Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jiran adalah lebih berharga berbanding saudara jauh
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Yang Masuk Ke Sini
aye: 1 hari, 12 jam, 14 minit yang lalu
tereturubuzu: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 21 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: ERTI SEORANG SAHABAT


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» ERTI SEORANG SAHABAT

Please Mendaftar To Post


Oleh ERTI SEORANG SAHABAT

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 19-05-05 09:19


1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga
dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada
lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih
baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.


12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan
cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang
bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Bookmark and Share

  


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

haslindacr_8318
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.03.2005
Ahli No: 15318
Posting: 26
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 10:28



thanks for the article.... tapi nak tambah sket boleh

Erti seorang sahabat....
sahabat memang memainkan peranan yang tinggi dalam mempengaruhi emosi sahabatnya yg lain...
sahabat yang sejati adalah sahabat yang menjadi bahu kepada sahabatnya meluahkan rasa...
menjadi payung ketika sahabatnya dihujani airmata..
sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya... tidak pernah menyimpan dendam, rasa tidak puas hati terhadap sahabat yang lain..... dan sahabat sejati adalah yang menjadi cermin kepada sahabatnya dalam membawa ke jalan yang diredhai Allah s.w.t
semoga kita akan menjadi sahabat yang terbaik..
dan semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan.

-----------------
liendacr

Bookmark and Share

  


  Member Information For haslindacr_8318Profil   Hantar PM kepada haslindacr_8318   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-05-05 11:14




seorang sahabat harus lah berterus terang dan tidak sedikit pun menyorok kan kebenaran ttg sahabat.
tidak menaruh syak yng tidak baik ttg dia.....selalu tegur akan kesalahan sahabat kita, yg brcanggah dgn ajaran islam...

Bookmark and Share

  


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 12:27


bila kau sedih aku gembira--gembira untuk menghiburkanmu dari kesedihan.
bila kau gembira aku ceria--ceria untuk betapa indahnya hidupmu waktu gembira.
buat yg terbaik drpd yg terbaik untuk yg terbaik...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

  


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

nurjaj
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.04.2005
Ahli No: 15651
Posting: 48
Dari: Utara Perak

Perak  


posticon Posting pada: 19-05-05 12:28


sahabat adalah mereka yg sanggup berada disisi kita ketika kita memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yg lebih menyeronokkan.

-----------------
Kerana ilmu kita bertemu...
Ukhwah terbina kerana perkenalan...
Kerana cita-cita perpisahan berlaku...
Kerana persahabatan ia akan berkekalan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For nurjajProfil   Hantar PM kepada nurjaj   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 12:31


sahabat..

sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang tidak pernah berubah,
walaupun zaman berubah.
(cendekiawan Islam)

sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa menegur kesalahan diri kita,
bukan yang slaloo memuji...

wallahu a'lam.


Bookmark and Share

  


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 19-05-05 21:07



tq for the great article.
sahabat yg baik adalah mereka yg berada semasa kita susah dan senang.Selain itu juga mereka menjadi supporter kita bila kita dalam kesusahan.mencari sahabat yg baik ini agak sukar dan memerlukan masa yg lama untuk mengenali mereka. ada pepatah mengatakan sahabat baik adalah musuh yg paling ketat.Kdg2 mereka inilah yg menikam kita dari belakang.

Bookmark and Share

  


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 21:14


sahabat sejati adalah sahabat yg sanggup berkongsi suka duka bersama.kalau kita ditimpa kesusahan,dia takkan tinggalkan kita terkapai2 seorang diri.

Bookmark and Share

  


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 24-05-05 13:52


Quote:
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.



Certain lelaki x leh bagi muke, bagi muke body tergadai... so, tak salah pompuan SOMBONG pon demi menjaga Maruah...some people says, certain thing we must say it in clear to rise an awareness!!! Kalau, tak sampai ke mati pon dier tak sedo!!! manusia yang baik, adalah golongan mereka yang sering ingat mengingatkan


Quote:
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.



takder masa nak amik tau, terhegeh nak heboh kat ore ader la!!! Tak tau MALU.........

Quote:
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga
dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada
lautan hati yg pasang surut.



pasang & surut....... jangan sampai bagi service Free doh la...jijik lagi menjijikkan!!!



Maksiat, racun perosak UMMAH

[ Posting ini telah di edit oleh: farhanna pada 2005-05-24 14:07 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

zalfa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15731
Posting: 49
Dari: iskandariah,mesir

egypt   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 20:26


teman sejati bukan yg selalu dekat di mata,dekat bicaranya tetapi dia yg setia di hati dan diingati dlm setiap bisikan doanya..

