Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-06-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53

  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 27 hari yang lalu
izdham: 36 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 46 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tabligh: Why we don

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tabligh: Why we don

Please Mendaftar To Post

Oleh Tabligh: Why we don

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 12-05-05 20:55

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii!Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang
pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje
senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar
hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh, Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu
ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh, Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana
kaca.

Orang Tabligh, Kekadang buat silap...adat la
manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg
dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik
masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh, Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan), bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh, "Apsal la ulama India yg jadik
ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye
pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh, Bukan nak takhta, harta, ataupun
kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha, masukkan kita dlm
syurgaNya,
Itu saja...

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

syazz
Warga Rasmi
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 4943
Posting: 13
Dari: selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 13-05-05 00:09

....awwalan syukur dipnjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana masih ada lagi insan yg sanggup meneruskan perjuangan dakwah rasulullah saw walaupun sering dilontarkan bermacam2 tuduhan yang menyakitkan..teruskanlah usaha ni untuk kebajikan seluruh ummat insya'allah segala niat yang baik akan di permudahkan dalam segala urusan sebagai manusia,kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan,biarlah apa yang orang nak kata..yang penting,tabahkan hati,kuatkan semangat insya'allah.walau dimana pun berada,jaga iman,amal dan akhlak ana akan sokong selagi mana ianya tak bertentangan dengan syarak..samapaikanla..sebarkanlah..wallahu 'alam

Bookmark and Share

  Member Information For syazzProfil   Hantar PM kepada syazz   Pergi ke syazz's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 13-05-05 02:13

Antara sebab mengapa ada org tak suka segelintir (BUKAN SEMUA) Geng2 tabligh.(SEBAHAGIAN YA)

Ini dari pengamatan saya dan apa yg telah /pernah saya lalui.

1.Main redah masuk bilik org jam 3-4am semata2 nak bagi tazkirah.Kalau tak bangun dia dok sebut neraka sana sini..come on! aku ada kuliah esok jam 9.00am dan baru nak tidur lepas study bagai nak rak.

2.Komunikasi yang tidak berhemah dan lembut?kadang2 mereka harus tanya mengapa dulu gang2 Arqam lebih berjaya di dalam berdakwah...rasanya kalau nak ikut sunnah, berdakwah harus lembut dan lebih praktikal.

3.Cuba memasukkan unsur politik...ermm...nak dakwah,dakwah jelah..nabi pun tak didik bila dakwah dok ngata org, rasanya dlm quran tak sebut mengenai rambut tun dr siti hasmah!come on!kita org bukan ngek sgt benda tazkirah ni.

4.Once ada satu tabligh pernah tipu kawan saya,ajak dia teman gi umah abg dia,rupanya dok gi surau tidur..dah budak tu missed kuliah! apa punya tabliqh ni?takkan nak kata tuhan redha dengan apa yg dia buat..

5.Pakaian..tahulah putih tu bersih, ni jubah dari putih dah mcm kelabu asap pun ada,dgn ada kari pun ada...sah kata ke bawak sembahnyang?lagi satu janggut tu sisirlah elok2..rasanya kalau Nabi masih hidup pun dia akan tegur,bukankah kebersihan adalah sebahagian dlm iman..camner nak dakwah kalau org dok tengok dan kata"ya Allah,dia ni buat2 miskin ke pengotor"

6.Tidur dlm masjid.Saya tak taulah,kalau kadang2 tu mungkin ok tapi kalau kerap sampai masjid dah mcm setinggan interior,apa jadik?tu kan rumah Allah...kenalah jaga kebersihannya.

Bukan tak suka tabligh..cuma bagi saya kadang2 cara dan masa dia nak dok tazkirah kita tu mcm tak kena gaya..ni waktu org nak tidur,time tulah nak nasihat...tu yg sampai sorok2 masuk almari nampak tabligh...once kawan saya pernah sound"dahlah,kau ni dtg tgh2 malam ni kenapa?pointer dah 4 flat ke?"
Kenalah munasabah bukan?takde siapa menolak benda yg baik,cuma kdang benda yg baik tu nak dilakukan mcm tak kena gaya...

p/s
Pernah cabar tabliqh ikut gi atmosphere..tahu takutt
5.

Bookmark and Share

  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 13-05-05 02:14

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  

posticon Posting pada: 13-05-05 03:26

Terlebih dahulu terima kasih dan penghargaan ana pada sahabat hafeezzul. Tulisan yang penuh makna.

Agak agresif sahabat ana JoshuaIsfahan kali ini.
Mungkin ada benarnya, kerana ana percaya tiada gading yang tidak retak.

Ikhlas ana katakan, ana juga pernah punyai pandangan sedemikian pada jemaah tabligh.
Dan, sekarang ana masih sukar maafkan diri ana kerana banyak bercakap mengenai perkara yang ana tidak tahu dan kurang pasti.

Selepas keluar dari tempurung Malaysia, dan berpeluang melihat dunia, ana sedar bahawa apa yang kita lihat di Malaysia tidak boleh digunapakai sebagai hujah kita menghukum jemaah tabligh keseluruhannya.

Secara peribadi, ana juga tidak menyokong apa yang telah berlaku. Walauapapun, kena tetap kena utamakan yang utama.Namun,sangat tidak adil jika menghukum suatu jemaah yang sangat besar hanya kerana perbuatan segelintir daripada mereka.
Kenalilah mereka terlebih dahulu; sebelum pantas menghukum mereka.

Jemaah ini juga banyak berjasa pada agama.
Satu contoh yang ingin ana bawakan, kisah benar yang terjadi di sebuah negara yang dominan di Eropah;
Jika dulu, pada tahun 70-an, di negara tersebut hanya ada 5 masjid, tapi hari ini, pada tahun 2005, ada lebih 3500 masjid.
Tidak perlu ana sebut siapa yang berjasa...

-----------------
Image hosted by Photobucket.com

Bookmark and Share

  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

abu
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14187
Posting: 20
Dari: Alam Dunia ke Alam Akhirat

blank  

posticon Posting pada: 13-05-05 08:48

Quote:

On 2005-05-13 02:14, JoshuaIsfahan wrote:
Antara sebab mengapa ada org tak suka segelintir (BUKAN SEMUA) Geng2 tabligh.(SEBAHAGIAN YA)

Ini dari pengamatan saya dan apa yg telah /pernah saya lalui.

1.Main redah masuk bilik org jam 3-4am semata2 nak bagi tazkirah.Kalau tak bangun dia dok sebut neraka sana sini..come on! aku ada kuliah esok jam 9.00am dan baru nak tidur lepas study bagai nak rak.

*Heran kan..kalau utk agama kita marah2 kalau cakap sampai pagi tapi kalau borak2 kosong ke, cerita bola ke, cerita awek ke, ok je kan..?kan?

2.Komunikasi yang tidak berhemah dan lembut?kadang2 mereka harus tanya mengapa dulu gang2 Arqam lebih berjaya di dalam berdakwah...rasanya kalau nak ikut sunnah, berdakwah harus lembut dan lebih praktikal.

*Biasalah yg buat usaha ni bukan wali tapi 'kuali', jadi biasalah terlajak katake, terkasar ke, maklumlah baru nak belajar2 sifat nabi...

3.Cuba memasukkan unsur politik...ermm...nak dakwah,dakwah jelah..nabi pun tak didik bila dakwah dok ngata org, rasanya dlm quran tak sebut mengenai rambut tun dr siti hasmah!come on!kita org bukan ngek sgt benda tazkirah ni.

*Bukan tak nak masukkan politik, tapi maksud usaha ni untuk satukan umat, kalau cerita pasal politik nanti tak pasal2 bertekak pasal parti pulak kan, lagipun dalam Al-Quran kan dah bagitau perkataan siapakah yang lebih baik daripa mereka yang mengajak kepada ALLAH...

4.Once ada satu tabligh pernah tipu kawan saya,ajak dia teman gi umah abg dia,rupanya dok gi surau tidur..dah budak tu missed kuliah! apa punya tabliqh ni?takkan nak kata tuhan redha dengan apa yg dia buat...

*Hari ni ada lebih ramai tipu mak bapak dia kata nak gi surau tapi pergi disko kan...?

5.Pakaian..tahulah putih tu bersih, ni jubah dari putih dah mcm kelabu asap pun ada,dgn ada kari pun ada...sah kata ke bawak sembahnyang?lagi satu janggut tu sisirlah elok2..rasanya kalau Nabi masih hidup pun dia akan tegur,bukankah kebersihan adalah sebahagian dlm iman..camner nak dakwah kalau org dok tengok dan kata"ya Allah,dia ni buat2 miskin ke pengotor"

*Bila dah nama buat kerja mestilah pakaian kotor, hari ni ramai jugak pakaian yang berdebu kotor, berminyak dari kerja pegi sembahyang, kalu setakat kari tu masih sah sembahyang kan...? Bab janggut ni kalau anta ada masa carilah pendapat 4 imam besar mengenai janggut nie, nak cerita kat sini tak cukup....Janggut Nabi pun sampai ke dada...

6.Tidur dlm masjid.Saya tak taulah,kalau kadang2 tu mungkin ok tapi kalau kerap sampai masjid dah mcm setinggan interior,apa jadik?tu kan rumah Allah...kenalah jaga kebersihannya.

*Yang ini kadang2 diaorang ni tak ikut adab tertib (adab nie selalu dimuzakarahkan bila jemaah sedang keluar), biasalah ada yang tak pernah kenal masjid tiba2 nak iktikaf kat masjid kelam-kabutlah sikit, so bagilah masa utk mereka berubah, bukan senang nak ubah tabiat nie kan???

Bukan tak suka tabligh..cuma bagi saya kadang2 cara dan masa dia nak dok tazkirah kita tu mcm tak kena gaya..ni waktu org nak tidur,time tulah nak nasihat...tu yg sampai sorok2 masuk almari nampak tabligh...once kawan saya pernah sound"dahlah,kau ni dtg tgh2 malam ni kenapa?pointer dah 4 flat ke?"
Kenalah munasabah bukan?takde siapa menolak benda yg baik,cuma kdang benda yg baik tu nak dilakukan mcm tak kena gaya...

*Bila anta cakap macam ni teringat ketika saya student dulu, saya pun macam nie, tapi bila dah ikut keluar 3hari...dia punye umph susah nak cakap...hanya ALLAH TAALA je faham isi hati nie...

So marilah kita lapangkan harta, masa dan diri kita 4bulan, 40hari dan 3hari dan untuk kaum Hawa galakkan mahram mereka uttuk usahakan atas perkara ini...

[ Posting ini telah di edit oleh: abu pada 2005-05-13 08:53 ]

Bookmark and Share

  Member Information For abuProfil   Hantar PM kepada abu   Quote dan BalasQuote

addeena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5977
Posting: 43

Selangor  

posticon Posting pada: 13-05-05 09:03

ana cuma nk ty betul ke org2 tbligh ni hy amar makruf tapi tak nahi mungkar??

Bookmark and Share

  Member Information For addeenaProfil   Hantar PM kepada addeena   Quote dan BalasQuote

abu
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14187
Posting: 20
Dari: Alam Dunia ke Alam Akhirat

blank  

posticon Posting pada: 13-05-05 11:17

Quote:

On 2005-05-13 09:03, addeena wrote:
ana cuma nk ty betul ke org2 tbligh ni hy amar makruf tapi tak nahi mungkar??

*Allah Taala jadikan setiap benda berpasangan...pagi & petang, dosa & pahala, syurga & neraka, lelaki & wanita, baik & buruk dll...

Hari ni kenapa orang ramai buat mungkar? Sebab perkara ma'ruf kurang dibuat...Bila kita ajak kepada amar ma'ruf maka secara langsung nahi mungkar akan berjalan..

Cth: Orang x sembahyang, kita ajak pada sembahyang, maka bila orang gunakan masa mereka untuk sembahyang maka kuranglah masa mereka gunakan untuk perkara sia2...

Bila kita sibuk buat kebaikan maka kita tak akan ada masa buat keburukan...simple kan..?

Bookmark and Share

  Member Information For abuProfil   Hantar PM kepada abu   Quote dan BalasQuote

aikawa
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16435
Posting: 2
Dari: Beaufort

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 13-05-05 12:48

saya cukup berminat dengan penulisan saudara abu kalau bercerita pasal dakwah apatah lagi tabligh nie memang best. Saya ada 2 orang kawan rapat yang sama2 belajar dulu kat universiti ( sorang UPM & KUSTEM). Dorang 2 ni memang aktif tabligh, tiap2 minggu memang kuar. Yang best lg biler grad, dorang dpt D list, padahal kengkawan yang lain tu yg sound dorang ikut2 tabligh ni boleh score ke x, dpt siap bawah 2.3 lagi. Apa kes?bagi sy alasan x ikut tabligh coz nak study bukan alasan yg leh guna lag. Dahla byk Prof sy blh jumpe kat Sri petaling tu, nilah peluang kite dpt ilmu lebih lagi. Apa2 hal, ikut diri sendiri (tepuk dada tanya selera, kalu nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih!!!)

Bookmark and Share

  Member Information For aikawaProfil   Hantar PM kepada aikawa   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 13-05-05 13:18

saya tak pertikai kebaikan tabligh...for the record kan saya cakap'SEGELINTIR' dan itu dari pengalaman dan apa yg saya nampak.Tak perlulah saya nak hide apa2 yg saya nampak..dan sebagai org yg pernah lari dari tabliqh..itulah hakikatnya.......dan kerana itu tabliqh perlu perbaiki cara dan penampilan....ambil cth kumpulan Al Arqam..walaupun telah diharamkan,namun mereka cukup berjaya berdakwah..dan aspek2 tersebut harus dijadikan cth.Jangan tanya tabliqh mengapa org2 spt saya anti kpd segelintir gang tabliqh ni..tanya kepada kami why?dari jawapan itu anda akan tahu....

Zaman Millenium ini seakan mendekati akhir zaman,dan kumpulan dakwah harus lebih maju,praktikal,bukakah junjungan kita dijadikan tauladan semasa berdakwah,mengapa kita tidak contohi teladan terbabit.Tiada siapa memandang hina pd tabliqh,cuma kadangkala perdebatan berlaku apabila mereka bertindak secara tidak rasional?adakah dengan mengajak penuntut U lari dari kuliah semata2 nak dgr tazkirah di masjid adalah satu yg Allah redhai kepada hambanya yg menuntut ilmu?Adakah dengan menegur tanpa berhemah adalah bayangan dari sunnah Junjungan kita?

Oleh yg demikian,dengan meletakkan ego dan melihat sejarah terdahulu tidak memberikan kesan apa2 terhadap kredbiliti tabligh hari ini.Kadangkala kita harus merenung sesuatu..kita seagama,berdakwah tapi org seagama lari?tanya mengapa?

Bookmark and Share

  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

burujislam
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12352
Posting: 63
Dari: luas bumi Allah....

Perak  

posticon Posting pada: 13-05-05 13:38

baguih bidasan nta abu....

wasalam

Bookmark and Share

  Member Information For burujislamProfil   Hantar PM kepada burujislam   Quote dan BalasQuote

abu
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14187
Posting: 20
Dari: Alam Dunia ke Alam Akhirat

blank  

posticon Posting pada: 13-05-05 15:11

Quote:

On 2005-05-13 13:18, JoshuaIsfahan wrote:
saya tak pertikai kebaikan tabligh...for the record kan saya cakap'SEGELINTIR' dan itu dari pengalaman dan apa yg saya nampak.Tak perlulah saya nak hide apa2 yg saya nampak..dan sebagai org yg pernah lari dari tabliqh..itulah hakikatnya.......dan kerana itu tabliqh perlu perbaiki cara dan penampilan....ambil cth kumpulan Al Arqam..walaupun telah diharamkan,namun mereka cukup berjaya berdakwah..dan aspek2 tersebut harus dijadikan cth.Jangan tanya tabliqh mengapa org2 spt saya anti kpd segelintir gang tabliqh ni..tanya kepada kami why?dari jawapan itu anda akan tahu....

*Masyallah...ana belajar satu perkara dari anta..anta betul2 ada fikir risau untuk perbaiki keadaan agama..semoga Allah Taala beri saya fikir risau yang sama...

Untuk pengetahuan saudara, tabligh bukanlah pertubuhan, persatuan atau badan bebas...ia adalah satu usaha atau kerja yang mana umat Islam hari ini telah lama tinggalkan...utk memberi penerangan di sini adalah terlalu panjang jadi jika saudara ada kelapangan sudi2lah surf www.bicara-tabligh.cjb.net...

Zaman Millenium ini seakan mendekati akhir zaman,dan kumpulan dakwah harus lebih maju,praktikal,bukakah junjungan kita dijadikan tauladan semasa berdakwah,mengapa kita tidak contohi teladan terbabit.Tiada siapa memandang hina pd tabliqh,cuma kadangkala perdebatan berlaku apabila mereka bertindak secara tidak rasional?adakah dengan mengajak penuntut U lari dari kuliah semata2 nak dgr tazkirah di masjid adalah satu yg Allah redhai kepada hambanya yg menuntut ilmu?Adakah dengan menegur tanpa berhemah adalah bayangan dari sunnah Junjungan kita?

*Jika kita bercita2 nak jadi peniaga, tentulah kita akan ikut cara seorang peniaga yang telah diiktiraf perniagaannya kan...

Satu soalan ana nak tanya zaman manakah yang disahkan sebagai zaman sebaik2 kurun? Zaman ini atau zaman Nabi dan Sahabat r.a??Tentulah zaman Nabi dan Sahabat r.a kan...yang mana mereka semua telah diiktiraf keimanan mereka dan 10 dari mereka telah confirm syurga kat dunia lagi...jadi kalau kita nak berjaya dunia & akhirat kita mestilah ikut cara mereka bukan cara yang kita fikir hari ini...

*Tiada siapa pandang hina pada tabligh? Ana syor cuba anta ikut diaorang pergi dari rumah ke rumah...pelbagai jenis orang anta boleh jumpa...

*Ajak student lari dari kuliah? Sepanjang ana ikut usaha nie tak pernah pulak diaorang suruh ajak student tinggalkan kuliah semata2 utk dengar tazkirah tapi kalau suruh jaga study betul2 tu adalah...emm..takpe nanti ana cuba cari sapa mereka ye....

*Menegur tanpa hemah? Ini mungkin kelemahan individu kot bukan kelemahan usaha agama sebab adab2 berjumpa dengan orang ini sentiasa dimuzakarahkan semasa jemaah sedang keluar...

Oleh yg demikian,dengan meletakkan ego dan melihat sejarah terdahulu tidak memberikan kesan apa2 terhadap kredbiliti tabligh hari ini.Kadangkala kita harus merenung sesuatu..kita seagama,berdakwah tapi org seagama lari?tanya mengapa?

*Yang ini ana tak berapa faham apa yang saudara cuba utarakanlah..boleh tolong jelaskan lagi...

[ Posting ini telah di edit oleh: abu pada 2005-05-13 15:25 ]

Bookmark and Share

  Member Information For abuProfil   Hantar PM kepada abu   Quote dan BalasQuote

abu
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14187
Posting: 20
Dari: Alam Dunia ke Alam Akhirat

blank  

posticon Posting pada: 13-05-05 15:28

Quote:

On 2005-05-13 13:38, burujislam wrote:

baguih bidasan nta abu....

wasalam

Janganlah kata bidasan, ini cuma penjelasan je dari ana yang hina dina nie...yang bagi faham hanyalah Allah Taala, kita sedikit pun takde kuasa...

[ Posting ini telah di edit oleh: abu pada 2005-05-13 15:31 ]

Bookmark and Share

  Member Information For abuProfil   Hantar PM kepada abu   Quote dan BalasQuote

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 13-05-05 15:48

Quote:

On 2005-05-13 09:03, addeena wrote:
ana cuma nk ty betul ke org2 tbligh ni hy amar makruf tapi tak nahi mungkar??

addeena..
bagaimana cara Rasulullah s.a.w mencegah nahi mungkar???
bole terang kan...

Bookmark and Share

  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

addeena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5977
Posting: 43

Selangor  

posticon Posting pada: 13-05-05 17:31

assalamualaikum,,
baru le ana phm encik ABU.. tq

Bookmark and Share

  Member Information For addeenaProfil   Hantar PM kepada addeena   Quote dan BalasQuote

addeena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5977
Posting: 43

Selangor  

posticon Posting pada: 13-05-05 17:41

assalamualaikum,,
baru le ana phm encik ABU.. tq

Bookmark and Share

  Member Information For addeenaProfil   Hantar PM kepada addeena   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 13-05-05 20:09

Erm betul tue Abu...saya pon sedih kenapa jemaah tabligh sering dipinggirkan..penah ade yg mengeluh pd saya berkata sedih kerana tidak adee org ingin berkawan dgn mereka..salah kah mereka menyeru ke arah kebaikan??mungkin ade antara mereka yg terkasar ketika berdakwah...mengapa perkara yg kecil itu kita nak perbesarkan??kenapa kesalahan yg kita nak cari sedangkan byk kebaikan yg diperkatakan???kita sebagai masyarakat jgnla menjadi duri dalam dading...sekurang2nye jemaah tabligh melakukan sesuatu untuk agama Islam...kita kena tanya diri kita..apa plak yg kita lakukan untuk agama yg kita sayang nie???takkan asyik nak condem org jer!!!

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

abu
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14187
Posting: 20
Dari: Alam Dunia ke Alam Akhirat

blank  

posticon Posting pada: 14-05-05 08:37

Usaha dakwah nie adalah seperti kita baling bola ke dinding...makin kuat kita baling, makin kuatlah dia melantun balik pada kita...makin kuat kita dakwahkan tentang solah, makin kuatlah kita ada kekuatan untuk jaga solah kita...makin banyak kita dakwahkan tentang kebesaran Allah Taala,makin banyaklah rasa takutkan Allah ada pada kita...

Usaha dakwah (tabligh) nampak sahaja seperti untuk orang lain hakikatnya adalah untuk diri sendiri...

