Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 54 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Al-Quran ke Mangkuk Tandas. Hadhari buat apa?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Al-Quran ke Mangkuk Tandas. Hadhari buat apa?

Please Mendaftar To Post


Oleh Al-Quran ke Mangkuk Tandas. Hadhari buat apa?

ezad_75
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15379
Posting: 96

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-05-05 16:25


Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

MAKA, berkatalah Perdana Menteri Islam Hadhari setelah mendengar kejadian tentang tuduhan warden penjara di Guatanamo memasukkan Al-Quran ke dalam mangkuk tandas dan dipam. Walaupun ia sedih, “tapi apa yang kita hendak lakukan.” (Mingguan Malaysia 15 Mei 2005).

Melihatkan komen Perdana Menteri daripada Umno ini, jelaslah yang pemimpin kita ‘kering dakwat’ dalam serba serbi. Kering pemikiran. Kering iman. Kering suara. Kering kepekaan, malah hilang langsung deria rasa biarpun Al-Quran sendiri dihina sebegitu rupa di penjara Guantanamo Bay, Cuba.

Sepatutnya selaku negara pelopor dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan OIC, tunjukkanlah sikit mutu kepemimpinan kita yang kononnya sudah mencecah taraf dunia itu. Kata, Islam Hadhari kini sudah tersangat popular hinggakan ramai pemimpin dunia mahu belajar dengan kita!

Setelah mendengar pendirian Perdana Menteri yang langsung tidak sensitif (setakat ini) dalam isu ini, maka tahulah rakyat bahawa Islam dari klon hadhari ini cuma “Islam jenis cakap saja.”.

Mari kita bandingkan dengan sikap pemimpin-pemimpin negara umat Islam yang lain yang tidak pun hadhari. Mereka mengeluarkan kenyataan rasmi, membuat bantahan aman dan mendesak keras agar kerajaan AS melakukan siasatan rapi dan mengemukakan penjelasan sebenar.

Kemudian, kita dapat saksikan pula bagaimana tergesa-gesanya Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice terpaksa membuat kenyataan yang mereka tidak pernah sekali-kali bertindak menghina Al-Quran disamping akan menjalankan siasatan rapi serta merta bagi menyatakan kejadian yang sebenar.

Soal AS yang suka berdolak dalik adalah satu hal; tetapi sikap pemimpin Islam walau dari klon mana sekali pun perlu jelas. Saya kadang kala menjadi cukup tidak faham. “Cemerlang? Gemilang? Terbilang?.”
Cemerlanglah itu agaknya apabila “a senior police officer allegedly made an asset declaration amounting to RM34 million and no action seen to be taken”. (NST muka depan 17 Mei 2005).

Gemilanglah itu agaknya apabila adik Ahmad Hafizal dijel dan didenda kerana gagal menjalani PLKN sedangkan beliau pada masa yang sama sedang tekun meraih rezeki untuk membantu emaknya (seorang balu) dengan dua tiga adik-adiknya yang tidak cukup makan.

Terbilanglah itu agaknya apabila Ratu Dangdut tergamak dibenarkan menggerudi ‘papan iman’ remaja kita di Stadium Merdeka atas undangan pemimpin Umno/BN.

Kenyataan yang berbunyi “tidak ada apa yang boleh dilakukan” sesungguhnya cukup naïf dan sangat menampakkan ketandusan. Bukankah kita ada Wakil Tetap di PBB. Kita Pengerusi OIC. Kita orang kuat NAM. Kita ada Wisma Putra dan kita tahu di mana letaknya Pejabat Kedutaan Amerika di Malaysia.

Langkah-langkah Civil yang membayangkan sikap tamadun beraurakan hadhari boleh diatur dengan waras dalam rangka bantahan beradab ke atas amalan biadap yang non-hadhari di Guantanamo itu. Bertindaklah dengan tegas berasaskan protokol mengikut saluran-saluran diplomatik antarabangsa yang dipiawaikan. Ini bukan masalah.