Bookmark and Share

  


  Member Information For zalfaProfil   Hantar PM kepada zalfa   Pergi ke zalfa's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 22:08


,sahabat yang baik ibarat mentari yang menyinari diri kite dari kegelapan..sahabat ni banyak jenis ada yang kite perlukan dia dan ada yang dia perlukan kite..yang penting dengan siapa kite bersahabat itu yg menjadi titik persoalannya...

Bookmark and Share

  


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

izza_ulfadh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.05.2005
Ahli No: 16706
Posting: 57
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 17:19


[email protected]

sahabt tuh penting dalam kehidupan seharian kita...
kdg2 pape kite nak cter pape sahabat la tmapt m'adu
so,kite kne la jage ati seorang sahabat
hargai kehadirannye....


-----------------
salam ukhwah penuh ulfah....

Bookmark and Share

  


  Member Information For izza_ulfadhProfil   Hantar PM kepada izza_ulfadh   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-05-05 10:34


SAHABAT???
Fahamilah erti sahabat yg sebenarnya....
seorang sahabat akan berani menegur kesilapan dan keburukan sahabatnya walaupun ianya pahit...
itulah sahabat sejati dan hakiki memandu arah kejalan kebaikan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

mubtasim
Warga Rasmi
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16652
Posting: 0
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 29-05-05 14:11


..

ana setuju dgn artikel tu..tapi ader juga sahabat yg menikam dari belakang kawannya...
ambil tahu segala hal peribadi sahabatnnya..kononnya nak membantu tetapi membesarkan lagi keadaannya..sampai sahabat sendiri tidak dipercayainya...sedih hati bila sahabat sendiri membongkarkan rahsia sahabatnya sendiri..adakah ini dinamakan sahabat???
huhuhuuuuhu


Bookmark and Share

  


  Member Information For mubtasimProfil   Hantar PM kepada mubtasim   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 31-05-05 00:21




erti sahabat itu terletak pada sebuah keikhlasan..



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

  


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 18:25


Assalammualaikum wr wb
indahnya bila bersahabat kerana ALLAH SWT. tautan hati yang kukuh membolehkan kita merasa keindahan tu. rindu sangat dengan sahabiah2 kat sabah. sahabat yang dapat mengingatkan kita kepada ALLAH , yang menasihati kita setiap masa tika kita lalai dan menemani kita di kala kita amat memerlukannya... indahnya ukhwah bila bertemu dan berpisah kerana ALLAH.. ukhwah fillah abadan abada

Bookmark and Share

  


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 18:44


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah istilah sahabat begitu suci dan indah bila role modelnya adalah para sahabat Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam. Bila baca kisah hidup mereka memanglah rasa kesyahduan akan keakraban mereka semua. Namun hari ini untuk merasai kesyahduan tersebut amatlah payah sekali kerana masing-masing tidak menerima tarbiyyah sepertimana generasi alQuran yang pertama dan unik itu. Rindu pada kesyahduan sahabat yang ikhlas dan diiktiraf sebagai insan yang saling cinta menyintai Lillahi ta'ala.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - seringkali bertemu dengan golongan yang seperti ada udang balik mee. ini ditujukan bukan pada yang di sini ya.... tetapi di tempat lain.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

yan4485
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 30-08-05 23:40


kao dapat kawan yang macam ni...
insyaALLAH kekal sampai mati

Bookmark and Share

  


  Member Information For yan4485Profil   Hantar PM kepada yan4485   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 08-09-05 10:46


orang yang dapat bersama susah senang
sentiasa di sisi
kongsi segalanya (except suami ya :-D )
melipat kemas rahsia sahabatnya di dalam mindanya
membetulkan kawannya jika kawannya salah


ana: hikmah di sebalik musibah..ana kini tahu siapa kawan dan sahabat ana.. :-)

thank you shabatku..

Bookmark and Share

  


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

nukilan_abadi
Warga Rasmi
Menyertai: 17.07.2005
Ahli No: 17331
Posting: 4
Dari: pasir mas

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 11:22


SALAM...ALAIK...
sahabat ialah seorang yang sentiasa BERADA DISISI BILA DIPERLUKAN.
seorang yang boleh MENEGUR segala kesilapan kita.
jika kita dalan kelalaian dia akan INGATKAN kita.

pilihlah sahabat yang apabila kamu melihatnya kamu akan teringat akan keagungan dan kebesaran Allah..bila kamu mendengar kata2nya kamu teringat akan kalam Allah..bila kamu melihat akhlaknya kamu teringat akan Rasulullah...

WASSALAM...

