RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA Menyertai: 29.03.2005 Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 02-10-07 12:05
standard dan bagus menjadi seorang cikgu.. tapi jiwa ana tak cenderung ke situ walau ana penyayang.. hehee( pernah mengajar TASKI umur 5 tahun).... swit memory....
|
addinulhuda
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2007 Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~
|
Posting pada: 02-10-07 12:07
minat sangat...pernah dulu kawan-kawan panggil ustazah...cikgu...sifu pun ada....hehe...
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 02-10-07 12:55
Hmm..jadi cikgu ni best..hilang tensen2 kat kepala tengok anak murid...macam-macam ragam...saya memang minat jadi cikgu..suka sangat....paling kita rasa puas bila anak murid ingat apa yang kita ajar...terutama anak murid yang kecil-kecil lagi tu...
|
nasyrah
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17520
Posting: 109
Dari: SELANGOR, JOHOR DAN PERAK
|
Posting pada: 04-08-08 16:19
salam.. saya ingin berkongsi pengalaman..saya dah menjadi guru hampir 2 tahun... pernah ajar sekolah rendah, sekolah menengah..tadika saja belum lagi... memang dari dulu minat jadi guru, tapi tak dapat peluang masa study di upm (2003-2006).. sebelum konvo, cari kerja kat newspaper, dapatlah kerja jadi cikgu di sekolah swasta yang serba kekurangan... lepas tu, dapat jadi cikgu sek ren yang jauh berbeza dengan sekolah yang sebelumnya... siap ada swimming pool lagi...hehehe. sekarang, mengajar di johor pulak... setiap tempat kerja ada keistimewaan yang tersendiri.. yang paling menggembirakan hati bila kebanyakkan anak-anak murid masih ingat pada saya walaupun saya dah tak mengajar lagi di situ... dan yang paling best bila melihat kejayaan anak-anak didik... itulah merupakan kepuasan yang sebenar dalam kerjayaku sebagai seorang guru.. biar lah apa yang orang lain kata, yang penting kita enjoy dengan kerjaya kita...
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 04-08-08 22:16
Pada 23-08-06 20:30 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! suka tengok iklan merdeka proton... macammana guru dihargai... budak yang nakal, akhirnya dia pun jadi guru... Guru Yahya...Guru Yahya...Guru Yahya...Guru Yahya...Guru Yahya...Guru Yahya...Guru Yahya...Guru Yahya...Guru Yahya... ----------------- Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 05-08-08 11:29
terharunya dengan sokongan warga ukhwah terhadap guru2.. insyaAllah lagi dua tahun (2010) grad lah ana dan akan dihantar mengajar. sebenarnya yang membentuk pandangan manusia terhadap para guru adalah sikap guru itu sendiri, bukan bidang kerjayanya. jika cemerlang guru itu, baiklah pandangan manusia. jika "lemau" guru itu, maka buruklah pandangan manusia terhadapnya. namun akibat kealpaan dan kesilapan segelintir guru, maka guru2 lain terkena tempiasnya, termasuklah bakal2 guru. masalahnya masyarakat suka over-generalize; kerana nila setitik rosak susu sebelanga. bila dilaporkan segelintir guru yang tidak berdedikasi maka semua guru dilabelkan dengan gelaran sebegitu. tapi takkan nak salahkan masyarakat, kan? lebih baiklah kita - guru2 atau bakal2 guru yang memperbetulkan keadaan ini. justeru, jom kita; - guru2 atau bakal2 guru berusaha memeartabatkan kembali professsion ini- bukan untuk mendatangkan perasaan riya' dan takabbur- tapi untuk mendatangkan keyakinan masyarakat terhadap kita, untuk kemajuan ummah. wallahu a'lam.
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 05-08-08 11:44
Huh dasyat nya tajuk...ni provaksi ini..ehehhe Apa pun pekerjaan paling mulia ialah cikgu. Kepada semua cikgu yang mencurah ilmu kepada saya JUTAAN TERIMA KASIH saya ucapkan. Alhamdulilah berkat pengorbanan guru2 semua dah jadi manusia pun saya. Kalau lah tak kerana keikhlasan guru mencurahkan ilmu kepada saya entah apa lah jadi pada saya hari ini. Walupon mereka tak masuk ukhwah. Doa saya supaya mereka terus sihat dan sentiasa mendapat rahmat ALLAH. Nasihat saya kepada guru, kalau ada yang niat mengajar sebab nak dapat gaji sebab nak masuk kerajaan. Baik berhenti cari kerja lain dan lebih banyak gaji. Guru bukan pekerjaan yang mampu bagi kekayaan tapi guru adalah perkerjaan yang paling dan sangat mulia. Perkejaan mulia ini hanya mampu diamanahkan kepada org-org yang mulia hatinya yang nahu anak bangsa agama nya menjadi manusia yang beriman dan berguna satu hari nanti. kalau ada niat lain selain dr niat atas, better get off urself from this job!!
