Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 217
Ahli: 0
Jumlah: 217




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: KEDAH bakal mengulangi kegemilangan


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» KEDAH bakal mengulangi kegemilangan

Please Mendaftar To Post


Oleh KEDAH bakal mengulangi kegemilangan

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 09-11-04 11:22


Kedah tetap mahu mengulangi kegemilangan WALAUPUN bangkit di hujung musim, pasukan Kedah yang layak ke separuh akhir bola sepak Piala Malaysia kembali mendapat perhatian peminat yang sebelum ini agak kecewa dengan persembahan hambar sepanjang Liga Super musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Syed Razak Syed Zain mahu pemain berazam kuat untuk mengembalikan semula kegemilangan Kedah dalam saingan Piala Malaysia seperti mana yang dicapai pada penghujung 80an dan awal tahun 1990an.

Beliau yang juga adalah Menteri Besar Kedah berkata, pemain akan menerima ganjaran lawatan ke luar negara jika mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia kali ini.

Bagaimanapun semasa meraikan pemain di Stadium Darulaman dua hari lalu, Syed Razak tidak menyatakan negara mana yang akan dilawati oleh pemain-pemain tersebut sekiranya berjaya menjulang piala tahun ini.

Pada peringkat suku akhir pertama lalu, Kedah seakan-akan tersingkir setelah kalah 0-2 kepada Selangor Public Bank di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Bagaimanapun skuad Kedah bimbingan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah bangkit mendadak menundukkan Pub-lic Bank 3-0 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darulaman, Alor Star pada 6 Oktober lalu.

Kemenangan dengan agregat 3-2 memastikan kemaraan Kedah ke separuh akhir dan akan bertemu Sabah sementara Perlis akan menentang Pahang.

Semoga KEDAH bakal mencapai kemenangan menentang Sabah di separuh akhir seterusnya melangkah ke Perlawanan akhir dengan bergaya......

KITA JUMPA DI BUKIT JALIL
PULUN KEDAH PULUN....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 09-11-04 11:36




saba boleh kalahkan kedah 2-1 nanti kat stadium likas dan 2-0 kat satdium darul aman... he...he
badak boleh mengganas lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-11-04 12:50


kedah jgn biaq... pulun kedah.....

-----------------
kasih sayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

khoironnaajih
Warga Rasmi
Menyertai: 10.05.2004
Ahli No: 8889
Posting: 15
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 09:28


perlawanan berakhir dgn keputusan seri
tak ada sapa menang.hahhahhahha

Bookmark and Share

    


  Member Information For khoironnaajihProfil   Hantar PM kepada khoironnaajih   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 12:23


Inilah pemain yang membawa cabaran KEDAH menentang sabah......

1 Muhamad Al Hafiz Bin Hamzah 15.03.1984 20 Tahun Penjaga Gol
2 Megat Amir Faizal Al Khalidi Bin Ibrahim 27.09.1978 26 Tahun Penjaga Gol
3 Mohd. Helmi Eliza Bin Alias 20.01.1983 21 Tahun Penjaga Gol
4 Mohd. Fauzie Bin Nan 02.01.1980 24 Tahun Pertahanan
5 Rezuan Bin Muhamad Radzy 05.04.1981 23 Tahun Pertahanan
6 Victor a/l Andrag 29.03.1976 28 Tahun Pertahanan
7 Shariman Bin Che Omar 25.03.1980 24 Tahun Pertahanan
8 Md. Nor Bin Dani 10.01.1979 25 Tahun Pertahanan
9 Mohd. Salim Bin Zulkifli 28.06.1983 21 Tahun Pertahanan
10 Shafizan Bin Hashim 02.09.1982 22 Tahun Pertahanan
11 Mohd. Khairul Bin Osman 24.04.1981 23 Tahun Pertahanan
12 Jamsari Bin Jamaluddin - - Pertahanan
13 Thirumurugan a/l Veeran - 21 Tahun Pertahanan
14 Mohd Zulhaimi Zainon - - Pertahanan
15 Cornelius Auollar Huggins - 30 Tahun Pertahanan (St Vincent)
16 Amirul Nizam Bin Mahadzir 02.12.1980 24 Tahun Midfield
17 Ooi Hoe Guan 31.12.1973 31 Tahun Midfield
18 Badrul Afzan Bin Razali 16.12.1976 28 Tahun Midfield
19 Wirat a/l Nom 14.01.1979 25 Tahun Midfield
20 Somchat a/l Na Rong 26.01.1980 24 Tahun Midfield
21 Mohd. Sany Bin Md. Isa 14.05.1983 21 Tahun Midfield
22 Ahmad Fauzi Bin Shaari 30.04.1982 22 Tahun Midfield
23 Zamzuri Bin Md. Isa 04.03.1981 23 Tahun Midfield
24 Charin a/l Jun - - Midfield
25 Mohd Khairul Ismail (Pinjam dari Johor utk Piala M’sia) Midfield
26 Cristiano ' Kiko' Selbach 11.01.1978 26 Tahun Midfield (Brazil)
27 Akmal Rizal Bin Ahmad Rakhli 12.12.1981 23 Tahun Penyerang
28 Mohd. Rafdi Bin Abdul Rashid 21.01.1977 27 Tahun Penyerang
29 Hasmawi Bin Hassan 04.08.1980 24 Tahun Penyerang
30 Samransak Kram - 19 Tahun Penyerang
31 Marcos Magno Morales Tavares 30.03.1984 20 Tahun Penyerang (Brazil)




Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 12:27


sementara ini pula adalah tenaga pengurusan skuad KENARI 2004...

1 Dato Paduka Ahmad Basri Mohd Akil Penasihat Bebas
2 Dato Shukri Bin Hashim Pengurus Pasukan
3 Bashiruddin Mohd Jamil Pengurus Pasukan
4 Mohd Azraai Abdullah (Khor Sek Leng) Ketua Jurulatih
5 Muhammad Radhi Bin Mat Din Penolong Jurulatih - Tektikal Dan Am
6 Mohamad Ramlee Penolong Jurulatih - Tektikal Dan Am
7 Tan Cheng Hoe Penolong Jurulatih - Kecergasan
8 Ahmad Sabri Bin Ismail Penolong Jurulatih - Penjaga Gol
9 Stefano Penolong Jurulatih - Kecergasan
10 Allen Ewe Gim Hin Physiotherapist
11 Rodzi Bin Putih Pegawai Perubatan
12 Roshidi Bin Ismail Kit Man
13 Zahari Bin Mat Isa Urusetia Skuad


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 12:49


ni dia lagi kebanggan pasukan bolasepah KEDAH...

HIJAU KUNING


Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri
*******************
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
********************
Kedah Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
*******************
Kedah Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah
****************
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
**************
Negeri Kedah negeriku



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 10-11-04 13:10



wah...semangat org kedah ye...


Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 13:52


Mestilah kena bersemangat...
Ni pulak tentang friendly kedah ngan perlis...

Kedah uji Singa Utara


KEDAH akan menghadapi ujian bertemu Perlis di Stadium Utama Kangar tanpa khidmat dua penyerang utamanya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Marcos Magno.
Menurut jurulatih Kedah, Mohd Azrai Khor Abdullah, perlawanan itu biarpun sekadar meningkatkan kecergasan tetapi penting dalam mengekalkan rentak permainan berpasukan.

Ini kerana Perlis adalah sparring partner paling berkesan dalam menyiapkan Kedah berdepan Sabah pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 23 November ini di Kota Kinabalu.

Katanya, pemain telah menjalani latihan sejak dua minggu lalu dan berjaya mengekalkan tahap kecergasan 75 peratus.

“Biarpun berlatih dalam bulan Ramadan, setiap pemain memberikan komitmen tinggi mengikut segala arahan.

Kedah menyediakan perlawanan ujian bertemu perlis bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan serta rentak permainan yang telah membawa kita ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Pertemuan separuh akhir kedua di Alor Star pada 27 November adalah penentuan hidup mati.

Menurut Jurulatih semua pemainnya berada dalam keadaan baik kecuali dua tonggak penyerang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Marcos Magno Thavares yang terpaksa menjalani pembedahan di bahagian lutut.

Kedah terpaksa menghadapi cabaran Sabah tanpa Akmal dan kemungkinan besar mampu membariskan Magno, itupun terserah kepada tahap kecergasannya.

Inilah realiti yang kita harus terima. Apapun Kedah yakin tanpa Akmal, Kedah mampu memberikan aksi jitu di Kota Kinabalu kelak

Menurutnya lagi, apa yang penting ketika menjalani latihan pada bulan puasa ini ialah setiap pemain dapat mengekalkan semangat serta sentuhan mereka kerana terpaksa berehat selama sebulan lebih sebelum menghadapi perlawanan separuh akhir.



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 13:56


Nilah keputusan Perlis VS KEDAH di Stad Utama Kangar

Friendly Match ERLIS 3 KEDAH 3 stadium utama kangaq

Pasukan Kedah berjaya mendahului lawan dengan 3~1 pada satu ketika.Perlis merapatkan jurang 2~3 melalui tendangan penalti.Dan seterusnya memperolehi gol penyamaan dari freekick utk mengikat kedudukan 3~3.

Komen Jurulatih : result bukan point utama dari friendly tersebut..tapi apa yang penting,Prestasi KEDAH semakin meyakinkan !

PENJARING : Rafdi , Saramsak , Kiko
Botak, Lamin Conteh jr,Chipeta



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 14:05


Ni pulak result KEDAH VS Malaysia

Kedah pamir peningkatan


JURULATIH Kedah, Mohd Azrai Khor Abdullah mencapai hasratnya walaupun skuad Hijau Kuning tewas 0-2 kepada skuad negara pada perlawanan ujian di Stadium Darulaman.

Skuad negara yang dalam persiapan bertolak ke Kuwait menghadapi perlawanan terakhir Kelayakan Puala Dunia, terpaksa mencapai kemenangan itu dengan menggunakan 22 pemain, 11 pemain pada separuh masa pertama dan kedua.

Menurut Mohd Azrai, aksi pemainnya nyata meningkat berbanding ketika seri 3-3 bertemu Perlis minggu lalu.

Kedah menampakkan peningkatan baik dan ini mencerahkan peluang kita untuk melakukan sesuatu apabila berdepan Sabah pada separuh akhir pertama Piala Malaysia dua minggi lagi.

Tanpa kelibat Akmal Rizal dan Magno agak menjejaskan ketajaman barisan depan walaupun memperolehi beberapa peluang pada babak kedua.

Skaud bimbingan Betalan Bicskei itu membuka jaringan pada m-30 menerusi tandukan Amri Yahya hasil bola silangan Liew Kit Kong.

Malaysia menambah satu gol lagi hasil larian solo Mohd Nor Ismail m-75.

Magno bakal diturunkan berdepan Perlis untuk perlawanan timbal balik dan sesuatu akan dapat kita saksikan dalam jentera pemusnah gawang Kedah.

Apa yang memuaskan hati peminat adalah beberapa pemain simpanan yang dibariskan pada babak kedua berjaya beraksi dengan baik untuk mengucar kacirkan pertahanan Malaysia tetapi kerana tiada penyerang berbisa, kita terpaksa berputih mata.

Barisan pertahanan Kedah biarpun bermain cemerlang melakukan dua kesilapan mudah yang menghadiahkan dua gol mudah kepada lawan yang tidak mempersiakan peluang itu.

Sementara itu, Bicskei mengakui pertahanan skuad negara agak mantap berbanding ketika menewaskan Singapura 2-1. Bagaimanapun barisan serangan masih lemah dan perlu dipertajamkan lagi.

Malaysia mempunyai masa sehingga 8 Disember ini untuk meningkatkan bahagian itu bagi Malaysia menghadapi cabaran Piala Tiger kelak.

Kita juga dapat melihat kesebelasan utama yang diturunkan pada babak kedua berjaya mengekalkan rentak permainan pantas dalam melakukan serangan balas untuk mengejutkan lawan.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Malaysia untuk menjaringkan lebih banyak gol.

Berdasarkan game ngan Malaysia, insyallah Kedah akan memberikan saingan yang sengit pada Sabah seterusnya menang untuk melangkah ke Final. PULUN KEDAH PULUN....


