Oleh |
kenape PEREMPUAN DI PELAKUKAN SEBEGINI??? |
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 26-02-05 06:36
pertamanya ingi saya ajukan soalan pd semua kenapekah perempuan sering d jadikan mangsa nafsu serakah manusia..yg bersifat kebinatangan?? di rogol..di bunuh.di buat seperti mereka tiada harga??..d sini insyaAllah akan saya copy& paste seberape banyak kes2 pencabulan kpd kaum hawa ini...dan saya mintak..sahabat2..tolong saya..sepertimana tajuk forum saya sebelum ini bunuh bunuh bunuh.... saya mulai dengan satu kes terbaru.. Budak perempuan 12 tahun dipercayai dirogol 12 lelaki MELAKA 25 Feb. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh 12 lelaki dalam tempoh dua hari di lokasi berasingan selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, selepas kejadian, kanak-kanak tersebut didapati berkeliaran sendirian di sebuah taman rekreasi di Masjid Tanah dan tidak pulang ke rumahnya di Sungai Udang, di sini. Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai bermula ketika kanak-kanak itu berjalan sendirian berhampiran rumahnya kira-kira pukul 2 petang, Ahad lalu. ``Enam lelaki yang bekerja di sebuah premis mencuci kenderaan berhampiran rumah kanak-kanak tersebut telah memanggil mangsa dan membawanya masuk ke sebuah bilik di premis tersebut sebelum merogolnya secara bergilir-gilir. Kata Mazlan, ketika di rumah lelaki itu, mangsa sekali lagi dirogol bergilir-gilir oleh lelaki terbabit yang kemudiannya memanggil tiga lagi rakan menyertainya. Menurutnya, selepas kejadian itu, kanak-kanak terbabit dibawa ke taman rekreasi dan ditinggalkan bersendirian sebelum tiga lelaki lain merogol mangsa di situ pada pukul 8 malam. ``Ibu mangsa yang menyedari kehilangan kanak-kanak tersebut Ahad lalu kemudiannya membuat laporan polis dan mangsa ditemui di taman berkenaan kira-kira pukul 11 malam, Rabu lalu,'' kata beliau. Beliau memberitahu, ekoran kejadian itu, polis menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 22 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut dan meminta lelaki lain yang terbabit dalam kejadian tersebut menyerah diri di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. zalimnye...memalukan kaum adam sungguh!!..kenape tak pergi ganyang je.batang2 pokok kat pusat reakriasi tu??kalau dah tak tahan sangat??
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 26-02-05 08:58
Masyaalla, dunia dah nak kiamat kot... nafsu serakah syaitan!!! insaf, sebelum malaikat maut menjenguk!!!
|
mariatulqibtiah
Warga Rasmi Menyertai: 09.01.2005 Ahli No: 13618
Posting: 19
Dari: Kedah
|
Posting pada: 26-02-05 10:31
memang pun zalim and x berhati perut. Dahla dia 2 masih seorang budak yg x tahu apa2. Masyaallah apa nak jd dgn dunia skrg? Takkan x boleh nk kawal nafsu serakah 2? Insyaallah kalau ada iman, semua ini tidak akan berlaku.... Tepuk dada tanya iman.... ana berpesan utk diri ana and semua sahabat, marilah kita semua bertaubat seblm ajal menjemput kita... Wallahua'lam
|
hanishumaira
WARGA SETIA Menyertai: 11.02.2004 Ahli No: 7196
Posting: 546
Dari: Gombak
|
Posting pada: 26-02-05 10:32
apa jenis manusia aa depa nih..... ----------------- .:. sesungguhnya orang˛ yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah
|
Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.04.2004 Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 26-02-05 11:14
Erkk...takutnyaaa nak kluaq rumah...kena buat perintah berkurung ni kat semua kaum HAWA...makin menjadi-jadi kes rogol ni...sepatutnya lelaki menjadi pelindung kaum hawa bukannya PEMUSNAH kaum hawa...Subhanallah... -----------------
|
lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 01.07.2003 Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh
|
Posting pada: 26-02-05 11:20
macam macam ada kat zaman moden nih...
