Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Wajarkah perancangan keluarga...????????


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Wajarkah perancangan keluarga...????????

Please Mendaftar To Post


Oleh Wajarkah perancangan keluarga...????????

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-03-05 12:43


Perancangan keluarga masih rendah
Oleh Jami’ah Shukri


KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran rakyat Malaysia, khususnya wanita mengenai kesihatan reproduktif seperti kaedah menjarakkan kehamilan masih rendah dan semakin membimbangkan berada dalam kumpulan berisiko tinggi menghidap pelbagai penyakit.



Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini, mendapati tahap kesedaran wanita berkahwin menjarakkan kehamilan kini 64 peratus, meningkat hanya 10 peratus, berbanding 54.8 peratus pada 1994.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata penggunaan kaedah menjarakkan kehamilan di Malaysia masih pada tahap yang sama sejak 20 tahun lalu.

Katanya, kadar wanita berkahwin yang menggunakan kaedah mencegah kehamilan bagi menjarakkan kandungan pula kini berada pada 64 peratus, berbanding 52.2 peratus pada 1984 dan 54.8 peratus (1994).

“Keadaan itu membimbangkan kerana kemungkinan ramai wanita berada dalam kumpulan berisiko tinggi terdedah kepada pelbagai penyakit jika mereka tidak mengamalkan kaedah perancangan keluarga.

“Kita akan memperluaskan penggunaan manual Prosedur Operasi Piawaian (SOP) bagi memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada wanita di 50 klinik LPPKN di seluruh negara.

“Matlamat SOP ialah menyampaikan kaedah dan penerangan terbaik kepada wanita mengenai masalah serta bagi meningkatkan status kesihatan reproduktif mereka dan ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Integrasi Kesihatan Reproduktif di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer di sini, semalam.

Konsep kesihatan reproduktif itu diperkenal dan dipersetujui Persidangan Antarabangsa Mengenai Kependudukan dan Pembangunan di Kaherah pada 1994.

Definisi kesihatan reproduktif adalah mengenai keadaan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial serta tiada penyakit dalam semua perkara berkaitan dengan sistem reproduktif, fungsi serta proses.

Shahrizat berkata, ketika ini, sembilan klinik LPPKN mengguna pakai manual SOP berkenaan, antaranya di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

Katanya, walaupun tahap kesihatan rakyat di Malaysia ini hampir setaraf dengan negara maju, usaha masih diperlukan untuk meningkatkan serta menangani masalah reproduktif dalam beberapa aspek.

“Kadar mereka yang dijangkiti kanser payu dara ialah 52.2 peratus bagi setiap 100,000 penduduk manakala kanser serviks, 21.1 peratus bagi setiap 100,000 penduduk,’’ katanya.





Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-03-05 19:52


ler.. kenapa plak nak jarakkan kehamilan nie.. kan bagus ada anak ramai.. tapi kalau ekonomi rumahtangga meleset anak banyak mungkin menjadi beban kewangan(bukan masalah).. ntah ler..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-03-05 20:02




pada pendapat ana, ade baik dan buruknya menjarakkan kehamilan ni.ana tak tahulah sebab ana tak kahwin lagi,sekadar pendapat ana saja. yang pertama, sekiranya perempuan tu ade masalah dalam mengandung..memang dia seelok2nya kena amik masa untuk bayi yang seterusnya. ..sebab rahim dia perlu baik sepenuhnye..Ini untuk perempuan yang ade masalah dgn rahim. ana tahupun sebab kakak ana doktor bidan kat sini. itu kalau dia ade masalah. disyorkan..menjarakkan waktu bila dia nak hamil..termasuk juga pada perempuan yang ade sakit serius cthnye..sakit jantung.

kalau yg sihat tetapi masalah kewangan, memanglah..semakin ramai si kecil semakin ceria satu keluarga,tetapi sekiranya tak mampu..dari segi kewangan..rasanye takpe kalau menjarakkan sementara tunggu ongkosnye ada..tapi kalau mampu nak ade anak ramai ..alhamdulillah..berkembang zuriatnya..