Kerja kita hanyalah ajak manusia kepada Allah, pada amalan2 agama, samada orang nak terima atau tidak itu perkara ke-2...kita takde kuasa untuk ubah orang yang ada kuasa hanyalah Allah...

Yang penting apa usaha kita untuk sukakan Allah...

Ya Allah..ampunilah dosa hamba ini dan dosa seluruh manusia....

Bookmark and Share

  Member Information For abuProfil   Hantar PM kepada abu   Quote dan BalasQuote

burujislam
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12352
Posting: 63
Dari: luas bumi Allah....

Perak  

posticon Posting pada: 14-05-05 16:49

ana kira nta punya pengalaman.....ana juga berada dalam jemaah..memang sukar nak ajak org ke jalan ALLAH....kalau ajak bersuka ria laju....ana tengok kawan2 ana yang dekat2 ja....ana ajak p surau bukan main liat tapi kalu ana ajak teman ana beli barang kat shoping complex...buakn main laju...sedangkan surau depan bilik ja....ntahla.....
thanks atas ana punya hujah itu....
wassalam

Bookmark and Share

  Member Information For burujislamProfil   Hantar PM kepada burujislam   Quote dan BalasQuote

burujislam
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12352
Posting: 63
Dari: luas bumi Allah....

Perak  

posticon Posting pada: 14-05-05 16:50

kesilapan taipan...thanks atas nta punya hujah...
ana ni cuai sikit....

Bookmark and Share

  Member Information For burujislamProfil   Hantar PM kepada burujislam   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  

posticon Posting pada: 14-05-05 18:59

terharu saya dengar bagaimana hikmah nye abu membalas. kalau sy lum tentu boleh sabar..
Allah bg hikmah tu kat sedara. gunakan sebaiknya.. insya-Allah.

doakan hidayah sy jugak..

Bookmark and Share

  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  

posticon Posting pada: 14-05-05 20:14

Sangat menarik perbincangan ini apabila kita bercakap tentang segelintir.

Ana bukan ahli jemaah tabligh. Berkecuali. Hanya ingin bercakap tentang apa yang ana tahu dan apa yang ana nampak.
Mungkin jemaah tabligh di Malaysia tidak sama dengan jemaah di tempat lain. Biasalah, sempadan menyebabkan adat tidak sama. Begitu juga dengan Muslim di Hijaz dan di Nusantara.

Ok, kita sekali lagi bercakap mengenai segelintir.

Ingin ana tanya pandangan semua yang meletakkan kesilapan segelintir daripada mereka sebagai satu kesilapan yang besar.

Apa bezanya kita, dalam keadaan sedemikian dengan orang yang melabelkan ISLAM sebagai pengganas?
Apakah kita semua pengganas?
Adilkah jika semua umat MUSLIM dianggap pengganas atas kesilapan segelintir yang fanatik?

Gembiralah musuh Islam apabila kita bercakaran sesama sendiri.
Sebelum mengeluarkan pendapat, pernahkah anda benar² menyelami fahaman mereka?
Pernahkah kita berbincang dengan mereka, kenapa mereka buat ini, dan buat itu?

Ana tidak ingin mengulas panjang. Tapi ana kagum dengan usaha mereka.
Letakkan ke tepi sentimen dan mari kita sama² reningkan;
Sanggupkah anda keluar; meninggalkan kesenangan di rumah bersama keluarga untuk jalan ALLAH?
Sanggupkah kita sama² menjamah makanan dalam talam yang menjijikkan bagi sesetengah pihak?
Sanggupkah kita berpakaian sunnah di khalayak?

Walaupun anda mempertikaikan metode mereka, tapi, apakah kita mampu menyamai semangat mereka?
DAN, mereka telah buktikannya.Kita?

Ana? Masih jauh, dan kerana itu, ana tidak suka perbuatan memperlekehkan mereka.

Maafkan ana jika anda tidak bersetuju dan terasa hati dengan tulisan ana. Sedia menerima teguran. Normal bagi manusia jika mengaku kesilapan. Ana sedia tarik balik tulisan ana jika ada penjelasan kukuh untuk menidakkan pendapat ana.

-----------------
Image hosted by Photobucket.com

Bookmark and Share

  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 14-05-05 21:19

Quote:

On 2005-05-13 11:17, abu wrote:
[quote]
Hari ni kenapa orang ramai buat mungkar? Sebab perkara ma'ruf kurang dibuat...Bila kita ajak kepada amar ma'ruf maka secara langsung nahi mungkar akan berjalan..

Cth: Orang x sembahyang, kita ajak pada sembahyang, maka bila orang gunakan masa mereka untuk sembahyang maka kuranglah masa mereka gunakan untuk perkara sia2...

Bila kita sibuk buat kebaikan maka kita tak akan ada masa buat keburukan...simple kan..?

maaf, sy tak pandai komen pape pasal tabligh..bg saya mereka sama jugak mcm kita..ada yang ada kelemahan, ada yang bebenar ikhlas..kawan baik sy juga dulu seorang tabligh, dan org yang benci sy juga seorang tabligh so, kita tgk dari sudut positif...lebih baik sangka baik selagi tak memudaratkan

Cuma sy tak berapa setuju dgn kenyataan apabila membuat ma'ruf terus akan mencegah mungkar..sebab itu ayat Al-Quran yang bermaksud "Mereka mengajak kepada yang baik dan mencegah dr yang mungkar"...jika disunnahkan oleh Allah perbuatan amar ma'ruf terus secara direct mencegah mungkar, maka tak ada asbab lagi ayat "wa yanhau na anil munkar" itu dinuzulkan selepas itu..Maha Suci Allah, setiap yng berlaku pasti ada penerangannya...

mmng betul dgn solat, maka masa tak terbuang dgn buat benda2 lain kan? tapi banyak kita tegk, org solat, org pergi haji, tetapi malam2 tetap pergi pub,disko, tak pakai tudung (mcm kata2 seorang menteri 'saya tak pakai tudung tapi saya tetap sembahyang')...mereka solat menunaikan tanggungjwab wajib..mereka membuat maksiat, tetap mendapat dosa...ada yang kata itu kerana solat mereka tidak diterima..tetapi siapakah kita nak menghukum? hanya Allah yng mengetahui...

Ramai org blh amar ma'ruf, tapi amat sedikit yang mampu nahi mungkar..contoh? banyak program2 berunsur da'wah dijalankan di pelusuk negara, tetapi banyak jugak org berjudi, minum arak, konsert pergaulan bebas, pengedaran bahan2 lucah berlaku dgn berleluasa tanpa sesiapa berani bersuara..

So, for me, i think that both is needed..tak lengkap salah satu daripadanya tanpa disokong oleh yang lain...malah dalam dunia mutakhir ini, beberapa ulama juga menyatakan mencegah mungkar itu dalam banyak keadaan menjadi lebih wajib..

wallahu'alam..maaf jika terkasar bhasa, tersalah kata, terbeku hati dan jiwa..

P/S; biasa org lupa..lepas amar ma'ruf, nahi mungkar kan? tapi ada lagi sambungan ayat yang famous ini iaitu 'wa tu'minu nabillah'....

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 14-05-05 22:03

bagus gak tabligh ni,leh sedarkan insan yg lalai..
saya pon penah gak kne tazkirah bile diorg dtg kt bilik di kolej..diorg ajak g surau utk solat berjemaah..alhamdulillah..

wassalam

[email protected]

Bookmark and Share

  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 14-05-05 23:45

*Heran kan..kalau utk agama kita marah2 kalau cakap sampai pagi tapi kalau borak2 kosong ke, cerita bola ke, cerita awek ke, ok je kan..?kan?

* habis kalau dah jam 3-4am org baru habis study..dia dok kacau nak bagi tazkirah.esok ada kuliah..apa tabliqh2 ni akal kurang ker?

*Hari ni ada lebih ramai tipu mak bapak dia kata nak gi surau tapi pergi disko kan...?

-rasa tak pernah lagi aku jumpa kawan aku nak gi disko buat cerita bohong nak gi surau...sedara...org gi disko takkan guna agama..kalau dia nak pergi dia cakap'mom,i nak jumpa kawan'takkan nak gi disko pakai kain pelikat kot...kalau dia berani gi disko..dia berani cakap dia pergi..

ERM..
i rasa u ni mesti one of the tabliqh yg ada elemen2 dok anti sgt ngan budak2 yg tak pakai serban...saya rasa cakap tu fikir betul2...nampak sgt ada sifat prejudis...

p/s:betul kata kawan aku,JGN LAYAN SGT...

Bookmark and Share

  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  

posticon Posting pada: 15-05-05 01:05

pd pendapat sy,klau ada apa2 teguran yg diutarakn kpd jemaah tabligh ni,teguran tersebut hendaklah dilihat secara positif.biasanya org yg menegur hendak melihat sesuatu yg lebih baik drpd org yg ditegur,so rasanya x salah kalau org tabligh menerima teguran dgn hati terbuka walaupun mungkin mereka ada lebih byk ilmu agama drpd yg menegur.

sy byk mendengar dan melihat bagaimana segelintir(yes sy kata segelintir,dan ini tak bermakna sy nk menghukum semua yg terlibat dlm tabligh,sy cuma rasa yg segelintir ni boleh upgrade lagi dlm aspek tertentu) x menitikberatkan kebersihan.kolar berkerak,jubah putih dah jadi kekelabuan.bukankah mereka menyeru kpd islam dan dlm islam ada annazhafatu minal iman?
benda ni bukan sy je perasan,tapi pakcik2 sy y study di UK pun berkata benda yg sama.

i`d like to stress here,ini hanya ttg segelintir drpd mereka dan hanya dlm aspek kebersihan sahaja yg sy rasa sy ingin sentuh.sy takkan mempersoalkan bagaimana mereka berkorban demi agama allah kerana sy mmg kagum dgn2 usaha2 murni mereka.cuma sy x mahu perkara2 seperti tidak menjaga ketrampilan akan menjejaskan kredibiliti para da`i sekelian dlm usaha dakwah.mmg yg paling penting sekarang adalah usaha menyampaikan dakwah,tetapi x salah kan kalau org yg mengajak kita ke surau tu berpakaian kemas dan bersih.

oh ya,tentang bagi tazkirah pukul 3-4 pagi.sy x pernah dgr ttg such thing,tapi sy nk bertanya takde waktu lain ke yg lebih sesuai utk bagi tazkirah?sy rasa kalau nk berdakwah pun kena ada strategi utk memastikan org mendengar dakwah kita.memang tugas menyampaikan itu mulia,tapi tak perlulah sampai mengejutkan org drpd tidur utk bg tazkirah.bagi waktu siang salah ke.klau kejutkan org utk sembahyang subuh sy mmg sokong.

sy harap komen sy dibaca dgn berhati2 dan tiada yg salah faham.sy sendiri looking foward utk melihat(n join?) sendiri bagaimana aktiviti tabligh dijalankan di luar negara,kalau sy ada rezeki ke luar negara nanti.

wassalam

Bookmark and Share

  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  

posticon Posting pada: 15-05-05 03:00

Kalau saya, saya tak berapa sesuai dengan tabligh ni..entah le..mungkin tak serasi agaknya walaupun pernah cuba-cuba dahulu. Tapi bukanlah saya ingin melihat tabligh ni lenyap terus. Kalau kita perhatikan pun, ada ramai jugak orang yang alim2 dan warak tapi tak join tabligh.

Penahkah kita tertanya-tanya mengapa? Saya rasa, mereka juga mungkin tak berapa ngam dan serasi dengan corak dan cara perjuangan tabligh.

Nak bincang isu ni pun memang sampai esok tak habis. Saya pernah borak2 dgn kawan pasal tabligh ni. Dia dulu pun pernah gak keluar. Tu cerita dulu la.. tapi last year jumpa dia..dia skg dah tak join tabligh..memang bagus jugak komentar dia tu.

Sebabnya, perjuangan tabligh yang kita lihat hari ini lebih menjurus kepada apa yang Nabi perjuangkan di Mekah. Tapi apa yang Nabi perjuangkan di Madinah agak kurang dititikberatkan oleh golongan tabligh ini. Bukankah itu tidak lengkap?

Saya tak nafikan SEMUA macam tu..tapi MAJORITI macam itu. Baik di Malaysia atau pun di luar negara. Saya juga tidak mempertikaikan pencapaian2 mereka itu. Kawan saya cerita lagi: 'Dr Yusuf Al-Qardawi cakap (lebih kurang): Kalau nak join tabligh, kita mesti tukar pemikiran mereka tu. Kalau tak jangan join'

Memang ada betulnya kata-kata Yusuf Al-Qardawi tu. Dalam dunia hari ini, kalau kita mahu pendekatan tabligh dijadikan pendekatan dakwah yang utama, memang susah. Islam hari ini tak macam Islam zaman Nabi. Hari ini dunia makin kompleks. Umat Islam tak akan maju kalau hari-hari kita diperdengarkan dengan Kitab Fadhail Amal yang banyak mengandungi hadith2 dhaif (tapi saya tak kata tak ada hadith2 sahih).

Seorang rakan saya yang berbangsa Pakistan juga pernah mengkritik golongan tabligh ini. Sebabnya hari2 lepas solat mereka baca Fadhail Amal. Itu dan itu sahaja hari-hari. Cukupkah itu sahaja? Dan ia diulangi lagi dan lagi sehinggakan minda orang2 tabligh ini (kebanyakkannya) melihat kitab Fadhail Amal itu sebagai satu kitab induk yang unggul.

Padahal kita masih ada banyak lagi kitab2 muktabar dalam Islam. Sampaikan saya juga kadang2 teragak2 nak duduk sama dalam majlis ilmu orang2 tabligh ini sebab kitab yang sama dibaca berulang2 kali. Saya agak muak. Di Malaysia saya dengar kitab itu, di sini juga kitab itu juga. Apakah kita ini sudah kehabisan bahan-bahan ilmuan Islam? Apa salahnya kalau baca kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan? Kurang-kurang pun bacalah kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia (iman, amal, syariah, fiqh, muamalat, dan semua aspeklah senang cerita) di samping hadith-hadith yang kalau tak sahih pun, sekurang-kurangnya ia hadith hasan.

Tapi bukanlah saya membencikan majlis ilmu tabligh yang dihadiri oleh malaikat rahmat itu. Cuma saya rasa bosan dan jemu dengan bacaan kitab itu sahaja. Baik saya balik rumah, dengar kaset ceramah Ustaz Ismail Kamus.

Minda umat Islam jadi tak kritis dan tak kreatif kalau kitab itu aje yang dibaca dan didengari hari2. Bagaimana dengan cabang2 ilmu Islam yang lain seperti ilmu Fiqh, Hadith, Syariah, Usuluddin dan lain2 lagi yang jarang-jarang disentuh oleh golongan tabligh ini?

Mungkin sebab itu jugalah saya pernah ditabligh oleh seorang insan ini yang berhujah menggunakan hadith maudhuk/palsu (waktu itu saya tidak tahu ia hadith maudhuk..tapi beberapa bulan selapas itu, kawan saya memberitahu saya taraf hadith itu ketika berbual-bual tentang hadith). Anda sendiri mesti tahu apa hukum berhujah menggunakan hadith maudhuk walaupun ia bertujuan baik.

Sebab itulah saya sering melihat mereka yang join tabligh ini kadang-kadang sukar untuk berbincang tentang Islam jika saya melencong dari bab Iman dan Amal.

Bila saya bicara tentang siasah Islam, mereka agak diam. Bila bertanya tentang bab fiqh, mereka juga agak diam. Bila berbicara tentang isu semasa, mereka banyak tak tahu. Macam mana ni? Nak jadi pendakwah, tapi banyak tak tahu isu-isu semasa negara dan global? Saya tekankan lagi sekali, TAK SEMUA tapi MAJORITI begitu.

Pernah saya masuk bilik seorang sahabat saya yang sangat aktif dalam tabligh ini. Bila saya masuk, Masya-Allah..tak serupa bilik orang Islam. Kalau saya ini bukan Islam, dan saya ditabligh olehnya, memang sampai kiamat saya tak akan peluk Islam.

Kesimpulan saya, kalau anda rasa sesuai nak masuk tabligh, silakan. Tapi tolonglah hormati pendirian mereka yang tak nak masuk tabligh. Islam itu luas cabangnya. Janganlah kita sekadar cenderung kepada satu cabang sahaja. Cuba ambil semua. Barulah senang kita nak berdakwah kepada manusia yang terdiri dari pelbagai jenis lapisan dan ragam.

Wallahu'alam...

No Bunshin was harmed when I wrote this comment.

[ Posting ini telah di edit oleh: Tawel-Sensei pada 2005-05-15 03:25 ]

Bookmark and Share

  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  

posticon Posting pada: 15-05-05 04:51

ya Allah ampunkan kelemahan kata-kata hamba-Mu yg serba hina dina lagi x berilmu ini...

Sy bukan lah org yg layak nak ber'debat' di sini tapi biarlah kita sama2 kongsi apa yg baik.insya-Allah.

1st of all.... x patut kita salahkn usaha 'tabligh' semata-mata kerana kelemahan org yg baru belajar2 nak wat usaha 'tabligh' tu. tul x?

secara mudahnya, kita tgk suasana islam harini. pengikutnya wat serba-serbi jahat. so Islam tu jahat ker?
apatah pulak 'org tabligh' yg wat sana sini kesilapan. apa kena jadi malaikat ker kalau 'masuk' tabligh ni? diorang pn manusia gak. give room 4 diz peoples to change.
tgk lah org yg wat usaha2 tabligh ni mcm mana...Ada tu yg xpernah reti sembahyang. ada kaki penipu. pencuri. hidayah datang diorg blaja2 sembahyang. yg baik yg jahat... mcm2 jenis org berubah jaga solat diorang bl hidayah Allah datang.

2nd of all.... tabligh ni bkn persatuan pn. bkn mazhab baru. malah nama 'tabligh' tu pn org 'luar' yg kasi.
so... x perlulah 'join' tabligh ni...
CUMA, bila datang 'org tabligh' datang citer pasal KEBESARAN ALLAH, pasal KEHEBATAN AKHLAK RASULULLAH, pasal INDAHNYA SYURGA..x salah kita dgr kan?
Bila 'org Tabligh' datang ajak pegi solat berjemaah, x salah kita pergi kan?

xyah lah komen pasal serba-serbi kelemahan diorang masa diorang wat tu. diorang cuma manusai biasa...mcm kita.

saudara Tawel-Sensei, hyunckel_asyraf, swordofdeen...congrates sebab bersangka baik pada "tabligh'. tapi percayalah cakap saya, selagi kita x pergi tgk sendiri apa sebenarnya 'golongan tabligh' ni kita cuma akan jadi org yg komen tanpa mengetahui sebenarnye apa itu 'tabligh'.

The feeling is sooo...wonderful, when u realized dat
u do have A GOD who loves u and cares 4 u nomatter how much sin u've done. GOD who has ultimate POWER on every single thing He created.

wallahua'alam
semoga Allah bagi hidayah pada kita semua. amin...

Bookmark and Share

  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  

posticon Posting pada: 15-05-05 06:48

Quote:
On 2005-05-15 04:51, sanada_yukimura wrote:
saudara Tawel-Sensei, hyunckel_asyraf, swordofdeen...congrates sebab bersangka baik pada "tabligh'. tapi percayalah cakap saya, selagi kita x pergi tgk sendiri apa sebenarnya 'golongan tabligh' ni kita cuma akan jadi org yg komen tanpa mengetahui sebenarnye apa itu 'tabligh'.

Quote:

On 2005-05-15 03:00, Tawel-Sensei wrote:
mungkin tak serasi agaknya walaupun pernah cuba-cuba dahulu.

Saya pernah ikut jemaah tabligh ini...

Quote:
On 2005-05-15 04:51, sanada_yukimura wrote:
xyah lah komen pasal serba-serbi kelemahan diorang masa diorang wat tu. diorang cuma manusai biasa...mcm kita.

Kita komen supaya ada tindakan susulan. Kalau saya ada kelemahan, saya rela orang tegur saya. Kalau tak ada orang tegur, kritik, dan komen saya, sampai mati saya terus hidup dalam kelemahan itu tanpa berusaha untuk memperbaikinya.

Bukalah minda dan hati supaya tahan dikomen. Saidina Umar r.a. sendiri semasa mula-mula menjadi Khalifah, telah secara terang-terangan minta dibetulkan/dikritik/dikomen jika ada berlaku apa-apa kesilapan dan kelemahan.

Jangan silap faham antara KOMEN dan PERLEKEH. Komen bertujuan supaya individu/organisasi itu jadi lebih baik dan mantap. Perlekeh sebab kita ada hasad dengki dengan individu/organisasi itu. Kalau kita ini sentiasa memandang semua komen sebagai suatu ancaman, maka sampai kiamatlah kita tetap di takuk lama. Apa salahnya kita menerima komen itu. Mudah-mudahan para jemaah tabligh akan menjadi semakin dihormati dan diterima masyarakat setempat.

Apa yang saya komen itu cuma teguran. Harus diingat. Jangan sebab ini kita umat Islam nak berpecah. Bukan sebab saya benci dan pandang rendah pada tabligh.

Kalau anda masuk badan dakwah yang lain (selain tabligh), kalau ada salah di mana-mana, harus kita tegur bukan? Tapi disebabkan topik ini berkaitan 'Tabligh', saya komen dan tegurlah pasal 'Tabligh' juga. Tak relevanlah rasanya kalau saya komen pasal Wahabi..

Apakah kita ini sudah tidak boleh saling tegur-menegur dalam Islam jika saudara kita melakukan sesuatu kesilapan semata-mata sebab kita sudah taksub kepada apa yang kita ingin pertahankan itu?

Apakah salah juga jika kita mengikut teguran Dr Yusuf Al-Qardawi terhadap jemaah tabligh itu?

-----------------
[url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]

A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]

[ Posting ini telah di edit oleh: Tawel-Sensei pada 2005-05-15 06:49 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Tawel-Sensei pada 2005-05-15 06:55 ]

Bookmark and Share

  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  

posticon Posting pada: 16-05-05 02:51

Kenapa jadi tak hot pula topik ni..ke ramai terlepas pandang ni?