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 26-02-05 11:48
lelaki pun ada yg jadi mangsa rogol.
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 26-02-05 11:56
wbt bila manusia dah tak ada sifat perikemanusiaan...
|
atiey87
Warga Rasmi Menyertai: 27.01.2005 Ahli No: 13925
Posting: 10
Dari: kelantan
|
Posting pada: 26-02-05 12:05
|
vanadium_oksida
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2005 Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak
|
Posting pada: 26-02-05 12:22
Ya Allah ape nak jadi dunia sekarang ....banyak2lah bedoa kepada Allah s.w.t supaya selamt di dunia dan di akhiran ..insya-Allah.. ~lahirnya kita disambut dengan azan~ matinya kita diiringi dengan solat~ ~antara azan dengan solat alngkah ~ ~singkat hidup nie~
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 26-02-05 12:45
..apa dah....bila jadi superman,batman,power rangers atau semua la man2 nya....banteras semua ni... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
najwaathirah
Warga Rasmi Menyertai: 04.12.2004 Ahli No: 12790
Posting: 12
Dari: n9+klate=bumi bertuah
|
Posting pada: 26-02-05 18:06
astaghfirullah... dunia ble dh smpi ke akhir zmn...cmni la jdnye... kaum hawa knla ambik xtra precaution... saudara2 llk knla menjg saudara kt yg perempuan...t'utamanye mrk yg masih blum bleh bezakn antr baik n buruk... ~ nafsu itu manisnya hanya sementara...azab Allah xterduga dahsyatnya...~ ----------------- ~najwa_athirah~
|
ninja
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2004 Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah
|
Posting pada: 26-02-05 20:53
bile amal makruf nahimungkar tak dijalankan.....
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 26-02-05 21:52
alahai kesiannye dak kecik tue...isu yg tiada penghujungnya dan semakin hari semakin teruk....ana merayu pd kerajjan tolongla adakan undang2 Islam untuk membela nasib2 org Islam sendiri...dah xlarat nak dgr isu2 cam gini lg.. ----------------- Yang Mencari Keredhaan ALLAH
|
jannahassyahid
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2004 Ahli No: 13242
Posting: 108
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 27-02-05 00:09
..Begitulah yg telah berlaku..dan akan berlaku selagimana UNDANG2 ALLAH tidak dilaksanakan..nafsu diikut melulu..ana rasa semakin takut nak keluar rumah...buat kaum Hawa..berhati2 ketika dimana jua antunna berada..doa spy Allah pelihara kita dr "makhluk2 perosak" ni..
|
nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang
|
Posting pada: 27-02-05 14:09
em.. kenapa yer... ----------------- Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...
|
hilwi
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.09.2004 Ahli No: 11432
Posting: 87
Dari: kedah
|
Posting pada: 27-02-05 15:40
masyaallah...kalau diselak jer surat khabar,hari 2 tak pernah lengang dengan berita camni... dah tak cukup dengan wanita, remaja, orang tua,... budak 2 pun dorang nak jadikan mangsa... tulah manusia....kalau tak gunakan akal utk berfikir....nilah jadinya...mereka tu seumpama binatang...bahkan lebih teruk dari binatang... disini ana nak bagi sedikit komen.... berkenaan kes rogol WANITA...bukan kanak2 ok... ana rasa...perkara ni maybe lah bukan salah si lelaki sajer...paerempuan pun sama2 salah.... yelah...kenapa perempuan tak jaga auratnya baik2? kan dalam alquran pu allah dah suruh kita tutup seluruh tubuh badan kita kecuali muka dan tapak tangan?? tak paham 2 lagi ker??... bila dah terkene bari nak salahkan pihak ni..pihak tu... cuba renung diri kita dulu adakah kita ni menjaga tatatertip sebagai wanita islam? baru2 ni ana ada membaca akhbar berkenaan remaja berumur 15 tahun yg lari dari rumah...tinggal dengan kawan...berkenalan dengan beberapa lelaki....bawa berjalan....lastly kene rogol macam tu jer....sape yang salah dalam hal ni?lelaki?kita kan tau bahwa wanita mempunyai 9 nafsu...and lelaki satu jer....ape yang dia paling mahukan kalau bukan wanita?...maner ader buaya tolak bangkai....cubalah fikirkan.....wahai wanita islam sekelian....jangan terlalu ghairah dengan pergaulan bebas sekarang.... ingatlah...Allah akan jaga kita kalau kita jaga agamaNya..... jangan terlalu mudah mengikut telunjuk nafsu.... nanti diri kita yang merana.... Wallahua'lam...