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 14:10


Komen Jurulatih tentang game ngan Malaysia

Kedah turun tanpa 5 tonggak utama ( Megat, Victor, Shariman, Magno & Akmal). Dan kehilangan kesemua mereka amatlah di rasai..dan hal ini dapat di tontoni oleh semua yg hadir ke stadium malam semalam. Kemasukan pemain simpanan, walaupun dapat serba sedikit menampung kekurangan ini..namun secara halusnya masih belum mampu bersaing secara kompetatif dgn pemain kebangsaan yg di turunkan.

Pasukan kebangsaan yg pada 1st half menurunkan beberapa muka yg boleh kita kenai spt Botak, Liew Kit Kong, Amri Yah Yah, saravanan, nantha..menampilkan permainan yg menarik. terutama dgn keserasian antara LKK, Amri & Sara. Permainan yg memang di kuasai oleh skuad kebangsaan. Kita cukup tertarik dgn permainan LKK & Amri..depa betui-betui merobek pertahanan Kedah.

Cuma corak permainan dr pemain terbaik kedah malam semalam ( Aullar) dpt menghalang sara dr merapati kotak penalti Kedah. Namun 2 kali cubaan dr skuad kebangsaan singgah di palang..di kala Helmi tak mampu buat apa-apa. Dan utk 1st half.. kedah cuma berjaya melakukan 2 percubaan merbahaya melalui Rafdi & Kiko. Dr apa yg kita lihat, Kiko amatlah tak secocok utk di gandingkan dgn Rafdi dan Kiko juga tak mampu memikul tugas sebagai penyerang. Begitu juga dgn bahagian midfield kedah yg di pikul oleh Bad, Mawi, Guan, Khairul..amatlah mengecewakan !!! Mawi yg beraksi begitu cemerlang di kangar, begitu merosot permainannya. tapi yg bestnya ialah.. mawi x mampu melepasi Shariman yg di tugaskan merantai Mawi. Sementara 3 serangkai yg lain nampaknya tak mempunyai idea utk memecahkan benteng skuad kebangsaan.

Nampak mereka agak lemah dr segi fitness.. mungkin ini yg harus Mr Azrai tekankan. Khairul juga dah agak merosot sikit permainannya. Tapi yg dapat kita banggakan ialah keberkesanan bahagian pertahanan yg di pikul oleh Aullar, Pelam, G.Nan & Somchat. Walaupun Somchat agak gagal dlm menampung serangan drp LKK & Amri Yah Yah.

Separuh masa kedua menampakkan sedikit perubahan dr segi keberkesanan bahagian midfield. Pertukaran posisi Kiko dgn Saramsak membolehkan kedah melakukan beberapa percubaan kearah pintu gol skuad kebangsaan. Tiada apa-apa lagi yg menarik di pamerkan oleh kedua-dua pasukan..melainkan ada sedikit aksi kasar di padang. Keinginan peminat utk melihat aksi Indra Putra & khalid tak menjadi kenyataan sebab Biskei lebih berminat utk menurunkan pemain yg langsung aku tak kenai....Penamat aksi kasar ini menyebabkan Saramsak terpaksa di papah keluar padang. Kedah amat memerlukan khidmatnya di kala kita kehilangan akmal. kita yakin yg test pairing Saramsak-Magno boleh menyebabkan pasukan lawan berputih mata. bukan apa, aku yakin yg Rafdi tak mungkin akan di masukkan sepenuh masa kerana melihat kepada prestasi rafdi sekarang..dia lebih sesuai di masukkan sebagai pemain gantian.

berdasarkan pemerhatian saya dlm 3 perlawanan pemanas badan skuad kedah.. kita masih perlu menambah tahap kecergasan pemain. Dan satu lagi ialah menyemat sikap yakin dlm diri setiap pemain bahawa walaupun tanpa Akmal.. Kedah masih pasukan No 1 di Malaysia. !!! Utk beberapa pemain seperti Bad & Guan..anda perlu membuktikan sesuatu kpd para pengurusan & peminat. Perlawanan terakhir esok dgn Perlis akan menjadi kayu ukur terakhir Kedah dlm menghadapi Sabah 23/11 nanti.

aksi Megat & shariman dgn skuad kebangsaan amatlah memuaskan, terutama aksi shariman. teruskan usaha anda.




Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 14:14


PERLAWANAN PERSAHABATAN 9 NOVEMBER 2004

KEDAH 0 PERLIS 3

Secara kesimpulannya... Jentera Serangan KEDAH hambar tanpa Magno dan Akmal... Tiada percubaan tepat dan menarik yg boleh dilihat boleh mengancam pintu gol Perlis... Hanya sepakan percuma yg hampir-2 menghasilkan gol...Walaupun barisan TENGAH bermain baik namun tenggelam di peringkat penyudah yang tumpul...

Gandingan KiKo dan Mawi memang tidak serasi... Tersekat jer... Kiko lebih sesuai bermain sebagai miedfielder... beliau pandai membuka ruang... mengawal permainan... Mawi mmg outperform....dirantai ketat... gagal menembusi pertahanan lawan...Rafdi tenggelam malam tadi... Main wing bukan posisi yg sesuai utk Rafdi... Klau mcm semalam permainan Kedah... rasanya sukar utk nak kalahkan Sabah...

Badrul...apa dah jd ngn Badrul ni? hmmm... puasa kottt... tak bermaya je tgk... slalu kehilangan bola... Pemain jersi no. 5 mmg baik permainan dia... Khairul... tapi injurt kena tackle... harap-2 tak teruk...camner ngn Khairul??? leh main ker lwn Sabah ni??? Gol-gol Perlis dihasilkan disebabkan kelekaan pertahanan... Jgn biar pemain lawan pegang bola dekat ngn gol... buang kuar jer dr kawasan bahaya...Keeper... Kedah x der ker keeper pelapis yang baguih-2? kalau la megat injured... nak harapkan keeper yg ada hmm... tak tau nak kata la... Saramsak... jugak tenggelam... tak der hantaran menarik utk dia buat goal... dari segi kawalan bola ok gak...

Perlis menurunkan hampir kesemua kesebelasan utama pd separuh masa Pertama...2nd half... leh dikatakan separuh pemain dikeluarkan & digantikan ngn pemain simpanan... Kedah pun mcm tu gak.. tapi masih lagi kurang berbisa pemain-2 simpanan Kedah...

Diharap Mr Azrai dapat buat sesuatu... walaupun ia hanya perlawanan persahabatan namun dari situ kita boleh menguji keserasian posisi yang mampu mengancam pasukan lawan... kiko n mawi mmg tak serasi... x menjadi... Selamat Berjuang wahai Wira-2 Kedah!!!

BERJUANGLAH SEJIWA MURNI...

PULUN KEDAH PULUN

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 14:21


KOMEN JURULATIH TEATANG GAME KEDAH NGAN PERLIS

Perlawanan terakhir skuad kedah sebelum menjelang semi final dgn Sabah. Selepas 5 perlawanan pemanas badan..akhirnya Kedah berjaya menampilkan satu permainan yg meyakinkan..walaupun tewas 0-3 kepada Perlis malam semalam.

Saya cuba menampilkan formasi 4-3-3 dgn rangkaian Mawi-Kiko-Rafdi. Tapi secara ikhlasnya..nampak perubahan corak permainan drp perlawanan dgn Malaysia. Beberapa pemain yg off form sebelum nie nampak begitu bersemagat. Satu yg perlu kita ingati, perlis menurunkan kesebelasan utama mereka..dan pemain-pemain mereka dah bersama sejak 1-2 tahun sebelum ni. Jadi, yg membezakan kedah & perlis semalam ialah keserasian antara pemain. Yg masih belum mampu bangun dr "mimpi" ialah Badrul. Manakala Khairul, Guan dan Mawi nampak lebih baik drp sebelum ini. Kegagalan serangan kita memang di akui, tapi saya yakin masalah ni akan selesai apabila Magno dpt di turunkan nanti & kita bakal menerima kembali Saramsak. Utk pengetahuan semua, Saramsak tidak bermain pada malam semalam..penyerang yg di masukkan ialah seorg lagi bekas pemain piala president.

Saya kembali dgn formasi 4-4-2 dlm separuh masa kedua. Dan kedah mempunyai 1-2 peluang jugak utk menghasilkan gol..namun kelemahan di depan pintu gol menghalang Guan & Badrul dr mencatatkan nama. Secara kasarnya...dapatlah saya simpulkan yg Kedah dah berjaya menemui rentak kembali & jika pemain dpt menampilkan aksi seperti malam semalam..tak mustahil utk kedah mencipta kemenangan di Likas & Darul Aman.

1st half.

Helmi-[D]Aullar-Victor-GNan-Mohd Salim [M]Khairul-Guan-Paklong[S]Mawi-Rafdi-Kiko.

2nd half

Helmi-[D]Aular-Pelam-Gnan-Mohd Salim [M]Khairul -Guan-Paklong-Kiko [S]Mawi-Rafdi
= subt: mad sani, wirat.



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 11-11-04 12:03


KEDAH 0 PERLIS 3

Perlawanan persahabatan ini memperlihatkan pertemuan dua pasukan dari utara dan juga semifinalis bagi Piala Malaysia 2004.. Malah ada juga 'bunyi-bunyi' kedengaran kedua-dua pasukan ini bakal bertemu di Final nanti.. Insya-ALLAH!

Alhamdulillah, bilangan para penonton dan penyokong agak ramai... tidak kurang juga yang datang dari perlis.. namun ramai yang hadir lebih suka merugikan RM5 untuk mengumpul dosa memaki hamun dan mencaci para pemain yang sedang tagihkan sokongan moral dari para penyokong.. namun, tidak dinafikan, ramai juga yang bersikap pro yang menunaikan tugas penyokong apabila menepuk tangan dan memuji tatkala beberapa serangan dan gerakan menjadi.. SYABAS!!

Ingin saya katakan disini, pada pandangan saya yang daif dlm bolasepak ini, pasukan KEDAH masih belum mantap di semua sudut. Tak kiralah jentera serangan, tengah dan golie sekalipun. Namun paling ketara adalah serangan dan tengah. Sebenarnya, kehadiran para penyokong semalam adalah ketagihan untuk melihat aksi Marcos Magno beraksi, ramai yang kecewa apabila ternampak Magno berada di sisi isteri. Jentera tengah pula hanya berjaya dihidupkan oleh Khairul Ismail.. Ooi Hoe Guan dan Badrul Hafzan dilihat agak gugup dan sekali-sekala melakukan tindakan kurang wajar. Pertahanan dilihat agak mantap, namun kemantapan jentera pertahanan telah diuji apabila 3 kali gagal menghalang jentera serangan Perlis semalam. Aoullar dan Victor perlu lebih berstamina dan menambah kelajuan berlari. Penjaga gol.. Helmi Eliza Elias adalah penjaga gol yang berbakat. Tetapi, entah mengapa tiba-tiba beliau gagal mempamerkan aksi yang cemerlang. Namun pada pandangan saya, beliau masih perlu banyak belajar dan menimba pengalaman.

Pada pandangan saya, kesebelasan yang mantap untuk dipergunakan nanti adalah spt berikut:

Megat

Fozi Nan Aoullar Victor Shariman

Paklong Khairul Hasmawi Kiko

Rafdi Magno

Hasmawi boleh di'adjust'kan sbg pemain tengah untuk bertindak melakukan lorongan atau hantaran cantik, manakala Kiko dan Paklong bertindak sbg winger berkerjakeras melakukan hantaraan silang dan lorongan dari sebelah tepi.

Namun saya yakin, Azraai dan para pembantunya mempunyai idea yang lebih bernas bagi pertemuan menentang Sabah nanti. Insya-ALLAH KEDAH akan berjaya..

Pulun Kedah Pulun

petikan dari kenyataan seorang peminat KEDAH DA

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 11-11-04 12:06


Cuma pada pandangan islamicboy, saya nak ubahlah sikit strategi KEDAH...