Sori, saya pos yang baru supaya terpapar balik topik ini pada muka hadapan ukhwah.com.. Panjang saya tulis pandangan tentang tabligh, tapi tak ramai yang komen pandangan saya tu..

Mari-mari.. Kita berkongsi pandangan tentang tabligh dengan hati dan minda yang terbuka. Kita gunakan pendekatan ilmiah dan bukan emosi..

-----------------
[url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]

A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]

Bookmark and Share

  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  

posticon Posting pada: 16-05-05 03:08

Fail ditutup.
Mengambil pendirian berkecuali.

[ Posting ini telah di edit oleh: mohdnurhakimin pada 2005-05-16 05:25 ]

Bookmark and Share

  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  

posticon Posting pada: 16-05-05 03:33

Hot bukan sebab essential. Tapi kan bagus kalau kita berbincang. Yang pos dalam topik ini pun ada dari kalangan jemaah tabligh. Maka secara tidak langsung, kita dah panjangkan perkara ini kepada pihak yang terlibat seperti yang saudara nurhakimin cadangkan.

Saya rasa saudara nurhakimin mungkin silap sangka. Bagi saya, saya komen bukan nak memburukkan tabligh. Kita komen sebab bertukar pendapat. Dah namanya pun KOMEN, mestilah nak atau tidak kita akan mengkritik mana-mana yang kita rasa tidak berapa betul. Lainlah kalau kita MEMUJI. Kalau memuji kita akan perkatakan mana-mana yang baik sahaja.

Kalau kita kata hal ini memburukkan saudara sendiri di tempat awam, mengapa wujudkan topik ini? Bagi saya pula, topik ini tidaklah bertujuan memburukkan tabligh di mata awam. Ia adalah bersifat teguran. Mengapa sukar bagi kita untuk memahat dalam otak kita bahawa ia adalah satu teguran yang membina dan bukannya satu penghinaan?

Rumah saya di Malaysia berdekatan dengan surau yang dimiliki oleh golongan tabligh. Boleh dikatakan saya sering ke surau itu untuk bersolat jemaah kerana faktornya yang dekat. Setiap maghrib, selalunya saya akan mendengar bacaan Kitab Fadhail Amal yang dibaca oleh mereka itu. Kalau saya rasa pendekatan yang mereka bawa itu tidak betul langsung, saya tak akan jejak langsung surau itu, apatah lagi untuk turut sama menghadiri majlis ilmunya.

Tapi saya tidak begitu. Bagi saya, usaha jemaah tabligh ini adalah sesuatu yang complimentary kepada usaha jemaah-jemaah dakwah yang lain. Cuma saya kata, ada beberapa perkara dalam jemaah tabligh yang perlu diperhalusi dan ditimbang-timbangkan supaya tabligh ini lebih mantap di kaca masayarakt setempat.

Dakwah memang wajib kepada semua umat Islam. Tidak ada seorang pun di sini yang mengatakan tabligh tidak membawa apa-apa sumbangan kepada umat Islam. Tabligh telah membawa sumbangan yang besar kepada umat Islam. Masjid-masjid di terdapat di Barat ini yang ditukar dari gereja juga kebanyakkannya adalah sumbangan dari golongan tabligh.

Tapi apa yang ingin saya tekankan di sini adalah konsep yang mereka bawa itu mungkin harus diubah supaya mereka lebih diterima oleh setiap golongan. Kalaulah kita ini sentiasa beranggapan tabligh itulah SATU-SATUNYA cabang dakwah yang berkesan, mengapa ulama-ulama dan tokoh besar Islam seperti Hasan al-Banna, Yusuf Al-Qardawi, Syed Qutb, Dr. Zakir Naik, Ahmad Deedat, dan lain-lain tidak melakukan pendekatan dakwah seperti jemaah tabligh?

Kadang-kadang kita terlalu taksub, sebab itu kita payah nak dengar pandangan orang lain. Sheikh Salman pernah ditanya pendapatnya tentang jemaah tabligh dan juga Ikhwanul Muslimin. Jawabnya:

1. Tabligh dan ikhwan al-muslimin serta jamaah2 lainnya mengandungi kebaikan yg cukup banyak. Ia memberi kesan yg cukup baik kpd umat ini. Namun sebahagian dari mereka tidak terlepas dari kekurangan atau kesilapan atau sikap taksub yg tidak dibenarkan.

Apa yg mesti dilakukan ialah, menerima apa yg haq/kebenaran dari mereka, menghargai kebenaran itu, membantu mereka dan menasihati terhadap kecacatan2 atau kealpaan atau kesilapan mereka.

2. Ikhwan al-muslimin telah berjuang di mesir dan menentang Yahudi di palestin. Mereka juga telah membawa begitu ramai pemuda2 kembali kepada Islam dan mengembalikan kekuatan mereka dgn Islam. Al-Ikhwan telah melahirkan banyak hasil karya tulis yg cukup bermanfaat dan melahirkan sejumlah tokoh2 yg hebat.

3. Sikap taksub adalah sebahagian dari tabiat manusia. Ia berlaku juga pada individu2 jamaah ini dan pada mana2 jamaah lainnya. Sikap ini perlu dibenteras.

4. Mengenai jamaah tabligh, ia memberi tumpuan kpd masalah akhlak dan ibadah yg tidak terlepas dari pengaruh tasauf. Ramai di kalangan mereka yg tidak mementingkan ilmu2 syarak dan pembersihan aqidah. Dan kadangkala mereka dianggotai oleh golongan ahli bid'ah. Namun begitu, jamaah tabligh memberi kesan yg sangat baik di dalam lapangan dakwah terhadap non muslim yg mampu menarik mereka kpd Islam. Ia juga cukup bermanfaat utk menarik kpd Islam terhadap penagih dadah, yg tidak sembahyang dsbnya dgn bentuk dakwah yg cukup lembut, sabar dan penuh hikmah..

5. Semua umat Islam wajib memelihara perpaduan ummah, membersihkan hati, meluruskan aqidah dan menjauhkan diri dari sikap taksub.

Wallahua'lam...

-----------------
[url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]

A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]

Bookmark and Share

  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

abu
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14187
Posting: 20
Dari: Alam Dunia ke Alam Akhirat

blank  

posticon Posting pada: 16-05-05 09:13

Quote:

On 2005-05-14 21:19, swordofdeen wrote:
[quote]
On 2005-05-13 11:17, abu wrote:
[quote]
Hari ni kenapa orang ramai buat mungkar? Sebab perkara ma'ruf kurang dibuat...Bila kita ajak kepada amar ma'ruf maka secara langsung nahi mungkar akan berjalan..

Minta maaflah tuan sword...apa yang saya taip ni cuma apa yang ustaz bagitau saya...mungkin anta atau orang lain akan ada penerangan yang lebih detail lagi..untuk saya tafsirkan atau jelaskan lebih lanjut saya tak mampu dan tak reti...maklumlah say bukan ustaz tapi baru nak start...(itupun tak start2 lagi)

Bookmark and Share

  Member Information For abuProfil   Hantar PM kepada abu   Quote dan BalasQuote

abu
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14187
Posting: 20
Dari: Alam Dunia ke Alam Akhirat

blank  

posticon Posting pada: 16-05-05 09:45

Quote:

On 2005-05-14 23:45, JoshuaIsfahan wrote:
*Heran kan..kalau utk agama kita marah2 kalau cakap sampai pagi tapi kalau borak2 kosong ke, cerita bola ke, cerita awek ke, ok je kan..?kan?

as before described.....

Terlebih dulu ana minta maaflah jika tulisan ana mengguris hati tuan joshua atau surfer yang lain... sebenarnya apa yang ana tulis nie semua berkaitan dgn diri ana sendiri bukan orang lain...

Ana ni dulu teruk...banyak dosa2 besar ana dah pernah buat cuma belum bunuh orang lagi je (Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu yang hina dina ni..)...so segala cth yang ana bagi tu adalah diri ana sendiri dan pengalaman ana sendiri...

Usaha dakwah (tabligh) adalah begitu halus untuk difahami, jika ada yang salah & silap adalah daripada individu sendiri bukan daripada usaha tersebut...hari ni agama telah lengkap dan sempurna cuma adakah kita telah membawa kesempurnaan agama itu dalam diri kita atau tidak...

Mungkin dan pasti apa yang ana tulis ada salah & silap dan ana minta maaf banyak kepada semua dan minta ampun pada Allah...

Ana tak akan tulis lagi dalam ruangan ni sebab takut2 ia akan mengundang lebih banyak persoalan daripada penyelesaian (sebab utk jawab semua persoalan ana tak layak dan tak berdaya)...apa yang penting melalui usaha tabligh nilah diri ana sendiri telah banyak berubah...

Cuma apa yang ana nak katakan,
kepada sesiapa yang belum lagi keluar 3hari, tolonglah lapangkanlah harta, diri dan masa tuan untuk usahakan atas perkara ini...

kepada yang pernah keluar maka tolonglah istiqamah dalam usaha ni, tingkatlah pengorbanan dari 3hari ke 40hari dan 4bulan...semakin banyak pengorbanan dibuat semakin banyaklah kefahaman Allah akan kurniakan...

Hari ni kita tanya diri kita, apakah pengorbanan yang telah kita buat untuk agama..cukupkah setakat jaga solah 5 waktu, puasa, zakat dll. bolehkah ini dikatakan pengorbanan???sedangkan ini adalah kewajipan yang wajib dibuat tetapi ramai tak buat..

Para sahabat r.anhum telah korbankan segala2nya utk agama, tangan putus, dada terbelah, ieteri jadi janda, anak jadi yatim semata2 kerana agama...
Sekurang2nya dengan keluar tabligh adalah sedikit jawapan kita boleh bagi...
Ya Allah...aku telah tinggalkan anak isteri aku 3h, 40h & 4b kerana agama, orang lain sibuk bersama keluarga di hujung minggu tapi aku lapangkan masa aku untuk Kau, orang pernah caci aku ketika pergi ziarah rumah mereka, orang kutuk aku simpan janggut, orang ludah aku bila cerita pasal Kau....semua ni kerana Kau Ya Allah...

Hanya Allah Taala yang boleh beri kita kefahaman atas sesuatu perkara...janganlah kita matikan hati kita untuk terima taufik hidayat dari Allah Taala...

Berdoalah banyak2 dan dengan bersungguh2 supaya Allah Taala tunjukkan jalan kepada kita sebagaimana Dia telah tunjukkan jalan kepada para sahabat r.anhum...

Ya Allah, sesungguhnya aku takde kuasa untuk beri faham dan aku tak layak untuk bagi faham..hanya Kau saja Yang Maha Segala2...

Daripada Allah kita datang..kepada Allah kita akan kembali...

[ Posting ini telah di edit oleh: abu pada 2005-05-16 10:19 ]

Bookmark and Share

  Member Information For abuProfil   Hantar PM kepada abu   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 16-05-05 10:08

Sy setuju jg dgn pendapat saudara Tawel-Sensei, dalam berjemaah, kita tak sepatutnya menghina @ menyalahkan jemaah2 lain, selai mereka tidak terbukti sesat dan menyesatkan.. Kadang2 banyak 'jemaahh ni bagus juga, pegangan + akidah tetap sama, cuma cara berlainan..ada yang naik bas, ada yang naik basikal, ada yang naik lori malah ada jugak ygnaik mpv

Sy bg contohla..kalau tak ada tabligh, sunyi sesetengah surau bagi sesetengah tempat tuh..tak ada kelihatan org2 berjalan pakai jubah, serban kan? tapi jika tak ada 'jemaah' lain plak..bila tabligh suma keluar 30,40 ari, tak ada org plak nak jaga surau / masjid tuh...mmng terus senyap sunyi..kekadang 'jemaah' lain ada jgk kat tempat2 tuh, cuam mereka tak menonjol

eh..saudara Abu, mcm shbt2 kita katakan, kita diskussi secara ilmiah...sy tak ckp apa yang saudara kata itu betul atau salah..cuma saya tak berapa setuju..sypun bukan ustaz jugak..cuma kongsi apa yang sy sendiri belajar sket2..

Apa yang sy nak bgtau cuma bila amar ma'ruf dah banyak dibuat, apa salahnye nahi mungkar disertakan...kebanyakan amar ma'ruf adalah untuk diri sendiri seperti solat, puasa, makan, tetapi nahi mungkar adalah untuk diri dan org lain, malah untuk anak2 dan generasi kita masa akan datang...

“Siapa saja di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya: jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman "(HR Muslim)

sekiranya hanya amr ma'ruf diamalkan, maka akan lahirlah kes2 seperti Jeslin* Hashi* vs JAWI, kes sosej haram, pengedaran kondom secara percuma kepada semua lapisan masyarakat oleh NGO2 tertentu, wanita diangkat menjadi imam, perempuan islam bebas tidak bertudung.. org2 yang melakukan perkara2 ini dalam sesuatu masamenyesatkan org lain, malah dengan status yg dimiliki, sudah banyak mana nasihat2 diberikan oleh mufti, ustaz2, ustazah2 kepada mereka? nasihat2 itulah yg dinamakan amr ma'ruf..jika tak berkean, maka tindakan undang2 dan kuasa (nahi mungkar) diperlukan..

mungkin ada yang berkata "siapalah saya, saya lemah, tak mampu apa2..saya cuma mampu mengajak mereka ke arah kebaikan..saya tak ada kuasa nak halang..jom, kita berdoa agar mereka perbanyakkan amal"...

tetapi konsep ini salah..sedangkan menghalang (nahi mungkar) melalui hati sebenarnya adalah yang paling lemah..sebagai contoh, kita berdoa agar seseorang itu membuat lebih banyak amal, tetapi pernah kita berdoa agar orang itu lebih kurang ma'siatnya?wallahu'alam..keadaan sebenar tidak saya ketahui...tapi mmng banyak wujud cara nak nahi mungkar...

Mempunyai kekuatan nahi mungkar membezakan umat Muhammad dengan umat2 yang terdahulu dimana jika kita kaji sirah2, kebanyakan para rasul dan nabi ditugaskan Allah s.w.t. mengajak pemerintah, dsb ke arah kebaikan..selapas tidak dihindarkan, barulah mereka ditimpa bala oleh Allah s.w.t..Mungkin kita dkecualikan Allah drpd diazab serta merta, tetapi Allah memberikan kita tugas yang lain..Maha Suci Allah, hanya Dialah yang Mengtahui segalanya...

Tetapi kita sebagai umat islam kini, kita juga mampu memperoleh kekuatan dan kuasa..

instead of being the one being oppressed, we are now also capable of being the one with 'power'..to have a heart to stop something, but without the capabilities to realise that vision, its is commonly considered as 'useless'...
ada seorng kwn sy dari capetown pernah ckp mcm tu tak lama dahulu..

So, i'm not blaming abu, nor tabligh, nor anyone..but just myself for being incapable of doing things that i may have the abilities to do so..

Jika tersalah kata, harap maafkan..jika terasa, harap lupakan..I am indeed no better than all of you, but may and indeed be weaker..

wallah'alam

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  

posticon Posting pada: 16-05-05 10:17

Quote:

On 2005-05-16 02:51, Tawel-Sensei wrote:
Kenapa jadi tak hot pula topik ni..ke ramai terlepas pandang ni?

Sori, saya pos yang baru supaya terpapar balik topik ini pada muka hadapan ukhwah.com.. Panjang saya tulis pandangan tentang tabligh, tapi tak ramai yang komen pandangan saya tu..

Mari-mari.. Kita berkongsi pandangan tentang tabligh dengan hati dan minda yang terbuka. Kita gunakan pendekatan ilmiah dan bukan emosi..

: )

dah pernah keluar rupanye? patut ler ayat Sensei pun lain semacam.

Sy x nak layan org yg cari point utk bertekak tapi utk org yg nak tau pasal 'tabligh' mcm yg Tawel-sensei kata, boleh ler kita panjang kan lagi cerite...

tapi yg plg best...kalau kita cakap benda2 yg conform X LAGHO dan di sukai ALLAH.meh kita sembang pasal kebesaran Allah ke, kisah nabi ker.....Insya-Allah

[ Posting ini telah di edit oleh: sanada_yukimura pada 2005-05-16 10:18 ]

Bookmark and Share

  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  

posticon Posting pada: 16-05-05 10:35

Quote:

On 2005-05-16 10:17, sanada_yukimura memetik:

On 2005-05-16 02:51, Tawel-Sensei wrote:
Kenapa jadi tak hot pula topik ni..ke ramai terlepas pandang ni?

Sori, saya pos yang baru supaya terpapar balik topik ini pada muka hadapan ukhwah.com.. Panjang saya tulis pandangan tentang tabligh, tapi tak ramai yang komen pandangan saya tu..

Mari-mari.. Kita berkongsi pandangan tentang tabligh dengan hati dan minda yang terbuka. Kita gunakan pendekatan ilmiah dan bukan emosi..

Sebelum ada salah sangka, biar saya jelaskan pasal pos yang itu..

Sebenarnya saya dah lama ikut pos ni. Cuma masih tak nak beri komen sebab nak tengok dulu perkembangannya. Jadi saya pun tunggulah...

Bila rasa masa dah sesuai, saya pun muntahkanlah pandangan saya. Tapi agaknya sebab timing tak sesuai, topik ni makin tenggelam..

Tak bestlah kan bila kita dah beri komen panjang lebar, tiba-tiba topik ni tenggelam.. Harap-harap tak salah faham..

Ya..mari kita berbincang dalam segala apa perkara pun tanpa diselubungi sebarang emosi. Jangan kita bertekak sesama kita. Kita sekadar bertukar-tukar pandangan.

Walaupun sebagai manusia memang tak boleh buang emosi, tapi cubalah memberikan pendapat kita dengan mengurangkan seboleh mungkin pengaruh emosi itu.

Ingatlah bahawa penulisan dan pandangan kita itu tak semestinya membawa kepada kebenaran. Tapi moga-moga ia akan membawa kepada jalan yang dapat mengetuk-ngetuk kepada pintu-pintu kebenaran yang kita cari-cari itu.

-----------------
[url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]

A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]

Bookmark and Share

  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

raytec
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16573
Posting: 29

blank  

posticon Posting pada: 17-05-05 11:33

Minta maaf mencelah tapi ini mungkin akan menjawab persoalan tuan sword dan tawel...

Soalan: Mengapa Nahi Mungkar tidak dilaksanakan?

Jawapan 1:

Jawapan dari tulisan Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawy dan Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia, dalam buku 'Menyingkap tabir kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh'

Mereka berkata: "Jama'ah Tabligh tidak mencegah dari kemungkaran dan tidak menyuruh kepada kebaikan dengan cara yang benar".

Kami katakan :
"Sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini bahwa tidak termasuk dalam tatacara Jama'ah Tabligh pengingkaran terhadap pemilik/pelaku kemungkaran.

Hal ini disebabkan oleh:

1. Pengingkaran terhadap pelaku kemungkaran dalarn masyarakat yang dipenuhi oleh kebodohan dan kefasikan, tidak menghasilkan manfaat sedikitpun. Ini adalah suatu kenyataan yang tidak dapat diingkari oleh orang yang memiliki kefahaman tentang keadaan ummat (saat ini).

2. Mereka mengganti pengingkaran kemungkaran dengan ucapan, dengan menghijrahkan pelaku kemungkaran dan menjauhkannya dari lingkungan yang rusak dan meletakkannya ditengah para pendidik yang bijak yang mengobatinya dengan perbuatan dan perkataan yang baik. Tidak lama kemudian dia akan meninggalkan dan mengingkari kemungkaran itu. Cara ini lebih bermanfaat daripada ucapan ucapan yang disampalkan dari atas mimbar atau di majlis talim sementara orang orang dalam keadaan lengah. Dan yang perlu perlu dipertanyakan : Orang orang yang mengingkari Jama’ah Tabligh dalam nahi mungkar, apakah mereka telah benar benar mencegah kemungkaran? Jawabannya mudah diketahui dan kenyataan (di lapangan) menjadi saksi. Kita harus banyak istighfar karena kita telah meninggalkan kewaj'iban amar ma'ruf nahi mungkar. Keadaan orang yang memburukkan Jama'ah Tabligh karena meninggalkan nahi mungkar, sedang ia sendiri tidak melaksanakannya, tidak ubah seperti apa yang diungkapkan oleh seorang penyair: “Janganlah melarang (seseorang) dari melakukan suatu perbuatan sedang engkau sendiri melakukannya. Kalau engkau berbuat yang demikian, itu merupakan aib yang besar pada dirimu”

Jawapan 2:

Terjemahan jawapan dari Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.
dipetik dari http://islam.tc/ask-imam/view.php?q=6427)

Adalah menjadi harapan besar Hadhrat Moulana Ilyaas (RA) untuk menghidupkan kembali roh agama Allah Ta'ala yang suci murni. Atas maksud ini beliau telah mengenengahkan beberapa "Usools" yang di garib dari al-Qur'aan dan Hadith. Untuk mencapai maksud tersebut, beliau telah bersungguh-sungguh mengingatkan orangramai dari kalangan umat ini tentang kepentingan dan tanggungjawab Amr bil Ma'roof dan Nahy anil munkar.

Masalaah yang berlaku pada hari ini ialah kita telah menyalahtafsirkan maksud sebenar Nahy anil munkar. Nahy anil munkar bukan bermakna dengan keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata atau seumpamanya. Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi
(Sallallaahu Alayhi Wasallam), seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula membuang air kecil si satu sudut Masjid. Para Sahaabat (Radhiallaahu Anhum) segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam).
Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, dsb. Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) di dalam Masjid-un-Nabawiy. Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) melaksanakan tugas Nahy anil munkar.

Hal inilah yang menjadi harapan tinggi Moulana Ilyas(RA). Dalam melaksanakan Amr bil Ma'roof sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara kita dalam jamaah tabligh, mereka memberi galakan kepada kita supaya memberi masa untuk keluar ke jalan Allah Ta'ala, supaya apabila kita berada dalam suasana agama yang betul, di dalam masjid, barulah kita dapat menilai akan kepentingan usaha agama dan memahami kesan-kesan buruk dalam menjalani kehidupan bermaksiat dan engkar.