|
abu_afifi
Warga Rasmi Menyertai: 23.01.2005 Ahli No: 13870
Posting: 8
Dari: selangor
|
Posting pada: 27-02-05 16:09
tul kata hilwi....muhasabah ler diri kita sebelum kita nanti di hisab..mungkin silap perogol, tak dinafikan bdak pompuan tu pun yer gak..mungkin silap pemimpin,mungkin silap ulama,mungkin silap masyarakat,ibubapa....silap2 kita pun sebenarnya 'bertanggungjwb'terhadap kes2 begini
|
czarcam
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.
|
Posting pada: 27-02-05 16:22
...simpang malaikat 44... semoga Allah menghndari perkara keji ini berlaku dikalangan kita, sahabat² dan kaum kerabat kita sume... Amin ya rabbal a'lamin.... ----------------- Perjuangan Ibarat Mata Rantai, Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir.....
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 28-02-05 06:18
semalam punya kes.. Rogol anak, dua lelaki dipenjara KUANTAN: Dua lelaki masing-masing dihukum penjara 18 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak kandung dan anak saudaranya. Hakim Mariana Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap bapa dan bapa saudara remaja terbabit selepas mengambil kira fakta kes dan hujah peguam bela kedua-dua tertuduh dan Timbalan Pendakwaraya. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap bapa remaja itu bermula dari dia ditangkap pada 27 Disember 2003, manakala hukuman sama terhadap bapa saudaranya bermula semalam. Kedua-dua tertuduh terbabit kelihatan tenang selepas Mariana menjatuhkan hukuman itu terhadap mereka. Mariana berkata, apa-apa alasan yang diberi kedua-dua tertuduh kes terbabit tidak berbeza kerana ia membabitkan anak kandung dan anak saudara. "Sebagai bapa atau bapa kandung, perkara itu tidak boleh berlaku dalam institusi kekeluargaan, apa lagi kes rogol serta sumbang mahram semakin berleluasa sekarang," katanya. Berdasarkan kertas pertuduhan, bapanya dituduh melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang ketika itu berumur 16 tahun lapan bulan di bilik tidur di sebuah rumah di Gambang, kira-kira jam 1 pagi 13 Ogos 2003. Bapa saudaranya dituduh merogol remaja itu ketika dia berumur antara 7 tahun hingga 11 tahun antara 1996 hingga 2000. Penyamun perkosa ibu baru bersalin KUANTAN: Seorang ibu baru bersalin dua minggu, dipercayai dirogol seorang penyamun sebelum melarikan barang kemas milik mangsa bernilai RM2,000, awal pagi semalam. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 4 pagi, ketika mangsa berusia 24 tahun sedang tidur bersama anaknya di dalam bilik di rumahnya dekat Felda Selancar, Cenderawasih, Rompin. Penyamun terbabit bersama seorang lagi rakannya dikatakan menceroboh rumah mangsa melalui pintu hadapan dengan mencungkil pintu menggunakan kuku kambing sebelum mengugut mangsa dengan parang. Bagaimanapun, salah seorang penyamun kemudiannya merogol mangsa sementara seorang lagi menyelongkar bilik tidur sebelum menemui barang kemas bernilai kira-kira RM2,000. Penyamun terbabit bersama rakannya kemudian melarikan diri bersama barang kemas milik wanita muda itu melalui pintu hadapan. Mangsa dalam ketakutan meminta bantuan jiran yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Cenderawasih, dekat Rompin. Berita Minggu difahamkan, ketika kejadian suami mangsa tiada di rumah, dipercayai keluar bekerja, manakala bapa saudaranya yang tinggal bersama mereka dikatakan keluar dari rumah, kira-kira jam 3 pagi dengan menaiki lori untuk ke tempat kerja. Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit. "Berikutan kejadian itu, polis sudah menjalankan gerakan memburu dua penyamun terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan," katanya.
