Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 199
Ahli: 0
Jumlah: 199




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 6 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: 15 syaaban yg terakhir


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» 15 syaaban yg terakhir

Please Mendaftar To Post


Oleh 15 syaaban yg terakhir

lynn
Warga Rasmi
Menyertai: 26.10.2003
Ahli No: 4690
Posting: 13
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-10-04 13:09


saya nak tanya skit u all semua betul ke lps 15 syaaban makruh utk kita puasa sunat? setahu saya beberapa hari sblm ramadhan je makruh utk kita puasa sunat tapi kalau 15 hari tu tak tau la plak coznya ramai dikalangan umat islam sendiri yg puasa sebulan dlm syaaban.saya ni kalau bab-bab hukum ni lemah skit...so bleh u all tolong bagitahu saya ttg perkara ni...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For lynnProfil   Hantar PM kepada lynn   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-10-04 13:15


ini adalah soalan ulangan.jika saudara/ri nak bertanya tentang bab hukum2 ni sila ke bahagian jejak addin..bab2 agamalah...

ini adalh jawapan ana dari bab tersebut..

Puasa Bulan Syaaban
terjemahan 1


Penanya- Azlinawati - Malaysia
Soalan - Berpuasa Separuh Bulan Ke-2 Bulan Syaaban.
Adakah dibenarkan berpuasa di antara dua minggu kedua dalam bulan Syaaban (iaitu hari ke 16 bulan Syaaban) hingga ke akhir Syaaban

Alhamdulillah kerana anda menaruh kepercayaan kepada kami. Semoga usaha kami yang dilakukan semata-mata kerana Allah menepati harapan anda.

Berpuasa dalam dua minggu kedua bulan Syaaban merupakan suatu isu yang kontroversi di kalangan sarjana/ulama Islam. Menurut Mazhab Hanbali, berpuasa pada ketika itu adalah makruh. Mazhab Syafie pula berpendapat bahawa berpuasa dalam tempoh itu adalah haram. Majoriti sarjana/ulama Islam menyatakan bahawa berpuasa dalam tempoh itu adalah dibenarkan.

Dengan itu, daripada pengamatan kami, kami mengatakan bahawa seseorang Islam itu sepatutnya mengelakkan diri daripada berpuasa dalam masa 2 minggu kedua bulan Syaaban, kecualilah orang yang berpuasa dalam tempoh itu merupakan orang yang sudah menjadi kebiasaan/kelaziman baginya berpuasa pada hari-hari biasa yang lain, seperti kebiasaan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu, atau kerana orang itu hendak membayar/mengganti puasa bulan Ramadan yang lalu yang tertinggal sebelum menjelangnya bulan Ramadan yang baru.

Abu Hurairah (ra ) melaporkan bahawa Nabi saw bersabda: “Apabila bulan Syaaban sudah berlalu separuh bulan, janganlah berpuasa." (a-Albani mengelaskan hadis ini sebagai "sahih".

Hadis di atas menandakan bahawa orang Islam tidak dibenarkan berpuasa mulai 16 Syaaban hinggalah ke hujung bulan Syaaban.

Bagaimanapun ada pula laporan yang mengatakan bahawa dibenarkan berpuasa pada tempoh yang dinyatakan di atas. Umpamanya:

Abu Hurairah (ra) berkata: Nabi bersabda:" Jangan (kamu) harapkan Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelum tibanya (Ramadan) itu, tetapi jika seseorang itu lazim berpuasa, maka biarkanlah dia berpuasa." (Dilaporkan oleh al-Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas, kata pendapat golongan ini, menandakan bahawa seseorang itu dibenarkan berpuasa selepas 15 Syaaban (yakni mulai 16 Syaaban) sehingga penghujung Syaaban jika orang itu mempunyai kebiasaan berpuasa, seperti halnya orang yang lazim/biasa berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis, atau orang yang lazim berpuasa selang sehari, dan yang seumpamanya.

Aisyah (ra) berkata: Nabi (saw) "biasa /lazim berpuasa sepanjang Syaaban dan baginda biasa juga berpuasa dalam bulan Syaaban kecuali beberapa hari sahaja (yang baginda tidak berpuasa dalam bulan Syaaban). (Dilaporkan oleh Muslim).

Al-Nawawi berkata bahawa rangkap kedua dalam kenyataan berbunyi: "Baginda biasa/lazim berpuasa pada keseluruhan Syaaban dan beliau lazim /biasa berpuasa sepanjang Syaaban kecuali beberapa hari sahaja yang baginda tidak berpuasa " memperjelaskan ungkapan pertama, dan perkataan "sepanjang" menunjukkan "kebanyakan hari dalam bulan Syaaban".