Dan Allah Ta'ala jualah yang Maha Mengetahui.

*Ehsan drpd www.bicara-tabligh.cjb.net

Bookmark and Share

  Member Information For raytecProfil   Hantar PM kepada raytec   Quote dan BalasQuote

mujahid_timur
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16443
Posting: 18
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 17-05-05 11:41

tabligh??????
matlamat betul tapi cara perlaksanaan salah......

Bookmark and Share

  Member Information For mujahid_timurProfil   Hantar PM kepada mujahid_timur   Quote dan BalasQuote

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 17-05-05 11:47

[qoute]tabligh??????
matlamat betul tapi cara perlaksanaan salah......[/qoute]

bagaimana cara perlaksanaan yg betul???

6 perkara

[ Posting ini telah di edit oleh: qais_amirii pada 2005-05-17 11:50 ]

Bookmark and Share

  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  

posticon Posting pada: 17-05-05 11:57

,
Agak terkejut gak saya membaca pelbagai reaksi penuli-penulis forum tentang tabligh ni.Actually,not everyone of then be like that...bukan semua ajak politik,selekeh dan apa-apa lagi.Dah ajak dan terang kita ke arah islam tu pun satu rahmat.Tu pun ok daripada mengharapkan kita menjejakkan kaki ke kuliah-kuliah agama apalagi masjid.Saya agak sedih melihat kawan-kawan saya di kampus..ada yang memang stadi bagai nak pecah kepala..tapi amal ibadatnya kurang sikit.Bukanlah saya sempurna sangat..tapi sebagai member tegur lle ckit-ckit..kalau ada yang sanggup datang tengah-tengah malam bagi tazkirah tu sekurang-kurangnya balance le ckit perhatian penuh kita kat dunia aje..kita mesti ingat jugak.Walau kat mana pun kita imej kita sebagai hamba Allah mesti jaga.Saya setuju ngan mohdnorhakimi.Kita mesti melihat dari sudut yang positif.Ada yang baik kita lihat buruk dan sebaliknya.tentang yang pakai selekeh tu..memang wajar kita menganggap sedemikian tapi kalau yang bersih,suci dan bercahaya mukanya datang pukul 3 pagi..kita buka pintu ke?Entah-entah ada yang terketar-ketar plak...

Bookmark and Share

  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

raytec
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16573
Posting: 29

blank  

posticon Posting pada: 17-05-05 12:13

Quote:

On 2005-05-17 11:41, mujahid_timur wrote:
tabligh??????
matlamat betul tapi cara perlaksanaan salah......

Boleh saudara terangkan cara perlaksanaan yang betul

Dalam usaha tabligh ni terbahagi kepada 2 kerja:
1) Kerja luar
- setiap bulan lapangkan masa 3h ke arah 10 h
- setiap tahun 40h ke arah 4b

2) Kerja tempatan
> ke arah menghidupkan masjid / surau dengan amalan 24 jam. Untuk itu usaha dijalankan melalui beberapa cara :
a) Wujudkan fikir harian - bagi mewujudkan fikir risau atas iman & amal
b) Hidupkan amalan ta'lim di masjid dan di rumah sekurang2nya 1/2 jam setiap hari
c) Hidupkan amalan ziarah (ghast) seminggu 2 kali, satu di tempat sendiri, satu di kawasan bersebelahan
d) Bagi masa setiap hari sekurang2nya 2 1/2 jam (seelok2nya 8 jam) untuk jumpa saudara2 islam yang lain
e) Bentuk jemaah sempurna untuk keluar 3h (72 jam)

Hari ini ada tak mana2 usaha yang beri penekanan untuk usahakan atas iman dan amal setiap hari secara praktikal dan mudah

Dan Allah Ta'ala jualah yang Maha Mengetahui.

Bookmark and Share

  Member Information For raytecProfil   Hantar PM kepada raytec   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  

posticon Posting pada: 17-05-05 14:17

Quote:

On 2005-05-17 11:57, niezam wrote:
,
Agak terkejut gak saya membaca pelbagai reaksi penuli-penulis forum tentang tabligh ni.Actually,not everyone of then be like that...

sy rasa most,if not all,gunakan perkataan 'segelintir' apabila menegur dan as far as i`m concerned,semua teguran adalah berniat baik untuk menaikkan martabat golongan yg terlibat dlm tabligh,dan bukan sebaliknya

Quote:

On 2005-05-17 11:57, niezam wrote:
.tentang yang pakai selekeh tu..memang wajar kita menganggap sedemikian tapi kalau yang bersih,suci dan bercahaya mukanya datang pukul 3 pagi..kita buka pintu ke?Entah-entah ada yang terketar-ketar plak...

lebih elok berpakaian kemas setiap masa daripada 'kurang kemas'(tak nk guna perkataan selekeh).nabi sendiri pun ke mana2 membawa celak dan sikat.

pendirian sy ttg 3 pagi ttp sama.klau tazkirah boleh diberi pada waktu yg lebih sesuai,kenapa perlu 3 pagi?even Allah ada kata mlm itu dijadikan utk berehat setelah penat kerja di siang hari.lagipun mungkin pada 3 pagi mereka kurang bersedia utk mendengar tazkirah kerana mengantuk,letih dsb.kan elok kalau mereka lebih bersedia?mudah2an apa yg kita sampaikan mereka dpt terima dan cerna dgn lebih mudah.

wassalam

Bookmark and Share

  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

putrakedah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 810
Posting: 68
Dari: kedah

syria  

posticon Posting pada: 17-05-05 15:25

,terlebih dahulu ana minta maaf jika ada kata2 ana nanti yg salah dan menguris hati sesiapa.Ana ingin berkongsi pendapat mengenai jemaah tabligh ni.Setelah masuk ke universiti,ana dpt belajar byk perkara.Mengulas mengenai tabligh di universiti.Ana menyokong usaha ini.Kenapa?Kerana di universiti kita BEBAS! tiada lg guru displin..tiada lg ceramah ustaz lepas maghrib.So,apa yg jadi?pengalaman ana sebagai budak engineering..hidup dlm suasana member2 yg bercouple,mat rempit..terasa mencabarnya hidup di universiti untuk jadi pelajar yg BAIK.Jadi siapakah yg mereka ini harapkan sebagai penyelamat?Ana akui dan bersyukur,banyak persatuan islam dan pelajar yg berusaha meningkatkan amalan islam di universiti tp peranan jemaah tabligh tidak boleh dpandang enteng.Ana lihat di universiti ana,segelintir surau HIDUP kerana adanya jamaah tabligh.Maknanya ada hasilnya..munkin kita pernah dgr kumpulan A to Z ..?salah seorang bekas ahli kumpulanya yg terlibat dgn masalah sosial(x perlu ana khabarkan namanya) adalah orang kampung ana.Alhamdulillah..Subahanallah..umpama tidak percaya bagaimana saudara kita ni berubah dr seorang yg dahulunya terlibat dgn dadah kepada seorang yg sering ke masjid dan aktif bertabligh.Terus terang ana katakan saudara kita inilah segelintir pemuda d tempat ana yg sering melintasi pintu masuk masjid d kampung ana.Beliau pernah mengajak ana yg semasa itu tgh lepak2 dgn member sekampung untuk bercerita tentang iman dan terpancar wajahnya yg bercahaya,jubahnya yg putih bersih mcm Ust Akil !.Tak kenal maka x cinta,suatu pepatah yg mungkin sesuai utk dberikan.Ana akui ana bukan ahli jamaah tabligh tp kesempatan keluar dan mendengar taalim di surau dan dkunjungi rakan tabligh yg buat ziarah selepas asar bagaikan suasana persaudaraan dan kasih sayang yg sudah lama tidak dirasa.Memang kita akui ada kelemahan dan tak salah kita menegur tp haruslah dgn suasana kasih syg bukan sindiran sinis sebab kita semua di bawah ISLAM YANG SATU...Untuk kita kenal sesuatu..kita kena mengalaminya bukan sekadar dengar2 dan tgk pada luaranya.ana pohon maaf sekali lg..wslm

Bookmark and Share

  Member Information For putrakedahProfil   Hantar PM kepada putrakedah   Quote dan BalasQuote

irda82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 17-05-05 19:58

Quote:

On 2005-05-15 03:00, Tawel-Sensei wrote:
...........

Memang ada betulnya kata-kata Yusuf Al-Qardawi tu. Dalam dunia hari ini, kalau kita mahu pendekatan tabligh dijadikan pendekatan dakwah yang utama, memang susah. Islam hari ini tak macam Islam zaman Nabi. Hari ini dunia makin kompleks. Umat Islam tak akan maju kalau hari-hari kita diperdengarkan dengan Kitab Fadhail Amal yang banyak mengandungi hadith2 dhaif (tapi saya tak kata tak ada hadith2 sahih).

Seorang rakan saya yang berbangsa Pakistan juga pernah mengkritik golongan tabligh ini. Sebabnya hari2 lepas solat mereka baca Fadhail Amal. Itu dan itu sahaja hari-hari. Cukupkah itu sahaja? Dan ia diulangi lagi dan lagi sehinggakan minda orang2 tabligh ini (kebanyakkannya) melihat kitab Fadhail Amal itu sebagai satu kitab induk yang unggul.

Padahal kita masih ada banyak lagi kitab2 muktabar dalam Islam. Sampaikan saya juga kadang2 teragak2 nak duduk sama dalam majlis ilmu orang2 tabligh ini sebab kitab yang sama dibaca berulang2 kali. Saya agak muak. Di Malaysia saya dengar kitab itu, di sini juga kitab itu juga. Apakah kita ini sudah kehabisan bahan-bahan ilmuan Islam? Apa salahnya kalau baca kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan? Kurang-kurang pun bacalah kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia (iman, amal, syariah, fiqh, muamalat, dan semua aspeklah senang cerita) di samping hadith-hadith yang kalau tak sahih pun, sekurang-kurangnya ia hadith hasan.

Tapi bukanlah saya membencikan majlis ilmu tabligh yang dihadiri oleh malaikat rahmat itu. Cuma saya rasa bosan dan jemu dengan bacaan kitab itu sahaja. Baik saya balik rumah, dengar kaset ceramah Ustaz Ismail Kamus.

Minda umat Islam jadi tak kritis dan tak kreatif kalau kitab itu aje yang dibaca dan didengari hari2. Bagaimana dengan cabang2 ilmu Islam yang lain seperti ilmu Fiqh, Hadith, Syariah, Usuluddin dan lain2 lagi yang jarang-jarang disentuh oleh golongan tabligh ini?

Mungkin sebab itu jugalah saya pernah ditabligh oleh seorang insan ini yang berhujah menggunakan hadith maudhuk/palsu (waktu itu saya tidak tahu ia hadith maudhuk..tapi beberapa bulan selapas itu, kawan saya memberitahu saya taraf hadith itu ketika berbual-bual tentang hadith). Anda sendiri mesti tahu apa hukum berhujah menggunakan hadith maudhuk walaupun ia bertujuan baik.

Sebab itulah saya sering melihat mereka yang join tabligh ini kadang-kadang sukar untuk berbincang tentang Islam jika saya melencong dari bab Iman dan Amal.

Bila saya bicara tentang siasah Islam, mereka agak diam. Bila bertanya tentang bab fiqh, mereka juga agak diam. Bila berbicara tentang isu semasa, mereka banyak tak tahu. Macam mana ni? Nak jadi pendakwah, tapi banyak tak tahu isu-isu semasa negara dan global? Saya tekankan lagi sekali, TAK SEMUA tapi MAJORITI begitu.

...............

Tentang ni... apasal org selalu dok sebut 'golongan' ,bukan orang / individu tersebut ' ? Ini sesuatu yg tidak adil.

Dah orang taknak belajar ilmu sangat,itu salah dia.

Lagi satu,ulama' bagitau ,hadis yg dhaif boleh diamal jika ia berkaitan dengan fadilat/kelebihan ,bukan hadis hukum hakam.

Malah semasa melapangkan diri keluar...juga ditekankan kepentingan belajar ilmu lain...ilmu tentang sembanyang,dll. Dalam kitab Fadhail Amal juga,pengarangnya minta supaya belajar di samping usaha amar ma'ruf,nahi mungkar.

Maulana Muhammad Zakaria juga mengarang sebuah kitab tebal (Fadhail Amal cuma gabungan kitab2 kecil,sebab tu nampak tebal) berkaitan fadilat haji,sebagai galakan mengerjakan haji.

Seorang syura Malaysia (tak ingat namanya deh...) berkata dengan lantang (nada tengking?) :

"siapa kata ilmu masail (fardhu ain,hukum hakam) tak penting ? tanpa ilmu ni,camner kita nak betulkan solat kita?camner dengan ibadat kita yg lain?camner nak buat bagi betul bagi Allah terima ? Hari ini,kita salahkan orang lain, kononnya belajar ilmu,tapi tak buat kerja tabligh..Orang lain pulak salahkan kita sebab buat kerja tabligh tapi tak belajar ilmu. Hakikatnya kedua2 golongan ini salah! sebab kedua2 ni (belajar ilmu+amal,dan tabligh) penting dalam islam.

Islam bukan semata2 tabligh sahaja. (diulang2 cakap).Islam merangkumi banyak perkara lain...ibadat,muamalat,muasyarah,munakahat,dll. Dan untuk menyampaikan semua perkara ini,perlu didakwahkan.

Jangan bawa manusia kepada tabligh,tapi bawa manusia kepada Allah. Hari ni kita bukan ajak manusia kpd Allah,tapi kepada tabligh. Kita asyik bangga,cakap 'lihatlah,sana,sini, jepun amerika pun ada org tabligh'.

Bukan semua percakapan itu dakwah.hari ni kita lebih banyak bersembang dakwah saja,bukan berdakwah.

Karkun kita juga tak jaga akhlak.Akhlak dengan ahli keluarga, akhlak dengan jiran tetangga,semuanya kena jaga. kalau kita takde hubungan baik dengan manusia,macam mana nak bawa mereka kepada islam?

Perkara utama...sembahyang. Hidupkan sunnah dalam sembahyang,maka sunnah2 lain akan ikut dalam kehidupan kita. Kita nak Allah suka sembahyang kita,tapi sejak dari awal waktu kita ambil wuduk tak ikut sunnah,kita ambil wuduk dengan membazir,camner Allah nak suka sembahyang kita?
....."

panjang dia cakap...ana tak ingat semua
harap ambil pengajaran

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For irda82Profil   Hantar PM kepada irda82   Pergi ke irda82's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  

posticon Posting pada: 17-05-05 21:47

Maaf. Oleh sebab saya tak nak elakkan kekeliruan orang ramai terhadap komentar-komentar saya, maka saya satukan segala komentar itu dalam pos ini. Saya juga telah melakukan penambahan pos yang baru selepas pos ini. Saya rasa, pos yang itu adalah pos yang terakhir bagi saya dalam isu ini. Sebab pos-pos saya yang ini pun tak ada yang menjawab sepenuhnya persoalan-persoalan yang saya timbulkan itu..harus diambil perhatian juga, ada di antara pos-pos saya itu yang merupakan jawapan kepada ahli forum yang lain. Jadi, kalau rasa pelik sikit, tolong baca pos yang original ye..
--------------------------

POS 1
Kalau saya, saya tak berapa sesuai dengan tabligh ni..entah le..mungkin tak serasi agaknya walaupun pernah cuba-cuba dahulu. Tapi bukanlah saya ingin melihat tabligh ni lenyap terus. Kalau kita perhatikan pun, ada ramai jugak orang yang alim2 dan warak tapi tak join tabligh.

Penahkah kita tertanya-tanya mengapa? Saya rasa, mereka juga mungkin tak berapa ngam dan serasi dengan corak dan cara perjuangan tabligh.

Nak bincang isu ni pun memang sampai esok tak habis. Saya pernah borak2 dgn kawan pasal tabligh ni. Dia dulu pun pernah gak keluar. Tu cerita dulu la.. tapi last year jumpa dia..dia skg dah tak join tabligh..memang bagus jugak komentar dia tu.

Sebabnya, perjuangan tabligh yang kita lihat hari ini lebih menjurus kepada apa yang Nabi perjuangkan di Mekah. Tapi apa yang Nabi perjuangkan di Madinah agak kurang dititikberatkan oleh golongan tabligh ini. Bukankah itu tidak lengkap?

Saya tak nafikan SEMUA macam tu..tapi MAJORITI macam itu. Baik di Malaysia atau pun di luar negara. Saya juga tidak mempertikaikan pencapaian2 mereka itu. Kawan saya cerita lagi: 'Dr Yusuf Al-Qardawi cakap (lebih kurang): Kalau nak join tabligh, kita mesti tukar pemikiran mereka tu. Kalau tak jangan join'

Memang ada betulnya kata-kata Yusuf Al-Qardawi tu. Dalam dunia hari ini, kalau kita mahu pendekatan tabligh dijadikan pendekatan dakwah yang utama, memang susah. Islam hari ini tak macam Islam zaman Nabi. Hari ini dunia makin kompleks. Umat Islam tak akan maju kalau hari-hari kita diperdengarkan dengan Kitab Fadhail Amal yang banyak mengandungi hadith2 dhaif (tapi saya tak kata tak ada hadith2 sahih).

Seorang rakan saya yang berbangsa Pakistan juga pernah mengkritik golongan tabligh ini. Sebabnya hari2 lepas solat mereka baca Fadhail Amal. Itu dan itu sahaja hari-hari. Cukupkah itu sahaja? Dan ia diulangi lagi dan lagi sehinggakan minda orang2 tabligh ini (kebanyakkannya) melihat kitab Fadhail Amal itu sebagai satu kitab induk yang unggul.

Padahal kita masih ada banyak lagi kitab2 muktabar dalam Islam. Sampaikan saya juga kadang2 teragak2 nak duduk sama dalam majlis ilmu orang2 tabligh ini sebab kitab yang sama dibaca berulang2 kali. Saya agak muak. Di Malaysia saya dengar kitab itu, di sini juga kitab itu juga. Apakah kita ini sudah kehabisan bahan-bahan ilmuan Islam? Apa salahnya kalau baca kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan? Kurang-kurang pun bacalah kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia (iman, amal, syariah, fiqh, muamalat, dan semua aspeklah senang cerita) di samping hadith-hadith yang kalau tak sahih pun, sekurang-kurangnya ia hadith hasan.

Tapi bukanlah saya membencikan majlis ilmu tabligh yang dihadiri oleh malaikat rahmat itu. Cuma saya rasa bosan dan jemu dengan bacaan kitab itu sahaja. Baik saya balik rumah, dengar kaset ceramah Ustaz Ismail Kamus.

Minda umat Islam jadi tak kritis dan tak kreatif kalau kitab itu aje yang dibaca dan didengari hari2. Bagaimana dengan cabang2 ilmu Islam yang lain seperti ilmu Fiqh, Hadith, Syariah, Usuluddin dan lain2 lagi yang jarang-jarang disentuh oleh golongan tabligh ini?

Mungkin sebab itu jugalah saya pernah ditabligh oleh seorang insan ini yang berhujah menggunakan hadith maudhuk/palsu (waktu itu saya tidak tahu ia hadith maudhuk..tapi beberapa bulan selapas itu, kawan saya memberitahu saya taraf hadith itu ketika berbual-bual tentang hadith). Anda sendiri mesti tahu apa hukum berhujah menggunakan hadith maudhuk walaupun ia bertujuan baik.

Sebab itulah saya sering melihat mereka yang join tabligh ini kadang-kadang sukar untuk berbincang tentang Islam jika saya melencong dari bab Iman dan Amal.

Bila saya bicara tentang siasah Islam, mereka agak diam. Bila bertanya tentang bab fiqh, mereka juga agak diam. Bila berbicara tentang isu semasa, mereka banyak tak tahu. Macam mana ni? Nak jadi pendakwah, tapi banyak tak tahu isu-isu semasa negara dan global? Saya tekankan lagi sekali, TAK SEMUA tapi MAJORITI begitu.

Pernah saya masuk bilik seorang sahabat saya yang sangat aktif dalam tabligh ini. Bila saya masuk, Masya-Allah..tak serupa bilik orang Islam. Kalau saya ini bukan Islam, dan saya ditabligh olehnya, memang sampai kiamat saya tak akan peluk Islam.

Kesimpulan saya, kalau anda rasa sesuai nak masuk tabligh, silakan. Tapi tolonglah hormati pendirian mereka yang tak nak masuk tabligh. Islam itu luas cabangnya. Janganlah kita sekadar cenderung kepada satu cabang sahaja. Cuba ambil semua. Barulah senang kita nak berdakwah kepada manusia yang terdiri dari pelbagai jenis lapisan dan ragam.

Wallahu'alam...
-------------------------------------------------------------

POS 2

Kita komen supaya ada tindakan susulan. Kalau saya ada kelemahan, saya rela orang tegur saya. Kalau tak ada orang tegur, kritik, dan komen saya, sampai mati saya terus hidup dalam kelemahan itu tanpa berusaha untuk memperbaikinya.

Bukalah minda dan hati supaya tahan dikomen. Saidina Umar r.a. sendiri semasa mula-mula menjadi Khalifah, telah secara terang-terangan minta dibetulkan/dikritik/dikomen jika ada berlaku apa-apa kesilapan dan kelemahan.

Jangan silap faham antara KOMEN dan PERLEKEH. Komen bertujuan supaya individu/organisasi itu jadi lebih baik dan mantap. Perlekeh sebab kita ada hasad dengki dengan individu/organisasi itu. Kalau kita ini sentiasa memandang semua komen sebagai suatu ancaman, maka sampai kiamatlah kita tetap di takuk lama. Apa salahnya kita menerima komen itu. Mudah-mudahan para jemaah tabligh akan menjadi semakin dihormati dan diterima masyarakat setempat.

Apa yang saya komen itu cuma teguran. Harus diingat. Jangan sebab ini kita umat Islam nak berpecah. Bukan sebab saya benci dan pandang rendah pada tabligh.

