Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 97
Ahli: 0
Jumlah: 97




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 7 jam, 48 minit yang lalu
budakbesar: 6 hari yang lalu
azemi: 10 hari yang lalu
Firdaus15: 17 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 20 hari yang lalu
secureofficemovers: 21 hari yang lalu
Naqiu: 27 hari yang lalu
nawfaa79: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tunjukkan Dimana Tuhan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tunjukkan Dimana Tuhan

Please Mendaftar To Post


Oleh Tunjukkan Dimana Tuhan

muawwiz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2005
Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 17:45


assalamualaikum...

mcm mane klu kita disoal oleh org ....Tunjukkan Dimana Tuhan? mcm mane nak jwb

Bookmark and Share

  


  Member Information For muawwizProfil   Hantar PM kepada muawwiz   Quote dan BalasQuote

nilamsari82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11716
Posting: 224
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-03-05 17:53


Tuhan itu ada dalam hati yang mmepunyai kepercayaan..pada doa yang terselit harapan. terlalu berkuasa untuk kita sentuh atau lihat..tapi boleh dirasa kehadiran -Nya denagn pandangan iman dan taqwa.

Bookmark and Share

  


  Member Information For nilamsari82Profil   Hantar PM kepada nilamsari82   Pergi ke nilamsari82's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 17:58




Nampak tak angin?

Bookmark and Share

  


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

beecological
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14621
Posting: 250

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 18:02




saye pon tak arif tang nih...tapi tanyer org tuh balik...die percaye tak kat bumi nih ade udara?dan dlm udara ade kandungan gas yg pelbagai...blehke die tunjuk kat kite yg mane oksigen yg mane nitrogen yg mane korbon dioksida?hurm tentulah tak bleh nak tunjuk tapi kite percaye bahwa semua tuh wujud...samelah macam Allah..kite tak nampak..tapi kite percaye akan kewujudannya!
kalau die kate lagi,kehadiran gas oksigen,nitrogen n karbon dioksida tuh bleh dibuktikan ngan kertas litmus(or whut eva it is)kehadiran Allah juga bleh dibuktikan ngan wahyu Al quran n hadis n ciptaan alam ini...
but ape2 pon,org yg tak diberi hidayah camne pon kite cakap,die tetap buta gak


wallahu'alam....

Bookmark and Share

  


  Member Information For beecologicalProfil   Hantar PM kepada beecological   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 18-03-05 18:32


oooo...
Allah Wujud Tanpa Bertempat
الله مَوجوٌد بلا مكان

[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-03-18 18:36 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 20:37


cuba tunjukkan angin berbentuk macam mana...


Bookmark and Share

  


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 18-03-05 21:12


Dalil Membuktikan Allah Wujud Tanpa Bertempat
1. Dalil Al-Quran
Dalam Al-Qur'an Allah Ta'ala berfirman yang berbunyi:

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ لسَّمِيعُ البَصِيرُ

Makna: "(Dia)Pencipta langit dan bumi, Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula) di jadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. " [Q42:11]

Ayat ini merupakan dalil yang amat jelas bahawa- Allah Taala itu tidak menyerupai makhluk ciptaan-Nya daripada segenap segi. Sebarang perkara yang tergambar difikiran kita tentang Allah, maka Allah Taala berbeza dengan apa yang kita gambarkan itu.Oleh itu sebahagian ulama menyatakan: "Bagaimana sekalipun kamu gambarkan di fikiran kamu, maka Allah berbeza dengan apa yang kamu gambarkan itu".