pendapat ana aje. kalau ana salah maafkan ana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

khairuzzaman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14729
Posting: 252
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-03-05 13:35




menurut dr yusuf al qaradhawi dlm buku halal dan haram dlm islam...perancangan keluarga atau keluarga berencana adalah wajar (dibolehkan) bg menjaga kesihatan si ibu, anak2 ,ksusahan m'uruskan pddkan anak2...berdasarkan dalil : "Allah tdk mhendaki utk mjadikan kesusahan buat kamu" (al-maidah;6)...kaedah yg dilakukan adalah azl(membuang mani di luar rahim)...bdasarkan hadis "dahulu pnh kami melakukan azl pd zaman Rsulullah sdgkan al-Quran masih turun" riwayat bukhari dan muslim...tp pengguguran x dbolehkan kecuali dharurat...

wallahua'lam


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairuzzamanProfil   Hantar PM kepada khairuzzaman   Quote dan BalasQuote

aleyasyafira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2004
Ahli No: 13015
Posting: 100
Dari: melaka

canada   avatar


posticon Posting pada: 12-03-05 13:55



sekadar mengikut kemampuan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aleyasyafiraProfil   Hantar PM kepada aleyasyafira   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 12-03-05 15:37




kawan ana ada beritau b'dasarkan pengalamannya.. bila kita breastfeed bayi dr awal hingga cukup 2 thn, scra tak langsung ia akan membantu utk menjarakkan kehamilan scra semulajadi.. sbb dlm tempoh menyusukan anak, paras hormon (lupa lak nama hormon tu) dlm bdn wanita akan berkurang..

jadi tak payah susah2 fikir.. ikut jer cara yg Islam dah sarankan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

beecological
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14621
Posting: 250

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 12-03-05 17:45


Quote:

On 2005-03-12 15:37, alea13 wrote:


jadi tak payah susah2 fikir.. ikut jer cara yg Islam dah sarankan..




sokong awak sungguh!Islam is the way of life...the light that everlasting

Bookmark and Share

    


  Member Information For beecologicalProfil   Hantar PM kepada beecological   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 12-03-05 23:09


Jadi adalah dibenarkan untuk mengamalkan perancangan keluarga jika kita mengalami kesusahan menguruskan pendidikan anak2?

Soalan ni lama saya cari jawapan. Terima kasih pada kharuizzaman.Sebagai a medioacre, saya tak yakin saya mampu mendidik anak yang ramai. Dah la dalam dunia moden cam sekarang ni. Sorang anak pun belum tentu mampu untuk DIDIDIK sebaik-baiknya. Kalau anak ramai, tapi cuma mampu MEMBELA mereka pun tak wajar rasanya,kan?


Selama ni selain dari sebab kesihatan,apa yang saya tahu, mmg tak boleh amal perancangan keluarga. So,dpt ilmu baru hari ni


Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

al_abbas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14978
Posting: 23
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 13-03-05 11:33


cara perlaksanaan merancang yg perlu diperbetulkan. Kalau kita menggunakan pil atau media lain utk merancang, hukumnya berdosa. Ini seperti membunuh janin yg terdapt di dalam kandungan. Kalau betul-betul ingin merancang lakukan persetubuhan di masa isteri tidak subur. Iaitu 1-2 minggu selaepas haid. Pada masa ini hormon FSH dan LH dalam sistem pembiakan perempuan berada ditahap yang rendah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_abbasProfil   Hantar PM kepada al_abbas   Quote dan BalasQuote

al_abbas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14978
Posting: 23
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 13-03-05 11:41


Saya rasa belum ada kajian saintifik yang mengaitkan kanser servik dengan kelahiran anak yang ramai. Jadi tak perlulah khuatir dengan kenyataan sharizat (Kadar mereka yang dijangkiti kanser payu dara ialah 52.2 peratus bagi setiap 100,000 penduduk manakala kanser serviks, 21.1 peratus bagi setiap 100,000 penduduk,’’ katanya.)

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_abbasProfil   Hantar PM kepada al_abbas   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 16:01


Rancangan Keluarga
Keputusan 1
Menggalakkan amalan rancangan keluarga kepada umum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atas sebab-sebab yang tertentu adalah diharuskan.

Oleh: Persidangan Ulama Malaysia kali ke-8,

Tarikh Keputusan: 22 November 1973


Keputusan 2

Rancangan Keluarga mengandungi tiga bahagian, iaitu:

a. Memandulkan lelaki atau perempuan hukumnya adalah haram.

b. Mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang-orang perseorangan.

c. Menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang lain daripada (a) dan (b) di atas adalah harus.


