Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 152
Ahli: 0
Jumlah: 152




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 36 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Luahan hati seorg bekas mufti..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Luahan hati seorg bekas mufti..

Please Mendaftar To Post


Oleh Luahan hati seorg bekas mufti..

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 13:38


Bekas Mufti Selangor tidak boleh lupakan bagaimana beliau dipecat

Saturday, October 23 @ 20:44:51 MYT


RAWANG, 23 Okt (Hrkh) - Walaupun sudah lebih lima tahun berlalu, bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom masih tidak melupakan bagaimana beliau boleh dipecat dari jawatan itu.

Ketika memberikan tazkirah Ramadhan di Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri malam tadi, Dato' Ishak masih menceritakan peristiwa hitam itu.




"Saya dipecat hanya dengan satu surat dari Ibu Kota kepada kerajaan negeri Selangor yang berbunyi 'Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan'," ceritanya kepada para hadirin.

Ia berlaku berikutan peristiwa beliau mengarahkan pihak penguatkuasa agama negeri Selangor bertindak ke atas tiga peserta pertandingan ratu cantik yang terdiri dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Saya bertindak begitu pula kerana saya masih ingat lagi kata-kata Tuanku Sultan Selangor, almarhum, ketika menyerahkan watikah perlantikan Mufti Selangor kepada saya.

"Baginda berkata, sekarang saya serahkan urusan agama negeri ini kepada Dato'. Jika Allah tanya saya di akhirat nanti apa-apa tentang agama, saya akan tunjukkan Dato' (sebagai orang yang bertanggungjawab). Saya pun jawablah kepada Tuanku Sultan, 'baiklah'," cerita Dato' Ishak kepada sidang hadirin.

Berdasarkan kepada itulah, katanya, beliau bertindak menangkap peserta ratu cantik yang sememangnya memakai pakaian tiga suku telanjang di depan beribu-ribu orang apabila memperagakan pakaian mandi dalam pertandingan itu.

"Saya ingat, saya akan naik pangkatlah selepas itu. Naik pangkat naik gaji. Ini kerana saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan baik iaitu melaksanakan tanggungjawab sebagai mufti.

"Rupanya tidak. Bukan pujian atau pangkat tetapi mudharat. Kerajaan negeri terima memo minta kerajaan negeri pecat saya," kata Dato' Ishak.

Beliau menyifatkan pemimpin negara yang ada sekarang lebih baik sedikit berbanding dengan pemimpin yang lalu.

"Apabila Mufti Perak berkata 'penganjur, penyanyi dan penonton konsert Sure Heboh berdosa kerana ia haram, saya dok ingat...tak lama lagi kenalah dia.

"Tetapi nampaknya pemimpin yang ada sekarang lebih baik sedikit. Dia tak arah pecat Mufti Perak. Cuma yang diarahkan jangan mainkan lagi isu itu. Semua media senyap sunyi tak main lagi isu itu. Kalau dia main lagi tentu mufti lain juga akan sokong Mufti Perak. Lagi susah dia," cerita Dato' Ishak.

Tazkirah Dato' Ishak malam itu mendapat sambutan luar biasa dari para hadirin.

Hampir kesemua mereka bangun dan pergi bersalam dengan Dato' Ishak sebaik sahaja selesai beliau memberikan tazkirah.

Soal pemecatan beliau bukanlah perkara utama dalam tazkirah itu tetapi peringatan kepada semua yang hadir betapa pentingnya mencari ilmu dan berusaha menjadi umat terbaik.

Umat terbaik pula adalah mereka yang menyeru kepada maaruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.

"Atas dasar mencegah kemungkaranlah dulu saya cuba menghalang pertandingan ratu cantik di Selangor," katanya. - ZS

p/s..bila umarak merasakan dirinya umpama tuhan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 16:19


Berani kerana benar. Inilah yg dinamakan amar ma'aruf nahi mungkar.....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

alKauthar
Warga Rasmi
Menyertai: 29.10.2004
Ahli No: 12163
Posting: 14
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-10-04 21:13





Semoga beliau mendapat pahala drpd Allah di atas keberaniannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alKautharProfil   Hantar PM kepada alKauthar   Pergi ke alKauthar's Website   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 30-10-04 14:46


teringat aku pesanannya

jangan sekali kau gentar pada hinaan manusia hanya kerana kau menegakkan yang sepatutnya...

jangan kau harta dan pangkat didunia ini mengaburi mata mu untuk mengatakan satu kebenaran

jangan sekali kau gentar saudaraku....

