Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 130
Ahli: 0
Jumlah: 130




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 4 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: wanita bertudung dan tak bertudung


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» wanita bertudung dan tak bertudung

Please Mendaftar To Post


Oleh wanita bertudung dan tak bertudung

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 26-01-05 18:08



di sini saya nak minta pandangan kwn2 especially kaum lelaki.apa pandangan kalian terhadap perempuan yang bertudung dan yang tak bertudung?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-01-05 21:10



bagi ana la kalau pompuan x pakai tudung bukan pompuan namanya..maafla kalau ader yg terasa..bg ana la kalau pompuan yg x pakai tudung ni ana reject awal2 lg jadi calon isteri..buat apa nk tanggung doser..then kalau amik jadi bini pun, susah nak didik sbb dh biasa ngan x pakai tudung..jadi....pakaila tudung walau di mana anda berada..tegakkan kalimah allah di muka bumi..tsunami adalah peingatan allah kepada mereka yang lupa(termasuk yg x pakai tudung)..wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-01-05 22:32


kalau nak pilih calon isteri, saya cari yg tak bertudung. 1 cabaran untuk ubah dia jadi bertudung. xnak jadi orang yg pentingkan diri. nak yg baik je. yg tak baik ditinggalkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-01-05 00:35


...pandangan ana perempuan bertudung adalah yg mengikut tuntutan agama yg mewajibkn perempuan bertudung...begitulh sebaliknyer....

...........................................

"Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Tidak dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah. Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah."


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 27-01-05 10:38




ader kwn2 ana memberi pendapat... dia tak kisah klw calon isteri dier tak pakai tudung janji baik hati... ikut cakap dier... depends on u? camtu ker semua lelaki?

kurik itu kundi,
Merah itu saga,
baik budi,
indah bahasa...

Sama2 la menfaatkan kehidupan!!!

Note: seelok-elok pakai la tudung, tanpanya kita tak leh beza kafir ke tak... just opinion aje...



[ Posting ini telah di edit oleh: farhanna pada 2005-01-31 10:19 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

ikhramulmukminun
Warga Rasmi
Menyertai: 17.08.2004
Ahli No: 10588
Posting: 16
Dari: KL

sudan  


posticon Posting pada: 27-01-05 10:58



bertudung ni isu yang paling banyak dibincangkan.isu isu ini tidak boleh diringankan. baiklah, yang bertudung, pasti mengharap redha ALLAH.persoalannya, bertudung utk pasangan atau takutkan ALLAH. Bagaimana pula dgn aurat lain yg kita tahu bg mazhab syafie melainkan 2tapak tgn dan gigi2 muka yg dbolehkan utk didedahkan.
Lupakan soal dunia. ana nak mengajak antum fikirkan dapatkah kita akan kemanisan buah diakhirat.
Selain bertudung eloklah kita azamkan utk dilabuhkan.itu yang terbaik.galakan mengajak menutup aurat.
WALLAHU'ALAM
"Labuhkan jilbab-jilbabmu wahai wanita pengejar keimanan"-

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhramulmukminunProfil   Hantar PM kepada ikhramulmukminun   Quote dan BalasQuote

ikhramulmukminun
Warga Rasmi
Menyertai: 17.08.2004
Ahli No: 10588
Posting: 16
Dari: KL

sudan  


posticon Posting pada: 27-01-05 10:59



bertudung ni isu yang paling banyak dibincangkan.isu isu ini tidak boleh diringankan. baiklah, yang bertudung, pasti mengharap redha ALLAH.persoalannya, bertudung utk pasangan atau takutkan ALLAH. Bagaimana pula dgn aurat lain yg kita tahu bg mazhab syafie melainkan 2tapak tgn dan gigi2 muka yg dbolehkan utk didedahkan.
Lupakan soal dunia. ana nak mengajak antum fikirkan dapatkah kita akan kemanisan buah diakhirat.
Selain bertudung eloklah kita azamkan utk dilabuhkan.itu yang terbaik.galakan mengajak menutup aurat.
WALLAHU'ALAM
"Labuhkan jilbab-jilbabmu wahai wanita pengejar keimanan"-

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhramulmukminunProfil   Hantar PM kepada ikhramulmukminun   Quote dan BalasQuote

azamkukuh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2433
Posting: 55
Dari: UIAM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 16:55


bismillah..

my opinion is.. the most important matter that we have to discus is covering the aurah PROPERLY. mungkin skarang ni kite lihat ramai gadis di luar sane yang memakai tudung. alhamdulillah. tapi apakah kite sedar bahwa selain dari tudung yang mereka pakai.. mereka juga ada yang memakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna

contoh yang paling mudah, memakai tudung di samping memakai kain yang terbelah hingga ke betis.

contoh lain, memakai tudung di samping memakai t-shirt lengan pendek.

contoh lain lagi, memakai tudung di samping memakai blaus ketat yang menampakkan bentuk badan, ataupun blaus jarang yang menampakkan susuk tubuh badan.

ade jua yang lengkap memakai tudung di samping lengkap berbaju kurung melayu, tetapi sayang, tudung yang mereka pakai teramat jarang sehingga menampakkan tengkuk.

