Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 162
Ahli: 0
Jumlah: 162




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 27 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Murka-Mu atau Kasih-Mu


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Murka-Mu atau Kasih-Mu

Please Mendaftar To Post


Oleh Murka-Mu atau Kasih-Mu

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-09-04 15:09


....
sekadar renungan buat diriku yang lalai..

Maha Suci Tuhanku, yang Maha Tinggi dan Maha Memberi. Tiada Tuhan selain Allah. Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi segala kerajaan dan pujian. Dia berkuasa atas segala sesuatu.


Wahai Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Tuhan dan Penguasa segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Aku memohon perlindungan Engkau dari kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya.


Wahai Tuhan, aku memohon daripada Engkau kemaafan dan kesejahteraan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan harta bendaku. Wahai Tuhan, tutuplah keaibanku. Selamatkanlah aku dari ketakutan. Aku mohon berlindung dengan-Mu daripada dikhianati.


Wahai Allah, Aku hanya sanggup menerima ketentuan daripada-Mu sahaja . Janganlah orang lain dapat menguasaiku selain Engkau. Janganlah Engkau cabut perlindungan-Mu daripadaku. Janganlah lupakan aku daripada mengingati-Mu dan janganlah masukkan aku dalam golongan yang lalai.


Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau jadikan diriku. Aku hanyalah hamba-Mu. Aku berusaha seberapa daya untuk melaksanakan janji-Mu. Aku memohon berlindung kepada-Mu daripada keterlanjuran perbuatanku. Wahai Tuhan, terlalu banyak nikmat-Mu kepada ku, terlalu banyak dosaku maka ampunilah dosaku. Tiada dapat yang mengampuni dosaku selain Engkau.


Wahai Tuhan, berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepada tubuh badanku, pendengaranku dan penglihatanku. Tiada Tuhan selain Engkau. Wahai Tuhan, aku memohon keredhaan dari Engkau selepas sesuatu hukuman, kehidupan yang tenteram selepas mati, pemerhatian yang lazat kepada wajah-Mu yang mulia, rasa asyik untuk menemui-Mu tanpa sebarang kesempitan yang menyusahkan dan bukan fitnah yang menyesatkan, Wahai Tuhan, aku memohon berlindung kepada Engkau daripada melakukan kezaliman dan dizalimi, melampau dan dilampaui. Atau melakukan kejahatan yang tidak Engkau ampuni.


Wahai Tuhan, aku memohon daripada Engkau ditetapkan segala dalam urusan, kesungguhan dalam kecerdikan. Aku mohon daripada Engkau untuk mensyukuri nikmat-Mu, sempurna beribadat. Aku mohon daripada Engkau hati yang khusyuk dan sejahtera, akhlak yang lurus, lidah yang benar, amalan yang diterima. Aku mohon daripada Engkau kebaikan yang Engkau ketahui. Dan aku memohon berlindung kepada Engkau dari kejahatan yang engkau ketahui. Sesunggi=uhnya Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui.


Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku sama ada yang akan datang atau yang telah lepas, yang tersembunyi, atau yang nyata. Engkau lebih mengetahui daripadaku. Sesungguhnya Engkau yang Awal dan Engkau yang Akhir. Engkau berkuasa atas segala sesuatu.


Wahai Tuhan. aku memohon daripada Engkau Iman yang tidak goyah, nikmat yang tidak kehabisan, sejuk panjangan yang berpanjangan. Wahai Tuhan, aku memohon daripada Engkau segala kebaikan, meninggalkan segala kejahatan, mengasihi orang miskin. Aku memohon daripada Engkau kasih sayang-Mu, mengasihi orang yang mengasihi-Mu, mengasih semua amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada mengasihi-Mu. Aku memohon supaya Engkau menerima taubatku, mengampuni dan merahmatiku. Apabila Engkau mahu menurunkan fitnah terhadap sesuatu kaum, maka peliharalah aku dari sebarang fitnah.


