Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: Apa kes ??.....


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» Apa kes ??.....

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa kes ??.....

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-04 15:11


-sms saja telah memutuskan pertunangan,sedangkan time sms nak dihantar kejap lagi nak nikah....ntahlah... ..
-apa pun,kepada kakak tu..bersabarlah ye kak...ada hikmah disebalik kejadian ni...
-untuk teman sekalian dan juga diri sya,ikhlas dan jujurlah serta setialah dalam perhubungan.







berita harian 20/12/2004(Pemain bola guna SMS batal pernikahan saat akhir
Oleh Ibrahim Isa


KLUANG: Seorang bakal pengantin di sini terpaksa melupakan majlis pernikahan dan persandingan pa- da saat akhir apabila pasangannya memutuskan pertunangan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Jumaat lalu.



NORLIDA dengan pakaian
untuk akad nikah
di atas pelamin yang
disiapkan untuk majlis
perkahwinan yang dibatalkan
ketika ditemui di rumahnya
di Felda Ulu Dengar,
Kahang Timur, di Kluang
semalam.

Bagaimanapun, majlis kenduri diteruskan di rumah pengantin perempuan di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, dekat sini kelmarin berikutan kad jemputan sudah diedar kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.

Norlida Abdul Rahman, 23, menerima SMS bertulis ‘Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa’, daripada pemain bola sepak sebuah negeri, 19 jam sebelum majlis pernikahan mereka.

Norlida berkata, sebelum itu beliau berulang kali mengesan tunangnya yang menghilangkan diri, tetapi gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh.

Beliau mengenali tunangnya ketika menyambung pelajaran di Pulau Pinang pada Ogos 2001 menerusi seorang rakan.

Ketika itu, lelaki terbabit sudah bermain dalam Liga Malaysia, tetapi mewakili negeri lain.

Selepas dua tahun berkawan, mereka akhirnya mengikat tali pertunangan Julai tahun lalu dan merancang mendirikan rumah tangga tahun ini.

“Semua persiapan berjalan lancar sehinggalah pada Isnin (13 Disember) lalu, apabila tunang saya menunjukkan sedikit perubahan dan kelihatan ragu-ragu mengenai perkahwinan kami.

"Mulanya dia mengatakan mungkin tak ada jodoh. Bagaimanapun, selepas berbincang dia kembali seperti biasa dan meneruskan perbincangan mengenai persiapan perkahwinan kami.

"Kali terakhir saya dapat berbual dengannya ialah pada Khamis, 16 Disember lalu.

Ketika itu, dia menelefon saya dan mengatakan dia sudah memasukkan baki wang hantaran RM4,000 daripada RM6,000 ke dalam akaun saya," katanya.

Norlida bagaimanapun berkata, beberapa jam selepas itu abang tunangnya menelefon dan bertanya sama ada dia dapat menghubungi tunangnya kerana mereka sekeluarga tidak dapat mengesan lelaki berkenaan.

Katanya, dia cuba berulang kali mengesan tunangnya itu, namun gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh.

"Pada pagi Jumaat, saya menghubungi keluarganya dan mereka meminta hari pernikahan yang dijadualkan selepas Isyak pada Jumaat lalu ditangguhkan keesokannya (Sabtu) untuk memberi mereka peluang mencari tunangnya.

"Bagaimanapun, sehingga pagi Sabtu tiada sebarang berita mengenainya dan keluarganya mengatakan tidak dapat datang kerana pengantin lelaki sudah tiada," katanya



-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

[ Posting ini telah di edit oleh: sya_ryn pada 2004-12-20 16:00 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 20-12-04 15:49




sebenarnya terkejut tadi baca pasal berita tu......ader juga kisah yang macam tu yer......tak sangka, kesian kat bakal pengantin perempuan tu....sabr jerlah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 00:37




dah baca paper arini tadi... Ya Rabbi.... macam tu punya manusia pon ade ye... isk, ape la 'elok' sgt perangai... sian pengantin pompuan, kena sanding sorang2... kalu betul x nak kawen, putus kan bebetul, beradat... bkn last minute br nak putus... dah tu main sms aje plak... zalim sungguh... ish, na'uzubillah....

manusia, manusia... masa nak, bukan main manis kata2, beradat lah bagai sume... tapi bila dah x nak main blah macam tu aje ke... mana letaknye akal budi yg Tuhan bagi ye???

ape pon, kisah ni pengajaran buat kita semua... soal jodoh ni bukannya mainan... bukan untuk sehari dua kita hidup... hakikatnya, kita nakkan ianya berkekalan dunia akhirat... kalau kita titikberatkan dan utamakan kebahagiaan dunia akhirat, tentu sedari awal kita dah tetapkan ape kriteria bakal pasangan kita tu kan??? sama2 kita fikirkan...

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 21-12-04 00:57


Sempat tonton perbincangan kes ni di TV3 Wanita Hari Ini petang tadi.Kejam giler la bekas tunang Saudari Nurlida tu

Ketentuan takdir la kot...apa pun saya respect ngan Saudari Norlida yabg sanggup meneruskan upacara bersanding tanpa pengantin lelaki di sisi.Tentunya beliau mahu menjaga air muka kedua ibu bapa beliau.

