Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 9 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 19 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
eme86: 20 hari yang lalu
sunan-faqih: 25 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Surat Pilihan: Antara kejayaan Zahid dengan Irma Nurzahrah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Surat Pilihan: Antara kejayaan Zahid dengan Irma Nurzahrah

Please Mendaftar To Post


Oleh Surat Pilihan: Antara kejayaan Zahid dengan Irma Nurzahrah

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 19:09



HARI ini jika ditanya 10 orang Melayu di negara ini, mungkin lima atau lebih daripada mereka kenal siapa dia Zahid, bukan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pelancongan, tetapi Ahmad Zahid Baharuddin juara Akademi Fantasia 2 (AF2).

Tetapi jika ditanya siapa anak Melayu bernama Irma Nurzahrah Junian, jangankan 10, tanya 1,000 orang Melayu pun belum tentu ada yang mengenali beliau.

Kejuaraan Debat Universiti Dunia yang diadakan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura awal tahun ini disertai lebih 1,000 peserta daripada lebih 100 universiti termasuk Malaysia.

Irma Nurzahrah, 22, dari Malaysia dinobatkan pemidato terbaik dunia apabila beliau mengalahkan peserta dari Universiti British Columbia dan Universiti Alberta, Kanada pada peringkat akhir.

Tetapi sayangnya, orang kita mungkin kurang tahu hal ini kerana kurang atau tiada liputan media mengenainya.

Inilah manifestasi kemelut minda orang Melayu yang seolah-olah tidak tahu lagi membezakan antara kaca dengan permata. Ia bukan saja menjangkiti orang Melayu kebanyakan bahkan kelas atasan seperti ahli korporat, pemimpin dan cerdik pandai turut dijangkiti ‘wabak’ ini walaupun bukan semua.

Budaya mengidolakan artis atau berhibur semakin menjadi-jadi dewasa ini bahkan ada kalanya sehingga pada tahap melampau. Jika tiada hiburan majlis, program, sambutan dan apa saja peristiwa seakan-akan tidak sempurna.

Daripada program amal sehinggalah ke program motivasi pelajar sekolah, artis mendapat tempat amat istimewa pada mata penganjur. Mungkin inilah puncanya sehingga ulama terpaksa bersuara agak nyaring sehingga menusuk gegendang telinga banyak pihak yang mendengar.

Hatta, pada Muktamar Pas, baru-baru ini turut dilaporkan ada cadangan daripada ahli sayap Wanita parti itu yang bercadang ingin mengguna pakai pendekatan berkonsert bagi menarik minat lebih ramai orang muda terhadap parti itu, walaupun kononnya dengan pendekatan yang lebih Islamik. Soalnya, kenapa mesti hiburan?

Untuk ‘perjuangan’ 10 minggu, artis seperti Zahid di AF2, Melayu sanggup menitiskan air mata, berbelanja sehingga RM7.5 juta untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), demam panas, membuang masa berjam-jam menonton televisyen serta mengadakan majlis sambutan dan penghargaan untuknya setelah beliau dinobatkan sebagai juara.

Kebetulan hampir semua universiti baru saja selesai mengadakan majlis konvokesyen masing-masing. Tetapi bagi pelajar Melayu yang lulus cemerlang selepas berhempas pulas bertahun-tahun memerah otak untuk memakai jubah dan menerima ijazah pada majlis konvokesyen, ada sesiapa yang menangis selain ibu bapa mereka atau membuat sambutan bagi menghargai usaha dan kejayaan mereka kerana mereka anak kelahiran tempat atau daerah tertentu? Apakah usaha Zahid seorang sehingga berjaya menyarung jubah ‘konvokesyen’ AF2 setanding usaha seorang pelajar Melayu yang berjaya menamatkan pengajian walaupun cacat penglihatan?

Apa hebatnya Zahid yang berjaya mengalahkan peserta dari negeri lain dengan mendendangkan lagu Biarkan Bulan Bicara dan Milikku berbanding Irma Nurzahrah dan rakannya Raihan Ismail yang berjaya ke peringkat akhir debat dunia kategori bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua membahaskan tajuk That Japan Should Involve In Peacekeeping In Foreign Land mengalahkan peserta dari negara lain?

Nampaknya menyarung jubah AF dan menerima hadiah daripada Ramli MS lebih mahal pada mata kebanyakan orang Melayu daripada menyarung jubah konvokesyen dan menerima segulung ijazah daripada canselor atau rektor universiti. Apa sudah jadi?

Sindrom berhibur melampau ini sebenarnya menampakkan kecetekan jiwa dan minda bangsa Melayu yang sejak sekian lama sememangnya berkrisis.

Kemelut minda orang Melayu telah lama menjadi topik dan tema pelbagai perbincangan, tulisan dan seminar inisiatif cerdik pandai dan pemimpin Melayu.

Namun, hingga kini ia masih sukar untuk dirungkai. Salah siapa? Mereka yang berbincang, menulis atau berseminar atau mereka yang malas berfikir.

Berhibur tidak salah jika kena pada tempat dan caranya. Tetapi berhibur semata-mata bukanlah cara bangsa yang merdeka. Hidup penuh hiburan adalah simptom kejatuhan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

Barat berdiri megah kerana maju. Malangnya jiwa bangsa mereka tempang kerana hedonisme menjadi sebahagian budaya hidup mereka. Tamadun yang mereka bina sebenarnya menuju kelam.

