Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 218
Ahli: 0
Jumlah: 218




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Pilihanraya Kampus UIAM 2004


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Pilihanraya Kampus UIAM 2004

Please Mendaftar To Post


Oleh Pilihanraya Kampus UIAM 2004

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 11:37


Pilihanraya Kampus UIAM 2004

Alhamdulillah, akhirnya UIAM masih berjaya mempertahankan 'kubu' MPP dengan para mahasiswa berfikrah dan berakhlak Islamiah yang bakal memimpin selama satu penggal. Walaupun pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang benci pada tertegaknya pimpinan Islam di Taman Ilmu dan Budi, termasuklah mengedarkan risalah HARAPAN palsu untuk memburukkan para calon, me'munafik'kan para calon (besar dosanya) dan pelbagai fitnah yang dilemparkan dan dijadikan isu. Sedangkan di pihak mahasiswa yang pro kepada Islam, dengan redha dan sabar menjalankan kempen dengan cara yang 'halal', tidak seperti pihak di sebelah 'sana' yang sibuk mencaci dan menghina calon lain. Akhirnya, menangis tidak berlagu di atas kekalahan besar ini...

Biarpun akhbar-akhbar perdana sudah mula 'berbohong', bermula dari keputusan kerusi yang tidak dipertandingkan, hakikatnya berikut adalah keputusan yang sebenarnya, yang disaksikan bermula dari 'tarikh keramat' 13hb hingga 15hb September. Mahasiswa pro Islam telah berjaya menyapu semua kerusi yang dipertandingkan (termasuk kerusi calon Antarabangsa yang ditaja serta 5 daripada 6 kerusi yang tidak dipertandingkan), manakala pihak 'sana' hanya mampu menyapu 1 kerusi Architecture yang merupakan 'kubu' kuat mereka. Maka selepas ini, saudara-saudari bolehlah tersenyum sinis melihat keputusan-keputusan di akhbar yang penuh dengan pembohongan!

Alhamdulillah, semoga kemenangan ini di sisi keredhaan Allah SWT. Kepada calon-calon yang berjaya, semoga amanah yang ditaklifkan ini akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin, untuk mengelakkan fitnah kepada Islam umumnya dan kepada jemaah khususnya. Ingat! Pihak 'sana' sentiasa mencari kesalahan (atau mencipta kesalahan) demi menjatuhkan Islam. Moga istiqamah sentiasa...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2004-09-16 16:13 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 11:43


mabruk.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 11:52




Tahniah pada mereka yang berjaya. Moga dapat terus istiqamah dengan perjuangan.

Pilihanraya kampus semakin agresif kini...

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ain_khansaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11145
Posting: 63
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 12:28




Alhamdulillah atas nikmat kemenangan. tahniah buat YB-YB baru UIAM dan sume universiti tempatan yang lain. juga takziah buat mereka atas tanggungjawab yang terpikul untuk MENGISI KEMENANGAN.
Ingatlah... Kekalahan atau kemenangan kedua2nya adalah ujian buat kita semua.

apa yang pasti... tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar dan meletakkan syariat allah dihadapan tidak akan terhenti walau apa terjadi kerana jalan perjuangan menengakkan yang haq itu panjang..

akhirul kalam..
selamat berjuang
ALLAHU AKBAR!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_khansaaProfil   Hantar PM kepada ain_khansaa   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 12:31


Alhamdulillah!..syukur bebanyak kehadrat ilahi kerana dengan pertolongan dari Allah UIAM masih lagi menjadi kubu kuat jemaah!..semoga UIAM akan terus beristiqamah dalam menebarkan gerakan islam mereka!..utk warga UPSi ana ucapkan syabas kerana gerakan jemaah dapat mempertahankan jemaah!!..Takbir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 12:46


... alfun mabruk atas pertolongan-NYA..moga antum terus istiqamah atas amanah ini...
ana sedih atas pembohongan demi penipuan yg dilemparkan...moga ALLAH kurniakan yg 'terbaik' atas usaha mereka menghancurkan deen ini...!!

Takbir !!...Allahuakbar !!!

