Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 13 hari yang lalu
alongmina: 17 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu
kasih_kekasih: 27 hari yang lalu
budakbesar: 34 hari yang lalu
azemi: 38 hari yang lalu


Cerpen
Topik: sambungkan cerita


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» sambungkan cerita

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh sambungkan cerita

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-04-05 22:05



korang sambungkan la citer ni kalau korang ada banyak masa lapang...

suatu hari saya berjalan-jalan kat shopping complex GIANT kat seksyen 18. tetiba je saya terbau...

Bookmark and Share

  


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-04-05 23:04




..... tetiba saya terbau rempah kari masakan ibu. Selepas itu terdengar suara ibu "mat, bangun mat! dah nak maghrib dah ni"

laa, rupanya saya tertidur lepas asar. Dalam tidur tu bermimpi pula pergi shopping.



Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-04-05 00:34



Selepas itu terdengar suara ibu "mat, bangun mat! dah nak maghrib dah ni... ko nie takde keje lain ke selain tido??"

la... tetido rupanya.... tak sempat la nak gi jalan-jalan kat GIANT seksyen 18... lain kali jer la...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-04-05 03:12


Saya pun tengok jam.. Uih ha'ah le nak dekat maghrib. Dengan malas2 nya saya bangun. Bau masakan mak cukup sedap. Saya pun melangkah ke dapur... Tiba-tiba..

"Adoi sakitnye!!!" Apa benda pulak yang saya terpijak ni..Saya pandang ke bawah....



Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

irsyadussolehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4745
Posting: 36
Dari: machang,Qlate

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-04-05 11:17


tiba2 saya terbau....aroma kfc yang ckup nenusuk kalbu...dgn selambanya saya manarik tgn kawan saya n kami terus pegi kat kaunter n jawab ape yang waiter kfc tu tny...kami tgu dimeja...bau tadi dtg lagi dan ia semakin hampir...tgk kanan kiri..tgnku terus diangkat n ingin menikmati yg realiti bukan sekadar menikmati baunye shj..tapi...tgnku dipegang..kawanku kate.....eh,tgn dah basuh keee...hehe...sy tny die balik...rupenye die pun x basuh tgn lagi...kuikui...konklusinya...sabar la dlu klu nk wat pape yg kita suka sgt tue...kuakua...

-----------------
someone is loving u,caring u,
thats always watching u,protecting 4 u
.......who???...ALLAH,who never faith
:) HOPETHELOVEOFALLAH..

Bookmark and Share

  


  Member Information For irsyadussolehahProfil   Hantar PM kepada irsyadussolehah   Pergi ke irsyadussolehah's Website   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-04-05 17:14


Quote:

On 2005-04-03 03:12, syahidatul wrote:
Saya pun tengok jam.. Uih ha'ah le nak dekat maghrib. Dengan malas2 nya saya bangun. Bau masakan mak cukup sedap. Saya pun melangkah ke dapur... Tiba-tiba..

"Adoi sakitnye!!!" Apa benda pulak yang saya terpijak ni..Saya pandang ke bawah....




ya rabbi, saya terpijak tulang ikan rupanya. ni mesti Mimi kucing rumah sebelah yang pau nih. saya pun tun duk utk mencabut tulang tu drpd kaki saya. dengan lahapnya saya pun terus melantak masakan rempah kari ibu habis-habisan. lepas kenyang perut saya pun naik mandi, solat dan bersiap. kejap lagi kene gi kelas tuisyen. saya capai kunci dan start enjin motor. eh,eh, apsal ngan motor nih? weh,jangan la buat hal waktu nih. motor tak hidup la pulak...apa saya nak buat??

Bookmark and Share

  


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-04-05 22:16


saya pun menjerit memanggil abah .. suruh tolong tengokkan motor nih... kalau baiki sendiri nnt jadi tikus baiki labu............(ntah x de idea..)

-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH


Bookmark and Share

  


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 11-04-05 11:47


abah berkata "abah tgh makan dodol ni, repair jer laa aper yg patut"

-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

  


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1812
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-04-05 11:52


"nak repair apa abah...satu apa pun tak tau....abah cepat la...dodol tu lain kali boleh makan...org dh lambat dh ni..."

abah jwb "ishh...issh...budak bertuah ni...benda senang mcm ni pun nak minta tlg abah buatkan.....nak ngorat awekzz...awekkzzz tak pula suruh abah tolong.... "

-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

orchidesa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12928
Posting: 133
Dari: perak-selangor

japan   avatar


posticon Posting pada: 11-04-05 12:04


klu suruh abah ngorat awekzz alamatnya telan air liur jelah...mn taknyer silap aribulan dpt mak baru plak..kes berat nie...sampai ke tua lah.. aku tak dpt kawin...

Bookmark and Share

  


  Member Information For orchidesaProfil   Hantar PM kepada orchidesa   Pergi ke orchidesa's Website   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-04-05 16:37


makin lama saya makin merepek. saya pun call la member saya mintak tumpangkan ke kelas tuisyen. grenngg...grenngg...grenngg... motor WAVE 125 kepunyaan member dah sampai. saya pun bonceng blakang dia. dalam perjalanan, kami terasa cam ada orang ikut kami dari belakang. pelan-pelan aku menoleh, aku ternampak...

Bookmark and Share

  


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1812
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-04-05 16:50


"aku ternampak 2 lelaki sedang mengekori kami...tak lain tak bukan itulah dia bapak polisi...alamak...."

Bookmark and Share

  


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

azezulazery
Warga Rasmi
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15705
Posting: 13
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 12-04-05 13:38



eh..budak sila behenti di tepi...

alamak aku dah gelabah dah, member aku pulak lesen dah tak ada. selamba buat muka cun bagi cair sikit kat bapak polisi ni...

"yer ada apa bapak, yang boleh saya bantu..." aku cuba nak mengorat bapak ni. buat muka cun habis aku macam misya omar lah...

"adik kenapa bawak kucing ni dalam beg adik? kalau kucing ni jatuh nantikan bahaya baik letak dalam sangkar..."

laaaaaaaaaa... macam mana mimi boleh ikut aku ni...tolong...

Bookmark and Share

  


  Member Information For azezulazeryProfil   Hantar PM kepada azezulazery   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-05 23:32


"oops tak perasan lak.. nasib baik bapak nampak.. terima kasih ye."

"ye sama-sama." polis tu pun balik semula ke motor dia. polis lagi satu tu lak aku nampak dia dok geleng-geleng kepala aje.

"wey mat! camne kucing ko leh ikut masuk dlm beg ko nie? kita ni nak pi tuisyen... ni mesti kelam-kabut sampai tak perasan capai buku ke kucing. main humban je dlm beg."

"takdelah....ntah. mana ada dia yg masuk sendiri. so camne ni? nak bawak balik umah aku ke ape?"

"ish...kita dah lambat nie mat.."

aku terbayang wajah Mr. Liew yang bengis tuh..pantang dia kalau student lewat..

"takpela mat...kita bawak je lah.. ko suruh dia duk diam2 je."

"oklah...takde pe2 kot.. jom ar." pergh lagak selamba, dlm hati takut gak ape2 hal jadi kat bilik tuisyen nanti.. kami pun teruskan perjalanan... grengg ...grenngg..grennng..


Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-05 23:33


p/s : peringatan, kan MohdHanafi tulih wataknya nama Mat..so wataknye lelaki. harap maklum..

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 08:03


sampai sahaja ke kelas tuisyen, aku melihat Mr. Liew sedang menongkat dagunya.

Matanya dijengilkan ke arah kami yang datang lewat...

"Alamak, mati lah aku" bisikku dalam hati.

"Mat, Moen, kenapa lewat?" aku agak kelam kelibut nak mencari alasan.

"Err, sebenarnya masa kami datang tadi tiba-tiba hujan turun" cepat sahaja Meon memberi jawapan.

"Habis tu kenapa saya tengok pakaian kamu tak basah?"... Mr. Liew cuba memerangkap, dia tahu kami sebenarnya sedang menipunya.


p/s: sambung ye.....cadangkan apa jawapan yang diberikan pada Mr. Liew seterusnya.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

al_farafisya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.01.2004
Ahli No: 6673
Posting: 49
Dari: ardhilLah

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-04-05 10:24


"Err,tula..nasib baik jumpe gerai kat tepi jalan,makcik tu pinjamkan payung besar tu kat kami,tu yang x basah..motor kami pun x basah..nasib baik2"jawabku selamba

Mr Liew senyum sambil manahan gelak.Mesti die bayangkan kami bawak motor dgn payung besar tu.

Meon tersenyum pahit.Huh,jawapan x logik langsung

Mr Liew pun bersuara,"...."


[ Posting ini telah di edit oleh: al_farafisya pada 2005-04-13 10:30 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For al_farafisyaProfil   Hantar PM kepada al_farafisya   Quote dan BalasQuote

adneen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5952
Posting: 75
Dari: kelantan

iran   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 12:31


Mr Liew pun bersuara,"...boleh saya tgk payung tu..?"

Aku pandang Meon..Meon pandang aku..

"Cmne ni Mat..?"..bisik Meon takut-takut..

Dgn selambanya aku ambik beg kepunyaanku dan menyerahkn kpd Mr Liew..




[ Posting ini telah di edit oleh: adneen pada 2005-04-13 12:32 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-04-05 17:04


"meowww!!!" mimi lompat keluar pastu terus cakar muka Mr. Liew sampai berdarah-darah. terkezut saya, meon ngan sumer bebudak lain kat dalam tu. mimi tak cukup udara kot dalam beg tu, sbb tu la dia mengamuk. sumer panik. kuahdurian yg datang ngan kete malam tu dgn sukarela bawak Mr Liew ke klinik. yeah, kelas tambahan batal!!!
bila saya balik rumah, bapak tercegat kat depan pintu rumah. "Hah mat! awat hang balik awal? hang ponteng no??!!"

Bookmark and Share

  


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

pu3_solehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9597
Posting: 136
Dari: seberang jaya

PulauPinang  


posticon Posting pada: 23-04-05 00:16


taklah bapak...
lalu aku ceritakan perkara sebenar kpd bapa..
mimi diangkat lalu dilempar dari tingkat 3.. nasib menyebelahi mimi apabila....

Bookmark and Share

  


  Member Information For pu3_solehahProfil   Hantar PM kepada pu3_solehah   Pergi ke pu3_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 01:32


......mimi diberi sedikit ruang untuk melakukan lompatan akrobatik. Mimi melenturkan badannya dan berjaya menapak dengan baik di atas tilam buruk yang dibuang oleh jiran di tingkat bawah. Mat pun kecut perut juga, takut-takut dia juga ditempeleng oleh ayahnya sehingga jatuh seperti mana mimi jatuh. "Kalau aku jatuh, mesti patah-patah tulang aku" Fikir Mat.

Tanpa membuang masa Mat masuk ke dalam biliknya. Tiba-tiba telefon berdering, Ring, ring....ring, ring.....



-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 23-04-05 03:02


"Hello,"Bapak menjawab telefon.
Mat sangat takut ketika itu.Terbayang di kepalanya wajah bengis polis yang ditemuinya dalam perjalanan ke sekolah tadi.
Juga terbayang di kepalanya wajah bengis Mr Liew yang telah dikerjakan oleh Mimi...

"Oh,"jawab bapak lagi kepada yang di talian," Tak mengapa. Jangan bimbang, saya tahu, saya faham. Sampaikan ucapan takziah saya pada mendiang ye!"

Oh Tuhan! Hanya dialah yang tahu perasaan Mat ketika itu. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaannya.

"Siapa pak?"tanya Mat, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Takde sapa-sapa,"jawab bapak selamba. "Kenal tak apek Tong Sam Pah? Dia meninggal petang tadi, sakit jantung. Terkejut khabarnya. Cucunya yang minat Everton gembira sangat sebab Everton menang lawan MU. Lepas tu, budak tu menjerit, terkejut beruk orang tua tu. Yang call tadi menantu dia, Teh Li Mao, tersilap. Ada ke patut dia tertukar nombor rumah kita dengan rumah Lim Tong Kang Keranda!"

Fuh, nasib baik...

Bookmark and Share

  


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 03:43


suatu hari saya berjalan-jalan kat shopping complex GIANT kat seksyen 18. tetiba je saya terbau........ tetiba saya terbau rempah kari masakan ibu. Selepas itu terdengar suara ibu "mat, bangun mat! dah nak maghrib dah ni"
laa, rupanya saya tertidur lepas asar. Dalam tidur tu bermimpi pula pergi shopping. Selepas itu terdengar suara ibu "mat, bangun mat! dah nak maghrib dah ni... ko nie takde keje lain ke selain tido??" la... tetido rupanya.... tak sempat la nak gi jalan-jalan kat GIANT seksyen 18... lain kali jer la... Saya pun tengok jam.. Uih ha'ah le nak dekat maghrib. Dengan malas2 nya saya bangun. Bau masakan mak cukup sedap. Saya pun melangkah ke dapur... Tiba-tiba.. "Adoi sakitnye!!!" Apa benda pulak yang saya terpijak ni..Saya pandang ke bawah.... ya rabbi, saya terpijak tulang ikan rupanya. ni mesti Mimi kucing rumah sebelah yang pau nih. saya pun tun duk utk mencabut tulang tu drpd kaki saya. dengan lahapnya saya pun terus melantak masakan rempah kari ibu habis-habisan. lepas kenyang perut saya pun naik mandi, solat dan bersiap. kejap lagi kene gi kelas tuisyen. saya capai kunci dan start enjin motor. eh,eh, apsal ngan motor nih? weh,jangan la buat hal waktu nih. motor tak hidup la pulak...apa saya nak buat??saya pun menjerit memanggil abah .. suruh tolong tengokkan motor nih... kalau baiki sendiri nnt jadi tikus baiki labu.. abah berkata "abah tgh makan dodol ni, repair jer laa aper yg patut" "nak repair apa abah...satu apa pun tak tau....abah cepat la...dodol tu lain kali boleh makan...org dh lambat dh ni..." abah jwb "ishh...issh...budak bertuah ni...benda senang mcm ni pun nak minta tlg abah buatkan.....nak ngorat awekzz...awekkzzz tak pula suruh abah tolong.... klu suruh abah ngorat awekzz alamatnya telan air liur jelah...mn taknyer silap aribulan dpt mak baru plak..kes berat nie...sampai ke tua lah.. aku tak dpt kawin

makin lama saya makin merepek. saya pun call la member saya mintak tumpangkan ke kelas tuisyen. grenngg...grenngg...grenngg... motor WAVE 125 kepunyaan member dah sampai. saya pun bonceng blakang dia. dalam perjalanan, kami terasa cam ada orang ikut kami dari belakang. pelan-pelan aku menoleh, aku ternampak."aku ternampak 2 lelaki sedang mengekori kami...tak lain tak bukan itulah dia bapak polisi...alamak...."

.. eh..budak sila behenti di tepi...

alamak aku dah gelabah dah, member aku pulak lesen dah tak ada. selamba buat muka cun bagi cair sikit kat bapak polisi ni...

"yer ada apa bapak, yang boleh saya bantu..." aku cuba nak mengorat bapak ni. buat muka cun habis aku macam misya omar lah...

"adik kenapa bawak kucing ni dalam beg adik? kalau kucing ni jatuh nantikan bahaya baik letak dalam sangkar..."

laaaaaaaaaa... macam mana mimi boleh ikut aku ni...tolong...
"oops tak perasan lak.. nasib baik bapak nampak.. terima kasih ye."

"ye sama-sama." polis tu pun balik semula ke motor dia. polis lagi satu tu lak aku nampak dia dok geleng-geleng kepala aje.

"wey mat! camne kucing ko leh ikut masuk dlm beg ko nie? kita ni nak pi tuisyen... ni mesti kelam-kabut sampai tak perasan capai buku ke kucing. main humban je dlm beg."

"takdelah....ntah. mana ada dia yg masuk sendiri. so camne ni? nak bawak balik umah aku ke ape?"

"ish...kita dah lambat nie mat.."

aku terbayang wajah Mr. Liew yang bengis tuh..pantang dia kalau student lewat..

"takpela mat...kita bawak je lah.. ko suruh dia duk diam2 je."

"oklah...takde pe2 kot.. jom ar." pergh lagak selamba, dlm hati takut gak ape2 hal jadi kat bilik tuisyen nanti.. kami pun teruskan perjalanan... grengg ...grenngg..grennng.. sampai sahaja ke kelas tuisyen, aku melihat Mr. Liew sedang menongkat dagunya.

Matanya dijengilkan ke arah kami yang datang lewat...

"Alamak, mati lah aku" bisikku dalam hati.

"Mat, Moen, kenapa lewat?" aku agak kelam kelibut nak mencari alasan.

"Err, sebenarnya masa kami datang tadi tiba-tiba hujan turun" cepat sahaja Meon memberi jawapan.

"Habis tu kenapa saya tengok pakaian kamu tak basah?"... Mr. Liew cuba memerangkap, dia tahu kami sebenarnya sedang menipunya.
"Err,tula..nasib baik jumpe gerai kat tepi jalan,makcik tu pinjamkan payung besar tu kat kami,tu yang x basah..motor kami pun x basah..nasib baik2"jawabku selamba

Mr Liew senyum sambil manahan gelak.Mesti die bayangkan kami bawak motor dgn payung besar tu.

Meon tersenyum pahit.Huh,jawapan x logik langsung
Mr Liew pun bersuara,"...." Mr Liew pun bersuara,"...boleh saya tgk payung tu..?"

Aku pandang Meon..Meon pandang aku..

"Cmne ni Mat..?"..bisik Meon takut-takut..

