Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 269
Ahli: 0
Jumlah: 269




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 30 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: PIKAT LELAKI MELALUI TARIKH LAHIR....


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» PIKAT LELAKI MELALUI TARIKH LAHIR....

Please Mendaftar To Post


Oleh PIKAT LELAKI MELALUI TARIKH LAHIR....

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 11:38



Masih menanti Prince Charming?
Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tentu si gadis sedaya upaya menyelidik latar belakang si dia. Apakah kesukaannya, di manakah si dia tinggal, ataupun siapakah teman rapatnya....

1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran.
Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas
untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya.
Kira sesuailah tu!

2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu
berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bvercadang untuk melakukan sesuatu perkar, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai
seseorang,
sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia
terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda
kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak
sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia
mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat

8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk mmancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...

10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang
murung

11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu
berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk
mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di
sebalik sikapnya yang lembut.

18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time
nilah kamu kena maintain ayu!

19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya
kamu
melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu
memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu

21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia
gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untukmereka yang bersikap moody

22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya
mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si
dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tiak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau
kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya.

27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia

28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu
mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengingkari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu

29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...

30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan

31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy...



Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 12:17


Quote:
25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau
kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

... ..ni sya ye....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 18-12-04 16:10




emm....so interesting..........
pas ni boleh la try........

-----------------
WARDAH.....SALAM UKHWAH UNTUK SEMUA

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 18-12-04 16:12




emm....so interesting..........
pas ni boleh la try........

-----------------
WARDAH.....SALAM UKHWAH UNTUK SEMUA

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

izz_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5188
Posting: 74
Dari: UTEC

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 16:07




14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu
berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

kalau perempuan pun same ke ciri2nye? macam serupa aje...heheh



Bookmark and Share

    


  Member Information For izz_imanProfil   Hantar PM kepada izz_iman   Pergi ke izz_iman's Website   Quote dan BalasQuote

Ainzakirah
Warga Rasmi
Menyertai: 26.07.2004
Ahli No: 10300
Posting: 18
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-12-04 20:23


28hb-apelah nasib kami kan?...hihi.tp takpe,ana akn cuba mengubahnya..hihi.
anyway,thanks krn berkongsi maklumat ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AinzakirahProfil   Hantar PM kepada Ainzakirah   Quote dan BalasQuote

nilamsari82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11716
Posting: 224
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-12-04 14:17


28...sedihnya..tapi sama ke perkara ni antara lelaki dan perempuan???konfiuss

Bookmark and Share

    


  Member Information For nilamsari82Profil   Hantar PM kepada nilamsari82   Pergi ke nilamsari82's Website   Quote dan BalasQuote

miera84
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2004
Ahli No: 13322
Posting: 63
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-12-04 22:02


..ermmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For miera84Profil   Hantar PM kepada miera84   Quote dan BalasQuote

Kaoru
Warga Rasmi
Menyertai: 27.12.2004
Ahli No: 13354
Posting: 14
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-12-04 22:45


20... kebanyakkannya tenang tapi tak dihati ... saya ni tak pandai lah nak buat tenang2 cam tuh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KaoruProfil   Hantar PM kepada Kaoru   Quote dan BalasQuote

shy_guy
Warga Rasmi
Menyertai: 08.01.2005
Ahli No: 13613
Posting: 12
Dari: darul_eeman

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-01-05 00:20




10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung

...mmm, macam betul je..


Bookmark and Share

    


  Member Information For shy_guyProfil   Hantar PM kepada shy_guy   Quote dan BalasQuote

hanishumaira
WARGA SETIA
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7196
Posting: 546
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-05 01:15



mm... bleh caya ke nih..? mana dpt nih Tengku Haiqal? whatever sy x nafikan n' x m'benarkan la cause sy nih bukannya lelaki kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanishumairaProfil   Hantar PM kepada hanishumaira   Pergi ke hanishumaira's Website   Quote dan BalasQuote

puteriaina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 13247
Posting: 37
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-05 11:14




artikel yang cukup menarik.ade betulnya ape yang tertera dalam artikel. so para wanita bleh la jadikan ia sebagai salah satu panduan mengenali lelaki tapi tidak semestinya sebagai kekasih tetapi untuk melihat sikap sahabat kita.apepun gudlak untuk yang mencari....

