Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 166
Ahli: 0
Jumlah: 166




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: --> mak abah jgn bergaduh


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» --> mak abah jgn bergaduh

Please Mendaftar To Post


Oleh --> mak abah jgn bergaduh

cynognathus
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 907
Posting: 143
Dari: ~baNdarTeriNdah + BandaRtErmusNah~

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 14:32


> From: "Siti Rubiah"
> To:
> Subject: Fw: Mak..Abah..Jangan gaduh lagi, ek..
> Date: Thu, 24 Mar 2005 12:37:05 +0800
>
> Message
>
> Khas buat semua. Renungkanlah. Buat semua ayah,
> ibu dan orang ketiga..
>
>
>
>
>
*******************************************************************************
>
>
>
> "Hmmmm. Apa yang patut aku buat. sana masam..
> sini muram. pening lah."
>
>
>
> Sambil menghirup air coklat kegemarannya,
> pandangan Timah beralih ke potret keluarga yang
> terletak di meja tulisnya. Dia mengeluh lagi, lalu
> bangun ke jendela, merenung ke awan. Kelam, tak
> berbintang.
>
>
>
>
>
*******************************************************************************
>
>
>
> Enam belas tahun yang lalu.
>
>
>
> 'Timah! Pegi naik atas. Mak ada hal nak cakap
> dengan abah." Mak mengarah dengan suara umpama
> halilintar. Timah yang baru saja pulang dari klinik
> dengan abah, menurut arahan dengan rasa hairan di
> hatinya. Seketika kemudian, kedengaran jerit suara
> mak bercampur tangisan,dan suara abah yang pada
> mulanya perlahan, tetapi semakin lama semakin
> mengikut rentak suara mak. Itulah permulaan
> keretakan keluarga Timah.
>
>
>
> Timah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
> bahagia. Walaupun mereka hidup sederhana, tetapi
> sentiasa abah cuba mencukupkan keperluan
> anak-anaknya, lebih lebih lagi di dalam pelajaran,
> sanggup abah bergolok gadai, demi masa depan.
> Setiap hujung minggu, meskipun belum mempunyai
> kereta sendiri, tetapi abah tetap akan membawa Timah
> adik beradik keluar berjalan-jalan, paling kurang
> pun ke BM untuk menikmati KFC, hidangan yang
> dianggap agak mewah pada masa itu. Dan Timah
> bahagia, kerana mempunyai abah yang baik dan mak
> yang penyayang.
>
>
>
> Tetapi, pada tahun itu, sehari sebelum peperiksaan
> akhir tahun Timah, keluarganya seakan ditimpa ujian.
> Rahsia abah yang tersimpan selama dua tahun.
> Akhirnya terbongkar juga. Abah, bercinta dengan
> seorang gadis, kawan sekerja abah. Mak terjumpa
> surat cinta abah di celah-celah lipatan kain.
> Kasihan mak. Mak menentang habis-habisan hubungan
> abah dengan wanita itu. Akibatnya sikap degil abah
> yang sedang asyik bercinta, dan mak yang tidak
> sanggup berkongsi kasih, keluarga yang dulunya
> bahagia kini berantakan. Mak mengambil keputusan
> untuk bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah
> kilang yang berganti tiga shif, huru-haralah
> keluarga bahagia. Makan minum, tidak terjaga.
> Apatah lagi pelajaran. Kasihan dik Na, dik Da dan
> dik Ra yang masih kecil, berusia antara dua hingga
> lapan tahun, terbiar, seperti juga Timah yang ketika
> itu berusia sebelas tahun.
>
>
>
> Jika dulu, setiap kali maghrib dan isyak, abah
> akan berjemaah dengan anak-anak, kemudian bacakan
> kitab. Selepas isyak, abah akan memeriksa buku
> sekolah dan mengajar serta membantu anak-anak
> menyiapkan kerja rumah. Namun kini tiada lagi semua