|
pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.02.2005 Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan
|
Posting pada: 28-02-05 07:00
antara tanda2 kiamat adalah kembali sepertia asal...ini jelas menunjukkan perempuan diperlakukan utk seks seperti zaman jahiliah.hari demi hari...pakaian semakin ikut trend.anda akan tgk manusia akan telanjang seperti zaman dahulu. aper yg perlu dilakukan...wahai wanita islam...sesuangguhnya kamu dijadikan untuk diri kamu dan perhiasan buat si suami.perlengkapilah dirimu wahai hawa.agar menjadi bidadari seperti ainunmardhiah di akhirat sana....salam dari pengembara_firdausi.....atau dunhill_light14(yahoomsgr)hihihi,byeee semer
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 28-02-05 08:24
woo woo woo rilek3 anda hanya disajikan dengan kezaliman yang kaum anda kena tetapi anda tahu tak bahawa di Johor seorang budak lelaki berusia 12 tahun dirogol oleh 5 perempuan sekali gus dan telah membuat laporan di balai polis dan jga dilaporkan kepada media tapi tiada tindakan oleh pihak media. Nape plak anda cepat melatah?.
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 28-02-05 16:09
erm xkira la pompuan rogol laki ke laki rogol pompuan ker..masalahnyer kalo xleh control nafsu kawin je laa...jgnla jadi binatang asal jumpa je mana2 nak balun...baik jd binatang kalo xnak guna akal...
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 28-02-05 16:19
|
sharifahnatasha
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.02.2005 Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya
|
Posting pada: 28-02-05 23:45
Masya Allah..ana tahu perasaan mereka.kesian ye. tapi, sometimes kita tak boleh nak salahkan kaum adam .ini adalah kerana..kadang2 salah perempuan juga..contohnya..baju ketat ke, tak tutup aurat ke..jalan sorang2 pada waktu malam..seperti pergi disko.. but..tu lah..sometimes..cara laku kita pun nak kena perbetulkan..ana rasalah...kalau salah ..tegurlah ana ye..
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 01-03-05 21:09
semalam punya kes.. Pelajar dakwa dirogol bapa KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berusia 15 tahun mendakwa dirogol oleh bapanya di sebuah rumah di Dungun sehingga melahirkan anak lelaki di Hospital Pekan, Pahang, pada 28 Januari lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Lim Char Boo, berkata mangsa, pelajar sebuah sekolah menengah di Pahang melahirkan anak kira-kira jam 6.30 petang hasil sumbang mahram. Beliau berkata, seorang doktor yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan membuat laporan kes pelajar itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 2 petang, 21 Februari lalu. Lim berkata, IPD Kuantan menghantar laporan mengenai kejadian itu kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, tengah hari kelmarin. Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dirogol pertama kali oleh bapanya pada Mei 2004 dan September lalu. Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan mencari seorang tukang rumah berusia 41 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan. Remaja ditahan kes rogol adik MUAR: Polis menahan seorang remaja berusia 16 tahun selepas dipercayai merogol adik kandungnya yang berusia 13 tahun di rumah mereka di bandar ini, sejak awal bulan ini. Remaja itu ditahan sepasukan anggota polis di rumahnya beberapa jam selepas adik remaja berkenaan yang ditemani ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, kira-kira jam 1 pagi, Jumaat lalu. Polis mengklafikasikan kes itu sebagai sumbang mahram dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. Perbuatan remaja yang berhenti sekolah sejak tiga tahun lalu itu, terbongkar selepas ibunya mengesyaki sesuatu selepas melihat kemesraan kedua-dua beradik itu. Mangsa kemudian mengakui perbuatan abangnya itu selepas ibunya bertanya mengenai hubungan mereka yang rapat. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Daud Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes itu dan siasatan lanjut dijalankan. Katanya, mangsa yang juga sudah berhenti sekolah selepas tamat tingkatan satu membantu ibunya yang berniaga kedai makan. "Sebelum ini, mangsa dan abangnya itu jarang bertemu kerana mangsa tinggal bersama ibu saudaranya di Batu Pahat dan hanya kembali tinggal bersama keluarganya sejak Aidilfitri lalu,” katanya. Daud berkata, abang mangsa dikatakan mula melakukan perbuatan terkutuk itu beberapa kali di rumah mereka sejak awal Februari lalu ketika ketiadaan ibu mereka. Katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik, manakala remaja yang ditahan itu anak kedua. Beliau berkata, abang mangsa kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes itu sudah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Katanya, mangsa juga turut dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. menarik sungguh susunan ayat saudara pengembara firdausi...hemm..ttp enta kena tahu kalau dah akhir zaman..mcm2 akan berlaku..hemm..teruk2..kalau lelaki d rogol jugak..eeeeeeeee..fenin2..
