Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-06-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 27 hari yang lalu
izdham: 36 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 46 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 'dajal' lahir di Russia


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 'dajal' lahir di Russia

Please Mendaftar To Post


Oleh 'dajal' lahir di Russia

cruestasia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2003
Ahli No: 1791
Posting: 60

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-02-05 11:42


Dajal’ lahir di Russia

MOSCOW: Seorang wanita Russia dilaporkan melahirkan anak perempuan yang hanya mempunyai satu mata.

Bayi ganjil itu melihat dunia dengan hanya satu mata biru besar, bernafas menggunakan belalai yang tumbuh pada dahi sebelum mati, lapor akhbar Komsomolskaya Pravda, kelmarin.

Salah seorang doktor di Hospital St Petersburg memberitahu akhbar itu, bayi ganjil yang dianggap dajal oleh penduduk setempat dilahirkan oleh seorang ibu normal.

Bayi pelik itu mempunyai rambut dan bulu roma tebal, mempunyai satu mata di tengah muka selain satu belalai yang tumbuh di atas matanya.

Ibu yang berusia lingkungan 30-an itu dilaporkan melahirkan bayi yang dikandungnya selama tujuh bulan di rumah kerana tidak sempat ke hospital.

Pada awalnya doktor menyangka, belalai pada bahagian atas mata bayi berkenaan adalah zakar tetapi akhirnya mendapati ia adalah alat pernafasan untuk bayi berkenaan.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke sebuah rumah mayat dan pakar forensik melakukan pemeriksaan rapi terhadap mayat berkenan. Menerusi pemeriksaan, doktor mendapati bayi berkenaan mempunyai banyak kecacatan lain yang tidak memungkinkan ia hidup.

Ibu bapa bayi berkenaan dilaporkan tidak sanggup melihat bayi berkenaan menyebabkan doktor terpaksa mengawetnya dan menempatkannya di dalam botol yang dipenuhi cecair bahan pengawet.

“Ia satu kejadian pelik,” kata pakar bidan, Ivan Rylchikov.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cruestasiaProfil   Hantar PM kepada cruestasia   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-02-05 12:06




Biar betul...biar betul2...nanti tak payah diperbetul...MasyaAllah...tanda-tanda nak kiamat...

~Ya Allah Ya Tuhanku...berilah daku kekuatan utk ku harungi dugaan dan cabaran dr Mu Ya Allah...Ameen...~

Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 12:10


Tak de pic ker....????

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

cruestasia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2003
Ahli No: 1791
Posting: 60

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-02-05 17:04


artikel ni saya ambik dari berita harian online...sorry laa...picture tak der...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cruestasiaProfil   Hantar PM kepada cruestasia   Quote dan BalasQuote

puteri_kelate
Warga Rasmi
Menyertai: 03.09.2003
Ahli No: 3261
Posting: 14
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-02-05 21:36


asalamualaikum...
mm,saya br jer baca berita tu hari ni...tak sangka betul....terkejut..gambar yg disiarkan dalam akhbar BH w/pun tak berapa jelas tp memang bayi tu betul2 mcm dajjal...ya ALLAH,betapa besarnya kekuasaanmu...semua akan berlaku dengan kemahuannya....banyak kejadian pelik berlaku skrg ni...bersamalah kita menginsafi diri dan banyak berbuat amal kebajikan,perkuatkan lg iman didada untuk kesenangan kita di akhirat sana...AMEEN.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_kelateProfil   Hantar PM kepada puteri_kelate   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-02-05 00:09


wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

najwa_hayati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.09.2003
Ahli No: 3625
Posting: 182
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 03:42


assalamualaikum... dalam article asal by Komsomolskaya Pravda, akhbar rusia nie, dia tak cakap dajal.. tapi cyclops sebab bermata satu...

refer linkPravda

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_hayatiProfil   Hantar PM kepada najwa_hayati   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 04:01




subhanallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 26-02-05 10:12


Quote:

On 2005-02-25 21:36, puteri_kelate wrote:
tak sangka betul....terkejut..gambar yg disiarkan dalam akhbar BH w/pun tak berapa jelas tp memang bayi tu betul2 mcm dajjal...




pernah tgk ke dajjal rupe mcm ner yg boleh tau rupe budak tu 'betul2 mcm dajjal' tu?



Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 10:28


ana tgk kat berita harian..
macam dajjal yang kiter baca dalam buku, macam ilustrasi kat majalah yang cerita pasal dajjal..
wallahua'lam..


Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 26-02-05 12:27



sudhanallah..maha suci Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-02-05 20:51


hebatnya Allah...yang mencipta makhluk sekecil kecil bakteria sehingga makhluk sebesar besar yang menanggung arasy NYA....
dengan lahirnya bayi sebegitu...masyaallah...hebatnya Allah...
tiada yang mustahil di sisi Allah swt....
dari ibu yang normal..lahirnya bayi yang mempunyai satu mata...belalai di kepale...
tapi..kekuasaan Allah swt jelas nyata semasa zaman nabi saleh as...dari batu yang mati...keluarnya seekor unta yang bunting dan besar...

MAHA SUCI ALLAH...
HEBAT MU YA ALLAH...


Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 26-02-05 21:48




em kejadian tu mmg pelik..dan doktor tue kata peluang nye nak idup mmg tipis sbb byk sgt kecacatan yg dialami budak tue...Maha Suci Allah boleh tgk pic die dlm akhbar berita harian...mmg menggerunkan..tp bknla dajjal..kalo semua org tau dajjal..semua org leh sipa sedia la walhal org2 yg beriman pon akan masuk dln fitnah dajjal nie semasa penakllukan dajjal...kecuali yg betul2 kenal Allah je yg leh selamat.

-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

puteri_kelate
Warga Rasmi
Menyertai: 03.09.2003
Ahli No: 3261
Posting: 14
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-03-05 00:47


mm,bkn begitu maksud ana.memang kita xpernah lihat rupa dajal tu mcmana tetapi apa yg ana nak ckpkan di sini ialah rupa bayi tu yg agak pelik menjurus kepada soalan yg dibincangkan.Di dalam kitab suci al-quran pun ada menyebut perihal dajal. WALLAHUA'LAM....PASTI ADA HIKMAT DISEBALIK KEJADIANNYA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_kelateProfil   Hantar PM kepada puteri_kelate   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 02-03-05 10:07


Ilmu ALLAH itu ummi... Cian baby girl tu kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Mawaddatul_Islam
Warga Rasmi
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 181
Posting: 11
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-05 10:47


assalamualaikum...

err...nak tanya.. betul ke dajjal ni terdiri dpd kaum hawa?! emm lg satu, hampir 40 thn yg lepas.. nenek (belah mak) pernah lahirkan bayi perempuan yg berhidung mcm belalai & mengalami beberapa kecacatan lain. tapi mata still sepasang.. cuma citer tadi tu mengingatkn ana ttg citer lama tu. org2 kg ms tu kata...bayi tu ter'kenan' dgn patung gajah yg jd sembahan masyarakat india kat sebuah kuil di kg tu. nenek pun ngaku kata dia penah skali tu terkejut beso biler tnampak patung gajah tu (dlm tempoh kehamilan). err...betul ke pasal 'kenan2' nie?? boleh pecaya ke? minta pendapat pd yg yg sudi..

mekacih....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Mawaddatul_IslamProfil   Hantar PM kepada Mawaddatul_Islam   Quote dan BalasQuote

nabilah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 996
Posting: 383
Dari: .:Bumi Allah:.

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-03-05 10:58


subhanalllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilahProfil   Hantar PM kepada nabilah   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 02-03-05 11:33


Kenapa terus kata baby tu dajal?
Entah2 kecacatan luar biasa je kot?
Mana tau dia dajal hanya berdasarkan rupa?
Entah2, baby tu bakal jadi seorang yang baik?
Kesian pulak kat baby tu tak semena2 orang panggil dajal..........
Kalau anak kita? Adik kita?

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  


posticon Posting pada: 19-05-05 11:56


Komen saya ini pernah diletakkan di laman e-masjid.com

Tiba-tiba masa tengok-tengok topik di sini, terjumpa pula tajuk ini. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan salah faham kita tentang berita ini. Harap maklum. Tolong baca sampai habis untuk elak salah faham.