-----------------
ana..ukhtukum fil Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 16-09-04 12:49




mabruk.. lps ni jlnkan la amanah yg dah dipertanggungjawabkan dgn sebaik mungkin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

hidayahnur
Warga Rasmi
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3940
Posting: 18
Dari: Perak bumi bertuah

Perak  


posticon Posting pada: 16-09-04 14:20


Tahniah buat semua yang berjaya....semoga setiap langkah kita diiringi restu ILAHI...So buat semua sahabat2 di UIAM, lepas ni meh kita bagi support untuk barisan MPP yg baru.Jangan lupa dapatkan borang untuk jadi sub.commity.satu pengalaman yang berguna &memori yang indah yang tak dapat kat society2 lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayahnurProfil   Hantar PM kepada hidayahnur   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 16-09-04 14:27



Tahniah buat warga UIAM dan UPSI yang masih yakin dengan kebenaran. tidak tunduk kepada kebatilan. sekuat mana cabaran Insyallah boleh diatasi selagi berpandu pada al-Quran dan Sunnah kekasih-Nya... buat yang menang... jalankan amanah sebaiknya. jadikan ianya amal untuk bekalan menempuh alam akhirat kelak.... Tahniah...

untuk warga UKM.... bukan kalah. namun 'ketakutan kepada manusia, melebihi ketakutan kepada Allah' adalah asbab yang perlu di perbaiki. bukan PR MPP matlamat perjuangan. tapi ke arah mendaulatkan Islam. usahakanlah mana yang terbaik... good luck... salam aspirasi untuk budak2 Aspirasi UKM. sesi depan ugutlah mahasiswa lagi yekkkkkkk

DIMANA BUMI DIPIJAK DI SITU ISLAM DI JUNJUNG

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

walllessmeem
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9000
Posting: 35

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-09-04 14:51


tahniah kepada mpp uiam... semoga anda dapat mengundang redha-Nya di perkampungan ilmu... uiam. cuma.. anda perlu berhati2 dan tidak alpa atas anugerah kemenangan.ingat... serigala menyerang apabila kita alpa.... semoga fikrah islam dapat disuntik dalam diri pelajar islam....doakan kami... uitm mache

[ Posting ini telah di edit oleh: walllessmeem pada 2004-09-16 14:53 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For walllessmeemProfil   Hantar PM kepada walllessmeem   Quote dan BalasQuote

junamaskana
Warga Rasmi
Menyertai: 29.01.2004
Ahli No: 6862
Posting: 3

Kedah  


posticon Posting pada: 16-09-04 16:24


Akum...idup UIA...mmg la skang nie demam politik kampus...bukan laei dmm akademi fantasia...bagus a tue..br la intellectual nyer dmm kan???..ha..Jue sokong awk salafian...mmg btul tue...kn ka bagus klau Islam mng...dh termaktub pn dlm Quran yg agama dicc Allah is Islam...by da way...camna ngan U lain?ade kengkwn baca?UM yg sblm nie kubu kuat parti yg m'juangkan Islam pn dh jatuh ke tgn parti lwn..caner nie?syukur UIA still maintain....Alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For junamaskanaProfil   Hantar PM kepada junamaskana   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 16:35


Apa yang pasti, kemenangan ini diiringi dengan linangan air mata, apabila sahabat-sahabat kami di UM (antara 'kubu' terkuat') terpaksa 'menyerahkan' kerusi MPP pada puak Aspirasi setelah menerima tekanan yang hebat daripada pihak-pihak tertentu. Cuba bayangkan, apabila 16 calon yang dikatakan 'pro-Islam' dibatalkan penyertaannya tanpa sebab yang relevan? Di manakah keadilan? Di dalam akhbar heboh berkenaan keadilan sistem pilihanraya di UM. Tanya sendiri pada siswa dan siswi UM hakikat yang sebenarnya. Cukup pahit! Kami di sini sentiasa berdoa agar sahabat-sahabat di UM dapat buat come back di masa yang akan datang, insyaAllah. Allah SWT Maha Mengetahui segalanya...

Apa pun, alhamdulillah. UIAM adalah lambang pilihanraya yang telus, adil dan seimbang. Semoga keadaan ini akan dikekalkan oleh pihak atasan....

Manakala di dua lagi 'sahabat' kita, UPM dan UKM seperti sudah dapat dijangka keputusannya. Usah ditangisi atas kekalahan ini! Kita masih belum tewas. Perancangan Allah itulah yang terbaik. KuiTTHO begitu juga. Kebenaran pasti akan datang. Niat perjuangan, hanyalah kerana Dia Yang Maha Agung...

Manakala di UTM, UPSI dan KUSTEM, alf mabruk! Moga kita senantiasa istiqamah di landasan syariat-Nya...

P/s: Saya bukan berpolitik membabi-buta, tetapi hakikatnya begitu perit keadaannya. Di manakah keadilan sejagat di negara demokrasi Malaysia?

Allahu Ta'ala a'lam...

