Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 247
Ahli: 0
Jumlah: 247




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 1 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: 20 sikap lelaki yang perempuan benci....


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» 20 sikap lelaki yang perempuan benci....

Please Mendaftar To Post


Oleh 20 sikap lelaki yang perempuan benci....

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 11-11-04 11:53


20 sikap lelaki yang perempuan benci....


1. MENINGGIKAN SUARA
>Tahulah mereka dikurniakan suara yang ?macho? tapi kalau nak
meninggikan
>suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan
lelaki
>kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak
bersalah.
>
>2. MAIN KAYU TIGA
>Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
>mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa
>mempedulikan perasaan kekasihnya.
>
>3. SUKA ?CUCI MATA?
>Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
>perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.
Walaupun
>sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak
salah
>kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik
abang!
>
>4. MENGONGKONG
>Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala
gerak-geri
>kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
nak
>keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
>pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting
pula
>sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka...
>macammana tu?
>
>5. EGO
>Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita.
Keegoan dan
>lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan
>keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan
perasaan
>si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam
kehidupan
>mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego
tetapi
>biarlah kena pada tempatnya.
>
>6. MENIPU
>Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan
alasan
>yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan
yang
>mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya
mereka
>enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya
>tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum
>wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang
ini.
>Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan
>semua gadis akan menjauhi anda.
>
>
>7. PERASAN
>Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya
>baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu
>mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi,
mungkin
>pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka
ini
>yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa,
>kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka
mengutuk
>dari memuji... hahaha sedarlah!
>
>8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
>Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya
>tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa
>mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan
>mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah
katakan!
>Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
>
>9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
>Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
>perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
>berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
>berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil
perhatian.
>Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam
>tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana
>sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.
>
>10. CEMBURU BUTA
>Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan
>memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang
>kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.
Harus
>diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada
juga
>sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah
teman
>lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas
>jugak nak layan kadang-kadang!
>
>11. MATA DUITAN
>Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya
?lelaki
>spedo?. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam
alasan
>yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
>perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula
yang
>mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki
>hilang pulak?!!
>
>12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
>Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.
Mereka
>ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar.
Kalau
>keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut
sering
>dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan
>kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman
wanita.
>Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan
lupakan
>segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami
kalau
>teman lelakinya pandai membahagikan masa...
>
>13. PANAS BARAN
>Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang
gadis
>apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
>dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri
>tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi
>diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
>terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
>janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
>bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap
>dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah
tak
>terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
>
>14. KAKI MEROKOK
>Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana
>sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya
>habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah
tak
>apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.
Kalau
>asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini
tidak...
>membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman
>wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita
>jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka
membazirkan
>duit dengan merokok.
>
>15. PENGOTOR
>Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor.
>Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada
juga
>yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak
memakai
>deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam
pun dia
>tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan
sudah
>berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja
yang
>dapat menjawabnya.
>
>16. GELOJOH
>Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ?food machine?. Mereka
lemas
>melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak
sedar
>cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya,
>samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa
>terkejar-kejar?
>
>17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
>Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
atau
>pun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan
>kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula
selalu
>saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung
>semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna
bercinta
>kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai
tempat
>mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah
>memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan
menjadi
>isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu
dari
>dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah
dirinya
>tidak penting buat anda pula.
>
>18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
>Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
perbuatan
>kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun
>menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan
>menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau
>sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya.
>Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di
atas
>apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil.
>Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat
>sesuatu untuk anda.
>
>19. PUTAR BELIT
>Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun
ternyata
>sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
>mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas
>dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan
anda,
>perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya
si
>dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak
pandai
>menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
>
>20. SUKA KONTROL MACHO
>Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
>Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
>Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki
sejati dan
>ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita
>sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa
diri
>anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho
yang
>disangkakan, tak guna juga!



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 12-11-04 20:14



yang ni pun bagus!!!
kalai ada dikalangan kita mempunyai sifat yang tersenarai di atas, so carilah perubahan supaya kita dapat menjaga hati yang lembut itu.


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 13-11-04 16:08



rasa boleh pakai andaian ni...ada yg boleh diterima..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

warsha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.10.2004
Ahli No: 12144
Posting: 129

Pahang  


posticon Posting pada: 15-11-04 02:49


hem.......mmg bleh pakai..hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For warshaProfil   Hantar PM kepada warsha   Quote dan BalasQuote

yahiko
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11027
Posting: 62
Dari: tyne & wear

Kedah  


posticon Posting pada: 15-11-04 20:11




ni pun boleh jadi jugak 20 sikap pompuan yg lelaki benci..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yahikoProfil   Hantar PM kepada yahiko   Quote dan BalasQuote

atisolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5372
Posting: 270
Dari: bumi Allah

japan   avatar


posticon Posting pada: 15-11-04 23:57


sikit jer.....Yahiko-chan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For atisolehahProfil   Hantar PM kepada atisolehah   Pergi ke atisolehah's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-11-04 08:19



-yer ker !!! bagus juga yer...rasanya ada ker ngan sya ???
-mesti ada,wajib ada !!!!!