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriainaProfil   Hantar PM kepada puteriaina   Quote dan BalasQuote

balqiszie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2004
Ahli No: 11822
Posting: 100
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 09-01-05 12:03



mmm pas nie leh la cuba heheehe..
tp rasanya leh caya ke haaa ?

tp klu nengok dan dibuat kajian ada gak yg betul dan ada yg salah........


Bookmark and Share

    


  Member Information For balqiszieProfil   Hantar PM kepada balqiszie   Quote dan BalasQuote

kluAngmAn
Warga Rasmi
Menyertai: 04.01.2005
Ahli No: 13535
Posting: 14
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 09-01-05 12:23


,

leh tahan le artikel ni,70% leh d'percyayai,yg 30% tu pk2 le sendiri.....tuhan saje yang tahu

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluAngmAnProfil   Hantar PM kepada kluAngmAn   Pergi ke kluAngmAn's Website   Quote dan BalasQuote

nurse_intan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2004
Ahli No: 11770
Posting: 125

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-05 15:52




best gak artikel ni. bila compare ngan besday kwn2 lelaki sy, ade yg betul and ade yg x.. tp still blh djdkan bhn bacaan and dpt gak serba sedikit info. anyway, thanx!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurse_intanProfil   Hantar PM kepada nurse_intan   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-07-05 05:07


> assalamualaikum..
> kita hya mampu meramal.. ada betul dan ada juga salahnya..
> tetapi, sekurang-kurangnya kita dapat b`kongsi sesuatu ilmu..
> thank`s di atas info ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

Shahida09
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit

Kedah  


posticon Posting pada: 23-07-05 05:25


betul ka ni? Ni nak pikat laki ke pikat perempuan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Shahida09Profil   Hantar PM kepada Shahida09   Pergi ke Shahida09's Website   Quote dan BalasQuote

narato
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16524
Posting: 143
Dari: jb...ukm,bangi

Johor  


posticon Posting pada: 23-07-05 05:49


19. em... manjenye..... :-D :-D :-D
:lol: :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For naratoProfil   Hantar PM kepada narato   Quote dan BalasQuote

harddisk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2038
Posting: 125
Dari: JohorBahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 15:11


!!! QUOTE !!!

16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam


Eh biar Betul...same dengan ciri2 yang ana ada...Patut lah Orang Seram Nak Berbual yang bukan2 dengan ana...romantik dan penyayang? heehhee..ini ada waktu2 dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For harddiskProfil   Hantar PM kepada harddisk   Pergi ke harddisk's Website   Quote dan BalasQuote

winna_huwaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2005
Ahli No: 17219
Posting: 132

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 16:15


hurmmmm ya ka ini..


-----------------
aku ada lah aku


Bookmark and Share

    


  Member Information For winna_huwaidaProfil   Hantar PM kepada winna_huwaida   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 25-07-05 16:51


Pada 23-07-05 05:25 , Shahida09 posting:

!!! QUOTE !!!

betul ka ni? Ni nak pikat laki ke pikat perempuan?

Nak pikat perempuan tak macam tu...
Tunjukan yang kita banyak duit dan puji2lah perempuan tu...
Jamin dapat...Kalau tak dapat jentik teliga ana... :lol:



Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

yuiummi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16610
Posting: 58
Dari: Jay Bee

Johor  


posticon Posting pada: 25-07-05 17:05


Pada 25-07-05 16:51 , abu_muaz posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-07-05 05:25 , Shahida09 posting:

!!! QUOTE !!!

betul ka ni? Ni nak pikat laki ke pikat perempuan?

Nak pikat perempuan tak macam tu...
Tunjukan yang kita banyak duit dan puji2lah perempuan tu...
Jamin dapat...Kalau tak dapat jentik teliga ana... :lol:



tak semua perempuan mudah dipikat macam tu.....zaman sekarang lelaki pun ada macam tu.. ye tak??...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuiummiProfil   Hantar PM kepada yuiummi   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 25-07-05 17:10


!!! QUOTE !!!

tak semua perempuan mudah dipikat macam tu.....zaman sekarang lelaki pun ada macam tu.. ye tak??...