-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 12:14


Alhamdulillah Tahniah buat semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

nurilyana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4815
Posting: 142
Dari: Alor Setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 12:40



ALFUN MABRUK buat ukhti dan akhi UIAM..
sebagai warga UIAM..rasa bersyukur dan berbangga..Alhmadulilah..
TAKBIR!ALLAHUAKBAR!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilyanaProfil   Hantar PM kepada nurilyana   Pergi ke nurilyana's Website   Quote dan BalasQuote

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 14:34


Tahniah Salafian and the geng. Hari tu datang kempen kat bilik aku ye. Tahniah, terutama sekali kat Abdul Shakur, HS constituency. Jeli hari tu sedap, lain kali bagi banyak-banyak sikit

Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 16:33


Quote:

On 2004-09-17 14:34, SystemOfAdown wrote:
Tahniah, terutama sekali kat Abdul Shakur, HS constituency. Jeli hari tu sedap, lain kali bagi banyak-banyak sikit



Ana pun nak ucapkan alfu mubarak buat Abang Shakur atas kejayaan menawan HS Constituency. Pada awalnya ana dan CG2 lain agak bimbang juga kerana mendapat saingan sengit dari...??? Tapi syukurlah, kemenangan masih di pihak kita.

Pian, kalau tak silap akak, kita juga terlepas kerusi di CENTED (Centre of Education and Human Development). Depa menang uncontested. Silly mistake jer sebenarnya. Insya Allah... kita akan cuba perbaiki tahun depan.

P/S : SystemOfADown, jelly tue memang sedap. Tengoklah siapa yang membungkusnya.....

"/images/signmawarputih.gif">


[ Posting ini telah di edit oleh: mawarputih pada 2004-09-17 16:34 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 17-09-04 17:31


Hidup UIA! Hidup UIA! Hidup UIA!






-----------------

Jom Pakat² Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 17-09-04 17:59



Hmmm...bagus...bagus. Semoga Islam terus berdiri walaupun sekencang mana angin dakyah kemunafikan terus menggoncang kekuatan Islam. Harap-harap kejayaan ini akan terus berkekalan dan disusuli pulak dengan u lain..insyaallah


-------------------------------------------
Hidup ini dipenuhi dengan masalah,
Tanpa masalah bukanlah hidup namanya,
Tapi jangan sekali-kali mencari masalah,
Biarlah masalah mencari kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 18:05


warahmatullahi wabarakatuh..

ALFUN MABRUK!! CONGRATULATIONS!! TAHNIAH!! buat pimpinan baru di bumi maincamp...semoga usaha antum sentiasa diredhai Allah..

Lain pula halnya di bumi matrix ni..tak taula ke mana hilang nilai Islamiknya...bagi ana, Solidarity Night yang diadakan semalam kurang Islamik dan seolah-olah mahu menghapuskan nilai-nilai Islam yang ada..hmm..kalau ada sahabat sahabiah yang pegi program tu semalam, mesti faham apa yang ana maksudkan.Semoga pihak MSCC lebih peka terhadap perfomances yang akan diselitkan di dalam sesuatu program..Malam Khamis orang baca Yasin, ni duk nyanyi pulak..

Ana bukannya nak ekstrim atau ape ke bende..tapi cuba lah berfikiran rasional..hmm..ntahla..

~Wassalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 19:10


Ini ada pesanan dari pimpinan baru SRC. Pesanan nie ana terima melalui sms. Sepatutnya kena forwad mesej nie, tapi disebabkan kredit tidak berapa mengizinkan, jadi ana sebarkan kat sini sahaja.

"Syukur pada Ilahi. Lafaz terima kasih diucapkan kepada semua pengundi, atas mandat besar barisan baru SRC. Siapa kami tanpa undi anda. Kekal bersama arus perubahan. Wear red @ maroon on monday to show your support. Selamat menghadapi final exam. Please forward."

Jadi warga UIAM semua... Jom kita pakat ramai2 pakai baju warna merah or maroon pada hari Isnin ini untuk menunjukkan sokongan kita pada pucuk pimpinan baru SRC. Sebarkan pada mereka yang belum tahu.

Insya Allah... nanti kalau berkesempatan, ana akan sertakan keputusan rasmi pilihanraya kampus UIAM pada posting akan datang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

syamin_raw85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 285
Posting: 46
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 21:06


Syabas kepada barisan2 WUFI yang skali lg berjaya mengekalkan kedudukan mereka setelah hampir enam tahun berturut2 berada di pucuk pimpinan MPP UIAM. Juga turut tahniah kpd barisan2 pembangkang lain spt PKPIM yg tlh masuk bertanding skali lg stlh sekian lama mendiamkan diri dan tlh mencuba nasib namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Semoga kejayaan ini berkekalan dan menjadikan UIAM sebagai benteng pertahanan yang kuat bagi org2 yang menegakkan Islam dan kebenaran daripada anasir2 lain yang ingin melunturkan semangat Islam dan membawa masuk pengaruh2 mungkar.