> itu.. dengan serta merta juga prestasi Timah turun
> mendadak. Setiap hari Timah adik beradik disogokkan
> dengan pertengkaran abah dan mak. Kesudahan, abah
> keluar, mak pun keluar, bawa adik Na bersama,
> berbasikal. Entah kemana perginya. Tinggal Timah
> adik beradik di rumah, menangis ketakutan.
>
>
>
>
>
*******************************************************************************
>
>
>
> "Aaaachum!!! Alamak.. selsema aku dah datang
> balik. ni mesti sejuk punya pasal nie. Baik masuk
> dalam. Macam nak hujan aje nie, bintang pun tak
> de." Timah bingkas beredar dari jendela, menuju ke
> meja tulisnya, merenung semula potret keluarganya.
>
>
>
> "Apa yang patut aku buat. Dah seminggu macam ni.
> Sorang ke timur, sorang ke barat. Dua-dua mogok.
> Yang jadi mangsa, aku jugak. Nak tegur salah, tak
> tegur pun salah. Suruh kakak balik pun tak dapat
> balik. Anak intan abah pun tak boleh balik. Dik Na
> kat UUM, PKLN. Dik Da kat Pahang, esok lusa baru
> balik. Haii. " Rungut Timah dalam hati. Walaupun
> hati Timah bersedih, tetapi rasa kesal juga ada.
> Kesal kerana selepas enam belas tahun, mereka masih
> bersikap begitu.
>
>
>
>
>
*******************************************************************************
>
>
>
> "Aku ceraikan kau talak satu!" Bagai halilintar,
> ucapan itu keluar dari mulut abah. Timah, yang
> sepatutnya berada di asrama sekolah, memeluk
> adik-adiknya. Melihat drama yang tidak pernah
> berakhir. Mujurlah Timah berada di rumah, kerana
> Timah lari dari sekolah. Bila di tanya apa alasan
> Timah lari, Timah diam. Timah tidak tahu kenapa dia
> lari. Rupa-rupanya, kehadiran Timah di rumah
> penting bagi adik-adiknya. Kakak, telah berkahwin
> semasa Timah di tingkatan tiga dan sekarang baru
> lepas pantang.
>
>
>
> Selepas mak diceraikan, mak memerapkan di bilik
> atas, tiga hari berturut-turut. Tanpa makan, minum
> dan mandi yang sempurna. Mujurkah kakak dah balik,
> dapat juga tengok-tengokkan mak dan adik-adik.
> Timah tak pandai nak buat semua itu. Rupanya, mak
> mengamuk kerana nampak abah dengan perempuan itu.
> Bila mak hilang sabar, mak marah perempuan itu.
> Lepas tu, perempuan itu mengadu yang bukan-bukan,
> perkara yang tidak mak lakukan kepadanya. Mana mak
> tak mengamuk. Selepas lima tahun, abah dengan
> perempuan itu bagai tidak dapat dipisahkan. Semakin
> rapat.
>
>
>
> Genab umur enam belas tahun, Timah keluar bekerja.
> Abah telah berpindah ke rumah tok. Timah jadi
> operator pengeluaran, kilang buat kain. Timah tak
> dapar bertukar sekolah, tiada siapa yang membantu
> dalam proses pertukaran itu. Abah marah, dan tidak
> mahu membantu, kerana Timah lari dari sekolah.
> Budak sebesar Timah, manalah tahu perihal urusan
> rasmi. Kesudahannya, Timah meninggalkan alam
> persekolahan dalam usia yang tidak sepatutnya.
>
>
>
> Pada penghujung tahun, abah dan mak rujuk semula.
> Mungkin kerana terpaksa, mak tidak tahu berdikari,
> atau apa sebabnya, Timah tidak tahu. Yang Timah
> tahu abah sudah balik ke rumah semula walaupun ada
> abah, sama macam tak ada.
>
>
>
>
>
*******************************************************************************
>
>
>
> Timah teresak-esak menangis. Entah kenapa,
> peristiwa duka itu masih berulang-ulang dalam
> ingatan. Agaknya, mungkin kerana krisis terbaru
> mak dan abah. Mujurlah adik adik semuanya membesar
> di asrama, jadi, mereka tidak selalu menyaksikan
> pergaduhan mak dan abah yang mungkin mengganggu jiwa