Entahlah. Kita nampaknya semakin sehari semakin kalut. Dalam tahun ini sahaja kita saksikan kes JAWI vs Jeslina Hashim. Kita ada kes tuntutan Sister’s In Islam dengan 50 NGO dan anak Perdana Menteri serta anak bekas Perdana Menteri termasuk beberapa Menteri sendiri yang menyokong penubuhan IFC, walaupun kemudiannya ditangguhkan (ingat, tidak dibatalkan).

Kemudiannya, datang pula si Inul dengan “mesin gerudi”nya. Disusuli pun dengan isu diesel yang kekurangan. Rupa-rupanya, bukan setakat diesel tetapi dengan petrol-petrolnya sekali diangkat naik antara 10 sen – 20 sen seliter. Kemudian, mulalah memberi amaran itu dan ini. 1,000 Pegawai Penguatkuasalah yang memantau kenaikan harga. 14,000 wanitalah (wanita mana ni?) yang nak turut dijadikan sukarela.

Kemudian, kempen beli barang murah di Giant, Tesco, Carrefour dan Mydinlah. Kononnya mahu membendung pesta naik harga. Sebenarnya, perkataan pesta yang digunakan sendiri oleh akhbar-akhbar perdana kita sangat mengesahkan telah berlakunya kenaikan harga barang yang ‘gila-gila’. Kapitalis yang berpesta. Rakyat yang merana dan pihak berkuasa yang seakan-akan tengok saja. Cukup rajin mengeluarkan kenyataan tetapi akan berakhir dengan pendirian-pendirian tawar yang mungkin sekali lagi berbunyi, “apa yang boleh kita lakukan”? Cuba kita bayangkan jika ayat yang sama diulang apabila kita melawat orang sakit.

Jika dalam insiden orang menghumban Kitab Suci kita ke mangkuk tandas pun kita boleh ambil sikap “apa boleh buat ,” maka demikianlah hakikat adanya kita dalam situasi kepemimpinan semasa di waktu ini. Memang sahlah yang kita perlukan reformasi mega di segenap peringkat dan keadaan.

Itu belum lagi kita semak berita-berita mutakhir terkini. Mari kita beranalisis dengan membuat pembedahan isu berasaskan kes:
i) “Sebahagian penganggur Melayu sukar dapat kerja.”
- Berita Harian 17 Mei 2005
(Komen : Janji Umno, jika menang di Kelantan dalam pilihan raya yang lalu, katanya, kerja boleh dilambakkan dengan banyaknya).

ii) “Pertunjukan fesyen baju jarang tanpa coli, hidangan arak jam 8.30 malam dibuat di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.”
- Berita Harian 17 Mei 2005
(Komen : Mana kempen budi bahasa jika supermarket pun boleh anjur pertunjukan yang anti-moral pada bila-bila masa. Mustahil, permit tidak diperlukan. Siapa pula yang meluluskannya?)

iii) Tegas Perdana Menteri, “usah cepat naik harga barang.”
- Berita Minggu 8 Mei 2005
(Komen : Maknanya, boleh naiklah tapi perlahan-lahan?
iv) Dato’ Shapie Apdal pula berkata, “don’t pass cost to consumers.”
- NST 8 Mei 2005
(Komen : Habis, jika tidak dipindahkan kepada pengguna, kepada siapa lagi. Minyak dah naik begitu cepat, takkan tak berlaku inflasi. Ini hukum klasik ekonomi seantero alam. Mustahil tak faham!)
v) “Bekas Ketua Pemuda Umno dan isterinya dari negeri Perak ditahan atas tuduhan rasuah RM6.2 juta.”
- Utusan Malaysia 14 Mei 2005

(Komen : Jika sudah pemimpin Umno rasuah, habislah. Itu belum lagi didedah 18 kes berprofil tinggi. Jangan lupa, Rakyat menanti).

Semasa Tun Dr Mahathir ditemubual, beliau mendedahkan satu kekurangan iaitu beliau tidak pandai berenang. Pemimpin Umno yang ada sekarang pula pandai buat apa dan tidak pandai buat apa, tak tahulah. Serba salah rakyat dibuatnya. Dipotong hidung, rosak muka. Diconteng muka rosak maruah. Ya Allah!