apakah itu dipanggil menutup aurat?

yang paling penting sebenanye adalah sikap dan keperihatinan seseorang muslimah dalam memastikan aurah mereka ditutup dengan SEMPURNA.

yang pastinya juga mereka haruslah sedar betapa azab seksa yang tiada tandingannya menanti sesiapa yang mendedahkan aurah.

yang pasti, tutuplah aurah kerana Allah, bukan kerana mengikut perkembangan fesyen semasa.

that's all my opinion about...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azamkukuhProfil   Hantar PM kepada azamkukuh   Pergi ke azamkukuh's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 27-01-05 18:46



Bertudung atau tidak bertudung.Tak semestinya perempuan yang tidak bertudung tu tidak baik,kita sebagai manusia tidak boleh menilai orang daripada luaran sahaja,pandanglah menggunakan mata hati bukan pandangan mata semata2.Pada zaman sekarang tudung tu fesyen.klu ikut hukum memanglah kita wajib menutup aurat.Klu dia ingin bertudung biarlah dia datang daripada hati sendiri bukan kerana memakai sebagai ikutan.
For men,mana awak tahu perempuan yang tak bertudung tu tak baik?sedangkan awak tak kenal hati budi mereka pun.klu semua nak isteri yang tak baik macamner pulak dengan yang tak baik?siapa nak bimbing?Zaman dulu2 mana ada wanita memakai tudung,ustazah pun pakai selendang jer,nampak rambut,klu tak caya tanya mak kita tentang orang dulu2.maknanye perempuan dulu2 susahlah nak didik sebab tak pakai tudung.klu tak caya baca buku mengapa saya bertudung?ada kisah NOOR KUMALASARI.Macam mana dia berubah daripada sosial kepada sekarang.The most important thing ialah HIDAYAH.
I got upset with the opinion of sahabat_ingatan.really2 upset.Mana tahu oneday awak dapat isteri yang tak pakai tudung?who knows?and plz jangan mudah predict orang lain and said bad things.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 23:11



rasa terpanggil plak nak menjawab. memanglah org yang tak MENUTUP AURAT tu tak semuanya jahat or tk baik. tapi skrang kiter berckap mengenai ISLAM. mengenai tuntutan agama itu sendiri. baik tak baik belakang citer. orang bukan ISLAM pun ramai yang baikkan? tapi apa yang membezakan diaorang ngan kiter? haa jawab sendiri. kalu nk tunggu ALLAH bagi HIDAYAHNYA.. hai sampai bila-bila pun kita takkan sedar. bukankah lahir dalam ISLAM itu sendiri dah menunjukkan kita telah memperolehi HIDAYAH ALLAH. nak tunggu sampai seru? alamat mati dululah jawabnya. toksahlah nak persoalkan pasal org lain.. tengok diri sendiri udahle...bersyukur dengan apa yang ada dan MANTAPKAN DIRI tuk jadi muslim sejati. problem umat ISLAM hari ni adalah terlalu lalai dengan DUNIA sampai lupakan AKHIRAT. bukankah syurga ILAHI yang kita citakan? so apalagi... jagalaaa diri bebaik.... dan jangan bimbang pasal pasangan kita... ALLAH dah ciptakan yang terbaik untuk kiter....

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-01-05 23:15


betul tu amilyn. laki nak yg baik je. yg tak baik ditinggalkan. konon dorang tak boleh jadi baik. mmg lelaki yg pentingkan diri. apa salahnya kaum lelaki ni cari perempuan tak baik, n then diperbaikkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-01-05 07:28




Hmm, tak tahu nak jawab dah. Jika nak tahu lebih baik dengarlah kuliah ni....

Kuliah Maghrib Ust. Zulyaden (3 jan 2005) http://www.terengganukini.net/ Isi kandungan: FITNAH WANITA, apakah peranan wanita dll.
Terima Kasih.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

zaida
Warga Rasmi
Menyertai: 07.01.2005
Ahli No: 13583
Posting: 5

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-01-05 09:02


camne kalo tg kate pakai tudung lagik jahat@xsemesti lagi baik...

saye sedih ar coz diorg anggap dah baik bru pakai tudung...

memang hidayah penting..

tapi dlm mase nak dpt hidayah tue,dose tak dpt lah ye??!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidaProfil   Hantar PM kepada zaida   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 03:08


hmmm..topik yang interesting...tapi cuba berfikir...tatkala Allah bertanya kepada kita di hari akhirat..mengapa tidak menutup aurat??..kemudian kita jawab..tutup aurat tak semestinya baik..agak agak la..bole lepas tak..?
jangan la nak mempertahankan diri sehingga menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah..
"Sesungguhnya awal mula Islam itu sebagai suatu yang asing,
dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya,
maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing"
..mintalah doa kepada Allah agar tidak termasuk dalam golongan munafik dan fasik...na'uzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 07:15