Oleh: Persidangan kali ke-12

Tarikh Keputusan: 20 Feb 1977


Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

imansyazwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 20:15


terpulang pada pasangan suami isteri itu...
sama ada mahu laku kan perancangan keluarga atau tidak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imansyazwaniProfil   Hantar PM kepada imansyazwani   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 20:58


Perancangan keluarga menjadi agenda yang paling menarik mutakhir ini lebih-lebih lagi apabila terdapat perancangan ekonomi di bandar-bandar besar. Selain itu, untuk mengurangkan populasi penduduk juga, terdapat kerajaan negara membangun mengehadkan pemilikan anak bagi pasangan kepada seorang seperti yang berlaku di China.

Selain itu, apabila sampai ke Malaysia, dasar pemilikan 70 juta penduduk semakin tidak relevan memandangkan pada ketika populasinya sekitar 25 juta kini, pelbagai kepincangan sistem sosial yang berlaku. Justeru perancangan keluarga harus dilihat sebagai usaha signifiken yang harus ditetliti oleh semua orang. Jika zaman dahulu (era 80-an), orang-orang tua yang berkahwin dan tinggal di desa-desa di kawasan pedalaman memang tidak ambil pusing semua ini. Di kampung-kampung, satu keluarga terdiri daripada 15 - 16 orang anak dari satu induk (satu ibu - satu bapa). Saya sendiri mempunyai 12 orang adik-beradik melalui seorang ibu. Apa kata ibu tentang perancangan keluarga?

Kata ibu,
"Anak-anak adalah rezeki, biarlah ketika membesar, mendidik dan mengasuh anak-anak ibu; ibu dan ayah mengorbankan segala kesenangan hidup. Esok-esok apabila anak-anak ibu menjadi orang yang berjaya, bijak pandai dan berkerjaya dengan gaji yang baik, keadaan yang susah hari ini akan hilang dan lenyap." Inilah pesan ibu kepadaku dalam usiaku 20 tahun (tiga tahun yang lalu), pesanan itu menjadi azimat kepadaku kerana merupakan anak kedua dalam keluarga.

Memang betul, anak-anak adalah rezeki. Ayah dan ibu disegani kerana semua anak-anaknya berjaya dan bijak-bijak dalam pelajaran. Ayah dan ibu mendapat anugerah dari pihak sekolah kerana sakhsiah yang dimiliki anak-anaknya. Namun. Aku amat bimbang sekiranya suatu hari, tiada di kalangan kami yang ramai ini dapat memberi perhatian dan penjagaan yang baik sebagaimana kasih sayang yang dicurahkan kepada kami hari ini.

Menjawab persoalan perancangan keluarga masih rendah harus dilihat dari pelbagai persepsi. Jika seseorang itu tidak mahukan anak, kerana takut papa dan jatuh miskin, ia sebenarnya menyalahi ketentuan Allah. Tidakkah Allah sudah menjamin, bahawa setiap anak yang lahir akan disertakan rezeki yang tertentu untuknya. Sebaliknya adalah wajar perancangan itu dibuat jika kehamilan dan proses melahirkan anak itu membahayakan nyawa isteri seperti pesakit RH-negatif.

"wa-laa taqtuluu aulaadakum khasyatu imlaaqin...." - "Dan jangan kamu membunuh anak2 kamu kerana takutkan kepapaan...."

thank you.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

PuteriDesa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 21:10


:lol:
saya fikir sangatlah wajar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteriDesaProfil   Hantar PM kepada PuteriDesa   Quote dan BalasQuote

altamira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5830
Posting: 242
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 22:13


sesetengah pendapat boleh diterima asalkan tak bercanggah dengan hukum agama, kalau itu cara terbaik untuk kurangkan pertumbuhan penduduk dan boleh kurangkan pelbagai pencemaran dan kesan rumah hijau disebabkan pertumbuhan global rasa saya ia tak salah,lagi sikit rakyat ,lagi sikitmasalah yang akan timbul

Bookmark and Share

    


  Member Information For altamiraProfil   Hantar PM kepada altamira   Pergi ke altamira's Website   Quote dan BalasQuote

winna_huwaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2005
Ahli No: 17219
Posting: 132

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 22:25


perancangan keluarga..
bagi winna penting....