Tabah betul dia.......ntah la........

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 08:49



Dia mempermainkan perasan org, suatu hari org pulak akan mempermainkan perasaan dia. Sabo je lah.....ingat Allah byk2.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 09:09


-akhbar hari ni mengatakan ,kluarga pompuan sedang menimbangkn untuk kenakan saman malu terhadap lelaki tu...
-sya rasa lagi bagus kenakan je...lelaki tu fikir,senang je buat cam tu....berita ni dah heboh satu negara...sehinggakan menteri besar negeri tersebut pun bersimpati....
-tanggunglah akibatnya nanti....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 09:31



Mmg patut disaman.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 13:14




ana simpati terhadap pihak perempuan.....

org xde adat dan iman, mcm tula..
pekara mcm nie pun nak buat main2.....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 13:34





Kalau cakap aje dr awal memang tak nak kahwin kan senang. Macam2 manusia ada. Sudahlah malu keluarga perempuan, rugi pun ada. Persiapan semua dah siap. (Kalau dalam cerita Hindustan, ada hero akan sanggup ganti tempat pengantin lelaki untuk jaga maruah perempuan, betul2 ada ke?)

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 13:37


see u in the court??

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

di_azie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9868
Posting: 36
Dari: Melaka

Selangor  


posticon Posting pada: 21-12-04 13:54



saman,jangan tak saman...
saman,jangan tak saman...
saman,jangan tak saman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For di_azieProfil   Hantar PM kepada di_azie   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 21-12-04 14:06





semua orang salah pasangan lelaki. Mungkin pasangan lelaki ada masalah...yang sukar di selesaikan ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 16:33


Quote:
saman,jangan tak saman...
saman,jangan tak saman...
saman,jangan tak saman...



ana sokong!!!

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 18:09


Hmmm...

No more speculation...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 00:46




hmm kak hanan nie... ade ke citer hindustan plak peginye...

ape pun.. memang loqlaq kata org kedah pgntn lelaki tu... kesian pgntn pompuan... dah buat kenduri dah pun.. abis tetamu dpt makan free tgk pgntn pompuan besanding sesorg... hhmmm nak saman ker???
saman jer...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 22-12-04 03:41



whaat ever... Tengoklah balasan setimpal kat akhirat nanti kalau betul2 dia bersalah... mahkamah agong yang adil...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-12-04 08:29


aku jumpa laki tu mmg aku hentak. ada ke takut nak kahwin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 08:31


amboi ganas nyer....
-sabar noh....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-12-04 08:47


ganas tak ganas. sapa suruh dia lari?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 08:51


dengar kabar(utusan hari ni) lelaki tu da balik umah...apa benda la..
lagi satu kakak tu nak teruskan juga saman kepada keluarga lelaki...naya noh...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

nurilanwar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.08.2003
Ahli No: 3035
Posting: 54

Perak  


posticon Posting pada: 22-12-04 08:55


surat khabo nie pun, siap letak foto bakal pengantin perempuan tu muka surat depan lagik...

tak patut, ish3x cobaan

kes yang boleh diambik iktibar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilanwarProfil   Hantar PM kepada nurilanwar   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 22-12-04 10:25


macam ni punye org ada ka??????

Quote:
(Kalau dalam cerita Hindustan, ada hero akan sanggup ganti tempat pengantin lelaki untuk jaga maruah perempuan, betul2 ada ke?)



hindustan mali... malay mali... takda citer camtuh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 19:57


apa kes??? buat malu orang... kan bagus kalau foto pemain bola tu jadi paparan kat muka depan surat khabar pulak...baru dia rasa macam mana!!

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-04 08:44


rasanya bakal pengantin tu boleh tahan gak,cantik dan sopan.... ..napa lah hasmawi buat macam ni?....kena buatan orang?..keja siapa plak..entahlah..kepada kakak tu,semoga berjumpa nagn seseorang yang betul2 menyayangi kakak...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

nice_pesan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...

Perak  


posticon Posting pada: 25-12-04 03:20


ya Allah sedihnyer... sampai hati wat macamtu ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nice_pesanProfil   Hantar PM kepada nice_pesan   Quote dan BalasQuote

nice_pesan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...

Perak  


posticon Posting pada: 25-12-04 03:20


ya Allah sedihnyer... sampai hati wat macamtu ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nice_pesanProfil   Hantar PM kepada nice_pesan   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-04 07:11


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah ini yang dinamakan bukan jodoh. InsyaAllah kedua-duanya akan mendapat ganti yang lebih baik buat diri masing-masing sekiranya mereka redha dan teruskan hidup ini berlandaskan Al Quran dan Sunnah.

Sepertimana kata anakanda Meow yang lelaki tu dah loqlaq . Anakanda Hanan pula kata tak ada ke lelaki nak ganti tempat tu seperti dalam filem hindustan .