Allah swt tidak melarang manusia berhibur mengikut lunas petunjuk-Nya, tetapi Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Jika kita dambakan kejayaan duniawi dan ukhrawi maka hendaklah menjadi hamba kepada ilmu dan bukannya menjadi abdi kepada hiburan.

Orang Melayu di negara ini memikul dwiamanah yang cukup besar sifatnya. Sebagai khalifah mentadbir alam ini daripada manusia pertama bernama Adam as, dan sebagai pewaris kedaulatan tanah tumpah darah ini daripada pejuang kemerdekaan silam.

Pada 31 Ogos, genap 47 tahun kita merdeka daripada penjajahan imperialis. Kita seronok kibarkan bendera dan laungkan merdeka, tetapi mungkin tiada yang menitiskan air mata menginsafi pengertian, keperitan dan pengorbanan di sebalik erti sebuah kemerdekaan melainkan mereka yang terbabit melakar sejarah itu.

Tetapi yang menghairankan apakah alasan orang kita menangis melihat idola mereka ‘terkorban’ dalam AF dan rancangan seumpamanya. Jangan sampai kita menang sorak, tanah tergadai kerana kita memang telah banyak bersorak untuk perkara yang tidak berfaedah.

Maka, jika selepas ini ada sesiapa yang bertanya Irma Nurzahrah itu anak siapa, kelahiran mana dan belajar di universiti mana untuk memberi penghargaan kepadanya, terserahlah kepada orang Melayu sendiri untuk mencari jawapannya, jika masih ada yang sudi.

MUHAMAD KHAIRIL FUAD RAZAK,
Batu Caves, Selangor.

sumber: Berita Harian

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 19:15


Irma Nurzahrah, 22, dari Malaysia dinobatkan pemidato terbaik dunia apabila beliau mengalahkan peserta dari Universiti British Columbia dan Universiti Alberta, Kanada pada peringkat akhir.

tahniah buat Irma Nurzahrah...alhamdulilah kejayaannya membuktikan orang ISLAM juga bijak pandai...inilah yang patut kita banggakan, bukannya sanggup menangis bila ada pelajar AF2 terkeluar....

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 08:57


artis diagungkan. para ilmuan dicerca. dunia nak kiamat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 09:17


inilah yang perlu kita semua perbetulkan. Dulu RTM selalu menyiarkan Siaran Ulangan seperti ini. sebab dekat RTM free. kalau kat TV swasta kena beli slot waktu siaran... sekarang ni pulak RTM dah berwajah baru dan mengurangkan rancangan seperti itu pada siarannya.

kalau dulu adalah stesyen TV yang menyiarkannya, tapi sekarang?

media memainkan peranan penting untuk sesuatu kejayaan anak Malaysia.

macam dulu kejayaan Hafiz Hashim menjuarai kejohanan badminton all england... pun lambat kita dapat berita....

apa nak jadi dengan malaysia yang terkenal dengan ISLAM HADHARI.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 10:25


kadang2 pening gak dgn Malaysia ni...
pelik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

puterinur
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.07.2004
Ahli No: 10170
Posting: 30

Johor  


posticon Posting pada: 11-09-04 11:06


kenapa perkara sebegini patut berlaku kat negara kita...sepatutnya student boleh jadikan Irma Nurzaharah ni sbg idola mereka bukannya sanggup korbankan apa saja termasuk masa dan duit untuk perkara2 yang tak memberi faedah...ada tu sanggup habiskan duit sbb nak beli majalah dan pcture mesej yang ade gambar Zahid

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterinurProfil   Hantar PM kepada puterinur   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-09-04 16:09




ana sendiri akui tidak mengenali saudari irma nurzahrah... tiada liputan mediakah ttg kejayaan beliau??? atau masyarakat melayu yg kurang amalkan budaya membaca, lalu tidak tahu ttg kejayaan beliau... Zahid AF lebih mendpt liputan media yg meluas... w/pun ana tak menonton rancangan AF, tp ana mengenali Zahid... Zahid sering mendpt liputan media yg meluas... selalu ada ceritanya terpapar di suratkhabar ataupun majalah hiburan... pihak media, pihak universiti, dan kementerian perlu memainkan peranan dlm isu ini...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 15-09-04 17:04


sebenarnya org kita lebih minat pada hiburan dari yg mendatangkan faedah. walaupun meluas mana pun media siarkan tentang kejayaan saudari irma nurzahrah, belum tentu kita akan baca, betul tak? org islam jatuh pun disebabkan hiburan dalam perang salib.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 15-09-04 17:47


tak tau apa nak jadi dgn masyarakat di malaysia ni.sepatutnya irma nurzahrah yang diberi publisiti yg meluas kerana beliau boleh dijadikan contoh kepada pelajar2 samada di sekolah mahupun di ipta/ipts,bukannya si zahid yang dinobatkan sebagai juara af.saya sendiri tak tahu di mana kelebihan zahid ni sampai ada yang amik gambarnya dari internet,sumbat dlm pc buat background.sampaikan pc kat library,computer lab pun diletakkan gambar zahid.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-09-04 22:33


zahid or irma? apa yg hebat ngan mereka berdua?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115915 saat. Lajunya....