Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 253
Ahli: 0
Jumlah: 253




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: hati saya untuk awak!!!!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» hati saya untuk awak!!!!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh hati saya untuk awak!!!!!!!

safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-12-04 18:16


HATI Nah, ambil la benda ni.


Apa ni?

Ini adalah hati. Hati aku.


Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?

Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau kawan aku


Terima kasih.... ianya bererti.
Aku terlalu menghargainya.

Oh ye ke... tapi maaf.


Untuk apa?

Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?


Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.

Mungkin aku takut,
hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit,
permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...


Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas,
hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.

Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih
sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,
kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?


Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan
orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh
aku.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku
memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi
jika hati ini diberi
pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,
walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula
sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu,
setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka,
kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya,
mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini,
mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat
seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.

Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untuk hati itu kembali indah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For safiee_iiuProfil   Hantar PM kepada safiee_iiu   Pergi ke safiee_iiu's Website   Quote dan BalasQuote

shahirah_huda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1982
Posting: 335
Dari: AS

japan  


posticon Posting pada: 24-12-04 19:18


...
hati...hati...susah betul untuk menjadi penjaga sekeping hati.Sekiranya ia dah terluka sukar untuk diubati...tapi jadikanlah hati anda sebagai hati yang gembira dan bahagia kerana kita hanya hidup sementara dan singkat oleh itu usahlah digunakan ia untuk mengenangkan perasaan yang duka dan sedih sebaliknya gunakanlah hati untuk menjadi seorang yang penyayang dan disenangi oleh semua makhluk Allah...Hati yang 'baik' dan suci adalah hati yang disukai Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahirah_hudaProfil   Hantar PM kepada shahirah_huda   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 24-12-04 20:19


ish...ish....ish...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 20:48




susah betul m'bicara kan soal hati...

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 21:35


bila hati dah mengatakan cinta..seluruh anggota badan akan bergabung tenaga untuk mencapai cinta itu....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

rimieilya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13145
Posting: 22
Dari: dungun

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 21:52



Begitu sukarnya menjaga hati supaya tidak terdorong melakukan perbuatan yang keji.Semntara diberi peluang, hargailah ia sebaik yang mungkin

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimieilyaProfil   Hantar PM kepada rimieilya   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 23:29


Hatimu Untuk Siapa,
Hatiku untuk-Nya,
Yang Maha Kuasa
Pemilik Jagat Raya,
Tauhid untuk Yang Esa,
Seagung kasih untuk-Nya,

Hatimu Untuk Siapa,
Hatiku untuk mereka,
Asbab lahirku ke dunia,
Dunia fana tidak bermakna,
Andai hilang kasih bapa,
Alam indah apalah guna,
Kasih bonda membawa ke syurga,

Hatimu Untuk Siapa,
Hatiku untuk dia,
Dia daripada-Nya,
Penyeri kehidupan seorang manusia,
Seindah isim serikandi mulia,
Moga baitul terbina membawa bahagia,
Abadi ke syurga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 23:42


Hati.. seketul daging yang menentukan baik atau buruknya seorang manusia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

warsha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.10.2004
Ahli No: 12144
Posting: 129

Pahang  


posticon Posting pada: 25-12-04 02:11


hem........hati2

Bookmark and Share

    


  Member Information For warshaProfil   Hantar PM kepada warsha   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-12-04 22:08


he he he ingatkan ape tadik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-12-04 01:19



Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi...


Hati-hati memberikan hatimu kepada seseorang yang belum kita kenali hati budinya kerana jika kau tersilap langkah kau akan makan hati.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 27-12-04 14:09


,

alhamdulilla, syukur... ada diantara saudara kita sudi mendermakan hati. Alangkah indahnya kalau hati itu diberikan pada kanak2 yang mengidap bengkak hati... sejuk mata membaca..

sayatetapsaya
AHLI SENIOR
Menyertai:
May 12, 2004
Posting: 501
Dari:
[Alam dan Manusia]
Posting: 2004-12-26 01:19
--------------------------------------------------------------------------------

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi...