Wahai Tuhan, demi ilmu-Mu tentang perkara ghaib, kekuasaan-Mu atas segala makhluk, hiduplkanlah aku dengan kehidupan yang baik untukku, matikanlah dengan kematian yang baik untukku. Aku mohon daripada-Mu rasa takut kepada-Mu di waktu yang ghaib dan nyata, berlaku adil semasa reda dan marah, bersederhana semasa kaya dan miskin, rasa lazat memandang wajah-Mu, rindu menemui-Mu. aku memohon berlindung daripada-Mu daripada kesempitan yang menyusahkan lagi menyesatkan.


Wahai Tuhan, hiasilah kami dengan perhiasa Iman. Jadikanlah kami petunjuk yang benar. Wahai Tuhan, anugerahlah kepada kami rasa takut kepada-Mu yang menghindari kami daripada melakukan maksiat, ketaatan kepada-Mu, keyakinan yang menolong kami menghadapi kesusahan-kesusahan dunia dan akhirat.


Wahai Tuhan, penuhilah wajah kami dengan sifat malu. Sifat malu kepada-Mu. Janganlah hati kami takut dan gentar kepada-Mu. Letakkanlah dalam hati kami keagungan-Mu agar seluruh anggota kami tunduk berbakti kepada-Mu. Jadikanlah hati kami mencintai-Mu lebih baik daripada segala-galanya. Janganlah hati kami takut kepada-Mu lebih daripada segalanya.


Wahai Tuhan, jadikanlah permulaan hari ini kebaikan bagi kami, pertengahannya kaemenangan dan akhirnya kejayaan. Wahai Tuhan jadikanlah permulaannya rahmat, pertengahannya nikmat, penghujungnya kemuliaan dan keampunan. Seagala puji bagi Allah yang segala sesuatu tundujk kepada keagungan-Ny, yang hina segala sesuatu kerana kehebatan-Nya, yang tunduk segala sesuatu kepada kerajaan-Nya. Yang berserah segala sesuatu kepada kekuasaan-Nya. Segala puji bagi Allah yang tenang segala sesuatu kerana kehebatan-Nya, lahir segala sesuatu kerana kebesaran-Nya.


Wahai Tuhan, dengan kekuasaan-Mu ke atasku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Dengan kelembutan-Mu terhadapku, maafkanlah kesalahanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Dengan pengatahuan-Mu terhadapku, kasihanilah daku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan kekuasaan-Mu terhadapku, jadikanlah aku dapat menguasai nafsuku, jangan biarkan ia mengasaiku. Sesungguhnya Engkau adalah Raja yang Maha Hebat. Maha Suci Engkau, segala puji bagi Engkau, tiada Tuhan selain Engkau. sesungguhnya aku menanggung kejahatan dan ku menzalimi diriku, maka ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Tuhanku, tiada yang mengampuni dosa selain Engkau. Wahai Tuhan berilah petunjuk kepadaku, periharalah daku dari kejahatan dirku. Wahai Tuhan berilah rezeki yang halal. Janganlah Engkau seksa daku kerananya. Jadikanlah daku merasai cukup dengan apa yang Engkau rezekikan. biarkanlah aku menggunakannya untuk kabaikan yang Engkau terima. Aku mohon daripada Engkau keampunan, kesihatan, keyakinan yang baik dan kemaafan di dunia dan di akhirat. Wahai Tuhan yang tidak bermudarat dengan dosa hamba-Nya dan tidak kurang dengan keampunan yang dianugerahkan. Anugerahkanlah kepadaku perkara yang tidak memudaratkan-Mu, berikanlah kepadaku perkara yang tidak mengurangi-Mu.


Wahai Tuhan kami, turunkan kepada kami kesabaran dan wafatkan kami dalam keadaan menyerah diri(Islam). Engkau penolongku di dunia dan akhirat, wafatkan akiu sebagai seorang Islam dan tempatkan aku dalam lingkungan orang salih. Engkau penolong kami, maka campurilah dan kasihanilah kami. Engkau sebaik-baik pemberi ampun. Tetapkanlah bagi kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Kepada Engkau kami bertawakal dan kepada Engkau kami akan kembali.


Wahai Tuhan kami janganlah jadikan kami fitnah bagi kaum yang zalim. Wahai Tuhan kami janganlah jadikan kami fitnah bagi orang kafir. Ampunilah kami wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Wahai Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan ketelanjuran kami, tetapkanlah kaki-kaki kami dan menangkan kami atas orang kafir.


Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara mara kami yang telah mendahului kami dengan iman. Jangan jadikan dalam hati-hati kami rasa iri hati bagi orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang penyayang lagi belas kasihan. Wahai Tuhan kami limpahkan kepada kami kerahmatan dari sisi-Mu dan sinarilah urusan kami dengan petunjuk. Wahai Tuhan kami berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkan kami dari azab neraka. Wahai Tuhan sesungguhnya kami mendengar seruan yang menbgajak kepada iman maka kami telah beriman. Maka ampunilah dosa-dosa kami, hapuskan kejahatan-kejahatan kami dan wafatkan kami bersama orang yang baik. Wahai Tuhan berikanlagh kepada kami apa yang Engkau janjikan kepada kami melalui para Rasul-Mu, janganlah Engkau hina kami pada hari qiamat. Sesungguhnya Engkau tidak mengingkari janji.

..........................................
Ya Allah Engkaulah maksudku..Redha-Mu itu yang kuharapkan..cinta-Mu yang didambakan



Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 20-09-04 22:07


aku keliru..
antara murka & cinta-Mu..
biarlah, selagi ada redha-Mu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-09-04 22:11


Semoga ada keredhaan untukku walau kemurkaanmu sering ku cari.....

Sesal dahulu pendapatan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 20-09-04 22:35




Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun...

Fikirkanlah...




Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 23:16






bertuahnya jiwa andai dalam hidup ini ..sering bersama kasih Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

yasminjamilah
Warga Rasmi
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9717
Posting: 15
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-09-04 15:28


Quote:

On 2004-09-20 22:11, edlin wrote:
Semoga ada keredhaan untukku walau kemurkaanmu sering ku cari.....

Sesal dahulu pendapatan.....



mana mungkin ada keredhaan utkmu jikalau kamu masih mencari kemurkaan dariNya...WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For yasminjamilahProfil   Hantar PM kepada yasminjamilah   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 23-09-04 03:36




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahi rabbil 'alameen.. Wassolatu wassalamu 'ala asyrafil anbia' i walmursalin.. wa 'ala alihi wasohbihi ajma'een..

Ya Allah.. Peliharalah diriku, kedua ibubapaku, adik2 yg aku kasihi dan sahabat handai yg aku sayangi.. Ya Allah, akhirkanlah hayat kami dlm keadaan Engkau tlh pun redha kpd kami, mengampuni dosa2 kami dan menerima taubat kami.. Tempatkanlah kami bersama2 hambaMu yg beriman dan beramal soleh.. Yakni mereka yg memperoleh kejayaan dan kebahagiaan dlm hidup di dunia dan akhirat..

Ya Allah, kurniakanlah kpdku kasih insan yg menyintai dan mengasihiMu.. Yg kasihnya kpdku menjadikan aku semakin hampir kpdMu.. Dan kasihku kpdnya menjadi pendorong utk dia mendekatkan dirinya kpdMu.. Dan kurniakanlah kpd kami zuriat yg soleh dan solehah sbg penyejuk mata dan penawar hati kami.. Tetapkanlah hati kami utk istiqamah di jlnMu dan tempatkanlah kami bersama hamba2 Mu yg Engkau kasihi..

Wahai Tuhan kami.. Jgnlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah.. Wahai Tuhan kami.. Jgnlah Engkau bebankan kpd kami beban yg berat sebagaimana yg tlh Engkau bebankan kpd orang2 yg terdahulu drp kami.. Wahai Tuhan kami.. Jgnlah Engkau pikulkan kpd kami apa yg tak terdaya utk kami memikulnya.. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kpd kami.. Engkaulah Penolong kami, maka bantulah kami ke atas kaum yg kafir..

Wahai Tuhan kami.. Jgnlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami.. Dan kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dr sisiMu.. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yg melimpah-limpah pemberianNya..

Wahai Tuhan kami.. Berilah kpd kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.. Dan peliharalah kami dr azab Neraka..

Ameen ya Rabb..


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100986 saat. Lajunya....