apekah ini amilyn(Tak semestinya perempuan yang tidak bertudung tu tidak baik)..kalau org yg tak pakai tudung mmg sure ada something wrong dlm hati dia..dia masih x dpt terima ayat quran yg mmg terang2 suruh perempuan melabuhkan hingga ke dadanya..jadi dgn sendirinya kita blh ktakan diorang 'x baik'...ana mean dari segi akhlak dan seangkatang dgnnya...jackie_uniten pun sama gak..mmg la sumer org x kira laki ke pompuan nk pasangan yg perfect, cukup syarat2 dia..kan dlm quran ade kata yg lelaki yg baik utk perempuan yg baik..tu mmg allah dh setkan..jadi kalau nk dpt isteri yg baik..laki2 kena ingatlah yg diorang jgak mesti jadi baik n bertaqwa..wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-01-05 10:30


sahabat ingatan, sebab tu saya kata lelaki ni orang yg pentingkan diri. nak yg perfect je. taknak membetulkan apa yg tak perfect. kalau kita tgk sejarah islam, ada perkahwinan bertujuan menyebarkan islam. kalau lelaki nak yg baik je. yg jahat akan bertambah jahat. takde perkembangan dalam islam.

ayat dalam al-guran itu dah disalah ertikan. ayat tu bertujuan supaya kita menjadi lelaki n perempuan yg baik. bila kita baik, boleh bawa contoh kat isteri kita. bukan bertujuan untuk menyekat perkembangan islam. jangan pentingkan diri. kembangkan islam!.

terang2 saya kata, bukan semua orang nak pasangan yg baik. saya sendiri pilih pasangan yg teruk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 10:42


mmglsa nak camtu akak wei...bukan pentingkan diri..cuma nak ikut 4 kriteria nak pilih pasangan..beriman,berharta,kecantikan dan keturunan..tapi ikut suker la..jodoh tu sumer bukan atas kita..kita usaha je..allah yg tentukan..wallaua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

azamkukuh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2433
Posting: 55
Dari: UIAM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 11:59


Bismillah...

pendapat milyn betul jugak. ade juga perempuan yang tidak memakai tudung, malah yang memakai pakaian seksi, tetapi masih mampu menjaga solat mereka, masih mampu untuk melawan mata bangun pukul 6 pagi nak solat subuh.

bila kite tanye, kenape @ bile nak pakai tudung? mungkin ada antara mereka akan menjawab, 'tatau la.. mungkin tak lame lagi.. 'mungkin esok2.' 'dah try pakai, tapi tak bese la...'

so kite sebagai rakan, atau mungkin kenalan (tp sebagai org tak dikenali -stranger, munkin kite tak mampu) kite seharusnye menggalakkan mereka memakai tudung. mase borak-borak dengan die ke, slalu timbulkan soal memakai tudung dengan care yang baik misalnye bertanyakan kepadanya, 'bile lagi nak pakai tdung? skarang ni ramai dah pakai tudung'.

mungkin pada mulenye die memakai tudung kerana mengikut arus fesyen. siape tahu, hatinye pula akan melekat mahu sentiasa memakai tudung apabila sampai waktunye (hidayah)..

sekian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azamkukuhProfil   Hantar PM kepada azamkukuh   Pergi ke azamkukuh's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-01-05 13:34


Quote:

On 2005-01-29 10:42, sahabat_ingatan wrote:
mmglsa nak camtu akak wei...bukan pentingkan diri..cuma nak ikut 4 kriteria nak pilih pasangan..beriman,berharta,kecantikan dan keturunan..tapi ikut suker la..jodoh tu sumer bukan atas kita..kita usaha je..allah yg tentukan..wallaua'lam




jgn hanya memikirkan alasan. marilah sama2 kita cari yg tak baik. yg dah agama islam tetapi islam pada nama, or yg agama lain. bawa masuk islam.

for ur information, im not a girl. saya seorang lelaki yg suka mengutuk lelaki. untuk kebaikan lelaki.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

songkok
Warga Rasmi
Menyertai: 30.09.2004
Ahli No: 11516
Posting: 19
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 16:17


saya lebih suka makan makanan yg bertutup daripada makan makanan yg terdedah...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkokProfil   Hantar PM kepada songkok   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 18:25


hebat r korang ni....
pening-pening....

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

gooliez
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.11.2003
Ahli No: 5361
Posting: 65
Dari: negara atas angin...

Selangor  


posticon Posting pada: 29-01-05 18:35


benda tertutup lerr best....

Bookmark and Share

    


  Member Information For gooliezProfil   Hantar PM kepada gooliez   Quote dan BalasQuote

azlini
Warga Rasmi
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13669
Posting: 11
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 31-01-05 04:42


yg pakai tudung tak semestinye baik dan yg tak pakai tudung tak semestinye tak baik. tapi lebih baik pakai tudung...ikut suruhan Allah...

