Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional ......


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional ......

Please Mendaftar To Post


Oleh Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional ......

ezad_75
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15379
Posting: 96

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-05-05 10:28


Saya dan rakan-rakan dengan hati yang senang mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah menaikkan harga minyak, seterusnya secara tidak langsung menyebabkan kenaikan barangan keperluan harian juga.

Sewajarnya dan layak benarlah dengan segala usaha dan tanggungjawab kerajaan menaikkan harga minyak itu, maka amatlah layak buat para menterinya dinaikkan gaji!

Tahniah sekali lagi kerana di waktu rakyat terbanyak terhimpit dengan pelbagai masalah hidup, kerajaan bersedia menaikkan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, anggota Kabinet dan seluruh wakil rakyat lainnya.

Sebelum terlupa, sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kepada menteri-menteri dan wakil kerajaan kerana telah membuka peluang dan memberi ruang untuk rakyat Malaysia mengkritik serta menegur amalan agama Islam secara bebas dan tanpa batasan.

Bersalaman antara lelaki dan perempuan, azan yang dikumandangkan, pakaian menutup aurat, kebebasan individu dan segala macam rencam yang membuktikan bahawa Malaysia mempunyai kebebasan bersuara secara terbuka.

Saya dan rakan-rakan juga rasa kagum dan rasa seronok tidak terkata kerana kerajaan Barisan Nasional telah memberi peluang kepada kami untuk melakukan apa sahaja tanpa rasa takut, gusar atau risau dipantau khususnya oleh penguatkuasa termasuk jabatan agama.

Selepas ini kami bebas untuk bercengkerama, mabuk-mabuk dan segala macam keseronokan tanpa batasan, tanpa merasa risau akan dikenakan tindakan atau hukuman.

Kalau dahulu kami takut dipantau atau ditangkap dan dibawa ke mahkamah, tetapi kini tidak lagi. Malahan rakan-rakan kami yang berkelakuan tidak senonoh itu akan dibela dan dipertahankan oleh menteri, sementara pihak berkuasa agama diherdik.

Terima kasih kepada menteri-menteri dan wakil rakyat yang membela nasib kami yang inginkan kebebasan, hiburan dan keseronokan.

Kami menyeru kepada rakyat Malaysia agar terus mengundi kerajaan Barisan Nasional yang senantiasa 'prihatin' kepada nasib rakyat, yang sedia menaikkan harga minyak dan barangan keperluan harian dan memastikan golongan muda-mudi terus asyik dalam keseronokan! - um



Bookmark and Share

    


  Member Information For ezad_75Profil   Hantar PM kepada ezad_75   Quote dan BalasQuote

ummu_muslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14791
Posting: 80

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 10:44


huhuhuhu..terima kasihlah...bebanyak.....

-----------------
indahnya muslimah ...
seindah budinya..
seindah akhlaknya..
seindah tutur katanya..
insyaAllah..muslimah harapan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_muslimahProfil   Hantar PM kepada ummu_muslimah   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  


posticon Posting pada: 18-05-05 10:48


kena tangkap ISA nanti



-----------------
[url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]

A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.37992 saat. Lajunya....