Kekadang life is not that simple my children. Kita kena pastikan perjalanan hidup kita ini tidak melanggar perintah Allah dan tinggalkan cepat-cepat larangan Nya.

Apapun hanya sabar dan solat menjadi pengubat kepada apa saja masalah bagi mereka yang inginkan keredhaan Allah SWT.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Dari Jundah bin Abdullah ra, beliau mengatakan: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda mafhumnya -
"Barangsiapa yang menyebarkan aib orang lain, maka Allah akan menyebarkan aibnya pada hari kiamat." Dan baginda saw juga berkata: "Siapapun yang menyusahkan orang lain, maka Allah akan menyusahkan dirinya pada hari kiamat." Para sahabat berkata: "Berilah kami nasihat!" Baginda saw bersabda: 'Sesungguhnya bagian tubuh manusia yang pertama kali membusuk adalah perut, maka siapa saja yang sanggup hanya makan makanan yang baik maka hendaknya ia melakukannya. Barangsiapa yang mampu untuk tidak dihalangi masuk syurga disebabkan darah sepenuh telapak tangan yang dia tumpahkan maka hendaklah ia lakukan." (HR Bukhari)


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 25-12-04 09:00


dia igt hati leh buat main macam bola pe...mentang2 laa kedah kalah...lepas geram kat tunang lak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

perantau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2003
Ahli No: 2938
Posting: 164

blank  


posticon Posting pada: 25-12-04 10:56




don't even think that this news should be in the newspaper, let alone a big front page coverage..

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantauProfil   Hantar PM kepada perantau   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 11:01


senang2 je dia ckp ...."sy skrg xnk pk benda lain dah..yg penting skrg sy nk tumpukan pd kerjaya sy dulu..itu lebih penting"

isk..sesenang je ckp camtu... dia tu lelaki,boleh la ckp camtu..yg menanggung malu,pompuan la...

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

nurse_intan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2004
Ahli No: 11770
Posting: 125

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-05 01:36



mmg sian kat pngantin pompuan tu.
technically mmg nmpk sgt salah pngantin lelaki tu.
tp ade sesape tau citer yg sebenar????

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurse_intanProfil   Hantar PM kepada nurse_intan   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 04-01-05 02:43




Quote:
dah baca paper arini tadi... Ya Rabbi.... macam tu punya manusia pon ade ye... isk, ape la 'elok' sgt perangai... sian pengantin pompuan, kena sanding sorang2... kalu betul x nak kawen, putus kan bebetul, beradat... bkn last minute br nak putus... dah tu main sms aje plak... zalim sungguh... ish, na'uzubillah....

manusia, manusia... masa nak, bukan main manis kata2, beradat lah bagai sume... tapi bila dah x nak main blah macam tu aje ke... mana letaknye akal budi yg Tuhan bagi ye???

ape pon, kisah ni pengajaran buat kita semua... soal jodoh ni bukannya mainan... bukan untuk sehari dua kita hidup... hakikatnya, kita nakkan ianya berkekalan dunia akhirat... kalau kita titikberatkan dan utamakan kebahagiaan dunia akhirat, tentu sedari awal kita dah tetapkan ape kriteria bakal pasangan kita tu kan??? sama2 kita fikirkan...




saya harap nur_indah jgn emosi dlm hal nie...bertenang....seharusnya jgn ikut mcm mufti KL...cakap tak guna ilmu...main sedap cakap je...

Quote:
Kalau cakap aje dr awal memang tak nak kahwin kan senang. Macam2 manusia ada. Sudahlah malu keluarga perempuan, rugi pun ada. Persiapan semua dah siap. (Kalau dalam cerita Hindustan, ada hero akan sanggup ganti tempat pengantin lelaki untuk jaga maruah perempuan, betul2 ada ke?)



ni lagi satu komen yg saya rasa emosi...bertenang hanan bertenang....

Quote:
Hasmawi to remain with Kedah team

ALOR STAR: Kedah striker Hasmawi Hassan will remain with the state team for the next football season.

Kedah FA vice-president Datuk Chong Itt Chew said the association has accepted the reasons given by Hasmawi over his SMS wedding cancellation to a 23-year-old woman in Johor recently.

“We accepted his reasons and we believe it will not jeopardise his performance with the team,” he said.

Hasmawi cancelled his wedding with Norlida Abdul Rahman, reportedly via SMS, 19 hours before their wedding.

Chong, in his immediate response, had said the association would sack Hasmawi.

The FA were to have met on Tuesday to decide Hasmawi fate but postponed the meeting to Jan 10 as president Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, who is also Kedah Mentri Besar, had to tackle the tsunami tragedies in Kuala Muda and Langkawi.

Chong said Hasmawi would also sign a new contract with the state on Jan 10.




aik...mcm KFA yg mula2 beria-ia nak pecat hasmawi boleh terima hasmawi balik?....soalan cepumas...

saya berkeyakinan pasti ada cerita sebenar di sebalik hasmawi tak jadi kawin....

tp jgn bantai sebelah pihak terlebih dahulu sebelum dengar penjelasan pihak lagi satu....

itu kaedah dalam islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127683 saat. Lajunya....