Imam Al-Razi (Wafat 604H) dalam tafsirnya ketika menghuraikan ayat ini berkata:
(المسألة الأولى احتج علما ء التوحيد قديما و حديثا بهذه الأية في نفي كونه تعالى جسما مركبا من الأعضاء و الأجزاء و حاصلا في المكان و الجهة، لو كان جسما لكان مثلا لسائر الأجسام، فيلزم حصول الأمثال و الأشباه له

Makna: "(Masalah Yang Pertama): Ulama tauhid sama ada yang dahulu mahupun sekarang berhujah dengan menggunakan ayat ini bagi menafikan keadaan Allah Taala itu berjisim yang terbentuk daripada anggota-anggota dan juzuk-juzuk dan berada pada tempat serta arah. Mereka berkata: Jika Allah Taala itu jisim maka bagi-Nya persamaan dengan sekelian jisim-jisim. Maka ini bermakna akan berlakulah persamaan-persamaan dan juga penyerupaan bagi Allah". [1]

2. Dalil Daripada Hadith
Dalam sebuah hadith Shahih yang riwayatkan oleh Imam Al – Bukhari, Rasulullah sallaLlahu a'alaihi wasallam mengatakan:
حَدَّثَنَا عَبْدَانُ عَنْ أَبِى حَمْزَةَ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ جَامِعِ بْنِ شَدَّادٍ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ مُحْرِزٍ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ إِنِّى عِنْدَ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - إِذْ جَاءَهُ قَوْمٌ مِنْ بَنِى تَمِيمٍ فَقَالَ « اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا بَنِى تَمِيمٍ » . قَالُوا بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا . فَدَخَلَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ فَقَالَ « اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا أَهْلَ الْيَمَنِ إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُو تَمِيمٍ » . قَالُوا قَبِلْنَا . جِئْنَاكَ لِنَتَفَقَّهَ فِى الدِّينِ وَلِنَسْأَلَكَ عَنْ أَوَّلِ هَذَا الأَمْرِ مَا كَانَ . قَالَقَالَ « كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَىْءٌ قَبْلَهُ ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ ، ثُمَّ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ، وَكَتَبَ فِى الذِّكْرِ كُلَّ شَىْءٍ » . ثُمَّ أَتَانِى رَجُلٌ فَقَالَ يَا عِمْرَانُ أَدْرِكْ نَاقَتَكَ فَقَدْ ذَهَبَتْ فَانْطَلَقْتُ أَطْلُبُهَا ، فَإِذَا السَّرَابُ يَنْقَطِعُ دُونَهَا ، وَايْمُ اللَّهِ لَوَدِدْتُ أَنَّهَا قَدْ ذَهَبَتْ وَلَمْ أَقُمْ .
[2]
Dalam hadith ini dapat dilihat bahawa Allah telah sedia ada dan tiada suatu yang lain selain – Nya. Pada masa itu tiada makhluk yang wujud termasuklah Arasyh, tempat, air, langit, bumi, cahaya, kegelapan, manusia dan yang seumpamanya.
Maka dapat dibuat kesimpulan daripada hadith ini bahawa kewujudan Allah tidak memerlukan kepada tempat kerana tempat asalnya tiada sebelum ianya diciptakan oleh Allah. Barangsiapa yang mengatakan Allah wujud dengan bertempat maka ini bermakna telah ada sesuatu yang lain yang sifatnya azali seperti Allah. Iktiqad seperti ini tentu membawa kepada Syirik.

[1] Al-Tafsir Al-Kabir
[2] Ibnu Hajar Al-Asqalani: Fath Al-Bari

[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-03-18 22:02 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-03-18 22:12 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

sitiarifah
Warga Rasmi
Menyertai: 06.03.2005
Ahli No: 14928
Posting: 4
Dari: johor darul ta\'zim

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 21:38


assalamualaikum..
erm,ana pun bukan lah arif sangat utk manjawab soalan nie..tapi sebagai seorang yg beragama islam saye akan cube utk menjawab bagi menghilangkan kekeliruan yg melanda org2 yg masih tidak mempercayai kewujudan allah...kite cube k,firstly..kite lempang dia..kemudian kite tanye..sakit x?kalau dia kate sakit..suruh dia tunjukkan sakit tu..mesti x nampakkan..macam tu la Allah..kite rase dia ade,tapi kite x nampak DIA.banyak lg yg yg boleh dijadikan bukti..tapi yg penting hati kite..kalau hati dah buta..macam mane nak percaya Allah tu wujud.maafkan ana kalau ape yg ana tulis nie silap.
wassalam..