Hati-hati memberikan hatimu kepada seseorang yang belum kita kenali hati budinya kerana jika kau tersilap langkah kau akan makan hati.....
-----------------
Hidup ini adalah masalah, Tanpa masalah bukanlah hidup namanya, Tapi jangan sekali-kali mencari masalah, Biar masalah yang datang mencari...

nullnull

Sekeping hati dibawa berlari,
Jauh melalui jalan yang sepi,
Jalan kebenaran luas terbentang,
di depan mata mu para pejuang.
TAPI, JALAN KEBENARAN TAK AKAN SELAMA SUNYI, ADA UJIAN YANG DATANG MELANDA...


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 27-12-04 15:07





orang susah nak jaga hati kita
kita susah nak jaga hati orang....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

AtikahBahtiar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.11.2004
Ahli No: 12288
Posting: 48
Dari: Bandung

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 12:26


Susah juga untuk menjaga hati,hati sendiri dan juga hati orang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AtikahBahtiarProfil   Hantar PM kepada AtikahBahtiar   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 19:14


masyaallah...hati itu anugerah Allah yg sgt berharga. Dgn hati la kita tahu sesuatu amalan itu dilakukan dgn ikhlas atau tak. Jika hati selalu berbangga dengan diri sendiri, maka rugilah org itu. Allah jadikan hati ni penuh dengan hikmah. Jadi kita sebagai manusia perlu mencari apa hikmah yang tersirat yg telah Allah kurniakan pada hati. Untung lah jiwa yg hatinya sentiasa mengingati Allah dan bersyukur dengan rezki yg Allah kurniakan. Biarpun ujian berat yg menimpa dia sentias bersangka baik dgn Allah, tidak pernah menyalahkan takdir. Mudah-mudahan kita tergolong dlm golongan mukhlisin.aminn....

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 10:44




ana terima hati mu oppss...main2 je. bicara hati sukar di mengerti

-----------------
Mahabbah Mawaddah Lil Ukhwah Fillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 18:12


hati..sukar utnutk di mengerti..sekejap suke..sekejap tak...entah lah..memang sukar untuk berbicara soal hati...hanya doa sahaja..moga tidak dibalik2 kan hati ini setelah diberi hidayah olehNYA...

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

anggerik_desa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.03.2004
Ahli No: 7794
Posting: 60

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-01-05 11:55


susahnyer menjaga hati dan perasaan orang lain,begitulah jugak susahnyer bagi org lain nak jaga hati kiter.bercakap ttg hati,sukar untuk difahami dan sukar dimengertikan..



DIARI MUSLIMAH HIASI PERIBADI

Bookmark and Share

    


  Member Information For anggerik_desaProfil   Hantar PM kepada anggerik_desa   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 01-01-05 14:54


berhati-hatilah kalau nak beri hati anda kat orang lain....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

sitirohani
Warga Rasmi
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12665
Posting: 9
Dari: skudai

Johor  


posticon Posting pada: 02-01-05 13:46



..susah nak jaga hati nie..macam2 dugaan yang perlu ditempuhi...tetapi ..hati yang baik mencerminkan peribadi diri..semoga kita tergolong di dalam hamba-Nya yang berhati baik..insyaallah



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitirohaniProfil   Hantar PM kepada sitirohani   Quote dan BalasQuote

srikandi85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13219
Posting: 54
Dari: kota tinggi

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-05 13:27



pandangan mata selalu menipu
pandangan akan selalu tersalah..
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan HATI itu yang hakiki..
kalau HATI itu bersih..
HATI tempat jatuhnya pandangan ALLAH..
jasad lain tumpuan manusia
utamakanlah pandangan ALLAH
daripada pandangan manusia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi85Profil   Hantar PM kepada srikandi85   Quote dan BalasQuote

serikandisufi
Warga Rasmi
Menyertai: 17.10.2004
Ahli No: 11916
Posting: 12

blank  


posticon Posting pada: 09-01-05 21:10


assalamualaikum,bila cakap pasal hati ni kadang2 krn hati boleh buat org bahagia tapi krn hati jugak boleh buat ramai org menderita....apa pdpt sahabat?


Bookmark and Share

    


  Member Information For serikandisufiProfil   Hantar PM kepada serikandisufi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12095 saat. Lajunya....