Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 178
Ahli: 0
Jumlah: 178




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Dia Sudah Tiada Lagi


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Dia Sudah Tiada Lagi

Please Mendaftar To Post


Oleh Dia Sudah Tiada Lagi

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 16-05-05 13:34


Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc[chatting]. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula.Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'.Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC.

Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada
mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC.

Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul.

Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.

nurheart : Lan...
hensemboy : Ira...maaf saya tak dapat masuk malam itu.
nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...
nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu.

"Aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku?
Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?"

"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah.

"Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah.

Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan.Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah.Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Samirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini.Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC.Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

hensemboy : Ira...awak marah saya ke?
nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu
tidak mahu berbual dengan saya?
hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya
masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
nurheart : Kenapa?
hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu
bertemu dengan awak, ingat?
nurheart : Awak teruk ke?
hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang darah yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar.
Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.
nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.
nurheart : Maksud awak?
hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.
Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan
rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang
Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya.

Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkandirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan.
Tiba-tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hariHazlan tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.

Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar.Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk.Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung.Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari.Shahirah melipat akhbar tersebut.Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi.Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.

"If you live to be a hundred,
I want to live to be a hundred minus one day,
so I never have to live without you.



Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 13:42


ingatkan main2,rupanya betul

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

mariana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12405
Posting: 148

Johor  


posticon Posting pada: 16-05-05 13:49


pernah ku baca cerita nie..

Bookmark and Share

    


  Member Information For marianaProfil   Hantar PM kepada mariana   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 22:38




pernah baca gak... seram je.. dah la bca tgh2 malam.. masa tue chatting lak.. uishhh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 29-07-05 19:11


hehh
'sejuk' jugak baca cerita ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

shahriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16922
Posting: 146

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 19:50


assalamualaikum...
dah di takdirkan oleh tuhan
hidup dan mati ketentuan illahi...
nice story cuma shah pernah terbaca cerita ini tapi tak ingat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahrizProfil   Hantar PM kepada shahriz   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 19:55


terlalu menyentuh hati...
kehilangan insan yang tersayang amat menyedihkan... :-( :-(


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

zuera_fadz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.10.2004
Ahli No: 11933
Posting: 64
Dari: penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-07-05 20:00


nice story.........cedih juga eik cerita ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zuera_fadzProfil   Hantar PM kepada zuera_fadz   Pergi ke zuera_fadz's Website   Quote dan BalasQuote

raudhatulhusnaa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2004
Ahli No: 9710
Posting: 23
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 07-08-05 04:48


best...tapi sedih

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulhusnaaProfil   Hantar PM kepada raudhatulhusnaa   Quote dan BalasQuote

huda_wafana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17784
Posting: 144
Dari: port dickson

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-08-05 23:21


kasihan.....seram juga ehh...eeee..takutnyer

Bookmark and Share

    


  Member Information For huda_wafanaProfil   Hantar PM kepada huda_wafana   Quote dan BalasQuote

aidabdullah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16510
Posting: 24

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 07:31


Allah swt Maha Mengetahui atas segala yang ditetapkaNya. Dia juga Maha berkuasa atas segala KehendakNya. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang membuktikan kekuasaanNya.
Wallahhua'lam.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For aidabdullahProfil   Hantar PM kepada aidabdullah   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-09-05 15:22


dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.21404 saat. Lajunya....