-----------------
"Idea yang bernas dan akal fikiran yang matang datang dari ketenangan. Kesilapan itu datangnya daripada kegopohan dan emosi."

Bookmark and Share

    


  Member Information For syamin_raw85Profil   Hantar PM kepada syamin_raw85   Pergi ke syamin_raw85's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-09-04 16:27


Quote:

Pian, kalau tak silap akak, kita juga terlepas kerusi di CENTED (Centre of Education and Human Development). Depa menang uncontested. Silly mistake jer sebenarnya. Insya Allah... kita akan cuba perbaiki tahun depan.



Wakil CENTED, Bro. Azman dihantar oleh kulliyyah. InsyaAllah, neutral orangnya...

Moga tenaga SRC pada penggal ini meneruskan perjuangan mengIslahkan bi'ah UIAM, merealisasikan visi dan misi UIAM, amin...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-09-04 16:32


Quote:

On 2004-09-17 14:34, SystemOfAdown wrote:
Tahniah Salafian and the geng. Hari tu datang kempen kat bilik aku ye. Tahniah, terutama sekali kat Abdul Shakur, HS constituency. Jeli hari tu sedap, lain kali bagi banyak-banyak sikit



Terima kasih! Kemenangan ini kemenangan kita bersama. Moga Allah SWT meredhai kejayaan ini...

Ehe...kantoi la plak! Dapat gula-gula ke? Abdul Shakur, my big brother...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 18-09-04 16:38


...
Ana sebagai student UPSI,berbangga dengan kemenangan nie...InsyaAllah kita akan cuba pertahankan kerusi kita....Takbir........!Allahu Akbar...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

najmah
Warga Rasmi
Menyertai: 14.03.2004
Ahli No: 7974
Posting: 2
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 19-09-04 12:21


mabruk...
tahniah kepada saf pimpinan mpp uiam dan upsi, gunakanlah mandat yang diamanahkan dgn sebaiknya untuk perjuangan Islam..
kepada yang belum berjaya, ingatlah kemenangaan akan hadir juga akhirnya dengan izin Allah.usaha dan istiqoamah dlm perjuangan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najmahProfil   Hantar PM kepada najmah   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-09-04 22:21


Quote:

On 2004-09-17 18:05, nawwal wrote:
Lain pula halnya di bumi matrix ni..tak taula ke mana hilang nilai Islamiknya...bagi ana, Solidarity Night yang diadakan semalam kurang Islamik dan seolah-olah mahu menghapuskan nilai-nilai Islam yang ada..hmm..kalau ada sahabat sahabiah yang pegi program tu semalam, mesti faham apa yang ana maksudkan.


hmm betul kata nawwal tu. Memang terkejut tahap 'badak' bila dengar mc jemput 'Anuar Zain' ke stage nyanyi lagu 'Keabadian Cinta' dan beberapa lagi 'orang kehormat IIUMC' ke stage buat performance 'kesenian' tak sangka sungguh. Ingatkan buat jamuan biasa-biasa je, tapi 'luar biasa' lak. Terkejut dan rasanya ramai yang beristighfar dalam AMF Hall tu. Bukan nak kata kami ni ekstrim, tapi ... hmm ntahlah, susah sikit kami nak terima benda macam tu. Siapa yang ada sekali dalam AMF malam tu, maka mengertilah makna posting kami ni.

Dan, nawwal, tak boleh juga untuk kita menyalahkan pihak MSCC sebulat-bulatnya sebab mungkin mereka sendiri terpaksa menerima persembahan-persembahan tersebut kerana 'orang atas' yang buat persembahan. Mungkin juga tekanan.

Dan lepas ni, tak tahu lah nak jadi apa ngan IIUMC ni. Bila dah 'orang atas' pun buat persembahan sebegitu, maka yang 'bawah' akan mengatakan "orang atas boleh buat, nape lak kami buat salah?"
so, apa yang kita akan jawab.
Mana Islamiknya IIUM ni??? !!!

OKlah, tak nak panjangkan luahan perasaan ana ni. Balik ke topik asal.

ALFUN MABRUK !!! buat saff SRC UIAM yang baru. Galaslah tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya. Ia adalah amanah dari ALLAH. Moga ianya melimpah ke MC of IIUM ni.