Dgn selambanya aku ambik beg kepunyaanku dan menyerahkn kpd Mr Liew.. "meowww!!!" mimi lompat keluar pastu terus cakar muka Mr. Liew sampai berdarah-darah. terkezut saya, meon ngan sumer bebudak lain kat dalam tu. mimi tak cukup udara kot dalam beg tu, sbb tu la dia mengamuk. sumer panik. kuahdurian yg datang ngan kete malam tu dgn sukarela bawak Mr Liew ke klinik. yeah, kelas tambahan batal!!!
bila saya balik rumah, bapak tercegat kat depan pintu rumah. "Hah mat! awat hang balik awal? hang ponteng no??!!" taklah bapak...
lalu aku ceritakan perkara sebenar kpd bapa..
mimi diangkat lalu dilempar dari tingkat 3.. nasib menyebelahi mimi apabila..........mimi diberi sedikit ruang untuk melakukan lompatan akrobatik. Mimi melenturkan badannya dan berjaya menapak dengan baik di atas tilam buruk yang dibuang oleh jiran di tingkat bawah. Mat pun kecut perut juga, takut-takut dia juga ditempeleng oleh ayahnya sehingga jatuh seperti mana mimi jatuh. "Kalau aku jatuh, mesti patah-patah tulang aku" Fikir Mat.

Tanpa membuang masa Mat masuk ke dalam biliknya. Tiba-tiba telefon berdering, Ring, ring....ring, ring..... "Hello,"Bapak menjawab telefon.
Mat sangat takut ketika itu.Terbayang di kepalanya wajah bengis polis yang ditemuinya dalam perjalanan ke sekolah tadi.
Juga terbayang di kepalanya wajah bengis Mr Liew yang telah dikerjakan oleh Mimi...

"Oh,"jawab bapak lagi kepada yang di talian," Tak mengapa. Jangan bimbang, saya tahu, saya faham. Sampaikan ucapan takziah saya pada mendiang ye!"

Oh Tuhan! Hanya dialah yang tahu perasaan Mat ketika itu. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaannya.

"Siapa pak?"tanya Mat, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Takde sapa-sapa,"jawab bapak selamba. "Kenal tak apek Tong Sam Pah? Dia meninggal petang tadi, sakit jantung. Terkejut khabarnya. Cucunya yang minat Everton gembira sangat sebab Everton menang lawan MU. Lepas tu, budak tu menjerit, terkejut beruk orang tua tu. Yang call tadi menantu dia, Teh Li Mao, tersilap. Ada ke patut dia tertukar nombor rumah kita dengan rumah Lim Tong Kang Keranda!"

Fuh, nasib baik...bukan Mr. Liew yang telefon...
tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Ayah pergi membuka pintu.. seorang lelaki tionghua tercegat di situ....

Encik.....













Bookmark and Share

  


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 07:21


Encik Azman, pegawai polis yang dijumpai di hospital bertandang.

"En. Azmi, saya cari seorang pemuda bernama Herman"pegawai polis itu memberitahu tujuannya kepada ayahku.

"Mat, oh Mat! Ni ada polis cari kau ni" ayah menjerit-jerit memanggil namaku.

Setelah dijemput masuk, polis itu bersama seorang lagi rakannya duduk di ruang tamu. Berdebar-debar juga hatiku apabila memikirkan soalan yang akan diajukan kepadaku.

En. Azman memulakan bicara "dik Herman, sila tunjukkan kad pengenalan kamu"

Aku menyeluk saku seluarku, alamak...................


PS: (sambung ye)
apa insiden yang sebenarnya?

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 17:17


Aku menyeluk saku seluarku, alamak...mana wallet nie?

Lantas aku bersuara, "Err Encik Azman.. (iklan kejap, camne lelaki tionghua nama melayu nie? )..Encik, wallet saya di bilik lah..kejap ye."

"Baik." jawab Encik Azman.

Dengan hati yang resah dan gelisah, aku menyelongkar mejaku yang 'macam-macam ada' tue.. Iskk mane pulak wallet aku pegi time2 macam ni nieee!!

"Along!" Adikku Yus menyergahku dari belakang.

"APER ?!!"

"Uih nape nie... jgn la marah.. awat nie Along? Hang ada buat salah ka..Awat ada polis mai umah kita?" tanya adikku sambil menjenguk2 ruang tamu..

Tiba-tiba datang suatu idea yang ku rasa sungguh bernasssz sekali! YES!!

"Adik, tolong Along dik..." aku berbisik.

"Awat...?" adikku bertanya separuh menjerit.

"Ssyyy cakap tu pelan2 la sikit.. Erm...ape kata..

[ Posting ini telah di edit oleh: syahidatul pada 2005-04-28 23:04 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 18:05


...jika adik pergi bagi tau kat polis tu abang sakit perut ni" hairan juga aku, macam mana wallet aku tidak ada.

Selepas itu, adikku keluar bilik dan memberitahu perkara tu kepada pegawai polis yang duduk di ruang tamu.

Aku terdengar juga katanya, "Maaf cikgu (adikku membahasakan polis itu sebagai cikgu), abang saya kata dia sakit" aku yang mendengarnya rasa macam nak pecah perut menahan ketawa. Betul bendul sungguh adikku ni, tak pandai kelentong langsung.

"Adik, kami sebenarnya nak pulangkan semula wallet abang kamu tu" kata salah seorang daripada mereka.

Lega hatiku, rupanya wallet tu ada pada mereka. Kemudian ayah datang dan memanggilku ke ruang tamu. Aku dengan muka yang bengang (menahan malu) datang mengadap.

"Ai Man, cantik wallet kamu?, siap ada gambar lagi" kata polis tu untuk memerliku.

Tak tahu macam mana aku nak hadapi situasi tu.
Tidak lama selepas mereka beredar, ayahku memberi sedikit nasihat kepadaku....



______________________________________________________________________________________

PS: bayangkan anda sebagai ayah Azman. Apakah nasihat yang diberikan kepada anaknya itu? sambungkan ye?




-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 22:05


ayah cuma menggeleng kepala bila melihat aku yang menunduk malu,rasanya dah terbakar muka ni bila si polis tadi memerli aku,dengki la tu...
setelah abg polis blah dari rumah,bapak datang kepadaku sambil tersenyum simpul.
'he..mat..gambar sapa dlm wallet hang tu?'tanya ayah.
'er...gambar mat yah..'jawabku.
'meh sat ayah nak tgk'pinta ayahku
hati aku berbelah bagi nak bagi ke tak,nak bagi ke tak...last2 aku bagi jugak kat ayah.
'wahahaha.....gambar sapa ni mat?'bapakku ketawa besar bila membuka walletku..
'er..er..gambar makwe mat,anita namanya pak.'jawabku malu2
'aiseh mat...ni bukan gambar anita ni..ni gbr britney spears'jawab bapakku sambil memandang gambar dlm walletku.
'nak cari makwe,cari le yg elok2 sikit,bkn mcm britney spears tuu....'bapakku menyindir
'ha?!'aku terkejut dan terus capai wallet aku dari bapak.aku tgk gambar dlm wallet..sah..mmg sah..bukan gmbr anita..tapi gmbr britney spears..
'sapa plak rembat gbr buah hati aku nii...'
sayup2 aku dgr bunyi adikku ketawa kat dlm bilik..
keje hang rupanya...jaga...

[ Posting ini telah di edit oleh: aieyda pada 2005-04-28 10:56 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 22:49


"Man! mai sini sat" kuat juga arahan ayah tu. Terkejut kami berdua dibuatnya.

Aku melihat muka ayah yang bengis dan aku tertunduk, mataku terkebil-kebil, dalam hatiku hanya Allah sahaja yang tahu.

"Err, maafkan Man ayah. Sebenarnya gambar tu adik Yus yang letakkan" aku cuba membela diriku.

"Hah! Panggil adik kau tu sekali" tatkala itu adik dengan mata buntang datang mengadap. Tiada lagi senyuman, mukanya pucat seputih muka mayat.

"Oleh sebab hang pa berdua ni dah buat kesalahan ni, aku tak pernah ajaq pun semua ni" ayah mengeluh kesal.
"Malam ni selepas isyak hang pa berdua kena habiskan bacaan 2 juzuk al-Quran...selagi tak habis jangan harap kamu dapat tidur. Faham?"itulah dia hukuman berat yang kami terima hari tu.

Kami mengangguk kepala sahaja tanpa sepatah kata membantah. Betapa ayah sangat tegas mendidik kami dengan pendidikan agama. Kami sedar bahawa hanya didikan agama yang baik sahaja dapat memastikan diri kami menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.

Aku menerima hukuman dengan redha, dan berazam meninggalkan perbuatan burukku itu. Begitu juga adikku, dia juga kesal dan meminta maaf daripadaku.
Selepas daripada selesai menjalani hukuman itu, kami dengan linangan air mata kekesalan meohon maaf daripada ayah. Ayahku berkata, air matanya juga bergenang, entah mengapa saat itu suasana sungguh sayu sekali.

"Man, Yus, ayah bukannyan nak menghukum hang pa sebenaqnya. Tetapi jauh di dalam hati ayah, ayah tak nak tengok hang pa jati tak tentu hala macam orang lain" ayah menelan air liurnya.

"suatu hari, hang pa akan tahu juga betapa sukarnya apabila mak ayah memikirkan kerenah anak-anak. Kalau hang pa buat jahat, orang akan tanya 'ni anak sapa?' Orang tak tanya hang pa ni nama apa?" sedarlah kami bahawa kejahatan kami akan menyebabkan ibu bapa kami mendapat malu juga.

"Ayah dan mak tak mahu nanti orang kata kami tak pandai didik anak-anak." Ibu yang sedang melipat pakaian juga turut menitiskan air mata hiba. Perasaan keibuannya cukup tercuit dengan kenalan yang telah kami lakukan.

"Emak, .........

PS: (aku pula yg menitiskan air mata nih...x der idea dah...) Sila sambungkan..tq.


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 23:48


...ampunkan kami mak. Kami....kami...," entah mengapa lidahku menjadi kelu. Melihat wajah emak yang jelas kecewa itu membuatkan aku menyesal yang tak terhingga. Jahatnya aku ni....kasihan mak... Tekakku seolah-olah tersekat, tidak mampu untukku berkata-kata lagi...Mataku mula bergenang dengan air mata. Yus kelihatan menundukkan kepalanya. Sekali-sekala kulihat adik Yus mengelap titisan air matanya. Barangkali menyesal sepertiku.

Emak meninggalkan kain-kain yang dilipatnya dan datang merapatiku dan adikku.

"Man, tak apa lah jika Man dah menyesali perbuatan Man. Mak tahu Man sebenarnya anak yang baik. Yus pun sama," Mak memegang tanganku dengan kelembutan seorang ibu. Matanya jelas mengiyakan bicaranya itu. Akhirnya mataku tewas menahan genangan air mata...

"Dan Man sebagai abang yang sulung sepatutnya menjadi contoh yang baik buat adik-adik Man yang lain.." kini kepala adik Yus diusap-usap pula oleh mak. Entah mengapa baru kurasakan rupa-rupanya kasih ibu teramat besar terhadap kami. Cuma kami yang tidak menyedarinya dan menghargainya. ....Ampunkan Man mak....

Kulihat mak mengelap matanya dengan tangannya. Kekesalan datang menghimpit diriku..Akulah punca mak menangis. Aku tidak sanggup melihat mak kesedihan lagi.
Mulai hari ini aku berazam tidak akan kecewakan mak dan ayah lagi... Itulah janji yang ku sematkan dalam hati.....

Malamnya, aku tidak dapat melelapkan mata..Walaupun hakikatnya aku kepenatan. Aku mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada hari itu. Sekali lagi perasaan menyesal mencengkam jiwaku. Aku beristighfar berkali-kali, kuharapkan Allah mengasihaniku... Akhirnya mataku terlelap jua...

Tiba-tiba kulihat mak dan ayah....

p/s : entah ape..



[ Posting ini telah di edit oleh: syahidatul pada 2005-04-29 09:54 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 23:30


...sedang berbicara. Entah apa butiran percakapan mereka. Aku tak jelas. Yang pasti, aku sudah mengantuk tahap maksima. Hmm... sedang aku berkira-kira hendak masuk ke dalam bilikku, sempat aku menangkap beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut mak dan ayah. "...asrama.. jauh... duit...masa depan..."

Keesokan harinya, aku sudah bersedia untuk ke sekolah. Meneruskan rutin kehidupan seperti biasa. SPM semakin hampir. Gerak-gempur silih berganti. Silibus Add Math tak habis-habis jugak..Isk... camana ni ek?

Hari itu....

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 10-05-05 01:57



hari tu aku belajar dgn bersemangat sekali.peristiwa dimarah ayah n mak sbb ada gambar britney spears dlm dompet aku benar2 membuatkan aku insaf.eh tapi kan,mana pegi gambar anita aku ha?cis mesti adik aku buat harta ni.

eh anita?hmm...tiba2 aku terfikir....patut ke aku teruskan perhubungan dgn anita ni ha...baru 2 bulan je pun couple,tapi bebannya masya allah.merajuklah,nk hadiah besdey la,mintak tolong ajar math la...hisyyy mcm mana aku nk concentrate SPM ni....lagipun,bukannya aku suka sgt dia tu...cuma x sampai hati je nk berterus terang,sbb nampaknya dia beriya2 sukakan aku.hmm...

ok aku dah buat keputusan.no couple2,no anita,no gf.aku nk buat yg terbaik utk SPM ni sbb aku ade cita2 gak utk belajar overseas satu hari nanti.....

satu hal pulak.mcm mana nk bgtau dia?haha senang je.
masa rehat aku pergi pondok talipon awam kt sebelah kantin.aku mendail no. anita.aku tau dia kt rumah sbb dia sekolah sesi petang,sekolah sebelah.

"hello"
"hello nita,man ni"
"ohh mannn....oh my dear u tau x i mmg tgh rindu kat u ni....u ni mmgla...nape da lame x call??..u tau tak i dah lame..."
"err nita" aku memotong.
"yes sayang"dia menjawab,penuh manja.gelinya aku.
"i dont think i need u anymore,nor do i think i should stay in this meaningless relationship.i cannot cheat myself about my feelings,and more importantly i canot cheat u anymore,either.this is the end of our relationship,nita!and plz dont ask me why,for i will be able to give an answer that satisfy u.i just sincerely hope u can accept this,and get on with life.aku membaca satu persatu ayat yg dikarang oleh aku tapi telah ditranslatekan ke english oleh pelajar terbijak kelas aku,faizal.best sikit bunyi english walaupun aku x paham sgt ape yg aku ckp.hihi.xpela.yg penting dia faham.
"whatttt??????"dia menjerit mcm org kena histeria.
klick.aku letak je talipon.di sudut hati kecil aku harap dia betul2 kena histeria.

huhh..selesai satu masalah.
aku baru berpusing utk melangkah ke kantin bila ada satu suara yg sangat sweet kedengaran dr talipon yg baru je aku guna.

"awak"

aku menoleh.seorang gadis ayu bertudung litup kelihatan serba salah.

"duit baki talifon awak tu" katanya sambil menunjuk ke arah lubang kecil dalam talipon tu.

"oh amik jelah,sy belanja awak"aku cuba utk berlagak gentleman.

dia senyum.manis.

"terima kasih"

ya allah kenapela jantung aku ni berdegup kencang.
aku x ingat apa yg aku buat lps tu.sedar2 je aku dah ada kt kantin tgh makan dgn member2 aku yg lain.

kita lihat apa yg berlaku di talipon tadi."cis baki 10 sen je...belanja konon"gadis manis tadi merungut.

hahaha gurau je.

plz sambung dr part aku makan kt kantin td.




Bookmark and Share

  


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 12:35


"weih man!! ko tepon sape tadi?" tanya Ayraf, sahabat baikku [no offense, takde kena mengena dengan yg hidup atau mati ].

"hm.. anita.." gumamku perlahan, tapi yang pasti menerjah gegendang telinganya.

"Anita? That damn sexy bloody gurl tu ke? Apahal? Don't tell me that you have an affair with that gurl, dude" ujar Faizal dengan bahasa omputihnya.

"Kalu aku cakap aku memang ada skandal ngan dia camana?" jawabku monotone. Asyraf tersedak. Faizal terkedu.

"Biar betik ko, Man!" kata Asyraf sambil menyeka air hidungnya yang keluar kerana tersedak.

"Kenapa? Tak percaya?" balasku dengan gaya suara apek yang berlakon iklan pinjaman perumahan BCB.

* * * *

" umi" lembut suara Munawwarah memberi salam kepada ibunya.

". Muna ye?" balas ibunya.

"Ye umi. Umi sihat?" Tanya gadis bertudung litup itu lagi.

"Alhamdulillah. Muna dah makan?" ujar ibu Muna.

"Muna puasa la Umi. Hm...Umi, terima kasih hantar duit haritu. Bulan ni, Umi tak payahlah hantar lagi. Duit bulan lepas ada lagi,"

"Atuk kamu sihat Muna?" tanya Umi.

"Alhamdulillah.." balas Muna.

"Muna belajar rajin-rajin ye nak. SPM dah nak dekat ni. Umi harap sangat anak Umi ni berjaya. Muna belajar rajin-rajin ye nak," kata Umi perlahan.

"Insya Allah Umi. hm.. Umi, waktu rehat dah nak habis ni. Nanti Muna telefon Umi lagi ye," kata Muna dalam menahan sebak.

". Jaga diri baik-baik ye sayang," kata Umi.

Muna meletakkan gagang telefon selepas menjawab salam Uminya. Wang syiling 10sen yang di'sedekah'kan oleh lelaki tadi digenggan kemas oleh Muna. Lantas langkah kakinya menuju kelas 5 Sains Tulen 1. Sempat dikerlingnya ke arah kelas 5 Sains Kejuruteraan 1 yang terletak berhadapan dengan kelasnya. Tiba-tiba bola matanya terhenti ke arah sesusuk tubuh di hadapan kelas 5 SK 1.

hmm.. ni mamat tadi nih.. apa ek namanya?..Muna bermonolog sedndiri.

ish.. astaghfirullah Muna.. tak baik pandang-pandang bukan mahram.. isk.. segera Muna melarikan pandangannya.