Eit...tak percaye ke???
Nanti ana cobe kat awak baru tahu. He....he.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

halawatuliman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.01.2004
Ahli No: 6609
Posting: 346
Dari: bumi nan indah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 18:03


ermm........

Bookmark and Share

    


  Member Information For halawatulimanProfil   Hantar PM kepada halawatuliman   Pergi ke halawatuliman's Website   Quote dan BalasQuote

yuiummi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16610
Posting: 58
Dari: Jay Bee

Johor  


posticon Posting pada: 25-07-05 18:16


Pada 25-07-05 17:10 , abu_muaz posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

tak semua perempuan mudah dipikat macam tu.....zaman sekarang lelaki pun ada macam tu.. ye tak??...

Eit...tak percaye ke???
Nanti ana cobe kat awak baru tahu. He....he.....


takpelah dah tau taktik awak..so awal2 dah reject huhuhu..jangan marah... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuiummiProfil   Hantar PM kepada yuiummi   Quote dan BalasQuote

najmiya
Warga Rasmi
Menyertai: 01.03.2005
Ahli No: 14853
Posting: 7
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 18:22


:-P :-P :roll: erm....logik juga ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For najmiyaProfil   Hantar PM kepada najmiya   Pergi ke najmiya's Website   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 05:12


macam pnh ku baca artikel ni..tapi di mana ya??

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 28-07-05 00:57


macam lain saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

khairedz85
Warga Rasmi
Menyertai: 26.10.2004
Ahli No: 12109
Posting: 12
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-05 00:59


15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

ermmm rasanya..apa yang diperkatakan di sini hampir sama dengan jiwa saya
saya lahir pada 15hb..jadi kepada semua mmber di luar sana..kita insan biasa yang banyak kelemahannya..setiap manusia pasti ada salah dan silap nya atau kekurangan dalam diri tetapi setiap kelemahan ini tidak seharusnya kita menjadikan nya alasan untuk kita berasa terasing di dunia ini atau dengan kata lain nya berasa tidak bersyukur dengan apa yang ada..Allah menciptakan sesuatu itu penuh dengan kesempurnaan dan kebaikan ..wassalam ;-) :-)


-----------------
SENYUM MUJAHID MEMBURU SYAHID
[ Telah diedit oleh: khairedz85 pada 30-07-05 01:03 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairedz85Profil   Hantar PM kepada khairedz85   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-07-05 03:22


Hemmm macam-macam....

:roll:


-----------------
Your HTML Guide


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 30-07-05 06:32


Boleh percaya ke? macam tak berapa betul. Masih boleh dipertikaikan kebenaran dan belum teruji secara saintifik

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

fatin_tulip
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.03.2004
Ahli No: 7654
Posting: 93
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 21:40


Pada 18-12-04 11:38 , TengkuHaiqal posting:

!!! QUOTE !!!




12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang saja, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin_tulipProfil   Hantar PM kepada fatin_tulip   Quote dan BalasQuote

fatin_tulip
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.03.2004
Ahli No: 7654
Posting: 93
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 11:54


12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang saja, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin_tulipProfil   Hantar PM kepada fatin_tulip   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 12:05


2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

:berfikir: em..ada lah sikit-sikit macam peribadi si dia...tuttt....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

futurama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2334
Posting: 324
Dari: muar, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 12:24


umm..
susahnye nak pikat lelaki lahir 6 hb.. :-(


-----------------
"the best and most beautiful things in the world cannot be seen, not touched..but are felt in the heart.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For futuramaProfil   Hantar PM kepada futurama   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 13:41


hehe..walau kebetulan,namun ada kebenaran.....hehe..ada yang dah tau tu...hehe.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 13:59


ada-ada saja....MMmmmm :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 14:03


14 hb tu tarikh lahir saya.macam ada kena saja dengan saya hehehehehehe.tapi ni siapa punya kajian ya?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 30-10-08 14:40


Assalamualaikum
pun macam betul... :berfikir: masaklah orang dengan saya... :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 15:14


senangla macam ni..kena cari lelaki yang tarikh lahir yang sesuai lah..tapi kesianla juga pada orang lelaki yang lahir pada tarikh-tarikh yang mana sifatnya tak elok tu..dah sah orang perempuan tolak tepi..kasihan..kasihan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 17:17


Ada yang masih percaya pada perkara-perkara sebegini?