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 01-03-05 21:22
Dua anggota Rela dituduh rogol SHAH ALAM: Dua anggota Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi menghadapi tuduhan merogol budak perempuan berusia 14 tahun di tandas awam tasik Shah Alam pada 30 Disember tahun lalu. M Sureseh, 20, dan Norirwanshah Mat Noor, 21, dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mereka yang dituduh melakukan perbuatan itu jam 6 pagi sebelum ditahan pada 20 Februari lalu, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Hakim Suraya Othman membenarkan tertuduh yang menetap berasingan di Seksyen 18 dan masing-masing bekerja sebagai mekanik dan pekerja kilang diikat jamin
|
Yob
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL
|
Posting pada: 02-03-05 09:52
Ntah lah kadang-kadang yob sendiri bimbang..bimbangkan keselamatan isteri dan anak-anak....susah nak percaya manusia sekarang...terutama yg tak berfikrah islam tu..yg sembahyangnye sembahyang waktu bukan sembahyang 5 waktu....sembahyang waktu rajin jer..waktu tak rajin tak sembahyang.... Lelaki nafsunya memang pada wanita...memang fitrah lelaki suka tengok aurat wanita...so yg lelaki kene kawal pandangan tu...atau sekurang-kurangnya kawal nafsu seks...tidak melepaskan syahwat sewenang-wenangnya...kaum wanita bantulah kaum lelaki dengan menutup aurat..dan jangan berdua-duaan di tempat sunyi...ikut pesan rasullullah..nak keluar biarlah dengan mahram...jangan dating..jangan mudah percaya ajakan lelaki WALAUPUN dah kenal sejak lahir lagi.... undang-undang islam perlu di tegakkan..barulah aman dunia....
|
acidburnt18
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11395
Posting: 25
Dari: kuantan
|
Posting pada: 08-03-05 10:14
astaghfirullah..mmng dunia akhir zaman.mcm x tentu hala jadk.tp sbg kaum hawa gak....kita kna la mngelak.....mksd sy jg tingkahlaku tu,segi pemakaian,n communication.........
|
beecological
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14621
Posting: 250
|
Posting pada: 09-03-05 10:06
benci benci benci BINATANG BUAS Ya Allah,Kau tegakkanlah undangMu di bumi M'sia ini..... wallahu'alam
|
ABg_IMaM
Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 29-03-05 03:23
Quote:
| Dua anggota Rela dituduh rogol SHAH ALAM: Dua anggota Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi menghadapi tuduhan merogol budak perempuan berusia 14 tahun di tandas awam tasik Shah Alam pada 30 Disember tahun lalu. M Sureseh, 20, dan Norirwanshah Mat Noor, 21, dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mereka yang dituduh melakukan perbuatan itu jam 6 pagi sebelum ditahan pada 20 Februari lalu, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Hakim Suraya Othman membenarkan tertuduh yang menetap berasingan di Seksyen 18 dan masing-masing bekerja sebagai mekanik dan pekerja kilang diikat jamin |
| ini mungkin statuory rape...atau rogol bawah umur... maksudnya si budak perempuan nie mungkin rela di'romen' oleh dua org balak nie.... tp mungkin ada foul play menyebabkan budak perempuan nie buat report polis.... agaknya lah...
|