"Munawwarah!!"


-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 17:51


Gadis bertudung litup itu menoleh mencari arah punca suara yang memanggilnya.

"Oh! Cikgu Fariz rupanya. Hm..kenapa cikgu? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" ujar Munawwarah sambil tersenyum kepada guru Fiziknya itu.

"Macam ni, saya nak minta awak tolong serahkan buku latihan Fizik 5 Sains Kejuteraan 1 ni. Kemudia, pesan kepada Ketua Tingkatan 5 SK 1 untuk menyuruh mereka buat latihan Fizik mukasurat 57 hingga 60," kata Cikgu Fariz lantas menyuakan buku latihan Fizik kepada Munawwarah.

"Hm..lagi satu Muna, saya tak dapat masuk kelas lepas ni. Ada mesyuarat dengan Jabatan Pendidikan Daerah," katanya lagi. Buku yang disambut tadi hampir terjatuh dari pegangannya. Segera Munawwarah yang lebih dikenali sebagai MUna mengemaskan pegangannya.

"Ha! Kamu Man! Mari sini," tiba-tiba Cikgu Fariz bersuara. Muna memandang sekilas. Lelaki yang bersedekah kepadanya tadi berjalan menuju ke arahnya.

Alamak.... Rilek Muna!...pegang buku ni elok-elok sket...jangan sampai terjatuh buku-buku ni depan mamat tu udahle..isk.. dahle berat.. Muna berusaha menenangkan dirinya.

aisehman...camana pulak aku tak perasan ustazah ni tadi? huwuwuw.. haru betul..baru nak gi tandas, dah kena panggil..isk. hm.. tarik nafas Mat... jalan dengan penuh kemachoan.....Mat mengatur langkah dengan penuh tata susila menuju ke arah Cikgu Fariz.

"Kamu tolong Munawwarah bawa buku-buku ni ke kelas kamu. Hm.. saya nak cepat ni. Ada meeting," Cikgu Fariz mengeluarkan arahan. Munawwarah mengangkat mukanya. Terkejut. Mat pula mempamerkan muka tidak beriak.



-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 23:48


Jantung Mat bagaikan kuda yang berlari kencang. Dia gugup. Alamak, lawa...

"Awak!" terkejut Mat daripada lamunannya.

"Erkk, err..err.." Isy, kantoi..kantoi.

"Apa pandang-pandang je..cepatlah tolong saya ni.. berat tau!!" kata Muna sambil memegang erat buku-buku itu. Sikit lagi nak terjatuh. Astaghfirullah, bahaya dia pandang begitu. Fikir Muna.

"Eheh, sorry sorry. Ok. Sian awak. Meh bagi saya separuh." Mat mengambil separuh daripada buku-buku itu dengan tangan yang berketar-ketar. Mat mempersilakan Muna berjalan dahulu ke kelasnya. Mat mengekori. Ladies first..

Setibanya di kelas 5 Sains Kejuteraan 1, setelah meletakkan buku-buku di atas meja guru,
Muna menerangkan kepada Mat mengenai arahan Cikgu Fariz sebentar tadi..

"Faham?" ujar Muna.

Mat, tiada respon.

"Awak!!" Muna memanggil dengan nada yang lebih tinggi. Heee geramnye. Ape kena dia nie?!

"Arr.. ye, ye!"

"Awak faham tak apa saya cakap tadi?"

"Aaaa faham..faham." Mat terkantoi lagi. Entah apa yang dia faham ntah. Isyy malunya!

"Ok, kalau camtu saya balik dulu." Muna memusing dan kembali ke kelasnya. Fikiran Mat dah melayang jauh... sejauh Planet Marikh dah.... Kemudian dia kembali tersedar. Segera Mat beristighfar berkali-kali. Astaghfirullah... ape hal aku nie. Mat cuba kembali bertapak di bumi nyata.

"Mat...nape Mat?" datang Asyraf. "Siapa tadi tu?"

"Em, ntah lah Asyraf. Aku pun tak kenal. Tak pernah nampak pun. Student baru kot?" Mat meneka-neka. Memang telah 2 tahun bersekolah di situ, sejak Tingkatan 4. Belum pernah dilihat gadis itu tadi.

"Ooo, tu tadi..namanya Munawwarah. Dia roommate baru Anis di asrama..," kata Anis...yang ternampak sketsa di antara Mat dan Muna di hadapan kelas tadi. "Ha'ah betul la tuh student baru. Apa dia cakap kat Mat tadi?"

"Eh, saya tak ingat laa Anis.. Ape ek?" Mat menggaru-garu kepalanya. Terlupa pula.

"Ha, tu la. Time dia cakap tu ko terbang ke planet mana? Takpe, aku dengar tadi...meh aku bagitau kelas." kata Asyraf. Mujurlah Asyraf telah mendengar penerangan Muna sebentar tadi. Asyraf mula membuat pengumuman kepada kelas.

Alahai aku ni..ni dah kes parah ni. Sampai lupa.... Hm, tak sangka dapat tegur budak tu lagi. Budak baru rupanya. Patutlah...

**********

Hm, kenapa budak tu tadi. Cam blur je orangnya. Muna kembali ke kelasnya dan duduk di tempatnya. En. Fariz tidak akan mengajar hari ini. Maka kelas diganti oleh Miss Chan, guru bahasa Inggeris. Kelas pengajaran pun bermula.....



Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 00:21


aku pun duduk kat kerusi aku. skali-skala jeling gak kat sebelah. saja je nak usha awek tadi. aiseyman, tak leh nampak la kalau duk kat meja nih. huh, buat dunno je la. esok leh usha lagi...

sambil aku tgh duk ralit buat kerja dlm buku Fizik yg cikgu Fariz pesan td, tetiba ada bebudak kelas aku yg slalu lembab masuk kelas rempuh masuk kelas aku. sumernya tercungap2. "Aik, awal lak depa masuk kelas arini?" fikirku sendiri.

"SPOT CHECK!!! SPOT CHECK!!!" depa jerit serentak. hah??? alamak, habis la. mana aku nak sorok komik street fighter aku nih? tak guna nyer asyraf. sbb kau nak pinjam la aku bawak arini. walkman aku pun nak kene sorok gak. bodoh tul, naper la aku bawak bende2 alah ni arini? naper spot check arini? ari lain takleh ke? kuahdurian yg duk kat belakang aku pakai tudung labuh. mintak tolong dia sorokkan bwh tudung dia je la. tapi budak tu garang sangat r, takut aku. alamak, camna ni, tolong la aku wahai ahli komuniti ukhwah sekelian... huhu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 02:48


Aku memandang ke arah Asyraf dan Faizal bersilih ganti. Hampeh punya member. Buat dek jee..isk. Aku dah gelabah habis tahap super saiyaa ni...

Wahai Ahmad Azman...tenangkanlah dirimu..anggaplah ini satu mimpi ngeri..Aku berusaha sedaya upayaku menenangkan diri. Sempat juga aku berdoa sekhyusuk mungkin agar tak terkantoi. Tak pernah dalam sejarah hidup aku terkantoi bab-bab cenggini. Isk. Mau haru-biru, haru-merah,haru-hijau, haru-kelabu tahi anjing, haru oren-zahid AF kalau ayah tau...

Suasana kelas yang sedari sunyi sepi bertukar havoc. Macam konsert incubus live in kl aje gayanya. Debaran di hatiku semakin menggila. Komik street fighter dah selamat aku dudukkan dengan gaya orang nak kena interview. Walkman pula sudah kuselitkan di celah stokin. Mujurlah walkman Sony ku itu mini walkman je. Dibuatnya besar gedabak cam CD Player Panasonic camana?

Mamat yang jerit SPOT CHECK tadi tetiba ketawa besar. Diikuti dengan gang-gangnya yang lain. Aku bertambah pelik. Apahal pulak nak gelak-gelak? Dah putus wayar ungu ke?

"Haahhahaha...sukanya aku tengok korang sumer gelabah!! Kiterang memain je ar...," ujarnya selamba; tanpa sebarang perasaan bersalah. Penghuni kelasku yang seramai 25 orang itu mengeluh. Aku menarik nafas lega. Pergh!!

"Teruknya korang ni. Buat terkejut je. KIterang tengah buat latihan Fizik ar. Kalu nak bergurau pun, tunggu ar habis SPM nanti," marah Zulkifli selaku Ketua Tingkatan.

* * * * *

Munawwarah membuang pandangan ke arah kelas 5 SK 1. Sedang satu sekolah sunyi sepi, tiba-tiba diganggu dengan bunyi bising dari kelas itu. Memang sudah diketahui satu sekolah yang pelajar Sains Kejuruteraan memang selalu membawa masalah. Kelas itu cuma dihuni oleh tiga orang perempuan sahaja. Selebihnya, lelaki. Camanalah si Anis tu boleh bernafas dalam kelas camtu?

Usai waktu sekolah, Munawwarah menunggu Anis di hadapan kelasnya sendiri. Dia sedang berkira-kira subjek yang akan diulangkaji pada waktu prep nanti.

"Muna! Jom balik," kata Anis sebaik sahaja sampai di hadapan kelas 5 ST 1. Muna berjalan beriringan dengan Anis menuju ke Dewan Makan.

* * *

Ruang dorm B3.2 itu sunyi. Cuma deru kipas angin dan detik jam sahaja yang berbunyi. Cahaya yang menerangi hanyalah dari lampu di koridor dan lampu tangga. Muna menghela nafas berat. Dahinya berkerut sambil mengerling sekilas ke arah jam yang diltakkan di tepi katilnya. Dia termenung sejenak kemudian mengalih pandangannya ke arah katil Anis. Lambat-lambat dia mengatur langkah.

"Anis..." suara Muna turun seoktaf. Takut dormmate yang lain terjaga dari tidur.

"Hm... ko nape? Tak tido lagi. Dah pukul 3.00 ni..tidurlah. Esok ada lab bio..." kata Anis, lantas menyambung tidurnya.

Muna hanya terdiam. Tak sampai hati pula nak kejutkan kawannya itu. Muna kembali ke katilnya. Selimut merah pemberian arwah ayahnya di tarik ke paras bahu. Dipujuk matanya untuk tidur. Gagal. Lantas Muna mencapai tudung hitamnya menuju ke bilik air. Diambilnya wudhuk.

Usai solat tahajud, dilakukan pula sunat taubat, hajat dan istikharah. Lalu bermunajat kepada Allah. Disudahkan qiyam nya dengan Witir.Teringat dia pada Petua Pelajar Cemerlang yang disampaikan oleh Dr Hj Fadzilah Kamsah dalam segmen Remaja yang disiarkan dalam Radio IKIM.

"Sebagai seorang pelajar Muslim, perlu ada amalan kritikal. Perlu diamalkan. Perlu dibuat setiap hari. Kalau tak setiap hari, buat setiap minggu. Kalau tak boleh setiap minggu, kena usahakan sampai boleh. Apakah amalan kritikal itu? Solat tahajud, sebab tahajud itu pembuka qiamullail. Kemudia solat sunat Taubat, sebab kita ni buat dosa tiap-tiap hari. Lagi solat apa? Solat Hajat, sebab kita ni selalu berhajat kepada Allah. Nak itu, nak ini. Yang terakhir solat istikharah. SEbab apa? Bukan sebab nak cari jodoh je. Sebab dalam hidup ni, kita sentiasa diberi pilihan. Moga-moga kita memilih benda yang betul. Sebagai pelajar, moga kita tak tersalah pilih soalan untuk di jawab masa exam nanti....witir pula supaya kita teguh pendirian. Kan witir itu ganjil bilangan rakaatnya? Biar kita lain dari yang lain, tapi teguh pendirian...."












-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 11-05-05 04:06


di asrama putera...

rasanya dah lima jam aku baring atas katil ni.x tido2 gak.asik2 teringatkan dekat budak tu jek.bukannya aku x cuba utk lupakan dia,tapi aku dan dia ni...lain dr yg lainla....

aku berkalih ke kanan buat kali yg kelima puluh dua. tiba2 aku teringat pada Petua Pelajar Cemerlang yang disampaikan oleh Dr Hj Fadzilah Kamsah dalam segmen Remaja yang disiarkan dalam Radio IKIM.

"Sebagai seorang pelajar Muslim, perlu ada amalan kritikal. Perlu diamalkan. Perlu dibuat setiap hari. Kalau tak setiap hari, buat setiap minggu. Kalau tak boleh setiap minggu, kena usahakan sampai boleh. Apakah amalan kritikal itu? Solat tahajud, sebab tahajud itu pembuka qiamullail. Kemudia solat sunat Taubat, sebab kita ni buat dosa tiap-tiap hari. Lagi solat apa? Solat Hajat, sebab kita ni selalu berhajat kepada Allah. Nak itu, nak ini. Yang terakhir solat istikharah. SEbab apa? Bukan sebab nak cari jodoh je. Sebab dalam hidup ni, kita sentiasa diberi pilihan. Moga-moga kita memilih benda yang betul. Sebagai pelajar, moga kita tak tersalah pilih soalan untuk di jawab masa exam nanti....witir pula supaya kita teguh pendirian. Kan witir itu ganjil bilangan rakaatnya? Biar kita lain dari yang lain, tapi teguh pendirian...."

buat tahajudlah...
aku terus mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajud(je) di tgh2 dorm di kala sepi pagi.sesuatu yg aku x pernah aku lakukan sebelum ni.tapi aku rasa tenang sekali.damai.

sesudah sembahyang,aku kembali baring di atas katilku yg bercadar putih kekelabuan sikit2.utk mengelakkan aku teringat psl dia lagi,aku cuba mengingatkan diri aku yg aku dah ada dua sahabat terbaik dlm dunia ni.

siapa x kenal faizal,budak plg terrer dlm kelasku.muka mcm nerd,tapi sebenarnya kepoh,becok,dan suka ambil tahu hal org.tp gile aa pandai dia ni.speaking pun terrer.maklumlah lahir kat nottingham,uk.

asyraf lak memanjang dpt no. 2 dlm kelas.belakang faizal la,sape lagi.dia ni sentiasa tenang tapi dlm diam2 dia ni sebenarnya gila2 gak,mcm aku.asyraf ni rajin gile study.aku bukan nk kutuk,tapi dia x pernah dpt2 gak nk potong faizal.masalah besar asyraf ni dia allergic sket ngan pompuan.aku taaaaakk..hihi

aku?heh tragically aku xdela se-nerd diorang,tp aku sentiasa maintain top five dlm kelas!tp geram gak kdg2 budak kina(disclaimer-tiada kaitan pada yg hidup,yg mati,atau ahli ukhwah) yg tembam tu potong aku dlm periksa.lantak diala.klau potong aku dlm periksa ok lagi.lainla klau dia potong aku dlm lumba lari.haaa..itu barula malu tahap maksima.

aku hampir saja berjaya melelapkan mata,apabila tiba2 azan berkumandang.hah?dah azan dah??cis aku x dpt tido langsungla nmpaknya uhuhuhu...
confirmla melentok dlm kelas esok...

Bookmark and Share

  


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 09:16


wah hebat juga plot cinta yang dipaparkan dalam cerita ni ye?

Man melempar novel yang dibacanya. Terasa dia sedang asyik dengan plot cinta monyet yang digarap oleh novelis terkenal tanah air.

Dia sedar, dunianya sekarang ni, jika mahu bercinta, hanyalah hasutan nafsu serakah sahaja. Jika dia ingin bercinta sekarang ni, cinta itu lebih menjerumuskan dirinya kepada kemungkaran. Apabila dah hampirkan diri pada perkara yang mungkar itu, dia bimbang akan buat maksiat pula pada Allah.

Memang benar, dia ada juga terdengar kata-kata kawan-kawan..."Ala...engkau ni Man, kenapa skpetikal sangat gaya pemikran tu?"

"Ahh! Skpeptik ke? Jumud ke? Tertutup ke? Katalah apa-apa yang kamu suka" balas Man.

Dia agak marah sekiranya kawannya menuduhnya seorang manusia yang sangat menitikberatkan kesempurnaan. Kononnya pada anggapan mereka Man tidak mahu terlibat dengan cinta monyet ni kerana dia terlalu mengharapkan kesempurnaan.

Jika sempurna, apa tujuannya dijadikan Man itu seorang lelaki? Tidakkah perempuan itu pelengkap kepada sebuah kehidupan seorang lelaki?

Man menyedarinya, cuma dia tidak yakin, jika terlibat dengan cinta monyet ni, dia akan menjadi seorang pelakon habat di hadapan teman wanitanya. Dia bimbang juga kalau-kalau kebaikan hari ni yang ditunjukkan adalah satu kepuraan. Dia akan rasa bersalah jika selepas kahwin nanti sikap baik itu berubah menjadi sebaliknya.

Man juga amat faham, dalam Islam terdapat satu perkara yang tidak ada dalam keyakinan penganut agama lain iaitu barakah. Keberkatan adalah kata-kata keramat yang perlu 'dibeli' dengan harga yang teramat tinggi nilainya. Jika ia bermudah-mudah dalam soal cinta ini, dia bimbang perlanggaran syariat dan batasan agama yang dibuat akan mengurangkan keberkatan hidupnya selepas mendirikan rumahtangga nanti.

"Entahlah, mungkin bukan masanya lagi untuk aku memikirkannya...aku mesti memastikan dirku berjaya dulu dalam medan perjuangan mencari ilmu ini" Bisik Man kepada dirinya. Dia percaya, cinta kan hadir tanpa perlu dipaksa-paksa. Dua juga faham, apabila mempunyai segalanya...wang, kerja, rumah dan kenderaan..maka akan mudahlah jalan untuknya mendapat 'perhatian' dariapada mana-mana perempuan. Dan dia sememangnya mengharapkan biarlah cinta itu datang bukan kerana harta, wang, pangkat dan kedudukan dirinya...tetapi diasaskan daripada rasa kesedaran dan keinsafan beragama dalam diri orang yang menilainya.