Bahaya beb! Bukankah hal ini berkait rapat dengan akidah kita?

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 30-10-08 17:20


Assalamualaikum
salafian, mereka ni sajejeq..saya yakin, ni hanya sebagai santai...mereka tak percaya pun..kalau percaya pun, sekejap jeq...lepas tu lupa lah... :welcome:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 17:21


Pada 30-10-08 17:17 , SaLaFiaN posting:

!!! QUOTE !!!

Ada yang masih percaya pada perkara-perkara sebegini?

Bahaya beb! Bukankah hal ini berkait rapat dengan akidah kita?


tu yang saya tanya siapa yang buat kajian tentang ini?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 17:24


sayatetapsaya,

Harapnya begitulah. Hakikatnya, banyak perkara yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan kelurusan tauhid kita. Jikalau pintu itu kita buka sedikit, khuatir akan menjadi makin besar lalu terkuak luas tanpa dapat dibendung.

Lalu tidak dapat dibezakan lagi, mana satu perbuatan yang sesuai dengan kesejahteraan akidah Muslim, mana satu yang tidak sesuai.

Bukan apa, dalam hal berkenaan akidah; memang kita kena perlu dan tidak boleh bermain-main. Kerana itulah akar yang akan mengumbikan kita di bumi Allah Ta'ala; sebagai seorang Muslim.

Allahu Ta'ala a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 17:49


erm ... susah nak percaya .. tapi skdar pgtahuan saja boleh lah agaknya ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 10:15


Tanda Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 11:21


Pada 30-10-08 17:17 , SaLaFiaN posting:

!!! QUOTE !!!

Ada yang masih percaya pada perkara-perkara sebegini?

Bahaya beb! Bukankah hal ini berkait rapat dengan akidah kita?

lebih kurang macam isu bintang 12 (zodiak) pula... cuma yang tu ikut bulan, yang ni ikut hari... :jangan:

memang kebanyakan yang baca akan cakap begini: "memang ada betulnya...", atau "sebahagiannya memang betul...", atau "memang kena dengan saya!"

tapi kan, fikir lah sendiri... manusia ada banyak sifat, dan kalau anda baca elok-elok, sifat2 lain dalam tarikh/bulan lain juga ada pada diri anda, cuma sebab anda fokus pada tarikh/bulan tertentu so jadinya anda jadi syok sendiri dan fikir ramalan itu betul belaka... ajaib... it's a magic! :sopan:

jangan ada yang marah ye, tapi betullah apa yang salafian cakap tu, kalau zodiak tu, baca sahaja pun dah tak boleh, apa bezanya dengan yang ni ye? :berfikir:

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 11:44


Mantapkan Akidah...semoga artikel ini hanya menjadi sampingan saja...nak percaya boleh tetapi jangan terlalu yakin....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

muhdevori
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38634
Posting: 26
Dari: kl

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-12-09 11:04


Pada 03-11-08 11:44 , muhamad_azrul86 posting:

!!! QUOTE !!!

Mantapkan Akidah...semoga artikel ini hanya menjadi sampingan saja...nak percaya boleh tetapi jangan terlalu yakin....


setuju...
tak salah kalau kita nak tahu perkara2 macam ni...
cuma jangan jatuh pada percaya sudah...

tapi,ana 22hb..
kenapa macam betul saja..... :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhdevoriProfil   Hantar PM kepada muhdevori   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-12-09 16:11


mungkin tak sama seperti horoskop...cuma nak quote kata-kata ustaz zahazan..

!!! QUOTE !!!

Saya amat simpati dengan tindakan yang menampakkan kejahilan, bahawa membaca identity berdasarkan ramalan horoskop ini adalah perkara yang mendekati syirik kepada Allah.



-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

indri_solehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2008
Ahli No: 36470
Posting: 28
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-12-09 16:56


Pada 13-12-09 16:11 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

mungkin tak sama seperti horoskop...cuma nak quote kata-kata ustaz zahazan..