jangan sekali kau takut akan hinaan manusia pada mu hanya kerana kau cuba menegakkan kalimah Nya dibumi ini

PERJALANAN KEBENARAN DISUSURI DENGAN DURI YANG TAJAM

Baharom Ishak pernah berkata SAYA BUKAN ANTI KERAJAAN SAYA BERSIAP SEDIA UNTUK SETIA PADA KERAJAAN TAPI SAYA MENGAKUI SAYA ANTI KEMAKSIATAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 30-10-04 14:49


teringat aku pesanannya

jangan sekali kau gentar pada hinaan manusia hanya kerana kau menegakkan yang sepatutnya...

jangan sampai harta dan pangkat didunia ini mengaburi mata mu untuk mengatakan satu kebenaran

jangan sekali kau gentar saudaraku....

jangan sekali kau takut akan hinaan manusia pada mu hanya kerana kau cuba menegakkan kalimah Nya dibumi ini

PERJALANAN KEBENARAN DISUSURI DENGAN DURI YANG TAJAM

Baharom Ishak pernah berkata SAYA BUKAN ANTI KERAJAAN SAYA BERSIAP SEDIA UNTUK SETIA PADA KERAJAAN TAPI SAYA MENGAKUI SAYA ANTI KEMAKSIATAN



Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 30-10-04 18:25


berani kerana bernar, takut kerana salah. apa-apapun kalau lawan hukum agama ni nauzubillah la.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-10-04 06:34


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah cuba kita teliti sebahagian dari ucapan Datuk Ishak Baharom -

Beliau menyifatkan pemimpin negara yang ada sekarang lebih baik sedikit berbanding dengan pemimpin yang lalu.

"Apabila Mufti Perak berkata 'penganjur, penyanyi dan penonton konsert Sure Heboh berdosa kerana ia haram, saya dok ingat...tak lama lagi kenalah dia.

"Tetapi nampaknya pemimpin yang ada sekarang lebih baik sedikit. Dia tak arah pecat Mufti Perak. Cuma yang diarahkan jangan mainkan lagi isu itu. Semua media senyap sunyi tak main lagi isu itu. Kalau dia main lagi tentu mufti lain juga akan sokong Mufti Perak. Lagi susah dia," cerita Dato' Ishak.

Jelas bahawa slogan 'MALAYSIA BOLEH' terus berkumandang kerana semua boleh di Malaysia ini kan kan kan kan kan kan!!!!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Dari Sa'id bin Zaid, beliau menceritakan bahawa Nabi saw bersabda mafhumnya:
"Sesungguhnya riba yang paling mengerikan adalah mencemarkan kehormatan seorang muslim tanpa alasan." (dikeluarkan oleh Abu Dawud 4/269 dan Ahmad 1/190 lihat kitab Shahihul Jami 2/442).


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-10-04 17:27




ada seorang sahabat kata bila kerja2 baik kita lakukan dpt tentangan dari org ramai, maka itu adalah tanda2 kemenangan kita.

semuanya ada hikmah disebaliknya, yg penting kita terus berusaha utk tegakkan islam hingga ke akar umbi. wallahu alam

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

faza_islam
Warga Rasmi
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 290
Posting: 6
Dari: kuala kubu bharu

nepal  


posticon Posting pada: 02-11-04 12:44


wallahu 'alam..

saye ingat lagi dulu keluar pasal kuiz sms hukumnye haram..dah stop dah..

tp skrg ni dah start balik kt tv..

Bookmark and Share

    


  Member Information For faza_islamProfil   Hantar PM kepada faza_islam   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 14:23


mmmmmm...
mana2 perkara yg menguntungkan kerajaan dan mengenyangkang perut2 pemimpin maka jgn haraplah ianya akan ditutup atau diharamkan walaupun mufti atau ulamak yg tegur.

apa nak heran..
hukum ALLAH pun diorg lawan..

p/s.."saya tak jumpa ayat yg mengharamkan judi dlm al quran" ayat dr seorg bekas ketua polis negara..heheh..kesian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 09-11-04 22:33


emmmmmm......

kalau ikutkan memeng tak releven sebab-sebab pemecatan dato' ishak......mereka mengandaikan bahawa islamlah penghalang kemajuan....semoga mereka yang jahill ini dikembalikan kepada Allah dalam keadaan yang bertaubat..wallahuallam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12403 saat. Lajunya....