Bookmark and Share

  


  Member Information For sitiarifahProfil   Hantar PM kepada sitiarifah   Pergi ke sitiarifah's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 18-03-05 21:59


saya setuju sangat2 dengan sitiarifah

memang itu hujah yang tept dan senang untuk memahami....

Bookmark and Share

  


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

putrakedah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 810
Posting: 68
Dari: kedah

syria  


posticon Posting pada: 19-03-05 10:31


,siapa yang bertanya?ana pun tak arif cuma sekadar pendapat seorang yang percaya pada wujudnya tuhan..di mana nyawa?mungkin d situ boleh kita fikirkan,dan ada kisah menegenai seseorang yang bertanya di mana Allah tp ana tak ingat kisahnya ,harap2 ada sahabat yang boleh bg respon,k klu lebih detail spt saudara Martyr jelaskan.k wassalam


Bookmark and Share

  


  Member Information For putrakedahProfil   Hantar PM kepada putrakedah   Quote dan BalasQuote

muawwiz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2005
Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-03-05 18:17


terima kasih kpd yg menjawab soalan ana itu...terdapat byk cara yg kita boleh jwb sekiranya disoal begitu....semua yg saudara-saudari jawab tu btul...

ok ana cerita satu kisah yg mane ade seorang pemuda yg ingin tahu "dimana tuhan"...

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar
negeri, kembali ke tanah air.Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang guru agama.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan- pertanyaan saya?

Guru : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidakmampu menjawab pertanyaan saya.

Guru : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud
Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba guru tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda
marah kepada saya?

Guru: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Guru: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Guru : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Guru: Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Guru : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Guru: Apakah tadi malam anda bermimpi akan
ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Guru : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Guru : Itulah yang dinamakan takdir.

Guru : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Guru : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Guru : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Guru: Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

itulah kisah nye....

Bookmark and Share

  


  Member Information For muawwizProfil   Hantar PM kepada muawwiz   Quote dan BalasQuote

ummuafeera
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.01.2005
Ahli No: 13690
Posting: 140
Dari: jb

Johor  


posticon Posting pada: 19-03-05 18:23


pernah baca cerita ni kat majalah haluan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ummuafeeraProfil   Hantar PM kepada ummuafeera   Pergi ke ummuafeera's Website   Quote dan BalasQuote

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-03-05 18:25


jawapan complete padat..adalah dari matyr team it.
allah itu wujud tanpa mengetahui akan kita dimana ia.
jadik?gilakah kita menyembah suatu benda yg tiada?jawapannyer...wajib bagi allah itu ada lawannyer mustahil ia tiada.utk gunakan qias...saya setuju...sebagiamana kawan2 yg lain katakan...udara?nampak ker kiter?gas?canner bentuk karbon?tak nampakkan?so..giler ker kiter bile rkiter cakap..kiter bernafas guna udara dans ebaginyer...
tuh bagi makhluk...inikan pencipta nyer.jauh lebih besar qudrat dan iradatnyer.
wassalam..

Bookmark and Share

  


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

HAMBEALLAH
Warga Rasmi
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7746
Posting: 15
Dari: muka bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-03-05 00:45


PERCAYALAH ALLAH BERADA DIMANA............jike ade orng islam yng mmpertikaiknnye, SEMBELIH JE......

Bookmark and Share

  


  Member Information For HAMBEALLAHProfil   Hantar PM kepada HAMBEALLAH   Quote dan BalasQuote

ainul_qalby
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2004
Ahli No: 9914
Posting: 109
Dari: alam_sufly

turkey  


posticon Posting pada: 21-03-05 02:41


Assalamu^alaykum..

lor..buat ape nk qiaskan Allah dgn makhlukNya...makhluk bertempat tapi Allahkan tak serupa dengan makhlukNya ..so Dia tidak bertempat..jgn tanyalah lagi dimana Allah...beriman aje dgn kewujudanNya tanpa tanya dimana Dia..sbb soalan dimana Dia pun dah dikira soalan bertanya mana tempat Allah.

