Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 203
Ahli: 0
Jumlah: 203




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: ABIM Sepanjang 3 Dekad: Satu Retrospektif Ringkas


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ABIM Sepanjang 3 Dekad: Satu Retrospektif Ringkas

Please Mendaftar To Post


Oleh ABIM Sepanjang 3 Dekad: Satu Retrospektif Ringkas

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 14:52


ABIM Sepanjang 3 Dekad: Satu Retrospektif Ringkas

Hampir 3 dekad yang lalu Anwar Ibrahim bersama rakan-rakan terutamanya daripada PKPIM, PBMUM dan Persatuan Mahasiswa Islam telah berkumpul bagi menubuhkan ABIM. ABIM sama seperti al Ikhwanul Muslimin ditubuhkan oleh anak-anak muda yang cuba mengangkat Islam sebagai pemimpin hati-nurani diri dan seterusnya mengidamkan pengembalian kegemilangan Islam di muka bumi. Era 1970an merupakan era kegemilangan ABIM. Abim ketika itu merupakan usaha golongan terpelajar Islam telah bangkit menentang kemungkaran pemerintah, meniup semangat perjuangan mahasiswa dan memimpin rakyat marhaen yang masih tidak dibela nasib mereka. Abim telah bersama masyarakat dan bekerjasama dgn kerajaan dalam isu tertentu, cth pencerobohan Rusia ke Afghanistan..

Tergiang di telinga semasa Abim di era perjuangan dimana ABIM telah mengusahakan institusi akademik untuk membantu pelajar yang miskin dan tersisih. Institut SOFAR di Perak dan Yayasan Anda Akademik menjadi siulan anak muda yang inginkan pelajaran. Teringat luahan hati seorang kakak dari Perak, Abim telah menyedarkan kakak tentang Islam. Beliau memuji Anuar Tahir yang bukan sahaja mengajar beliau dalam akademik tetapi berjaya menukar dirinya memakai pakaian menutup aurat. Inilah bisanya penangan Abim pada tahun 1970an. Abim juga menentang ISA dan Abim juga telah menanggung risiko dengan menyertai kebangkitan rakyat di Baling pada tahun 1974.

Selepas anwar memasuki UMNO pada tahun 1980an, ABIM terpecah dua iaitu ABIM bersongkok hitam dan ABIM berkopiah putih. Tak tahu silap anwar yang segera memilih UMNO-Mahathir sedangkan rakan-rakan ABIM telah menunggu kepimpinan beliau dalam PAS ekoran saranan Bapak Natsir, pemimpin Islam Indonesia. Gelombang kebangkitan Islam dalam PAS semasa anwar menyertai UMNO adalah rancak apabila kaum muda, ulama dan tokoh Abim cuba menjatuhkan kepimpinan dato Asri. Khabar angin tersebar meluas bahawa anwar akan menjadi Presiden PAS. Abim pro Anwar pimpinan Siddiq Fadzil memang pakar beretorik gagasan mula selesa dan mengurangkan penyertaan bersama masyarakat. Abim kini lebih elitis dan menjadi medium orang terpelajar tanpa melihat rintihan pak tani dan nelayan di desa..Tokoh perjuangan Abim ketika susah mula diberi pelajaran maka lahir insan seperti Osman Bakar, siddiq fadzil dan sidek baba [mereka mmg cemerlang]. Abim terus hanyut sehingga menemukan tokoh Abim, Kamaruddin Mohd Nor mewakili UMNO menentang calon PAS dalam pilihanraya kecil Semarak.

Kini gerakan pelajar ABIM melalui PKPIM semacam hampir pupus tak bermaya di kampus-kampus dan peringkat negeri. PKPIM bersifat kebangsaan?? atau berkebangsaan hanya di Kuala LUMPUR. Maaflah, PKPIM hanya dimonopoli oleh orang UIA. Pelajar varsiti lain kelas ekonomi berbanding pelajar UIA, kelas pertama. Kader-kader PKPIM kini bagaikan sudah hilang taring di kampus mungkin mereka sudah pupus atau penyaluran kader-kader ini telah dimandulkan. Pengisian untuk pengkaderan makin tiada. Nasib ini juga terpalit pada Abim. Di peringkat negeri atau daerah, cukup daif dari segi pimpinan, aktiviti dan kemudahan. Mesyuarat agung Abim peringkat ini hanya dipenuhi oleh sedikit orang. Itupun guru taski ABIM dan orang yang terlebih belia; beruban, berkepala licin, perut buncit.