MEGAT

G NAN AUOLLAR VICTOR SHARIMAN

RAFDI KHAIRUL PAKLONG KIKO

SARAMSAK MAGNO

Ini cuma pandangan la... apa2 pun terserah pada coach.

reason saya sebab kalau tengok game ngan P.Bank kita leh tengok gerakan rafdi amat menjadi. banyak hantaran berjaya dilakukan oleh rafdi. ini percaturan yang sangat berbeza ketika di Bkt Jalil di mana waktu saya kat sana, saya tengok KEDAH main memang terumbang ambing. asyik serang kot tengah jer.

tapi kalau rafdi stay main wing saya rasa kedah leh buat sesuatu. Pastu saya rasa gandingan tengah antara Khairul dan Paklong pun dah sangat serasi. saya harap guan dan badrul jadi simpanan jer la. bab striker pulak saya rasa kita patut letak gandingan magno dan saramsak. saya tengok saramsak ni berbakat sewaktu game ngan perlis kat kangaq tu. kira ok la. gol sebijik yang dia buat pun memang cantik la. sementara mawi pula kita jadikan supersub. sebab rata2 pemain sabah dah tahu cara permainan mawi. macam tu gak ngan perlis. depa dah tau cara mawi main sebab tu mawi kena rantai rapat waktu game ngan perlis kat darulaman ari tu. saramsak ni depa ramai tak kenai dia. saya rasa dia leh lakukan sesuatu. pastu kalau keadaan terdesak saya rasa kedah leh letak rafdi, saramsak dan magno terus di depan. tak payah la dok buat pertukaran lagi. mawi ni kalau keadaan terdesak cthnya ada salah satu dari 3 striker tu injured baru letak mawi. aku tengok mawi pun leh main tengah.

tulah pandangan peribadi..... apa2 pun terletak pada coach.......


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 11-11-04 15:09


Ni pulak adalah ulasan dari Dato Paduka Ahmad Basri Akil selaku Pensasihat Bebas bagi KEDAH DA

Disegi prestasi malam 9/11 tu memang kurang mantap dan masih dibawah paras kemampuan sepenuhnya disegi 'team work', namun matlamat kita lebih pada ujian dari mencari kemenangan. Pemain-pemain saperti Magno, Megat, Shariman (selain Akmal) tidak bersama manakala Victor kurang sihat. Begitu jugalah Pak Long yang demam.

Kita juga sama-sama tahu kebangkitan Hijau Kuning adalah lebih berteraskan komitmen dan semangat juang yang disemarakan melalui interaksi yang sepadu dikalangan semua yang terlibat. Inilah yang sedang kita semarakan lagi menjelangnya 23/11 dan 27/11.

SABAH adalah satu pasukan yang telah mengubah cara permainan kepada satu curak pantas dan laju (one/two touch football) dibawah jurulatih barunya Garrido, dan ini telah mereka uji di Hong Kong dengan mengalahkan Juara Liga Sun Hei 2-1, tewas kepada Naib Juara dan penjaring terbanyak Happy Valley 1-5 dan akhirnya menewaskan pasukan bawah 21 Hong Kong 3-2. Ini semua memang dalam penelitian kita ketika membuat persediaan dan prestasi di Likas amat penting untuk menciptakan harapan. KITA PERLU MENGETAHUI KEMAMPUAN LAWAN DAN BERUSAHA HABIS-HABISAN memenafaatkan kesempatan. Kita memang mampu, dan kena gaya dan caranya InsyaAllah Kenari akan mengawan.

Tentang sikap PENONTON kita ini tak upaya nak buat apa-apa lah. Ini satu situasi dimana sikap toleransi pengurusan diuji habis-habisan. Malangnya ramai juga yang tak tahu apa yang mereka lihat dan siapa yang terlibat. Mereka tak dapat melihat dan menilai kesempatan yang kita ambil dan tak kira apa keadaan hanya mahu MENANG sepanjangan! Pada malam 9/11 tu kita patut juga beri pujian kepada Perlis kerana mereka kelihatan sudah hampir bersedia... moga mereka mampu buat Tok Gajah rebah tak bangkit dah!

Cuma harapan saya penonton kita toksahlah 'VULGUR' sangat dengan maki hamun dan isyarat lucah yang tidak memperlihatkan ketamadunan bangsa Melayu. BERILAH GALAKAN dan hargailah perjuangan yang ikhlas.

Pandangan tentang line-up semua tu bijak-bijak belaka dan tak jauh bezanya dengan apa yang sedang kita telitikan.

Lepas ni takdak dak sparring dan persahabatan...kita akan tummpukan tektikal, strategi dan total fitness. Harap yang cedera pulih dan yang demam baik belaka! Latihan tamat petang 12/11 dan sambung balik 16/11 petang. TanCheng Hoe akan meneruskan pemulihan fitness bagi mereka yang tak Raya saperti Magno dan Victor.

SALAM.

DAB


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

le_man
Warga Rasmi
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12351
Posting: 1
Dari: sini

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-04 17:41


akum
cakap banyak tak guna la Sabah,kittta jumpa kat stadium la..Apa cita pun ghaya dulu,tapi jangan ketupat banyak sangat nanti pancit kat padang.

PUlun kedah pulun


Bookmark and Share

    


  Member Information For le_manProfil   Hantar PM kepada le_man   Pergi ke le_man's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 11-11-04 21:30


betui tu......

SABAH tak yah cakap banyak... kita tunggu depa mai darulaman.. baru depa tau sapa KENARI......

PULUN KEDAH PULUN....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 12-11-04 10:34


Ana yakin dan percaya sabah boleh mengalahkan kedah dengan aregegat 3-1......sabah boleh

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 12-11-04 10:43



Kedah belum capai peak dalam training rasanya dan itu bagus dari satu segi kerana kalau peak awal nanti 23/11 silap-silap menurun pula, this is if we look on the bright side... harap peak performance akan dicapai pada masa yang bertepatan menjelang perlawanan 23/11...

Motivation pun kena kuat sekarang DAB disamping perencanaan strategi, taktikal dan fitness seperti yang dinyatakan.. Player tak boleh bermain under pressure berlebihan, motivation dalam bentuk saikologi penting... komitmen jitu dengan semangat juang kental amat penting sekarang.

Memang player dan penyokong mungkin rasa 'down' sikit bila Akmal tercedera... tak apalah. Keputusan perlawanan persahabatan tak boleh diambil kira sangat, tambah-tambah kalau asyik menang kita akan leka kerana kelemahan tidak terserlah...

Sekarang mungkin dah jelas akan kekurangan yang perlu diperbaiki... Kedah kena pastikan mampu switch strategi jika perlu... Azraai Khor mesti cool dan alert macam selalu dan pastikan reserve players warm up awal... anything can happen di Sabah... Kita tahu Sabah akan cuba patahkan serangan Kedah dengan melumpuhkan Magno kerana mereka lihat tanpa Magno kita kurang menyengat sekarang, tambahan lagi tanpa kelibat penyerang digeruni lagi berbisa..Akmal, manakala kombinasi serangan lain adalah baru, agak sceptical dan boleh dibuat man to man dsbnya.. Ingatkan players kita supaya jangan letakkan Magno dalam situasi 50-50 kerap di Sabah iaitu melalui distribution bola yang membahayakan diri(melainkan di dalam kotak penalti Sabah OK, kena tackle dapat penalti) kerana kalau Magno 'dicantas' habis... Pak Long amat crucial peranannya sekarang kerana Pak Long dan Magno mampu create play secara kombinasi perlawanan yang hebat dan Sabah benar-benar menganggap pertemuan 23/11 sebagai perlawanan terbesar mereka tahun ini...

Jangan terkejut jikalau Sabah tewas di Likas 0-1 kepada Kedah atau lebih dengan jaringan gol seperti penalti... kita jangan rakus, yang penting game plan Sabah digagalkan. Kita dah hampir boleh baca... Kita main untuk menang, cantik tak cantik belakang kira.. Barangsiapa buat silap, pasti kecundang. No place and time for silly mistakes now... it will only leaves those involved to blame themselves afterwards. Apa pun kita RAYA dulu....

kalau dakwah_ilahi kata agregit 3-1, jangan terkeju kalau kedah menang argreget lagi benyak...

PULUN KEDAH PULUN....



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 13-11-04 02:13


islamicboy boleh jadi jurulatih kedah kot noo.....semua coach kedah penah main ngan kedah n bwk kedah kepada kejayaan....

Sabah Beware!!Jangan tau sondol je Sang Badak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 13-11-04 16:12


insyallah...... mari kita doakan kejayaan pasukan kesayangan kita....

KENARI TERBANG TINGGI...

USAH TOLEH KE BAWAH LAGI...

Berdasarkan prestasi semasa... Kedah MAMPU menggenggam PIALA MALAYSIA...

Juara Liga Super tersungkur di kaki kenari...

Naib Juara Liga Super pun rebah di bumi Jelapang Padi...

Pastikan Sang Badak menangis dipatuk KENARI!!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 14-11-04 13:10


Ini berita terbaru buat penyokong KENARI

"Zaykol Leong yg mengidap demam denggi tidak berlepas ke Hong Kong dengan rakan pasukannya 2 hb lalu. Kita harap beliau dapat sembuh dengan segeranya memandangkan perlawanan separuh akhir dengan Kedah akan berlangsung tidak lama lagi."

harap2 tu dia tak main masa game ngan kedah la......

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 15-11-04 12:29


Tiada pemain empat negeri

SKUAD negara yang akan ke Kuwait bagi menamatkan cabaran Pra Piala Dunia Isnin ini tidak akan membawa pemain-pemain dari Kedah, Pahang, Sabah dan Perlis.

Pemain-pemain ini terbabit dalam kancah separuh akhir Piala Malaysia dan kehadiran mereka di Timur Tengah nanti mungkin mengundang risiko kecederaan dan ini pasti menjejaskan perancangan negeri-negeri terbabit.

Tambahan pula kehadiran kita di Kuwait hanya melengkapkan pusingan kelayakan kerana segala keputusan di sana nanti tidak akan membawa sebarang makna kepada kita,” kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Dato’ Dr Ibrahim Saad.

Kehadiran Malaysia di Kuwait hanyalah untuk mengemaskan jentera bagi menghadapi Kejohanan Piala Tiger yang akan bermula 7 Disember di Kuala Lumpur.

Malaysia tumpas dalam semua perlawanan awal, kalah kepada China dua kali, Hong Kong dua kali, dan tumpas kepada Kuwait pada pusingan pertama dan kini menduduki tempat yang tercorot.

DIHARAP BERITA DIATAS YANG DISIAR HARIAN METRO ISNIN 13 NOVEMBER 2004 ADALAH BETUL DAN AKAN TERLAKSANA KERANA IA MENAMPAKKAN KEPUTUSAN PALING BIJAK FAM DALAM TAHUN 2004! (Nasib Baik PAHANG ada dalam separuh akhir!!)


HIJAU KUNING AKAN MEMULAKAN LATIHAN INTENSIF DAN STRATEGIK MULAI PETANG ESOK 16 NOV. JAM 5.30 PETANG DAN KITA HARAP MEGAT DAN SHARIMAN BERSAMA KITA SECEPAT MUNGKIN.

SANG KENARI AKAN TERBANG KE KOTA KINABALU, SABAH PADA 21 NOV UNTUK PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA PADA 23 NOV. KITA AKAN PULANG KE ALOR STAR PADA 24 NOV DAN SAMBUNG LATIHAN PADA 25 NOV (530 PTG) UNTUK PUSINGAN KEDUA PADA 27 NOV DI STADIUM DARUL AMAN.



SAMA-SAMALAH KITA DOAKAN AGAR BARISAN PEMAIN KITA BERJAYA MEMPERLLIHATKAN SEMANGAT JUANG DAN KOMITMEN YANG MEMBAWA HARAPAN UNTUK TERUS MARA....







Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 17-11-04 18:37


Kombinasi baru bakal robek Sabah

Oleh Bashah Zainol Abidin

KETUA jurulatih Kedah, Mohd Azrai Khor Abdullah sudah mengenalpasti kesebelasan utama pasukan Hijau Kuning yang akan berdepan Sabah pada saingan separuh akhir Piala Malaysia di Kota Kinabalu 23 November ini.
Katanya, keputusan tiga perlawanan ujian bertemu Perlis dua kali dan pasukan kebangsaan di Alor Star tidak akan menjadi pengukur kemampuan pasukannya itu.

“Kita kalah dua kali dan seri ketika bertemu Perlis di Kangar tetapi apa yang penting ialah saya berjaya mencapai matlamat saya untuk menemui satu kombinasi bahagian serangan tanpa khidmat penyerang utama Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang terpaksa dilupakan khidmatnya sehingga hujung musim ini.

“Saya terpaksa mencari satu kombinasi baru untuk menerajui bahagian serangan dengan Marcos Magno Thavares yang sebelum ini kerap kali berkombinasi dengan Akmal bagi merobek gawang lawan.