-
Artikel tu keluar di Berita Harian. Saya kesian dengan bayi tu, sesuka hati je dia didakwa sebagai dajal. Saya tak pasti apa tajuk asal berita tu dalam bahasa Rusia. Adakah apabila ia diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia, barulah perkataan 'Dajal' itu digunakan atau tidak, saya tak pasti. Hanya Allah dan si penterjemah sahaja yang tahu.

Apa yang saya nak beritahu ialah, bayi perempuan yang baru lahir itu BUKAN DAJAL!!! Kenapa? Ni saya nak bagitahu.

OK, mula2 kita tengok ciri2 bayi tu terlebih dahulu. Ada satu mata biru besar, ada belalai yang tumbuh di atas mata bayi itu, dan mati tidak lama selepas dilahirkan. Itu semua adalah ciri-ciri ataupun sindrom yang dikenali dalam dunia perubatan sebagai Cyclopia (single eye) ataupun synophthalmia (fusion of the eyes).

Kecacatan ni berlaku ketika bayi dalam kandungan, iaitu kira-kira minggu ke-19 hingga ke-21 selepas berlakunya persenyawaan. Faktor-faktor yang membawa kepada kecacatan ini ialah pengambilan alkohol ketika mengandung, mutasi pada gene sonic hedgehog (SHH) dan kelainan pada metabolisma kolestrol yang menganggu perjalanan aktiviti gene SHH tersebut. Saya rasa cukuplah setakat tu penerangan tentang kecacatan tu. Nanti tulis lebih2 tak faham pula..betul tak?

Anda bertanya, 'Habis tu kenapa doktor yang sambut bayi tu tak kata bayi tu dapat kecacatan synophthalmia? Kenapa doktor tu macam bingung pulak?'

Ini jawapannya.. Saya rasa doktor tu mungkin dah lupa penyakit tu wujud di dunia ini. Mana taknya, synophthalmia ni adalah kecacatan yang sangat jarang berlaku di muka bumi ini. Boleh dikatakan hanya beberapa orang doktor sahaja di muka bumi ini yang akan menyambut kelahiran bayi yang mempunyai kecacatan tersebut. Tak semua doktor akan jumpa kes macam ni.

Doktor tu mungkin pernah belajar tentang kecacatan tersebut, tapi mungkin dia sudah lupa. Maklumlah, belajar perubatan ni terlalu banyak sangat nak kena cover dan ingat. Bila dah jadi doktor nanti, boleh dikatakan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada apa yang telah dipelajari semasa menjadi pelajar perubatan akan hilang dari simpanan memori. Selain tu, perkembangan ilmu perubatan berlaku dengan mendadak sekali. Kaitan mutasi pada gene SHH dengan synophthalmia tu pun baru sahaja ditemui.

Kepada yang masih ingin percaya bayi itu adalah dajal dan tak percaya ia adalah kecacatan synophthalmia, silalah buat kajian. Salah satu cara, masukkan kata kunci 'synophthalmia' dalam yahoo search engine. Dan anda akan mengetahui apa sebenarnya kecacatan tersebut dan tidak akan mendakwa bayi perempuan yang dilahirkan di Rusia itu sebagai dajal.. Allah knows best.

----------
P/S:
1) Tawel-Sensei merupakan pelajar perubatan tahun 3 di salah sebuah fakulti perubatan di Ireland.
2) Baca juga komen najwa_hayati. Nampak sangat akhbar Malaysia ni suka memperbesarkan cerita. Di Rusia cakap Cyclops, di Malaysia pula kita cakap Dajal
3) Klik url ini kalau nak tengok macam mana rupa bentuk kecacatan ini. I warn u this is too graphical. freaks.monstrous.com/cyclopia.htm




A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at PLAY!

[ Posting ini telah di edit oleh: Tawel-Sensei pada 2005-05-19 12:06 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

tentera_berkuda
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16444
Posting: 1327
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-05-05 09:55


ada kuda x??

Bookmark and Share

    


  Member Information For tentera_berkudaProfil   Hantar PM kepada tentera_berkuda   Quote dan BalasQuote

DinnaFatiha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-05-05 09:59


tanda2 kecil byk yg dah ada tanda2 besar?????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For DinnaFatihaProfil   Hantar PM kepada DinnaFatiha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10501 saat. Lajunya....