Hadis-hadis di atas mengatakan bahawa berpuasa selepas separuh bulan Syaaban itu dibenarkan tetapi hanya bagi orang yang meneruskan puasanya selepas dia berpuasa pada 2 minggu pertama bukan Syaaban. Mazhab Syafie menyelusuri semua hadis ini dan beliau berkata:

"Adalah tidak dibenarkan untuk berpuasa selepas separuh bulan pertama Syaaban (yakni mulai 16 hb) kecuali bagi mereka yang sudah mempunyai corak berpuasa yang menjadi kelaziman mereka, atau bagi mereka yang meneruskan puasanya kerana telah berpuasa dua minggu pertama dalam bulan Syaaban/atau kerana orang itu telah berpuasa sebelum Syaaban lagi. "

Ada sesetengah sarjana/ulama berpendapat bahawa larangan di sini membawa makna haram . (Lihat Al-Majmoo, 6/399-400; Fath al-Bari 4/129)

Sesetengahnya pula, seperti al-Ruyani, mengatakan bahawa larangan di sini harus difahami sebagai membawa maksud makruh dan bukannya haram.

Dalam kitab Riyadh al-Saliheen (hlm. 412): Imam al-Nawawi ada membincangkan satu bab bertajuk “Larangan mengharapkan/menjangkakan Ramadan dengan berpuasa selepas separuh bulan Syaaban, kecuali bagi orang yang menyambung puasanya selepas berpuasa sepanjang bulan Syaaban (2 minggu pertama Syaaban) atau bagi mereka yang sudah terbiasa berpuasa seperti mereka yang berpuasa pada hari Isnin dan Khamis."

Sesetengah sarjana/ulama berpendapat bahawa hadis yang melarang berpuasa selepas separuh bulan Syaaban itu adalah hadis lemah, dan berdasarkan hal itu mereka berkata bahawa berpuasa selepas separuh bulan hingga ke akhir Syaaban itu tidak makruh.

Al-Hafiz berkata: Majoriti sarjana/jumhur ulama berkata bahawa puasa sunat selepas separuh hingga ke akhir Syaaban dibenarkan dan mereka menggagap hadis tentang larangan itu adalah hadis lemah. Juga, di kalangan mereka yang mengatakan hadis itu lemah ialah al-Bayhaqi dan al-Tahhawi.

Ibn Qudamah berkata dalam Al-Mughni bahawa Imam Ahmad berkata mengenai hadis ini: "Hadis itu bukan hadis yang baik (hasan). Kami tanyakan kepada Ab al-Rahman ibn Mahdi tentang hadis itu dan beliau tidak mengelaskan hadis itu sebagai hadis sahih, dan beliau tidak meriwayatkannya kepada saya. Beliau seriang mengelak daripada memperkatakan tentang hadis ini."

Ibn al-Qayyim berkata: "tentang mereka yang berpendapat bahawa wujud percanggahan antara hadis ini dengan hadis-hadis yang membicarakan tentang puasa dalam bulan Syaaban, tidak ada percanggahan. Hadis-hadis itu membicarakan tentang berpuasa separuh bulan bersama-sama dengan separuh bulan sebelumnya, dan tentang kelaziman /kebiasaan berpuasa separuh bulan kedua, manakala hadis itu membicarakan tentang larangan berpuasa dengan sengaja hanya sesudah bulan melebihi separuh bulan, bukan tentang puasa bagi orang yang lazim/biasa melakukannya atau puasa bersambung selepas berpuasa selepas 2 minggu (bahagian pertama ) bulan berkenaan (Syaaban)." [Sila lihat huraian di atas].

Almarhum sarjana/ulama terkemuka Saudi Syeikh Ibn Baz telah ditanya tentang hadis yang menyebut bahawa berpuasa selepas separuh bulan Syaaban tidak dibenarkan. Katanya,

“Ini adalah hadis sahih seperti yang dikatakan oleh Syeikh Nasir al-Deen al-Albani. Apa yang dimaksudkan (dalam hadis itu) ialah bahawa adalah tidak dibenarkan untuk memulakan berpuasa mulai separuh bulan (ertinya 16hb Syaaban). Tetapi jika seseorang itu berpuasa pada tempoh sebahagian besar atau keseluruhan bulan itu, maka di adalah mengikut Sunnah.(Majmoo` Fatawa al-Shaykh Ibn Baz 15/385)."

Lebih-lebih lagi, sarjana terkemuka Saudi Syeikh Ibn ‘Uthaymeen berkata dalam ulasannya mengenai Riyadh al-Saliheen (3/394):

"Kalaulah hadis itu sahih sekalipun, larangan di dalamnya tidak bermakna ianya haram, tetapi sebaliknya ia hanya makruh, oleh sebab sesetengah sarjana/ulama memahami hadis itu bermaksud demikian (makruh). Akan tetapi barang siapa memang mempunyai kebiasaan/kelaziman berpuasa, sepatutnyalah dia berpuasa meskipun jika dia berpuasa selepas separuh bulan Syaaban hingga ke akhir Syaaban."


WA


-----------------
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali 'Imran: 104)



Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

lydecker
Warga Rasmi
Menyertai: 23.10.2003
Ahli No: 4605
Posting: 10
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-10-04 16:01


wooo
baru faham

Bookmark and Share

    


  Member Information For lydeckerProfil   Hantar PM kepada lydecker   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 21:06


alhamdulillah ada pun posting ni...ana pun dah jadi confius..syukran alhaq

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

virtualmovement
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7206
Posting: 141
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-10-04 16:55




Bookmark and Share

    


  Member Information For virtualmovementProfil   Hantar PM kepada virtualmovement   Pergi ke virtualmovement's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.413855 saat. Lajunya....