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 05-08-08 12:54
roomate ana cikgu.. sebab dia nak jadi cikgu : banyak cuti sekolah. boleh ke begitu?
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 05-08-08 15:54
saya lah salah satu hamba Allah yang paling berminat untuk menjadi cikgu atau menjadi salah seorang daripada tenaga pengajar...kerana dah menjadi impian saya sejak dari kecil lagi...saya minat untuk berkongsi apa yang saya ketahui dengan org lain sebab tak salah berkongsi-kongsi ilmu kan...
|
noor_hasma
Warga Rasmi Menyertai: 27.07.2008 Ahli No: 34172
Posting: 13
Dari: malaysia-kl
|
Posting pada: 05-08-08 16:23
saya pun teringin nak jadi cikgu..tapi disebabkan ada yang mengatakan jikalau saya mengajar,pasti ada yang lari kerana tidak tahan dimarah oleh saya...sehingga saat ini,saya mengagumi kesabaran seorang pendidik yang inginkan anak muridnya berjaya,dari seorang yang buta huruf hingga dapat menelaah pelbagai jenis buku....apa2pun,terima kasih buat insan yang bergelar guru.. semua orang boleh jadi guru,tetapi bukan semua guru boleh mendidik....
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 05-08-08 16:28
pedulikan cakap org...awak marah student sebab nak bagi budak tu pandai,.............tak apa lah bukan rezeki awak nak jadi tnga pngajar
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 05-08-08 20:10
saya sayang cikgu/cekgi! hehe.. saya pernah jadi cikgu ganti masa cuti sem... seronok jadi cikgu.. bila tengok anak murid kita dapat ilmu.. best juga dr bilik guru nanti dah nampak budak-budak kat kelas menyahut2 nama kita suruh masuk kelas.. bawakkan barang... hehhe... masa saya nak habis berkhidmat kat sekolah tu.. anak murid bagi hadiah..ada yang bagi tudung.. bagi cermin muka walaupun hanya di balut dengan kertas surat khabar... saya hargai sangat.. ada bagi guli... ada bagi surat dengan pantun2... hehe.. seronok.. profession guru amat Mulia dan sangat Besar tanggungjawabnya. ramai fikir saya nak jadi cikgu lepas pengalaman mengajar ini.. sebenanya tidak.. saya tak sanggup nak pegang tggungjwb cikgu dan saspek pada siape2 yang tulus ikhlas nak jadi cikgu ini..
|
srikandi_86
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom
|
Posting pada: 05-08-08 22:59
Salam.. insya-Allah ana bakal menjadi doktor..tapi cuti 3 bulan ni menyebabkan ana tertarik untuk mohon menjadi guru sndaran..alhmdulillah, rezeki ana dapat mengajar sejak 16 jun yang lepas..subhanallah, seronoknya pengalaman menjadi guru..dapat mengajar anak2 yang fitrahnya begitu suci..mendamba ilmu daripada seorang guru..walaupun ana mengajar sbln setengah saja di situ, rasa sedih sangat nak tnggalkan depa hari terakhir tu..ada sahabat guru yang pernah cakap kat ana..'ramai org pandang rendah pada seorang guru, sedangkan mereka tak sedar, seorang arkitek, doktor..semuanya tidak wujud tanpa adanya guru'..ana pun terpikir..betul juga..ana bersyukur sangat..kerana walaupun ana bakal menjadi doktor..Allah beri peluang pada ana untuk merasa nikmatnya menjadi seorang pendidik..erti hidup pada memberi..=D jadi, ana ucapkan syabas pada semua bakal guru..
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 05-08-08 23:32
assalamualaikum. i have been in teacher training rogramme for about six years. i have two years more to go through in order to complete my study. along the journey of this course, i have learn lots of new things. it also helps me build a new view of teaching and being a teacher. my first view of teaching is: a teacher enters a classroom and teaches everything stated in the syllbus. that is the only job of the teacher. however, after being in this course for some years, i realized that teaching is not only to teach contents in the syllbus, but teaching is more than that. teacher is a guardian when students are at school. as a guardian, teacher needs to instill good moral values to every students. a teacher teaches students to respect the olders and how to treat their friends. indirectly, teacher helps to build god characteristic of students. students need more guidance to make their way in the world and teacher is the one to guide them to a right track in their life. as the time pass day by day, i can feel the beauty of being a teacher. this is because being a teacher is not only to teach students but teacher also can learn many things from students. as a teacher, the more positive ideas i taught to students, the better i learn learn them by myself. as a teacher to be, i want to concentrate on what i do well and do it better than anyone else. i wan to create a better for of studying for students. insyaAllah.