-----------------
aku ada lah aku


Bookmark and Share

    


  Member Information For winna_huwaidaProfil   Hantar PM kepada winna_huwaida   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 25-07-05 23:23


Buat apa nak merancang keluarga...?Anak tu kan rezeki...Kalau Allah nak bagi terima saja lah...Rezeki tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 26-07-05 00:42


dah Allah nak bagi, terima sajalah...
anak tu kan amanah Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 02:08


mmm...betul kata alea13 tu. tapi hormon prolactin dan oestrogen akan naik seolah-olah kita masih lagi dalam keadaan mengandung walaupun hakikatnya tak mengandung. tu secara fisiologi...

ana cadang kepada mereka yang merancang adalh yang betu2 berisiko contohnya pernah buat caesarean section, ada endrometriosis atau fibroid atau penyakit yang kronik contohnya sakit jantung, kencing manis dan yang sedang diperkatakan iaitu SLE (systemic lupus erythemathous).

satu lagi, pendapat ana untuk yang sibuk dengan kerjaya, elok juga merancang. bukan apa, setelah ana habis praktikal di wad kanak2 selama 2 bulan, ana lihat banyak kanak2 yang terbiar. kalau visiting hour, ramai mak ayah yang tak dapat hadir sebab sibuk. sebak kalau ana tengok mereka.....


-----------------

[ Telah diedit oleh: doktor_kampung pada 26-07-05 02:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

love_fillah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2005
Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-07-05 04:09


bismillah walhamdulillah...

bagi ana, perancangan keluarga tu penting. bukan ke kita ada 5 marhalah yang perlu dimantapkan dan salah satunya BAITUL MUSLIM. So, bagi yang belum berkahwin... ada peluang lagi nak mantapkan fardhi muslim sebelum melangkah ke alam Baitul muslim. ini bukan sahaja isu menjarakkan kehamilan... tapi yang lebih penting... kita kenalah fikirkan serba serbi... dari segi kebajikan, kerukunan dll. bukan mudah sebenarnya... tapi itulah marhalah yang perlu dilalui untuk mencapai KHILAFAH ISLAMIYAH.

apapun... kita sebagai seorg muslim... kita hendaklah sentiasa bersedia...

strive 4 mardhatillah:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For love_fillahProfil   Hantar PM kepada love_fillah   Pergi ke love_fillah's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-07-05 17:02


lagi 4 marhalah tu apa love_fillah?

ps: bertanya untuk orang lain. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-05 02:52


Assalamualaikum...

Ana setuju dengan buat perancangan dalam keluarga...tengok ikut kemampuanlah...kalau kaya raya tu...anak ramai tak mengapa..tapi kena pastikan jugak didikan tu dapat dilaksanakan dengan sempurna...jangan pandai beranak ramai saja...tapi tak pandai nak didik....

Bagi yang kurang berkemampuan pula...jgnlah beranak ramai2..kan susah nak bagi makan pula....iyerlah anak tu rezeki....tapi nengok keadaan ekonomi sekaranglah...

8-)


-----------------
Your HTML Guide


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 01-08-05 20:52


Pada 31-07-05 02:52 , Nurul_Amin posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

Ana setuju dengan buat perancangan dalam keluarga...tengok ikut kemampuanlah...kalau kaya raya tu...anak ramai tak mengapa..tapi kena pastikan jugak didikan tu dapat dilaksanakan dengan sempurna...jangan pandai beranak ramai saja...tapi tak pandai nak didik....

Bagi yang kurang berkemampuan pula...jgnlah beranak ramai2..kan susah nak bagi makan pula....iyerlah anak tu rezeki....tapi nengok keadaan ekonomi sekaranglah...

8-)




Assalamualaikum...
mungkin boleh agaknya...
tapi kalau boleh shah tak suka sangat lah macam tu..
bukan apa...
rezeki tu telah ditetapkan..
jangan lah risau..
janji kita yakin rezeki kita ada..

wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 01:37


Perancangan keluarga bagi yang bersebab yang diharuskan tak kisah lah. tapi kalau yang saje2 ni, bt apa? takut gemuk lah, tak vogue lah, hish macam-macam. kan setiap anak tu rezeki dan bawa rahmat? lagi pun negara kita underpopulated bknnya overpopulated.
[ Telah diedit oleh: SHAMR pada 03-08-05 01:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130233 saat. Lajunya....