Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
tereturubuzu: 7 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 18 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: melampau!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» melampau!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh melampau!!!!

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 11:27


Israel paksa warga Palestin minum air kencing

BANDARAYA GAZA: Tentera Israel terus berkelakuan jijik terhadap penduduk Palestin yang melintasi pos pemeriksaan dengan memaksa seorang pekerja Palestin meminum air kencing mereka.

Akhbar Israel, Ma’ariv, mendedahkan pekerja malang itu, Sameeh, diberi dua pilihan oleh tentera yang mengawal pos pemeriksaan Abu Dees iaitu sama ada kaki dan tangannya dipatahkan atau meminum air kencing anggota tentera.

Sameeh, 24 , yang bertugas sebagai pelukis, tiba Sabtu lalu bersama-sama 20 penduduk awam lain di pos pemeriksaan terbabit dan kemudian ditahan serta dibawa ke pangkalan tentera Israel.

Dia memberitahu Ma’ariv mengenai kekejaman yang dilakukan pihak tentera dan dipaksa memilih satu daripada tiga kertas di dalam kotak.

Setiap kotak mencatatkan beberapa cara hukuman berbeza termasuk mematahkan tangan, kaki dan meminum air kencing tentera.

Katanya, apabila dia enggan mengambil bahagian dalam acara yang dianggap ‘hiburan’ oleh tentera rejim Zionis, tentera lantas menyerangnya dan menyembur wajahnya dengan air kencing.

“Selepas saya tidak tahan lagi, saya menolak anggota tentera itu, kemudian enam lagi melompat ke atas saya dan menghala senjata M-16 ke arah saya, mengarahkan saya meminum air kencing atau ditembak mati,” katanya.

Sameeh menambah, dia dipaksa meminum air kencing itu sehingga pengsan. Dia kemudian ditemui beberapa penduduk awam lain berhampiran pos pemeriksaan dan dihantar ke klinik Abu Dees yang kemudian mengeluarkan sisa air kencing dari perutnya.

Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Beit Jala dan ditahan di situ hingga Isnin.

Laporan perubatan menunjukkan dia tiba di hospital dalam keadaan histeria akibat kekejaman penyeksaan yang dilaluinya.

“Saya ingat ketika dipaksa minum air kencing, saya minta tentera menembak saya kerana saya sudah tidak peduli lagi,” katanya.

Tambahnya, dia tidak tahu jenis penderaan yang dilalui pekerja lain dan menjelaskan, dia bimbang tentera akan membalas dendam jika dia membuat aduan mengenai insiden itu.

Tentera Israel, yang mengawal pos pemeriksaan seluruh wilayah Palestin yang dirampas kerap memaksa penduduk Palestin mengambil bahagian dalam ‘hiburan’ itu, ketika seorang penduduk di Hebron patah tulang hampir keseluruhan badan apabila dipaksa mengambil bahagian sama seperti dilalui Sameeh. – Agensi

Bookmark and Share

  


  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: :: Terengganu/Selangor ::

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 15:50




Nama 'pangkat' pun dah Laknatullah...

Takde pape yang perlu dihairankan dengan perbuatan kaum syaitan ni....

Wallahua'lam...

-- Bila kita nak tunjuk kuasa kita pula? takkan hanya nak adakan perjumpaan islam antarabangsa, pastu biar camtu ajer...sedih2

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

  


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 23:45


laknatullah

Bookmark and Share

  


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Zuhairi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6256
Posting: 106
Dari: Selayang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-04 12:04


Sabarlah bangsa palestin. Segalanya hanya ujian Allah pada umat akhir zaman ni.

"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dgn kemampuannya..." -Al-Baqarah:256

Di mana-mana pun diserang, di palestin serangan fizikal oleh israel laknatullah alaih. Di Malaysia pulak, serangan minda melalui trend/budaya2/pakaian/ org kafir nih. (Ghazwul fikr) ..


