Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 131
Ahli: 0
Jumlah: 131




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Amaran Tsunami melanda Sabah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Amaran Tsunami melanda Sabah

Please Mendaftar To Post


Oleh Amaran Tsunami melanda Sabah

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 22:19







KOTA KINABALU: Amaran ancaman tsunami berikutan gempa bumi di perairan Filipina malam kelmarin, menyebabkan beribu-ribu penduduk negeri ini lari menyelamatkan diri ke kawasan yang dianggap selamat, termasuk sehingga ke kaki Gunung Kinabalu, kira-kira 88 kilometer dari sini.



Suasana panik yang tidak terkawal kira-kira lima jam mulai 9.15 malam itu turut menyaksikan kebanyakan masjid dan surau di pekan serta bandar utama menjadi pilihan penduduk.

Sebelum itu, ekoran laporan gempa bumi berukuran 7.2 pada sekala Richter di perairan Pulau Tawi-Tawi, kira-kira 780 kilometer dari pantai timur Sabah kira-kira jam 8 malam, semua ibu pejabat polis daerah mengaktifkan bilik gerakan masing-masing mulai jam 9.40 malam.

Serentak itu, pasukan peronda polis menasihatkan penduduk di pesisiran pantai supaya bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bagaimanapun, orang ramai yang tahu bagaimana dahsyatnya serangan tsunami di Aceh, mengambil keputusan sendiri meninggalkan rumah dan berpindah ke tempat tinggi, menyebabkan suasana panik serta kesesakan lalu lintas.

Mereka yang berlindung di kaki Gunung Kinabalu adalah dari Tuaran, iaitu lokasi pertama penduduk diminta berpindah, selain Tamparuli, Telipok, Kota Belud, Menggatal dan bandar ini.



ORANG ramai memanjat kawasan tanah tinggi di
Penampang berikutan bimbang ancaman tsunami.

Kenderaan berpusu-pusu mendaki laluan menghubungkan Kota Kinabalu dengan Ranau kira-kira jam 9.30 malam dengan kebanyakannya penuh dengan penumpang dan barangan.

Perjalanan dari situ hingga ke lokasi terdekat iaitu Taman Negara Kinabalu pada ketinggian lebih 2,000 meter mengambil masa kira-kira sejam.

Penduduk Tuaran yang tidak memiliki kenderaan atau enggan berpindah jauh memilih perkarangan hospital daerah, Masjid An Nur dan Jambatan Gayang sebagai tempat berlindung.

Keadaan di sini yang mulanya terkawal, bertukar panik apabila khabar angin tersebar luas mengatakan sekurang-kurangnya empat kampung – Mengkabong, Gayang, Sabandar dan Penimbawan - sudah ditenggelami air.

Beberapa majlis kenduri kahwin di Kampung Gayang dan Lok Batik, Tuaran juga terpaksa ditinggalkan tetamu selepas polis memaklumkan mengenai ancaman tsunami.

Tinjauan sehingga jam 4 pagi semalam mendapati majoriti penduduk enggan kembali ke kediaman mereka dan memilih tidur di situ sehingga lewat pagi.

Di Kota Kinabalu, kekecohan berlaku di kampung air Tanjung Aru dan Sembulan, apabila majoriti penduduk melarikan diri sebaik menerima maklumat mengenai ancaman tsunami mulai jam 9.45 malam.

PENDUDUK kawasan
Perkampungan Air
Sembulan meninggalkan
kediaman masing-masing
selepas amaran berjaga-jaga
oleh pihak berkuasa.

Mereka berkumpul di Masjid Negeri, Dewan Masyarakat dan kawasan tanah tinggi bersebelahan Rumah Persekutuan. Malah, ada yang pergi ke Penampang serta sehingga ke Gunung Emas, Tambunan, sejauh kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri.

Kebanyakan penduduk yang ditemui mengaku mereka mendapat maklumat mengenai ancaman tsunami daripada sanak saudara di Tuaran, selain keadaan panik yang ditimbulkan pendatang Filipina di Tanjung Aru Lama.

Adnan Jalil, 43, berkata beliau sekeluarga berpindah ke rumah abangnya di Kepayan kira-kira jam 11 malam, sejurus selepas berpuas hati mereka wajar mematuhi nasihat polis.