“Setelah melalui tiga perlawanan ujian akhirnya saya bersyukur kerana sudah menemui pemain yang bakal mengantikan Akmal di bahagian serangan dan ketika ini saya tidak mahu menamakan pemain tersebut kerana ini adalah sebahagian dari strategi saya,” kata Azrai ketika dihubungi.

Katanya, dia juga terpaksa menamakan pasukan kurang mantap ketika menghadapi tiga perlawanan ujian pada bulan Ramadan yang lalu kerana kecederaan serta ada pemain yang terpaksa menarik diri kerana sebab-sebab peribadi.

“Apapun, perkara utama ialah pemain saya berjaya mempamer semangat serta kemahuan untuk mencapai kemenangan dan keadaan fizikal setiap pemain juga bertambah baik.

“Kita kini sedang menuju ke arah yang betul untuk menyiapkan diri kita secara mental dan fizikal sebelum menghadapi Sabah Isnin depan.

“Setiap pemain saya juga mengetahui melepasi perlawanan separuh akhir bukan satu tugasan mudah tambahan Sabah memang berpengalaman pada peringkat ini,” kata Azrai.

Dia akan menggunakan masa selama enam hari sebelum saingan Isnin depan untuk menumpukan perhatiannya terhadap taktik dan bukan lagi keadaan fizikal pemain.

“Saya terpaksa menyediakan taktik terbaik untuk menghadapi kubu pertahanan lawan serta bahagian serangan mantap pasukan Sabah.

“Setiap pemain saya perlu mengetahui secara terperinci apa yang perlu dilakukan oleh mereka bagi mengecewakan lawan mereka di hadapan peminat mereka sendiri.

“Kita juga perlu memastikan tidak menghadapi kekalahan besar pada 23 November ini yang akan menyukarkan lagi usaha kita ketika menghadapi perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darulaman pada 27 November,” kata Azrai.


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 18-11-04 12:06


Akmal decides to stay with Kedah next year

BY S. SIVABALAN
PETALING JAYA: Top national striker Akmal Rizal Rakhli is staying put with Kedah in the Premier League next season.

Kedah coach Mohamed Azraai Khor said yesterday that Akmal had received several offers to play for other teams, including Super League sides, but he had declined them all.

“I had a heart-to-heart talk with Akmal recently and he told me that if Mirandinha (the former coach) was still in charge, he would have no second thoughts about leaving.

“He told me that the environment was now good and that was the main reason for wanting to stay Kedah.”

Azraai replaced Brazilian Mirandinha in August after Kedah were relegated to the Premier League when they finished last in the Super League.

With Azraai in charge, Kedah made it to the Malaysia Cup semi-finals and they will be up against Sabah in the two-leg tie on Nov 23 (away) and 27.

But Akmal is out for the rest of the season after undergoing a knee operation late last month. In his absence, Hasmawi Hassan will be partnering Brazilian Marcos Magno Tavares in attack.

“Akmal's absence is a big blow to us. But we have to think about his future and it was better he went for the surgery sonner than later,” said Azraai.

The Malaysia Cup competition took a break for the fasting month and during that period, Kedah played five friendly matches, winning once and losing twice.

Artikel di atas telah membuktikan Akmal Rizal bukanlah pemain yang tamakkan wang ringgit. Seperti yang kita semua tahu, Akmal Rizal adalah pemain yang mempunyai semangat kenegerian yang tinggi dan beliau lebih selesa bermain utk negeri sendiri.

Desas-desus Akmal akan menyertai mana-mana pasukan lain telah terjawab dgn artikel di atas. Walaupun musim hadapan KEDAH akan bersaing di Liga Perdana, Akmal tetap setia bersama KEDAH... semoga semangat Akmal ini dapat membuka mata pemain lain agar tidak terlalu tamakkan wang ringgit apabila ditawarkan gaji yang lumayan.

Walaubagaimanapun, keputusan Akmal untuk kekal bersama skuad KENARI pastinya disambut baik oleh ramai pihak termasuk DYMM Sultan dan penyokong sendiri...


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 18-11-04 12:09


Hijau Kuning mahu buat kejutan lagi
Oleh Bashah Zainol Abidin


PERTUKARAN nasib Kedah daripada pasukan tercorot pada tangga liga Super musim ini dan budak belasahan kepada pasukan yang melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini pasti mengejutkan ramai peminat bola sepak tanah air.



Pasukan Hijau Kuning melakukan pusingan 360 darjah untuk mengejutkan juara Piala Malaysia iaitu Pahang, MK Land dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi melayakkan dirinya ke perlawanan suku sebagai juara Kumpulan A memang sesuatu yang tidak langsung diimpikan pemainnya sendiri ataupun peminat mereka.

Apakah pencetus utama yang melonjak prestasi Kedah yang dibarisi pemain yang sama menjadi budak belasahan ketika mengharungi Liga Super musim ini?

Mahu tidak mahu semua pegawai juga peminat terpaksa mengakui sentuhan emas bekas pengurus pasukan dan juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Ahmad Basri Akil (gambar) berjaya menaikkan semangat pemain.

Bukan sahaja sentuhan Basri mampu menaikkan semangat malah ia juga menambah keyakinan diri kepada kesemua pemain negeri untuk beraksi dengan keupayaan sebenar mereka.

Walaupun Basri tidak mampu membabitkan diri secara rasmi kerana dalam pergantungan selama empat tahun yang dikuatkuasakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang hanya akan tamat pada Mac 2005.

Tugas pertama Basri ialah menyingkirkan jurulatih Mirandinha dari Brazil dan menggantikannya dengan anak tempatan Mohd Azrai Khor Abdullah dan dibantu oleh Radhi Mat Din, Tan Cheng Hoe, Mohamed Ramli dan Ahmad Sobri Ismail.

Kebangkitan Kedah terbukti bukan kerana nasib apabila mereka menghancurkan imej kebal Pahang yang dibarisi sembilan pemain kebangsaan bukan sahaja di Alor Star malah di Kuantan.

Pada perlawanan suku akhir sekali lagi barisan pemain muda Kedah membuktikan semangat serta kemahuan mereka untuk melayakkan diri ke separuh akhir dengan mengatasi Public Bank 3-0 di Alor Star walaupun tewas 0-2 di Selangor.

Bagi jurulatih Hijau Kuning, Azrai tugasnya bertambah mudah dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh anak buahnya untuk memenangi setiap perlawanan yang dilalui oleh mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

warsha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.10.2004
Ahli No: 12144
Posting: 129

Pahang  


posticon Posting pada: 19-11-04 02:37


fuyo...nie peminat kedah btul nie...
mengalahkan pemain kedah...hahahaha
hem..sukan bola malaysia sy tak tau sgt...euro tau la sket..

Bookmark and Share

    


  Member Information For warshaProfil   Hantar PM kepada warsha   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 20-11-04 08:13


SABAH VS KEDAH

Detik Perlawanan ini hanya tinggal kurang dari seminggu lagi selepas semua umat Islam selamat menyambut AidilFitri. Walaupun suasana perayaan masih terasa di kalangan kita semua, namun debaran saingan separuh akhir Piala Malaysia 2004 tetap terasa. Malah para penyokong KEDAH rasanya lebih merasa debarannya kerana KEDAH adalah pasukan yang tidak menonjol di MSL namun pada Piala Malaysia pasukan KEDAH dilihat mengalami peningkatan mendadak lantas menempatkan diri sebagai semi-finalis.

KEDAH

Setelah mengharungi MSL dgn begitu sedih sekali, namun pasukan KEDAH tidak mudah berputus asa dgn mempamirkan aksi memberansangkan di saingan Piala Malaysia ini dibawah bimbingan coach Azraai Khor. Setelah bertungkus lumus membenam Selangor Public Bank di Darulaman pada 6 Oktober lalu, akhirnya pasukan KEDAH berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir lantas menidakkan andaian ramai pihak termasok andaian dari kalangan penyokong sendiri. Namun kejayaan melangkah ke separuh akhir tampak gelap kerana penyerang sensasi Akmal Rizal terpaksa menjalani pembedahan di buku lalinya yang memaksa Akmal berehat lebih sebulan. Namun itu bukanlah alasan untuk anak buah Azraai berputus asa, penyerang lain yang sedia ada seperti Rafdi Rashid, Hasmawi Hassan dan Samraksak boleh dijadikan pengganti untuk membantu KEDAH dlm mengharungi cabaran. Tidak cukup dgn itu, 2 pemain KEDAH iaitu Megat Amir Faisal dan Shariman Che Omar pula dipanggil menyertai skuad kebangsaan dan secara otomatik kedua-dua pemain ini tidak dapat bersama Azraai dan rakan-rakan dlm latihan biasa. Dengan masa singkat yang ada inilah, platform untuk Megat dan Shariman bersama rakan-rakan menjalani latihan dan mengatur segala perancangan rapi. Penyerang import dari Brazil, Marcos Magno pula diberitakan sudahpun turun menjalani latihan seperti biasa. Marcos dikatakan berehat panjang akibat kecederaan. Juga pertahanan dari kepulauan carribean, Aoullar Bernard Hugging juga sudahpun bersama pasukan.

Harapan para penyokong pastinya ingin melihat sang KENARI melangkah ke Final selepas kali terakhir mengecapinya adalah 11 tahun yang lepas. Nampaknya suasana 11 tahun yang lalu semakin terasa, dimana-mana warna "HIJAUKUNING" sentiasa kelihatan tak kiralah warna baju, bendera, kereta, kedai makan dan sebagainya. Semoga impian sang KENARI tercapai dan lantas membenam hasrat SABAH untuk mengecapi kemanisan juara Piala Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut.

SABAH

Berbanding pasukan KEDAH, SABAH dilihat lebih berpengalaman di pentas Piala Malaysia ini. Dengan penampilan di Final musim lalu yang menyaksikan SABAH tewas di tangan MPPJ Selangor, musim ini SABAH sekali lagi berjaya menempatkan diri diantara 4 pasukan di Semi-final walaupun di MSL, SABAH bukanlah terlalu menyerlah. Pasukan SABAH yang dibimbing oleh jurulatih dari Portugal, Jose Antonuio Rocha Garrido dan dibantu oleh jurulatih berpengalaman, Justin Ganai - SABAH dilihat lebih matang dalam mengharungi cabaran semi-final ini. Ditambah dengan beberapa siri perlawanan persahabatan dgn kelab di Hong Kong, jelas menunjukkan komitmen pasukan SABAH adalah tinggi dan sanggup berbelanja besar ke Hong Kong kerana tidak rela kecewa lagi di Piala Malaysia pada musim ini.

Jika direnung pada barisan pemain SABAH, sebenarnya SABAH juga mempunyai ramai pemain yang bagus dan boleh mengundang bahaya kepada pihak lawan, antaranya Madzelan Emoi, Rithaudin Embran, Ronny Harun, Zainizam Marjan, Zaykeil Leong dan ramai lagi. Jentera pertahanan Sabah yang dibarisi oleh K. Sanba dan Jelius Ating agak kebal dlm menghalang serangan lawan. Malah benteng terakhir Sabah, Khairul Azman Mohamad adalah diantara penjaga gol terbaik di M'sia walaupun sudah berumur.

KESIMPULAN

Jika dilihat pada rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini, banyak keputusan berpihak kepada SABAH, ini membuatkan ramai yang beranggapan SABAH adalah BADI untuk KEDAH. Tetapi, semangat dan dendam sang KENARI tidak mengenal badi atau apa saja, diharap pasukan KEDAH berjaya menebus maruah di masa yang lalu dgn membenam Sabah pada perlawanan ini.. ramalan islamicboy pada perlawanan 1st Leg di Likas adalah SABAH 1 KEDAH 1 - namun jauh di hati inginkan keputusan yang lebih memihak kepada KEDAH... buktikan ramalan ini salah!