Bookmark and Share

  


  Member Information For nukilan_abadiProfil   Hantar PM kepada nukilan_abadi   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 13:04


Pada 08-09-05 11:22 , nukilan_abadi posting:

!!! QUOTE !!!

SALAM...ALAIK...
sahabat ialah seorang yang sentiasa BERADA DISISI BILA DIPERLUKAN.
seorang yang boleh MENEGUR segala kesilapan kita.
jika kita dalan kelalaian dia akan INGATKAN kita.

pilihlah sahabat yang apabila kamu melihatnya kamu akan teringat akan keagungan dan kebesaran Allah..bila kamu mendengar kata2nya kamu teringat akan kalam Allah..bila kamu melihat akhlaknya kamu teringat akan Rasulullah...

WASSALAM...


insyaAllah... :-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

aninsanbiasa
Warga Rasmi
Menyertai: 23.09.2005
Ahli No: 19256
Posting: 6
Dari: kb

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-09-05 11:39


"sahabat", istilah yang bukan bgt mudah untuk dijelaskan, bukan bgt senang untuk kita melabel. kerana, yang dianggap sahabat xsemestinya sahabat untuk selama2nya.kadang-kadang baru kat tersedar yang kat saja beranggapan bgt, bukan si dia. untuk mennjadi sahabat yang baik untuk semua, perlulah menjadi sahabat baik untuk diri sendiri dulu. adkah diri kita sdh cakap untuk bergelar sahabat sejati?.sama2lah kat renungkan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For aninsanbiasaProfil   Hantar PM kepada aninsanbiasa   Quote dan BalasQuote

aninsanbiasa
Warga Rasmi
Menyertai: 23.09.2005
Ahli No: 19256
Posting: 6
Dari: kb

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-09-05 11:43


"sahabat", istilah yang bukan bgt mudah untuk dijelaskan, bukan bgt senang untuk kita melabel. kerana, yang dianggap sahabat xsemestinya sahabat untuk selama2nya.kadang-kadang baru kita tersedar yang kita saja beranggapan bgt, bukan si dia. untuk mennjadi sahabat yang baik untuk semua, perlulah menjadi sahabat baik untuk diri sendiri dulu. adakah diri kita sdh cukup untuk bergelar sahabat sejati?.sama2lah kat renungkan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For aninsanbiasaProfil   Hantar PM kepada aninsanbiasa   Quote dan BalasQuote

anamusliemah85
Warga Rasmi
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5713
Posting: 18
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 08-01-06 21:59


sahabat yang sejati adalah sahabat yang sentiasa berada disamping sahabatnya ketika dalam kesusahan dan kedukaan... salam persahabatan fillah dari ana....;)

Bookmark and Share

  


  Member Information For anamusliemah85Profil   Hantar PM kepada anamusliemah85   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-01-06 22:24


Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan saya masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan saya terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...
:-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

seribudinar
Warga Rasmi
Menyertai: 30.11.2003
Ahli No: 5407
Posting: 7

malaysia  


posticon Posting pada: 08-01-06 22:36


sahabat???
ertinya amat mendalam bagi yang tahu menghargai erti sebenar "sahabat" dikala kehadirannya di sisi kita..
seorang sahabat memberitahu saya..
...."friend is a person of great understanding.someone who is kind,symphatic and loving. A friend who shares all your plans and hope. Offering a hand when you cannot cope"...

apapun kita berhak membuat sebarang makna bagi kalimah itu..
cuma satu persoalan di minda ni...
         "sahabat, teman, kawan...apakah ia membawa makna yang berlainan???"..apa komen antum? :-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For seribudinarProfil   Hantar PM kepada seribudinar   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 01:08


~SAHABAT~


Hadirnya dirimu di saat ku perlukan
Lalu mewarnai hatiku dengan pelbagai keindahan
Dengan kata-kata peransang
Kau membimbingku
Ke arah sinar kecemerlangan
Memiliki teman seumpamamu
Sudah cukup membuat diriku
Tidak mempunyai ruang kebosanan
Mengenali dan mendekati dirimu
Adala pengalaman indah
Yang tidak merugikan
Bagiku
Dirimu umpama permata
Semakin digilap
Semakin berkilau
Tetapkan imanmu dan tambahkanlah amalanmu
Moga ukhwah yang terjalin kekal selamanya...