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 05-08-08 23:34
salamun alaik.. profession guru sangat mulia..tanpa guru tiadalah pemimpin hari ini..tapi kebanyakan anak muda zaman sekarang memilih guru sebagai krjaya terakhir iaitu setelah tidak berjaya mndapat profession yang dihajati..ambil KPLI sebab grad tak ada kerja..sebab 2 mak ana beritahu cikgu zaman sekarang kurang berdedikasi macam zaman dulu..masa duu-dulu cikgu bersungguh mngajar anak bangsa..mungkin zaman sekarang masih ada yang bersemangat tapi jmlahnya sangat kurang..maaf andai terkasar bahasa..mak ana selalu suruh ana tukar bidang sekarang ini..dia suruh ana jadi cikgu..katanya kalau perempuan elok jadi cikgu sebab senang nak urskn family..tapi ana tak mahu sebab ana tak pandai ajr org..nanti org pening dengan ana..tambah-tambah pula tak boleh nak marah-marah org kalau org 2 buat salah..nanti ana yang menangis..huhu..susah betul..
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 06-08-08 01:16
guru ibarat tiang, murid ibarat bayang. Jika tegak tiang, luruslah bayang. Jika bengkok tiang, bengkoklah bayang. ~(saidina ali)
|
tulipjingga
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.12.2004 Ahli No: 13314
Posting: 72
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 06-08-08 12:06
Salam.... Ana juga bakal guru..InsyaAllah tahun depan posting.. Apapun yang dikata...Ikhlaskan hati...pasangkan niat dengan betul... Semoga mndapat keberkatan daripada kerjaya ini hingga ke akhirat sana.. begitu juga dengan kerjaya lain....pasangkan niat semua dilakukan kerana Allah.. pasti diberkati..
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 06-08-08 12:23
Barangsiapa mahu menjadi guru, biarkan dia memulai mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain, dan biarkan dia mengajar dengan teladan sebelum mengajar dengan kata-kata.
Sebab mereka yang mengajar dirinya sendiri dengan memperbetulkan perbuatan-perbuatannya sendiri lebih berhak atas penghormatan dan kemuliaan daripada mereka yang hanya mengajar orang lain dan memperbetulkan perbuatan-perbuatan orang lain. Khalil Gibran p/s: nak jadi cikgu..nakkkkk..
|
noor_hasma
Warga Rasmi Menyertai: 27.07.2008 Ahli No: 34172
Posting: 13
Dari: malaysia-kl
|
Posting pada: 06-08-08 14:31
walaupun jadi cikgu nampak senang,tapi hakikatnya,susah nak jadi cikgu terbaik ni..teringat kata-kata teacher yang ajar masa tahun satu dulu, 'i'm here to EDUCATE you,not teaching only'...time tu dia marah kami nak balik awal saja... tapi betul ke,jadi cikgu,jodohnya senang datang? atas faktor apa? sebab kerja terjamin?-sekadar bertanya-
|
aiLa89
Warga Rasmi Menyertai: 27.07.2008 Ahli No: 34160
Posting: 7
Dari: damansara damai..
|
Posting pada: 06-08-08 16:28
pensyarah saya berkata : PoLIS Membunuh penjenayah dengan sebutir peluru.. tetapi seorang GURU boleh membunuh 40 orang dengan hanya 1 kapur.. jikalau guru itu salah mendidik anak muridnya.. itulah tugas guru.. itu pesan pensyarah saya kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain dalam usaha menjadi guru,...igtlah sebagai tauladan... tugas guru amatlah berat dan ia adalah 1 amanah dan berdosa jika mAbaikan amanah tersebut..