P/s: Siaran Prebiu Separuh Akhir Piala Malaysia akan keudara pada Jumaat 19 Nov di TV3 dan mungkin berita RTM jam 8 akan menyiarkan temuramah bersama Tuan Pengurus Pasukan dan Akmal Rizal.. - Kemungkinan besar siaran langsung separuh akhir kedua di darulaman akan disiarkan secara lansung di TV3



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 20-11-04 08:15


KEDAH DA VS KEDAH PIALA EMAS RAJA-RAJA

Petang tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan antara pasukan Piala Malaysia Kedah dengan Pasukan Kedah Piala Emas Raja-raja. Sempat jugak saya tonton perlawanan ni sebelum kembali ke KL esok. Baru lebih kurang dua minit perlawanan berlangsung Kedah dah pun mendahului 1-0 melalui tandukan Hasmawi hasil sepakan percuma Kiko setelah Hasmawi dikasari.



Barisan permulaan Kedah ialah



Megat



G-Nan Pelam Victor Somchart



Rafdi Khairun Ah-Guan Kiko



Magno Hasmawi



Barisan ini tidak begitu menghadapi masalah untuk menutup separuh masa pertama dengan 5-0. Empat gol lagi adalah hasil sumbangan Marcos Magno.



Separuh masa kedua banyak pertukaran dilakukan untuk menguji pemain dan yang paling mendapat perhatian ialah Sarakmsak yang boleh dijadikan sebagai senjata untuk memerangkap lawan kerana beliau masih belum dikenali pada kaca mata lawan.



Separuh masa kedua Hasmawi menambah satu lagi jaringan menjadikan kedudukan 6-0 hinggalah tamat separuh masa kedua (Second half sat sangat, lebih kurang 20 minit ja sebab dah hampir Maghrib).



Ada beberapa kelemahan yang wujud dan juga peningkatan yang dipamerkan. Kalau dinilai dari sisi saya, ia adalah sesuatu yang cukup baik kerana pasukan Kenari semakin hampir untuk mencapai kemuncak prestasi.



Lagi pun, pemain tidak begitu banyak mempamerkan permainan sebenar kerana masing-masing kelihatan “jaga kaki” untuk mengelakkan kecederaan sebelum pertemuan menentang Sabah 23hb ni.



Antara yang hadir ialah Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil dan Pengerusi Eksekutif First Cartel, Dato’ Wan Lokman Wan Ibrahim. Juga Akmal Rizal yang bertongkat akibat pembedahan kaki kanannya serta lebih kurang 1000 penonton.


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 20-11-04 18:44


....


Kedah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hafiz peminat setiaa kedah...selalu tengok perkembangan..kalau kedah pi bukit jalil memang hafiz pi tengok...

Baru baru ni hafiz dengar akmal rizal tak main lawan sabah nanti..camne ni..hafiz tak tahu cite sebenar...sape leh kasi tahu..ape dah jadi...ayam tambatan dah takde...

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 21-11-04 10:24


sebenarnya merujuk kepada Hafiz_Qiee saya rasa segala persiapan kedah saya dah adakan kenyataan di atas....

oklah..... sebenarnya memang kedah kehilangan akmal rizal menjelang semifinal menentang sabah dan juga kehilanggnya jika kedah berjaya ke final... akmal menjalani pembedahan lutut yang disebabkan kecederaan ketika menyarung jersi melaysia ketika kelayakan piala dunia. ini mengambil masa sekurang-kurang 2 bulan untuk akmal pulih berdasarkan tahap kecergasannya...

tapi Hafiz_Qiee dan semua peminat setia HIJAU KUNING janganla risau.... walaupun tanpa akmal kita pasti dapat memberi saingan terhadap sabah. kita masih ada striker yang mantap seperti marcos magno, rafdi rasyid, hasmawi hassan dan seorang penyerang bawah 20 negara iaitu saramsak....

kalau berdasarkan atas kertas memang kemenangan berpihak kepada sabah sebab rata-rata pemain mereka adalah berpengalaman tetapi KENARI pula adalah pemain muda. tapi kalau dari segi semangat kenegerian dan kecergasan saya rasa kedah boleh bersaing... sebabnya rata-rata pemain kedah adalah anak jati kedah... begitu juga kebanyakan pemain kedah berumur dalam 19-25 tahun sahaja...

jadi marilah sama-sama kita berdoa supaya KEDAH dapat merealisasikan impian untuk menjulang PIALA MALAYSIA tahun ni.... sepanjang PIALA MALAYSAI saya tak penah tertinggal untuk melihat permainan KEDAH termasuklah peringkat kumpulan semasa game ngan MK LAND di Selayang, PKNS di Shah Alam dan yang terbaru ketika quarter final menentang Public Bank di Bkt Jalil yang mana menyaksikan skuad kesayangan kita tewas 2-0... tapi bila mai balik darulaman... berbekalkan sokongan padu dari 40 ribu penyokong alhamdulillah kedah menang 3-0 dan layak dengan agreget 3-2....

dan bagi saya selaku peminat setia kedah .... saya rasa selepas akmal cedera dan berpandukan beberapa friendly kedah saya rasa barisan kesebelasan utama kedah adalah seperti berikut....

MEGAT

FAUZI NAN AUOLLAR A.VICTOR SHARIMAN

RAFDI KHAIRUN PAKLONG KIKO

MARCOS HASMAWI

sementara supersub pulak kita leh letak saramsak memandangkan skuad sabah tak mengetahui kekuatan pemain remaja negara ni....

kalau ada apa-apa yang Hafiz_Qiee nak tanya.... insyallah saya cuba untuk jawab.... bersama-sama lah kita pergi ke darulaman pada 27 hb ni. ini akan menentukan hidup mati kedah... tanpa kita siapalah KEDAH.......

PULUN KEDAH PULUN...




Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 21-11-04 15:37


Perah strategi buru aksi final


EMPAT pasukan berbeza status memulakan misi memburu tempat ke final Piala Malaysia apabila menentang satu sama lain pada separuh akhir, Selasa ini.
Pahang dibarisi pemain ternama akan berhadapan Perlis, pasukan yang gagal ditewaskannya dalam tiga pertemuan musim ini.

Skuad Tok Gajah seri dua kali dan kalah sekali kepada Singa Utara yang memburu kemunculan pertama di final Piala Malaysia.

Sabah pula mengharapkan penampilan ketiga berturut-turut di separuh akhir Piala Malaysia akan memihak kepada mereka apabila melayan kunjungan Kedah.

Kecewa di final kepada Selangor dan MPPJ Selangor pada musim 2002 serta 2003, mereka tentu berhasrat menebus kehampaan tetapi berhadapan skuad Kenari yang mempamerkan peningkatan sejak penyingkiran jurulatih lama, Miradinha, Sabah tidak boleh memikirkan laluan mereka mudah meskipun Kedah turun ke Liga Perdana musim depan.

Ikuti temubual wartawan Arena Metro Ahad, SUFIAN THAURI MUHAMMED dan ASROL AWANG dengan empat jurulatih yang sedang memerah idea merancang strategi pasukan menjelang pertemuan mereka.

ZAINAL ABIDIN HASSAN (Pahang)

SAYA akui rekod pertemuan berpihak kepada Perlis pada saingan Liga Super Malaysia (MSL) musim ini tetapi ia tidak bermakna Pahang tidak boleh mencatatkan kejayaan.

Tiga pertemuan yang memperlihatkan Pahang sekadar mencatat dua seri dan tewas sekali memang memberikan gambaran bahawa Perlis mempunyai kelebihan daripada segi pencapaian musim ini.

Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan tumpuan saya yang pertama kali membawa pasukan layak ke separuh akhir Piala Malaysia kerana mempunyai strategi untuk menundukkan Perlis.

Perkara yang perlu diberikan keutamaan adalah pemain mempamerkan permainan konsisten dan tidak mudah menyerah walaupun beraksi di gelanggang lawan pada perlawanan pertama.

Sehubungan itu, saya berharap pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan itu nanti akan memberikan kejayaan terhadap pasukan selepas muncul juara MSL musim ini.”

MOHD AZRAI KHOR ABDULLAH (Kedah)

SAYA percaya pemain tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai kemenangan.

Sejak mengambil-alih tugas jurulatih, saya dapati prestasi pasukan bertambah baik dan pemain menunjukkan komitmen tinggi sekali gus menjadikan tugas saya lebih mudah.

Ini memberikan keyakinan kepada kami menjelang pertemuan separuh akhir menentang Sabah.

Tambahan pula gandingan serangan baru, Hasmawi Hassan dan Marcos Tavarez semakin serasi ketika diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Bagi saya, Sabah pasukan yang baik dan aksi mereka konsisten sejak dibimbing jurulatih baru, Jose Garrido.

Kami sedar mereka pasti akan menyerang habis-habisan bagi memburu kemenangan, tetapi berdasarkan kepada persiapan pasukan, kami sudah bersedia.

Malah, jika kami pulang dengan keputusan seri sekalipun, ia sudah boleh dianggap pencapaian yang baik.

Namun, itu bukan bermakna kami akan bermain bertahan di Likas. Kami juga mahukan kemenangan dan akan berusaha mencapainya.”

JOSE GARRIDO (Sabah)

SEPARUH akhir Piala Malaysia perlawanan istimewa kerana sejak layak sebelum Ramadan, saya dapati emosi pemain dan pasukan berbeza berbanding ketika mengharungi perlawanan liga dan suku akhir.

Saya fikir keempat-empat pasukan merasai tekanan dan bergantung kepada mereka bagaimana hendak menanganinya.

Bagi Sabah, kami perlu memenangi separuh akhir pertama tidak kira dengan apa jua keputusan walaupun 1-0.

Apa yang pasti, kami akan lebih banyak mengasak bagi memastikan kemenangan dapat diperolehi.

Tetapi, corak permainan menyerang bukan perkara baru bagi kami kerana kami sentiasa mengamalkannya dalam perlawanan sebelum ini.

Cuma kali ini senarionya istimewa dan berbeza. Ini kerana kami terpaksa berhadapan tugas berat melayani Kedah di Alor Star bagi separuh akhir kedua.

Dalam format sekarang, Kedah memiliki kelebihan, ditambah dengan faktor mereka bakal bermain di Liga Perdana tahun depan.

Sudah tentu mereka akan bermain habis-habisan bagi mencapai kemenangan kerana mahu menamatkan musim ini dengan sesuatu kejayaan yang bermakna.”

NORIZAN BAKAR (Perlis)

REKOD tidak boleh dijadikan ukuran kerana peringkat separuh akhir adalah perlawanan berbeza jika dibandingkan dengan pertemuan liga.

Memang keputusan pertemuan musim ini tampak memihak kami, tetapi itu tidak boleh dipakai bila permainan sudah sampai ke peringkat sekarang.

Bagi saya, Pahang pasukan yang baik, jika tidak mereka tidak digelar Real Madrid Malaysia. Sudah tentu mereka mempunyai perancangan rapi bagi menghampakan kami.

Biarpun ada yang cakap kami mempunyai kelebihan kerana separuh akhir pertama berlangsung di Kangar, tetapi pandangan itu sebenarnya tidak tepat kerana peluang untuk mana-mana pasukan mencipta kemenangan adalah seimbang.

Apa yang penting, pemain Perlis perlu menggandakan usaha kerana bila sampai ke tahap ini, sudah tentu kami tidak mahu melepaskan peluang ke final.

Pemain perlu ingat hanya dua lagi perlawanan untuk mereka menjadikan impian mara ke final menjadi kenyataan.

Pengajaran musim lalu kalah di separuh akhir sepatutnya mematangkan pemain. Mereka sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukan bagi melepasi peringkat separuh akhir kali ini.

Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan persiapan pasukan dan saya berharap, keputusan perlawanan akan memihak kepada kami.



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

tooyu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.04.2004
Ahli No: 8671
Posting: 29
Dari: somewhere kat kdh

Kedah  


posticon Posting pada: 21-11-04 18:29


boleh ke???????

Bookmark and Share

    


  Member Information For tooyuProfil   Hantar PM kepada tooyu   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 22-11-04 12:05



Detik perlawanan ini hanya tinggal 2 hari lagi. Para penyokong setia kedua-dua pasukan pastinya sedang merasakan debaran dan kehangatannya. Perlawanan pertama yang penting untuk kedua-dua pasukan ini dijangka sengit walaupun tanpa kelibat penyerang sensasi kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli.

Menjelang pertemuan ini, media cetak dan elektronik pun berperanan menghangatkan suasana. Akhbar-akhbar tempatan dan rancangan sukan di TV tak putus-putus menghidangkan berita-berita terkini persediaan kedua-dua pasukan. Terbaru, berita dari kem latihan SABAH melaporkan skuad Badak ini akan kehilangan 3 tonggak utamanya iaitu Jelius Ating, Zainizam Marjan dan Boby Gonzalez.