-----------------
assalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For azliniProfil   Hantar PM kepada azlini   Pergi ke azlini's Website   Quote dan BalasQuote

liliey
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11718
Posting: 96
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-02-05 16:49




emmm... nak bagi pendapat lebih2 pun takleh gak sebab diri sdiri pun tak pas lagi dalam bab2 bertudung nih.. stakat tengok korang berdebat jer ler... hihihihi..
tapi kan pakai tudung skang dah jadik trend ek.. cam2 fesyen.. ader yang singkat dedah2 dada, ader plak yang melilit2, ader yang jarang sampai nampak rambut... eh yang tu pun dikira bertudung ker? heran ar, pasal ramai gak laki2 skang yang pilih pompuan jenis nih... kat IPTA jer berlambak2 jenis camnih... pilih jer..

konpius.... konpius...





Bookmark and Share

    


  Member Information For lilieyProfil   Hantar PM kepada liliey   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 01-02-05 17:27


[QUOTEpendapat milyn betul jugak. ade juga perempuan yang tidak memakai tudung, malah yang memakai pakaian seksi, tetapi masih mampu menjaga solat mereka, masih mampu untuk melawan mata bangun pukul 6 pagi nak solat subuh] [/QUOTE]

pendapat azamkukuh saya sokong..bukan apa dah terjadi depan mata.masa saya keluar cari bahan asssignment kat luar,saya terpandang satu kumpulan girls yang pakaiannya agak seksi dan tak bertudung.tapi kiranya saya hormat juga cara diorang walaupun tak bertudung dan berpakaian seksi,mereka masih mampu menunaikan tanggungjawab mereka terhadap ALLAH S.W.T

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 03-02-05 16:19


betul tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

azamkukuh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2433
Posting: 55
Dari: UIAM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-02-05 16:54


tapi.. jgnlah contohi mereka yg pakai seksi tu. jgn contohi sikap mereka yang bukan acuh tak acuh untuk menutup aurat, cume mungkin mereka belum selese mengenakan tudung, tapi contohilah sikap mereka yang tidak lalai dalam menunaikan tanggung jawab terhadap Allah.

walau bagaimanapun, mereka terlupa 1 tanggungan, iaitu menutup aurat dengan SEMPURNA.

Jadilah MUSLIMAH yang SEJATI
Be a GOOD and TRUE MUSLIMAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For azamkukuhProfil   Hantar PM kepada azamkukuh   Pergi ke azamkukuh's Website   Quote dan BalasQuote

condemned
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.06.2004
Ahli No: 9566
Posting: 121
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 03-02-05 16:56


Quote:

On 2005-01-29 07:15, sahabat_ingatan wrote:
apekah ini amilyn(Tak semestinya perempuan yang tidak bertudung tu tidak baik)..kalau org yg tak pakai tudung mmg sure ada something wrong dlm hati dia..dia masih x dpt terima ayat quran yg mmg terang2 suruh perempuan melabuhkan hingga ke dadanya..jadi dgn sendirinya kita blh ktakan diorang 'x baik'...ana mean dari segi akhlak dan seangkatang dgnnya...jackie_uniten pun sama gak..mmg la sumer org x kira laki ke pompuan nk pasangan yg perfect, cukup syarat2 dia..kan dlm quran ade kata yg lelaki yg baik utk perempuan yg baik..tu mmg allah dh setkan..jadi kalau nk dpt isteri yg baik..laki2 kena ingatlah yg diorang jgak mesti jadi baik n bertaqwa..wallahua'lam





ye..mmg x semestinya pompuan yg x bertudung x baik..
tp ade yg lagi baik dr yg bertudung..
tp alangkah bertambah baik kalu dier bertudung..

Bookmark and Share

    


  Member Information For condemnedProfil   Hantar PM kepada condemned   Pergi ke condemned's Website   Quote dan BalasQuote

JuStIsLaM
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-02-05 21:47



saya sangatlah bersetuju dengan pendapat 'edlin' di atas tadi mengenai memakai tudung. Berpakai tudung memanglah tidak melambangkan sifat peribadi seseorang muslimah tapi cukuplah untuk membezakan seorang islam dengan orang kafir. Walau apa pun sikap atau tahap keimanan mereka sekurang-kurangnya mereka ada terpanggil untuk menutup aurat. Dan ada saudara diatas yang mengatakan bahawa dia berminat dengan perempuan yang tidak bertudung kerana ingin menyahut cabaran untuk membentuk peribadi solehah dalam perempuan tersebut, alhamdulillah atas niat yang sungguh murni tetapi saya rasa tidak salah bagi lelaki yang soleh untuk memilih hanya perempuan bertudung kerana bukankah Islam menjajikan "perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik"....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuStIsLaMProfil   Hantar PM kepada JuStIsLaM   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 04-02-05 23:05


...
sebenarnya sama je kita ni.. yang beza nya iman dan taqwa..tak perlu lah nak menilai ...yang ni baik yang tu jahat....yang penting..bg yang bertudung tu...baynak2 bersyukur kerana dipilih ALLAH utk menunaikan kewajipan dan dlm masa yg sama..dgn rasa bertanggungjawab dan sedih kita doa kan kwn kita agar diberi taufik dan hidayah.. dg yang tak paki tudung bukan bermakna kita ni jahat @hina...ttp kengkadang kita lagi mulia..ini adalah ujian ..byk 2 doa...tak perlu nak hipokriy...nari lah kita semua doa kan..amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

redhollah_05
Warga Rasmi
Menyertai: 13.01.2005
Ahli No: 13677
Posting: 17

egypt   avatar


posticon Posting pada: 05-02-05 02:18


bagi ana...
seindah perhiasan ialah wanita solehah...
jadi......nak jadi hiasan paling indah kenalah tutup aurat..
wanita solehah kan tutup aurat...
malu ah....tengok orang islam tak tutp aurat...
sama macam orang bukan islam...
nauzubillah....wa allahu aalam....