Kalau anda masuk badan dakwah yang lain (selain tabligh), kalau ada salah di mana-mana, harus kita tegur bukan? Tapi disebabkan topik ini berkaitan 'Tabligh', saya komen dan tegurlah pasal 'Tabligh' juga. Tak relevanlah rasanya kalau saya komen pasal Wahabi..

Apakah kita ini sudah tidak boleh saling tegur-menegur dalam Islam jika saudara kita melakukan sesuatu kesilapan semata-mata sebab kita sudah taksub kepada apa yang kita ingin pertahankan itu?

Apakah salah juga jika kita mengikut teguran Dr Yusuf Al-Qardawi terhadap jemaah tabligh itu?
---------------------------------------------------------

POS 3

Hot bukan sebab essential. Tapi kan bagus kalau kita berbincang. Yang pos dalam topik ini pun ada dari kalangan jemaah tabligh. Maka secara tidak langsung, kita dah panjangkan perkara ini kepada pihak yang terlibat seperti yang saudara nurhakimin cadangkan.

Saya rasa saudara nurhakimin mungkin silap sangka. Bagi saya, saya komen bukan nak memburukkan tabligh. Kita komen sebab bertukar pendapat. Dah namanya pun KOMEN, mestilah nak atau tidak kita akan mengkritik mana-mana yang kita rasa tidak berapa betul. Lainlah kalau kita MEMUJI. Kalau memuji kita akan perkatakan mana-mana yang baik sahaja.

Kalau kita kata hal ini memburukkan saudara sendiri di tempat awam, mengapa wujudkan topik ini? Bagi saya pula, topik ini tidaklah bertujuan memburukkan tabligh di mata awam. Ia adalah bersifat teguran. Mengapa sukar bagi kita untuk memahat dalam otak kita bahawa ia adalah satu teguran yang membina dan bukannya satu penghinaan?

Rumah saya di Malaysia berdekatan dengan surau yang dimiliki oleh golongan tabligh. Boleh dikatakan saya sering ke surau itu untuk bersolat jemaah kerana faktornya yang dekat. Setiap maghrib, selalunya saya akan mendengar bacaan Kitab Fadhail Amal yang dibaca oleh mereka itu. Kalau saya rasa pendekatan yang mereka bawa itu tidak betul langsung, saya tak akan jejak langsung surau itu, apatah lagi untuk turut sama menghadiri majlis ilmunya.

Tapi saya tidak begitu. Bagi saya, usaha jemaah tabligh ini adalah sesuatu yang complimentary kepada usaha jemaah-jemaah dakwah yang lain. Cuma saya kata, ada beberapa perkara dalam jemaah tabligh yang perlu diperhalusi dan ditimbang-timbangkan supaya tabligh ini lebih mantap di kaca masayarakt setempat.

Dakwah memang wajib kepada semua umat Islam. Tidak ada seorang pun di sini yang mengatakan tabligh tidak membawa apa-apa sumbangan kepada umat Islam. Tabligh telah membawa sumbangan yang besar kepada umat Islam. Masjid-masjid di terdapat di Barat ini yang ditukar dari gereja juga kebanyakkannya adalah sumbangan dari golongan tabligh.

Tapi apa yang ingin saya tekankan di sini adalah konsep yang mereka bawa itu mungkin harus diubah supaya mereka lebih diterima oleh setiap golongan. Kalaulah kita ini sentiasa beranggapan tabligh itulah SATU-SATUNYA cabang dakwah yang berkesan, mengapa ulama-ulama dan tokoh besar Islam seperti Hasan al-Banna, Yusuf Al-Qardawi, Syed Qutb, Dr. Zakir Naik, Ahmad Deedat, dan lain-lain tidak melakukan pendekatan dakwah seperti jemaah tabligh?

Kadang-kadang kita terlalu taksub, sebab itu kita payah nak dengar pandangan orang lain. Sheikh Salman pernah ditanya pendapatnya tentang jemaah tabligh dan juga Ikhwanul Muslimin. Jawabnya:

1. Tabligh dan ikhwan al-muslimin serta jamaah2 lainnya mengandungi kebaikan yg cukup banyak. Ia memberi kesan yg cukup baik kpd umat ini. Namun sebahagian dari mereka tidak terlepas dari kekurangan atau kesilapan atau sikap taksub yg tidak dibenarkan.

Apa yg mesti dilakukan ialah, menerima apa yg haq/kebenaran dari mereka, menghargai kebenaran itu, membantu mereka dan menasihati terhadap kecacatan2 atau kealpaan atau kesilapan mereka.

2. Ikhwan al-muslimin telah berjuang di mesir dan menentang Yahudi di palestin. Mereka juga telah membawa begitu ramai pemuda2 kembali kepada Islam dan mengembalikan kekuatan mereka dgn Islam. Al-Ikhwan telah melahirkan banyak hasil karya tulis yg cukup bermanfaat dan melahirkan sejumlah tokoh2 yg hebat.

3. Sikap taksub adalah sebahagian dari tabiat manusia. Ia berlaku juga pada individu2 jamaah ini dan pada mana2 jamaah lainnya. Sikap ini perlu dibenteras.

4. Mengenai jamaah tabligh, ia memberi tumpuan kpd masalah akhlak dan ibadah yg tidak terlepas dari pengaruh tasauf. Ramai di kalangan mereka yg tidak mementingkan ilmu2 syarak dan pembersihan aqidah. Dan kadangkala mereka dianggotai oleh golongan ahli bid'ah. Namun begitu, jamaah tabligh memberi kesan yg sangat baik di dalam lapangan dakwah terhadap non muslim yg mampu menarik mereka kpd Islam. Ia juga cukup bermanfaat utk menarik kpd Islam terhadap penagih dadah, yg tidak sembahyang dsbnya dgn bentuk dakwah yg cukup lembut, sabar dan penuh hikmah..

5. Semua umat Islam wajib memelihara perpaduan ummah, membersihkan hati, meluruskan aqidah dan menjauhkan diri dari sikap taksub.

Wallahua'lam...
-----------------------------------------------------------------

POS 4

Sebelum ada salah sangka, biar saya jelaskan pasal pos yang itu.. Sebenarnya saya dah lama ikut pos ni. Cuma masih tak nak beri komen sebab nak tengok dulu perkembangannya. Jadi saya pun tunggulah... Bila rasa masa dah sesuai, saya pun muntahkanlah pandangan saya. Tapi agaknya sebab timing tak sesuai, topik ni makin tenggelam..Tak bestlah kan bila kita dah beri komen panjang lebar, tiba-tiba topik ni tenggelam.. Harap-harap tak salah faham..

Ya..mari kita berbincang dalam segala apa perkara pun tanpa diselubungi sebarang emosi. Jangan kita bertekak sesama kita. Kita sekadar bertukar-tukar pandangan. Walaupun sebagai manusia memang tak boleh buang emosi, tapi cubalah memberikan pendapat kita dengan mengurangkan seboleh mungkin pengaruh emosi itu.

Ingatlah bahawa penulisan dan pandangan kita itu tak semestinya membawa kepada kebenaran. Tapi moga-moga ia akan membawa kepada jalan yang dapat mengetuk-ngetuk kepada pintu-pintu kebenaran yang kita cari-cari itu.
------------------------------------------------------------

Sila baca juga pos saya selepas pos ini..

-----------------
[url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]

A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]

Bookmark and Share

  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  

posticon Posting pada: 17-05-05 21:55

Situasi zaman sentiasa berubah. Cara dan modus operandi dakwah sepatutnya mengikut zaman kita berada. Masa Nabi mula-mula diangkat menjadi Rasul, apa yang Nabi tekankan? Pemantapan dan pengukuhan iman di kalangan umat Islam yang telah memeluk Islam di samping penyebaran kalimah Tiada Tuhan Selain Allah. Kenapa pula itu yang Nabi tekankan?

Sebab waktu itu pemantapan iman adalah lebih penting berbanding perkara-perkara lain. Umat Islam waktu itu ditindas dan diseksa. Pada waktu itulah munculnya hadith Nabi yang bermaksud lebih kurang: 'Sesiapa yang akhir hidupnya melafazkan kalimah Laailahaillah, maka syurga baginya.' Hadith ini adalah satu bonus pada umat Islam zaman itu sebab ramai sangat yang kena seksa sampai mati. Maka hadith itu akan memberikan semangat kepada mereka supaya terus berjuang mempertahankan keimanan mereka walau mati adalah harganya. Dakwah zaman Nabi di Mekah memfokuskan lebih kepada iman kerana ia adalah tuntutan zaman ketika itu.

Semasa Nabi di Madinah pula, apa pula tuntutan zaman waktu itu? Iman masih lagi menjadi fokus utama. Tetapi satu lagi fokus utama telah bertambah. Ia bukan sekadar sahaja pasal iman, tapi juga merangkumi aspek syariat, muamalat di antara Islam dan bukan Islam, pengurusan ekonomi, munakahat, dan lain-lain lagi. Maka dakwah dalam SEMUA ASPEK itu berjalan serentak, dan tidak HANYA MENUMPUKAN KEPADA ASPEK IMAN DAN AMAL SEMATA-MATA.

Mengapa pula aliran tabligh wujud? Apa pula tuntutan zaman yang membawa kepada pembentukan aliran ini? Ingin saya tekankan juga, tuntutan zaman bukan sahaja terletak pada faktor masa, malah juga tempat di mana ia berada. Jemaah tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944). Waktu itu suku Meos di tempatnya mengalami masalah akidah yang kritikal.

Suku meos adalah keturunan rajput yang terkenal jahat dan keras..walaupun mereka menganut islam, budaya hindu masih diamalkan oleh mereka. Jadi, kehendak zaman dan tempat di mana Maulana Muhammad Ilyas itu berada adalah: Membetulkan keimanan masyarakat Islam di sana. Sebab itu tidak relevan bagi beliau pada waktu itu untuk memperjuangkan apa yang Nabi perjuangkan di Madinah. Maka dalam hal ini, beliau mengambil pendekatan dakwah Nabi sewaktu di Mekah kerana kesnya lebih kurang sama.

Begitu juga kalau kita lihat pada zaman Imam Al-Ghazali. Waktu zaman beliau, apa pula kehendak zaman waktu itu? Pada waktu itu, falsafah Islam dicampur aduk dengan ilmu-ilmu falsafah barat yang banyak menyeleweng. Maka, Imam Al-Ghazali memperjuangkan bagi membetulkan semula perkara tersebut kerana itu kehendak zamannya.

Nah..sekarang mari kita fikir kehendak zaman ini. Apakah masalah zaman ini cuma berkisar pada iman dan amal sahaja? Kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Baik dari segi syariat, muamalat, salah faham bukan Islam kepada Islam, imej buruk Islam di mata dunia, kemiskinan yang melanda banyak negara-negara Islam, pencapaian umat Islam yang agak ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi, peperangan, siasah Islam yang korup dan lain-lain lagi. Sekarang anda telah lihat keperluan zaman ini.

Mari tanya diri kita. Apakah dengan dakwah oleh jemaah tabligh semata-mata (yang hanya menekankan aspek iman dan amal) mampu menyelesaikan semua permasalahan itu? Kalaulah anda menjawab Ya, mengapa pula Nabi SAW mengubah modus operandi dakwahnya sewaktu di Madinah? Mengapa Nabi tidak meneruskan sahaja corak dakwahnya sewaktu Baginda berada di Mekah? Ini kerana Nabi tahu jika Baginda meneruskan juga corak dakwah yang sama, Islam akan jadi lebih sukar untuk disebarkan dan ditegakkan di bumi Allah ini.

Jadi saya berpendapat, jemaah tabligh tidak perlulah begitu taksub dengan memperkatakan cara pendekatan dakwah mereka adalah yang terbaik dan berkesan bagi menyebarkan agama Allah. Anggap usaha anda itu cuma sesuatu yang saling lengkap-melengkapi. Itulah pendirian saya dalam hal ini. Tapi saya masih menyokong usaha jemaah tabligh itu kerana mereka telah berjuang bagi memartabatkan agama Allah.

Jangan ada di antara kita yang suka salah faham bila ada orang kata 'MARI KELUAR DI JALAN ALLAH' dan juga tentang istilah 'TABLIGH' itu sendiri. Apakah bila kita tidak menyertai jemaah tabligh, kita tidak boleh TABLIGH kepada orang ramai? Tabligh itu bermaksud menyampaikan. Dalam konteks Islam, ia bermaksud menyampaikan apa saja yang baik tentang agama Allah ini. Satu kecenderungan jemaah tabligh yang saya lihat ini ialah, mereka sekadar suka berbicara dan berbincang tentang kebesaran dan kehebatan Allah. Memang kita wajib berbicara tentang hal kehebatan dan kebesaran Allah. Tapi apakah dengan itu sahaja kita mampu menyelesaikan permasalah umat Islam dalam pelbagai aspek di dunia ini?

Begitu juga dengan istilah KELUAR DI JALAN ALLAH. Apakah ia bermaksud semata-mata keluar 3, 40 hari, atau 4 bulan untuk menyebarkan kalimah tauhid itu? Jangan sempitkan pemikiran. Kalau itulah definisi anda tentang KELUAR DI JALAN ALLAH, sejarah tidak akan menyaksikan wujudnya tokoh-tokoh Islam dalam berbagai bidang dan juga empayar-empayar agung Islam di dunia.

Apakah jika anda seorang saintis Muslim yang berkerja di makmal selama 40 hari untuk menjalankan penyelidikan embryology TIDAK KELUAR DI JALAN ALLAH? Apakah adik Hafizal (mangsa PLKN) yang berkerja untuk mencari rezeki halal membantu ibunya itu TIDAK KELUAR DI JALAN ALLAH? Apakah jika saya ini menyertai program Free Palestine tidak KELUAR DI JALAN ALLAH? Apakah pegawai JAWI yang terpaksa ronda malam-malam (dan tidak punya masa untuk menyertai jemaah tabligh disebabkan kekangan tugas) untuk menghalang orang-orang berbuat maksiat di Kelab Malam Zouk TIDAK KELUAR DI JALAN ALLAH? Apakah seorang muslim yang mengusahakan pengeluaran produk makanan halal TIDAK KELUAR DI JALAN ALLAH?

Apakah juga saudara Harun Yahya (www.harunyahya.com) yang banyak menulis buku-buku tentang kebesaran dan kehebatan Allah dari sudut yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain sebelum ini, berjuang menentang Free Mason, dan mempersembahkan hasil kajiannya tentang kesalahan teori evolusi sehingga ramai orang-orang kafir di Barat yang mula percaya wujudnya Allah lalu memeluk agama Islam, TIDAK KELUAR DI JALAN ALLAH? Apakah saudara-saudara kita yang giat menterjemahkan buku-buku agama Islam dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Inggeris dan Melayu tidak KELUAR DI JALAN ALLAH? Begitu juga dengan tokoh-tokoh Islam di Malaysia seperti Nik Aziz dan Haron Din yang memperjuangkan Islam di tanah air kita itu tidak KELUAR DI JALAN ALLAH? Apakah Nik Aziz dan Haron Din itu menyertai jemaah tabligh? Jawapannya tidak..

Adakah menjadi syarat wajib untuk mencontohi modus operandi jemaah tabligh apabila ingin berjuang dan keluar di jalan Allah? Sebab itu saya bilang jangan taksub dengan tabligh. Dunia hari ini memerlukan berbagai cara untuk berdakwah. Bukan cara kita sahaja yang betul lalu menolak cara orang lain. itu namanya angkuh. Allah tak suka golongan yang angkuh.

Mungkin cukuplah contoh saya itu. Tak mampu nak tulis contoh-contoh lain. Jangan sempitkan pemikiran anda.

Ada orang berkata: 'Tulis sampai 1GB pun tak akan menyelesaikan isu ini. Buat apa bising-bising di sini?' Memang betul kata saudara kita itu. Sebabnya, penyelesaian kepada isu ini bukan sahaja terletak kepada perbincangan, tetapi juga terletak pada KETERBUKAAN KITA untuk menerima pendapat dan teguran saudara kita. Jika ini berlaku, tulisan dan perbincangan bersaiz 100KB pun dah mampu menyelesaikan polemik ini. Insya-Allah..

Selain itu, harap mana-mana pengikut forum yang baru tidak salah faham dengan tajuk forum ini. Tajuk itu sebenarnya dah boleh mengelirukan orang. Seolah-olah mereka yang tidak sekepala dengan tabligh, membenci jemaah ini. Sebab di sini, mereka yang tidak sekepala itu lebih memberi teguran dan pandangan membina. Tak ada satu pun yang kata mereka tak suka tabligh. Harap maklum..

Wallahu'alam..

No Bunshin was harmed when I wrote this comment.

[ Posting ini telah di edit oleh: Tawel-Sensei pada 2005-05-17 22:34 ]

Bookmark and Share

  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 17-05-05 23:11

Mencelah sedikit...

Sekarang kita perlu akui bahawa terdapat banyak jemaah/kelompok/firqah Islam yang mempunyai pendekatan masing-masing dalam menjalankan usaha dakwah samada yang memilih pendekatan politik (demokrasi) ataupun yang memilih untuk tidak menyertainya.

Saya juga menyokong usaha dakwah tabligh....

Cuma ada sedikit yang perlu diperbetulkan dari apa yang keluar dari mulut orang tabligh yang sering kedengaran...

1. Menggangap tabligh satu-satunya jalan dakwah Nabi yang betul, jemaah Islam lain berjuang tidak mengikut sunnah.....ini hanya cakap berdasarkan akal tidak berdasarkan ilmu

2. Sering menggangap dan memperkatakan orang yang berada dalam jemaah lain masih belum memperoleh hidayah dari Allah, seolah-olah hanya jemaah tabligh yang benar-benar memperoleh hidayah Allah SWT

3. Sesudah keluar 4 bulan IPB ( India, Pakistan , Bangladesh ) sebutan La ilah Illallah yang sebelum ini disebut betul sudah menjadi tidak betul...sebutan beberapa orang sahabat tabligh sudah mengikut slang india....kenapa ya ?

Saya minta saudara abu dapat menimbulkan perkara ini ketika majlis Taalim ataupun di majlis fikir harian......cubalah belajar untuk menerima pendekatan jemaah lain dalam menjalankan usaha dakwah dan jangan menggangap orang yang tidak menyertai usaha dakwah tabligh sebagai orang yang tidak memperoleh hidayah...

Saya akhiri dengan memetik suatu hadith Nabi SAW, Hadith Sahih Bukhari

"Jihad yang paling afhdal ialah berkata benar pada pemimpin yang zalim"

Waqi' di malaysia sekarang memerlukan kita melakukan suatu untuk mengubah sistem thagut jahiliah yang masih dikekalkan dan kuasa diperlukan untuk mengubah apa yang ada sekarang. Mungkin tidak cukup untuk kita membicarakan soal kebesaran Allah sahaja sebaliknya perlu kita jelaskan pada masyarakat semasa menjalankan usaha dakwah tentang sekularisme, tentang pemerintahan Islam

Wallahua'lam...

[ Posting ini telah di edit oleh: mujahadatunnafsi pada 2005-05-17 23:21 ]

Bookmark and Share

  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  

posticon Posting pada: 18-05-05 01:32

ana ngan kucing ana nampak ada semacam ketidakbetulan pada tajuk topik ni..

Tabligh: Why we don't like them...?

maaflah ye...tapi...ek eh...ana x penah pun x suka...kenapa pulak bole wujud "we"?

berhati2 ketika ingin membuka topik ye.

sape2 sempit fikiran bole jd gitu le...gelar2 org geng tabligh...jemaah tabligh...
menyampaikan tu tugas seluruh umat le.

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 18-05-05 07:17

Berkenaan jawapan saudara raytec, sy rasa saudara tawal-Sensei sudahpun menjawabnya dalam pos beliau yang terakhir My explanations are quite similar, so i will not post the same thing again.

i may now make a conclusion on behalf of my own:

1.Berkenaan tajuk topik ini, sy rasa tak ada sesiapapun yang posting kat sini tak suka tabligh, mungkin apa yang mereka tak suka ialah dgn sesetengah modus operandi gerakan jemaah yang dipanggil 'tabligh'. So, tak ada pape masalah...stkt ini semua perbincangan berlaku atas dasar ilmiah, insyaAllah

2.Berkenaan amar-ma'ruf dan nahi mungkar, saya tidak menyatakan amar ma'ruf sahaja salah, dan nahi mungkar juga salah, cuma satu ayat sahaja yang ingin saya ckp mengenai hal ini : "Ambillah Islam secara keseluruhannya, dan bukan mana2 bahagian yang kita suka sahaja" -

tak mungkin kita blh amik semua, buat apa yang kita mampu..so, Jem tabligh dah buat amar ma'ruf dan nahi mungkar (terhadap diri sendiri, kira oklah tuh dprd manusia yang langsung tak buat).