> mereka.
>
>
>
> Timah, sudah mempunyai segulung ijazah dengan izin
> Allah, selepas Timah mengambil SPM dan STPM walaupun
> sudah agak terlewat bagi usianya dan dapat pula
> melanjutkan pelajaran di IPTA. Mujurlah Timah tidak
> berterusan hanyut dengan pengaruh negatif
> kawan-kawan Timah. Mujurlah kesusahan Timah bagai
> memberi kuliah hidup kepada Timah, dengan hidayah
> Allah, alhamdulillah.
>
>
>
> Cuma yang Timah masih belum berjaya, kahwin.
> Timah takut. Takut jadi macam mak dan abah.
>
>
>
> "Ya Allah.. sejukkan lah hati mak dan abah..
> damaikanlah hati mereka berdua.. usahlah dibiarkan
> mereka terus bermasam muka."
>
>
>
> "Semuanya gara-gara abah pergi ke Pahang dengan
> makcik. Walhal, abah memang sudah banyak kali ajak
> mak, tapi mak tak nak. Tapi, bila abah pergi dengan
> makcik, mak mengamuk pula.. hai. apa la nak jadi."
> Timah termenung lagi.
>
>
>
>
>
*******************************************************************************
>
>
>
> Akhirnya, abah berkahwin juga dengan perempuan
> itu, pada penghujung tahun 1998. Mak lari dari
> rumah, Timah juga yang cari. Timah pinjam motor
> kawan, bawa dik Da. Mak lari balik kampung dengan
> keadaan tidak terurus. Timah sedih, sedih sangat.
> Tapi Timah dah keras hatinya. Depan mak, abah,
> adik-adik Dan kakak, Timah seolah tidak berperasaan.
> Tetapi, apabila Timah sendirian, hanya Tuhan yang
> tahu.
>
>
>
> Timah berhijrah tahun kemudiannya. Kecewa dengan
> abah. Abah marah Timah, tuduh Timah anak derhaka.
> Abah tak faham.. abah tak tahu. Timah kecewa, Timah
> selalu hidup dalam ketakutan dan keresahan. Selalu
> Timah menangis sebab mak dan abah. Abah tak tahu.
> Timah berlagak tabah, Timah pura-pura berdikari.
> Tapi, abah tak tahu. mak tak tahu. tiada sesiapa pun
> tahu. sebenarnya, Timah lemah. Kepincangan
> keluarga telah mempengaruhi Timah. Timah
> bergantung kasih sayang pada orang lain. Mujurlah,
> Tuhan masih sayang kat Timah. Mak.. abah.. mengapa
> mesti bertindak mengikut hati..??
>
>
>
>
>
*******************************************************************************
>
>
>
> "Kesian dik Da, agaknya, exam tadi macammana la..
> dia ada di rumah semasa mak dan abah gaduh.
> Minta-minta dik Da tak tewas dengan perasaan." Doa
> Timah dalam hati. "Dik Ra pun kesian juga, tidak
> dapat melanjutkan pelajaran ke tahun empat. Dik Ra
> tidak terpilih katanya, result tak cantik."
>
>
>
> Timah masih lagi di meja tulis. Masih lagi
> merenung potret keluarga. Wajah abah.. wajah mak..
> tergiang-ngiang di telinga Timah lagu Family Potret
> nyanyian Pink, lagu yang sering dik Ra nyanyikan..
> lagu yang sering buat dik Ra sedih.
>
>
>
> "Dalam banyak-banyak, Dik Na yang paling
> ketinggalan dalam pelajaran. Dik Na mudah
> terpengaruh dengan suasana persekitaran yang tidak
> elok. Cara berpakaian, pergaulan. Jati dirinya
> kurang. Mak dan abah mula bergaduh semasa dik Na
> berusia dua tahun, kemudian dik Na tidak dipedulikan
> sangat. Kesian dik Na."
>
>
>
> "Dik Da, yang paling baik dan bijak. Dik Da
> tinggal di asrama dari usianya 13 tahun, hinggalah
> sekarang, berjauhan dari keluarga. Cuma dik Da
> bertuah, dia dapat menumpang dipohon yang rendang.
> Ilmu di cedok pengetahuan di kutip. Cumanya, dik Da
> tidak tahu berdikari. Tiada kemahiran untuk hidup.
> Runsing juga aku hal ni. Semoga suatu hari nanti,
> dik Da mampu bersendirian menghadapi cabaran."
>
>
>