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 06-08-08 18:03
Pada 05-08-08 23:34 , nurzatul posting:!!! QUOTE !!! salamun alaik.. profession guru sangat mulia..tanpa guru tiadalah pemimpin hari ini..tapi kebanyakan anak muda zaman sekarang memilih guru sebagai krjaya terakhir iaitu setelah tidak berjaya mndapat profession yang dihajati..ambil KPLI sebab grad tak ada kerja..sebab 2 mak ana beritahu cikgu zaman sekarang kurang berdedikasi macam zaman dulu..masa duu-dulu cikgu bersungguh mngajar anak bangsa..mungkin zaman sekarang masih ada yang bersemangat tapi jmlahnya sangat kurang..maaf andai terkasar bahasa..mak ana selalu suruh ana tukar bidang sekarang ini..dia suruh ana jadi cikgu..katanya kalau perempuan elok jadi cikgu sebab senang nak urskn family..tapi ana tak mahu sebab ana tak pandai ajr org..nanti org pening dengan ana..tambah-tambah pula tak boleh nak marah-marah org kalau org 2 buat salah..nanti ana yang menangis..huhu..susah betul.. hehe sama lah kita nurzatul saya pun tak reti nak mrah budak-budak... nak marah tak sampai hati nak naik tangan apa tah lagi sebab tu tak mahu jadi cikgu.... huhu.. tapi kat sekolah dulu saya tak kisah pulak cikgu cubit ke rotan ke dah memang patut... hehe
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 06-08-08 20:47
hmm, sepanjang pengalaman mengajar yang seciput ni, ditambah dengan pengalaman bercampur dengan guru2 senior....terasa guru sekarang dah tak se istimewa guru dulu... so, memang ada lah pandangan apa kelas jadi guru.... tak kesah lah... yang penting.... bila dah jadi guru tu, kita kena ingat... kita memikul satu tanggungjawab yang besar.... memang besar sungguh, sebab studen hari ni tak same dengan studen dulu... studen dulu hormat pada guru.... studen hari ni... cikgu pun kalah... tapi apa pun, kalau dah jadi cikgu.. kita didik dan doakan lah anak2 murid kita... sebab zaman mereka membesar tak same dengan zaman kita membesar.... tu antara faktor perubahan cara didikan sekarang... jadi cikgu sekarang, macam kerani... kerja melambak-lambak... dulu nak jadi cikgu, sebab kagum sangat dengan cikgu yang mengajar kita, tapi sekarang ni... iskkk..ada ke budak yang esok-esok nak jadi cikgu sebab kagum dengan kita
|
al-muslim84
Warga Rasmi Menyertai: 22.08.2008 Ahli No: 34585
Posting: 6
Dari: Kuching, Sarawak
|
Posting pada: 22-08-08 09:33
hm..memang payah nak jadi guru.saya memang meminati bidang keguruan ni..pengalaman saya jadi cikgu ni memang best..alhamduillah, saya dapat KPLI tahun ni dan akan posting tahun depan,..insya Allah..sekarang masih berpraktikum di Sekolah rendah (agama)...tau tak apa yang best sekali, melihat anak murid dari kelas yang agak keterbelakang..dapat A bila saya mula mengajar 2 bulan lepas..sebelum ni, cikgu mereka kata, takpernah pula A..ni kali pertama dalam tahun ni..alhamdulillah..satu lagi..masa nak keluar dari kereta waktu pagi2, berebutlah anak2 murid kelas yang saya ajar..jumpa saya, cium tangan, tanya kabar..bergurau..bawa beg@ buku...YA Allah..terharuny..itu adalah sebahagian dari KEBAHAGIAAN menjadi seorang guru..ada banyak lagi KEBAHAGIAAN yang ada yang perlu diterokai dalam profession yang disebut oleh Rasululah s.a.w ni...kepada guru2 kat luar itu, selamat menjalani tugas anda mendidik anak bangsa..
|
fantasi87
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2008 Ahli No: 35300
Posting: 77
Dari: bangi
|
Posting pada: 09-10-08 21:15
guru merupakan salah satu pekerjaan yang tersangat mulia.......... kalau tiada guru tak ada lah pekerjaan yang lain........kerana guru yang mendidik anak2 sehingga berjaya........ ilmu yang di ajar sangat berguna......... maka hormatilah guru..........
