Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 15 hari yang lalu
wyd1014: 23 hari yang lalu
haykal77: 31 hari yang lalu
Kakngah: 31 hari yang lalu
lidah-penghunus: 33 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: gempa bumi


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» gempa bumi

Please Mendaftar To Post


Oleh gempa bumi

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 13:15


apa pndpt sahabat,kenapa p.pinang,phuket,india dan sri lanka mendapat kesan impak yang teruk akibat daripada gempa bumi di sumatera?adakah itu adalah bala' bencana dr Allah Taala...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 13:38




Setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnye.....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 27-12-04 14:09




Kedudukan geografi... kita nie nasib baik ada Pulau Sumatera..kalau tak...tak dapat nak dibayangkan.

Inilah tanda2 kiamat makin hampir...dan bala yang diturunkan memberi peringatan kepada mereka yang lalai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

srikandi85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13219
Posting: 54
Dari: kota tinggi

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 15:53



apa yang berlaku tu ada hikmah disebalikNya.. cuma kita je yang tak tau,btul tak?oleh itu marilah sama-sama kita merenung sejenak mungkin dunia kita ni dah tak lama..ALLAHUAKBAR

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi85Profil   Hantar PM kepada srikandi85   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 27-12-04 16:03




kalau buka bala bencana apa lagi ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  


posticon Posting pada: 27-12-04 16:24


bencana yg berlaku mungkin peringatan terhadap manusia yg makin lalai dan leka dgn dunia. atau juga berupa suatu amaran, bahawa tiada siapa pun akan terlepas dpd bencana yg ditimpakan di atas kemungkaran....tanpa mengira samada manusia itu beriman atau tidak. kekerapan berlaku bencana di seluruh dunia menjadi tanda2 berlakunya hari kiamat. apa yg mungkin disaksikan atau dialami smlm hanyalah sebahagian kecil dpdnya.sesungguhnya ianya adalah sesuatu tidak terbayang mahupun terfikir dlm jangkauan pemikiran manusia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 16:55


Kun fayakun bgitulah

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zaidah83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1486
Posting: 62
Dari: n9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-12-04 22:36


agak mengejutkan sbb rase2nye tak penah jadi perkara macam tuh kat malaysia kot...tak taulaa dulu2..ape2 pun biarla ianya menjadi peringatan kpd kite semua.. dah mcm2 Allah turunkan untuk jadi peringatan, tapi tengokla kat malaysia sendiri, maksiat berleluasa...Allahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidah83Profil   Hantar PM kepada zaidah83   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 22:52



Subhanaallah,,,
Mungkin apa yg berlaku sbg AMARAN ALLAh kpd kita , mungkin sbg ujian Allah kpd hamba2nya.So,apalagi,ingat2lah selalu kpd Allah dan diminta kita semua dijauhkan drpd azabNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

harakah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.09.2003
Ahli No: 3833
Posting: 45

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-12-04 02:43


Kelantan sekarang menerima petanda yang kedua selepas banjir besar, iaitulah gempa bumi. Adakah ini adalah suatu rahmat atau suatu amaran daripada yang MAHA PENCIPTA kepada hamba-Nya? Mari kita sama-sama fikirkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakahProfil   Hantar PM kepada harakah   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 28-12-04 09:30


,

Fenomena Tsunami yang melanda negara baru2 memang mengejutkan kita semua. Mungkin, petanda Allah, murka pada manusia yg leka & membuat kebinasaan di dunia???

Subhanaallah...


** Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.




Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 28-12-04 10:17


KETIKA cuba menyelami pengajaran daripada kisah pengantin tak jadi, Hasmawi Hassan dan Norlida Abdul Rahman, minggu lalu, pelbagai perkara melintasi fikiran. Betapa rugi kalau tidak mendengar cakap orang tua dan paling rugi kalau memilih jalan membujang. Ibarat gulai pindang tanpa asam, hidup bujang terlepas banyak pengalaman. Banyak kebenaran tidak diketahui, termasuk kata orang tua seperti isteri pelengkap hidup, suami tempat bergantung dan anak penawar hati.



Hati siapa tidak gundah kalau kehilangan ahli keluarga. Malah, Ahmad Dusuki Mohd Noor pun pengsan menahan hiba mengenang kematian anaknya Siti Syazwani akibat kerakusan perogol di Sungai Petani, Kedah.

Demikian mereka yang kehilangan ahli keluarga kerana kekasaran dan kejahilan tentera Thailand di Tak Bai. Tambahan pula visual kekejaman tentera itu masih dapat dilihat di televisyen. Trauma yang dialami nampaknya semakin membibitkan lebih banyak gerila kerana Thaksin Shinawatra bertindak ‘mencurah minyak ke api’ dengan memendamkan punca sebenar dan dengan ego mengetepikan pendekatan mesra. Kesedihan keluarga mangsa bertukar marah membara.

Hiba juga melanda mangsa tsunami di negara ini juga jiran di Sumatera, India, Sri Lanka dan Thailand. Takziah kepada semua keluarga mereka. Gegaran akibat gempa bumi di Lautan Hindi itu bukan kali pertama dirasai kita di Semenanjung (awal 1990-an ada sekali), cuma kali ini kesannya besar kerana berpunca di lautan sehingga menerbit ombak besar setinggi pohon kelapa.

Keampuhan Jambatan Pulau Pinang pula membuktikan sekali lagi kebijaksanaan kerajaan melaksanakan projek itu. Jika dulu diejek sebagai projek gajah putih, kemudahan yang memerlukan laluan kedua ini teruji oleh bencana alam. Dulu kosnya dianggap besar dan membazir berbanding ekonomi sekarang, pembinaannya memang menepati waktu dan ekonomik. Rekod itu bagai satu kemenangan dalam sejarah negara.