> "Yang paling emosional, dik Ra. Impak paling
> besar yang tidak mampu dikawal. Dik Ra membesar
> menjadi seorang yang degil, keras hati, dan
> pentingkan diri sendiri. Ego, gagal mengawal emosi.
> Aku tau potensi dik Ra besar, dik Ra punya bakat
> seni. Tetapi, kerana emosi, dik Ra tidak mampu
> belajar dengan sempurna, dan gagal ke tahun ke
> seterusnya."
>
>
>
> "Kakak lagi dasyat ujiannya. Kerana berkahwin
> untuk melarikan diri dari masalah mak dan abah,
> kakak terperangkap dalam masalah rumahtangganya
> pula. Aku kasihan anak-anak saudara yang seperti
> anak sendiri, tunggang langgang hidup mereka. Abang
> ipar yang 'bodoh sombong' gagal mengawal keadaan.
> Kasihan. Anak-anak yang bijak akhirnya gagal dalam
> peperiksaan, kerana kurangnya perhatian dari ibu
> bapa, yang seorang masih lagi dengan cara hidup
> bujang, yang seorang lagi terpaksa mengambil alih
> tugas mencari rezeki. Yang jadi mangsa, anak-anak.
> Kasihan.." Timah bermonolog sendiri.
>
>
>
> "Abah baik, bertanggungjawab, tidak pernah
> mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
> Tanggungjawab terhadap mak, hanya Tuhan yang tahu."
> Timah tidak mahu menuduh.
>
>
>
> "Mak pun baik. Penyayang. Cuma, emosi kadangkala
> tidak dapat dikawal apabila berhadapan konflik
> dengan abah. Makcik, entah. Aku tidak pernah cuba
> mengenali makcik. Aku tidak berdendam, Cuma tawar
> hati. Makcik tinggal dalam kawasan yang sama.
> Dulu, mak pernah cuba menerima makcik, tapi makcik,
> masih seperti dahulu, suka mengadu domba. Aku
> terima makcik. Tapi bukan dalam hidup aku, Cuma
> dalam hidup abah." Fikiran Timah semakin runsing.
>
>
>
> "Entahlah. " Keluh Timah, cuba menghentikan
> tangisan. Namun, semakin Timah cuba, semakin laju
> airmatanya membasahi pipi. Timah sedih, mak mendera
> diri. Tak mahu makan, memencilkan diri, menangis,
> keadaan diri tak terurus. Abah pun sama, cuma
> kesannya tak nampak ketara. Abah tidak dapat
> bekerja kerana tekanan.
>
>
>
> Timah hairan, bagaimana bijaknya syaitan
> menggunakan senjatanya menggoda mak dan abah hingga
> mereka tewas pada ujian. Halus sungguh tipudaya
> syaitan. Tiba-tiba Timah tersentak.
> "Astagfirullah.. tak baik aku meratap macam ni. Ni
> mesti kerja syaitan, nak tipu aku, supaya aku tidak
> redha dengan takdir Ilahi. Cis!! Hampir tipah
> tertipu tadi.. sabarlah hati.. Setiap yang terjadi
> ada hikmahnya." Lantas timah terus saja ke bilik
> air, berwuduk. Belum lagi menunaikan Isyak.
> Agaknya terlalu dibuai oleh perasaan melekakan
> timah.
>
>
>
> Dalam hati timah berbisik. "Mak.. Abah.. Jangan
> gaduh lagi, ek."
>
>
>
>
>
*******************************************************************************
>
>
>
> Begitulah rintihan hati seorang anak. Renungkan,
> perpecahan sebuah rumahtangga hanya menyumbang
> kepada kepincangan. Tumbesaran mental anak-anak
> terjejas, dan biasanya membentuk anak menjadi lebih
> negatif. Persis membentuk kuih tanpa acuan yang
> sempurna, maka, kuih yang dibentuk juga pasti kurang
> sempurna.
>
>
>
> Kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang
> sekalian, seandainya saudara sekalian sedang
> menghadapi situasi sebegini, tanganilah dengan
> bistari. Jangan biarkan emosi menguasai diri,
> kerana akibat yang bakal kita tanggung, selagi kita
> hidup di bumi ini. Malah, bukan saja akibat
> terpalit pada empunya diri, juga pada anak-anak si
> buat hati. Ini hanyalah secebis kisah dari
> beribu-ribu kisah anak yang menjadi mangsa