-----------------
asssalamualaikum.....
kata seorang penyair arab;
apabila kamu beristiqomah,
Allah# pasti akan berikan kamu
kejayaan untuk sepanjang masa#

Bookmark and Share

    


  Member Information For redhollah_05Profil   Hantar PM kepada redhollah_05   Pergi ke redhollah_05's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 13:37




pmpn yg x btudung mestila ada something wrong dlm otak dia... bkn bmaksud dia gila ke sewel ke.. tp dia mesti either tak phm sepenuhnya agama atau pun tak tahu lgsg.... or degil...

bab nak jadikan isteri... kalau boleh tentula nak yg btudung... nmpk sopan... sebetulnye kalau korang betul2 perhatikan la.. pmpn yg tak lawa pada fizikalnya pun bila btudung serinya akan timbul....



-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

yuniky_dabest
Warga Rasmi
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14013
Posting: 9

Pahang  


posticon Posting pada: 07-02-05 17:44


bagi saya pakai tudung memang suatu kemestian bagi kaum hawa yang b'agama islam.cuba fikir apa ytanggapan orang kafir bila lihat orang2 islam x pakai tudung?tentu mrk b'pendpt bahawa islam itu x elok coz umat2 nya x ikut pun ajaran islam..
memang benar p yg x pkai tudung tu belum tentu [email protected] cuba fikir,klu makanan yg t'dedah.sdh tentu kita was2 dgn kebersihan air tue.tp makanan yg t'tutup belum tentu baik..
fikirkanlah wahai sahabat......
sbg umat islam kita seharusnya mengajak kpd kebaikn,bkn mengeji mrk yg melakukn keslhn.mgkn mrk x tahu ape sbnrnya yg mrk lakukn..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuniky_dabestProfil   Hantar PM kepada yuniky_dabest   Quote dan BalasQuote

anie_payrak
Warga Rasmi
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13303
Posting: 9
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 18:41




ana stuju dgn pandangan sahabat_ingatan kita tu..
syukran jazilan!!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For anie_payrakProfil   Hantar PM kepada anie_payrak   Quote dan BalasQuote

nadia_is
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1432
Posting: 236
Dari: awang-awangan

jordan  


posticon Posting pada: 08-02-05 23:27


erm, ana kat kem PKN ni mmg terase hebatnye dugaan org yg bertudung..lagi2 bekas sek agama mcm ana nih...kat sini, budak2 dipaksa pakai tudung masa kawad dan masuk kelas..arahan asal kata digalakkan..

so, bila pihak kem mewajibkan pemakaian tudung dikalangan wirawati, ada le yg memberontak..diorang kata, drpd paksa pakai tudung lebih baik paksa semayang 5 waktu...haii, tak tahulah pulak zaman sekarang ni org dok mempertikaikan hukum Tuhan...

saya malas nak debat ngan diorang ni sbb diorang ni ekceli tau hukum...cuma degil! menjawab soklan si pembuka topik ni, ada sorang wira ckp ngan ana, dia bercinta ngan org yg xpakai tudung tp dia takkan berkahwin melainkan dgn org yg bertudung..musykil gak..ana doakan org yg dikahwininya bkn org lain tp org sama yg dah berubah..mudah2an lelaki tersebut berjaya dlm misinya...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_isProfil   Hantar PM kepada nadia_is   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-02-05 22:52


ana lagi suka perempuan yang bertudung..menampakkan keayuan dan kesolehan sebagai seorang wanita solehah...


WANITA SOLEHAH SEBAGAI INSPIRASIKU

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

scotjr
Warga Rasmi
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1757
Posting: 19
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-02-05 23:02



Emm....saya ni bukannye baik sangat and saye pun byk kawan dgn orang yg x pkai tudung ni...
tapi...kebanyakan laki, walau sejahat mne pun die,jarang akn mengambil calon isteri dari yang x bertudung...ni berdasarkan pendapat sye dan rakan2...memeang laki suka berkawan dgn org yg x pkai tudg tapi utk tman hidup, sorilaaa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For scotjrProfil   Hantar PM kepada scotjr   Pergi ke scotjr's Website   Quote dan BalasQuote

amin_rawana
Warga Rasmi
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11598
Posting: 10
Dari: maktabah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-05 03:16



sebagai seorg muslimah menutup aurat tu kan wajib...
secara otomatik bertudung tu wajib..
klu x bertudung tu berdosa r...
hmm..mgkn ada yg x tau kan...
nk bgtau nih..

" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim

hadis sohih ni...
hr sesape yg lom bertudung tu..
bw2 ler btdg..
insyaALLAH xrugi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amin_rawanaProfil   Hantar PM kepada amin_rawana   Quote dan BalasQuote

amin_rawana
Warga Rasmi
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11598
Posting: 10
Dari: maktabah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-05 03:33


satu lg mengenai pasangan yg bertudung dan tidak bertudung nih...
sbgi sorg muslim klu nk cr pasangan tu bior ler cr yg bertudung dulu...itulah keutamaanya kan..
hmmm..klu nk cr yg x bertudung tu xpe..silakanlah
tp jgn ler berbangga sgt kan mengatakan nk sgt org yg tdk bertudung...
klu dh rasa diri tu bleh mendidik org lain
kearah yg lebih baik dan ilmu pon banyak silakan...alhamdulillah...
cam sya nih nk cr ler yg bertudung...plg kurang pun leh ler mendidik anak saya bertudung nnti...insyaALLAH

x semesti org yg bertudung nih baik...
dan x semestinya org x bertudung ni x baik...
tp ALLAH jek yg tahu membuat penilaian..
x baik di mata manusia tp sape yg mengikut suruhan ALLAh..
dia yg plg ALLAH sayang


Bookmark and Share

    


  Member Information For amin_rawanaProfil   Hantar PM kepada amin_rawana   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 00:44



pada pandangan saya, pendapat kedua2 saudara sahabat_ingatan dan saudara jackie sebenarnya boleh diterima pakai...tak salah kalau kita berikan pendapat asalkan berpandukan kepada al-quran dan sunnah...mungkin saudara berdua melihat daripada perspektif yg berbeza, lalu timbullah pandangan yang berbeza...
kalau dilihat drpd pndangan sahabat_ingatan bhw kalau nak pilih pasangan, pilihlah dari golongan yang baik2(lebih kurang begitu maksudnya),mmg betul sangatlah sebabnya dlm Islam sendiri pon menggalakkan kita memilih pasangan drpd keturunan yang baik2...dan kalau dilihat drpd pandgn saudara jackie pulak yang mengatakan bhw kita sbg umat Islam tdk boleh mementingkan diri sendiri dgn hanya memilih pasangan dr golongan yang baik2 shj,ttp golongan2 yg krg baik spt yang tidak bertudung juga perlu dititikberatkan supaya Islam dpt diperkembgkan lagi juga saya rasakan ada benarnya...tetapi persoalannya di sini, jika seseorg perempuan itu tidak bertudung, sebenarnya apa yang menjadi punca dia jadi begitu? sudah semestinya kita dapat katakan bahawa kurangnya iman dalam diri penyebab dia begitu...dan berkemungkinan didikan agama oleh ibu bapa yang tidak mantap juga boleh menjadi puncanya...
jika kita fikir lebih jauh...sekiranya kita berhubungan dan berkahwin dengan golongan wanita yang tidk bertudung ini, tanggungjawabnya sebenarnya amat berat...sebabnya bila kita berkahwin dengan seseorang sebenarnya kita berkahwin dengan keluarganya sekali...kemungkinan juga keluarganya mungkin tidak menitikberatkan soal berpakaian menutup aurat,pergaulan yg bebas dan sebagainya...bila kita dah berkahwin, mahukah kita bila mempunyai anak2 nanti, mereka juga akan hidup dalam persekitaran keluarga yang sebegitu???
Islam menganjurkan umatnya supaya memilih dari keturunan yang baik2 supaya nasab atau keturunan kita akan terjaga...cuba fikirkan mampukah kita mengubah keseluruhan keluarga yang mungkin sejak lamanya sudah menjalani kehidupan yang jauh daripada Islam...sekalipun kita mampu, anak yang lahir itu tetap akan mengikut perlakuan ibunya yakni akhlak ibunya yang dulu...kemudian kita pula terpaksa mendidik anak kita menjadi insan yang benar2 mngikut laras2 ajaran Islam...itu kalau kita mampu, tapi kalau Allah mengkehendakkan hati isteri kita tidak mahu menerima perubahan, tidakkah tanggungjawab yang sudah berat menjadi bertambah berat lagi???
sebenarnya di sini bukan soal mementingkan diri atau tidak, tetapi soal menjaga kerukunan rumah tangga...pilihan yang baik sudah ada takkan kita mahu memilih yang kurang baik...
maafkan saya hanya sekadar memberi pendapat...betulkanlah saya jika ada yang tersilap.....

Wallahu Ta'ala 'Aqlam.....



-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.

[ Posting ini telah di edit oleh: jAiLuL_mAnsHuDaH pada 2005-02-12 00:51 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

deq_huda
Warga Rasmi
Menyertai: 05.02.2005
Ahli No: 14145
Posting: 4
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 00:54


assalamualaikum
hmmm.. topik ni agak menarik..lain org lain la p'dptnya..pd p'dpt saya, klu nak pakai tudung ni biarla dgn keikhlasan hati usahlah lakukannya semata mata krn org lain... saya tak nafikan allah menuntut semua muslimah supaya menutup aurat.. sebaik baiknya dlm masa yg sama niat kita hendaklah ikhlas krn allah s.w.t.. saya sentiasa m'galakkan kaum muslimah memakai tudung dan menutup aurat...
dlm memilih psgn tu, usah la hanya memandang luaran... bak kata pepatah inggeris" don't judge a book by its cover." pilihla yg t'baik slps menilai secara teliti..
akhirul kalam, usah lah terlalu m'benci seseorg krn apbl kamu b'buat begitu benci itu akan m'jadi syg.. dan begitu juga sebaliknya.. bila t'lalu syg akan m'jadi benci... maka, b'sederhanala dlm hidup...