Bagi negara pengacau keamanan dunia, Amerika Syarikat (AS) tragedi yang bakal melanda semakin besar sebaik ekonominya runtuh tidak lama lagi. Trauma memang sudah menghantui ramai rakyatnya. Entah di mana mereka belajar taktik perang, tentera di medan perang Iraq makan beramai-ramai. Sekali letupan berlaku, 24 mati, tidak kurang 60 cedera (hidup pun sudah hilang upaya). Ilmu apa yang dipakai George W Bush dan Donald Rumsfeld? Kalah lagi nampaknya Bush (bom Afghanistan sampai lunyai tidak juga jumpa Osama bin Laden, masuk Iraq kononnya boleh menang cepat, tetapi Saddam Hussein berjaya mewujudkan stalemate).

Bayangkan malunya kuasa besar pengacau dunia boleh hilang nyawa 24 tentera dalam sekali serangan. AS banyak sangat silap pertimbangan, malah Bush terpaksa menutup kesilapan dengan memberi pujian melambung kepada Rumsfeld sebagai insan yang berhati mulia dan berniat baik (mungkin bakal dipecat tak lama lagi).

Benarlah perang di Afghanistan dan Iraq dirancang oleh AS mengikut jadual politik antarabangsa dan negaranya, bukan perancangan tentera. Sebelum dan sewaktu kempen Pilihan Raya Presiden, dia mengumumkan pengunduran tentera dari Iraq (puaslah ahli strategi kaji apa jenis strategi dia guna), selepasnya pula tambah 12,000 lagi tentera (sambil mencari peluang menjajah Iran atau Syria sebaik tamat Pilihan Raya Iraq).

Namun, melalui media antarabangsa yang menjadi pelobi Bush mencari sebab menceroboh Afghanistan dan Iraq juga, kini semakin banyak trauma perang dan kekalahan Bush diselongkar.

Tentera AS menangis untuk kembali ke tanah air mereka bukan kerana gembira pulang atau meninggalkan rakan lain, sebaliknya teramat risau akan dihantar semula ke Iraq.

“Saya tidak pernah melihat begitu banyak lelaki menangis!” kata Paul Rieckhoff, bekas Ketua Platun Infantri AS yang mengasaskan Operasi Truth. “Askar akan terima apa saja arahan, tetapi apabila anda beritahu mereka berada di garisan depan, kemudian sering mengundurkan mereka lima meter, mereka mula risau. Moral mereka terjejas.”

Sementara Bush mengumumkan rancangan belanjawan ketenteraan berbilion-bilion dolar buat masa ini, tenteranya terpaksa beroperasi dengan belanja murah. Trak tanpa perisai, sukarelawan tidak ditambah, rakyatnya tidak percaya jaminan Bush, maka tentera yang sama berulang-alik ke Iraq. Dengan trauma yang masih membarah, mereka semakin takut mati dan kemungkinan terkorban tinggi.

Untuk mengimbangi semua kekalahan ini Bush dan Rumsfeld menganugerahkan pingat. Visual televisyen menunjukkan tenteranya di katil hospital masih trauma dan terpinga-pinga ketika disematkan pingat oleh Rumsfeld.

Doktrin Presiden AS Pembela Dunia Bebas (Defender of Freeworld) yang disuntik di sekolah dan menerusi filem Hollywood nampaknya semakin terhakis. Pingat ‘medal of freedom’ yang dikalungkan Bush kepada Paul Bremer, George Tenet dan Jeneral Tommy Franks dibayangi kematian bertambah ramai tenteranya di Iraq dan kekalahan moral yang semakin besar buat AS. Bush semakin kalah, AS semakin dibenci dunia, rakyatnya makin risau, Israel pun terancam dan mengancam.


[ Posting ini telah di edit oleh: lidya_haryati pada 2004-12-28 10:18 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 13007
Posting: 88
Dari: cheras

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 11:33


assalamualaikum..

subhanallah...!!!!
munkinkah ini petanda kiamat di mana perut bumi sudah lebur!
subhanallah..!!!!
bangunlah semua umat islam.....bertaubatlah......sesungguhnya kiamat pasti menjelma bila2 masa...
subhanallah...!!!!
inilah petunjuk allah kpd tgn2 manusia yg bbyk melakukan maksiat
subhanallah!!!!!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 11:58




inilah di antara peringatan drpd Allah S.W.T. kepada kita umat manusia. beruntunglah kita kerana ini juga mbuktikn kasih sayang Allah dan Maha Luasnya peluang yg Dia berikan kepada kita utk kita kembali pada-Nya. ingatla sahabat2 sekalian, masih belum t'lambat. manfaatkn ia sebaik mungkin...

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

harakah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.09.2003
Ahli No: 3833
Posting: 45

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-12-04 18:11


JADI SEKARANG.... semua ahli gerakan ISLAM, tidak boleh berpeluk tubuh lagi. Bahkan, mestilah sama-sama kita menyusun dan mengorak langkah dengan lebih kehadapan, kerana kita bimbang dan takut, 'AMARAN' daripada ALlah itu, ditujukan khas buat kita yang mungkin sedang terlalu leka di buai kemewahan dunia yang fana' semat-mata.

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakahProfil   Hantar PM kepada harakah   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 21:00


akum,sahabat-sahabat sekalian..marilah kita bangkitkan semula syiar ISLAM dan kita jalankan hukum-hukum Allah yang selama ini telah kita tenggelamkannya dalam kesibukan duniawi kita..ingatlah,kiamat sudah hampir..marilah kita berdoa akan Islam kembali bersinar dalam kehidupan ini..


ISLAM ITU INDAH
"MEMBANGUN UMMAH MENURUT ISLAM"

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131287 saat. Lajunya....