Nahi mungkar - jgn sempitkan pemikiran ianya melalui kekerasan, dan kuasa itu tak semstinya kekerasan. mcm di Terengganu suatu masa dahulu diwajibkan elh kerajaan negeri supaya pekerja2 wanita wajib memakai tudung. Itu bukan satu kekerasan (kecuali bagi pihak2 seprti SIS shj kot )

3.Kaedah da'wah dan makna KELUAR DI JALAN ALLAH tak termaktub hanya keluar 30-40 hari, sama seperti yang ditulis saudara mujahadatunnafsi Dalam hal ini hendaklah berlapang dada..selagi perbuatan kita tidak ingkar dgn suruhan Allah, maka gerakan sesebuah 'jemaah' itu tidaklah salah..

seperti cara gerakan Jemaah Ikhwanul muslimin di bawah pimpinana As-Syahid imam hassan al-banna di mana modus operandinya berbeza drpd tabligh...

wallahu'alam

" Jika semua orang ingin mengangkat pena, maka siapa lagi mahu mengangkat 'pedang?' "

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 18-05-05 15:38

assalamualaikum w.b.t
hampir 3 kali ana cuba menaip kata2 ana tapi Allah SWT tak izinkan. Dah panjang tulis.. ada je problem ngan pc ni. Ringkas cerita, cerita yang sama, topik yang sama, hujah yang sama, digunakan untuk menghentam jemaah tabligh. Dah beberapa ribu orang berdebat mengenai perkara ini tak akan mendapati penyelesaiannya, kerana apa? kerana untuk faham agama sebenar, bukan dengan hujah dan ilmu yang hebat2 TAPI mujahadah, susah payah, korban diri, harta, peluh, hatta darah dan nyawa untuk agama sebagaimana perjuangan para sahabat R.anhum, barulah hakikat dan kefahaman agama akan datang dalam diri kita. Sebenarnya ana suka mendengar cemuhan orang tentang jemaah tabligh, sebab memang hakikat akhir zaman sebagaimana dikatakan oleh baginda SAW, agama itu asing dan akan kembali semula dengan asing. bersesuaian dengan zaman sekrang yang dikatakan zaman CANGGEH!! Dan ini juga menunjukkan kebenaran jalan yang sedang ditempuhi oleh jemaah yang dipanggil org jemaah tabligh ini. Pernah juga dikata org, GILA. huh bestnya, dapat sunnah sebagaimana Nabi SAW dituduh majnun.
Akhir kata, penatlah nak berhujah dgn al-quran ngan hadis, sebab nak faham agama bukan dengan berhujah... katalah apa nak kata, hentamlah apa nak hentam, bawaklah fatwa mana2 ulama' kontemporeri pun, usaha ini akan terus bangkit dan bangkit, dan bangkit.. kerana apa? tak ada jawapan lain.. luangkan harta diri dan masa anda lama2 untuk keluar di jalan Allah SWT sehingga sampai masa bukan 3hari, 40 hari, atau 4 bulan anda diminta masa, tetapi nyawa dan darah anda yang diminta...
p/s cukuplah berhujah, sebab dah terbukti berdekad2 lamanya,tak bawa kemana2pun, buat tambah sakit hati adalah.. sehinggalah nafsu dan syaitan menguasai diri, gunakan hujah al-quran dan hadis, tapi berdasarkan selera, sebagaimana kata2 maulana, dia balas kita dengan al-quran, kita balas dia dengan al-quran.. seolah2 masing2 saling mengutuk firman Allah SWT. Wallahua'lam bissowab

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  

posticon Posting pada: 19-05-05 04:33

Quote:

On 2005-05-18 07:17, swordofdeen wrote:
" Jika semua orang ingin mengangkat pena, maka siapa lagi mahu mengangkat 'pedang?' "

Ringkas, tapi menyimpulkan segalanya.

-----------------
[url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]

A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]

Bookmark and Share

  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  

posticon Posting pada: 19-05-05 08:41

dakwah ada pelbagai cara

mungkin tabligh berdakwah secara ajak orang kearah kebaikan.

dan

ada juga juga berdakwah dengan mengajak juga kearah kebaikan dan melarang kemungkaran

so dengan itu kita pilihlah jalan mana kita nak ikut, yang syumul ke atau yang ambil satu juzuk sahaja.

Tidak pernah kata dakwah tabligh ini salah, masing-masing punya cara akan tetapi yang penting kita mempunyai matlamat yang sama.

Usah dibezakan dan seterusnya kita harus saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam menuju mardhotillah.

-----------------
http://singabeng.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 23-05-05 14:03

Soalan: Mengapa Nahi Mungkar tidak dilaksanakan?

Jawapan 1:

Jawapan dari tulisan Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawy dan Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia, dalam buku 'Menyingkap tabir kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh'

Mereka berkata: "Jama'ah Tabligh tidak mencegah dari kemungkaran dan tidak menyuruh kepada kebaikan dengan cara yang benar".

Kami katakan :
"Sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini bahwa tidak termasuk dalam tatacara Jama'ah Tabligh pengingkaran terhadap pemilik/pelaku kemungkaran.

Hal ini disebabkan oleh:

1. Pengingkaran terhadap pelaku kemungkaran dalam masyarakat yang dipenuhi oleh kebodohan dan kefasikan, tidak menghasilkan manfaat sedikitpun. Ini adalah suatu kenyataan yang tidak dapat diingkari oleh orang yang memiliki kefahaman tentang keadaan ummat (saat ini).

2. Mereka mengganti pengingkaran kemungkaran dengan ucapan, dengan menghijrahkan pelaku kemungkaran dan menjauhkannya dari lingkungan yang rusak dan meletakkannya ditengah para pendidik yang bijak yang mengobatinya dengan perbuatan dan perkataan yang baik. Tidak lama kemudian dia akan meninggalkan dan mengingkari kemungkaran itu. Cara ini lebih bermanfaat daripada ucapan ucapan yang disampalkan dari atas mimbar atau di majlis talim sementara orang orang dalam keadaan lengah. Dan yang perlu perlu dipertanyakan : Orang orang yang mengingkari Jama’ah Tabligh dalam nahi mungkar, apakah mereka telah benar benar mencegah kemungkaran? Jawabannya mudah diketahui dan kenyataan (di lapangan) menjadi saksi. Kita harus banyak istighfar karena kita telah meninggalkan kewaj'iban amar ma'ruf nahi mungkar. Keadaan orang yang memburukkan Jama'ah Tabligh karena meninggalkan nahi mungkar, sedang ia sendiri tidak melaksanakannya, tidak ubah seperti apa yang diungkapkan oleh seorang penyair: “Janganlah melarang (seseorang) dari melakukan suatu perbuatan sedang engkau sendiri melakukannya. Kalau engkau berbuat yang demikian, itu merupakan aib yang besar pada dirimu”

Jawapan 2:

Terjemahan jawapan dari Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.
dipetik dari http://islam.tc/ask-imam/view.php?q=6427)

Adalah menjadi harapan besar Hadhrat Moulana Ilyaas (RA) untuk menghidupkan kembali roh agama Allah Ta'ala yang suci murni. Atas maksud ini beliau telah mengenengahkan beberapa "Usools" yang di garib dari al-Qur'aan dan Hadith. Untuk mencapai maksud tersebut, beliau telah bersungguh-sungguh mengingatkan orangramai dari kalangan umat ini tentang kepentingan dan tanggungjawab Amr bil Ma'roof dan Nahy anil munkar.

Masalaah yang berlaku pada hari ini ialah kita telah menyalahtafsirkan maksud sebenar Nahy anil munkar. Nahy anil munkar bukan bermakna dengan keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata atau seumpamanya. Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi
(Sallallaahu Alayhi Wasallam), seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula membuang air kecil si satu sudut Masjid. Para Sahaabat (Radhiallaahu Anhum) segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam).
Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, dsb. Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) di dalam Masjid-un-Nabawiy. Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) melaksanakan tugas Nahy anil munkar.

Hal inilah yang menjadi harapan tinggi Moulana Ilyas(RA). Dalam melaksanakan Amr bil Ma'roof sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara kita dalam jamaah tabligh, mereka memberi galakan kepada kita supaya memberi masa untuk keluar ke jalan Allah Ta'ala, supaya apabila kita berada dalam suasana agama yang betul, di dalam masjid, barulah kita dapat menilai akan kepentingan usaha agama dan memahami kesan-kesan buruk dalam menjalani kehidupan bermaksiat dan engkar.

Dan Allah Ta'ala jualah yang Maha Mengetahui.

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 23-05-05 14:11

Soalan: Mengapa keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan?

Jawapan:

Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah:
Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.
Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.
(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH)

Sahabat keluar 5 tahun:
Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0)

Sahabat radiyalaahu anhum keluar 6 bulan:
Bara Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami. Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 10

Keluar 4 bulan:
Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya
Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu
Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya
Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”
Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.” (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.30.

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba belaiu mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya
Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu.
Kemudia Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, “Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.” (Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

Keluar 40 hari:
"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 198

Keluar 3 Hari:
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 198

Fatwa Ulama:
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah..
Dan Allah Maha Mengetahui.
(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 23-05-05 21:21

Semoga kita dapat berlapang dada, begitu juga sahabat-sahabat yang berada dalam jemaah tabligh....

Pendekatan dakwah yang berbeza tapi matlamatnya satu....cuma seperti yang saya jelaskan jangan kita memperlekeh jemaah lain dan mengatakan hanya jemaah kita yang benar, hanya jemaah kita yang mengikut Rasulullah SAW, hanya jemaah kita mendapat hidayah dari Allah SWT....

Dan kepada sahabat jemaah tabligh, jangan tutupkan penerimaan pendapat hanya dari Alim Ulama Tabligh saja, terimalah juga pandangan dari Ulama' lain......

Semoga kita semua dapat berlapang dada, dan saya minta tolong sekali lagi pada sahabat-sahabat yang berada dalam gerakan tabligh, jangan sesekali menggangap keluar ke jalan Allah hanya dengan melakukan Gash, keluar sehari, tiga hari, 40 hari....

Bagi mereka yang berjuang dalam politik ke arah usaha memartabatkan perundangan Allah yang syumul juga adalah mereka yang keluar ke jalan Allah.................

Dan sesungguhnya Rasulullah SAW juga seorang pemimpin politik, berpolitik, Baginda bukan sahaja melakukan Gash, mengajak manusia dari rumah ke rumah bahkan Baginda mentadbir negara....begitu juga dengan para sahabat, mereka bukan sahaja dihantar ke serata dunia untuk berdakwah tapi mereka juga adalah Khalifah ( Iqamatu Deen Wa Siasah Dunya Bih ).....Menegakkan Agama dan Mempolitikkan dunia dengan agama.

Wallahua'lam...

Bookmark and Share

  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

raytec
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16573
Posting: 29

blank  

posticon Posting pada: 24-05-05 09:27

Betul tu...drpd kita balas-membalas, lebih baik kita cerita pasal kehebatan, kebesaran Allah, lebih bermanfaat..."Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya drpd orang yang menyeru kepada (mengesakan & mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : Sseungguhnya aku adalah dari orang2 Islam (yang berserah bulat2 kepada Allah)!"(Fussilat 41:33)

So mari kita mulakan...Allah Taala Maha Hebat, Maha Agung dan Maha Segala2

Segala manfaat, mudarat, bahagia, sedih semua datang dari Allah

Mari kita lihat pokok, Allah jadikan pokok dengan pelbagai jenis, dan setiap jenis semua berbeza bukan sahaja dari segi bentuk, daun, rasa, malah kalau kita perhati takde satu pokok pun yang mempunyai daun warna hijau yang sama Subhanallah!!!Allah Maha Hebat....

So..sambung lagi surfer2 sekelian

Bookmark and Share

  Member Information For raytecProfil   Hantar PM kepada raytec   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 24-05-05 14:24

w.b.t
Alhamdulillah, syukur ana pada Allah SWT apabila mendengar jawapan daripada saudara mujahadatunnafsi, sejuk hati ini... Ana sedih sebenarnya mendengar komentar2 drp sahabat2 yang lain, disebabkan mereka kurang faham (walaupun ana ni tidaklah faham sangat dengan usaha da'wah ni melainkan sahabat2 R.anhum), mereka terus menerus mengutuk usaha yang pernah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat2 r.anhum. Dan apakah kesedihan yang paling GETIR untuk ana terima selain merendah2kan usaha Habibullah.. Ana tidak menyalahkan mana2 jemaah lain, dan ini juga sebenarnya ditegah oleh Maulana Ilyas.
Cuma disini ana ingin bertanya "Adakah saudara menganggap Jemaah Tabligh yang bergerak ke serata alam sekarang ini dengan pengorbanan diri dan harta sendiri sehingga sanggup meninggalkan anak isteri tercinta dirumah,Tidak Menegakkan Agama dan sedang dalam usaha untuk Mempolitikkan dunia dengan agama?? renungilah kata2 saudara..

Ana telah mengemukakan dalil hadis, sekurang2nya saudara luangkanlah masa beberapa hari yang saudara mampu untuk usaha ini.. sekurang2nya kita sama2 boleh mengamalkan hadis tersebut. Dan bukan maksud ana untuk mengatakan hanya jemaah ini sahaja benar, jemaah lain silap.. kita semuanya orang islam dan seumpama satu badan, cubit paha kiri, paha kanan juga turut terasa. Disini ana sertakan jawapan drp ulama' da'wah mengenai politik:-

[ Posting ini telah di edit oleh: Ibnu_muaz pada 2005-05-24 14:25 ]

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 24-05-05 14:27

Penerangan 1:
Syaikh Dr Muhammad Abul-fath Al-Bayanuniy berkata:

"... saya teringat semula kepada satu peristiwa atau suasana yang mudah-mudahan dapat menjelaskan perselisihan sumpama itu iaitu semasa saya bersama yang mulia Ustaz Al-Syaikh Muhammad Yusuf al-Kandahlawi rahimahullah merupakan seorang pendakwah yang masyhur pada masa itu. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1387H bersamaan 1963M semasa saya membuat lawatan ke India. Semasa lawatan tersbut saya telah meluangkan masa untuk menziarahi serta tinggal di masjidnya bersama-sama selama beberapa hari. Semasa saya berada di sana, saya ada mendengar srta melihat ikhwah dari Jamaah tabligh menyebut dalam ucapan mereka semasa menerangkan asas dkwah merekaiaitu mereka menjauhikan diri daripada perbincangan-perbincangan politik dan khilafiyyah. Saya memang amt memahami ucapan tersebut. Saya juga mempunyai sangkaan yang baik terhadap kata-kata itu dengan merujuk kepada tabiat dakwah mereka yang meluas ke seluruh dunia.

Kalaulah tidak kerana apa yang dibangkitkan oleh sesetengah pendakwah mengenai siasah serta tabiat dakwahnya dan ketulusan niatnya terutama sekali apabila terdapat sestengah golongan mengaitkannya dengan Qadyaniyyah yang menolk konsp jihad Islam, sebagaimana banyak berlaku kepada pengikut Qadyaniyyah, nescaya kita menyangka buruk kepada mereka dan sesetengahnya pula menghukum mereka dengan sesat, menyeleweng atau sebagainya.

Melalui ziarah ini sayatelah mendapat satu peluang untuk mengemukan beberapa soalan yang akan menjelaskan sudut yang bahaya ini iaitu masalah jihad mengikut pandangan beliau(Jamaah Tabligh). Beliau menjawab soalan itu berdasarkan ilmu dan pengalaman sama ada secara umum atau khusus selari dnegan manhaj mereka dalam masalah ini. Saya tidak mempunyai cara lain melainkan bertanya scara terbuka dan berterus terang. saoalan saya, "Apa pandangan jamaah tuan mengenai jihad fi sabilillah dan apa pula pandangan tuan mengenai Marhalah Tanfiziyyah yang dilakukan oleh jamaah lain?"

Tuan syaikh hairan dengan soalan ini dan tersenyum seraya berkata, "Kalaulah kami mempunyai pandangan khusus dalam masalah jihad yang merupakan kemuncak Islam, nescaya kamutidak akan dapati dalam buku kami Hayat al-Sahabah berita-berita tentang peperangan, jihad Rasulullah s.a.w. dan Sahabatnya yang muliaitu, dan buku ini tersebar luas dan dimiliki oleh saudara-saudara kami di seluruh pelusuk dunia."

Alhamdulillah dengan jawapan yang diberikan oleh tuan Syaikh tadi dapatlah saya memahami tujuannya lalu saya meminta maaf kerana mengemukakan pertanyan-pertanyan tersebut. Dengan itu hilanglah kekusutan yang menyelubungi diri saya.

... Sebenarnya sikap sesetengah pendakwah yang mengelak diri daripada medan politik atau daripada membicarakan persoalan politik dalam dakwahnya bukanlah bermakna menolak dan mengingkari kepentingan serta kewujudannya, tetapi sikap mereka yang diambil itu lebih merupakan perancangan kerja yang telah dipersetujui bersama. Dan ini adalah merupakan ijtihad mereka dalam melaksanakan kerja, sama ada betul atau salah terserahlah kepada Allah s.a.wt...."
[ Dr Muhammad Abu Al-Fath Al-Bayanuniy, Penyatuan Kerja Gerakan Islam : Di Antara Harapan dan Kenyataan (terj. oleh ABIM), Budaya Ilmu Sdn Bhd : Petaling Jaya,Selangor, 1992, m.s. 20-21 ].

(petikan ditulis oleh saudara alhaqir-wal-faqir, bicara-sufi)

Penerangan 2:
Maulana Manzoor Nukmani menulis:

'Shah Waliullah telah menyatakan dengan jelas didalam 'Fuyuzul Harmain' bahawa orang-orang yang berjuang dengan penuh keikhlasan dan tiada motif lain melainkan untuk menyebarluaskan risalah Allah Taala melalui cabang kerja kenabian seperti mendakwah ajaran agama dan moral, pengarahan, memberi petunjuk dan reformasi adalah (tidak kurang didalam)menjalankan tugas Khalifah Rasulullah SAW seperti mana orang-orang yang melibatkan diri mereka secara langsung dan ikhlas didalam urusan politik dan pemerintahan, seperti jihad dan perlaksanaan keamanan, keadilan dan persamaan. Perbezaannya cuma satu bahagian merupakan 'luaran' atau 'zahir' kepada kekhalifahan, manakala yang satu bahagian lagi adalah 'dalaman' atau 'spiritual' (kepada kekhalifahan). (Secara ringkasnya), Shah Waliullah telah membahagikan tugas kekhalifahan kepada dua bahagian; 'luaran' dan 'dalaman'.

Kekhalifahan sebagai institusi politik dan kerajaan telah hilang untuk satu jangka masa yang lama. Negara orang-orang Islam hari ini kebanyakannya tiada kaitan dengan matlamat dan tujuan nabi, dan ia - negara orang-orang Islam - juga tidak menunjukkan ciri-ciri ke arah itu. Sebahagian yang lain pula secara umumnya tidak (banyak) berbeza dengan (prinsip) pegangan mana-mana negara bukan Islam di dunia. Walaubagaimana pun, separuh lagi unsur kekhalifahan, iaitu tugas naib nabi melalui penyebaran risalah agama diluar dari naungan kerajaan masih lagi wujud; pintu-pintunya masih terbuka dan ruang lingkup untuknya adalah lebih besar dari sebelum ini. Peluang (untuk penyebaran risalah) di zaman moden ini adalah tidak terbatas. (Oleh itu), hendaklah lebih ramai lagi hamba-hamba Allah yang melibatkan diri didalam lapangan yang mempunyai harapan ini dengan segenap kemampuan mereka, biarlah lebih ramai yang turun ke padang didalam arena (dakwah agama) ini dengan tidak mementingkan diri, dan mengabdikan diri sesuai dengan kapasiti dan kebolehan masing-masing, didalam menjalankan tugas menyebarluaskan cara kehidupan Rasulullah SAW ke seluruh dunia. Berjuang dan berjihad di jalan ini dengan pengorbanan adalah jihad terbesar di zaman moden, bentuk kesetiaan serta keikhlasan yang sebenar kepada Rasul SAW dan pewaris (kerja) nabi yang paling tulin. Mereka yang meletakkan kaki di atas (jalan) ini akan jelas nampak jalan-jalan (penyelesaian) lain yang akan dibuka kepada mereka oleh Allah Taala. Apa yang kita hadapi hari ini adalah merupakan kesinambungan yang tidak jauh dari apa yang dijanjikan dan khabar gembira yang diberitakan kepada para muslimin di Makkah melalui ayat terakhir Surah Al-Ankaboot:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)'

(Terjemahan bebas - Kitab Islamic Faith and Practice, karangan Maulana Manzoor Nukmani, terbitan Idara-e-Islamiyyat, m/s 123-124, 1999)

Maulana Manzoor Nukmani menulis:

'Langkah pertama didalam kebangkitan struktur teokrasi Islam didalam Negara orang-orang Islam ialah dengan 'pengorientasian semula agama' didalam kehidupan masyarakat Islam. Dengan ini, kita maksudkan pengalihan pemerhatian dari keghairahan keduniawian kepada keghairahan keakhiratan, dengan matlamat supaya menjadi mudah bagi mereka untuk mengetepikan kecintaan materialistik kepada mencapai keredhoan Tuhan. Tiada jalan yang lebih mudah dari ini. Sejarah telah membuktikan kebenaran kenyataan ini dan roh dalaman Islam juga menuntut perkara ini. Melainkan dengan kesedaran agama diusahakan dikalangan masyarakat Islam, usaha peningkatan tahap negara orang-orang Islam kepada pembentukan Negara Islam yang sebenar, sekurang-kurangnya pada zaman kita ini, hanyalah mimpi kosong. Ini adalah proses yang susah dan memerlukan pengorbanan besar, tetapi tiada alternatif lain, tiada jalan singkat lain bagi pembentukan kerajaan Islam. Walaupun dengan secara tidak sengaja sistem Islam terbentuk di mana-mana, adalah mustahil baginya untuk berfungsi dengan jayanya melainkan keintelektualan dan mekanisma emosi masyarakat Islam yang hidup dibawah naungannya (kerajaan Islam tersebut) dan amalan mereka didominasi oleh kesedaran agama dan moral. Sistem (yang terbentuk secara tidak sengaja) ini akan dikoyak-koyakkan kepada cebisan-cebisan oleh orang-orang Islam (yang tidak ada kesedaran agama) itu sendiri.'

(terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 132, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999)

Maulana Manzoor Nukmani menulis:

Persoalan mengenai perlantikan khalifah; yang timbul selepas kewafatan Baginda Nabi SAW, tidaklah seperti yang disalah anggap oleh sesetengah orang, iaitu (beranggapan bahawa) ia adalah sama dengan perlantikan ketua bagi sesebuah negeri (head of state). Isu sebenar yang dihadapi oleh para sahabat r.anhum ialah untuk menentukan siapakah diantara mereka yang berkelayakan untuk menanggung beban tanggungjawab yang besar didalam mendakwah dan menyebarkan risalah keimanan, pengarahan kerohanian, bimbingan, Jihad dan Amar makruf Nahi mungkar yang baginda Nabi SAW telah wariskan kepada ummat sebagai sebahagian dari misi ketuhanan bagi pengislahan ummat dan organisasi dan pengurusan keduniawian menurut kehendak Allah Taala. Kita mempunyai (bukti atas kebenaran pernyataan ini dari) sumber yang sahih, iaitu kandungan khutbah yang disampaikan pada satu perhimpunan oleh Hazrat Abu Bakar r.anhu (diantaranya) seperti berikut: Muhammad SAW telah wafat; sekarang menjadi satu keperluan bagi melantik seseorang yang berkemampuan untuk bertanggungjawab diatas urusan keimanan.

(terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 122, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999, diterjemahkan dari bahasa Urdu ke bahasa Inggeris oleh Dr. Muhammad Asif Kidwai)

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 24-05-05 14:27

Penerangan 3:

Mereka katakan:

Jama'ah Tabligh mematikan ruh jihad dalam jiwa kaum muslimin dengan menjauhkan pemikiran mereka dari politik dan mereka tidak menuntut ditegakkannya syari'at Islam di negara negara yang tidak menerapkannya.

Kami katakan:

1. Sesungguhnya Jama'ah Tabligh justru menghidupkan ruh jihad dan bukan mematikannya seperti yang mereka katakan. Orang yang keluar untuk menda'wahkan Islam dengan dirinya dan hartanya baik di dalam negeri atau di luar negeri adalah orang yang benar-benar hidup bukan orang mati.

2. Apabila maksud ditegakkannya Syari'at adalah agar Allah Yang Maha Esa disembah dengan (mentaati) syariat Nya, maka sesungguhnya Jama'ah Tabligh dengan da'wahnya telah menyembah Allah dengan mentaati Allah dan Rasulnya baik dalam perintah-perintah maupun larangan larangan keduanya. Tujuan yang dicapai dengan menuntut ditegakkannya syari'at telah tercapai dengan tanpa perang.

3. Apakah tuntutan selain mereka untuk menegakkan syari’at, dengan menyibukkan diri dalam kegiatan kegiatan politik telah mewujudkan sebagian kecil dari tujuan mereka ? Sama sekali tidak! Kalau begitu, da'wah para penyerang Jama'ah Tabligh dianggap negatif dan da'wah Jama'ah Tabligh adalah positif. Hal yang positif adalah lebih baik dari pada hal yang negatif bagi seluruh orang orang yang berakal.

Darl sini saya nasehatkan kepada saudara saudara sesame muslim agar berhenti dari memerangi Jama'ah Tabligh, sehingga mereka tidak berada dalam posisi orang yang menjadi penghalang Jalan Allah. Suatu posisi yang tidak diinginkan oleh siapapun.

(Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawy dan Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia, 'Menyingkap tabir kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh)

Penerangan 4:
Abul Khairi Al-latifi menulis:

Allah (s.w.t.) telah menjanjikan bahawa khilafah dan tamkin-Nya di atas muka bumi adalah menjadi milik orang-orang yang beriman semata-mata. Ini adalah sebagaimana firman-Nya (mafhumnya):

'Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan-amalan soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sesungguhnya Dia meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka.'
(An-Nuur 55)

Khilafah bukan sahaja bermaksud kerajaan, pemerintahan dan kekuasaan bahkan maksudnya lebih luas. Khilafah bermaksud penggantian di mana orang-orang Islam adalah wakil bagi keadilan, dan kasih sayang Allah. Sebagaimana kesemua makhluk taat kepada Allah SWT, begitu jugasebagai khalifah Allah SWT semua manusia sama ada yang beriman ataupun yang kafir taat dan akur kepada perintahnya dan berkhidmat untuknya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada khulafak-khulafak Ar-Rasyidin umpamanya Umar (r.a.) dimana angin telah berkhidmat untuknya didalam menyampaikan suaranya kepada Amir satu jemaah.*
(Dipetik dari buku 'Keruntuhan Martabat Ummat Islam - Mengapa dan apakah jalan penyelesaiannya?', tulisan Abul Khairi Al-Latifi, terbitan Darul Nukman, m/s 210, tahun 1994).

Penerangan 5:
Untuk memahami pegangan Jamaah Tabligh, seseorang itu harus terima dan akur bahawa jika seseorang atau satu golongan itu memberi tumpuan kepada sesuatu lapangan aktiviti, tidaklah bermakna seseorang atau golongan tersebut menentang bidang atau lapangan yang lain. Walaupun asas atau dasar yang disebutkan ini adalah jelas, hanya mereka yang gemar membuat fitnah dan tohmahan yang cuba memutar-belitkan keadaan.

Jamaah Tabligh menumpukan kepada asas usaha pembaikan imaan dan aamal dalam kehidupan seseorang. Bidang aktiviti atau lapangan lain dilaknasanakan oleh ulama lain. Jihad, hal-hal kebajikan masyarakat, ta'leem (pengajian), politik, Dawah kepada bukan Islam dilaksanakan oleh ulama lain. Jamaah Tabligh tidak menentang usaha-usaha tersebut, hanyasanya mereka memberi tumpuan kepada usaha mereka sendiri. Patutkah mereka dituduh sebagai para penentang? Tuduhan sebegini jelas tidak berasas dan tidak adil.

Jamaah Tabligh bukanlah satu pergerakan rahsia. Ia tidak ada pejabat, tidak juga ada jawatan. Segala amal dan aktiviti mereka terbuka untuk diselidik dan dianalisa oleh sesiapa saja di seluruh dunia. Rasa sesuatu kuih itu hanya boleh dikecapi apabila memakannya. Kami mencabar sesiapa saja yang telah terkena racun dari artikel yang memburuk-burukkan Jamaah Tabligh supaya melapangkan masa hanya 3 hari bersama mana-mana kumpulan jamaah dalam Jamaah Tabligh yang bergerak bagi memastikan sendiri samada Jamaah Tabligh benar-benar mengajar perkara-perkara buruk sebagaimana yang dikatakan oleh para penentang mereka. Akan terbukti jelas bahawa para penentang mereka mempunyai niat yang buruk dan agenda yang tersembunyi.

Cukuplah ianya bagi mereka yang mencari kebenaran. Dan salam kepada mereka yang berusaha keras atas hidayat dan petunjuk.

Dan Allah Ta'ala Maha Mengetahui.

Moulana Imraan Vawda
Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.
.

Diperiksa dan disahkan benar oleh: Mufti Ebrahim Desai

(http://islam.tc/ask-imam/view.php?q=5924)

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 24-05-05 18:04

Alhamdulillah...sekarang barulah terbuka semua minda pembaca bila ada penerangan dari kesemua pihak, berdasarkan hujah yang jelas

Untuk semua jemaah islam:

1.Beramallah mengikut kefahaman dan melalui ilmu pengetahuan, bukan ikutan dengan kejahilan. Ini kerana umat islam adalah bangsa yang hari esoknya lebih baik dari hari sebelumnya.

2.Jangan selalu menganggap diri itu betul, dan org lain salah, Jemaah sendiri adalah segala2nya dan jemaah org lain adalah tipuan , terpesong semata2, jika belum ada pembawaan atau perancangan yang sahih menyalahi syariat , tauhid dan prinsip Islam

3.Kaedah da'wah itu berbeza, pelbagai, sesuai dgn kepelbagaian manusia dan makhluk ciptaan Allah..maka pilihlah yang mana sesuai, serasi dgn diri, selagi ia menepati syariat Islam dan tidak menjurus kepada kemusnahan sama ada jangka masa panjang dan pendek.

4.Berda'wah dgn berhikmah . Sesuaikan method da'wah dengan golongan yang ingin dida'wah, waqi (tempat) da'wah tersebut dan buatlah kajian sedikit sekiranya da'wah itu ingin dilakukan secara besar2an dan melibatkan ramai insan sekaligus untuk menglakkan salah fhm terhadap Islam

Mungkin selama ini ada pihak yang melihat saya menyokong jemaah yang diperkatakan, atau lebih ketara menentang jemaah tersebut..namun saya percaya, tujuan semua pihak yang menulis di forum ini bukan untuk menghentam mana2 pihak, cuma saling membuka minda . Jika sebelum ini kita tak tahu bagaimana org mencerminkan kita, kini mungkin kita tahu..ambillah yang baik, dan buanglah yang buruk. Sokonglah yang benar, dan perbetulkanlah yang salah dgn berhikmah..

__________________________________________

"Kita bukanlah pertubuhan politik, sekalipun soal2 siasah yang berdasarkan kaedah2 islam adalah intipati fikrah yang kita perjuangkan. Kita bukanlah pertubuhan kebajikan, sekalipun amal2 kebajikan dan kerja2 Islam merupakan tujuan kita yang paling besar. Kita bukan pasukan riadah, sekalipun kegiatan2 riadah baik untuk jasad dan roh adalah wasilah kita yang paling penting. Kita tidak tergolong dalam pertubuhan2 yang ada sekarang,kerana kesemua pertubuhan2 yang ada sekarang muncul sebagai hasil drpd matlamat2 yang diada-adakan, terbatas dan untuk masa yang terbatas. Boleh jadi pertubuhan2 itu diwujudkan semata2 ingin menubuhkan sesuatu pertubuhan dan didorong keinginan untuk mendapatkan ganjaran2 dan gelaran2 dan pangkat dalam penyususnan pentadbiran organisasi pertubuhan itu."

"tetapi Perjuangan kita adalah perjuangan fikrah dan akidah, satu sistem dan method yang tidak dibatasi oleh tempat, tidak terikat kepada satu2 keturunan, tidak dibatasi batas2 geografid an tidak akan tamat dengan penyelesaian satu masalah, malah akan berterusan sehingga hari kiamat, kerana Islam itu adalah sistem ciptaan Allah, Tuhan semesta alam dan method rasul-Nya yang amin"

"Dengan tidak bermegah2, kita menyatakan kpd manusia seluruhnya bahawa kita adalah pengikut para sahabat Rasulullah s.a.w., pendukung panji2 Islam setelah kewafatan baginda, Kita adalah org2 yang menjulang kembali bendera Rasulullah sebagaimana para sahabat telah menjulangnya. Kita akan menyebarkan dakwah rasulullah sebagaimana para sahabat telah menybarkannya. Kita akan memelihara peranan Rasulullah sebagaimana para sahabat telah memeliharanya. Kita akan menjadi pembawa berita gembira melalui dakwah rasulullah s.a.w. sebagaimana para sahabat telah berbuat demikian dan sebagai rahmat kepada sekelian alam. Tidak lama lagi kamu akan mengetahui berita ini"

-As-Syahid Imam hassan Al-Banna, sepertimana ditulis oleh ustaz Fathi Yakan di dalam buku beliau 'Apa ertinya saya menganut Islam'-

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 26-05-05 10:09

w.b.t

Di sini ana sertakan lagi beberapa persoalan yang dijawab oleh ulama'2 da'wah. Walaubagaimanapun, sekali lagi ana ingatkan segala jawapan ini tidak akan memberi makna apa2 dan salahfaham tidak akan terlerai selagi antum tidak bersama2 luangkan masa untuk mempelajari usaha ini, kerana kefahaman ke atas usaha ini bak satu keajaiban yang sebenarnya berlaku pada diri ana sendiri yang dulu kuat menghentam tabligh, pengalaman 3 hari mungkin kurang, tetapi cubalah 40 hari. InsyaAllah, Allah akan bagi kefahaman kepada orang2 yang betulkan niat keluar di jalan Allah semata2 untuk sukakan Allah. Usaha ini bukan usaha negara atau negeri, tetapi usaha seluruh alam. Kadang2 kita terlalu melihat permasalahan dalam Malaysia, tanpa kita melihat permasalahan sebenar umat manusia di seluruh dunia. Ana yakin antum semua akan menangis mendengar laporan jemaah2 yang bergerak di jepun, argentina, kabul, london, dan seluruh negara2 di dunia hatta di israel pun ada di samping pergi ke rumah pembesar2 negara, dan apakah jihad yg lebih utama drp cakap kalimah haq(membesarkan Allah, menafikan makhluk-dakwah para nabi) di hadapan pemimpin yang zalim atau tak zalim. Wallahua'lam bissowab.. hanya Allah shj yang mengetahui segala sesuatu zahir dan tersembunyi.

Mereka berkata: Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

Kami katakan: Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redho Allah Ta’ala, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan. Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka. Padahal Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda, “Satu petang atau satu pagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya. Juga sabda Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam), “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.” Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan Mu'az (radiyalaahu anhu) ke Yaman sendirian saja dan tidak berjemaah. Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) tidak mengirimkan Mu'az (radiyalaahu anhu) sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary (radiyalaahu anhu) bersamanya. Baginda (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian persulit. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.” Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash (radiyalaahu anhuma). Bersama mereka baginda (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta’leem dan memutuskan perkara diantara manusia.

Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakana sebagai Bidaah, adalah peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah)? Subhanallah!
Mereka yang mengatakan demikian seperti yang dikatakan di dalam syair “Pandangan ridho/senang selalu tumpul terhadap setiap aib, sedang pandangan benci selalu membongkar keburukan.”
Apakah yang menyebabkan kemarahan kalian, wahai hamba-hamba Allah!?
Seorang hamba Allah, mendakwah manusia pada Allah Ta’ala, kemudian dia mendapat keredhaan untuk dirinya dan saudara-saudaranya yang ia dakwah. Jiwa mereka menjadi suci, hati mereka menjadi bersih dan akhlak mereka menjadi mulia disebabkan mereka selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan melakukan amal-amal yang soleh.
Apakah yang menyebabkan kalian marah, wahai hamba-hamba Allah!? Semoga Allah sentiasa menjaga kita. Kami tidak dapat mengatakan bahawa dalam Jemaah Tabligh ada sesuatu yang dapat di anggap sebagai penghalang manusia dari Jalan Allah. Alhamdulillah.

Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy
Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh”

Soalan: Bolehkah seseorang keluar bertabligh bilamana dia sendiri tidak tahu pun solah jenazah dan tidak tahu makna satu ayat pun dari Al-Quran?

Jawapan:
Oleh Hadhrat Mufti Mahmud Hassan Gangohi (rahmatullah alayh), Mufti Besar Darul Ulum Deoband, dikeluarkan pada 24 Muharram 1388 (dipetik dari Fataawaa Mahmudiyyah (Jilid 12 m/s 235-250)

“Maksud usaha tabligh dan juga Jamaah Tabligh adalah belajar menghayati agama dan mengajak orang ramai menghayati agama. Ramai orang yang pada mulanya amat jahil mengenai agama, tetapi setelah keluar bersama Jamaah Tabligh selama 40 hari sekali atau dua kali, mereka dapat belajar memperbetulkan solah, wudhu’ mandi, Quran, solah janazah, dan berbagai aspek agama yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin sepanjang hayat jika belajar di rumah disebabkan kesibukan dan tanggungjawab yang lain – itu pun jika mereka berpeluang beri masa untuk belajar. Ramai yang telah mempelajari ahadith dan boleh memberikan bayan seperti seorang ulama’. Jamaah Tabligh juga berperanan seperti madrasah dan menawarkan kaedah mudah untuk menghayati agama untuk orangramai yang tidak dapat belajar agama secara formal di madrasah. Dan Allah Ta’ala Maha Mengetahui.

Soalan: Tabligh hanya pandang ke India / Pakistan?

Jawapan:

Agama bermula di Mekah tetapi berkembang dan tersebar dari Madinah.

Bila dakwah dan taklim dijalankan oleh Rasulullah SAW di perkampungan madinah, maka manusia seluruh dunia memfokuskan pandangan dan berpusu-pusu ke sana untuk mempelajari agama dan usaha agama.

Bila dakwah dan taklim dijalankan di baghdad di zaman kegemilangan kerajaan abbasiyyah, maka seluruh dunia Islam memberi perhatian mereka ke sana.

Bila dakwah dan taklim dijalankan di bukhara (uzbekistan) di zaman kegemilangan imam bukhari dan para muhadithin, maka seluruh dunia Islam memberi perhatian mereka ke sana.

Bila melaka menjadi pusat dakwah dan taklim sewaktu kecemerlangan empayarnya, bahasa melayu menjadi bahasa lingua franca dan masyarakat Islam seluruh dunia berbangga dengannya dan menuju ke arahnya.

Hari ini, Allah Taala dengan sifat Rahim dan kasih-sayang-Nya, meneguh dan meninggikan kedaulatan kalimah-Nya dan syiar agama-Nya yang suci dan menyebarkan taufik hidayat-Nya melalui asbab perantaraan para Ulama' dakwah di India dan Pakistan, dan ini bukanlah sesuatu yang diperbesar atau hendak ditunjuk-tunjukkan, tetapi adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan oleh orang yang menyelidiki dan beroleh pengetahuan dan kesedaran.

Allah Taala boleh mengukuh dan membangkitkan agama-Nya melalui sesiapa sahaja yang Dia suka.

Dan Allah Ta'ala Maha Mengetahui.

Soalan: Mengapa berpakaian ala India/Pakistan?

Jawapan:

Kita boleh rujuk kitab Shama'il Tirmizi dan kitab-kitab lain yang menghuraikan tentang pakaian Rasulullah SAW. Pendek kata, pakaian kurta dan gamis sebenarnya adalah termasuk dalam kategori Sunnah seperti juga jubah.

Pun begitu, Ulama' dakwah di India/Pakistan tidak pernah menyuruh sesiapa pun mencontohi pakaian ala India /Pakistan. Sebaliknya, mereka menyeru supaya berpegang teguh dengan amalan Sunnah, termasuk cara berpakaian. Buktinya, ramai dikalangan bangsa Arab dan Afrika yang turut serta didalam kerja agama yang suci murni ini, tetapi mereka tetap dengan pakaian tradisi mereka. Sebabnya? Pakaian tradisi mereka adalah juga Sunnah. Akan tetapi kita bangsa melayu berbaju melayu. Dan rasanya semua para ustaz di nusantara bersetuju bahawa baju melayu agak tidak serupa dengan pakaian Sunnah, walaupun ia menutup aurat dengan kemas dan sempurna.

Masyarakat kita menyahut seruan Ulama' dakwah agar bermusafir di Indopakistan untuk belajar mengamalkan agama dan usaha agama disana. Mereka terkesan dengan dakwah bil hal (dengan perbuatan) para Ulama' dan masyaikh dakwah, dan menuruti mereka. Maka dari segi hukum sekalipun, menuruti dakwah bil hal tidaklah sama dengan dakwah bil maqal (perkataan). Ringkasnya, memakai kurta dan gamis seperti yang digunakan oleh para Ulama' India dan Pakistan pada hakikatnya juga adalah Sunnah, walaupun segelintir puak tertentu masih belum mengetahui hakikat ini. Dan para karkun yang menuruti Sunnah ini tidak disuruh pun oleh Ulama' di India, sebaliknya mereka mengamalkannya atas dasar kecintaan kepada Sunnah dan agama dan menuruti amalan Ulama' yang mereka dan kita semua muliakan.

Dan Allah SWT Maha Mengetahui

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

akmaljaiputra
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15948
Posting: 38
Dari: selangor [cheras]-->melaka

Selangor  

posticon Posting pada: 26-05-05 10:44

betul jugak kata antum semua........kadang2 kena pada masa,kadang2 tak kena pada masa. kalau semua orang tak ada masa susahlah.....bahagikanlah masa antum semua.

Bookmark and Share

  Member Information For akmaljaiputraProfil   Hantar PM kepada akmaljaiputra   Pergi ke akmaljaiputra's Website   Quote dan BalasQuote

akmaljaiputra
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15948
Posting: 38
Dari: selangor [cheras]-->melaka

Selangor  

posticon Posting pada: 26-05-05 10:48

betul jugak kata antum semua........kadang2 kena pada masa,kadang2 tak kena pada masa. kalau semua orang tak ada masa susahlah.....bahagikanlah masa antum semua.

Bookmark and Share

  Member Information For akmaljaiputraProfil   Hantar PM kepada akmaljaiputra   Pergi ke akmaljaiputra's Website   Quote dan BalasQuote

arjuna_x
Warga Rasmi
Menyertai: 23.05.2005
Ahli No: 16669
Posting: 1
Dari: dgungy

Selangor  

posticon Posting pada: 26-05-05 11:07

bismullah, nk betanye pada antumm sumer...

CUBE BERIKAN JEMAAH ISLAM YANG AKTIV BERGERAK...
org2 kristian ader misinary (kumpulan) yang bergerak di malaysia...org ISLAM MANER? dimana kumpulan kite????

jgn perlekeh kan...adakah antomm lebih baikkk

Bookmark and Share

  Member Information For arjuna_xProfil   Hantar PM kepada arjuna_x   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 27-05-05 09:49

,ok la isu tabligh ni biase kite dgr ari2..yg sedihnya memang la diorng ni bwk mnda baik tp ada kes yg tabligh ni just berjuang utk diri sendiri jer tp keluarga dabaikan ..tk bole la mcm ni kn..nk betulkan masyrakat sekeliling mesti la betulkan keluarga dulu...

Bookmark and Share

  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

nasiruddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5335
Posting: 23
Dari: Alam Ruh

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 27-05-05 11:43

Innalillahi wa innailaihi raji'un....

Bookmark and Share

  Member Information For nasiruddinProfil   Hantar PM kepada nasiruddin   Quote dan BalasQuote

nasiruddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5335
Posting: 23
Dari: Alam Ruh

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 27-05-05 11:43

Innalillahi wa innailaihi raji'un....

Bookmark and Share

  Member Information For nasiruddinProfil   Hantar PM kepada nasiruddin   Quote dan BalasQuote

raytec
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16573
Posting: 29

blank  

posticon Posting pada: 27-05-05 12:20

Adalah satu kesilapan bila kita kata kita dapat ubah keluarga atau orang lain. Yang dapat ubah seseorg hanyalah ALLAH.

Kalau hari ini si suami tiada usaha utk islahkan diri macamna ada kekuatan utk tegur keluarga. Satu cth: ramai suami boleh tegur bila isteri masak tak sedap tapi berapa ramai suami dapat tegur bila isteri lambat solah.

Kalaulah dengan orang lain yang kita tak kenal kita tak mampu nak cakap agama dgn mereka apalagi dengan orang yang rapat dgn kita.

Allah jua yang lebih mengetahui....