> pertelingkahan ibu bapa dan orang ketiga. Jangan
> abaikan amanah Allah, usah biarkan mereka hidup
> dalam kedukaan.
>
>
>
> Buat para suami yang bercadang untuk berkahwin
> lagi, bedah siasatlah hati, apa niat di hati untuk
> berkahwin lagi. Ikhlaskah untuk menegakkan sunnah
> Rasulullah s.a.w., atau hanya sekadar bisikan nafsu.
> Kalau ikhlas, mengapa harus memilih dara mekar,
> sedang di luar sana masih terdapat banyak ibu
> tunggal yang memerlukan pertolongan? Dalam
> banyak-banyak isteri Baginda s.a.w, hanya Aisyah r.a
> masih gadis semasa berkahwin dengan baginda. Yang
> lain, janda atau balu yang memerlukan pembelaan.
> Ikhlaslah pada diri, mampukah kalian berlaku adil,
> adil dalam konteks Islam, yang sebenar-benarnya?
> Ingatlah, anda adalah seorang pemimpin yang akan
> dipertanggungjawabkan keatas pimpinan anda di
> akhirat nanti. Beranikah kalian menganggung beban
> yang berat ini?
>
>
>
> Buat si gadis yang bercinta dengan suami orang,
> haruskah kalian menuding jari kepada takdir dengan
> mengatakan ianya sudah tersurat? Sedangkah pisau
> dan mentimun di tangan anda. Anda masih boleh
> memilih A, B, C atau D, atau yang lain-lain lagi,
> bukan terhenti hanya pada A. Jangan kononnya
> terlalu dahagakan kasih sayang sehingga buta kerana
> cinta, tidak dapat melihat anak-anak kecil yang
> masih dahagakan didikan dan kasi saying yang
> sempurna dari ayahbonda? Mampukah anda bahagia di
> atas air mata kecewa seorang isteri dan derita
> anak-anak? Fikirkanlah. jangan terlalu takut dengan
> cap Andalusia hingga sanggup melakukan apa saja.
> Ketepikan ego anda. Letakkan diri anda di tempat
> isteri dan anak-anak itu. Apa perasaan anda.
> Fikirkanlah.
>
>
>
> Buat para isteri yang sedang merana. Bersabarlah.
> Ini ujian dari Tuhan. Menghadapi situasi yang
> umpama luka di hiris pisau yang tumpul dan disimbah
> cuka ini, jangan sesekali mengabaikan anak-anak demi
> mengikut hati yang luka. Sabarlah. Jangan terburu
> nafsu membuat keputusan, menyalahkan keadaan. Apa
> sekalipun, utamakanlah anak-anak. Mereka pewaris
> masa depan kita. Doa mereka penyelamat kita di
> sana. Bersabarlah. ingatlah Tuhan sentiasa bersama
> orang-orang yang sabar.
>
>
>
> Umpama madu lebah, untuk menikmati kelazatan dan
> kenikmatannya bukan mudah. Kita perlu menanggung
> risiko, memanjat pokok yang tinggi, perlu
> menggunakan keselamatan, berhati-hati dan
> berlemah-lembut ketika menghalau lebah dari
> sarangnya, dan bermacam-macam lagi. Andai tersalah
> langkah, buruklah akibatnya. Begitu juga untuk
> bermadu di dalam rumahtangga. Perlu berhati-hati,
> berlemah-lembut, berhemah dan berhikmah dan pelbagai
> lagi yang perlu, barulah madu yang diteguk tidak
> menjadi racun. Tidak mudah bukan?
>
>
>
> Bukan menafikan hak berpoligami, cuma mengingatkan
> untuk lebih berhati-hati. Yang dibantah ialah
> ketidakadilan lelaki bila sudah berpoligami.
> Janganlah terlalu menuntut hak sebagai suami,
> sedangkan hak kepada isteri dan anak anak belum lagi
> dipenuhi. Si isteri tentu lebih mengenali sikap si
> suami, maka dengan itu dia menolak untuk berkongsi.
>
>
>
>
> Sekian dulu buat kali ini. Angah memohon maaf
> sekiranya ada tersalah kata dan terkasar bahasa.
> Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan
> sempadan. Yang buruk datangnya dari angah sendiri
> juga. Terima kasih kepada yang sudi membaca hinga
> ke titik akhir.
>
>
>
> Sekian, wassalam.
>
>

