Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 4 hari yang lalu
wyd1014: 12 hari yang lalu
haykal77: 20 hari yang lalu
Kakngah: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 22 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Bila Isteri Merajuk....


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »»  Bila Isteri Merajuk....

Please Mendaftar To Post


Oleh Bila Isteri Merajuk....

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 16-05-05 14:09


Kita balik dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sekejap, sembahyang 'asar kemudian capai reket badminton terus ke
gym beriadah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita. Tetapi setibanya di rumah, belum sempat kita buat
apa-apa, isteri kita dah minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi.
Disebabkan dah berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gyn jam 5.30 petang kerana sewa bermula jam 5.30 dan juga kenalah jaga imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka kita terus aje memberikan alasan untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata, "Eishh!, takkan benda-benda kecik tu pun abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long tu beli, bukan jauh pun kedai tu..." kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat kita menarik nafas untuk meletakkan "full stop" komen kita tadi, meletup isteri kita menyembur macam machine-gun kata-kata kecewa kerana kita tak mahu tolong dia.

Keluarlah macam-macam peristewa silam yang dulu-dulu tu kesilapan-kesilapan kita tak mahu tolong dia. Sampai ke peringkat dia kata, "YAH, TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP, PI BELI SENDIRI... YAH FED-UP DENGAN ABANG!.." sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu "Begedegum!" terus membenam dalam tilam nostalgia kita tu. Kita pun terpinga-pinga dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tak mahu ke kedai dah merajuk tak mahu masak untuk kita!.. pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat lakunan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni.

Kita mula naik geram, nak ditanggalkan terus bermain badminton, rasa pula tak boleh nak tumpu kepada permainan. Nak tunggu hingga isteri tu reda, entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang mencecah hingga seminggu baru dia mengorat kita semula. Kita pun telefon sahabat minta excuse. Duduklah kita kat rumah tu membereskan kerja-kerja yang isteri kita tinggalkan tadi. Itupun kot-kotlah ada suami-suami yang nak buat. Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?


1. Pertama sekali, kita mesti terus ingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19 bermaksud:" ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri tu tidak merajuk, maka kita terus ke gym dan di sana mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya.
2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggong hatinya yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah. Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun.Isteri kita tu sabar dan menyimpan semua peristewa-peristewa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk tu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk depa semburkan kesemua files kepada kita. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan lari masuk ke dalam bilik dan membasah bantal dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut fisiologinya, depa dah "lega" lah tu.
3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya tu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah kita cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba nak pujuk, nanti tak pasal-pasal kena sesiku sulongnya di dagu kita. Biarkan esok barulah cuba-cuba. Jika tak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tak mahu pujuk dia.
4. Bila isteri kita tu dah mula nampak nak "mengorat" kita kembali, maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai posman. Inilah masa yang amat ndah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristewa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, laksana kita
mula-mula bercinta dulu. Rasa cinta akan menyegar kembali. Senyum-senyumlah padanya jika dia mula nak mengorak senyum. Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat terlanggar kita. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. Lafazkan kata cinta padanya.
5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya tu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa' ayat 34: untuk tindakan kita selanjutnya: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya
tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuawatirkan nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan
yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali kita bertemu dengan isteri kita: " Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan".



Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 16-05-05 14:23


BAGUS INFO NI..TQ

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 248
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 16-05-05 14:27


,

Terima kasih Iswadi, tips yang amat berguna...

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 14:43




Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 17:13


huhu..senyum je..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-05-05 18:07



blh dijadikan panduan pada masa hadapan

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 18:13




Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

nice_pesan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...

Perak  


posticon Posting pada: 17-05-05 00:41




Bookmark and Share

    


  Member Information For nice_pesanProfil   Hantar PM kepada nice_pesan   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 01:14


best kalu wife kite majuk...
pujuk dia puas2,mesti bley nyer...
wife majuk sb nk test betapa syg nyer suami kt dia..kite as suami kne la pujuk...
wife mesti ske gile2,huhu..

wassalam

[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 17-05-05 08:33


jaga la ati isteri nu....... nanti dier lari carik orang lain pula........




Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

mariana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12405
Posting: 148

Johor  


posticon Posting pada: 17-05-05 16:37




Bookmark and Share

    


  Member Information For marianaProfil   Hantar PM kepada mariana   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-05-05 09:09


baca memula citer dia td..ingat kan citer dr keluarga bahagia Iswadi..ingat kan isteri dia yg majuk..hehe.. bagus citer ni..timerkaseh
besok..kena jaga isteri bebaik ..isteri pun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  


posticon Posting pada: 18-05-05 09:13


Saya copy and paste dalam Word. Simpan. Bila dah kahwin nanti, baru buka semula.... Baca sekarang takut lupa...