Allah yg mencipta tempat jadi Dia tidak memerlukan makhlukNya..Allah tidak memerlukan tempat dan Dia ada tanpa bertempat.

nah!..jgn main teka2 tempat Allah lg lepas nie ..krn ijmak seluruh para ulama telah menyatakan :

"' Dan telah berijmak seluruh para ulama Ahlussunnah Wal Jamaah bahawa Allah ta'ala TIDAK BERTEMPAT ".
sila lihat nukilan ijmak ulama ini yg telah dinukilkan oleh Imam Abdul Qohir Bin Thohir Attamimy Albaghdady didlm kitab beliau berjudul Alfarqu Bainal Firaq mukasurat 333 cetakan Darul Ma'rifah Beirut.

Dan lihat nukilan ijmak oleh Imam Mufassir terkenal Assheikh Fakhruddin Arrozy dalam tafsir beliau yg berjudul Tafsirul Kabir jilid 29 mukasurat 216 cetakan Darul Fikr Beirut : " Telah bersepakat Ijmak bahawa Allah Subhanahu wata'ala [email protected] bertempat ".

Sapa nk lawan ijmak seluruh para ulamak maka buatle ketetapan tempat bagi Allah , tapi ingt!
ini adalah kufur!.


Bookmark and Share

  


  Member Information For ainul_qalbyProfil   Hantar PM kepada ainul_qalby   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-05 12:13




ehehehe... soalan nie dah lama org tanya kan?? dan memacam jwp yg dibagi... semuanya sangat logik...

orang tanya di mana Tuhan (ALLAH bg umat Islam la).... bukankah Allah swt itu Zat Yang Maha Agung? sedangkan banyak lagi benda-benda lain yang belum dapat kita jawab.... contohnya:

di mana letaknya ruh? di mana letaknya minda dan pemikiran? di mana angin, udara dan gas2 semua? di mana letaknya perasaan kita? dan bagi bukan Islam lak.... mereka menymbah patung2 dsbnya... mereka percaya pada patung2 tu... di mana letaknya 'Tuhan' mereka di dalam patung tu? pada salib kristian, di mana letaknya tuhan anak, tuhan bapa dan Ruhulquds mereka? takkan duduk dalam kayu salib tu? pada api majusi, takkan orang Islam bleh gunakan tuhan mereka untuk masak nasik kot??? hehehe tuhan org majusi dalam api tu ke???

jadi... sebelum orang bukan Islam nak pertikaikan di mana letaknya Tuhan (ALLAH swt) org Islam... buktikan dahulu di mana letaknya tuhan mereka kepada kita..... ALLAHUAKBAR!!!





"Janganlah Kau Lemah Kerana Kau Adalah Pembawa Agama"


[ Posting ini telah di edit oleh: Meow pada 2005-03-24 12:16 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 25-03-05 04:24




boleh baca kisah Imam Abu Hanifah rh dgn Seorang Atheis dan perhatikan b/mana beliau menjawab hujah2 atheis tersebut..

Allahu a'lam bissawab..




[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2005-04-03 20:55 ]

Bookmark and Share

  


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 09:45




Allah ada pada diri kita ini ..!
Allah dimana-mana di segala tempat !

di langit..di bumi..di darat..di air..dimana adanya makhluk bernyawa atau tidak..di situ WUJUDNYA ALLAH PENCIPTA!

Bookmark and Share

  


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

ainul_qalby
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2004
Ahli No: 9914
Posting: 109
Dari: alam_sufly

turkey  


posticon Posting pada: 06-05-05 01:28


Assalamu^alaykum...nak kasi nasihat sket...
tau tak Allah telah berfirman yg bermaksud :
{“Tiada sesuatu pun yang sama denganNYA”}.Assyura ayat 11.