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 09-10-08 21:43
maaf....saya akui saya memang tak suka sebenarnya nak bincang hal 'mata pencarian + darahdaging' di open space sebegini... namun saya memang tak setuju sungguh bila guru2 sekarang yang jadi cikgu secara majoritinya dikatakan "tak ada kerja tu pasal jadi cikgi"(lagi-lagi jika lepasan KPLdotdot) sebenarnya.. ramai saja cikgu2 dolu2.... yang jadi cikgu atas kes yang sama... malahan yang berlulusan ijazah pun ada.. tapi ambil dip perguruan sebab alasan2 yang sama dengan alasan cikgu2 sekarang(cikgu2 pun tau agaknya apa alasan2 tu...) pasal cikgu2 muda yang bermasalah... Kenapa mesti ditembak sehala... pada saya mudah... SENIOR menjadi ikutan JUNIOR...itu sahaja... apapun guru2 sekalian.. jaga nama baik kita... dan jagalah amanah ALLAH pada kita...
|
wirdatulsumayyah
Warga Rasmi Menyertai: 18.02.2007 Ahli No: 28784
Posting: 15
Dari: depan comp
|
Posting pada: 09-10-08 23:09
mm..ok apa jadi ckgu ni.. maka ana suruh anak-anak dye jadi ckgu..terutamanya yang perempuan.. ana pun insya allah nak jadi ckgu..ckgu bahasa arab.. ni dalam proses nak sambung study dalam bidang bahasa dan sastera arab.. doakan ana ye.. ----------------- andai pertemuan bermakna kebahagiaan biarlah selamanya kita bersua... andai kebahagiaan itu berupa ketenangan biarlah kubajainya dengan kerinduan....
|
nur4balqis
Warga Rasmi Menyertai: 06.05.2005 Ahli No: 16334
Posting: 8
|
Posting pada: 01-12-08 22:40
Alhamdulillah,banyak komen-komen yang baik tentang kerjaya perguruan..saya dah nak hampir setahun memegang tanggungjawab sebagai guru..memang ramai yang anggap profesion perguruan ni rendah,xprofesional,sesiapa pun boleh jadi guru,pilihan terakhir dan sebagainya.itulah..seseorang takkan tahu apa yang kat rasa kalau dia sendiri tidak melaluinya.kerjaya sebagai guru ni adalah cita-cita saya sdari usia 7 tahun..atas sebab ikut ayah sebab ayah seorang guru..tapi semakin meningkat usia,barulah faham apa itu guru..namun tak rasa lagi situasi sebenar seorang guru sehinggalah bermulanya episod baru dalam hidup saya start dr 1/1/08..kini barulah faham pahit getir seorang guru..banyak perit dr suka..apa yang boleh dikongsi ialah cuba bayangkn anak kita ada 40 org,rambut sama hitam(walaupun ramai dah hilang khitamn rambut pada masa kini..),tapi perangai lain-lain...pernah sampai satu masa saya fikir nak korbankan saja cita-cita saya ni..nak undur diri dr profesion ni..tapi..kalau fikir dengan tenang..inilah amaln kita di dunia yang diharapkan membantu d akhirat nanti.moga hati ini ikhlas memikul amanah ini,redha dengan setiap ketentuanNya.Marilah kita sentiasa doakan kesejahteraan untuk guru yang tak kenal erti penat lelah mengajar kita suatu masa dulu.. -Pendidik..kau berjasa..keluarga kau berbudi mendidik kami berakhlak terpuji..
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 17-10-09 23:06
kalau tak ada cikgu, semua buta huruf... apa lah macam itu semua pekerjaan tak standard lah... hehehe semua tak pandai baca...hehhee
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 18-10-09 11:37
dah...dah...dah...rumusan yang saya baca dr idea kalian adalah begini: 1- yang bukan guru: memuji bahawa kerjaya guru amat mulia...tapi tak mahu dan tak bercita2 nak jadi guru atas alasan2 yang tersendiri smada tak tau mengajar, tak minat, tak ada ksabaran dll. 2- yang bukan guru: memjuji2 kemuliaan tugas guru...dan turut pernah bercita-cita nak jadi guru tapi tak dapat2 sebab tak ada peluang..semuanya kerana minat, 3 - yang bukan guru: memuji betapa bestnya jadi guru...dan mungkin bakal bergelar guru pada masa depan maybe sekarang berada d fakult pendddikan, atau maktab, atau tengah prektikel. 4- yang guru: berpuas hati dengan ekrjaya sebagai guru, merasa senang dan mudah, tanpa ada bayangan kesusahan.. mereka ni adalah dr golongan guru sandaran, guru ganti atau guru tempelan yang mengajar skola2 swasta / non fed govern. 