PS: Sila sambungkan....



-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 10:31


Allahu Akbar, Allahu Akbar....

Suara muazzin yang merdu itu kedengaran. Terhenti aku daripada memikirkan perancangan masa depanku itu. Bagus betul muazzin nie, awal-awal lagi dah ke surau melaungkan azan. Siapa lagi kalau bukan rakan sekolahnya, Hanif. Hanif merupakan salah seorang Badan Wakil Pelajar sekolah itu, iaitu sebagai Exco Badan Agama dan Kerohanian.[disclaimer- juga tiada kena-mengena dengan yg hidup, yg mati, atau mana-mana ahli ukhwah ]. Dia memang suka memberi tazkirah yang berguna dan menjadi tempat rakan-rakan berkongsi masalah..

Dengan langkah kaki yang berat, aku melangkah tuju ke bilik air. Kulihat kiri kanan asrama tersebut, semua orang masih berselimut.. Amboi-amboi nyenyaknya semua orang.. Aku juga yang tak cukup tido... Hanya Amran yang kulihat telah bangkit.

"Hwuarrrrgh... selamat pagi Mat.." sapa Amran sambil menguap dan menggosok-gosok matanya. "Awal ko bangun?"

"Heheh..awal mende. Lewat tido sebenarnya.. tersangkut ngan novel le.."

"Lerr novel..ingatkan ko stay up mengulangkaji pelajaran..Pergh."

Setelah bersiap-siap dan mengambil wudhuk, aku berjalan beriringan dengan Amran menujuk ke surau Al-Ridhwaniah untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Dekat sahaja surau itu dengan blok asrama lelaki. Maka sekejap saja kami telah sampai..

******

Muna terjaga.. mengucapkan kalimah tahmid kerana dipanjangkan umur lagi oleh Allah pada hari ini. Muna telah dikejutkan oleh suara azan subuh yang berkumandang dari Surau Al-Ridhwaniah. Dia kenal suara itu. Suara muslimin yang baru dikenalinya. Mereka sama-sama terlibat dalam Biro Agama dan Kerohanian sekolah.. Muna dilamar oleh salah seorang ahli Biro tersebut untuk menjadi AJK. Walaupun Muna student baru, tapi rakannya itu telah mengenali Muna sejak lama dahulu.. dan terus diajak Muna untuk diinterview menjadi AJK. Rezeki Muna...

"Anis, bangun Anis.... subuh ni." Muna menggoncang Anis dengan lembut-lembut.

"Anis, bangunlah..... jom la kita pegi surau."

"Huh.....?" Anis tergerak-gerak.. kemudian kembali tidur.

"Eh, eh.. ingatkan nak bangun. ANISSSSSS !!!!!!!"

"Makk!! Isk, Muna nie...kot ye pun. Terkejut saya lah!"

"Hehehe, dah tu Anis ni liat sangat..Jom la siap."

Pada pagi yang hening itu, di surau Al-Ridhwaniah, mereka bersolat subuh berjemaah.. kemudian diselitkan pula dengan sedikit tazkirah.....



p/s : apa yang saya perasan, saya ni suka menambah watak laaa..heheh




[ Posting ini telah di edit oleh: syahidatul pada 2005-05-11 10:49 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 11-05-05 11:12


tetiba.....tuupp....electrik putus.....dan masjid pun gelap. tapi semua tak panik....adala sorang mamat bangla yang tumpang solat tlg pasang lilin.........pastu terang balik........pastu......

-----------------
ku lihat,ku dengar & ku rasa,
ku hirup,ku hayati & ku sedar,
hanya satu keinginanku,
Wasatiah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 14:35


sila ambil perhatian

Diharapkan dapat membina cerpen ini dengan kesinambungan plot-plot yang baik. Berikut adalah serba sedikit penerangan watak-watak yang terkini:

Ahmad Azman :: a.k.a Man @ Mat. Watak utama. 5 SK 1.

Asyraf :: kawan baik Mat / Man. Budak pandai. 5 SK 1

Faizal :: kawan baik Man / Mat. Budak terer cakap omputih. Lahir kat Nottingham. Pandai. Agak nerd. 5 SK 1

Munawwarah :: a.k.a Muna.new student kat skolah. Ayah dah meninggal. Budak baik. Comel. 5 ST 1

Anis :: kawan baik Muna. Dormmate Muna. Amik SK tapi suka bio...

Hanif :: ala-ala Ustaz di kalangan students. --> x tau aliran apa..

Amran :: dormmate Man/ Mat. <-- identiti masih samar.

Kina :: chubby. 5 SK 1. Antara yg pandai dlm kelas SK.

Yusuf :: a.k.a Yus, adik Man/Mat

kuahdurian :: sekampung ngan Man / Mat. Pakai tudung labuh (?). 5 SK 1.

Mimi :: kucing jiran sebelah umah Man /Mat

Mr. Liew :: cikgu tuisyen kat kampung Mat /Man

----------------------------------------------------
setakat nih, ni je la watak2 yg baru wujud. harap dpt meneruskan kesinambungannya...

p/s: kelas SK ada 3 org gurls je. --> Anis, Kina & kuahdurian. So, harap dah x de lg watak popuan lain dlm SK....



-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 14:58




eh, kinobaik... kino terlupa watak mak ayah Man dan Yus.. ngan polis-polis tu

kino ni memang bersemangat! hehe

p/s : teruskan mengasah bakat menulis anda ye kinobaik.

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 15:11


hehehehe.. takpe..watak-watak tu mudah difahami oleh pembaca..

huwaaaaaa..dah lama x menulis.. my blog punya story pun tak update lagik..ehhee..tengah menumpukan sepenuh perhatian pada cerpen nih..eheheheh <-- poyo.

btw cerpen nih memberi sedikit sbyk ilham pd kino untuk siapkan GBR Part II..

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 17:09



pastu Muna memanggil Anis sambil berbisik..

"Anis... Anis....Nis bangun lah.. ustaz tgk kat depan tu" Muna mencuit paha Anis.. Sempat lagi dia membuat tahi mata dalam surau macam nie.
"Erm eh ape? Apesal Muna? Dah abis ker?" sahut Anis dalam keadaan sedikit lalok. Ape yang abis nye.. kuliah baru nak start bila masa pulak habis. Sah la dia nie merepek pagi-pagi buta nie.

Anis yang baru aje terjaga terus bangun ke bilik wudhu. Cadangnya nak cuci muka sikit. Biar jernih muka.
Muna yang sedari tadi mendengar kuliah subuh itu terpandang seraut wajah yang bagai pernah melalui kotak fikirannya. Alamak tetiba sahaja budak tu berpaling tepat ke arah Muna. Dia menjadi gamam seketika. Rasanya macam terkena kejutan elektrik 240 volt aje. Mata terbeliak, lehernya terasa kaku nak bergerak pun berat rasanya. Tetiba...

"Ahh segar sikit Muna..." Anis menepuk paha Muna yangsedang bersimpuh. Muna terkejut seperti baru sahaja melihat hantu. Budak lelaki tadi terus tersengih melihat gelagat Muna tadi. Nampak gayanya tak dengar tazkirah la diorang pagi tu.
"Anis... kot ye pun janganlah tepuk orang macam tu... terkejut Muna tau.." bisik Munawwarah pada Anis. Sahabatnya itu tersengih menampakkan giginya yang putih.
"Syyy... Muna.. Anis.. dengar tazkirah tu.." tetiba aja akak Faizah menegur mereka berdua. Akak Faizah adalah Ketua Hal Ehwal Muslimat bagi Badan Agama dan Kerohanian sekolah. Lembut teguranya disulam pula dengan senyuman sinis.. membuatkan Muna dan Anis tersentak.. lantas menundukkan wajah.. malu...

Selesai tazkirah, kira-kira jam 6.30 pagi... semua jemaah beredar menuju haluan masing-masing... Muna dan Anis bergerak bersama-sama jemaah muslimat yang lain pulang ke bilik... Tiba-tiba....







p/s: Tambahan watak baru...
Faizah = Ketua Hal Ehwal Muslimat Badan Agama dan Kerohanian sekolah... tingkatan 6 Atas... sangat sopan, ayu dan terer dalam bahasa arab serta pengetahuan agama... bekas pelajar sekolah agama...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 12-05-05 01:25


Tiba-tiba Muna terasa mcm ada org sedang pandang dia dari belakang.Menurutkan gerak hati,Muna menoleh sekilas."gotcha"Man terkantoi ketika sedang mengusha Muna.Man cepat2 menoleh,pura2 bertanya kpd asyraf yg berjalan bersama-samanya tentang kenapa saiz Calcium lebih besar drpd Magnesium.

Man
-----

"Calcium lagi besar la sbb outermost electron dia ade kt 4th orbital,so radius dia lagi besar"explain Asyraf bersungguh2.Aku mengangguk,walaupun hakikatnya hati aku time tu lebih concern ttg 'si gadis ayu' tadi.sapela nk peduli Ca besar ke x time2 mcmni,aku berbisik dlm hati.

'wey ko dgr x aku ckp ni'Asyraf da mula rasa suspicious."ko pandang sape Man?"

alamak mangkuk ni nk sibuk pulak.eh xpela,dia kan member baik aku.

"emmm...klau aku bgtau,ko kena simpan ok acap?"

"ek elle,mcm x biasa lak"sambut Asyraf,sambil mengesa aku bgtau dia gadis malang mana pulak yg aku dah terminat.

aku berbisik kt telinga acap.aku bgtau semua dr detik2 romantis(uwekk) dekat talipon tu sampaila masa aku tlg dia angkat buku2 fizik tu.

Mula2 Asyraf mcm berminat,tapi aku rasa raut muka dia mcm berubah sikit lps aku habis cerita,walaupun dia mcm dah cuba sembunyikan tp aku ttp perasan.'weh,ko apehal ni acap?"

"mane ade pape,bagusla klau kau suka budak tu.Aku pun mcm pernah nmpak dia masa dia mula2 masuk bulan lps.Dahla jom makan"kata asyraf sambil melangkah agak pantas ke dewan selera.aku hanya mampu angkat bahu."buang tebiat ke budak ni"bisikku.tiba2 kedengaran lagu C U di IPT nyanyian UNIC.mane pulak dtgnya lagu jiwang pagi2 buta ni...aku menoleh kiri kanan atas bawah.bawah...laaa.....perut aku rupanya yg bernyanyi sbb lapar.cis buat saspen jek.aku pun berlari2 anak dgn comel sekali menuju ke dewan selera utk join member aku yg lain2.

prediction aku mmg tepat.x tido mlm tadi punye psl,dlm kelas aku rasa letih n mengantuk sgt.Acap pulak......


[ Posting ini telah di edit oleh: hyunckel_asyraf pada 2005-05-12 01:29 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-05-05 16:59


Acap a.k.a Asyraf pula sedang sibuk melakar sesuatu atas sketch book nya. Entah apa yang dicontengnya pun aku tak pasti. Sempat kukerling ke arah pensel yang digunakannya. Pensel Stabilo 2H. Sah lah tu. Tengah buat lakaran orthografik untuk kelas Lukisan Kejuruteraan lepas ni. Asyraf bercita-cita menjadi seorang arkitek terkenal. Katanya hendak menjadi seperti Hijjas Kasturi, arkitek tersohor di Malaysia dan arena antarabangsa. Asyraf seringkali melontarkan rasa kagumnya pada bangunan yang direka bentuk oleh Hijjas Kasturi terutamanya pada Kompleks Sukan Stadium Shah Alam yang disiapkan pada tahun 1994 dengan menelan kos RM 200 million. Tu baru outdoor nye stadium... dah RM 200 million, indoor stadium lak, another RM 77 million. Pergh!! A total of RM 277 million diperuntukkan semata-mata nak buat stadium je…huwuwu..Isk.

Lima minit lagi kelas Lukisan Kejuruteraan akan bermula. Pelajar kelas 5 Sains Kejuruteraan bergerak menuju ke arah Studio Lukisan Kejuruteraan yang terletak di tingkat empat bangunan Blok B bersebelahan dengan makmal Biologi sambil mengusung drawing board dan alatan melukis yang lain. Nampak segak je dengan beg hitam besar tu. Pada masa yang sama, pelajar 5 Sains Tulen 1 bergerak menuju ke arah makmal Biologi .

“ semua,” sapa Pn. Sumaiyah, guru Biologi 5 ST 1. Orangnya lemah lembut, berkulit putih bersih dan sentiasa kelihatan elegant. Lulusan M.Sc (Bio) Sheffield Uni, UK. Bertukar profesyen dari seorang pensyarah di Jabatan Biologi, Fakulti Sains UKM kepada cikgu Bio.

“Baiklah, as I told you last week, we’re gonna to have an exciting experiment today,” katanya dengan loghat British yang pekat sambil tangannya menggawang-gawangkan seplastik katak hidup…

“Mana cikgu ni dapat katak ar Muna?” soal Syahida perlahan, lab partner Muna.

“I bought these frogs in a horror auction!!” ujar Pn. Sumaiyah. Rahang Syahida sedikit jatuh. Para pelajar 5 ST 1 kelihatan bingung. Nak auction kependanya? Nak beli katak pun kena tunggu lelong ke? Pelik betul. Masing-masing dah buat muka cuak versi confuse.

“Cikgu, biar betul..takkanlah..” kata Amar Muazam sambil mempamerkan muka pelik tahap petala lapan.

“Hm.. kamu ni... percaya je. Amar sorang je yang kritis. Yang lain tu, dok hangguk je. Buat apa la saya nak tunggu lelong. Tak pasal-pasal je dari harga 3 posen sekor jadik 3 ringgit sekor pulak,” ujar Pn. Sumaiyah sambil ketawa kecil. Kembang semangkuk hati Amar dipuji sedemikian. Kedengaran tawa kecil meletus di hujung makmal.

“Lorr.. mati-mati aku percaya tau Muna,” gumam Syahida perlahan. Muna hanya tersenyum.

“Biar aku gi amik katak kat depan tu. Ko tolong sediakan alatan ye,” arah Muna pada Syahida sebaik sahaja Pn. Sumaiyah memulakan kelas.

Dengan berhati-hati Muna memegang anak katak yang masih hidup dengan tangannya yang ber ‘glove’ lalu dibawa ke mejanya. Syahida pula sudah bersedia di meja lab. Muna memerhatikan kelengkapan di atas mejanya.Scalpel, gloves, forceps, kapas, pin, syringe…syringe?

“Syah, ko nak suntik apa kat katak ni?” tanya Muna.

“Formalin!! Nak bius katak ni.” jawab Sya dengan penuh keyakinan. Segaris senyuman Muna terserlah.

“Ada ke orang suntik formalin untuk bius katak? Kalau ko nak awet katak ni, lainla…,” kata Muna sambil ketawa. Sya hanya tersengih.

“Habis tu, camana kita nak bedah katak nih? Kalau tiba-tiba melompat camana?” tanya Sya.

“Hm..aku tengok kat depan tu takde apa-apa solution pun selain formalin nih. Tadi aku tanya Pn. Sumaiyah. Dia kata ketuk je kepala katak nih. bagi pening-pening lalat sket,” ujar Muna.

“Ha? Mak aih!! Kesiannya katak nih…” kata Sya.

“Nama pun bio…redha je la ek. Akak aku yang kat USM tu kata, masa dia kat matrik pun kena ketuk kepala tikus sebelum operate..huwuwu..kesiannya..,” sambungnya lagi.

“Dahlah tu..kita start sekarang. Nanti lambat pulak siap kejer kita nih,” kata Muna.

Anak katak itu ditelentangkan dan diletakkan atas sekeping papan lembut. Lantas Sya mencucukkan pin di setiap tapak kaki katak yang sudah diterbalikkan. Dengan berhati-hati, Muna memulakan operation ke atas katak itu dengan menggunakan scalpel. Dibelahnya anak katak yang bewarna hijau kehitaman itu secara vertical dengan berhati-hati. Memotong kulit katak yang agak menggerutu licin dan itu tidaklah semudah yang disangka. Muna terpaksa mengenakan sedikit daya tekanan ke atas scalpel supaya badan katak itu terbelah.

“Muna, jangan ar tekan kuat-kuat…kesian katak tu… dari tadi asik menggelepur je. Pening kepala kena hantuk tadi pun tak habis lagi tau. Pastu ko siat lak badan dia..,” kata Sya. Mengganngu kosentrasi Muna yang sedang asyik menarik kulit katak ke tepi dengan menggunakan forceps.

“Ish..budak Sya ni. Lebih baik ko tolong aku pinkan kulit katak nih ha,” kata Muna sambil menjuihkan bibirnya.

Muna dan Sya mengkaji organ-organ dalaman katak itu. Jantung, hati, paru-paru [ada ke?]…semuanya kena lukis. Ni lah asas kehidupan budak Bio. Melukis. Rasa macam budak amik LK je. Bezanya takde drawing board, French curve, set segitiga, pensel 2H, etc.


Sementara di kelas LK pula….








-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-05-05 18:38


Sementara di kelas LK pula….satu rekod kemajuan telah dicapai. Warga 5 SK 1 seolah-olah berpakat mengunci mulut mereka sendiri. Mau tak nya, derap tapak kaki En. Ibrahim sudah cukup membuatkan pelajar 5 SK 1 menikus. Sejak En. Ibrahim mengambil alih kelas LK ini daripada Pn. Hanum, rasa-rasanya memang valid dah kot kalau nak dibuat rekod dalam Malaysians Book of Records yang pelajar 5 SK 1 hanya senyap selama 2 jam setiap minggu.

