Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 233
Ahli: 0
Jumlah: 233




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 39 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: surat cinta syahdu...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» surat cinta syahdu...

Please Mendaftar To Post


Oleh surat cinta syahdu...

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 12:22


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain
dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi
tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.


Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi
setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh
perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari
aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba
bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku
tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku,
kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung
bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan
mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati
dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu
sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah
sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?





Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

puteri_addin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.07.2003
Ahli No: 2095
Posting: 24
Dari: pantai remis, perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 21:05


huuhuu...
syahdu nyer...
biler cipta surat cinta nih..?



-----------------
BILA HATI BERSIH
SEMUANYA DILAKUKAN
IKHLAS SEMATA-MATA KERANA
ALLAH S.W.T

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_addinProfil   Hantar PM kepada puteri_addin   Pergi ke puteri_addin's Website   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-10-04 21:15


he he..ini surat cinta paling kreatif pernah kujumpa... blh dapat anugerah nie...he he..syahdunya....he he

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

HaDeN
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11141
Posting: 42
Dari: Jakarta-Bekasi, Nusantara

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 21:41


ketika suratmu datang...

jiwaku terbang...

bagai layang-layang...

jauh tinggi melayang...

menuju angkasa bertabur bintang...

menunggu cinta jauh di sebrang...

moga cinta ini takkan hilang...



-----------------
[B]Jangan takut dan jangan sedih saudaraku, there's no impossible things in this world[/B]
visit my stylish [URL=http://geocities.com/hadenworld/]home[/URL]
[IMG]http://www.animations-galore.com/Images/Animals/penguin.gif[/IMG]


Bookmark and Share

    


  Member Information For HaDeNProfil   Hantar PM kepada HaDeN   Pergi ke HaDeN's Website   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 06-10-04 22:56


syahdu ke....
npk mcm zalim jer... belasah itik sampai 4 ekor... sian itik2 tak berdosa tu.... he....he

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

MiraUmairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 837
Posting: 33
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 13-10-04 18:09


sungguh puitis , inovatif lagi kreatif.....memang sesuai dihantar buat manusia yang memusnahkan harapan merobekkan impian agar tersangkut segala usus terbelit di esofagus....tahniah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MiraUmairahProfil   Hantar PM kepada MiraUmairah   Quote dan BalasQuote

nur_na
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.09.2004
Ahli No: 11456
Posting: 45
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-04 16:04


aduh...terharu diri ini mengenangkan keperitan yang dikau tanggung....sungguh ku tak menyangka, kau terluka dek perbuatan si dia yg sepatutnya kau rendam dia dlm tin sardin yg dah berkarat lepas tu campak dlm gaung biar anjing makan....baru padan muka dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_naProfil   Hantar PM kepada nur_na   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-10-04 12:16


terharunya, ni bercinta dgn apa?? dgn tiang letrik ker??? sampai kena tunggu berbuah???

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097537 saat. Lajunya....