Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 109
Ahli: 0
Jumlah: 109




  Yang Masuk Ke Sini
tereturubuzu: 7 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 18 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Please Mendaftar To Post


Oleh Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 20:05


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.


-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

  


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-09-04 01:32


sesungguhnya mati itu sangat dahsyat....
nabi saw bersabda..orang yang bijak ialah orang mengingati mati.....ingat mati ialah salah satu daripada wasiat nabi..iaitu wasiat yg bisu..wasiat yg berkata kata ialah alquran...
pernah satu hari tu...ade sahabat yg buat kenduri...lepas habis majlis tu..terdapat sekumpulan sahabat sedang bergelak ketawe..nabi saw menghampiri diorang dan berkata...kalaulah kamu tahu betapa azabnya mati...pasti kamu takkan mempunyai mase utk ketawe...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 22:35




Lihatlah betapa sayangnya nabi pada umatnya sehingga akhir kalamnya bukan dgn kalimah syahadah tetapi "umatku, umatku"

Betapa sedihnya Rasulullah SAW di alam sana bila melihat amalan umatnya yang dibentangkan jauh daripada sunnahnya dan umatnya meninggalkan kerja yang telah baginda wariskan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 22:46


ninja...boleh tolong terangkan sikit apekah amanah dan kerja yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah ke atas bahu sekalian umatnya?

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

yahiko
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11027
Posting: 62
Dari: tyne & wear

Kedah  


posticon Posting pada: 27-09-04 23:02


Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”

Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita...

Bookmark and Share

  


  Member Information For yahikoProfil   Hantar PM kepada yahiko   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 28-09-04 11:57



kalau Nabi saw yang maksum itu pun dapat merasakan dahsyat dan keperitan mati...apalagi kita hamba biasa yang banyak dosa

Bookmark and Share

  


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-09-04 23:32


yahiko cayalah...
ape yang nabi tinggalkan..ermm...bende paling biase yang kite dengar..sunnahla kan..


Bookmark and Share

  


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 23:55


Betapa kasihnya Nabi SAW pada umatnya.
Dalam satu hadis ada diceritakan bahawa apabila tibanya kiamat semasa hari kebangitan, Rasulullah saw juga turut dibangkitkan dari tempat persemadian jasadnya yang suci. Semasa baginda SAW akan dibangkitkan, dua malaikat dihantar ke bumi bagi menyambut kebangkitan Rasulullah SAW dengan membawa pakaian dan wangian daripada jannah. Di kala Rasulullah SAW bangkit dan keluar dari tempat persemadiannya, maka sedang tanah yang masih terlekat pada tubuhnya yang mulia itu dikait dan dibersihkannya, maka perkataan yang mula-mula keluar dari mulut baginda ialah "di manakah umatku", tanya rasulullah kepada kedua-dua malaikat tersebut

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 23:55


Betapa kasihnya Nabi SAW pada umatnya.
Dalam satu hadis ada diceritakan bahawa apabila tibanya kiamat semasa hari kebangitan, Rasulullah saw juga turut dibangkitkan dari tempat persemadian jasadnya yang suci. Semasa baginda SAW akan dibangkitkan, dua malaikat dihantar ke bumi bagi menyambut kebangkitan Rasulullah SAW dengan membawa pakaian dan wangian daripada jannah. Di kala Rasulullah SAW bangkit dan keluar dari tempat persemadiannya, maka sedang tanah yang masih terlekat pada tubuhnya yang mulia itu dikait dan dibersihkannya, maka perkataan yang mula-mula keluar dari mulut baginda ialah "di manakah umatku", tanya rasulullah kepada kedua-dua malaikat tersebut

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-09-04 00:00


MasyaAllah...betapa kasih dan sayangnya Rasulullah terhadap umatnya. Mari kita semak, apakah amalan yang telah kita sediakan untuk dibentangkan oleh Allah di hadapan baginda SAW pada setiap hari Isnin dan Khamis? Adakah amalan kita hari ni bertepatan dengan sunnah dan sarirah Nabi SAW? Insaflah wahai teman-temanku....

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-09-04 00:11


jage la sume sunnah...lagi best...korang jadikanla diri korang tu macam nabi saw...sejibik..!!
contohnya...janggut macam nabi...rambut macam nabi...jalan macam nabi...baju macam nabi...cene nabi makan..cene nabi saw tdo..ape nabi buat bile masuk masjid...ape nabi buat bile pakai selipar...banyak lagi la...nak tahu lebih banyak...kene carik arr buku sunnah yang berlambak di pasaran....
baru arr cinte pada nabi saw tu hadir dengan sendiri...


Bookmark and Share

  


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118213 saat. Lajunya....