Subjek nie lah yang paling mencabar minda aku. Lukisan orthografik la, isometric la, oblik la… fuh!! Nasib la sekolah ni tak da software Auto CAD. Kalau tak, mau je En. Ibrahim tu ajar kiterang guna Auto CAD. Dah lah aku nih langsung tak berseni. Huwuwu. Tangan nih keras semacam je. Buat garian lurus pun boleh senget-senget lagi. Kekadang aku terfikir, adakah disebabkan oleh manufacturer pembaris nih keluarkan pembaris stok-stok senget, atau disebabkan oleh kertas lukisanku yang tidak dipotong dengan sempurna atau disebabkan oleh drawing board yang tak rata…. hmm..

“Azman!! Kenapa garisan ni tak lurus? Awak garis guna siku awak ke?” “Azman, awak guna pembaris ke ranting?” “Azman!! Awak melukis atas tanah ke atas drawing board tu?” Huwuwuw…

Aku mengambil tempat duduk yang paling hadapan, diapit oleh Acap dan Faizal. En. Ibrahim sudah mengedarkan soalan latihan untuk hari ini. Lukisan Isometrik!!! Aku rasa nak macam nak keluar je dari Studio LK pada saat tu. Sampai saat ni aku tak boleh nak imagine rupa 3D objek yang kompleks. Kalau setakat kotak kasut ke, kotak kaset ke, boleh ar. Nih, siap ada potongan sisi ar, diameter bertindan-tindan ar, itu ar, ini ar..isk. Kalau buat unjuran orthografik pun, belum tentu dapat jawapan kalau tak boleh imagine. Puas aku mengunjur-unjur sampai kekadang aku terpaksa berbaring atas lantai bilik studi, Tapi, tak pernah sempurna nye lukisan aku tu. Dan-dan tu jugaklah, aku menyerahkan tugasan ini pada mereka yang pakar. Eheheh…siapa lagi kalau bukan Acap. Mamat yang bercita-cita nak jadi Hijjas Kasturi. Moga cita-cita kau tercapai ar Acap oi…jangan ko spend RM 100 trillion untuk buat sesuatu bangunan tu, dah le.

“ semua. Saya dah serahkan soalan latihan pada kamu. Itu soalan SPM tahun lepas. Dalam masa dua jam, saya nak kamu submit lukisan tu. Buat macam kamu tengah seat for the paper,” titah En. Ibrahim usai mengedarkan kertas latihan kepada kami. Kelas masih sunyi sepi. Tiada siapa yang bersuara. Nak membantah? Hmph. Jauh sekali.
Pergh!!! Mantap gile. Nak kena siapkan dalam masa dua jam ni? Isometrik pulak tu…isk. Aku terkedu. Aku memandang Acap sekilas. Rilek je mamat tu sketching atas kertas soklan. Kukerling ke arah Faizal. Sama jugak. Tengah sketch. Aku?

“Azman!!”


-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-05-05 17:11


Sudah seminggu SPM berlalu. Kebanyakan warga Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim telah pulang ke kampung halaman. Yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas yang masih perlu Berjuang untuk STPM mereka. Aku dah selamat sampai di kampung halamanku, Seberang Perai, Penang. Hehe.. anak mami la kenkononnya. Hm.. Seminggu ni jugaklah aku rasa cam tak yakin. Entah apa la keputusan aku nanti.

Usai solat Asar, aku ke laman rumah. Baring-baring atas para yang aku tukang di bawah pohon mangga tu. Kulontarkan pandangan ke arah langit biru. Hm.. nyaman sekali. Sesekali angin petang menyapa wajahku. Sejenak aku teringat akan SPM ku. Rasa macam nightmare je. Fuh! !

BM? Tak de masalah, insya Allah.

BI? Aku dah berguru ngan si Faizal tu. Hm.. Faizal kata english aku takde la koman sangat. Ok la tu.

Mod Math? Hm..senang je.

Add Math? Syukurlah ada si Kina tu. Rajin gak dia mengajar aku. Lagi-lagi bab Trigonometri. Huihs. Memang aku tak leh nak go ngan trigo nih. Go! Go! Gadget Go!!

Sejarah? hehe. Tengok la camana. Punya la hampeh idea si Asyraf. Dapat petunjuk konon. Jenuh la aku menghafal Bab 1, Bab 4 dan Bab 5 Tamadun Asia. Rupa-rupanya lain yang keluar. Huuu. Terkedu aku tengok soklan sejarah yang keluar. Lain yang dicita, lain yang datang. Hm..

Fizik? Not a big deal to me. They said that I’m such a brilliant boy. heheh.. Ye kot. Fizik je ar…

Kimia? Hmm…ok la.

LK? Huuuu… aku rasa tu la sehabis cantik lukisan aku. Dah takde lain dah. Sepanjang dua tahun aku belajar LK, aku rasa time exam SPM ni ar paling cantik lukisan aku. Harap-harap pemeriksa tu tak perasaan garis aku yang tak bersambung atau terlebih sambung (kalau ada ar)..

Agama? Insya Allah…Ok. Mujurlah aku pay full attention pada tazkirah yang Hanif selalu sampaikan. Tazkirah tu ar yang banyak membantu aku menjawab paper agama nih.

Muna? Eh. Sejak bila aku ambil subjek Muna nih? Hehe..poyo je. Hm.. apalah..khabar minah mixed-blood nih. Hm.. Last day kat SEMSAH baru aku tau yang Muna nih kacukan Sepanyol- Melayu.Tu pun aku tau dari Anis. Puas aku pujuk si Anis tu. Finally, dia bagitau gak lepas aku buat muka seposen. Huu. Jatuh saham aku depan Anis.
Hm.. Munawwarah. Seindah namanya. Yang bercahaya. Mak dia berasal dari Kedah. Orang Melayu. Ayah Muna berasal gari Granada, Sepanyol. Muna pula lahir kat Cordova. Pergh!! Musti dia terer Spanish. Mak dia lecturer kat UniKL.Kalau hujung bulan, Muna akan balik ke rumah atuknya di Kulim. Hm..Muna anak tunggal. Ayahnya meninggal di Cordova ketika Muna berusia 15 tahun. Kemudian ibunya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Hm…. sangat menarik kisah hidup Muna. Ingin sahaja aku berbual panjang dengannya. Bertanyakan sejarah hidupnya. Tapi nak ke gadis itu berbual denganku? Huuu..berangan je la ko ni Azman oii…

“Mat!!” Suara ayah mengejutkan lamunanku.

“Kamu tak nak minum petang ke? Marilah masuk. Temankan Tok Ayah kamu nih,” Ajak ayah. Hm.. Tok Ayah datang. Rindu dengan cucu katanya.

Aku melangkah lambat-lambat menuju ke beranda. Kulihat Tok Ayah sedang tersenyum ke arahku. Lantas aku membalas senyuman Tok Ayah. Lalu aku bersama-sama ayah dan Tok Ayah menikmati goreng pisang panas dan air kopi pekat yang panas di beranda rumah.

**********
Muna sedang menyapu lantai dapur di rumah atuknya. Neneknya pula sedang sibuk menggoreng ikan sembilang. Usai menyapu, Muna memotong bawang besar. Dimasukkannya bawang besar, bawang putih dan cili kering yang telah direbus ke dalam blender. Lalu dimesinnya. Sementara itu, neneknya memanaskan kuali yang berisi minyak di dapur sebelah gorengan ikan. Setelah minyak panas, Muna memasukkan pes sambal yang dimesinnya ke dalam kuali. Berdesir bunyinya apabila pes tadi mengenai minyak panas. Muna menghiris beberapa ulas bawang besar sambil sesekali tangannya mengacau sambal di kuali.

“Muna, mak kamu telefon tadi.Katanya dia nak ke sini esok lusa,” tiba-tiba atuk Muna, Pak Samad yang muncul di muka pintu dapur bersuara. Mengejutkan Muna dan neneknya.

“Abang ni, bagilah salam dulu. Buat terkejut saya dengan Muna je…” ujar nenek Muna, Mak Mah.

“Alah… dalam rumah pun kena bagi salam ke?” tanya atuk Muna sambil tersenyum. Muna tersengih.

“Atuk nih… bagi la signal dulu… ketuk-ketuk meja ke…” balas Muna sambil ketawa. Menyerlahkan sepasang lesung pipit di kedua belah pipinya.

“Bila nak siapnya nih? Saya dah lapar dah ni,” kata Pak Samad. Sempat dicubitnya sedikit isi ikan sembilang yang sudah digoreng lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Segera Mak Mah menepis tangan suaminya. Muna hanya ketawa melihatkan kemesraan datuk dan neneknya. Hati Muna berasa bahagia.

“Atuk, Ummi ada cakap apa-apa lagi tak tu?” tanya Muna sambil menutup api dapur.

“Hm..dia kata nak duduk sini seminngu. Pastu dia nak Sepanyol. Nak bawak kamu jugak la. Katanya nak ziarah kubur ayah kamu kat sana,” jawab Pak Samad.

“Lamanya ummi cuti….,” gumam Muna.

“Entahlah Muna. Kamu ikut je la ummi kamu tu. Lagipun dah lama kamu tak balik sana,” Mak Mah pula bersuara.

*******

Malam itu, Muna sukar untuk melelapkan mata. Kenangan di Bumi Alhambra bermain di matanya. Muna masih ingat. Dia dibesarkan di bumi itu. Muna bersekolah di situ. Dari 1st Grade sampai 9th Grade. Muna bersekolah di International School seperti kebanyakan anak diplomat yang lain. Ibunya seorang diplomat. Ayahnya seorang pensyarah Geologi di salah sebuah kolej persendirian di Sepanyol. Ibu dan ayahnya bertemu di Nashville, Tennessee ketika mereka belajar di University of Phoenix. Muna fasih berbahasa Inggeris, Sepanyol dan Melayu. Tetapi apabila ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari kolej, Muna dan ibunya pulang ke Malaysia.

“Usted va a su ciudad natal?” tanya Nayef Ghasem dalam Spanish ketika menghantar Muna di airport, anak diplomat Arab. Muna tahu lelaki Arab yang tua beberapa tahun darinya itu menaruh hati padanya semenjak mereka berjiran tidak lama dulu. Muna masih muda. Justeru itu, tidak tidak mengambil kisah akan soal hati.

Muna mengangguk. Tidak sekilas pun dia memandang Nayef.

“Pero por qué mi querido?” tanyanya lagi. Suaranya lirih. Muna masih menundukkan kepalanya.

“Tengo también. Tengo también ir de nuevo a Malasia”, jawab Muna perlahan.

“Puede usted prometerme que usted nunca se olvidará de mí, mi querido?” pinta Nayef. Muna mengangkat muka. Memandang ke arah Nayef. Lelaki yang banyak membantunya ketika dia Sepanyol. Lelaki itulah yang melindunginya dari orang asing ketika dia pulang dari sekolah pada waktu malam. Lelaki itulah yang sentiasa membantu Muna dan ibunya membeli barangan di pasar. Lelaki itulah yang sering memandu kereta peninggalan arwah ayahnya jika Mun dan ibunya ingin kemana-mana.

“Sí. ...insya Allah” kata Muna sebelum berlalu pergi.







p/s: Mari belajar Spanish:

Usted va a su ciudad natal? :: Are you going back to your hometown?

Pero por qué mi querido? :: But why, my dear?

Tengo también. Tengo también ir de nuevo a Malasia :: I have too. I have too go back to Malaysia.

Puede usted prometerme que usted nunca se olvidará de mí, mi querido :: Can you promise me that you will never forget me?

Sí….:: Yes, I will.


[ Posting ini telah di edit oleh: kinobaik pada 2005-05-15 18:46 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-05-05 18:51


Salam...
Sori kalu tetiba je dah habis SPM.ehehe....

Syahidatul, MohdHanafi, hyunckel_asyraf, kuahdurian,meow, etc ..sambung ar weih...aku je yg poyo semacam. Kowang nak dormant gak ke?

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 09:54




kino, kami ni skang dah syok jadi penonton dan pembaca setia ko dah kottt! ahaha..

sumer org ade keje, kena pi keja, kena belajo, ada exam, dll.. kino sowang aje tengah lepak2 kat umah tuu... ehehee (alasan yg ala-ala poyo gak)



p/s : dulu kita yg mintak dia sambung, skang dia lakks.. sian kino hihihihi

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 11:26


Dengan dukacitanya kino akan memberhentikan posting buat sementara waktu. Heheh <--poyo. Shye kata ada unsur2 gila kuasa..huuuuu

Dipersilakan kpd syahidatul, MohdHanafi, hyunkcel_asyraf, meow, etc untuk menyambung flashback ini..

Malam itu sesudah pulang dari surau bersama Tok Ayah, aku mengambil angin di serambi rumah. Sejenak aku teringat pada Kursus Kecemerlangan SPM yang diadakan kira-kira sebulan sebelum SPM....

We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



[ Posting ini telah di edit oleh: kinobaik pada 2005-05-17 11:31 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 12:51


wey, tuduh sesuka hati. hehe

oklah, nih kinobaik gak yang suruh saya sambung nih.. huhu, sebenarnya dah takde idea... uhuk uhuk, ini paksaan...


Malam itu sesudah pulang dari surau bersama Tok Ayah, aku mengambil angin di serambi rumah. Sejenak aku teringat pada Kursus Kecemerlangan SPM yang diadakan kira-kira sebulan sebelum SPM. Segalanya masih segar di kotak fikiranku.

Kesemua pelajar Tingkatan 5 iaitu sejumlah 350 pelajar aliran Sains Kejuruteraan, Sains Tulen dan aliran agama telah terlibat. Kursus itu berlangsung selama 2 hari. Para pelajar telah dibahagikan mengikut kelas dan telah diberi segala aturcara kursus tersebut, agar masing-masing tahu pengisian kursus tersebut.

Aku dan Acap memang tidak sabar-sabar lagi hendak menghadiri kursus ni. Mana taknye, masa tu tengah berkobar-kobar nak hadapi SPM. Trial SPM yang lepas cam hampeh je, so kami sama-sama dah tanam azam baru. Kami dah tak kira, walau rintangan apa sekali pun, kami akan gagahi jua.. Kami impikan 9A1. Harapan mak dan ayah di kampung halaman masih tersemat dihatiku. Aku tak ingin mereka kecewa lagi. Peristiwa yang menyayat hatiku dahulu, tidak ingin kuhadapi lagi. Cukuplah dengan segala ragamku yang selalu memeningkan kepala mereka. Aku ingin lihat mak dan ayahku gembira dan bangga mempunyai anak seperti Ahmad Azman.

Aturcara dimulakan dengan ucapan daripada guru Hal Ehwal Pelajar, Encik Su'aidi. Beliau mengatakan mengenai harapannya, harapan guru-guru, harapan sekolah, father and mother, bangsa negara..bla..bla..bla.. cemerlang, gemilang, terbilang.. etc etc. Dan semoga kursus itu memberi banyak manfaat kepada kami golongan candidate SPM nih. Pada masa yang sama, dalam mindaku terfikir.. bukan manfaat untuk SPM sahaja, malah banyak memberi kenangan padaku.. saat-saat antara aku dan gadis yang masih misteri bagiku pada waktu itu, MUNAWWARAH.

Dalam aturcara program kursus tersebut, adalah diselitkan dengan teknik-teknik belajar, memahami, menghafal, mengulang dan mengingat semula, serta tips-tips berguna untuk dilakukan sebelum, ketika dan selepas menghadapi SPM nanti. Classmates aku yang lelain pun mendengar dengan penuh teliti. Selain Acap, rakan-rakan sekelasku adalah Faizal, Anis, dan Kina yang chubby. Kami memang banyak saling membantu jika ada di antara kami yang menghadapi masalah dalam studies. Acap dengan LK nya, Faizal dengan Englishnya, Kina sebagai sifoo Add Maths, Fizik takpe aku lah yang terer, Anis pula banyak membantu dalam subjek Kimia. Agama, Ustad Hanif ada je.. walaupun dia kelas 5 ST 1, tapi dia satu dorm je ngan aku. So, aku suka tengok skema jawapan dia untuk paper-paper agama pass year.. Nota dia pun kemas jugak. Tu pun aku kena merayu-rayu, baru dia kasi pinjam buku nota dia. Heh..

Kami bergerak ke tempat duduk kumpulan masing-masing untuk sesi Latihan Dalam Kumpulan pula. Rakan-rakan sekelasku kesemuanya telah berpecah. Aku melihat kertas di tanganku. Kumpulan Teratai. Aku menanti kehadiran ahli-ahli kumpulanku yang lain. Sementara tu aku duduk je atas kerusi, sambil menggosok-gosok tanganku yang dah kesejukan. Sejuk betul air cond dalam dewan kuliah nih..Huhu, beku aku. Di sekililingku ada 6 buah kerusi yang belum dihuni. Aku tunduk, menanti.. isk, dah le sejukkk.

*******

"Muna, ermm... ha! itu dia, tu kumpulan Teratai." ujar Syahida sambil menuding ke satu arah. Tulisan yang tertulis 'Teratai'. "Jom, jom..", sambil menarik tangan Muna.

Ehh... budak blur ni lagi? Dapat satu kumpulan rupanya.. Muna bermonolog sendirian. Dia duduk bersama Syahida di sebelahnya. Kemudian tiba pula ahli-ahli kumpulan yang lain. Antaranya Rizal, Fahmi, Aleen, dan..Hanif. Muna agak terkejut apabila menyedari Hanif, rakan sekelasnya itu juga satu kumpulan dengannya. Excited pun ada...

Sesi ta'aruf pun bermula dan setelah itu, setiap ahli melihat dan meneliti helaian kertas yang telah diedarkan sebelumnya. Untuk tugasan pertama, mereka perlu berbincang mengenai satu jenis soalan ramalan SPM untuk exam penulisan dalam subjek BM nanti. Mereka berbincang fakta-fakta yang bersesuaian. Masing-masing menunjukkan kebolehan yang tidak kurang hebatnya. Man juga tidak ketinggalan.....