Dan dari Hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Ansariyy:

Bermaksud:<>

Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak dibenarkan berkata, ‘Allah di setiap tempat
(di mana-mana) ’.

Akan tetapi barangsiapa menggunakan kaedah sesat ini dengan memahami bahawa Allah mengetahui segala-galanya dan menguasai setiap suatu, maka ini tidak kufur (tidak jatuh kafir atau murtad), akan tetapi mereka perlulah dilarang dari menuturkan perkataan tersebut.

Walaubagaimanapun, barangsiapa memahami dari ayat tersebut bahawa Allah menjelma di dalam tempat atau Allah meliputi ruang atau Allah berada di mana-mana dengan ZatNYA atau Allah berada di suatu tempat, maka mereka adalah murtad (jatuh kafir), mereka telah terkeluar dari Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi mereka untuk kembali kepada agama Islam dengan mengucapkan Kalimah Shahadah dan percaya bahawa Allah subhanahu wa ta^ala tidak mempunyai bilangan sama sekali.

**Lihat kenyataan ulama ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy, beliau berkata di dalam kitab tafsirnya, ‘Ruh al-Bayan’, Juzu^ 5, pada pentafsiran Surah Taha, muka surat 365:

Bermaksud: “Kami berkata kepada orang yang berkata, ‘ Allah mempunyai tempat’ ; ‘Di manakah DIA sebelum diciptakan alam ini? Bukankah DIA telah wujud? (yakni tanpa permulaan -- azali – dan tiada suatupun wujud berserta denganNYA).
Jika mereka berkata ‘tidak’, mereka kafir; jika mereka mencadangkan penjelmaan atau pergerakan, mereka juga kafir”.

Pada muka surat yang sama, Shaykh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy berkata:

Bermaksud:“Sesungguhnya orang yang menetapkan Allah mempunyai tempat merupakan dari golongan mujassimah dan dari kalangan ahli Sufi palsu jahil yang berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana (setiap tempat).”

Ini juga diriwayatkan oleh Shaykh, ustaz Mahmud Muhammad Khattab as-Subkiyy, Shaykh dan ulama, **“pemimpin fatwa ulama-ulama” Azhar di dalam kitabnya ‘Ithaf al-Ka’inat bi-Bayan Madhhab as-Salaf wal-Khalaf fil-Mutashabihat, muka surat 14.

?Al-Hafiz Abu Bakr al-Bayhaqiyy al-Ash^ariyy (458 H) secara terangnya menyatakan di dalam kitabnya “Al-I^tiqad”, muka surat 70:

Bermaksud: “Di antara apa yang kami tulis tentang ayat adalah bukti/dalil mengenai ketidaksahihan perkataan di kalangan al-Jahmiyyah yang mana mereka mendakwa bahawa Allah subhanahu ta^ala berada di mana-mana dengan ZatNYA. Firman Allah ta^ala didalam surah al-Hadid ayat 4:


“Wa-huwa Ma^akum Aynama Kuntum”

Bermaksud dengan PengetahuanNYA, dan bukan dengan ZatNYA( yakni, ayat ini bermaksud bahawa Allah Maha Mengetahui tentang kita walau di mana kita berada bukanlah bermaksud bahawa DIA berserta dengan kita dengan ZatNYA walau di mana kita berada).”

?Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalaniyy ash-Shafi^iyy al-Ash^ariyy (852 H) secara terangnya menyatakan:

“Sebahagian Mu^tazilah juga condong kepada kepercayaan ini dan mereka berkata, ‘Allah berada di mana-mana’ dan ini adalah kejahilan yang cukup nyata.”

?Ash-Shaykh ^Abdal-Wahhab Ibn Ahmad ash-Sha^raniyy (973H) menyatakan ini di dalam kitabnya “al-Yawaqit wal-Jawahir”, jilid 1 muka surat 65 bahawa ^Aliyy al-Khawwas, semoga Allah meredai mereka berdua, berkata:

“Tidak dibenarkan berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana (seluruh tempat) sebagaimana golongan Mu^tazilah dan Qadariyyah katakan.”