5- yang guru: menyatakan seronok bergelar guru, namun terasa ada payahnya kerana kerjaya guru bukan smudah yang d sangka..bukan hanya mengjar dan memberi kasih sayang pada murid tapi lebih dr itu..mereka ni dr kalangan guru yang da lama mengajar...mungkin dr kalangan guru yang da veteren..so maybe da redha dengan ketentuan yang dilplih jadi guru ni.. 6- yang guru: menyatakan jadi guru tu biasa saja...tak lebih daripada menjalankan tugas hakiki disamping adanya lambakan kerja pkeranian yang harus d satelkan..mereka ni mungkin dr kalangan guru yang baru saja berada d dunia pendidikan..boleh jadi dr kalnagn yang muda2..sebab tu banyak kerja terlambak padanya.. ______________________________________________________________________ dan saya... saya akui memang jadi guru kerjaya mulia...tapi harus d dingat buan senang bgelar guru..slain adanya komitment d kelas, kerja-kerja dan aktvt lain turut jadi amanaha...tak lagi tentang sahsiah dan disiplin...apatahlagi nak melaksanakan dasar2 kementerian yang asik lah menukar2 dasar kokurikulum.. selalunya mereka nak hasul yang positif sedangkan guru ni lah btungkus lumus nak buat semua tu..ada masalah smeunya d anggap enteng oleh org atasan.. bukanye tak tau guru ni jurutera manusia bbanding arkitek yang bekerje dengan alatan.. dan yang saya tak paham Kenapa ramai yang diluar sana menolak untuk berglar guru walaupun menyatakan rasa sronoknya atau mulianya menjadi guru? rasanya itula persoalan yang menepati tajuk thread ni.... mm..maaf lah..sedikit emo pula hari ni ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
cahaya_hearty
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.01.2009 Ahli No: 36619
Posting: 72
Dari: nEgeri adAt pErpatih
|
Posting pada: 18-10-09 16:47
salam.. hai bagusnya dapat jadi cikgu ye.. rasa macam nak tukar bidang jadi cikgu pula.. huhu~ anyway kita semua kena kenang jasa cikgu..(^_^) ----------------- Bangkitlah kembali... Tabahkan hatimu.. Lembutkan hatimu.. Moga jiwamu lunak mendekati Allah..
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 26-12-09 23:10
Pada 18-10-09 16:47 , cahaya_hearty posting:!!! QUOTE !!! salam.. hai bagusnya dapat jadi cikgu ye.. rasa macam nak tukar bidang jadi cikgu pula.. huhu~ anyway kita semua kena kenang jasa cikgu..(^_^)
ada saja,, ada jumpa seorang jurutera tuko bidang ke bidang peguruan... so nice.. mungkin dia ada alasan dia sendiri v(^_^)
|
madyie
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2007 Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung
|
Posting pada: 26-12-09 23:30
semua bangun...selamat pagi cikgu.... saya mmang respect tahap hokage pada org yang bekerjaya cikgu ni... terima kasih dan syabas anda semua
|
nisa_iman
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.01.2008 Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi
|
Posting pada: 27-12-09 01:19
jadi cikgu ni best... pergi mana-mana pun org akan hormat.. org akan sentiasa panggil cikgu tak kira dr kecik sampai pakcik2 yang tua2 tu... cikgu sihat?cikgu dr mana ni?...muliany kerjaya guru ini.. belum ada rezeki nak jadi cikgu.. ----------------- ISLAM is my life, my life is for ISLAM.... takbir!!! ALLAHUAKBAR
|
muhdevori
Warga 1 Bintang Menyertai: 12.12.2009 Ahli No: 38634
Posting: 26
Dari: kl
|
Posting pada: 27-12-09 07:59
as salam.. dialog dalam cerita sang murabbi.. "cikgu itu punya harta banyak, kasi ilmu saja kerjanya..."
|
nur_aiza65
Warga Rasmi Menyertai: 26.07.2004 Ahli No: 10307
Posting: 8
Dari: kelantan
|
Posting pada: 28-12-09 11:22
saya nak jadi cikgu, tapi .......................... so confusing
|
limah
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2009 Ahli No: 37835
Posting: 149
|
Posting pada: 28-12-09 11:39
nur aiza. kalau setakat nak saja tapi tak sepenuh hati baik awak batalkan bukan takut apabila mengajar tak sepenuh hati. anak murid jadi tempat melepaskan geram. pekerjaan adalah satu amanah. amanah kena jalankan dengan penuh tanggung jawap. lagi pun kalau kerja tu cuma untuk melepaskan batuk ditangga saja nanti tak rasa keseronokan bekerja tau.
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 28-12-09 14:01
Pada 27-12-09 01:19 , nisa_iman posting:!!! QUOTE !!! jadi cikgu ni best... pergi mana-mana pun org akan hormat.. org akan sentiasa panggil cikgu tak kira dr kecik sampai pakcik2 yang tua2 tu... cikgu sihat?cikgu dr mana ni?...muliany kerjaya guru ini..
belum ada rezeki nak jadi cikgu..