-----------------
::cakap-untuk akue-untuk kamu-untuk kita::

Bookmark and Share

    


  Member Information For cynognathusProfil   Hantar PM kepada cynognathus   Pergi ke cynognathus's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_muslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14791
Posting: 80

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 12:34


sedihnyer....Allah menguji hambaNya dlm pelbagai bentuk dan keadaan...
sedih bc kisah nih...
tp...hidup ku apekurangnyer......hmmm..

-----------------
indahnya muslimah ...
seindah budinya..
seindah akhlaknya..
seindah tutur katanya..
insyaAllah..muslimah harapan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_muslimahProfil   Hantar PM kepada ummu_muslimah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 12:54


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah satu suasana lumrah hari ini - berlaku di mana-mana. Maka jadikanlah iktibar bagi remaja hari ini agar bersabar dalam melayari kehidupan berkawin kelak. Ingatlah bahawa yang menjadi mangsa ialah anak-anak. Kekadang anak-anak orang yang tidak ada kena mengena juga turut terjejas sebab anak-anak mangsa ibu bapa bergaduh dan bercerai akan meluah perasaan mereka kepada rakan-rakan di sekolah atau asrama dan jadilah satu pemikiran pada anak-anak lain ni sehinggakan menjejaskan emosi dan juga pelajaran. Umi pernah berjumpa seorang anak dari keluarga stabil dan cerdik hanya dapat 5A dalam PMR kerana menjadi tempat luahan rakan yang bermasalah bila ibu bapa bergaduh dan bercerai.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Apa sahaja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, Dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 22-04-05 13:09


hanya perempuan memahami hati perempuan...

Hindari la, menganggu rumahtangga orang lain wahai wanita, kerana bila anda yang menanggungnya amat pedih siksanya...

kebahagiaan seorang isteri bergantung pada kesungguhan seorang suami terhadapnya...


wassalam...

[ Posting ini telah di edit oleh: farhanna pada 2005-04-22 13:11 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

jendela_hatiku
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15556
Posting: 56
Dari: Kuala Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 16:57




Sarat dengan nasihat dan pengajaran...



Bookmark and Share

    


  Member Information For jendela_hatikuProfil   Hantar PM kepada jendela_hatiku   Pergi ke jendela_hatiku's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124254 saat. Lajunya....