___________________________________________________________
Pesan Imam Al Ghazali:

" ukhwah tidak terletak pada pertemuan atau manisnya ucapan dibibir, cukup sekadar ingatan seseorang terhadap sahabatnya di dalam doanya "


-----------------
SENYUMSOKMO (^_^)
[ Telah diedit oleh: Norhaslina pada 16-01-06 10:36 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

ajefikrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20170
Posting: 264
Dari: Bukit Mahkota

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 10:22


Sahabat yang baik membimbing kita kearah lebih baik,sama ada terang-terangan or tak..
sahabat yang kurang baik,mungkin menjadikan kita lagi kurang baik.
tapi,Kalau kita dapat bimbingnya ke arah lebih baik,itulah yang Sebaik-baiknya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ajefikrahProfil   Hantar PM kepada ajefikrah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 10:44


Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

teru_teru_bozu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14371
Posting: 177
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 10:53


sahabat..
ku tercari-cari cahaya
akhirnya
kutemui sinar ceria di balik wajahmu
andainya alam ini mampu berkata-kata
hanyalah pujian untuk dirimu
diwaktu itu aku lah yang bertuah
punya sahabat sepertimu...

3DKK 2003/2006

in my memory alwiszzz


-----------------
"Hidup ini seperti mengupas kulit bawang, sekali anda mengupas kulitnya,sesekali air mata anda akan mengalir menitis ke bumi"


Bookmark and Share

  


  Member Information For teru_teru_bozuProfil   Hantar PM kepada teru_teru_bozu   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 17-01-06 18:33


sahabat...bukan senang untuk mencari permata di timbunan kaca

Bookmark and Share

  


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 21:44


assalamualaikum

Sesungguhnya jika kita bersahabatlah kerana Allah pasti tidak timbul sikap-sikap negatif terhadap sahabat kita tu. Jika ia hadir, maka itu adalah perangkap syaitan yang hanya akan memusnahkan silaturrahim yang dibina. Sentiasalah berfikir untuk kebaikan semua pihak...:)

wallahua'lam

Bookmark and Share

  


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

serimurni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18927
Posting: 106
Dari: e-poh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 09:51


:-? sahabat....
bukan senang mencari sahabat yang sanggup menerima kita seadanya...dulu ana ada seorang sahabat yang ana sangka akan menjadi teman yang setia.. tapi sebaliknya apabila ana ingin membuat perubahan dari yang tidak baik kepada yang lebih baik contoh>>>menutup aurat..tetapi dijadikan bahan ketawa oleh sahabat ana...adkah dia layak digelar sahabat?

Bookmark and Share

  


  Member Information For serimurniProfil   Hantar PM kepada serimurni   Quote dan BalasQuote

helmirohayakassim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22154
Posting: 84
Dari: Setiu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 10:02


sahabat yang sejati adalah seorang yang mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kita.

Bookmark and Share

  


  Member Information For helmirohayakassimProfil   Hantar PM kepada helmirohayakassim   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 10:53


" Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan kesetiaan,
berbatangkan keikhlasan, berdahankan kejujuran, berantingkan
kesefahaman dan berdaunkan kasih sayang "

:) :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 02-03-06 01:48


sahabat ialah seorang yang memberikan hak kita tanpa menuntut hak nya.... sahabat ialah orang yang gembira dengan kesenangan kita dan dukacita serta membantu bila kita dalam kesusahan... kawan ramai boleh cari tapi sahabat ni payah nak cari....

Bookmark and Share

  


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-03-06 06:43


assalamualaikum.....

pada pendapat saya,seorang sahabat adalah seorang yang rela berkorban sesuatu untuk sahabatnya yang lain...
sebagai contoh..abu bakar membiarkan dirinya disengat kala jengking atau pun lipan semasa bersama rasulullah ketika dalam gua hira' . walaupun sakit apa yang dirasa namun dia menahannya hanya kerana tidak mahu rasulullah tersedar dari tidurnya...begitu juga semasa berjalan abu bakar sebentar dihadapan,kemudian ke kiri,ke kanan dan ke belakang...rasulullah bertanya Kenapa wahai abu bakar??jawabnya...sekiranya ada musuh yang ingin menyerang mu dari arah2 tersebut biar lah kau dulu yang menanggungnya...

banyak lagi kisah2 yang menunkkan bagai mana erti persahabatan sebenar...antara kesah lain,satu hari ada di antara sahabat rasulullah mendapat kepala kambing...kemudian dia memberikannya kepada sahabat yang seorang lagi kerana ia rasa sahabatnya yang itu yang sepatutnya mendapat kepala kambing tersebut..sahabat yang menerimanya pula memberikan kepada sahabat yang seorang lagi dengan alasan dan fikiran yang sama...setelah berpindah tangan beberapa kali akhirnya kepala kambing tersbut sampai ketangan sahabat yang pertama...inilah erti sahabat sebenar yang cintakan sahabatnya melebihi dirinya sendiri...bahkan mementingkan hak sahabatnya dari haknya....