Wassalam...
(((( Allah Exist Without A Place))))




Bookmark and Share

  


  Member Information For ainul_qalbyProfil   Hantar PM kepada ainul_qalby   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 09:41


ALLAH ITU DEKAT…

ISLAM MERUPAKAN AGAMA SAMAWI YANG SUNGGUH INDAH DAN TIADA AGAMA YANG BOLEH MENANDINGI KEINDAHAN YANG TERSEBAR DALAM PENGHAYATAN AGAMA ISLAM, IA BUKAN SAHAJA SATU AGAMA YANG DIREDHAI ALLAH, MALAH SATU CARA HIDUP YANG DITELADANI SEPANJANG ZAMAN DAN MEMBAA RAHMAT SERTA KEBAHAGIAAN KEPADA SESIAPA YANG BERPEGANG KEPADANYA.

ISLAM MENDEKATKAN MANUSIA DENGAN PENCIPTANYA MELALUI BANYAK CARA DAN SETIAP PERBUATAN YANG DILAKUKAN BILA BESERTA DENGAN NIAT KERANA ALLAH, AKAN MENJADI IBADAH YANG MENDATANGKAN KEBAIKAN DAN RAHMAT KEPADA PENGAMALNYA.

SESUNGGUHNYA ANTARA MANUSIA DENGAN ALLAH SWT, TIADA BATAS YANG MENGHALANGNYA. SETIAP APA YANG DILAKUKAN OLEH MANUSIA SENTIASA BERADA DALAM PANDANGAN ALLAH DAN PEMERHATIAN ALLAH. SEBAGAIMANA SABDA RASULULLAH SAW YANG BERMAKSUD:
“BAHAWA KAMU MENYEMBAH ALLAH, SEOLAH-OLAH KAMU MELIHAT-NYA. JIKA KAMU TIDAK MELIHAT-NYA, SESUNGGUHNYA DIA MELIHAT KAMU”.

KEIMANAN KITA SAHAJA YANG DAPAT MEMBAWA KEPADA KEYAKINAN TENTANG HAMPIRNYA ALLAH KEPADA KITA. JIKA TIDAK, MANUSIA AKAN BERBUAT SESUKA HATI DAN KEHENDAKNYA TANPA RASA MALU KEPADA ALLAH.

SENARIO YANG BERLAKU HARI INI DI MANA KEBANYAKAN UMAT ISLAM TIDAK LAGI MERASAKAN BAHAWA ALLAH ITU DEKAT DENGAN MEREKA DAN AMAT MENYEDIHKAN, MEREKA TANPA SEGAN SILU MELAKUKAN KEMUNGKARAN DAN MAKSIAT DI SANA SINI, MALAH BERBANGGA DENGAN DOSA YANG DILAKUKAN. MENGAPA INI TERJADI? APAKAH KETAKUTAN KEPADA ALLAH SUDAH HILANG DITELAN KEASYIKAN DUNIA TANPA MENGHIRAUKAN BALASAN YANG AKAN DITERIMA DI AKHIRAT!


Bookmark and Share

  


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 11:22


bila timbulnya persoalan tentang zat ALLAH,jauhilah ia.soalan2 macam ni boleh mengancam aqidah,nauzubillah..

wala yuhituna bisyaiin min 'ilmihi illa bima sya


-----------------
ISLAM is the perfect way to live..


Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  


posticon Posting pada: 22-01-06 12:34


semoga kita semua sentiasa dalam hidayahNYA

Bookmark and Share

  


  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 14:32


Pada 18-03-05 17:45 , muawwiz posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...


Jawabnya gini kalau kita tampar pipi kita...Kita akan rasa sakit....Jadi tunjukkan di mana sakit....Jawabnya tak tahu kan tapi sakit tu kita dapat rasa kan......