(kami dah tak bebas. Dikongkong. Terpenjara... )

ma'assalamah

~ We Unite For Islam ~


-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

armieza
Warga Rasmi
Menyertai: 14.06.2003
Ahli No: 1406
Posting: 3
Dari: armieza

Johor  


posticon Posting pada: 25-09-04 16:45


,
Oklah..tahniah atas kejayaan yang telah dicapai. Sbg pelajar yang juga siswi UIAM, apa yang saya harapkan jalankanlah tugas yang telah diamanahkan. Buktikan segala janji yang ditaburkan... Insyaallah orang yang benar sentiasa mendapat lindungannya.

Untuk semua warga IPTA mahupun IPTS bersedia untuk menhadapi 'demam final exam'. Buatlah sehabis boleh.


Bookmark and Share

    


  Member Information For armiezaProfil   Hantar PM kepada armieza   Quote dan BalasQuote

huda1002
Warga Rasmi
Menyertai: 22.09.2004
Ahli No: 11321
Posting: 14

Perak  


posticon Posting pada: 27-09-04 14:16





tahniah buat sahabat2 di uiam.. sesungguhnya kemenangan sahabat2 disana memberi kekuatan kpd kami di sini..



[ Posting ini telah di edit oleh: huda1002 pada 2004-09-27 14:22 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For huda1002Profil   Hantar PM kepada huda1002   Quote dan BalasQuote

pai
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11405
Posting: 15
Dari: ampunk

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 19:07



MABRUK... buat sahabat2 di IIUM

buat sahabat di IPTA lain teruskan perjuangan... lawan tetap lawan...

bagi mereka yg kalah, kesabaran ujiannya. Bagi mereka yg menang ujub ujiannya..

semarakkan ISLAM

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

adios
chow


Bookmark and Share

    


  Member Information For paiProfil   Hantar PM kepada pai   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 10:03




SEGALA KEPUTUSAN SUDAH DIPEROLEHI SETIAP IPT..DAN MASING2 MENERIMA DGN KETERBUKAAN.Allah janjikan kemenangan pd yg berusaha..

Perjuangan menegakkan kalimah ALLAH bukan terletak pd pilihanraya semata-mata..kita hanya membawa simbol kumpulan..hakikat yg pasti setiap jiwa itu yg mainkan peranan utk satu kemenangan hakiki..
Apa guna kita sedar kita individu muslim,sdgkan tatacara kita sendiri tidak menggambarkan akhlak cerminan Rasulullah..
Kita berbangga dgn kemenangan..sdgkan pd waktu yg sama..kita lupa pd Tuhan.Mencari kesalahan orang..Menganggap kita sudah cukup kuat dan benar..wallahua'lam

Satu analis ringkas ttg senario yg berlaku..





Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

syafika
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.10.2004
Ahli No: 11542
Posting: 45
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-10-04 12:28


..........alhamdulillah
atas kejayaan MPP UIAM.saya pelajar usm sendiri amat sedih semasa pilihanraya kampus diadakan di usm.pelbagai tuduhan palsu yang dilemparkan oleh pihak ASPIRASI .Tapi Alhamdulillah Allah sentiasa bersama orang2 yang benar.
Walaupun kita mencapai kejayaan dalam MPP ini, perjuangan kita jauh beribu batu.jangan berbangga dengankejayaan yg dicapai kerana musuh sentiasa mencari peluang unk memusnakkan kita. null

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafikaProfil   Hantar PM kepada syafika   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-10-04 16:50



tahniah buat sahabat2 di uiam dan upsi..tapi sedihnye..Um jatuh ke tanagn orang yang tak sepatutnya.teguhkan keimanan,kuatkn semangat.sesungguhnya tangn Allah di atas tangan2 mereka.islam tetap akan tertegak!! perjuangan islam akan terus dodokong oleh golongan yang Allah pilih.semoga kita semua tetap dalm perjuangan ini.
perancangan jahat musuh perlu kita lawan.bina kembali kekuatan kita.
kebatilan yang tersusun akan tewaskan kita kalau kita tak tersusun
tapi ana tahu sahabat2 disana memang berjuang sungguh2.kuatkan semangat,pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku!!
mungkin DIA nak jar kita sesuatu!!

memang sedih n mengalirkan airmata bila dapat atu keputusan..
tapi akan terus berjuang!!

salam perjuangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

muslimin86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2004
Ahli No: 9709
Posting: 22
Dari: Quantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-12-04 15:28


Alhamdulillah...semoga beroleh rahmat dari-Nya..ameen.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin86Profil   Hantar PM kepada muslimin86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129107 saat. Lajunya....