dalam satu kesah yang lain yang hampir sama dengan kisah diatas,dimana semasa peperangan berakhir,ada seorang sahabat yang meminta air..setelah ada seorang sahabat lain mendengar rintihannya maka dibawakan air kepadanya...ketika sahabat yang dahaga sangat tadi hendak minum,terdengar pula sahabat lain yang meminta air,dia berkata kepada sahabat yang hendak memberikan air tadi agar memberi kepada orang yang meminta air itu lebih dulu dari dia,ketika orang yang meminta air itu hendak minum terdengar lagik sahabat yang lain meminta air,tindakannya smaa seperti dengan sahabat yang pertama yang emmentingkan hak sahabatnya yang lain...ianya berterusan sampai 5 orang sahabat...setelah itu kelima2 sahabat itu syahid dan tiada seorang pun yang minum air tersebut kerana berkorban untuk sahabatnmya yang lain....

kalau lah kita...bagai mana lah agaknya ye???????

wassalam

Bookmark and Share

  


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-03-06 09:34


Assalamualaikum wrt wbt..

sajak ini untuk sahabat di ukhwah semua...dipetik dari myikim.net


SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN



TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN, NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI, HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

Wallahu'alam...

Waalaikumsalam wrt wbt...

Bookmark and Share

  


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-03-06 09:36


hmmm...bahagianya jika memiliki sahabat seperti itu...alhamdulillah.....:)

Bookmark and Share

  


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

teru_teru_bozu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14371
Posting: 177
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-03-06 09:39


Pada 25-01-06 21:44 , achik_solehah posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum

Sesungguhnya jika kita bersahabatlah kerana Allah pasti tidak timbul sikap-sikap negatif terhadap sahabat kita tu. Jika ia hadir, maka itu adalah perangkap syaitan yang hanya akan memusnahkan silaturrahim yang dibina. Sentiasalah berfikir untuk kebaikan semua pihak...:)

wallahua'lam


sahabat...


-----------------
"Hidup ini seperti mengupas kulit bawang, sekali anda mengupas kulitnya,sesekali air mata anda akan mengalir menitis ke bumi"


Bookmark and Share

  


  Member Information For teru_teru_bozuProfil   Hantar PM kepada teru_teru_bozu   Quote dan BalasQuote

asha_gurl
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17461
Posting: 191
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 13:41


sahabat sejati adalah sahabat yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar....insyaalah

Bookmark and Share

  


  Member Information For asha_gurlProfil   Hantar PM kepada asha_gurl   Pergi ke asha_gurl's Website   Quote dan BalasQuote

FitRi_kAstuRi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4595
Posting: 54
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 21:27


Assalamualaikum..sahabat..insan terdekat selepas keluarga..sahabat sejati,penawar dihati..membawa jalinan ukhwah berpanjangan dunia dan akhirat..seorang yang sentiasa menghargai ukhwah,sahabatnya..ikhlas dalam persahabatan..mereka ada dikala sahabat mereka susah dan senang..wassalam..

Bookmark and Share

  


  Member Information For FitRi_kAstuRiProfil   Hantar PM kepada FitRi_kAstuRi   Quote dan BalasQuote

nike_007
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20933
Posting: 125
Dari: pasir mas

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-03-06 18:13


tak tahu maka tak kenal
tak kenal maka tak cinta
tak cinta maka tak kasih
tak kasih maka tak sempurna......


"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang
bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Bookmark and Share

  


  Member Information For nike_007Profil   Hantar PM kepada nike_007   Pergi ke nike_007's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-03-06 20:48


Kalau gaduh dengan sahabat kita...itu akan menambahkan lagi ukhwah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ilma
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-03-06 13:44


tapi ada yang gaduh tak baik terus
macam mana pula?

Bookmark and Share

  


  Member Information For ilmaProfil   Hantar PM kepada ilma   Pergi ke ilma's Website   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-03-06 21:53


bersahabat selagi mana dapat bersahabat..
bersahabat sehigga dapat menolong antara satu sama lain..
bersahabat yang mana boleh nasihat menasihati...
bersahabat sampai keakhirat...

Bookmark and Share

  


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-03-06 23:53


Sahabat yang paling baik sabda Nabi saw:

" Seseorang yang mana apabila kamu memandangnya kamu teringat akan ALLAH, apabila kamu mendengari percakapannya pengetahuan kamu mengenai ISLAM akan bertambah, bila kamu melihat klakuannya kamu teringat pada kehidupan akhirat "

~inilah sebaik-baik sahabat~
:) :) :) :) :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.173245 saat. Lajunya....