Walaupun berita ini ada kebenarannya, namun Jbon lebih suka menganggap berita ini sebagai 'gimik' atau strategi tersendiri pasukan Badak ini. Berita sebegini sedikit sebanyak boleh membuatkan para pemain KEDAH berasa sedikit 'over confident' kerana 3 tonggak ini tidak akan beraksi. Di kalangan penyokong KENARI juga, ada juga yang berani menjangkakan sang KENARI bakal pulang dari Likas dgn bekalan yang amat selesa...Namun Jbon yakin, para pemain sang KENARI tidak mudah terpedaya dgn begitu sahaja. Para pemain sudahpun lali dgn berita-berita sebegini..

Para pemain sudahpun bertolak ke Likas dgn menaiki pesawat dari Kepala Batas jam 2 petang tadi. Nampaknya skuad KENARI memilih untuk awal tiba di Likas bagi menyesuaikan diri dgn suasana di Likas. Tindakan yang bijak!

Sesungguhnya wira-wira sang KENARI membawa bersama harapan dari ribuan para penyokong.. walaupun jumlah penyokong KEDAH yang hadir di Std Likas selasa ini tidak ramai, tetapi sokongan dan iringan doa dari para penyokong tempatan tetap bersama.. Semoga perjuangan wira-wira sang KENARI mendapat keputusan yang positif untuk dibawa ke medan perjuangan seterusnya, Stadium Darulaman.

Insya-ALLAH, dgn berkat doa dari semua lapisan penyokong setia pasukan HIJAUKUNING dan laungan keramat "BIAR JASA JADI KENANGAN"... satu kejutan akan kita dpt saksikan.

P/s: Dekat-dekat perlawanan nie, 24 jam asik dok pikiaq bab ni saja.. sampai tidoq pon mimpi dok beratoq beli tiket di stadium semalam.. macam-macam!!




Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 22-11-04 12:06


Sabah enggan terus kempunan
Oleh Halmi Samad


TONIK semangat yang ditagih pengendali Sabah, Jose Garrido menjelang separuh akhir pertama bola sepak Piala Malaysia 2004 di Stadium Likas esok jelas sampai ke kemuncaknya apabila majoriti pemain skuad Badak berikrar mahu mengecapi kejayaan bagi menebus dua kekalahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002-2003.



Terbaru, pengendali dari Portugal itu menegaskan betapa tahap fokus semua pemainnya di peringkat terbaik dan bersaing hebat untuk disenaraikan dalam kesebelasan pertama menentang Hijau Kuning di kandang sendiri malam esok.

Paling menarik hampir semua pemain dan pegawai dalam kem tuan rumah juga percaya sudah tiba masa untuk membawa pulang trofi paling berprestij itu ke Sabah selepas dua tahun berturut-turut dikecewakan Selangor dan MPPJ Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002-2003.

Sabah kecundang 0-1 kepada Merah Kuning pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 di Stadium Nasional Bukit Jalil sambil ledakan hatrik Juan Manuel Arostegui meranapkan impian skuad Badak untuk membawa pulang trofi melintasi Laut China Selatan pada tahun berikutnya.

"Saya nampak banyak tanda positif. Pemain rasa cukup tercabar (menyentuh kepada dua kekalahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 dan 2003). Mereka mahu tebus kekalahan itu. Dan mereka rasa sudah tiba masa untuk jadi pemenang...bukan hanya sekadar jadi pasukan naib johan.

"Inilah tanda-tanda positif yang saya katakan. Semangat pemain sangat membuak. Paling penting mereka mahu jadi juara. Saya cukup bangga kalau pemain ada kemahuan untuk jadi sang juara. Ini menunjukkan mereka bernafsu besar.

"Perkara ini akan mudah kerja saya. Saya tak perlu lagi beri kursus motivasi kepada mereka. Sebaliknya mereka memang dah bersemangat tinggi," katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu semalam.

Dalam pada itu, pemain tengah import dari Brazil, Andrezinho Esposito menyemarakkan lagi semangat rakan sepasukan dengan mendesak mereka memberikan tahap persembahan `110 peratus' bagi memastikan Sabah menang besar pada pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Likas.

"Rasanya bukan sekadar 100 peratus. Kami kena main 110 peratus dan menang untuk peminat, penyokong dan rakyat Sabah. Faktor terbaik yang wujud dalam kem Sabah sekarang ialah tahap persahabatan jitu. Semua pemain umpama adik beradik. Faktor ini sangat penting kepada pasukan," katanya.

Esposito yang pernah beraksi untuk kelab terkemuka Brazil, Fluminese dan dipinjam ke kelab Russia, Spartak Moscow selama tiga bulan pada 2001 percaya walaupun masih kurang menjiwai semangat Piala Malaysia, namun tetap menganggap dirinya sebagai bertuah kerana menyarung jersi pasukan bernafsu besar untuk menang.

Sementara itu, Garrido tetap mengharapkan cuaca hujan akan berterusan sehingga ke esok kerana pemain Sabah sangat selesa beraksi dalam keadaan padang licin.

"Mereka terbukti boleh bermain dalam apa kondisi. Tapi mereka lebih bagus kalau keadaan padang licin. Saya harap hujan akan berterusan sehingga pada perlawanan Selasa ini," katanya.


pisst16: Coach Sabah mahu perlawanan diadaakan dlm keadaan padang yg lincin manakala kedah lebih selesa dlm keadaan padang yg tidak lincin sebab kat SDA atau Alor setar jarang hujan . Oleh itu mariklah kita doakan agar cuaca kat kota kinabalu cerah dan tak hujan




Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 22-11-04 12:07


Selasa 23/11/2004
Pagi: Mendung
Petang: Ribut petir
Malam: Hujan
Minimum: 23
Maksimum: 31




Ramalan cuaca bagi bandar Kota Kinabalu, tak tahu samada Kota Kinabalu dekat-dekat dgn Likas. Kalaulah Likas dekat dgn K.Kinabalu, kemungkinan perlawanan akan berlansung dlm cuaca hujan...

Harap semua pemain bersiap sedia utk menghadapi apa jua keadaan cuaca.




Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 23-11-04 08:23


saya telah mengikuti 3 latihan skuad kenari sebelum kenari berlepas ke Likas petang kelmarin. Jadi, pada pandangan saya, kemungkinan besar coach Azraai akan menurunkan barisan pemain utamanya seperti berikut:

Megat

Gnan Aoullar Victor Shariman

Rafdi Khairul AhGuan Kiko

Hasmawi Magno

Supersub: Paklong, Pelam, Somchat, Samraksak.

Jika kesebelasan utama ini akan diturunkan pada perlawanan malam esok, rasanya skuad KENARI mampu melakukan sesuatu yang positif, dan jika separuh masa kedua Ah Guan digantikan dgn Paklong, semestinya pertahanan SABAH akan keletihan!



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 23-11-04 08:24


BUKTTIKAN KEDAH BUKAN SEKADAR NASIB KE SEMI FINAL

Dalam keghairahan pasukan lain buat kenyataan media tentang keyakinan mereka melankah ke 'final', kedah lebih banyak menyembunyikan kekuatan sendiri.

Jika diukur kepada pemain kesebelasan yang akan diturunkan,sabah nampak lebih terdesak berbanding kedah. Zanizam Marjan,Jelius Ating dan Boby Gonzales dihimpit petaka kecelakaan berbanding Kedah, yang hanya Akmal Rizal sudah pasti tidak diturunkan akibat nasib yang sama.

Nampaknya bahagian serangan masing-masing akan mengalami sedikit rombakkan.Apapaun yang pasti kini sabah juga menghadapi petaka baru,ramai pemain utamanya masing-masing sudah mengutip satu kad kuning.

Faktor-faktor tersebut sudah pasti memberikan satu bonus kepada skuad kenari kita tatkala bertembung si Badak di Likas nanti.

Andaikata keputusan di Likas nanti berkesudahan seri,sudah pasti kelebihan ternyata milik kita.Jika perlawanan ditambah kepada masa tambahan di Darulaman, sorakkan penyokong Kenari pasti memberi tekanan kepada sang Badak,apatah lagi jika ditentukan melalui sepakan penalti.

Apapun kepada para pemain,jangan jadikan tekanan bermain di depan penyokong sendiri di Darulaman sebagai penyekat kepad prestasi sebenar anda. Sedarlah kelebihan pertemuan kini lebih memihak kepada kita. Sempurnakan segala peluang dan ruang yang ada.

Syabas kedah kini sudah melankah jauh...teruskan kemenangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 23-11-04 08:26


Marcos, Hasmawi galas cabaran

TANPA penyerang terbilang, Akmal Rizal Rakhli, skuad bola sepak Kedah tidak pincang sebaliknya mengharapkan gandingan Marcos Magno Morales dan Hasmawi Hassan untuk merobek benteng pertahanan Sabah dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas malam ini.

Biarpun tersentak dengan ketiadaan Akmal Rizal yang terpaksa direhatkan selepas menjalani pembedahan, Kedah tetap yakin jentera serangan yang ada mampu memikul tanggungjawab untuk menjinakkan Sabah.

Biar apa pun terjadi, Kedah akan berjuang habis-habisan untuk menyekat Sabah daripada mencatat kemenangan selesa walaupun menyedari kelebihan lawan mereka yang beraksi di gelanggang sendiri.

Malah Kedah turut menyedari peningkatan mendadak Sabah di bawah jurulatih dari Portugal, Antonio Rocca Garrido.

``Tanpa Akmal Rizal diakui saya kehilangan penggempur yang licik tetapi ini bukan menjadi penghalang buat Kedah untuk mempamerkan aksi cemerlang.

``Saya masih ada Marcos dan Hasmawi yang mampu menggalas tugas meroboh benteng Sabah,'' ujar jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah.

Beliau mengakui gandingan kedua-dua pemain itu makin serasi dan dijangka memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan.

Katanya, para pemain kini telah bersedia untuk mengharungi cabaran separuh akhir selepas mencatatkan kejayaan manis pada peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Beliau menjangka perlawanan malam ini menarik memandangkan kedua-dua pasukan telah menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, semangat juang para pemain berada pada tahap yang tinggi ketika ini selepas mereka mengharungi mimpi ngeri sepanjang kempen Liga Super .

Pada saingan Liga Super, Kedah menduduki tangga tercorot daripada lapan pasukan yang bertanding dengan hanya memperoleh 15 mata daripada 21 perlawanan. Sepanjang saingan, Kedah hanya menang empat perlawanan, seri (tiga) dan tumpas dalam 14 perlawanan.

Bagaimanapun, Kedah kembali bernafas dalam saingan Piala Malaysia apabila muncul juara Kumpulan A.

Mohd. Azraai berkata, para pemain kini mampu mewujudkan gandingan yang berkesan hasil daripada sesi latihan dan motivasi yang dijalankan oleh pengurusan pasukan.

P/s: Insya-ALLAH gandingan ini akan menggegar pada malam ini...



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 23-11-04 08:27


Sabah, Kedah sama lantang

Oleh Halmi Samad


WUJUD kuasa positif di benak pemikiran pemain Sabah dan Kedah bahawa masih-masing akan menuai kemenangan selesa pada pertembungan separuh akhir pertama bola sepak Piala Malaysia 2004 di Stadium Likas malam ini.



Cuma yang berbeza ialah kadar tekanan lebih berpaksi kepada skuad tuan rumah yang berusaha memadam memori hitam dua kekalahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 serta 2003.

Senario itu jelas terpapar pada lakaran idea dua pengendali – Jose Garrido dan Mohd Azrai Khor Abdullah.

Ketika Mohd Azrai tampak lebih santai dengan menjelaskan betapa andai tewas 0-1 sekalipun Kedah mampu memperbaiki nasibnya pada perlawanan separuh akhir kedua di Alor Star Sabtu ini, jurulatih dari Portugal itu memerah otak bagi mencanai idea demi memburu kemenangan besar Sabah hingga mencecah angka 4-0, .

"Kalau anda tanya saya apakah bekalan selesa untuk kami, pasti saya akan katakan Sabah harus menang 4-0. Tapi soalnya adakah Sabah boleh menang 4-0?" tanya dengan nada serius ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Likas di Kota Kinabalu semalam.