Zaman dah berubah.. cikgu tidak semestinya dihormati oleh masyarakat. Mereka mahu cikgu hampir sempurna kerana cikgu mendidik generasi akan datang. Tekanan dari masyarakat dan tekanan beban kerja amat berat. Doakanlah para cikgu kuat semangat dan sentiasa di landasan betul. Kalau memang minat teruskan usaha, doa, tawakal.. jangan berputus asa. Cikgu yang bersemangat amat diperlukan.
|
akasia
WARGA SETIA Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang
|
Posting pada: 28-12-09 15:51
kerjaya yang mulia... saya pun pernah sandaran setahun juga guru.. lepas itu tempat bersandar ditarik terus kena tolong-tolong pengarah sekarang...tapi sangat best jadi cikgu terutama jadi warden.... walaupun berat tapi seronok sebab saya enjoy kerja saya ... paling best boleh rotan budak-budak suruh bangun subuuh..hahaha erm cuma saya agak terkilan bila baca ruangan SMS di Berita Harian.. para guru2 sibuk membanding2 gaji DG32 dengan DG41 lah... kenaikan lah... banding Kerja DG41 dengan PTD lah... minta cikgu diberi seorang satu kerani tolong buat kerja pentadbiran.... agak terkilan juga lah... boleh pulak bergaduh2 lepas itu 1 malaysia dok tengok meseg depa...kurang sesuai bagi pandangan saya... org respect sangat-sangat cikgu.. jangan hal macam ni org hilang respect ----------------- http://www.stormreaders.net/putraborneo
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 28-12-09 16:39
akasia.. saya iktkan memang tak setuju Kalau banyak komen-komen tentang taraf dan pbandingan guru dr egi gred2 dan bebn kerja..tapi saya lagi tak setuju bilamana pihak2 bkenaan tak ambil peduli dengan apa yang d adukan pdanya..sebab itu lapangan umum jadi medannya...kau boleh, panggil saja karam sighn walia..tak pun masuk saja 360 mazidul akmal..hah...janji piahk berkenaan pertimbangkan.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 29-12-09 11:29
Pada 28-12-09 14:01 , muslimah_johor posting:Zaman dah berubah.. cikgu tidak semestinya dihormati oleh masyarakat. Mereka mahu cikgu hampir sempurna kerana cikgu mendidik generasi akan datang. Tekanan dari masyarakat dan tekanan beban kerja amat berat. Doakanlah para cikgu kuat semangat dan sentiasa di landasan betul. Kalau memang minat teruskan usaha, doa, tawakal.. jangan berputus asa. Cikgu yang bersemangat amat diperlukan. saya sokong...bukan senang nak jadi cikgu sekarang ni...walaupun tak mulakan tugas sebagai cikgu lagi tapi pengalaman masa praktikal dah sedarkan saya...kalau tak ada ketahanan mental dan fizikal,kesabaran...memang mudah lah nak jatuh... insyaAllah tahun depan(beberapa hari saja lagi) akan memulakan tugas sebagai seorang guru sekolah rendah di BUMI JOHOR....sekolah masih belum diketahui...insyaAllah esok akan tahu... ----------------- "Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."
|
akasia
WARGA SETIA Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang
|
Posting pada: 29-12-09 13:21
DPLI da keluar keputusan posting ye? ada seorang rakan perempuan menangis2 dapat posting sarawak.. yang kawan-kawan laki masih bujang dan bertenaga dapat posting belakang rumah... terus tak puas hati huhuhuh... kasihan asik tanya kawan-kawan bagaimana nak minta tukar semenanjung,.. tanya ke saya, saya suruh pergi sarawwak saja... kalau tak nak, berhenti lah jadi cikgu..he he.. ( bergurau dengan dia saja ) ----------------- http://www.stormreaders.net/putraborneo
|
sejadah_usang
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2006 Ahli No: 26842
Posting: 97
|
Posting pada: 15-08-12 17:55
Apa kelas jadi cikgu? Gaji cikgu sekarang mahal oooo... Gaji mula posting pun dah nak cecah rm3000 tau . Sekarang ramai berebut nak jadi cikgu, gaji mahal, cuti banyak, kerja separuh hari... Tak jeles ke? ssalamuala Kalau dulu guru memang di pandang sepi tapi sekarang tak lagi, lebih diutamakan. Badget 2012 hari itu guru lah antara yang banyak dapat manfaat... Saya memang nak gelak bila ada orang kata apa standard jadi guru
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 23-08-12 17:29
kerjaya guru memang bagus tapi yang menjadikan ianya sedikit tergugat bila kerjaya ini dijadikan sebagai kerjaya oleh mereka-mereka yang gagal memasuki bidang lain atau dengan kata lain sebagai kerjaya pilihan kedua untuk mengelak dari menganggur. Saudara mara dan rakan-rakan saya lepasan pusat pengajian tinggi telah beralih ke arah kerjaya ini setelah gagal mendapat kerjaya mengikut kelulusan masing-masing. Mereka menjadi guru bukan kerana cita-cita atau minat tapi setelah tiada pilihan.