Dalam keadaan sebegini, saya meminta orang lain sama turut merenungi Firman Allah yang bermaksud,
“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasik.” - (Surah Al-A’raaf: Ayat 165). Wallahu a’lam.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ezad_75Profil   Hantar PM kepada ezad_75   Quote dan BalasQuote

zalfa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15731
Posting: 49
Dari: iskandariah,mesir

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 19:58




"islam itu gharib(asing)..maka nanati ia akan kembali asing.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For zalfaProfil   Hantar PM kepada zalfa   Pergi ke zalfa's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 19-05-05 09:26


ermmmmm,nak harapkan kerajaan,memang tak jadi..kita kena bermula dari diri kita,keluarga, masyarakat........kat eropah/barat,org berbondong-bondong masuk islam..kat malaysia..org berbondong-bondong tinggalkan islam.... moga2 kita terpelihara dari azab Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 19-05-05 10:16



KENAPA RAMAI ORG MACAM TAK SUKA JER DGN KONSEP ISLAM HADHARI.?yg baik jadikan amalan,yg buruk jadikan sempadan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 19-05-05 10:28




PETANDA kot.......... takutnyer........



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-05-05 10:40


...

Quote:
KENAPA RAMAI ORG MACAM TAK SUKA JER DGN KONSEP ISLAM HADHARI.?yg baik jadikan amalan,yg buruk jadikan sempadan.



topik yg kerap kali dilaungkan...benar yg baik dijadikan amalan dan begitu jua sebalknya..tp cuba tgk pengasas Islam Hadhari tue sendiri..baca elok2 artikel di atas....

......................................................

mASa MengUBaH sEgaLanYA


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

tentera_berkuda
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16444
Posting: 1327
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-05-05 10:45


kenapa yang x puas hati ni x pergi bela sendiri??
INGAT SENANG KE???
Yang paling penting jangan kutuk mengutuk sesama ISLAM...
ikan juga boleh lemas dalam air...
fikir2kan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tentera_berkudaProfil   Hantar PM kepada tentera_berkuda   Quote dan BalasQuote

fikrah_salim
Warga Rasmi
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16640
Posting: 3

blank  


posticon Posting pada: 19-05-05 17:39


Peringatan tu penting, tapi yg kita, brapa ramai yg bila dgr citer tu darah menyirap ke kepala? atau sebut masyaAllah ke? mesti ramai bila baca peringatan atas dan tau citer tu kata tu la msia pengecut, pm tk pandai, tapi diri tu, diri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrah_salimProfil   Hantar PM kepada fikrah_salim   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 18:29


astaghfirullahalla'zim..
nauzubillahiminzalik...
sampai begitu skali Islam dihina oleh kafir la'natullah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-05-05 23:25


Hadhari buat dek...!!!

Adakah kita ingat ketika sebuah institusi pengajian di Terengganu di robohkan atas arahan kerajaan Terangganu masa itu?

Al-Quran telahdan turut menjadi mangsa sikap yamg melampaui kebinatangan!

lembaran Al-Quran telah bersalut dengan najis dari tandas yang dirobohkan...helaiannya berselerakan.. Masihkah Anda ingat ?
kerja Siapa?


Quote:
kenapa yang x puas hati ni x pergi bela sendiri??
INGAT SENANG KE???
Yang paling penting jangan kutuk mengutuk sesama ISLAM...
ikan juga boleh lemas dalam air...
fikir2kan....




Jangan kutuk-mengutuk....konon... perbuatan biadap terhadap agama memang patut sangat dikutuk.
adakah kita masih perlu berlemah lembut ketika maruah kita dijarah? Wajah kita diludah.
Islam apakah ini? Syiar tersucinya sendiripun sanggup dinajisi...!!

Kenapa ikan lemas dalam air?
sebab ikan tak nak bernafas dengan fitrahnya...cuba melawan hukum alam..
Islam itu Fitrah...sesiapa yang menyalahi fitrah pasti binasa..
Quote:
astaghfirullahalla'zim..
nauzubillahiminzalik...
sampai begitu skali Islam dihina oleh kafir la'natullah!



bukan kafir sahaja main peranan.. umat Islam yang bangsat adalah penyebab utama kesucian Islam dipermainkan...

Cukup????

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.32877 saat. Lajunya....