"Saya fikir susah. Yang agak realistik ialah 3-0. Kedah sebuah pasukan yang sukar dikalahkan sekalipun tanpa penyerang nombor satu mereka (merujuk kepada Akmal Rizal Rakhli),” katanya.

Mohd Azrai pula membalas Kedah ‘sudah belajar hidup’ tanpa Akmal.

“Saya sudah ajar pemain supaya jangan fikirkan lagi soal Akmal. Apa cara sekalipun Akmal tak boleh diturunkan. Pemain nampak sudah boleh terima penjelasan saya. Jadi nampaknya mereka kini cukup selesa. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan tanpa Akmal.

“Saya juga sudah lama fikir soal strategi Kedah,” katanya.

Rentetan ketiadaan Akmal Rizal, kini terbayang petanda betapa pengendali itu yang gemar berbicara dengan lemah lembut untuk menggandingkan Marcos Magno bagi membentuk kombinasi serangan bersama Hasmawi Hassan sambil setiap umpanan daripada tengah dilakar Fauzi Nan, Fauzi Shaari dan Shariman Che Omar.

Sementara itu Garrido cuma menenangkan kebimbangan berikutan perkhabaran penjaga gol utamanya, Khairul Azman Mohamad demam dan tidak berlatih semalam.

"Benar Khairul demam dan dia tak berlatih hari ini (semalam). Saya sentiasa memantau keadaan Khairul dan yakin dia masih boleh diturunkan walaupun demamnya belum sembuh sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, kedua-dua pengendali itu bersetuju rekod pertemuan dalam Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004) tidak boleh dijadikan ukuran menggambarkan calon pemenang di Stadium Likas malam ini.

"Rasanya kedudukan seimbang sekarang. Kedah menang sekali di sini (Kota Kinabalu) pada pusingan ketiga Liga Super. Lepas tu kami seri 1-1. Tapi Sabah kalahkan kami 2-1 pada perlawanan Liga Super di sini. Jadi kedudukan statistik adalah sama," kata Mohd Azrai.

Pendapat pengendali Hijau Kuning itu dipersetujui Garrido yang menegaskan betapa pertemuan Piala Malaysia adalah satu lembaran baru untuk kedua-dua pasukan.




Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 23-11-04 08:28


Magno pikul tugas Akmal

Oleh Halmi Samad


SECARA tiba-tiba Marcos Magno menjadi insan yang paling penting dalam menjana impian tinggi Kedah untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2004.


Selepas nama penyerang nombor satu Malaysia, Akmal Rizal Rakhli diketepikan sesudah terpaksa menjalani pembedahan pergelangan kaki kanan demi menyelamatkan karier bola sepaknya, jurulatih Hijau Kuning, Mohd Azrai Khor Abdullah terpaksa menoleh ke arah Magno.

Dia amat mengharapkan penyerang berbadan tegap itu bersedia meledak gerakan penyudahan terbaik demi membantu Kedah ke final pada 4 Disember ini.

Setakat ini, Mohd Azrai sudah membayangkan mahu menggandingkan Magno bersama seorang lagi penyerang tempatan berkualiti, Hasmawi Hassan atau Mohd Rafdi Rashid.

Tetapi Magno mengakui betapa dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab berat demi merealitikan impian bekas juara itu untuk sekali lagi mengecapi detik penting dalam sejarah bola sepak Hijau Kuning.

"Saya memang dah tahu bahawa tugas pemain import memang jauh lebih berat daripada orang lain. Sebab itu kami diambil beraksi dengan mana-mana pasukan. Apabila ambil pemain import, setiap persatuan mahukan pulangan yang bagus. Saya sudah bersedia untuk bantu Kedah layak ke perlawanan akhir (Piala Malaysia) musim ini," katanya ketika ditemui pada sesi latihan petang di padang Pasukan Gerak Am (PGA) Kepayan dekat Kota Kinabalu semalam.

"Siapa rakan penyerang saya malam esok (ini) tak penting. Saya sesuai dengan Hasmawi dan Rafdi atau mana-mana pemain lain. Saya serahkan segala-galanya kepada jurulatih. Kalau jurulatih mahukan Hasmawi, saya tetap gembira. Begitu juga dengan Rafdi. Yang penting ialah kemenangan untuk Kedah," katanya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-04 08:31


..siapa tak kenal BADAK..suka main air kan !!! ...nak selalu berendam..yer tak???harap2 malam ini sang kenari akan balik dengan patah sayapnya !!!!look and lihat malam ini !!!!!

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 23-11-04 08:37


SEKARANG TINGGAL KURANG 24 JAM UNTUK KEDAH MENENTANG SABAH..........

Terpulang pada para pemain....

kepada peminat-peminat KEDAH jangan lupa kita pakat-pakat p stadium 27 hb ni....

PULUN KEDAH PULUN....

KITA PAKAT-PAKAT BALUN SABAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 23-11-04 08:44


Takpa kita tengok.....

sapa yang patah...

sayap KENARI or tanduk sang BADAk....

yang pasti BADAK akan ke ALOQ STAQ dalam keadaan tempang....

jangan lupa malam ni....

kita pakat-pakat dok depan TV....... jangan lupa pakai baju HIJAU KUNING....

dan SABTU ni kita sekali lagi pakai baju HIJAU KUNING kat darulaman....

dan 4 hb ni kita pakai buat kali terakhir untuk tahun ni di BUKIT JALIL....

FINAL MALAYSIA CUP

KEDAH VS PAHANG
8.45 malam
Stadium Nasional Bukit Jalil

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 24-11-04 23:57


KEDAH 0 SABAH 0

Kalau dilihat memang persembahan Kedah agak longgar malam tadi dan a little bit boring. Tetapi pada pandangan saya ia adalah satu taktikal coach agar Sabah tidak dapat bermain pantas seperti biasa. Jadi pada hemat saya ia berjaya walaupun ada beberapa keadaan yang mencemaskan gawang kita akibat kelonggaran bahagian tengah terutamanya pada bahagian Ah Guan.

Apa pun keputusan ini memang cukup melegakan kita. Dari segi penjaga gol, memang Megat cukup cemerlang, cuma sepakan golnya harus diperbaiki.

Satu lagi apabila dalam keadaan free kick atau pun sepakan percuma, kita harus lebih kemas mengekang lawan dan boleh bersaing bola tinggi. Nampak seperti agak meresahkan kalau lawan dapat lakukan set piece yang baik.

Walaupun kita jarang menyerang tetapi sekali sekala agak bahaya cuma tendangan pemain selalu melambung tinggi dan tidak mencemaskan Khairul Azman.

Kedah masih belum memasukkan Sarakmsak dan bagi saya ia boleh menjadi senjata untuk taktikal Kedah di Darulaman. Jadi kelebihan banyak berpihak kepada kita, cumanya jangan over confident.

Saya tertarik kepada tangkapan Megat malam tadi yang didakwa Pengadil luar kawasan gol. Kalau dilihat ulang tayang TV, rasanya memang tak keluar lagi dari kotak penalti...

Ikitibar yang boleh kita ambil ialah jangan buat kesilapan mudah yang membuatkan kad kuning dilayangkan macam Magno. Kita kena pandai kawal perasaan. Orang muda, darah sentiasa panas. Macam Magno baru 20 tahun umurnya dan juga pemain lain harus ambil iktibar dari insiden ini.

Saya tertarik dengan Rafdi yang banyak mencemaskan lawan dan gayanya yang agak kelam kabut banyak membuatkan pemain lawan terkeliru dan juga gerak badan beliau. Rafdi memang lebih sesuai bermain pada posisi semalam.

Apa pun, bagi saya malam tadi memang taktikal jurulatih Mr. Azraai berjaya...

SABAH: 1-Khairul Azman Mohamad, 2-Ronny Harun, 16-Nazrulerwan Makmor, 5-Mohamad Reithuddin Emran, 9-Leosmar S. Nascimento, 12-K. Sanbagamaran, 11- Andre Reindaldo D.S Esposito, 3-Mohd Arsyah Ayob, 25-Vun Ket Ming @ Billyton (13-Mohd Azizan Baba), 23-Bobby Gonzales (8-Zaykiel Leong), 18-Keith Gumbs.

KEDAH: 22-Megat Amir Faisal, 8-Cornelius Hunting, 2-A.Victor, 5-Muhamad Khairul Ismail, 6-Ooi Hoe Guan, 17-Mohd Fauzi Nan, 18-Shariman Che Omar, 20-Mohd Rafdi Abdul Rashid (Badrul Afzan Razali), 10-Cristiano Selbech (Fauzi Shaari), 23-Hasmawi Hassan, 9-Marcos Magno Morales.

Pengadil: Mohamad Rashid Hamat (Perak)




Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 25-11-04 00:10


Bangun 530 pagi naik bas 630 sampai airport KK jam 650 pagi.... kapai teghebang pula rosak di Kota Kinabalu pagi tadi...tunggu 'spare part' dari KL pukoi 10 baru sampai...lepas pasang tu 'take off' ke KLIA jam 1120 pagi...pilot pederas 850 km/jam, sampai KLIA 2.20ptg... (biasanya 2jam 45 minit) turun pastu naik balik kapai teghebang tu jugak balik Alog Stuck sampai jam 4 lebih...Kenari 76 dgn geng dia sambut.... balik rumah sampai dekat pukoi 5 dah. Dok baca posting sampai la ni.... letihhhh..lepaih bepeloh semalam.... berdiri tak duduk 110 minit!"

YA....KERJA KITA MASIH BERAT DAN MENCABAR. SYUKUR ALHAMDULILLAH PEMAIN TELAH BERMAIN HABIS-HABISAN DENGAN PENUH SEMANGAT..... SEBELUM MASUK PADANG PEGANG TANGAN BUAT LENGKONGAN DAN BERNYANYI LAGU 'HIJAU KUNING' DENGAN PENUH SEMANGAT.... NAK MENGALIR AIR MATA MERASAI SEMANGAT MEREKA KETIKA BERNYANYI BERSAMA-SAMA....

DAN MEREKA TELAH MELAKUKANNYA! WALAU ADA KECACATAN SANA SINI LANTARAN ADAT DALAM SUKAN INI...(biasalah dalam bola sepak) TETAPI PASTINYA MEREKA TELAH MEMBERI YANG TERBAIK DENGAN KESUDAHAN YANG MEMUASKAN.. dan akan terus melakukannya! SABAH DENGAN CURAK LANTANGNYA BERJAYA DISEKAT DIGELANGGANG MEREKA SENDIRI.... WALAU PUN KOS PERJUANGAN AGAK TINGGI!

Besok dan lusa Sang Kenari akan tumpukan masa untuk menyusun strategi tujuan memperkasakan Hijau Kuning digelanggang sendiri dipertandingan timbal balas 27 Nov. lantaran mara kepertandingan akhir Piala Malaysia.... satu pencapaian luar jangkaan... dipohon dengan izinNYA, dapat dijadikan hadiah Hari Keputraan KDYMM (Peminat No. 1 yang akan cuba berangkat jika keadaan mengizinkan selepas majlis Baca Yasin di Mesjid Zahir) sempena hari keputraan baginda yang sebenar pada 28 November...iaitu keesokan harinya. Alangkah cantiknya jika ini menjadi kenyataan!

Namun..TUGAS KITA MEMANG BERAT DAN LEBIH MENCABAR! Saya amat yakin dan meletak setinggi kepercayaan terhadap semangat juang pemain dan semua yang terlibat. Syukur kita kerana BARISAN PERTAHANAN gandingan utama Aouler, Victor dan Fauzi Nan yang bertindak hebat mengekang keghairahan Badak malam tu masih mampu kemas walau pun Shariman (yang turut cemerlang malam tu) terpaksa direhat dan diganti. Dan jangan hairanlah jika persiapan kita menghadapi pertandingan penentu ini akan melibat formula baru tanpa Magno! Pemain lain saperti Rafdi, Kiko, Pak Long, Saramsak, Somchat, Pelam, dan lain-lainnya yang pasti 'Membujur lalu melintang patah' ..'membelah dinding jika diarah'!!! akan dijadikan sandaran dan harapan.....

Kita akan teruskan perjuangan berasaskan semangat juang tidak berbelah bahagi, komitmen seratus peratus dan azam yang kukuh. Inilah sandaran utama kita (pasukan tercorot di Liga Super), dan inilah yang sebenarnya telah membawa kita hingga ketahap ini... inilah modal utama dalam situasi semasa...pencapaian bersandarkan kejujuran dan kesungguhan dalam perjuangan... dan perjuangan yang berteraskan keyakinan kepada diri sendiri...