!!! QUOTE !!!

Saya amat simpati dengan tindakan yang menampakkan kejahilan, bahawa membaca identity berdasarkan ramalan horoskop ini adalah perkara yang mendekati syirik kepada Allah.


tajuk pun lain macam.tapi tak apa untuk mereka yang xkawen lagi.tapi tetap lain macam....    ............ .....???

Bookmark and Share

    


  Member Information For indri_solehahProfil   Hantar PM kepada indri_solehah   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 11:50


hmm..pada saya husband saya tak sama pun macam yang ada dalam ini...hmmm


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

cairel_harriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.10.2005
Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 16:33


salam. saya 6hb. hehehe. macam betul saja. hehehehe. memang saya seseorang yang seperti tu pun. apa-apa pun..may Allah be with me!


-----------------
When life goes down...go on.
When thing goes wrong...move on.
ALLAH give us perserve not to surrender.
Have faith in ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For cairel_harrizProfil   Hantar PM kepada cairel_harriz   Pergi ke cairel_harriz's Website   Quote dan BalasQuote

nordalily

Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14076
Posting: 178
Dari: sg buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 19:53


salam,

saya tidak mempercayainya.... saya tidak mempercayainya.... i don't belive it.... i don't believe it

Bookmark and Share

    


  Member Information For nordalilyProfil   Hantar PM kepada nordalily   Pergi ke nordalily's Website   Quote dan BalasQuote

madyie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2007
Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 21:46


ni hanyalah ramalan, sama macam ramalan kaji cuaca....

disangkakan hujan di negeri pasir berdengun tapi panas pulak di negeri pasir dua butir

Bookmark and Share

    


  Member Information For madyieProfil   Hantar PM kepada madyie   Pergi ke madyie's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 22:21


Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara akan datang, mengetahui sesuatu tentang makhluk halus dan yang seumpama dengannya ialah satu keyakinan yang mesti disumberkan kepada 3 sumber sahaja, iaitu:
a)Al-Quran
b)Hadis sahih dan hasan
c)Fitrah kejadian Alam (Sunnatullah)

Tanpa ketiga-tiga sumber ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah s.w.t dan Rasulnya sebagaimana firman Allah dalam surah al-Naml ayat 65:

Maksudnya: "Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah s.w.t. "

Malah Nabi juga bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tukang tenung, lalu bertanya kepadanya sesuatu perkara maka tidak diterima solatnya selama 40 malam."
(Riwayat Muslim)

Horoskop tidak sama dengan ramalan cuaca. Ia bukan sunnatullah.
Mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri-ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu setelah dilihat dari satelit, maka didapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya: Andai kata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, nescaya rosaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya.
(Surah Al-Mukminun:71)

Inilah yang perlu dimaklumi , bahawa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti sebagaimana telah dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain firman Allah:

Maksudnya: "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti."
(Surah Al-Fathir:43)

Hasil daripada kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi oleh virus kerosakan akidah. Secara mudahnya virus ini terbentuk daripada amalan dan kepercayaan berikut:

i) Si Bomoh dan Ramalan
ii) Sihir
iii) Tamimah (Tangkal Azimat)
iv) Tatayyuri Tiyarah (Sial-Menyial)
vi) Menjadi bomoh secara tidak rasmi
v) Percaya ilmu bintang


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

indri_solehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2008
Ahli No: 36470
Posting: 28
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-12-09 01:58


dah macam-macam disampaikan, diingatkan
tapi tetap juga nak brmain2 dengan ni. tetap saja tak faham.

Bookmark and Share

    


  Member Information For indri_solehahProfil   Hantar PM kepada indri_solehah   Quote dan BalasQuote

indri_solehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2008
Ahli No: 36470
Posting: 28
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-12-09 02:00


TengkuHaiqal, awak bertanggungjawab atas semua ni.
jika mereka percaya dengan ni, maka dosanya mengalir kepada anda juga. semakin ramai yang percaya, maka akan semakin banyak juga dosa yang mengalir pada awak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For indri_solehahProfil   Hantar PM kepada indri_solehah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.161412 saat. Lajunya....