“Sebelum pindah, kami sempat mengumpulkan semua dokumen penting dan keperluan lain. Kami hanya kembali pagi ini dan bersyukur kerana semuanya selamat," katanya.

Tinjauan di pusat tumpuan ramai di Pantai Tanjung Aru mendapati kawasan itu lengang kira-kira jam 11 malam, apabila semua peniaga di situ menutup operasi sebaik dikatakan menerima maklumat mengenai ancaman tsunami.

Seorang penduduk, Linda Amir, 32, dari Kampung Seri Tanjung, berkata beliau melarikan diri selepas melihat penduduk di situ berbuat demikian dengan mendakwa air laut sudah melimpah.

Di Sandakan, suasana panik turut melanda perkampungan penduduk di tepi laut termasuk di BDC, manakala di Tawau, kekecohan turut berlaku sebaik saja penduduk menerima maklumat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 10.30 malam.

Keadaan sama turut berlaku di Lahad Datu serta Semporna dan Kunak di Pantai Timur Sabah tapi tidak seteruk di Pantai Barat. Kebanyakan penduduknya mengambil sikap berjaga-jaga.

Di Kota Belud, lebih 500 penduduk Kampung Kuala Abai di Teluk Usukan, lari menyelamatkan diri ke sebuah bukit kira-kira jam 10 malam kelmarin dan turun kira-kira enam jam kemudian.

Ketua kampung, Wahit Lingkah, 70, berkata beliau sekeluarga yang sedang makan malam kira-kira jam 8.45 malam terkejut dengan gegaran kira-kira lima saat menyebabkan air dalam gelas dan besen memercik.

“Kerana ketakutan melihat kesan tsunami yang disiarkan televisyen, kami sekampung sepakat menyelamatkan diri dengan berlindung di sebuah bukit berhampiran,” katanya.

Di Papar, 1,000 penduduk Kampung Kuala berlindung di masjid sehingga pagi semalam. Mereka mula berkumpul kira-kira jam 11 malam selepas berita mengenainya disiarkan di radio. Versi Digital













Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 22:46


Rakyat Sabah cemas cari tempat selamat konon dilanda tsunami
Oleh NAZRULLAH ROSLI

KOTA KINABALU 6 Feb. - ``Kami mahu cari bukit, tempat yang selamat,'' kata kebanyakan rakyat Sabah yang terkejut, trauma dan cemas sebaik sahaja mendapat maklumat kononnya gelombang maut tsunami sedang menuju ke arah kawasan-kawasan pantai di negeri ini.

Kata mereka: ``Kami bimbang bencana di Aceh berlaku di sini. Yang penting kami mesti menyelamatkan diri.''

Keadaan kelam-kabut yang menyaksikan beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah dan menyelamatkan diri ke tanah tinggi dan bukit malam tadi turut berlaku di Sipitang, Kudat, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Sandakan.

Jalan-jalan raya juga sesak dengan kenderaan yang mahu ke kawasan yang selamat dan jauh daripada pantai bagi mengelakkan menjadi mangsa tsunami.

Kekecohan ini berlaku ekoran kejadian gempa bumi pada 7.2 skala Richter yang berlaku di Laut Sulu, selatan Filipina - kira-kira 780 kilometer dari sini, malam tadi.

Penduduk di kawasan pantai bimbang, ia kemudian akan diikuti dengan ombak besar tsunami sebagaimana yang berlaku pada 26 Disember tahun lalu di Aceh.

Suasana kelam-kabut dan kecoh mula dirasai seawal pukul 9 malam tadi terutama di sekitar bandar raya Kota Kinabalu, Putatan, Petagas, Sepanggar sehingga ke Tuaran apabila beribu-ribu penduduk bertindak meninggalkan rumah mereka.

Seorang pemandu bas mini yang hanya mahu dikenali sebagai Musa, dari Tanjung Aru ketika ditemui memberitahu, dia membawa semua ahli keluarganya dan beberapa penduduk kampung dengan basnya ke Penampang sebaik mendengar berita itu.

``Kami tidak akan sekali-kali membahayakan nyawa walaupun tidak tahu kejadian itu benar atau tidak,'' ujarnya.

Di Sandakan, angin kencang dirasai malam tadi ketika ribuan penduduk khususnya di kawasan penempatan Kampung Air Sim-Sim dan di tepi pantai melarikan diri.