PERCAYALAH....KENARI akan memberi segala-galanya, walau jatuh sakit dan rebah!

SALAM PERJUANGAN...'BIAR JASA JADI KENANGAN'

DAB


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 25-11-04 13:54


Kedah lega tanpa jaringan
Oleh SHARILFUDDIN SAARI

JURULATIH Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah dijangka menurunkan pemain importnya, Saramsak Kram pada perlawanan separuh akhir kedua bola sepak Piala Malaysia bertemu Sabah, Sabtu ini.

Ini kerana Kedah bakal kehilangan dua tonggak utamanya - Akmal Rizal Rakhli yang cedera disamping Marcos Magno Morales yang digantung permainan.

Marcos Magno Morales menerima kad kuning keduanya sewaktu perlawanan di Stadium Likas kelmarin dan terpaksa melupakan satu perlawanan sementara Akmal tidak dapat beraksi dalam perlawanan itu.

Marcos ketika ditemui di sebuah hotel di Kota Kinabalu selepas perlawanan itu, jelas kecewa kerana tindakannya sendiri.

Akibat gagal menahan marah dan menolak kepala pemain Sabah dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Mohd. Rashdi Hamat.

``Saya tidak dapat menahan marah kerana ditolak dua kali yang akhirnya memakan diri sendiri. Apa pun saya yakin barisan pemain lain mampu meneruskan aksi untuk perlawanan kedua nanti,'' katanya.

Di sebalik masalah kecederaan dan penggantungan, Mohd. Azraai tetap gembira dengan persembahan barisan pemainnya yang berjaya menyekat Sabah daripada mencipta kemenangan di Stadium Likas, kelmarin.

Perlawanan separuh akhir pertama itu berkesudahan seri 0-0.

Beliau menyifatkan para pemainnya telah beraksi dengan cukup baik walaupun tanpa mencipta sebarang jaringan.

``Bagi kami, bertahan daripada dibolosi merupakan satu kejayaan. Para pemain telah beraksi dengan cemerlang,'' kata ketika ditemui selepas perlawanan itu.

Pemain yang paling layak menerima ucapan tahniah daripada jurulatih itu tentunya penjaga gol Kedah yang mengekang banyak serangan daripada pasukan tuan rumah.

Menurut Mohd. Azraai, Megat Amir Faisal Al-Khalidi banyak menyelamatkan gawang Kedah daripada serangan berbahaya pasukan Sabah.

``Bagi saya, dia menjadi wira pasukan ini apabila memastikan gawang Kedah tidak dibolosi,'' kata beliau.



Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 25-11-04 13:55


Hijau Kuning tempang tanpa Magno
Oleh Halmi Samad


KEDAH terbang melintasi Laut China Selatan semalam dengan perasaan gembira berbaur duka rentetan penggantungan dua pemain tonggak, Marcos Magno dan Shariman Che Omar pada sisa 90 minit pertembungan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2004 di Stadium Darulaman, Sabtu ini.


Magno – penyerang import yang gemar memakai anting-anting berperanan penting menggempur benteng Sabah kelmarin tetapi malangnya tonggak Brazil itu dihadiahkan kad kuning kedua sesudah bertindak balas mengasari Nazrul Erwan Makmor pada babak kedua.

Dan ketiadaan penyerang berjersi nombor 8 berbadan tegap tinggi lampai itu kini mula dirasai jurulatih Hijau Kuning, Mohd Azraai Koh Abdullah yang menegaskan betapa jentera penggempur pasukan Kenari bakal berdepan tugasan berat di kandang sendiri Sabtu ini.

Begitupun Mohd Azraai enggan terus menangis dan berjanji akan memperkenalkan penyerang skuad bawah 21 tahun Malaysia, Kram Saramsak untuk membentuk kombinasi serangan bersama seorang lagi penggempur tempatan, Hasmawi Hassan di Alor Star nanti.

"Saya memang tak pernah gunakan Saramsak. Dia main dengan skuad bawah 21 tahun Malaysia. Saya akan gunakan peluang ini untuk mainkan dia bersama Hasmawi di atas. Saya rasa inilah peluang kami untuk kehebatan Saramsak.

"Kalau tak turunkan dia sekarang, sampai bila saya boleh tahu keupayaan sebenar Saramsak. Saya harap dia boleh penuhi strategi saya," katanya ketika ditemui hotel penginapan pasukan Kenari, Hotel Promenade Kota Kinabalu malam kelmarin.

Dalam pada itu, Magno berjanji akan terus menyemarakkan semangat juang rakan sepasukan sekalipun dia tidak dapat beraksi pada sisa 90 minit di Alor Star.

"Saya rasa menyesal kerana pendek akal. Saya ambil jalan mudah dengan pukul muka pemain Sabah (Nazrul Erwan). Tapi saya tak salah diri saya...pemain Sabah itu dua kali tendang kaki saya. Ini membuatkan saya jadi marah.

"Bila dia sepak kaki saya untuk kali ketiga, saya terus balas dan pukul muka dia. Saya menyesal kerana bertindak balas. Saya tahu saya sudah lakukan kesalahan. Malangnya saya tak boleh ubah keputusan pengadil," katanya dengan nada sayu.

Mohd Azraai percaya Mohd Rafdi boleh diturunkan pada separuh akhir kedua di Alor Star kerana hanya mengalami kecederaan ringan angkara berlaga dengan salah seorang pertahanan skuad Badak.

Pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Likas malam kelmarin berkesudahan seri 0-0 dan kini wujud petanda betapa Kedah bakal memulakan aksi di Alor Star Sabtu ini sebagai pasukan pilihan.

Sementara itu, pertembungan di Stadium Likas membuktikan betapa beratnya tugas Kedah tanpa Magno kerana Hasmawi dilihat sukar menembusi kekangan pertahanan naib juara Piala Malaysia 2003.

Sebaliknya Mohd Rafdi yang gemar bergerak sebagai flanker kiri dilihat acap kali memporak-peranda kubu Sabah dan hampir mencemaskan Khairul Azman Mohamed.

"Rafdi memang seorang pemain yang sangat komited. Saya fikir kecederaannya malam ini (kelmarin) tak berat. Saya rasa dia akan sempat sembuh sebelum aksi di Alor Star nanti," kata Mohd Azraai sambil mengharapkan peminat Hijau Kuning akan membanjiri Stadium Darulaman sebagai sokongan padu kepada Kedah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 25-11-04 13:56


Akmal sudah pasti tidak dapat membantu... Dituruti dengan Dua lagi tonggak iaitu Magno dan Shariman. Pastinya ia dilihat sebagai satu kecacatan buat Kenari. Kenari diibaratkan tempang! Bagi saya ia salah! Kita akui ketiadaan mereka memang memberi kesan tetapi berpegang kepada prinsip permainan berpasukan, saya cukup yakin dengan kemampuan kita.



Ada banyak sebab kerana “Semangat Stadium Darulaman” memang cukup menggerunkan lawan. Banyak sudah pasukan yang mengakui hakikat ini dan sebab itu Sabah mahu menang sekurang-kurangnya empat gol di Likas kerana bimbang dengan faktor ini.



Yang Berbahagia Dato’ Paduka Basri Akil sudah pasti tahu bagaimana untuk menangani situasi sebegini.



Berkenaan line up...



Berikut adalah pilihan saya...



Megat



G-Nan Aular Victor Somchart



Rafdi Khairun Pak Long Kiko



Samrakmsak Hasmawi



Bagi saya seandainya barisan ini diturunkan, InsyaAllah kita mampu melangkah ke final.



Saya nak highlightkan kepada pengganti Shariman. Somchart bukanlah pemain baru kerana beliau sudah biasa beraksi bersama Perlis dan ia sepatutnya tidak menjadi masalah. Malah ketika Shariman mengikuti latihan skuad kebangsaan Somchart berperanan mengisi kawasan tersebut. Ia bukannya masalah...



Pak Long seharusnya diletakkan sebagai kesebelasan utama kerana kerajinan Pak Long dan kualiti menyerangnya yang boleh memberikan sesuatu kepada Kedah. Di Sabah Ah Guan diturunkan disebabkan kepada taktikal. Kali ini corak permainan yang berbeza dan Pak Long sepatutnya bermula dari awal menggantikan Ah Guan. Jadi Khairun pula Harus lebih di bawah.

Bahagian serangan menjadi fokus utama kali ini... Kita ketiadaan Akmal dan kemudian Magno. Tetapi saya percaya kepada Hasmawi dan Samrakmsak. Beberapa hari sebelum perlawanan di Likas, saya terima satu sms dari Ustadenapio yang memetik perbulan dengan penolong jurulatih Penang yang mengatakan bahawa sepanjang 4 musim Hasmawi menjadi penjaring utama Penang, Hasmawi diletakkan di position Top Striker.



Kita lihat kembali pada perlawanan pertama Liga Supar di mana Hasmawi diletakkan sebagai top striker dan hanya tiga minit (rekod Penjaring gol pertama Liga Super) Hasmawi sudah menjaringkan gol. Kemudian Hasmawi diletakkan di bahagian tengah yang cukup asing olehnya oleh Mira.



Memang di Sabah Hasmawi nampak tenggelam kerana sudah lama tidak bermain di posisi itu tetapi InsyaAllah di Darulaman kali ini, Hasmawi akan kembali mempamerkan bisanya. Sama-sama mendoakannya...



Samrakmsak pula adalah senjata kita. Tak ramai yang tahu corak permainannya dan jika dilihat memang masih nampak budak-budak (umurnya pun masih muda) tetapi bagi saya, beliau merupakan seorang yang lasak, laju dan berstamina tinggi, cuma pengalaman sahaja yang kurang. Jika diberi kepercayaan, saya percaya Samrakmsak mampu membalasnya.



Apabila Magno dan Akmal tiada, bahagian tengah harus lebih berperanan dan sebab itu saya syorkan Pak Long diturunkan kerana Pak Long seorang pemain yang boleh hold dan dribble bola dengan baik.



Barisan pertahanan pula bagi saya suda mantap cuma perlu mengelak kesilapan mudah kerana pada tahap ini sedikit sahaja kesilapan bakal membawa padah.



Saya menghormati kekuatan Sabah tetapi bagi saya Sabah dalam keadaan yang cukup tertekan. Raut wajah Garrido sudah membayangkan betapa tertekannya pasukan Sabah. Memang Sabah pernah tewaskan Perak tahun lepas setelah seri di Likas tetapi harus dingat Kedah bukan Perak dan Perak bukan Kedah. Apa pun ia harus menjadi peringatan buat Kedah agar tidak terlalu yakin.



Buat peminat pula, ayuh kita penuhkan Stadium Darulaman dan sama-sama bersorak agar 11 pemain Sabah melawan kita semua. Kalau boleh kita sama-sama nyanyi dari awal untuk memberi sorakan padu kepada pasukan... Kalau bertuah may be kita akan dapat cabutan bertuah! Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu...



BERJUANGLAH SEJIWA MURNI





Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 17-12-04 20:42





kedah menang..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 02:23




dan akhirnya... kedah tewas atas kesilapan sendiri.. hmmm... sedihnye rase... jgn patah semangat... cuba lagi tahun depan... kedah memang buleh... pulun jedah pulun...

kita merancang Dia menentukan...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-12-04 00:10




tahun depan Kedah rentap dgn N9 pulak dlm Liga Perdana 2005 insyaAllah...

HOBIN JANG HOBIN!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

baitul_izzah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11156
Posting: 131
Dari: jitra,kedah

spain  


posticon Posting pada: 20-12-04 12:47


pulun kedah pulun...insya allah...!!!

-----------------
berjuang kerana Allah~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For baitul_izzahProfil   Hantar PM kepada baitul_izzah   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 22-12-04 22:31


..

Kedah ku...takpe la..kalah kali ni tahun depan cuba lagi..hafiz pegi stadium malam tu..semangat sokong kedah..sampai kepala kena water colour..tau!ish ish..orang tengok bola..die duq baling barang ..sabar je!

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 12-07-05 21:37


KEDAH dengan kehadiran semula marcos magno akan kembali disegani masa piala malaysia 2005 nanti..insyaAllah.. :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140078 saat. Lajunya....