Boleh tahan juga Ahmad Azman ni ya...ingatkan blur je memanjang.. Pandai juga. Muna bermonolog sendirian lagi.. Tetapi dia lebih menumpukan perhatian terhadap penerangan Hanif..

**********

Fuuhh...panjang lebar aku terang tadi.. Habis aku perah otak aku. Nasib tak terkantoi apa-apa depan Munawwarah lagi.... Tak sanggup aku terkantoi untuk kali ketiga.. Man menarik lafas lega. Dia pun tidak sangka dia mampu memberikan hujah-hujah yang bernas atas fakta-fakta yang dikemukakannya.

Masa perbincangan telah tamat. Setiap kumpulan perlu melakukan presentation dan berkongsi dengan satu dewan segala apa yang telah mereka bincangkan dalam kumpulan.

Oleh sebab Man telah menyampaikan hujah dan argumennya tentang fakta dengan penuh keyakinan sekali tadi, maka ahli kumpulan Teratai telah bersepakat memilih beliau sebagai wakil kumpulan untuk lakukan presentation di hadapan. Man dibantu pula oleh Muna. Muna pulak, si Syahida yang beriya-iya mencadangkan agar Muna turut mewakili kumpulan. Hehehe, Syahida ni bagus jugak yer... cam paham-paham je apa yang aku tengah fikir.Fikir Man. Man tersengeh keseorangan.. Dia yakin dia boleh present dengan baik sebentar lagi....





Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 16:36


[quote]
Untuk tugasan pertama, mereka perlu berbincang mengenai satu jenis soalan ramalan SPM untuk exam penulisan dalam subjek BM nanti. Mereka berbincang fakta-fakta yang bersesuaian. Masing-masing menunjukkan kebolehan yang tidak kurang hebatnya. Man juga tidak ketinggalan.....

[/qoute]

---------------------------------------------

setelah berpuas hati dengan isi perbincangan itu, Man mencadangkan Muna yang mempunyai tulisan paling cantik untuk menulis poin-poin di atas kertas mahjung.

'Kesian juga pada Muna ni kena control tangan dia untuk tulis dengan tulisan yang paling lawa' Man berbisik sendirian dalam hatinya.

Memang menjadi kegemaran Man memerhati telatah orang apabila berada dalam keadaan seperti itu. Sampai satu hari, dia masih ingat lagi kata-kata sahabat karibnya Yus, "Ehh, engkau ni Man, kalau tenung orang tu macam nak makan orang tu sahaja"

Kadang-kadang terketar-ketar juga tangan Muna tu ketika menulis. Man pun tidak faham kenapa? Mungkin dia sedikit gelabah apabila semua ahli kumpulan memerhati dengan asyik perlakuannya yang sedang menulis tu. Boleh jadi dia rasa rimas sedikit, mana lah tahu kut kut nanti tersasur pula tangannya. Tapi Muna tegar juga meneruskan tulisannya, dia tidak pernah merosakkan tulisannya dengan kesalahan ejaan atau kesilapan ayat. Begitulah telitinya dia dalam membuat kerja.

Selepas siap....
"Fahim, Rizal ... jom ke depan. Bantu aku pegangkan kertas mahjung ni" Man sedikit bengang, nanti dalam borang analisis program dia akan tuliskan cadangan supaya disediakan pita pelekat @ double tape untuk memudahkan perbentangan dibuat.

Dia memulakan bicara.."Ehem ehem....(sambil tersengeh) errr.....kami kumpulan Teratai akan bentangkan isi-isi penting dalam karangan yang bertajuk "Kepentingan toleransi antara kaum dalam masyarakat majmuk". Dalam benak Man, terfikir juga mencabar juga takjuk penulisan ini. Soalan ini selayaknya diberikan untuk pelajar Pengajian Am di peringkat STPM, pada pendapatnya. Tetapi itulah hakikatnya, semakin tahun tajuk-tajuk untuk karangan BM semakin mencabar minda, ini bermakna lebih banyak input yang perlu dimasukkan agar isi karangan itu dapat diolah dengan baik.

Ketika ingin memulakan bicaranya, tiba-tiba kedengaran laungan Azan dari masjid yang berhampiran sekolah.

"Ok lah kawan-kawan, kita berhenti seketika untuk menghormati azan" Kata Man dengan yakinnya.

---------------------------------------------------

PS: Sambungkan

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 17:49


(sambung balik lah, baru siap solat Asar 10 minit yg lalu)

selesai saja azan, Man terus menyambung perbentangannya.

"Ok, kalau kita tengok pada tajuk karangan ini....(sambil tangnnya menunjukkan ke arah tajuk yang tertera di atas kertas mahjung: Kepentingan toleransi antara kaum dalam masyarakat majmuk)
..kita boleh katakan bahawa kepentingannya adalah seperti berikut..." Man melihat semua audien yang sedang mendengar perbentangannya.

Sesekali matanya jatuh juga pada muka seseorang yang pada fikirannya boleh membuatkannya berdebar-debar. [dalam hati...

...apasallah aku ni, masa ni pun sempat lagi fikirkan perkara yang tak sepatutnya aku fikir]

Man menghela nafas panjang dan meneruskan bicara "Isi pertama yang kami cadangkan ialah 'toleransi di antara kaum akan menjadikan semua rakyat hidup dengan rukun', kedua 'toleransi mengingatkan setiap bangsa atau kaum kepada asal-usul mereka', ketiga 'toleransi menjadi pemangkin ke arah pembangunan yang saksama', keempat 'toleransi memudahkan kerajaan melaksanakan dasar yang ditetapkan (dalam hal yang membabitkan integrasi kaum), dan kelima 'toleransi memudahkan kita membina imej tamaddun bangsa Malaysia yang unggul'..."

"Sekarang saya rasa dah lengkap perbenatangan saya ni, jika ada persoalan atau tidak bersetuju dengan isi yang diberi...silakan. Anda boleh bertanya atau beri pendapat. Jika saya tahu atau ada idea untuk menjawabnya, saya akan jawab dan komen, jika tidak saya akan serahkan sahaja kepada rakan-rakan dalam kumpulan Teratai ni" Ketika menyebut perkataan 'serahkan' itu dia melihat wajah Syahida.
Sambil bermonolog "Selepas ni kalau aku tak boleh jawab, hmm... , aku nak minta Syahida yang jawabkan"

-------------------------------

sambungkan...

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

siti_nurhaliza93
Warga Rasmi
Menyertai: 17.02.2005
Ahli No: 14442
Posting: 17
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 18:02


.....

sesampai je kat tempat tusyen tu.....muke mr.liew yg garang macam singa tu berade di hadapan kite org so..ape lagi kiteorg pun pelan2lah masuk kat dlm kelas tusyen tu .....sambil membuat muke seploh sen
lepas tu tetibe je kiteorg terdengar............


sorry dah tek de idea dah!


Bookmark and Share

  


  Member Information For siti_nurhaliza93Profil   Hantar PM kepada siti_nurhaliza93   Pergi ke siti_nurhaliza93's Website   Quote dan BalasQuote

amar_kun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16570
Posting: 56
Dari: Bumi Allah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 18:22


Quote:

On 2005-05-17 18:02, siti_nurhaliza93 wrote:
.....

sesampai je kat tempat tusyen tu.....muke mr.liew yg garang macam singa tu berade di hadapan kite org so..ape lagi kiteorg pun pelan2lah masuk kat dlm kelas tusyen tu .....sambil membuat muke seploh sen
lepas tu tetibe je kiteorg terdengar............


sorry dah tek de idea dah!




"terima kasih siti_nurhaliza93 dengan sepatah dua kata dari anda tadi," kata emcee yg mukanya hensem macam amir khan itu.

"hm.. disebabkan saya sebagai emcee hari ini juga tidak ada idea untuk menyambung cerita pasal kelas tuisyen dan mr. liew dengan singanya, maka marilah sama2 menyambung pembentangan kumpulan teratai oleh saudara mohamad azman tajuk 'kepentingan toleransi dalam masyarakat majmuk'".

"dengan segala hormatnya dipersilakan!!" kata emcee yg hensem itu sambil menyerahkan kembali microphone kepada azman dan rakan2nya.

[ Posting ini telah di edit oleh: amar_kun pada 2005-05-17 18:25 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For amar_kunProfil   Hantar PM kepada amar_kun   Pergi ke amar_kun's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 18:39


Disebabkan rakan-rakanku semuanya dah memberikan sumbangsih... kini tibalah plak giliran meow <-- poyonye.. bak kata kinobaik...

....................................................................................................................................................

Man masih lagi menantikan suara-suara yang bakal melontarkan soalan kepadanya. Dalam hatinya berdoa janganlah keluar soalan-soalan cepumas dalam dewan nie... Ermm kalau keluar le soalan camtu, rezeki Syahida la nak menjawab. Ehehe.. Fahmi dan Rizal dah keletihan memegang kertas mahjung. Otot-otot lengannya dah kekurangan kalsium untuk contraction dah nie..

"Man, aku rasa dah takde soklan tu... blah la jom... lenguh nie" Fahmi mengomel.. Dipandangnya Man yang terkebil-kebil menantikan soklan dari warga dewan.
"A'ah la Man.. dah nak paralyse dah tangan aku nie..." Rizal pulak meyuarakan.

"Oklah... kalau takde soa..."
"Er, jap... sy ada soklan..." belum sempat Man menghabiskan ayatnya, kelihatan tangan diangkat di bahagian penjuru kiri dewan. Alamak budak nie la pulak. Siapa yang tak kenal Siti. Pemidato terbaik daerah. Nie mesti buat soklan tsunami nie. Azman dah kecut perut. Ditenungnya Syahida. Konon-konon memberikan isyarat pada Syahida menghidupkan sel-sel otak untuk persediaan menjawab soklan.

"Ye.. cik Siti.. silakan.. ape soklannye?" Azman berbudi bahasa..
"Awak menyatakan tadi toleransi sangat penting untuk membolahkan terwujudnya bangsa Malaysia yang unggul... saya rasa hujjah-hujah awak yang sebelum nie tadi jugak menyatakan ke arah mewujudkan tmadun bangsa Malaysia yang unggul.. bukankah dengan adanya pembangunan yang saksama, bangsa yg hidup rukun damai dan kenal sosio-budaya masing-masing mewujudkan bangsa Malaysia yang unggul? Kesimpulannya, awak hanya membentangkan isi yang sama tapi dalam konteks ayat yang berbeza sahaja.." Hmm panjang lebar hujah cik Siti nie. Macam mana lah aku nak jawab nie. Alahai apesal diorang nie tak terpikir tadi.. aku dah nak tension kat depan nie.

Azman cuba juga nak menjawab, tapi kotak fikirannya dah buntu. Takde idea. Semua yang difikirkannya sebentar tadi hilang lenyap ditelan soklan tsunami Siti tadi.

Dan setelah dia yakin akan tindakannya.. setelah berfikir dengan panjang juga dan rapi dia pun menyuarakan....

"Saya rasa, lebih elok ketua kumpuln kami cik Syahida memberikan jawapan dan hujah bernas untuk menangkis kesimpulan cik Siti tu... ermmm silakan cik Syahida.." kata Azman sambil tersengih. Syahida yang sedari tadi termenung, terkejut beruk mendengar namanya dipanggil Man. Ape nie.. mengenakan aku plak. Monolognya sendirian.
Syahida memulakan bicaranya...

"Eh eh erm.. sebenarnye...."


..........................................................

sambunglah plak yer.. takde idea.. maybe Syahida bleh sambung kot..



[ Posting ini telah di edit oleh: Meow pada 2005-05-17 18:43 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 01:31


syahidatul : sabar je lah.. selalu jadik mangsa keadaan.. wuhuhuhu. ye la saya buat..

p/s : MohdHanafi ni macam nak kenakan saye je ye!!
-------------------------------

"Eh eh erm.. sebenarnye...."

Ya Allah terkejut aku. Man ni pun satu... Apesal aku lak yang kena jawab? Bila masa lak aku nih jadi ketua kumpulan Teratai? Huh sabo je... Man ni dah lupa ke Muna partner presentation dia... isk iskkk. Sia-sia je Muna nih...setakat nak jadi public figure kat depan tuh, adik aku kat umah pun bleh. Kucing aku pun bleh.

Syahida membalas pandangan Man dengan pandangan yang menikam. "Jage ko Man... huhuhuhu." Kini mata Man dan Muna memandang ke arah Syahida dengan wajah yang seploh sen..mengharapkan bantuan. Semua mata yang terdapat di dewan itu juga memandang Syahida, semua bagaikan menanti-nanti jawapannya.

"Cepat ar jawab Syah, mintak-mintak ko leh jawab.." sama saja apa yang difikirkan Man dan Muna pada ketika itu.. ye lah, kang kalau tak jawab lak kang, kumpulan Teratai gak yang malu.

Dengan penuh keyakinan (agaknya sebab geram sangat), Syahida memandang ke arah Siti, atau nama penuhnya Siti Nurhaniza (tak dak kena-mengena ngan sapa2 eh)..pemidato terbaik daerah. Syahida tidak mahu kumpulan Teratai mengaku kalah dengan soalan-soalan itu tadi.

"Maafkan saya saudari Siti yang bertanya. Saya fikir saudari Siti belum berfikir secara mendalam...atau mungkin saja saudari tidak mengambil sepenuh perhatian terhadap pembentangan ahli kumpulan kami sebentar tadi." ujar Syahida dengan penuh sinis sekali.. Syahida bergerak dan berdiri di hadapan kertas mahjong itu. Dilihatnya Rizal dan Fahmi macam dah tak betah berdiri dah.. Sabar ar jap...cuba la macho skit.

"Saya rasa cik Siti telah tersalah faham. Isi-isi yang kami bentangkan pada hari ini adalah berdasarkan tajuk kepentingan toleransi di antara kaum dalam masyarakat majmuk."

"Saudari Siti maksudkan dalam soalan tadi adalah mewujudkan bangsa Malaysia yang unggul dengan cara adanya pembangunan yang saksama, bangsa yang hidup dengan rukun dan mengingati semula sosio-budaya masing-masing, yakni isi-isi yang telah dibentangkan tadi. Dan saudari Siti katakan yang isi-isi ini adalah lebih kurang sama sahaja."

"Sudah tentulah isi-isi ini ada persamaannya kerana kesemuanya adalah merupakan kepentingan suatu amalan iaitu bertoleransi atau dalam erti kata lain, manfaat-manfaat yang negara kita perolehi sekiranya wujud sikap bertoleransi di kalangan masyarakat majmuk di negara ini."

"Walau bagaimanapun, walaupun isi-isi ini ada persamaannya, namun setiap satunya ada hujahnya yang tersendiri dan tidaklah boleh kita kategorikan fakta-fakta ini kesemuanya sebagai sama."

Begitu panjang lebar jawapan Syahida. Man yang sedari tadi kejenye asyik dok mengangguk aje dengan penerangan itu, mungkin tanda bersependapat. Muna pula tersenyum pada Syahida, gembira kerana soalan itu tadi telah terjawab... Syahida kembali duduk...lega. Hanif yang duduk sahaja sejak pembentangan tadi menunjukkan simbol 'bagus' kepada Syahida..

"Em, baik. Jadi, adakah penerangan tadi menjawab soalan saudari Siti itu tadi?" tanya emcee yang sejak tadi memegang mikrofon di atas pentas, sambil memandang ke arah Siti Nurhaniza di pinggir dewan berkenaan. Siti mengangguk setuju.

Man, Muna, Rizal dan Fahmi kembali duduk di kerusi kumpulan Teratai.. leganya pembentangan dah abiss.. Man memandang Syahida sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk...


p/s : skarang ni antara Man ngan Muna, takde jadi ape-ape pun? hadoi... ok la sila sambung...

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 01:51


"Man!! Ko nie, nakal lah...apesal suruh aku jawab tadi?" Syahida mula menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Man menjawab dengan separuh berbisik, "Alaa Syah, jangan la amik ati...aku kesian kat Muna tu jee. Heheheh.."

"Poyo arr! (ala-ala gaya kinobaik bercakap) Banyak la ko nye kesian. Kot ye pun nape tak suruh Hanif ke...Aleen ke."

"Ehehehe..." tu je la yang Man reti. Tersengeh..sengeh.

"Ala, Syah.. takpelah. Awak pun tadi ok pe.. Muna tengok ok je Syah jawab.." Muna pula bersuara..

Eh, Muna nih... backing aku lak.. Satu kemajuan nih. Heh heh... fikir Man.



Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 07:53


“Puede usted prometerme que usted nunca se olvidará de mí, mi querido?” pinta Nayef. Muna mengangkat muka. Memandang ke arah Nayef. Lelaki yang banyak membantunya ketika dia Sepanyol. Lelaki itulah yang melindunginya dari orang asing ketika dia pulang dari sekolah pada waktu malam. Lelaki itulah yang sentiasa membantu Muna dan ibunya membeli barangan di pasar. Lelaki itulah yang sering memandu kereta peninggalan arwah ayahnya jika Mun dan ibunya ingin kemana-mana.

“Sí. ...insya Allah” kata Muna sebelum berlalu pergi.

*****************************
ok, plot flash back tu dah habis.....so silakan cik 'kinobaik yang hebat' untuk sambungkan part si Muna yang seterusnya....

TQ



-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

  


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 12:29




mana cik kino kite nie... janji dah ditepati... dah cukup 6 posting dah nie... ha.. jgn nak tambah syarat2 baru lg lak.... ehehehehe

p/s: jgn marah kino...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 14:54


ish... dan-dan je siap 5-6 posting satu hari ek...
Syahidatul::
MohdHanafi :: saya tak sehebat mana pun. Sekadar mengisi masa lapang<--Kino down to earth.
meow:: ish..tak marah pun..
amar_kun :: tq

p/s: boleh lak sempat buat cenggini ek? hehehe.. here comes my new posting..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Abang!! Mak panggil hang masuk,” suara Yusuf merencatkan lamunanku. Hampir gugur jantungku disergah begitu. Hampasgas punya adik. Hampir ku luku kepalanya tapi tak mengena. Seketika kuterasa degupan jantungku agak laju. Gaya baru lepas berenang kuak lentang 100m je. Mujur le pericardium aku cukup kukuh untuk menampung jantungku yang berdegup kencang. Kalau tak, sia-sia je sternum aku retak dihentak vibration jantung nih.

