Oleh |
kaf ta mim |
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 11-05-05 17:03
suke makan ketam... untuk renungan bersama.... Ketam Melayu & ketam Cina ada benarnya.... Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam. Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka? Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu? Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina? Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu la.... Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup? Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la. Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka? Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semuanak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai ' http://us.f302.mail.yahoo.com/ym/login?.rand=b1pu1mgituv3r -----------------
|
mawa
WARGA SETIA Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin
|
Posting pada: 11-05-05 17:09
ketam melayu............ orang melayu............. lebih kurang saja perangai tu!
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 11-05-05 17:53
, Jazakillah, Ummi selalu sarat dengan idea dan nasihat untuk direnung. Wassalam
|
NurulJihad85
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.01.2005 Ahli No: 14003
Posting: 69
Dari: Di mana bumi dipijak.....
|
Posting pada: 11-05-05 19:06
SYUKRAN YA UMMI........ ps : tak jemu pandang wajah ummi.....sbb iras2 opah......
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 12-05-05 14:33
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah sekedar menumpang kasih dengan anak-anak dan cucu-cucu di sini . Satu saja harapan umi agar anak-anak fikirkan apa yang umi sering sampaikan dan usahalah ke arah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah ya . Jazakallahu khairan katsiro bagi yang meyayangi umi ini. Doakan umi dalam doa anak-anak ya. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - kirim salam 'assalamu'alaikum wr wb' kepada ibu bapa dan keluarga ya -----------------
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 12-05-05 14:51
time kasih umi... caayyaanngg umi!! erm.. memang betul malayu camtu.. kenapa ek? taknak tengok orang lain berjaya.. dia nak dia saja yang berjaya.. teruklah! macam mana ye nak ubah hal ni dalam melayu??? sedih laa ----------------- Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi
|
mariana
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.11.2004 Ahli No: 12405
Posting: 148
|
Posting pada: 12-05-05 16:28
mmg da berlambak ketam2 melayu skg..
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 12-05-05 17:46
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah walaupun mentaliti Melayu itu tidak semuanya begitu namun secara umum telah dicop begitu. Jom kita lihat kejayaan Melayu - Selain Nur Amalina yang mendapat 17A1 dalam SPM 2005 baru-baru ini ramai anak Melayu telah berjaya dengan cemerlang sama ada di bidang akademik atau juga di bidang-bidang lain cuma tidak ketara. Contohnya Zul yang pandai mereka pelbagai rekaan unik dan mendapat pengiktirafan dunia. Begitu juga pendebat dari Malaysia memenangi peringkat akhir dunia. Sebenarnya ramai lagi anak Melayu yang berjaya. Umi harap anak-anak dapat letakkan di sini kejayaan anak-anak Melayu agar jadi rekod pengumpulan kejayaan orang Melayu ya. teruskan ya anak-anak demi melihat bangsa kita tidak dipandang lekeh dan sembarangan lagi. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - usaha dan kejayaan itu bermula dari langakh awal dengan penuh keikhlasan dan harapan -----------------
|
aKujErr
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2004 Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::
|
Posting pada: 12-05-05 23:29
insyaAllah akanKu genggam baraApi hingga jd arang doakan anak melayu smg berjaya ummi..
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 12-05-05 23:30
InsyaAllah..syukran ya ummiq ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
SyahPaat
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3445
Posting: 101
Dari: KUALA SELANGOR
|
Posting pada: 13-05-05 00:10
Seperti pernah ku dengar ini cerita.....tp d mana ya?
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 15-05-05 11:15
thanks ummimq.. mmg sikap org melayu mcm ketam melayu,takleh tgk org lain senang
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 17-05-05 21:28
Wassalamu'alaikum wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah jazakillahu khairon katsiro atas respons anak-anak. Umi cuma inginkan anak-anak sedari serta insaf akan mentaliti melayu yang tidak islamik seringkali seperti ketam. Mereka akan mudah iri hati akan kejayaan orang melayu lain sedangkan sepatutnya mereka turut mendoakan kejayaan mereka. Barulah dikatakan saling tolong menolong dan doa mendoakan. Tetapi sebaliknya bila ada jiran yang beli kereta dia akan rasa sendu di ulu hati ingin untuk mendapakan kereta baru juga walau dah ada waja dan sebagainya. Dan resam ketam gemar mencubit maka begitulah juga orang Melayu suka sangat mencubit hingga tidak sedar sama ada yang dicubit itu mahram atau bukan. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - gemar makan ketam masak cili api tapi tak gemar perangai ketam -----------------
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 18-05-05 09:37
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah izinkan umi sambung sikit bab perangai ketam ni yang amat tidak dipersetujui oleh Islam. Menurut Imam Nawawi dalam syarah matan Al Arbain Annawawiyah apa bila seseorang tidak mencintai saudaranya sebagai ia mencintai dirinya sendiri maka adalah seorang itu pendengki. Pendengki menurut Imam Al Ghazali terbahagi kepada tiga jenis: 1. pendengki yang bercita-cita supaya hilang terus nikmat yang ada pada seseorang dan berpindah kepada dirinya. 2. Pendengi yang bercita-cita supaya nikmat yang ada pada seseorang itu hilang walaupun tidak berpindah kepada dirinya kerana boleh jadi ia telah memiliki nikmat seperti yang ada pada orang tersebut tidak disukainya. 3. Pendengki yang bercita-cita agar nikmat yang ada pada seseorang itu hilang tetapi tidak suka melihat orang lain mendapat kedudukan lebih tinggi. Mendapat harta lebih banyak darinya dan sebagainya. Apa yang disukainya ialah biarlah orang lain mempunyai taraf, kedudukan, pangkat, harta dan seumpamanya yang sama saja atau pun lebih rendah dari dirinya. Jadi sekiranya ada tiga perangai tersebut pada diri kita maka usahakan mengatasinya dengan banyak beristighfar kerana kita ni pun melayu juga kan namun mengharap menjadi Melayu Muslim/ Muslimah Mukmin/Mukminah. Allahuma Ameen! Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - "None of you is a true believer of Islam until and unless he loves for his fellow man what he loves for his own self." -----------------
|