Kini tokoh Abim lebih selesa dengan sikap profesional, mewah dengan bisnes, duduk dikerusi empuk menulis kertas kerja berbanding turun padang mengauli rakyat. Baju lusuh digantikan baju batik/sutera hijau. Abim kini adalah badan pemikir, isunya bergantung kepada isu popular. Mahu namakah?. Asyik mereka bertapa di kampus, Gombak dan Kajang daripada ke sana ke mari, daripada menjiwai permasalahan rakyat. Abim kini pandai retorik dalam kertas kerja, bersyarah, berseminar, merasmi majlis muktamar tetapi tiada tindakan susulan. Fakta atau statistik tidak mengambarkan perkara sebenar. Kita selalu dibutakan oleh statistik sedangkan puluhan ribu rakyat miskin terceruk di bibir hutan dan pinggir kota. Mungkin Abim kehabisan duit, hilang tenaga. Cari ubat penawar mujarab. Wujudlah kembali institut seperti institut SOFAR untuk memajukan pendidikan rakyat. Kolej dar hikmah terlalu elitis untuk org miskin. Contohilah gerakan Gulen di Turki.

Kini Abim pusat semakin maju, kolej dar hikmah telah mengantikan yayasan anda. Anjung Rahmat cukup berprestij daripada bangunan sewa di bangunan UDA Jalan Pantai atau di kg. Baru. Kini juga, sifat Abim lebih suka melepak di bandar daripada meneropong masyarakat desa yang jumud di Pasir Nering, di Kunak, di kampung La. Abim ada potensi, ada kekuatan tetapi budaya bersama kerajaan sepanjang 2 dekad terakhir [kecuali selepas anwar dipecat] memperlihatkan Abim bermentaliti subsidi. Abim jangan jadi macam UMNO. UMNO bukan parti yang tersangat aktif, lihat peranan biro-biro UMNO berbanding MCA. Macam mati pucuk. UMNO ingat dia kerajaan, dia boleh guna jentera kerajaan sebebas mungkin dan harta kerajaan macam harta parti. Ini akal orang yang tersimpul. Abim jangan terkeliru dalam slogan non-politiknya. Abim perlu bangkit dengan suasana baru. Keahlian perlu ditambah, aktiviti perlu dipromosi, laman web perlu diperkemas. Kebangkitan ini tidak semestinya menyokong pembangkang atau anti kerajaan. Sokongan biar tepat dan adil tanpa memilih bulu. Abim ramai intelektual yang boleh memikirkan. Akhirnya jangan jadi Abim sebagai kelab elitis untuk mencari jodoh yang beriman, berakhlak dan comel da la....Abim oh Abim!! Kita masih tunggu kembalinya kegemilangan fenomena Pak Syeikh sebelum 1982 daripada ABIM.

tokawang_sufi@yahoo




Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

ketenteramanku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12678
Posting: 310
Dari: UTM Skudai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 20:29


mungkin ada kebenarannya apa yg diperkatakan.melihat situasi hari ini,tak ramai mahasiswa yang berminat untuk menyertai persatuan-persatuan seperti ini.masalah kader sebenarnya dialami oleh hampir semua kampus,tetapi ia tidak hanya kpd PKPIM tetapi juga persatuan lain.knp ini terjadi?mahasiswa kini lesu.apakah peranan mahasisiwa dalam memartabatkan generasi muda?berapa ramaikah yg menyedari hal ini.tak ramai sebenarnya.
ABIM dan PKPIM sebenarnya banyak menghantar komen2 berkaitan sesuatu isu.mungkin tak ramai yg menyedari hal ini. kini PKPIM mengorak langkah dengan mengadakan usahasama dengan GPM (Global Peace Malaysia) dengan menghantar wakil ke negara lain bagi membantu mereka.sebagai contoh menghantar group pengkaji tamadun dunia ke Filipina dan Pulau Chrismas.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ketenteramankuProfil   Hantar PM kepada ketenteramanku   Pergi ke ketenteramanku's Website   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 09:11


....

Ana rasa sudah tiba masanya Abim yang telah mendakwa berjuang utk membawa islam ke tempat yang tinggi bergabung dengan Pas utk terus merialisasikan impian tersebut!...ayuhlah semua gerakan islam yang ada kat malaysia sekarang jangan berlengah2 lagi buktikan yang kamu semua cintakan islam...jangan hanya pandai berkata2 sahaja tanpa membuatnya!...Ana rasa JIM sudah tersasar jauh dari landasan islam yang sebenarnya......bertaubatlah duhai teman2 yang masih leka dengan ulikan mimpi dan janji manis kerajaan sekarang..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

masliza
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.01.2004
Ahli No: 6438
Posting: 23
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 30-12-04 20:53


bila berjuang atas nama islam tiada golongan yang harus dipinggirkan, islam itu syumul, bergeraklah dengan jamaah yang syumul... 13 ciri jemaah islam, koreksi semula wahai sahabat-sahabat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maslizaProfil   Hantar PM kepada masliza   Quote dan BalasQuote

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 23:35


harun taib- meng'haram'kan berbilang jemaah
yusof al qaradhawi nebg'halal'kan berbilang jemaah
yang pasti nabi menyuruh kita berada dalam jemaah Islam[ada dalam hadis]..tak kiralah PAS ke, abim ke, JIM, pum, berdsr kefahaman islam kita, jangan tersesat pilih dah la...paling penting tuntut ilmu berdasar al quran dan hadis dengan syumul dan sahih...baru pilih kebenaran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137522 saat. Lajunya....