Kukerling ke arah jam tangan digital Casio di tangan kiriku. Pukul 9.40 malam. Hm… lamanya aku mengalamun. Huish. Segera kuatur langkah menuju ke ruang tamu. Tak sampai hati membiarkan mak menungguku dengan lama. Kulihat mak kesayanganku sedang melipat pakaian. Ayahku pula sedang asyik menonton perlawanan bola keranjang di saluran ESPN. NBA League : Orlando Magic vs. Chicago Bulls.

“Hm..awatnye mak panggil cek?” tanyaku sebaik sahaja mengambil tempat di sebelah mak. Kuambil sehelai dua kain pelikat lalu melipatnya (sebab kain pelikat senang nak dilipat).

“Hang ni pun…takkanlah mak tak boleh panggil anak mak..,” kata Mak Piah. Merajuk.

“Alahai mak cek yang sorang nih… ,” kataku lantas memicit-micit bahu mak. Mak Piah hanya memuncungkan bibirnya.

“Hm…cek tak bermaksud pun camtu…cek tanya ja. Awatnya mak panggil cek tadi…ada perkara penting ka? Mana la tau, kot-kot anak Makcik Bedah depan umah tu nak masuk minang cek ka..,” aku cuba berlawak. Kulihat Mak Piah ketawa. Adikku mengangkat kening. Ayahku pula masih khusyuk di depan Astro.

“Huh!! Perasan sungguh abang Mat ni. SPM pun tak tau dapat berapa. Ada hati nak kena pinang konon. Macamlah dia tu anak dara,” Yus berkata dalam nada ‘tak tahan dengan keperahsantananku’. Aku membalas dengan membuat kening double-jerk.

“Mat, hang tak da apa-apa rancangan ka cuti panjang nih?” tanya Mak Piah. Aku hanya memandang wajah makku dengan penuh kasih sayang.

“Mak ni… bukan apa Mat. Mak pakat kesian tengok hang ni. Dok melangut ja kat rumah. Hang tak mau ka pi pekan? Cari kerja. Boleh hang dapat duit. Buat belanja hang ka. Atau bayar (sebut : bayaq) yuran hang masuk sekolah tinggi nanti,” sambung Mak Piah lagi.

Aku merenung kosong ke arah pemain position C bagi pasukan Bulls, Jared Reiner dan Kelvin Cato bagi pasukan Orlando. Kedua-dua mereka mempunyai ketinggian yang sama iaitu 6 kaki 11inci atau 2.11 meter. Tetapi Jared Reiner kelihatan berlari lebih laju berbanding Kelvin Cato kerana berat badannya yang kurang 20lbs berbanding Kelvin Cato. [Jared Reiner: 255lbs, Kelvin Cato: 275lbs].

“Mat. Hang nih dengar (sebut: dengaq) tak ni? Ya Rabbi budak bertuah ni..,” ujar mak apabila melihatkan reaksiku yang acuh-tak acuh itu.

“Hm…” gumamku sambil mengusap-usap janggut sejemput di daguku yang berlekuk persis Siti Nurhaliza ini….

“Abang kerja kampung ja lah. Pi amik upah sabit rumput bagi lembu Pak Ali makan,” sampuk adikku. Aku mencerlangkan mataku. Kukira Yusuf seperti sedang mengidam luku tahap petala lapan dariku. Nak diluku depan ayah, nanti kena sound. Hm..Silalah pakai full-faced helmet bila tido malam nanti Yusuf!! Tapi sebelum tu, segera kucapai kusyen di kerusi belakangku. Lantas kubaling kusyen dengan gaya slam dunk ke arah Yusuf sedang tersengih bak kerang busuk itu.

“Eleh.. abang ni..macam bagus. Ada hati nak jadik cam Carlos Arroyo ar tu,” kata Yusuf. Balinganku mengena. Aku tersenyum puas.

“Ok la tu. Abang pun hensem cam Carlos gak pe. Boleh ganti dia dalam Indiana Pacers,” balasku sesedap rasa. Carlos Arroyo pemain Indiana ke? Hehehe… Belasah je..

“Carlos Arroyo bukan player Indiana ar. Dia Detroit ar.. Itu pun fail,” balas Yusuf dengan muka yang tak dapat kutafsirkan dengan kata-kata.

“Mat…”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



[ Posting ini telah di edit oleh: kinobaik pada 2005-05-18 14:58 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 771
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 15:02




Bookmark and Share

  


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Pergi ke hafiz_along_83's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 17:14


Ye.. ye.. cik Kino is back... ehehe... <-- konon2 nak mengampu kino la nie...

....................................................................................................................................................

"Mat.... hang nie kalau mak tanya pasai kerja... buat dek aja.. kalau tanya pasai marka (awek dlm bahasa KL) laju terbeliak bijik mata..." Mak Piah melepas kegeramannya di dalam hati. Anak bertuah nie, payah betul nak disuruh bekerja. Melangok aje bawah pokok rambutan tepi rumah tu.

Mat yang sedang asyik menonton perlawanan di tv tetiba je terkejut dengan satu cubitan dahsyat dari mak Piah. Kira-kiranya warning pertama la tu. Signs and symptoms yg menandakan tak lama lagi pembaca berita sambilan Cik Piah Pak Wan Chek nak start berleter. Ehehe. Mat tergelak sendirian dalam hati. [erk boleh ke gelak dlm hati?? ah lantakle]

"ermm apa dia mak... sapa mai minang cek??" Met tersengih menunjukkan giginya yang tersusun macam pagar rumah Mak Lijah tepi rumah tu. Tapi caries yang banyak menempek di celah giginya itu akibat kari ikan sembilang dengan tempoyak yang dijamahnya tadi telah menguningkan keindahan giginya.
"Ha... tengok tu..." mak Piah menjuih bibirnya.
"Ala mak nie... orang nak melawak dengan mak pun tak buleh ka? sat nie esok lusa cek pi la cari kerja tu... esok ka.. lusa ka.. tulat ka.. tahun depan ka.." kata-kata Mat semakin perlahan bila sampai ke bahagian 'tahun ka'. Takut juga dia kena serangan balas dari maknya tu.

"Toksah la Mat. Hang ikut abah pi buat bendang la senang.." tetiba abahnya mencelah.

Aik? tengah tengok tv pun bleh dengar ke? Wuisy dahsyat la abah aku nie. Alahai buat bendang? Lintah dengan pacat dengar pun buleh pecah perut diorang ketawa. Mata cangkul pun aku tak kenal macam mana nak buat bendang. Mat bermonolog sendirian..

"Ha... yang tu pun ok gak.. i am bery setuju wis you mai honey... eh mai hubby..." mak Piah mennggunakan bahasa omputihnya yg dicampur aduk dengan bahasa kedah.
Yusuf yang berada di sebelahnya terkekeh-kekeh mendengar.
"Apa yang hang dok gelak tu Sop? awat hang ingat mak tak reti cakap omputih ka? bahsa sepanyol pun mak tau aih..." balas Mak Piah tak berpuas hati dengan kekehan anak bungsunya tu.
"Oooo i lap you my honey too.. u selalu sokong my idea..." balas abahnya Mat pulak.
"Ai mak... abah... bila mak ngan abah belajaq nie? terer dari Mat dah nie..." balas Mat sambil berseloroh..
"Dah.. toksah nak pelecey [nie pure asli dari kedah punya perkataan, kalau tak paham buat2 paham je la yek] kami... hang nak pi kerja di pekan tu ka hang nak buat bendang ngan abah?" tanya abah Mat.
"Cek try la dulu abah..." balas Mat lemah.
"Nak try apa kebendanya... hang nie macam angau saja? Lain kami tanya hang jawab merepek saja." Abah Mat seperti dapat membaca kepala otak anak lelakinya tu. Maklumlah.. dia pun lelaki. Pernah juga angau dengan Cik Piah dulu..
Mat memalingkan mukanya sambil berkata...
"Isy............


.................................................................................................................................

p/s: sambungla plak... idea ntah ape2 ntah..




[ Posting ini telah di edit oleh: Meow pada 2005-05-18 17:16 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Meow pada 2005-05-18 17:24 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 18:22


"Isy.. hmm.. cek ingat cek nak buat istikharah ar mak," balasku spontan. Yusuf ketawa besar. Memang aku dah khaskan jenis-jenis luku yang bakal dirasainya malam nih..

"Hm.. elok sangat la tu mai son. U pray good-good noo..," balas Mak Piah.

Aku hanya mengangguk. Parah aku dibuatnya kalau duduk lama-lama kat sini. NBA League tak habis lagi. Isk. Takpe la. Ada siaran ulangan. Esok buleh tengok.

"Mat!!"segera ku berpaling ke arah makku.

"Nih baju hang nih. Pi bawak masuk dalam bilik tu. Hang susun elok-elok noh..," ujar Mak Piah sambil menghulurkan kain bajuku yang telah siap dilipat.

"Yusuf, yang hang dok melangut lagi ni pasai apa? Esok hang tak mengaji ka? Pi masuk bilik. Belajaq. Minggu depan hang kata ada mid-term exam," arah ayahku. Yusuf tersengih ala-ala manja. Lantas dia melangkah masuk ke dalam bilik.

"Abang Mat, cek rasa la kan, baik kalau abang pi pekan.Kalau abang kerja kat pekan, gaji abang banyak sikit kot.Buleh abang belikan cek komik street fighter," tutur Yusuf sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Bernas sangatla ideanya tu kononnya. Aku hanya memandangnya kosong.

"Loqlaq la hang nih. Baik hang pi siapkan kerja kursus geografi hang tu. Nanti tak pasai ja hang kena ligan dengan Cikgu Abu garang tu," balasku.

"Ala bang.. takat mana pun Cikgu Abu tu nak ligan cek? Dia mesti semput punya," ujar yusuf.

"Pala lutut hang la. Pi belajaq," kataku. Sempat ku luku kepalanya. Tu baru warm-up.Hehe..

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 21:50


Jam synchcro.beat - Swatch di pergelangan tangan kirinya dipandang sekilas.

Hm..manalah atuk ni? Kata nak gi Tesco… gumam Hakim sendirian di dalam Unser yang diparkir di laman atuknya. Sudah puas di miscall nya telefon rumah atuknya.

Tok! Tok!

Seorang gadis manis bertudung putih berdiri di sisi Unser bewarna merah metaliknya. Hakim segera melontarkan senyuman lantas dia keluar dari Unser.

“ ...”, sapa gadis manis itu lembut.

“…”, balas Hakim.

“Estoy apesadumbrado, nosotros soy atrasado,” ujar gadis manis yang berbaju kurung blueblack dihiasi bunga-bunga kecil bewarna putih itu.

Hakim mengangkat sebelah keningnya. Tak habis-habis ngan Spanish je Minah comel nih. Hakim berkata-kata dalam hatinya. Matanya menyapu bersih wajah anak Mak Langnya yang sudah lama tidak bertemu.

“Sorry la cik Muna oi. Abang Hakim faham French je. Spanish-Spanish ni tak main ar..”.. balas Hakim, yang menuntut di France-Malaysia Institute, FMI sambil tersengih tawar. Letih menunggu. Tunggu dalam Unser dengan air-cond terpasang pun nak letih ke?

“Huk eleh..berlagak…” kata Muna perlahan.

“Eleh..dia yang start dulu ngan Spanish dia tu...” balas Hakim, tak mahu kalah.

“I désolé a indiqué” tutur Muna sebiji-sebiji. Tiba-tiba tawa Hakim meletus. Muna menarik muka empat belas.

“J'ai dit que 'je suis désolé '…that is the correct sentence,” ujar Hakim dalam tawa yang masih bersisa.

“At least, Muna try . Hmm..Bonjour,” kata Muna dengan penuh bersemangat. Hakim mengangkat bahunya. Tanda malas nak melayan karenah sepupu rapatnya itu.

“Muna, kalau setakat Good Morning tu, atuk pun reti,” tiba-tiba Pak Samad mencelah. Memberhentikan drama swasta yang cuba dilakonkan oleh Hakim dan Muna. Muna dan Hakim ketawa.

“Où est notre grand-mère ?” Hakim mengusik atuknya. Sengaja diseriuskan mukanya.

“u-no-gron-miu..?” gumam Pak Samad. Muna masih tersenyum-senyum. Seronok dia melihat telatah atuknya.

“Où est notre grand-mère ?” ulang Hakim. Gaya cam beria-ia je nak mengajar atuknya Bahasa Perancis.

“u-es-…”tutur Pak Samad.

“Sudahlah awaknya. Kalau dilayan budak berdua nih, sampai esok pun belum tentu saya sampai ke Tesco tu,” celah Mak Mah seraya membuka pintu belakang Unser.

“Ha, kamu tu Hakim. Naiklah cepatlah. Tadi berdering-dering telefon umah ni kamu miscall. Alih-alih sekarang, kamu nak ajar bahasa omputih kat atuk kamu pulak,” sambung neneknya lagi.

Aci redah je miscall tepon umah. Perlu ke? gumam Muna sendirian.

“French la nek..” ujar Hakim dalam senyuman. Segera dia menuju ke arah driver seat. Muna dan Mak Mah sudah berada dalam perut Unser. Pak Samad pula bersikap sedia di pagar rumah. sesudah mengunci pagar, Pak Samad mengambil tempat co-driver.

Hakim memandu menghala ke arah Tesco yang terletak di Sungai Petani. Memandu ke Sg. Petani dari Kulim mengambil masa sekitar 30-45 minit.[meow yang kata. Kino bukan org kedah. Jadi x tau.]. Selepas itu, mereka akan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di Alor Setar untuk menjemput umi Muna yang dijangka tiba selepas zohor. Sudah lama Muna tidak bertemu dengan ibunya. Rasa rindu pada Uminya semakin membuak-buak. Sepanjang perjalanan ke Tesco, neneknya tidak berhenti-henti merancang hendak membeli apa.




p/s: huuwuw..sambung ar perbualan antara Muna n neneknya. Dah tak bley pikir dah …



-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 22:12




patutla kino beriye2 tanya jarak kulim n SP td... rupanya... nak buat citer.. ehehehe...

dari SP nak ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas tu bukannya dekat tu... selalunya org selatan Kedah turun dekat Airport Bayan Lepas Penang.. lebih dekat....

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 22:43



Muna memandang jauh keluar tingkap kenderaan... Suasana damai menerjah hatinya.. Indahnya negeri Kedah Darul Aman yang permai... [sekadar mencantikkan bahasa, tiada niat untuk mengecilkan hati org2 negeri lain Ladang kelapa sawit dan ladang getah memenuhi keliling lebuhraya.. Muna memandang betapa luasnya Kilang Perwaja Steel Corporation yang terletak di sebelah kanan jalan... Wah.. besar sungguh..

"Aih, dok teringat kat sapa tu Muna? Jauh dok termenung tu?" tetiba sahaja nenek Muna mencelah mematikan lamunannya. Muna sedikit terkejut.
"Isy, tok nie... mana ada teringat kat sapa-sapa.. cek dok syok tengok kilang besaq tu la.. tok nie mangarut sajalah" Muna berdalih.. Entah kenapa tetiba sahaja wajah Man terbayang di mata. Takkan dah angau kot..
"Ehe.. tak pa la kalau ada orang mana-mana bekenan kat cucu tok nie..." Nenek Muna mencelah lagi. Semakin menjadi-jadi pula nampak gayanya Mak Mah nie...
"Isy..." tak ada kata-kata yang lebih sesuai selain isy sahaja yang keluar dari mulut Muna. Hakim di depan sudah tersengih-sengih. Geram betul Muna di dalam hati.
"Tok rasa kan.. tok nak beli kain ela.. lepaih tu nak beli benang bulu kambing sikit.. lepaih tu nak beli la barang-barang makan sikit.." Mak Mah mengeluarkan kenyataan rasminya.
"Mak oi.. tok nie nak borong satu Tesco ka? Nak buat apa kain ela dengan benang bulu kambing tu tok?" Muna bertanyakan neneknya yang sudah separuh abad umurnya. Tapi masih rajin dia mengait benang bulu kambing membuat perhiasan dan juga baju.
"La.. takkan la kain ela tu nak buat gulai, mestila nak buat baju... benang tu tok nak kait jadi baju sejuk" balas neneknya. Entah macam mana semenjak dua menjak nie neneknya semakin terer berseloroh pula. Pak Samad di hadapan memandang ke beakang sambil berkata..
"Tok hang la nie Muna, pandai buat lawak senario dah.. tokwan la nie kena jadi Lan PetPet la.." Muna dan Mak Mah terkekeh ketawa. Hakim di hadapan juga tersengih panjang.
"Tok nak buat baju apa? raya lambat lagi la tok.." Muna menambah.
"La... nak buat kat hang dengan mak hang la... Tok nak buat baju kat hangpa pi negeri omputih tu la.. Dan lagi aih nak buat..." balas neneknya dalam pelat Kedah.
"Isy tok nie... buat susah-susah aja.. Banyak lagi baju Muna tok ai.." balas Muna.
"Baju yang dah berkurun tu? Omputih tengok pun tak berkenan.." Neneknya beriya-iya benar hendak membuat baju.
"Ala tok... Muna tu tunggu orang lain bagi dia baju kot.." Hakim tetiba saja menyampuk..
"Ek elleh... mamat sekor nie.. bawak je keta tu.. jangan menyampuk org nak bercakap" gumam Muna. Pipinya tetiba sahaja merah.
"Sapa Hakim? Awat tok tak dengaq bunyi pokok begoyang pun?" balas nenek Muna dengan bahasa penuh tersirat..
"Mana tok hang nak dengaq pokok begoyang, kucing teriak tepi telinga pun dia kata kucing menyanyi..." seloroh Pak Samad..
"Ah... orang tua nie.. dia tu.. mata bukannya nampak sangat.. nasib baik tak langgaq anak dara Tok Piah hari tu.." balas nenek Muna memulangkan paku buah keras pada suaminya Pak Samad. Dia dan Pak Samad hampir melanggar Husna anak dara Tok Piah semasa Pak Samad membawa motosikal menuju ke masjid untuk solat maghrib bersama Mak Mah. Nasib baik Husna sempat mengelak, kalau tidak masuk hospital jugak la anak dara tu.