-----------------
"Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu Islam"

Bookmark and Share

  


  Member Information For ZuhairiProfil   Hantar PM kepada Zuhairi   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 15:37




Ya Allah peliharalah Islam dari kezaliman manusia
satukanlah umat Islam di mana jua....Aamiin

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 09:37


Ya Allah,berikanlah kemenngan kepada kaum muslimin

Bookmark and Share

  


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 28-09-04 10:14



adakah umat islam hanya ditakdirkan untuk berdoa sedang kaki tangan masih mampu untuk melawan...
Nabi berdoa jua tapi dalam masa yang sama mereka turut maju...menentang dan berperang

umat islam kini telah ditimpa penyakit wahan...
seorang sahabat Nabi saw bertanya apakah wahan itu wahai Nabi....

PENYAKIT CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI

Bookmark and Share

  


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 04:03


persoalannya mengapakah umat di zaman ini...
dipermainkan sesuka hati oleh musuh kita...
tiada pembelaan dari Tuhan utk umat ini...
kerna cinta dunia & takut mati (al-wahan)...

ternyanyi lagu Raihan la plaks....

Bookmark and Share

  


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

yanzu_ummi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-04 00:29


Ya Allah..berikanlah kejayaan..kemenangan kepada para mujahidin di sana..semoga apa yang berlaku dapat kita jadikan iktibar dengan keamanan umat Islam di Malaysia...

Bookmark and Share

  


  Member Information For yanzu_ummiProfil   Hantar PM kepada yanzu_ummi   Quote dan BalasQuote

warsha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.10.2004
Ahli No: 12144
Posting: 129

Pahang  


posticon Posting pada: 18-11-04 02:45


amin.....

Bookmark and Share

  


  Member Information For warshaProfil   Hantar PM kepada warsha   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 18-11-04 05:08


yaa robbal aa' lamin

Bookmark and Share

  


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-11-04 14:12


hehhe..
cuma nak tau peranan OIC dan NAM yg dibawah Malaysia negara islam contoh.
byk mana peranan malaysia.
wisma putra senyap aje.
pejabat PM pun tak kata apa.
mmmmmm..
sama aje nampaknya.
atau mungkin Malaysia juga hanya mampu berdoa sahaja.atau mungkin nak jaga negara sendiri.
atau mungkin juga buat tak tahu sahaja.

p/s..bukan nak tunding jari.
cuma nak rakyat negara ini insafi diri.


Bookmark and Share

  


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

najwa_hayati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.09.2003
Ahli No: 3625
Posting: 182
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-11-04 06:31


hehhe..
cuma nak tau peranan Firdaus_Azimi yg dibawah pemerintahan Malaysia negara islam contoh.
byk mana peranan firdaus.
tangan senyap aje dari menulis surat bantahan.
mulut pun tak kata apa utk mewar-warkan pada bangsa malaysia yang bagaikan dibawah tempurung .
mmmmmm..
sama aje nampaknya.
atau mungkin Firdaus_Azimi juga hanya mampu berdoa sahaja.atau mungkin nak jaga kepentingan diri sendiri.
atau mungkin juga buat tak tahu sahaja.

p/s..bukan nak tunding jari.
cuma nak rakyat negara ini insafi diri.

Bookmark and Share

  


  Member Information For najwa_hayatiProfil   Hantar PM kepada najwa_hayati   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 19-11-04 11:42


bersyukurlah kerana negara kita aman sentosa.