Bookmark and Share

    


  Member Information For deq_hudaProfil   Hantar PM kepada deq_huda   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-02-05 08:20


kenapa takut ngan tanggungjawab? kalau kita boleh didik keluarganya sekali lagi baik. berkembanglah Islam. kita kukuhkan Islam dari dalam. tapi kalau dapat bukan Islam. tarik die masuk Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

mujah_ed
Warga Rasmi
Menyertai: 16.09.2004
Ahli No: 11182
Posting: 11
Dari: Bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 18-02-05 09:57




tidak semua yang bertudung itu baik malah ada yang lebih 'terlampau baik'
dan tidak semua yang tidak bertudung itu tidak baik cuma hidayahnya belum sampai...
namun...bertudung adalah lebih molek dan sopan.
sejuk mata memandang....
bagi sahabat2 yang brtudung, beristiqamahlah bertudung.
jangan hanya bertudung namun akhlak mengalahkan syaitan..
bertudunglah dengan ikhlas kerana Allah dan melaksanakan tuntutan agama.
bagi sahabat yang x bertudung,
renungkanlah...
"sehelai rambut kita dilihat oleh lelaki yag bukan mahram, maka 70 tahun kita di neraka"
lagi kalau seluruh rambut...Masya'allah
kembalilah kepada jlan yang betul selagi masih ada pintu taubat terbuka untuk kita

Sekadar renungan buat sahabat semua ,
jangan kita menilai seseorang itu hanya pada luaran kerana kita tidak tahu apa yang ada dalam hatinya. mungkinkah orang yang kita anggap seburuk-buruk orang itu lebih baik disisi Allah
kita tidak ada hak untuk menilai seseorang itu..
Hanya Allah lebih mengetahui

wassalam


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujah_edProfil   Hantar PM kepada mujah_ed   Quote dan BalasQuote

mirwana
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10823
Posting: 23
Dari: maran

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-02-05 15:40



memanglah wanita yang x pakai tudung x semestinya x baik..
tapi...
jika kita lihat zaman jahiliyah dulu dengan zaman kita sekarang...
x de bezanya...
sebabnya...
saya pernah dengar sorang pakar motivasi mengatakan bahawa wanita yang tidak menutup aurat bukanlah up to date sebenarnya...
tapi ikut zaman jahiliyah...
yang menutup aurat tue...
sebenarnya up to date....
coz berhijrah dari baik kepada yang tidak baik..
apa gunanya kita menyambut maal hijrah...
tapi x menghayati tuntutan ISLAM yang sebenarnya..
saya minta maaf kalu ada yang terasa...
tapi inilah kebenarannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mirwanaProfil   Hantar PM kepada mirwana   Quote dan BalasQuote

shukri
Warga Rasmi
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1322
Posting: 8
Dari: kl

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-02-05 10:40


lelaki dimulut pasti memilih yang baik tapi dihati semua perempuan yang tak bertudung dilihatnya .
takdapat memanglah banyak alasan.........


Bookmark and Share

    


  Member Information For shukriProfil   Hantar PM kepada shukri   Quote dan BalasQuote

mawar_thursina
Warga Rasmi
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14555
Posting: 2
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 01-03-05 10:52



ana rasa semua dah maklum hukum bertudung bagi wanita-bab menutup aurat dalam AL-QURAN wajib jadi tak perlu lah kita nak pertikaikan lagi..Cuba anti fikirkan ,jika anti ke kedai nak beli kuih. ada kuih yang tertedah dihinggap lalat dan kuih ditudung dengan penutup atau tudung salji, mana yang hendak anti pilih atau dibeli kuih yang terdedah atau kuih yang tertutup ??Mesti anti beli kuih yang ditudung /ditutup elok kan...... Itulah perumpamaannya dengan wanita yang membuka aurat dan wanita yang menutup aurat. Lelaki mesti memilih yang menutup aurat. AL-QURAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawar_thursinaProfil   Hantar PM kepada mawar_thursina   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-03-05 12:08




Siannya kat yg pakai tudung...yg bebetul menutup aurat sebab tempiasnya kena skali bila yg pakai tudung tapi still nampak aurat...sian lak kat yg tak pakai tudung sbb takda sapa nak bimbing diorang ke jalan yg benar...kalau ada yg nk bimbing pun skit ja...isk isk...