Kudat merupakan daerah yang dilaporkan paling kuat menerima gegaran gempa bumi itu semalam, tetapi tiada kerosakan.

Kekecohan bermula sebaik sahaja amaran dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Negeri yang mengesan beberapa gegaran kecil di beberapa kawasan pantai barat negeri ini akibat gempa bumi itu, malam tadi.

Berikutan daripada maklumat itu, penduduk menyangka tsunami akan melanda khususnya di bandar raya ini.

Selain kawasan tinggi, sebilangan penduduk juga turut mencari perlindungan di masjid, balai-balai polis dan gereja di sekitar bandar raya.

Dilaporkan kira-kira 2,000 penduduk berkumpul di Masjid Negeri di Sembulan, manakala kira-kira 500 orang lagi di sebuah gereja di bandar raya dan lebih 300 orang di Pusat Masyarakat Sembulan, sejak tengah malam tadi.

Sehingga pukul 12.30 tengah malam tadi, sebilangan besar penduduk di Kota Kinabalu, Tanjung Aru dan Sembulan antara kawasan yang terletak berhampiran pantai telah melarikan diri, walaupun pada ketika itu, tiada tanda-tanda ombak besar akan muncul.

Selewat pukul 3 pagi, sebilangan besar penduduk kembali ke rumah masing-masing selepas dinasihatkan oleh polis dan didapati tiada tanda-tanda berlakunya tsunami.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, jika gempa bumi berlaku pada skala 6.5 hingga 7 Richter ia merupakan tahap berjaga-jaga.

Bagaimanapun, jika ia pada kekuatan antara 7 hingga 7.5 pada skala Richter pula ada kemungkinan akan berlaku kejadian ombak besar itu dan sekiranya melebihi 7.5 merupakan tahap amaran.

Sementara itu, tinjauan dan maklumat yang diperoleh oleh Utusan Malaysia sejak malam tadi hingga hari ini juga mendapati berlaku kesesakan yang teruk di beberapa kawasan tanah tinggi seperti di Signal Hills di Istana Negeri, Penampang, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan di Maktab Perguruan Kent, Tuaran.


Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 22:47


Rakyat Sabah diminta jangan panik kejadian gempa bumi
KINABALU 6 Feb. - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman meminta rakyat Sabah bertenang dan tidak panik dengan kejadian gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter yang berlaku di perairan Laut Sulu di selatan Filipina, semalam.

Menurutnya, ini kerana kejadian itu berlaku kira-kira 780 kilometer dari Kota Kinabalu iaitu pada kedudukan garis lintang kira-kira 5.2 utara dan garis tegak 123.5 timur.

Katanya, beliau juga dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca yang menerima laporan daripada Pusat Amaran Tsunami Pasifik bahawa gempa bumi itu tidak mengakibatkan ombak tsunami.

``Saya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada jabatan berkenaan yang mengatakan keadaan sudah kembali seperti sedia kala.

``Apa yang penting, saya meminta rakyat tidak panik dan pihak berkuasa sentiasa memantau keadaan ini.

``Rakyat juga diminta agar sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada pihak berkuasa,'' kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

Musa berkata demikian pada sidang akhbar khas mengenai kejadian itu di kediaman rasminya di Sri Gaya, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mangsor Ismail.

Semalam, gempa bumi itu berlaku di perairan selatan Mindanao di Laut Celebes, Filipina, kira-kira 240 kilometer ke selatan bandar raya Pagadian di negara itu.

Jabatan Kaji Cuaca di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam mengesahkan satu gegaran kecil berlaku di barat laut Sabah.

Musa meminta rakyat supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai kejadian gempa bumi itu.

Katanya, pihak polis dan pejabat daerah sudah bersiap sedia dan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

``Pihak berkuasa seperti polis, jabatan kaji cuaca, majlis daerah sudah bersiap sedia untuk mengambil langkah yang sewajarnya,'' ujarnya.

Sementara itu, Mangsor memberitahu, polis mula mengeluarkan amaran awal kepada orang ramai sebaik sahaja menerima maklumat daripada Jabatan Kaji Cuaca.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menerima sekali lagi maklumat daripada jabatan berkenaan pada pukul 1 pagi yang mengesahkan keadaan kembali seperti biasa.