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 23-08-12 20:00
errm.. saya tak peduli org kata ada kelas ke tak ada kelas jadi cikgu. yang penting ada kerjaya. cikgu juga salah seorang dr penjawat awam yang dapat banyak manfaat sebagai org kerajaan. so, kelas ke tak ada kelas sukatila nak cakap apa. secara peribadi tak boleh nak salahkan individu yang jadi cikgu tu sebab tak ada pilihan lain. once bila da apply atahlagi masuk maktab or fak pendidikan untuk keluar jadi cikgu, dikira ada sedkit minat bebanding yang langsung tak apply. malah ada yang da apply dan dapat tapi tak hendak masuk or saja nak test market pun sebenarnya ada sdkit keinginan tapi tak ada keyakinan. pada yang tak dapat bola apply tu tak dinafikan ada minat, tapi jangan perlu ada rasa kecewa yang melampau dengan menuduh mereka yang dapat tempat tu tak iklas jadi cikgu, boleh jadi kita juga bila dapat entah2 2x5 dengan mereka yang dkatekan tak iklas jadi cikgu. wallahu'alam... ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
sejadah_usang
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2006 Ahli No: 26842
Posting: 97
|
Posting pada: 26-08-12 17:30
Saya dalam dilema sebenarnya ni... Saya seorang guru... Plan nak buat masters next year sebab ingat nak lompat jadi pensyarah maktab namun adik lelaki saya seorang pensyarah tak galakkan saya buat masters dan jadi pensyarah. Katanya kerjaya guru sudah cukup bagus dengan gajinya, cutinya banyak dan mendapat perhatian lebih dari kerajaan berbanding dengan pensyarah sepertinya yang gaji cuma mahal sikit saja dari guru, cuti sikit, balik lewat bahkan sampai malam, kerap outstation dan kena buat reseach... Ini disokong oleh suami dan adik beradik lain maklumlah adik beradik lain juga guru... Namun masa di maktab dulu pensyarah saya galakkan kami sambung masters... Sekarang saya dah tak tahu nak sambung masters atau tak? Apa pendapat sahabat?
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 28-08-12 16:11
sejadah usang... tuntutlah ilmu hingga ke liang tahad, bukan menuntut ilmu kerana liang tahad. so teruskan saja niat study tu.. dan mengenai kerjaya maktab yang d ceritakan tu, saya bestuju dengan padangan adik anda tu. dr aspek gaji, memang mereka lebih tinggi sikit, tapi bebanan kerja mereka lebih-lebih lagi terbeban. memang lah cuti sekolah mereka kerja tapi mereka d beri elaun sampai org kata boleh lah dapat extra income, tapi kena fikir hal keluarga dan diri kita. penat 365 hari setahun. kalau lah saya, antara jadi lecturer maktab dan ipt, better ipt, sebab pada saya selagi mana berada under kpm yang macam-macam dasar dan agenda dan program wujud gara-gara sistem pendidikan yang dinamik, kerja guru2 memang terbeban apatahlagi pensyarah yang sama kemenetrian dengannya. apapun tu pandangan saya saja, saya pun tak ada pengalaman untuk kedua-duanya, hanya perati sendiri saja.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
sejadah_usang
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2006 Ahli No: 26842
Posting: 97
|
Posting pada: 28-08-12 20:31
Syukran syemarly... Memang impian saya nak genggam phD tapi bila dah berkeluarga ni kena fikir panjang. Better saya istikharah... Doakan saya...
|
khazinatulsyouqoh
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19897
Posting: 209
Dari: on earth
|
Posting pada: 02-09-12 22:21
teaching with "soul"..they said it hard to find one nowadays... ----------------- "iman itu dinding taqwa , sedangakan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkan pastilah nafsu, dilayan jangan , dilawan pun jangan , dididik perlu
|