Bookmark and Share

  


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

khairul_hafizi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11403
Posting: 2
Dari: kota kinabalu

Sabah  


posticon Posting pada: 19-11-04 15:40


org kafir bermaharajalela skrg utk menindas org islam...memang amat memilukan bila saudara kita di aniaya, namun bila kita fikir balik, kita juga yg salah kerana tidak bersatu menentang kezaliman. contohnya, org islam sendiri yg memberi peluang kepada org kafir bertindak kejam. perpecahan dan kruntuhan iman menjadi faktor utma. sentiasa memberi peluang utk bertindak kejam....renungkan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For khairul_hafiziProfil   Hantar PM kepada khairul_hafizi   Pergi ke khairul_hafizi's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 20-11-04 21:22


mari sama2 kita tengok...apa yang pemimpin2 efara islam buat..haya bercakap kosong sahajakah ataupun OHHHH....I seeeee..

Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-12-04 22:54



ni satu lagi!
Yahudi biadab mandi di kolam masjid


RAMALLAH: Pelampau Yahudi bertindak kejam mencemari kesucian sebuah masjid dan kawasan perkuburan di Baitulmaqdis, dengan mengorek kubur warga Palestin, selain kencing, membuang air besar dan minuman arak di dalamnya.



Anggota pelampau Yahudi itu termasuk wanita dan kanak-kanak, juga bertindak biadab dengan mandi-manda di sebuah kolam berdepan Masjid al-Walaja yang turut digunakan penduduk Islam untuk mengambil wuduk.

Sebuah perkhidmatan media Palestin memetik Yayasan Aqsa - jawatankuasa khas Palestin bagi memulihara makam penduduk Islam mendedahkan semalam, anggota pelampau Yahudi itu melakukan kekejaman itu di kawasan perkuburan perkampungan al-Walaja di barat daya Baitulmaqdis.

Anggota jawatankuasa yang melawat tempat kejadian menyatakan, pelampau Yahudi itu mencemar kesucian kawasan itu dengan mengorek kubur dan bermain dengan rangka dan tulang si mati.

“Mereka turut membuang botol arak dalam kubur berkenaan. Apa yang lebih menyedihkan, kesan najis dan bau busuk air kencing itu masih ketara, bukan saja pada kubur yang dirosakkan tetapi juga batu nesan.”

Sehubungan itu, yayasan berkenaan berikrar akan memulihara kesucian masjid berkenaan dan kawasan perkuburan itu dengan seberapa segera.

Selain menghadapi kekejaman pelampau Yahudi itu, pihak berkuasa rejim Zionis juga melancarkan operasi mengusir penduduk asal perkampungan itu sejak 1967 selain memusnahkan rumah di kawasan itu.

Sementara itu, pihak berkuasa arkeologi Zionis mengakui dalam sepucuk surat diserahkan kepada Mohammed Suleiman, peguam Yayasan Aqsa itu yang mereka menemui kawasan perkuburan Islam lama di bandar Yafa.

Pengakuan itu dibuat selepas Suleiman mengemukakan permintaan supaya pihak berkuasa terbabit mengumumkan hasil penemuan kerja pengorekan yang dilakukan di kawasan Souq Al-Ataq di Yafa. – Agensi

Bookmark and Share

  


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-12-04 23:05


biadap betul kafir

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-12-04 10:29


dah name kapir laknat nak wat camner

Bookmark and Share

  


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-12-04 11:17



Eee.....geramnya....Melampau.

Bookmark and Share

  


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-12-04 11:32




sabor sayatetapsaya... kalau anta geram, ana lagila geram.....

-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-12-04 21:00


amiiin...

Bookmark and Share

  


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

aDesh
Warga Rasmi
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13264
Posting: 1
Dari: daRus saLam

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 24-12-04 15:27


saper yg kafir sebenarnya? tolong explain skit..


Bookmark and Share

  


  Member Information For aDeshProfil   Hantar PM kepada aDesh   Quote dan BalasQuote

zahratul_ikhwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4985
Posting: 235
Dari: Chendering

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-12-04 11:51


apa nak jadik sekarang nie....
isk,,isk,,isk,,

Bookmark and Share

  


  Member Information For zahratul_ikhwanProfil   Hantar PM kepada zahratul_ikhwan   Pergi ke zahratul_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12406 saat. Lajunya....