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

  


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

ratuSyahaDah0307
Warga Rasmi
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21563
Posting: 4
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 14:56


Allah itu wujud!!

cuba kita hayati intisari surah AL-IKHLAAS..surah pndek yang mnetapkn Dzat Allah, keesaan sifat ketuhananNya dan keesaan perbuatanNya..dari surah ni dapat mmberi kesedaran kepada hati kecil manusia mngenai i'tiqad yang sbersih2nya spy djadikan asas bagi ibadatnya dan bawaannya dalam alm khidupn..so, sepatutnya kita tidak akan mmperhambakn diri melainkn kepada Allah smata2 dan tidak mnjadikn kata pemutus dalam sgala urusan hidup kita mlainkn hukum Allah yang menjadi PUNCA bagi segala keadaan, kekuasaan dan ketetapn..
takkan ada kehidupan ddunia..takkan ada kita sebagai manusia..takkan ada tumbuh2han dan haiwan penyeri alam jika tiada pencipta yakni ALLAH s.w.t...
cuba renung: bagaimana sebuah kereta boleh bergerak jika tiada pemandu??sdgkn kereta control pun still kena ada budak untuk mngawal pergerakannya...begitu juga alm indah ni..
xperlu mragui kewujudan Allah..cukuplah nikmat alam yang kita rasa ini mmbuktikannya...
tugas kita just mghargai dan muhasabah diri dengan keindahn ciptaanNya..dan berusaha mngkatkn iman dan amal...insyaAllah

"sEimbangkn duNiawi dan ukhrawi"


-----------------
"...ingin aku kembali, kepada fitrah iNsani,
tak sggupku jelajahi rmba duNiawi,
bbasknLh diriku dr dibeLenggu,
dOsa noda nafsu durjana..."


Bookmark and Share

  


  Member Information For ratuSyahaDah0307Profil   Hantar PM kepada ratuSyahaDah0307   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 15:31


Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tersebut supayatidak mempercayai wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu idea...

> > > Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni.
> > > Anak2 : Nampak cikgu.
> > > Guru tadika : Pen ada kan.
> > > Anak2 : ada cikgu

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu ke dalam poket dia, dan bertanya lagi..

> > > Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
> > > Anak2 : tak nampak cikgu.
> > > Guru tadika : pen ada tak?
> > > Anak2 : tak ada cikgu.
> > > Guru tadika: Anak2 nampak tuhan tak?
> > > Anak2 : tak nampak cikgu.
> > > Guru tadika : tuhan ada tak?
> > > Anak2 : tak ada cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brain wash otak budak2 tu berjaya.Tetapi dalam banyak-banyak budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia pun mengangkat tangan....

> > > budak A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
> > > Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
> > > budak A : kawan-kawan nampak cikgu tak.
> > > kawan-kawan : nampak.
> > > budak A : cikgu ada! kan?
> > > kawan-kawan : ada.
> > > Gurutadika : ???????
> > > budak A : kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
> > > kawan-kawan : tak nampak.
> > > budak A : cikgu ada otak tak?
> > > kawan-kawan : tak ada.
> > > Guru Tadika: ########!!!!!!


p/s - Ini bukan kelakar tapi ingatlah Tuhan dan ambil iktibar dariNya...
:-di

Bookmark and Share

  


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

rozihan
Warga Rasmi
Menyertai: 07.01.2006
Ahli No: 21749
Posting: 13

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 16:07


assalamualaikum..

"fikirkanlah akan ciptaan Ku..jangan fikirkan akan Zat Ku..."

Bookmark and Share

  


  Member Information For rozihanProfil   Hantar PM kepada rozihan   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 16:59


xpayah jawab apa-apa.
cakap saja tak tahu..
allahu a'lam....

Bookmark and Share

  


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 01-03-06 15:27


sesungguhnya Allah ada dimana2
Jgan ditanya
Namun yang pasti perlu percaya akan kewujudan nya

Bookmark and Share

  


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-03-06 15:54


Allah itu wujud...akan tetapi kita tidak mengetahui dimanakah dia.....
yakin dan percayalah akan kewujudanNya......

Bookmark and Share

  


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125075 saat. Lajunya....