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

khairuzzaman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14729
Posting: 252
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-03-05 08:05




yg halal telah nyata halalnya & haram telah nyata haramnya...dalilpun dh ada (an-nur:31)...jadi, pd ana, yg x bertudung ni x tahu la camana azabnya sbb yg bertudung pun belum tentu terlepas (sbb pakai tudung pun belum tentu totally ikut syariat- sbb ade pompuan pakai tudung..tapi masih pakai jeans ketat, baju lengan pendek lak..). tp scr rasional nye, pakaila tudung...sbb skarang ni mcm boleh terjadi dan pd ana pempuan lebih cantik jika bertudung..

KENAPA PEMPUAN CANTIK BILA BERTUDUNG?...

1.sebab dier nak tutup aurat...

2. sebab dier jage maruah diri dan keluarga...

3. sebab sebab dier cantik..

4. sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecuali pada yang berhak..

5. sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri...

6. sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

7. sebab dier hormati orang lain..

8. sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik..

9. sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..

10. sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11. sebab dapat pahala..

12. sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah..

13. supaya dpt menjadi contoh pada perempuan
lain..

14.sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker dier..

15. sebab mendengar suruhan nabi...

16. sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..jadi die tak nak sewenang2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika die menunjuk maknanya
die dah tak bernilai kerana mahkota die telah dilhat
oleh semua lelaki (kecuali keluarga)

17. sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. sebab patuh pada suami..

19. sebab plg penting..die orang islam...

20. sebab dalam Al-Quran suruh die pakai tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd Al-Quran.. nak berpegang pd ape lg..??

21. pasal korang mmg cantik laa kalau pakai tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg pakai tudung...aku tahu sebab aku lelaki..

22 pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung iorang akan "syok sendiri" yang diorang tu lawa...rugi laa kalau camtu...pakailaa tudung wahai muslimah Islam..serius ni...

23. pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia
pasal nafsu semata2....mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yg baik....

24 sebab......byk lagi sebab...

JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARI LAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI PERINTAHNYA JADI INGATLAH PEREMPUAN SEMUA..............

KALO KORANG PAKAI TUDUNG MESTI LELAKI
YANG BAIK AKAN MENDEKATI ANDA....DAN LELAKI YANG JAHAT AKAN MENJAUHI ANDA INSYA ALLAH...

INGATLAH...MENUTUP AURAT ITU ADALAH WAJIB...SEPERTI SURUHAN ALLAH YANG LAIN SEPERTI SOLAT PUASA ZAKAT....

JIKA ANDA MENUNAIKAN SOLAT KERANA MEMATUHI
PERINTAH ALLAH....MAKA PAKAILAH TUDUNG JUGA KERANA MEMATUHI PERINTAH ALLAH......

RUKUN IMAN YANG PERTAMA BERIMAN KEPADA
ALLAH....DENGAN MEMATUHI PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA.....

SEKIRANYA ANDA TIDAK MENUTUP AURAT...INI BERMAKNA ANDA TIDAK MEMATUHI RUKUN IMAN YANG PERTAMA..........


"kehidupan di dunia tidak lain hanyalahkesenangan yang memperdayakan" (ali imran:185).

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairuzzamanProfil   Hantar PM kepada khairuzzaman   Quote dan BalasQuote

azamkukuh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2433
Posting: 55
Dari: UIAM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-05 18:16


Bismillah..
ada satu pantun best..
bacalah.. hehe


Pakai tudung tapi bertelanjang,
Itulah gaya orang sekarang,
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang,
Yang mana kendur yang mana tegang.

Baju ketat seluar sendat,
Pakai tudung just ikat-ikat,
Dari mula memang bukan adat,
Disudut agama pun gaya tak berkat.

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah,
Kalau takat rambut orang kurang ghairah,
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah,
Mata yang memandang boleh keluar darah.

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej,
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis,
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis,
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Baju nipis nampak bayang,
Peha gebu saja ditayang,
Lebih baik tak pakai baju senang,
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang.

Lengan pendek blaus gantung,
Jeans ketat melekat dipunggung,
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,
Agama tak suruh berbungkus macam pocong.

Andai dihati redha dan ikhlas,
Diwajah Nur terpancar jelas,
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas',
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas.

Harap maaflah kalau terlalu panjang,
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan,
Berpantun seloka bukan setakat hiburan,
Yang mana betul jadikan pedoman.

Courtesy of SemsasCommunity


Bookmark and Share

    


  Member Information For azamkukuhProfil   Hantar PM kepada azamkukuh   Pergi ke azamkukuh's Website   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 02:08


tak semestinya wanita yang bertudung semuanya baik,,, dan yang tak pakai tudung tu semuanya tak baik....ia sebenarnya terletak pada keikhlasan hati serta niat,

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

rocky
Warga Rasmi
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14752
Posting: 6
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 21:11


semua orang tau kan yang hukum tak memakai tudung adalah berdosa kerana ia merupakan salah satu autar perempuan...
aurat perempuan ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan...
so....fikirkanlah...
bertaubatlah selagi belum terlambat.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rockyProfil   Hantar PM kepada rocky   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-05 23:00


erm....tudung...
banyak betul isunya...
tak payah nak pening-pening kepala,ikut saja apa yang telah disyariatkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 23:34


assalamualaikum wbt...

alin setuju dengan sitihamizah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.656423 saat. Lajunya....