Bookmark and Share

  Member Information For raytecProfil   Hantar PM kepada raytec   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 31-05-05 17:03

Salam alaikum..

Wah, diskusi yang panjang. X sempat ana ikut semuanya. Ana percaya, Tabligh memperjuangkan idea yang sangat2 suci dan salah satu yg paling jelas ialah, mengajar manusia hidup bertuhan dalam erti kata yang sebenarnya.

Tapi, ana tak nafikan, sikap sesetengah jemaah tabligh telah mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap jemaah tabligh. Ini memang tidak adil. Ana setuju. Tapi, untuk menghalang ketidak adilan ini terus meracuni minda masyarakat Islam kita, inisiatif perlu diambil.

Jemaah2 yg mengaku diri mereka tabligh yang sememangnya bakal berhadapan dengan pelbagai rintangan seharusnya membekalkan diri dengan ilmu dan hikmah yang cukup (bukan ana bermaksud kata mereka tak cukup bekalan, tapi maksud ana, jangan berikan ruang untuk perkara2 kecil dapat dipertikaikan oleh orang such as penampilan). Of course, tak perlu jadi sempurna baru keluar berdakwah. (kalau tak sampai bila pun takkan ada siapa2 yg keluar berdakwah kan?) Tapi, cukuplah dengan mengamalkan prinsip2 wajib yang Islam ajarkan itu. Mudahnya, practising Islam. InsyAllah, untuk mereka yang tahu berfikir, perjuangan Tabligh akan mendapat perhatian positif, InsyAllah.

Owh yeah, tentang dakwah tengah orang tidur tu. Erm.. Kalau orang tu tengah tidur malam, mana rasionalnya? Kalau dibidas dengan kenyataan -berborak pasal awek, perkara2 lagha yang lain boleh berjaga sampai pagi - tengok juga pada orangnya. Boleh jadi satu tuduhan kalau orang yang tengah tidur tu bukan jenis macam tu. Hilanglah hikmahnya kalau macam ni.

Lainlah kalau seseorang tu tengah jalan2 kat taman utk tenangkan fikiran tetiba naik bengang bila ada orang nak berdakwah pada dia. Kenyataan Saudara Joshua mungkin takda salahnya. Jemaah Tabligh boleh ambil tu sebagai komen yang membina.

Ana setuju, dakwah perlu berstrategi. Dan strategi itu perlu disesuaikan dengan sasaran dan keadaan2 tertentu. Dakwah juga ibarat peperangan. Ummat Islam banyak menang dalam peperangan sebab apa? Sebab ada solidariti dan strategi kan? Same thing goes to the Jemaah Tabligh. Perlulah sepakat dalam segala hal. I mean, kalau berjubah, biar semuanya berjubah dengan kemas. Kalau bercakap, biar semuanya bercakap dengan berhemah.

Dakwah Rasulullah SAW juga berjaya kerana Rasulullah SAW mengamalkan prinsip ini : Berdakwah lebih melalui perbuatan kita, bukan kata2. Jangan biar kata2 terlampau melebihi perbuatan kita. Apa2hal, rasional itu perlu. Sesetengah jemaah tabligh perlu terima bahawa apa yang menarik orang untuk menerima perjuangan mereka ialah ; gaya hidup dan tingkah laku mereka. Ini kerana, ramai orang bijak dan pandai berkata2 tentang agama, tapi gagal mempraktikkannya. Alangkah bagus kalau jemaah2 Islam dapat menstabilkan kedua2 perkara ni kan.,

Sory, this is toooo long I know... Ana mungkin tersilap. Mari terus berdiskus dengan penuh konsentrasi dan berhemah.. Jadi, tegurlah ana kiranya ana tersilap. InsyAllah..

-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 31-05-05 17:13

Quote:

On 2005-05-27 09:49, srikandi_syahadah wrote:
,ok la isu tabligh ni biase kite dgr ari2..yg sedihnya memang la diorng ni bwk mnda baik tp ada kes yg tabligh ni just berjuang utk diri sendiri jer tp keluarga dabaikan ..tk bole la mcm ni kn..nk betulkan masyrakat sekeliling mesti la betulkan keluarga dulu...

Yeah. Ayah sahabat ana juga jemaah Tabligh. Wallahua'lam. Bila ayahnya takda, Innalillah perangainya.. Sebab ayahnya keluar 40 hari. Pengaruh ibu ke atas anak, tak sama dengan pengaruh ayah ke atas anak. Ayahnya yg selalu keluar rumah tak dapat beri tumpuan pada pembentukan sahsiah anak dan isterinya.

Tapi, ana tak punya sebarang tanggapan khusus lagi untuk perkara ni memandangkan masih banyak perkara yg boleh dipertikaikan.

Owh yeah, Sekiranya kita kenang kembali perjuangan Rasulullah SAW, baginda SAW juga keluar berdakwah tetapi hanya selepas dakwah telah disampaikan dan meninggalkan kesan pada ahli keluarganya. Keluarga baginda SAW yg Islamik dan cukup2 harmoni menjadi salah satu tarikan rang kafir untuk mendekati dan memahami Islam. Kerana semua orang tahu, keluara Rasulullah SAW mengamalkan prinsip2 yang diajarkan Islam. Tak perlu ada pertikaian lagi di sini.

Berbeza kalau si bapa yang keluar meninggalkan anak bini terlalu lama sehingga mendatangkan mudharat. Apa2hal, wasatiyyah adalah yang terbaik. Islam itu mudah kerana memudahkan, bukan dipermudahkan. Wassalam.

Sila tegur andai ana tersalah. InsyaALlah. Dengan cara berhemah mood perbincangan kita takkan rosak. InsYAllah

-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 28-06-05 14:50

Assalamualaikum w.b.t
Bukan niat ana untuk merendah2kan maruah seseorang.. tapi sebaiknya tak perlulah dipanjangkan lagi topik ni. Sebenarnya menambahkan lagi aib orang yang mengulasnya.. kadang-kadang kita berhujah sesuatu berdasarkan pemikiran kita semata2 dan mungkin ada sikit2 dalil2 yang kita tahu, walhal peneraju usaha da'wah tabligh ini adalah seorang ulama' besar yang wara' yang menghabiskan hidupnya dengan usaha da'wah dan mengkaji kehidupan sirah baginda rasulullah SAW. Seluruh hidupnya dipenuhi sunnah, sehinggakan dikebumikan pun di Jannatul Baqi’ berdekatan kuburan para Ahle Bayt. Menyalahkan segelintir jemaah da'wah yang meliputi manusia seluruh dunia yang bergerak dalam keadaan untuk memperlajari usaha da'wah ini secara praktikal adalah sesuatu perkara yang tidak adil. Tepuk dada, tanya diri kita, sejauh manakah telah kita lakukan amar ma'ruf nahi mungkar kepada keluarga dan rakan2 kita yang terdekat? Tak payah orang lain.. sejauh mana kita usahakan amar ma'ruf terhadap diri kita sendiri sudahla.. bagaimana perasaan kita apb melihat perlbagai kemungkaran dalam media massa? adakah terdetik benci dihati? ataukah lansung menerimanya.. yang disabdakan nabi "tiada lagi iman walaupun sebesar zarah selepas itu(tiada perasaan benci dihati)". Dunia sudah menunjukkan kenyanyukkanya sedemikian lama.... antara diri kita untuk sedar dan insaf atas perkara ini. wallahua'lam bissowab p/s bagi sesiapa yang ingin komen, pastikan anda telah membaca posting2 sebelum ini.. :-D
[ Telah diedit oleh: Ibnu_muaz pada 28-06-05 15:42 ]

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 28-06-05 14:55

apa kata kita tukar topik ni kepada...

"Tabligh: Why we should like them...?"

Bookmark and Share

  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

atok_jaddun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.05.2004
Ahli No: 9027
Posting: 43
Dari: kajang

Selangor  

posticon Posting pada: 28-06-05 16:36

saya setuju dengan kata-kata srikandi syahadah.... BUKAN SEMUA tabligh bersikap negetif...tapi yang sikit tu la yang mencacatkan imej tabligh...so fikirkanlah dan bersama la kita ingat mengingati...dahulukan t'jawab yang wajib dahulu baru yang sunat...ilal liqa...

p/s:betulkan ana jika ada kesilapan...

Bookmark and Share

  Member Information For atok_jaddunProfil   Hantar PM kepada atok_jaddun   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 28-06-05 16:43

Pada 28-06-05 16:36 , atok_jaddun posting:

!!! QUOTE !!!

saya setuju dengan kata-kata srikandi syahadah.... BUKAN SEMUA tabligh bersikap negetif...tapi yang sikit tu la yang mencacatkan imej tabligh...so fikirkanlah dan bersama la kita ingat mengingati...dahulukan t'jawab yang wajib dahulu baru yang sunat...ilal liqa...

p/s:betulkan ana jika ada kesilapan...

atas permintaan atok_jaddun untuk diperbetulkan kesilapannya.

ana rasa ayat yang sepatutnya ialah "dahulukan yang wajib dahulu baru yang sunat"...wallahua'lam.

Bookmark and Share

  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

raytec
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16573
Posting: 29

blank  

posticon Posting pada: 28-06-05 17:21

Sebenarnya kita ini terlalu memandang buruk orang, tak dinafikan ada orang tabligh ini keluarga dia terabai atau tak ikut sepertimana bapak dia TAPI tak kurang jugak anak2 orang tabligh ini jadi hafiz / hafizah, alim / alimah dan daei...

Kalaulah kita kata kita yang betulkan ahli keluarga kita, maka sebenarnya Iman kita rosak, bukan kita yang tarbiyah ahli keluarga kita Allah jualah yang berkuasa untuk perkara ini...

Sebagai contoh Nabi Nuh a.s, isteri dan anak baginda pun tak beriman pada Allah, begitu juga Nabi Luth, isterinya engkar pada baginda JADI bolehkah kita cakap yang Nabi Nuh & Nabi Luth ni gagal atau tidak tarbiyah keluarga mereka...

Kalaulah kita kata kita nak tarbiyah keluarga kita, cuba fikirkan diri kita :

*Berapa kali kita marah / tegur ahli keluarga yang keluar rumah tak tutup aurat (untuk wanita)??

*Berapa ramai antara kita yang tegur anak isteri jika sembahyang lewat atau kita sendiri yang sembahyang lewat??

Atas maksud inilah maka kita sendiri perlu usaha macamana nak tingkat iman & amal kita supaya ahli keluarga dan rakan2 kita boleh mencontohi kita...

Jadi tiada cara lain melainkan kita melapangkan harta, diri dan masa kita selama 4B, 40H, 3H dan setiap hari hidupkan amalan jemaah masjid....

Allah jua yang Maha Mengetahui...

Bookmark and Share

  Member Information For raytecProfil   Hantar PM kepada raytec   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 29-06-05 10:25

betul tu raytec.
so... raytec semayang lewat tak?

Bookmark and Share

  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar

posticon Posting pada: 29-06-05 10:36

Raytec benar! Kita ambil baiknya saja, banyak sekali manfaat dari watawassabilhaq, watawassabissobr yang dilakukan para karkoun (sebutan untuk orang-orang yang telah khuruj/keluar) seperti orang-orang islam yang malas berjamaah di masjid, perlahan mereka mulai memakmurkan masjid (karena sampai dijemput, allaah...).

Mari bersama perlahan memakmurkan masjid menghadap Allah di tempatNYA yang agung menuju Arsy tempat Allah melihat kita.

Bookmark and Share

  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 29-06-05 11:00

Pada 29-06-05 10:36 , pulu posting:

!!! QUOTE !!!

Mari bersama perlahan memakmurkan masjid menghadap Allah di tempatNYA yang agung menuju Arsy tempat Allah melihat kita.

Allah lihat kita di mana-mana saja. Bukan di masjid dan tempat2 tertentu saja.

Bookmark and Share

  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

hafizie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.12.2004
Ahli No: 12783
Posting: 84
Dari: klang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 29-06-05 11:11

kadangkala berbilang jemaah ini merupakan satu kelebihan
masing2 punyai hal/peranan/tanggungjawab yang berlainan
namun masih sujud pada 1 kiblat dan sejadah yang sama
pokok nya mencari keredhaan Allah
biarlah masing2 dengan pendapat masing2 dan sokonglah kerja2 islam
siapalg kalau bukan di
amal maaruf nahi mungkar harus tetap berjalan walau apa pun cara nya
bersyukurla adanya golongan ini yang mengingatkn.....
termasuk gol2 lain

Bookmark and Share

  Member Information For hafizieProfil   Hantar PM kepada hafizie   Quote dan BalasQuote

raytec
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16573
Posting: 29

blank  

posticon Posting pada: 29-06-05 11:15

Pada 29-06-05 10:25 , mukasyaf posting:

!!! QUOTE !!!

betul tu raytec.
so... raytec semayang lewat tak?

Ni yang risau ini, belum masuk kubur lagi orang dah tanya soalan ini, apalagi bila dah masuk kubur nanti :-( :-( :-(

Bookmark and Share

  Member Information For raytecProfil   Hantar PM kepada raytec   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  

posticon Posting pada: 29-06-05 11:15

assalamualaikum...tabligh..??susah ana nak cakap..sebab ikut2 saja apa yang tabligh cakap....yang ana tak paham....
1.adakah salah kalau tak klua jemaah??
2.adakah keluar 3hari dok di surau ,jumpa orang kampung tu dikata kan keluar di jalan Allah??nabi dulu keluar 40b/40 h,3h kah??
3.kalau kita tanya benda yang kita musykil.dikatakan "yang bagi faham Allah.....
semoga Allah ampunkan dosa ku yang menggunung tinggi..tak macam orang tabligh..sekali keluar dapat berjuta2 pahala...(orang tabligh lah kata)..oarang tabligh masuk syurga bidadari pengsan tengok... :-(

Bookmark and Share

  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 29-06-05 11:16

Pada 29-06-05 11:11 , hafizie posting:

!!! QUOTE !!!

bersyukurla adanya golongan ini yang mengingatkn.....
termasuk gol2 lain

golongan2 islam hadhari termasuk jugak kah???

Bookmark and Share

  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

raytec
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16573
Posting: 29

blank  

posticon Posting pada: 29-06-05 12:08

Pada 29-06-05 11:15 , mohd posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...tabligh..??susah ana nak cakap..sebab ikut2 saja apa yang tabligh cakap....yang ana tak paham....
1.adakah salah kalau tak klua jemaah??
2.adakah keluar 3hari dok di surau ,jumpa orang kampung tu dikata kan keluar di jalan Allah??nabi dulu keluar 40b/40 h,3h kah??
3.kalau kita tanya benda yang kita musykil.dikatakan "yang bagi faham Allah.....
semoga Allah ampunkan dosa ku yang menggunung tinggi..tak macam orang tabligh..sekali keluar dapat berjuta2 pahala...(orang tabligh lah kata)..oarang tabligh masuk syurga bidadari pengsan tengok... :-(

Kepada Saudara Mohd....

Untuk menjawab persoalan saudara silalah surf web www.bicara-tabligh.cjb.net

DAN untuk kefahaman yang lebih saudara bolehlah cuba lapangkan harta, diri & masa saudara selama 3H (72jam) untuk permulaan

Allah jua yang Maha Mengetahui

Bookmark and Share

  Member Information For raytecProfil   Hantar PM kepada raytec   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 29-06-05 12:13

ana rasa saudara mohd kita dah pernah ikut jemaah tabligh ni raytec.

tapi dia kata dia tak paham. bila dia tanya pula, orang tabligh akan kata "yang bagi faham Allah.....".

tak mengapa saudaraku mohd. sekali dua mungkin tak paham. cuba join jemaah2 tabligh lain yang boleh jawab persoalan saudara tu.

Bookmark and Share

  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

raytec
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16573
Posting: 29

blank  

posticon Posting pada: 29-06-05 14:14

Cerita pasal Allah bagi faham ini, ada satu contoh yang paling mudah...

Cthnya..cuba kita lihat bayi, bayi ini tak tau cakap tau nangis saja...tapi bila bayi ini nangis automatik kita akan tau dia nak susu ke, kembung perut ke, sakit ke, lapar ke...SO sapa yang bagi faham pada kita tentang kehendak bayi ini???Pastinya ALLAH YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA SEGALA2 bagi faham atas perkara ini...

Insyallah bila kita buat pengorbanan lagi dan lagi pasti kefahaman agama bertambah...

Allah jua Yang Maha Mengetahui

pergi/s : So nisab tahun mcmn tuan mukasyaf :-D

Bookmark and Share

  Member Information For raytecProfil   Hantar PM kepada raytec   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 29-06-05 14:20

Pada 29-06-05 14:14 , raytec posting:

!!! QUOTE !!!

ps : So nisab tahun mcmn tuan mukasyaf

mana ada tuan mukasyaf di sini. hamba mukasyaf ada lah.

ana masih belajar lagi ilmu2 Allah ni.

Bookmark and Share

  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

ahlullah
Warga Rasmi
Menyertai: 05.06.2004
Ahli No: 9307
Posting: 10
Dari: kelantan

Kelantan  

posticon Posting pada: 29-06-05 14:54

alhamdulillah cos dengan izin Allah...saya dapat lagi idup di dunia ini..entah esok,lusa @pasni malaikat akan datang untuk amik nyawa saya..wallahua'lam

Alhamdulillah..sebagai seorang mahasiswa..memang tak dapat dnafikan hawa nafsu memang mjadi raja di hati..hanya pegangan agama yang kukuh sebagai benteng yang kuat bagi menempuh arus duni kefasadan ini

Cuti 3 bln ini..saya bkesempatan keluar jalan Allah Selama 40HR..saya keluar di sg petani..semoga Allah swt islahkan iman,amal,ilmu dan akhlak..tak sabar nak masuk sem ini cos nak buat usaha tabligh..but fikir harian di kolej,dengar/baca taqlim,buat 2 jam stengah(ziarah bilik ke bilik ckp kbesaran Allah,ceritakan keindahan aakhlak Rasullullah saw,cerita Syurga),buat ziarah 1 dan k2,,,keluar 3 hr...

saya ini student uitm shah alam..Alhamdulillah Allah telah pilih kami dkalangan umatNya untuk buat USAHA NABI SAW...buat daei2 Allah terutamanya di kolej jati..semoga ukhwahfillah kita dredhai Allah,teruskan usaha tabligh..buat daei2 Allah di kolej meranti,kolej perindu,kolej cendana,kolej akasia,kolej puncak perdana..dan 7flat...serta daei2 seluruh alam..

Bookmark and Share

  Member Information For ahlullahProfil   Hantar PM kepada ahlullah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 29-06-05 15:05

Pada 29-06-05 14:54 , ahlullah posting:

!!! QUOTE !!!

..Alhamdulillah Allah telah pilih kami dkalangan umatNya untuk buat USAHA NABI SAW...quote]

Alhamdulillah, teruskan usaha wahai sahabatku ahlullah.

Bookmark and Share

  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar

posticon Posting pada: 06-07-05 21:25

Pada 29-06-05 11:00 , mukasyaf posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-06-05 10:36 , pulu posting:

!!! QUOTE !!!

Mari bersama perlahan memakmurkan masjid menghadap Allah di tempatNYA yang agung menuju Arsy tempat Allah melihat kita.

Allah lihat kita di mana-mana saja. Bukan di masjid dan tempat2 tertentu saja.

Iyaa... benar!
Maksud saya sebaik-baik (utama) tempat ibadah ya di masjid.

Bookmark and Share

  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

nurulhaq
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16984
Posting: 25

blank   avatar

posticon Posting pada: 06-07-05 23:55

mungkin tabligh perlu perhatikan CARA berdakwah yang lebih berstrategi dan berhikmah....
dalam tazkirah MESTI kena ada dalil naqli iaitu al-quran dan hadis..
dalam ta'lim,sebutkan surah dan ayat quran secara spesifik..kalau bagi hadis...hadis yang sahih bukan hadis dhaif atau maudhu' kerana hadis ini tak boleh dibawa untuk berhujah
tak semestinya kalau nak berdakwah kena pakai jubah,serban...tak SEMESTINYA..just pakai pakaian bersih,menutup aurat
sebab ini PENTING..spy orang tak mudah lari dari kita.
time bagi tazkirah...jangan lupa keluarkan sekurang2nya satu ayat quran
beserta surahnya...jangan just kata"ini kata tok alim dulu-dulu" atau " ini cakap syeikh2 ulama2"..yang berdakwah kena betul
wassalam

Bookmark and Share

  Member Information For nurulhaqProfil   Hantar PM kepada nurulhaq   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  

posticon Posting pada: 16-08-05 00:11

Pada 06-07-05 23:55 , nurulhaq posting:

!!! QUOTE !!!

mungkin tabligh perlu perhatikan CARA berdakwah yang lebih berstrategi dan berhikmah....
dalam tazkirah MESTI kena ada dalil naqli iaitu al-quran dan hadis..
dalam ta'lim,sebutkan surah dan ayat quran secara spesifik..kalau bagi hadis...hadis yang sahih bukan hadis dhaif atau maudhu' kerana hadis ini tak boleh dibawa untuk berhujah
tak semestinya kalau nak berdakwah kena pakai jubah,serban...tak SEMESTINYA..just pakai pakaian bersih,menutup aurat
sebab ini PENTING..spy orang tak mudah lari dari kita.
time bagi tazkirah...jangan lupa keluarkan sekurang2nya satu ayat quran
beserta surahnya...jangan just kata"ini kata tok alim dulu-dulu" atau " ini cakap syeikh2 ulama2"..yang berdakwah kena betul
wassalam

BOleh dia ambil iktibar tapi kita kena igt, orang yang buat usaha ni kebanyakkannya (tolak ulamak2 yang sudah lama) adalah orang yang baru-baru nak belajar tentang Islam. So bagi lah kredit kat mereka sikit atas perubahan yang positive ke jalan Allah... Nak dakwah tak bermaksud kena perfect baru boleh. dengan berdakwah tu lah Allah ajar dan tambah hidayah kepada kita... wallahualam.

Bookmark and Share

  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.233535 saat. Lajunya....