Pak Samad menjuih bibirnya. Muna sudah senyap. Tak ada ayat nak mem'fire' semula. Entah lah. Selalunya dia ada saja ayat mempertahankan diri. Hari ini kelu pulak lidahnya. Hakim sedari tadi masih tersnyum meleret. Pak Samad juga tersengih. Mak Mah masih memuncungkan bibirnya.

.........................
"Ha.. Tok, Tokwan sat lagi kita sampai la nie..." tetiba Hakim bersuara setelah lama semua penumpang Unser itu menyepi diri.. melayan perasaan sendiri.. Mak Mah dan Muna membetulkan tudung yang dipakai. Muna mengeluarkan handsetnya dari beg sandang. [Hmm ada mesej sampai rupanya.. alamak patutla.. aku silent kan rupanya] Muna bermonolog sendirian. Dia segera membuka peti mesej......


....................................................................................................................................................

p/s: sambunglah plak...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 23:07


ye ke? eheh... kino dimaafkan ar sebab bukan orang kedah. tapi takpe sbb depa dari kulim nak gi tesco kat Sg. Petani. Lajak terus ke utara ar.Pi airport.heheh.. (ni lepas kino tengok peta kedah ar).

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 11:04


hehe...nak sambung sikit..

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
[Hmm ada mesej sampai rupanya.. alamak patutla.. aku silent kan rupanya] Muna bermonolog sendirian. Dia segera membuka peti mesej......

"Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu... Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman.... Perasaan selembut sutera, hiasi dengan akhlak yang terpuji... Take care always, k?"

Ooo Man rupanya.. ingatkan sape.. Muna kembali meng'recall' semula detik-detik Ahmad Azman meminta nombor telefon handsetnya pada hari terakhir SPM. Mulanya Muna agak keberatan, kerana Muna tidak mudah memberi nombornya pada mana-mana lelaki, tetapi melihatkan Man seperti bersungguh-sungguh, so last-last Muna kasi gak.. Lagipun Man tu bukannya sape, teman kepada teman baiknya juga, Syahida dan roommatenya Anis... Bila teringatkan sahabatnya Syahida, teringat pula Muna kepada classmatesnya yang lain... Hanif ape khabar dia agaknya sekarang ek..

Hakim memparkir kereta Unsernya itu di tempat parking. Lama jugak Hakim kena pusing-pusing kat basement, payah betul nak cari parking kosong....

Pak Samad, Mak Mah, Hakim dan Muna turun dari kenderaan dan melangkah bersama-sama ke Lif untuk naik ke bangunan Tesco.....



p/s : okkkk sambung2!



[ Posting ini telah di edit oleh: syahidatul pada 2005-05-19 12:12 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 13:11




alahai pendeknye syahidatul.. selalunye panjang sambungannye.. hmm lepas nie sape lak nak sumbangsih idea??..

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 13:21


syahidatul n meow::Jom kita berpiket kat sini..ehhe.... <--ala-ala poyo

hyunckel_asyraf::ada tengah exam. xleh kaco dia.

Apa kata minta sumbangsih dari bitrhdayboy(19/5):: MohdHanafi atau pengasas posting nih..kuahdurian

We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



[ Posting ini telah di edit oleh: kinobaik pada 2005-05-19 13:22 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-05 19:20


i am waiting for hyunckel_asyraf's posting.
janji nak buat buat posting pas exam.
la ni tengah cuti sampai september kan?
cepat sambung!!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 25-06-05 20:05


C pergiénial d'avoir qqc en français.
J'attends la suite...

Bookmark and Share

  


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 25-06-05 23:09


Huhu...best saja baca :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-05 02:18


mohdnurhakimin...apa tu?

asyraf punya turn ye...hiihih mana dia.. cepat asy!

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 26-06-05 06:08


erm, tiada apa², cuma suka tengok unsur french dah masuk.
Menunggu sambungannya...

Bookmark and Share

  


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-05 23:45


"Muna," sapa Hakim perlahan. Muna mengangkat wajahnya dari skrin Nokia 6021 pemberian uminya. Pak Samad dan Mak Mah jalan beriringan di hadapan mereka menuju ke arah escalator.
"Khusyuk nampak. Marka ka?" soal Hakim sambil tersenyum nakal. Tiba-tiba hatinya digaru perasaan ingin tahu.
"Huh" Muna mendengus kecil.
"Muka macam cek ni mana la ada orang nak..." jawab Muna merendah diri. Hakim ketawa kecil.
"Ish hang ni Muna... potong sebelah telinga abang Hakim la kalu takdak orang minat di hang," ujar Hakim selamba. Muna tersenyum.
"Cek minat di orang ada la, tapi tak tau dia suka di cek ke tak" jawab Muna dalam hati. Fikirannya terarah kepada Hanif. Lelaki yang berjaya mencuri perhatiannya kerana ketokohan dan ketenangan yang terpancar di raut wajahnya yang bersih.
"Abang tak tau pulak yang Spanish celup rupa-rupanya kuat berangan," usik Hakim. Wajah Muna merona merah.
"Eleh abang Hakim ni. Dia yang dok berangan tadi takpa pulak," balas Muna spontan.
"Iya ka? Mana ada?" jawab Hakim sambil mengerutkan dahinya.
"Ada..."
"Bila? Mai habaq di abang, pukui berapa?"
"Tadi,"
"di mana?"
"Tadi,"
"Tadi apa?"
"Tadi la,"
"Huk eleh. tak da bukti main tuduh-tuduh abang pulak,"
Muna menjelirkan lidahnya. Muna menarik muka empat belas.
"Surrender dah ka?"
"Huh! Sakit jiwa Muna layan abang ini," balas Muna lantas mendapatkan Pak Samad dan Mak Mah.

8888888888888888888888888888888888888888888888888888888

p/s: kino tengah warming up. eheh. dah lama tak menulis. gomen.

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 27-06-05 23:29


Pak Samad, Mak Mah, Hakim dan Muna turun dari kenderaan dan melangkah bersama-sama ke Lif untuk naik ke bangunan Tesco.....



57.8 km daripada bangunan Tesco itu,seorang anak muda terbaring di atas katil bujang.dahinya berkerut2 seolah-olah memikirkan sesuatu yang penting.Anak muda yang bernama Mat itu sebenarnya telah bosan terperap di dalam rumah.Sewaktu tingkatan 5 dulu,cuti pjg inilah yang dinanti-nantikannya.tapi sekarang dia sudah tak tahan kebosanan.

Dia bermonolog sendirian..

Nak main bola…ana bukan kenal budak2 area sini..iskk tulah..siapa suruh ana masuk skola asrama..kn da tak ada kawan..uhuhuhu…kawan tu memang ada,tapi bertaburan serata Malaysia.Acap di Melaka,Faizal di shah alam(huhh ana jamin mesti budak ni tiap2 sabtu mlm tak miss pergi Stadium Melawati Shah Alam untuk tengok AF3),then lain2 semua jauh2 belaka dr sini.iskk…
nak surf Ukhwah.com site tu tgh upgrade pula…Friendster pula dah mula bosan..YM tak ramai rajin online.
tengok AF3? Uhhh best juga..tapi benda tu sabtu mlm saja….tu pun sebab nak tengok Mawi saja…
English Premiership?time ana cuti nilaaaa dia tiada….
Computer games?huh da berlambak Cup ana menang dalam FIFA 2005 .Then kalau main SWAT4 asik pula either ana kena tembak or civilian kena tembak…ending sama..mission failed!
Muna?gulp!wish u were here…cewahhh hihi…ana tersengih sorang2 selama 3 minit sebelum berjaya menukar senyum kepada muka serius yang dibuat2.kalau orang nampak ana masa ni mesti orang ingat ana kena Down Syndrome or something.
Kerja?yaaa itulah dia!! ana kena cari kerjaaaaaaa!!yahoooo sesi brainstorming ana berjaya!!!tak lama lepas tu baru ana perasan yang mak ayah da lame membebel suruh cari kerja….ceh..brainstorming konon
Ok esok,ana akan pergi ke pekan cari kerja,insya allah ;) and that’s a promise.ana nak cari kerja…nak cari kerja…nak cari kerja…nak cari kerja….

Mat terlena dengan keazaman untuk pergi keluar pekan esok….

Sila sambung….


Ok kinobaik dan semua…act im quite puzzled by few things bout our story here.1st the fact that Muna dan Mat are geographically separated makes this story lost its main theme.u see,the past few postings are only about ordinary things that is happening in daily lives such as go to tesco,talk with families etc.nothin really MOVES here.the plots are vague dan wander somewhat aimlessly.2nd does Muna havva heart on Hanif pulak? 3rd maybe we should elaborate the foreign Arabian guy yang sukakan Muna? 4th doesn’t Muna like that Arabian guy?

anyway,hope semua 'enjoy' cerita ni.Kinobaik da warm up tu so we all may espect to see more from her soon :)
[ Telah diedit oleh: hyunckel_asyraf pada 27-06-05 23:38 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-06-05 00:47


muna memang suka hanif...sejak dia mula2 masuk sekolah berasrama tu dan join Badan Agama dan Kerohanian sekolah. the arabian guy is history. but still dunno the things that yet to come.. boleh sambung lepas ni..
takpela geographically separated pun. buat theme mereka geographically seperated pun boleh apa.. ehehe. lagipun, who's the author(s) here? and the reader(s) here? kita jugak.. lantak le..
the plot's wandering aimlessly....yup that's the point (sambungkan cerita). we'll see where it goes. ;-)
dah nak buka semester ni..... kino nanti busy. eheks

p/s : go go kino! :-D

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-05 23:41


go go power rangers.... :-D :-D :-D :-P


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 06:51


Ok esok,ana akan pergi ke pekan cari kerja,insya allah and that’s a promise.ana nak cari kerja…nak cari kerja…nak cari kerja…nak cari kerja….

Mat terlena dengan keazaman untuk pergi keluar pekan esok….

Esoknya... (jeng jeng...)

Mat start motor. Aik Kenapa tak boleh start ini.. Mat dah mula gelabah.. Kenapa bila nak start motor dalam cerpen ni, motor selalu tak boleh nak start ha? Mula lah Mat rasa macam nak marah author cerpen ini..

OK serious.. :-D

Bismillahirrahmanirrahiiim... Mintak2 lah start. Dan.. akhirnya start juga motor. Syukur Alhamdulillah..

Waktu Mat bawak motor, dia pun dok pikiaq mana lah aku nak cari kerja ni.. Nak jadi tutor sambilan kat pusat tuisyen Mr. Liew? Err, kang tak pasal2 aku yang kena tutor dengan Mr. Liew. Nak jadi promoter kat supermarket Billion? Atau Tesco? hurm nanti ramai orang kenal.. buat malu saja. budak2 sini dah lah ramai yang dikenali. isk bahaya. habis tu nak kerja apa? Ha apa kata aku bukak bisnes.. huhuhuhu. Pergh cakap senang. Nak bisnes apa? Huu ok ok. (sebenarnya author-saya lah-pun dah lupa Mat ni tinggal kat mana and latar belakang perumahan dia bagaimana dah) Nampak gayanye. Aku kerja...

Hah sambung lah pula...wekekek

ps: warm up juga.... :-P
[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 01-08-05 06:53 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 19:47


pergh!! kasihan para authors cerpen ini. errr.. cerita ni tak ada pelapis ke lah? hukhuk. akak dah tua lah dik.hehe. hibernasi tahap super saiya..

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 23:02


erk erk erk.... saya belum tua lagi... huhuhu... tak ada pelapis lah author cerita ini.... jom kita carik pelapis kuih lapis... :-P :-P


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 23:24


hmm, dulu saya tarik kino sambung cerpen ni. lepas itu saya tarik doc meow. lepas itu saya tarik hyunckel_asyraf... amar pun ikut join. MohdHanafi pun turut tolong sambung.. huhuhu. lepas ni siapa pula.

ps: cakap nak cari pelapis macam authors yang lama nak 'graduate' dah. :lol:

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 14:53


Nampak gayanya. Aku ikut saja saranan adik aku si usop tu. ambil upah buat bendang. Ok jugak buat kejer tu. Berbudi pada tanah, menyihatkan badan dan sebagainya. Teori menyedapkan hati versi malas nak berusaha ke dua belas.

"Man, hang serius ka nak buat kija ut?" soal ayah dalam perjalan pulang ke rumah dari surau. Aku menalakan pandangan ke arah ayah.

Aik. Sejak bila pulak ayah pandai guna perkataan 'serius' ni? Aritu ye ye sangat sokong si usop suruh aku kerja buat bendang. sik. konpius tahap petala lima belas ini."Awatnya? Tak buleh ka cek nak kija tu? " soalku dengan muka cuak.

"Bukan tak buleh... pak takut hang tak biasa buat kija tu," balasnya lembut.

"Tak pa, bukannya susah sangat. NAnti cek belajaq lah dengan Pak Abu nak buat lagu mana. Pak tok sah risau lah. Cek buleh buat, Insya Allah..," jawabku dengan penuh keyakinan.

"Betui ka?" soalnya sarcastic. Seolah-olah kagum dengan jawapan daripada aku yang terkenal dengan sikap endah tak endah.

"Awat? Tak percaya?"balasku gurau. Iklan BCB versi bahasa Kedah.

p/s: hullo!! where's everyone?

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

amanassiq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2004
Ahli No: 12124
Posting: 89
Dari: al arddi kholifah

Pahang  


posticon Posting pada: 26-08-05 15:04


tiba-tiba terbau benda yang hanyir...rupa-rupanya tak mandi sebulan...ha..ha..ha

Bookmark and Share

  


  Member Information For amanassiqProfil   Hantar PM kepada amanassiq   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 12:14


"hang toksah dok buat lawak tang ini mat oi..." balas ayah sambil membetulkan kopiah putihnya di kepala..
"chek bukan melawak lah ayah.. sungguh ini.." balasku..
"hang tau ka bendang tu menatang apa? anak kucin pun hang takut.. agaknya sat ini jumpa lintah hang lari tak cukup tanah agaknya...." Aik.. ayah aku ini cuba melemahkan semangat aku ini... tak apa nanti aku belajar lah main dengan anak kucing... hehe..


p/s: warming up jugak... versi kucingku kucingmu jua... :-D

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 14:57


Jalan punya jalan, rupanya dah sampai dah pun ke rumah. Dah menjadi kebiasaan aku dan ayah ke surau kalau Maghrib. Lepas solat Isya' berjemaah baru balik rumah.. Antara Maghrib dan Isya', biasanya ada pengisian oleh Ustaz Mustaqim. Tak pun, baca Al-Quran saja.

aku duduk-duduk kejap kat ruang tamu sambil belek-belek paper Utusan. Ayah pula pasang TV... Hm. Aku tengok jam. Dah pukul 9.15.. ada cerita apa?

"Bang, bang... cerita Sembilu lah bang. Bukak lah TV2...," tiba-tiba saja Mak bersuara. Sambil tu tengah hidang air teh dengan keropok lekor.

"Laa...cerita Sembilu ni tak habis-habis lagi ke? Ni dah berapa kurun dah ni? Sejak Man Form 4 lagi...," tanyaku dengan nada agak menyampah. Huh, bosan2. Aku kembali membaca surat khabar.. Hm, masih lagi tentang Katrina.

Mak dah pun duduk kat kerusi sebelah aku. Aku baca 2nd page Utusan.....

"HAH??! Biar betui!" aku seakan tidak percaya akan mataku sendiri. Apa yang aku baca ni? Tak mungkin.....

Astaghfirullahal'aziim...Asyraf?


p/s: heheheh, cerita ni asyik rileks saja... klimaks kan balik.. huhu

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-09-05 14:44


erk? asyraf? apo dah jadi ini? sik tau kamek nyambung ya tok... :-D

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-05 15:22


>>>>>>>>iskh pening saya baca cerita ngkorang ni

Bookmark and Share

  


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 00:31


kepada firdaus15, silakan baca posting kami dari awal waktu...keskeskes. untuk mengelakkan sebarang kekeliruan....

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 01:05


ok sambung lah lagi, mamat tu tengah cuti kan, tolong bapak dia buat bendang. tak jadi keluaq pekan cari gheja. teruskan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

amar_kun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16570
Posting: 56
Dari: Bumi Allah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 14:44


hmm..nampaknya plot cerita ni dah menjadi bercelaru sebab terlalu ramai orang yang menjadi penulis..

Bookmark and Share

  


  Member Information For amar_kunProfil   Hantar PM kepada amar_kun   Pergi ke amar_kun's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 15:19


mana penulis-penulis asal cerita ini???

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 07:20


siapa lah penulis asal cerita ini?

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 21:40


the answer is in your hands... eheks..

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 14:24


Pada 11-10-05 07:20 , kinobaik posting:

!!! QUOTE !!!

siapa lah penulis asal cerita ini?

entah la :-di


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 14:42


kalau orang lain tak ada semangat, so saya pun tak ada semangat..

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 15:03


la janganlah begitu... sambungkan cerita ini....

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» sambungkan cerita

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.23599 saat. Lajunya....