-----------------
[url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]

A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-05-05 15:10


kalau saya...

"Taknak masak dah...i cari lain yg boleh masak utk i"
naik kereta cabut.....ingat suka2 nak mengalah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 00:51


menarik info ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 02:59


:) :) :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

farina_haikal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea

north_korea  


posticon Posting pada: 29-07-05 03:05


bila isteri merajuk??..kenalah pujuk...merajuk perempuan ni tak kemana nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farina_haikalProfil   Hantar PM kepada farina_haikal   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 23:58


pujuk...jangan tak pujuk..... :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 01-08-05 18:44


assalamualaikum..

boleh pakai juga idea ni..
10q..

wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 13:41


saya ada bela kucing yang suka merajuk..pantang kalau layan kucing lain dulu masa makan ..mesti lari masuk bawah almari..tapi senang saja nak pujuk dia..gosok2 leher dia belai2 telinga dia bagi dia ikan rebus..sure ceria balik..agak2 sama tak rajuk kucing dengan rajuk perempuan ? :-?



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 13:59


biar betul samudra....

saya..tak ada pengalaman lagi :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-11-06 14:10


mana nak sama kucing merajuk dengan perempuan merajuk
ada cara tersendiri nak pujuk perempuan ni
tak pernah tengok kucing merajuk :lol:



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 17:58


:-P :-P :-P


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 18:41


Pada 15-11-06 13:38 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

saya ada bela kucing yang suka merajuk..pantang kalau layan kucing lain dulu masa makan ..mesti lari masuk bawah almari..tapi senang saja nak pujuk dia..gosok2 leher dia belai2 telinga dia bagi dia ikan rebus..sure ceria balik..agak2 sama tak kucing dengan perempuan ? :-?



ada pulak macam tu...
:lol:


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 18:54


info ygvbagus..panduan buat semua lelaki ye....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 20:19


Bicara Lelaki Yang Bergelar Suami


Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.


Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

******( i )******

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.


Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

******( ii )******

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

******( iii )******

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

******( iv )******

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ?"


******( v )******

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang
isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

:-) :-) :-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 20:24


panjangnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 20:39


:-) Bismillahirrahmanirrahim....


pujuk, jangan tak pujuk...kasihan kat isteri...mereka tentu terasa dengan sikap si suami...

janganlah salah seorang berkecil hati...begitu juga dengan para isteri, kenalah pujuk suami...jangan sampai mereka marah...syurga di bawah tapak kaki suami tau...

jdlah suami isteri yang soleh, taat perintah allah dan mendirikan rumahtangga semata2 hanya pada allah...

teringat dengan pesan sahabat baik ana.."kita mesti cintai mereka tidak boleh lebih dari cinta kita pada allah"

jika hidup ini semata2 kerana allah, pasti hidup kita bermakna dan bahagia dunia akhirat.insyaallah...

wallahua'lam...


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

rebana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 149
Posting: 123
Dari: banting

Selangor  


posticon Posting pada: 15-11-06 21:00


beli saja aiskim untuk bini anda...sejukla hati dia nanti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rebanaProfil   Hantar PM kepada rebana   Pergi ke rebana's Website   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 15-11-06 21:57


Pada 18-05-05 15:10 , JoshuaIsfahan posting:

!!! QUOTE !!!

kalau saya...

"Taknak masak dah...i cari lain yang boleh masak untuk i"
naik kereta cabut.....ingat suka-suka nak mengalah...




huhu bahaya ni kalau suami cakap macam ni...petanda nya cinta suami pada isteri dah mula nak surut...atau ni saja saja nak usik istri... :-D


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

islamic_87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27188
Posting: 98
Dari: sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 00:22


bagus cita 2... tak susah ka memujuk ya????

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_87Profil   Hantar PM kepada islamic_87   Quote dan BalasQuote

rebana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 149
Posting: 123
Dari: banting

Selangor  


posticon Posting pada: 17-11-06 02:45


beli aiskim saja...kalau si laki pula merajuk..anda beli juga asikim..pakse dia makan..kalau dia tak makan..tambah lagi satu aiskim conetto..dia tak makan saman juga..anda beli kedai aiskim juga...kalau dua-dua laki bini tak makan saman...aiskim tu simpan saja kat peti sejuk kat rumah..bagi anak-beranak anda makan...

habis cerita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rebanaProfil   Hantar PM kepada rebana   Pergi ke rebana's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116747 saat. Lajunya....