Bagaimanapun, lewat petang semalam, kegemparan dan kekecohan berlaku di kalangan penduduk di beberapa daerah di negeri ini.

Di Kota Kinabalu khususnya, sebilangan penduduknya melarikan diri ke kawasan-kawasan tinggi untuk mencari perlindungan sebaik sahaja mendengar kononnya tsunami akan melanda ibu negeri itu.

Sesetengah penduduk yang mendiami pinggir pantai seperti Tanjung Aru, Sembulan, Putatan sehingga ke Tuaran bergegas membawa barang masing-masing ke kawasan tinggi antaranya di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sekitar Beverly Hills, Kampung Kopongit, Penampang, kawasan Istana Negeri di Signal Hills, di sini dan di Maktab Kent, Tuaran.

Malah, berlaku kesesakan di beberapa batang jalan apabila kenderaan berasak-asak untuk keluar dari kawasan bandar raya.

Bagaimanapun, selepas lewat tengah malam tadi, keadaan kembali pulih apabila orang ramai pulang ke rumah masing-masing selepas dinasihatkan oleh pihak polis.

Keadaan yang sama berlaku di daerah Sipitang, Tawau, Lahad Datu dan Semporna di mana beribu-ribu penduduk kampung khususnya yang tinggal di kawasan pantai melarikan diri ke kawasan tanah tinggi.

Di Sandakan, angin kencang dirasai malam tadi ketika ribuan penduduk khususnya di kawasan penempatan Kampung Air Sim-Sim dan di tepi pantai melarikan diri.

Kudat merupakan daerah yang dilaporkan paling kuat menerima gegaran gempa bumi itu, semalam, tetapi tiada kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 23:57




risau dgn apa yg berlaku akhir2 ni, dgn fenomena alamnya, fenomena sosialnya. risau kalau ianya terjadi pada diri dan keluarga saya. nauzubillahi minzalik. yg kat sabah baru2 ni, dah jadi macam tu masjid juga yg mrk cari, bila nak suka2 cari karnival sure heboh. tengok dalam gambar kat masjid negeri, ada yg dgn tak tutup auratnya berlindung dlm masjid tu. tapi Allah maha pengasih dan penyayang. kalau tak sedar lagi tak tau la.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Awekzz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2003
Ahli No: 4682
Posting: 142
Dari: Kota Kinabalu <> Kuantan

Sabah  


posticon Posting pada: 08-02-05 01:30


SUBHANALLAH....

alhamdulillah...skrg semua sudah selamat. semoga ALLAH sentiasa melindungi kaum muslimin dan muslimat terutama mak n bapa saya di Sabah... insyaAllah


-----------------
"YA RABB! Semanis-manis pemberianMu dalam kalbuku ialah perasaan harapku terhadapMu dan seenak-enak perkataan pada lidahku ialah memujiMu, sedang yang paling aku rindukan ialah saat berjumpa denganMu.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For AwekzzProfil   Hantar PM kepada Awekzz   Quote dan BalasQuote

al-faizzun
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4299
Posting: 151
Dari: Johor Bahru

Perak  


posticon Posting pada: 08-02-05 07:15


,
Kalo Allah nak turunkan azab, Allah tak akan beri amaran macam tsunami baru2 ni. Oleh itu, kita kena siapkan diri kita dengan amal2 yang soleh. Wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-faizzunProfil   Hantar PM kepada al-faizzun   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 08-02-05 08:22




Amaran awal Allah bahawa Sabah tidak terkecuali drpd menerima Gelombang Tsunami.... orang sabah, insafla...




Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  


posticon Posting pada: 08-02-05 14:16


syukurlah tak ada apa-apa yang berlaku. kami student ums pun kecoh..ada yg menangis dan tak dpt tido. ramai yang dah kemas brg penting utk dibawa kalo ada apa-apa. semoga ALLAH selamatkan kita semua dari bala.

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban

Sabah  


posticon Posting pada: 09-02-05 15:28


....

risau gak dengar berita nie...
Alhamdulillah, sekarang nie keadaan hura-hara kat sabah semakin pulih...
kepada kakak,abang,sedara mara dan amnya penduduk sabah...sentiasa ler bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.166741 saat. Lajunya....