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

salleh_y
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1068
Posting: 215
Dari: :: Tanah ++ ::

china  


posticon Posting pada: 16-11-04 08:24


wa..ni baru 20 ek..xde lain ke..
kene slalu muhasabah nih..yg pentingnye..saya x nak merokok..xnak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For salleh_yProfil   Hantar PM kepada salleh_y   Pergi ke salleh_y's Website   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 16-11-04 08:48


hmm..rase2 nye..mcm betol je kat atas nih...heheh mesti ade pade lalaki..sekurang2nye satu ke..heheh...

-----------------
"Bukan satu paksaan untuk disebarluaskan,saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa"

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 16-11-04 12:49



Tolonglah takder.....tolonglah.....haaaaaa....ader jugak. Insaf....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 16-11-04 13:08




tau boleh jadi baik

-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 16-11-04 21:06


Berlaku jujurlah pada wanita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

gooliez
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.11.2003
Ahli No: 5361
Posting: 65
Dari: negara atas angin...

Selangor  


posticon Posting pada: 17-11-04 03:53


harap2 betul lerr aper yg engkorang cakap turr...jgn pandai cakap jerr...tp tak pandai buat...nnt cakap tak serupa bikin plak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For gooliezProfil   Hantar PM kepada gooliez   Quote dan BalasQuote

yeop
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen

germany  


posticon Posting pada: 17-11-04 06:10



isk..kena check ni...ade...ke..takde ek..?Adeyyh!!

-----------------

\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.


Bookmark and Share

    


  Member Information For yeopProfil   Hantar PM kepada yeop   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 17-11-04 14:52


paling2 tak suka lelaki yang merokok,bukan takat dia je dapat penyakit,kita yang tak bersalah kena sekali.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

assyab
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12368
Posting: 8
Dari: TeMaSeK

singapore   avatar


posticon Posting pada: 19-11-04 13:27


Npe suker memutar belitkan kenyataan



-----------------
~Dhaif...faqir...Haqir~

[ Posting ini telah di edit oleh: assyab pada 2004-11-19 13:28 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For assyabProfil   Hantar PM kepada assyab   Quote dan BalasQuote

khairul_hafizi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11403
Posting: 2
Dari: kota kinabalu

Sabah  


posticon Posting pada: 19-11-04 15:33


cube senaraikan 10 perkara yg lelaki tak suke plk-emmm....betul ker

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairul_hafiziProfil   Hantar PM kepada khairul_hafizi   Pergi ke khairul_hafizi's Website   Quote dan BalasQuote

cahayamataku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2004
Ahli No: 9688
Posting: 85
Dari: baling

Kedah  


posticon Posting pada: 20-11-04 11:32


klu x baca artikel ni pun bleh tau sifat2 yang pompuan(khasnya) benci.sentiasalah muhasabah diri anda.

-----------------
sEmAkiN jaUH kU dArIMu...sEmaKIn deKaT pULa KaU mEngHaMpIri Daku.....Oh TuhAn yG mAha PeNgAsiH ....SiApaLAh dIriKu di pAndaNGANmu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayamatakuProfil   Hantar PM kepada cahayamataku   Pergi ke cahayamataku's Website   Quote dan BalasQuote

eimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7066
Posting: 37
Dari: Nilai,N.Sembilan

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-11-04 00:53



so bagi semua lelaki yang soleh silalah mematuhi segala garis panduan yang diberikan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For eimahProfil   Hantar PM kepada eimah   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-11-04 03:57


heheh..takkan 20 jer..sikit je tu...kalu gal pulak...aper yg org laki x suker ek..sorang buat topic

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

mimi
Warga Rasmi
Menyertai: 01.10.2004
Ahli No: 11534
Posting: 1
Dari: jb

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-04 11:13


betul tuh...alik-alik yang menipu tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimiProfil   Hantar PM kepada mimi   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-11-04 21:16


kan dah pecah rahsia.....mak tolong!!!!!
insaflah diriku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-11-04 18:42


MM...BETUL TU...LAGIPUN MEROKOK TU KAN MEMBAHAYAKAN KESIHATAN... INSAFLAH SAPA2 YG MEROKOK TU YEK!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

akubudakbiasa
Warga Rasmi
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11737
Posting: 7
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 30-11-04 09:52


hmmmmmmmm....kalo tukar topik nie jadi 20 sifat pompuan yang lelaki benci pon rasenye ok gak...mane ade lelaki suke pompuan yang merokok...hehhehehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For akubudakbiasaProfil   Hantar PM kepada akubudakbiasa   Quote dan BalasQuote

mein
Warga Rasmi
Menyertai: 06.11.2004
Ahli No: 12325
Posting: 6
Dari: johor bahru

Johor  


posticon Posting pada: 30-11-04 23:41


. apa fasal islamicboy suka mencetuskan isu? Apapun bab yang ni 100 % betul belaka. So sesapa yang terkena tu pepandaila berubah-hijjrah. Insaf. Saya nak tambah satu lagi: lelaki kan kalau orang perempuan cuba nasihatkan dia........anggapannya bagai nak 'mengajar' itek berenang. Walaupun sesuatu perkara tu dia tak tau....tapi dia 'berlagak' tau. Tak taula apa tahu yang dia tau. Tahu bakar? tahu sumbat? air tahu? bila kita perli tau marah pulak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For meinProfil   Hantar PM kepada mein   Quote dan BalasQuote

kokokranc
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 209
Dari: johor baharu

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-12-04 01:29


hmm, besa la, lelaki ade ego, caman pun, ego tu mungkin kene kurang sket...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kokokrancProfil   Hantar PM kepada kokokranc   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120599 saat. Lajunya....