Oleh |
Artis Melayu Lancar arak |
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 02-09-04 11:41
..... Akhbar The Star 19 Ogos 2004 sisipan Metro muka 19 memaparkan 20 artis wanita yang hadir melancarkan produk arak buatan Perancis Piper-Heidsieck di Grand Plaza Parkroyal hotel baru-baru ini. Piper-Heidsieck adalah pembuat champagne dan wine yang ternama di Perancis, sila lihat www.hiedsieck.com . Di muka depan website itu ditulis: "Alcohol can be dangerous to your health, please consume with care" Antara artis Melayu Islam yang hadir untuk melancarkan produk tersebut adalah Anita Sarawak, Ida Nerina, Erra Fazira, dan Nasha Aziz. Apa dah jadi dengan artis kita ni....sila beri komen...???????
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 02-09-04 12:28
Artis tu memang dah jahil, soal halal haram dah tolak ke tepi, yang kita persoalkan apa kerajaan islam hadhari buat bila rakyatnya yang beragama islam buat perkara mcm tu, lihat saja ke? mungkin juga mereka merasakan biasalah tu.....tidakkah islam mengajar untuk memerangi kemungkaran, dan sebagai orang yang diberi kuasa, apa yang kerajaan buat dengan kuasa yang diamanahkan. apa peranan JAKIM, YADIM, IKIM, multaqa ulama yang dok bersidang tu......puak2 ni suruh halang tazkirah dan roboh masjid, cepat je diaorg sampai, nak memerangi arak, buat tak tahu....INILAH ISLAM HAD HARI, HALAL HARAM TOLAK KE TEPI, FATWA MUFTI DICACI DIMAKI, SURE HEBOH DISETIAP DINEGERI, INILAH ISLAM PAK LAH BADAWI
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 02-09-04 15:28
diorang tu islam ke.. tak ngaku pun
|
mierza
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9895
Posting: 36
Dari: kedah
|
Posting pada: 02-09-04 16:12
Betul tu saya setuju dengan pendapat anda apkah ini islam hadhari yang digembar-gemburkan oleh Paklah.Taktau le apa nak jadi dengan pemerintahan hari ini kita sbgai generasi muda sepatutnya fikir kembali inikah kerajaan yang mengajak kita ke arah kebaikan.Ubahlah pemikiran kita bukan sekadar kemajuan mahu kita kecapi tetapi jagalah agama yang suci ini... hidup ini satu perjuangan mari kita bersama tegakkan kalimah Allah
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 02-09-04 17:19
|
khairoo84
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2004 Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor
|
Posting pada: 02-09-04 17:25
laknatullah........ ANITA SARAWAK tu baru je buat konsert amal BAKASA & TV3, dah buat dosa..... -----------------
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 02-09-04 18:03
astaghfirullahal 'azhim.. aper ler manusia ni..
|
balistix
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.01.2004 Ahli No: 6163
Posting: 24
Dari: penang
|
Posting pada: 02-09-04 18:47
diorang ni nak duit ajer tak kisahlah benda tu halal atau haram.....tulah baru popular dalm malaysia.....dah buat cam-cam....
|
z_tornado
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.07.2003 Ahli No: 2309
Posting: 155
Dari: shah alam
|
Posting pada: 02-09-04 20:54
ke manela nilai islam yg sebenarnye... dh tk reti nk beza mane yg haram ... lebih baik student yg blaja agama dr mereka yg spatutnnye dpt beza mane baik mane tk baik....
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 02-09-04 21:10
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Astaghfirullahal azeem. Itu namanya melayu mudah lupa - bukan setakat lupa diri tapi lupa juga agama. Mereka kejar redha duit dan manusia tapi lupa redha Allah SWT. Semoga Allah beri peluang kepada mereka untuk mendapat petunjuk dan hidayah-Nya. Allahuma ameen. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq
|
solatulsolehin
Warga Rasmi Menyertai: 28.08.2004 Ahli No: 10770
Posting: 3
Dari: mciium
|
Posting pada: 02-09-04 21:24
sememangnya saya sangat brsetuju jika dkatakan kerajan tampuk pimpinan pak lah cuba membawa kita semua balik ke zaman Arab Jahilliyah,halalkan yg haram,wana'uzubillah.kt sbgai mhsiswa/wi mmpunyai tanggungjawab yg besar skali dlm menentukan hala tuju generasi akan dtg.buat pilihan yg tepat brdasarkan pemerhatian.jk boleh kt smua harus keluarkan suara,bkn setakat memendam rasa.satu lg saya amat brsyukur skali ke hadrat Ilahi Anwar telah dibebaskan,Alhamdulillah.saya menantikan satu sinar baru dlm pucuk pimpinan negara kelak.brsama kt bangkit ,tegakkan keadilan.We Unite For Islam,Takbir.....
|
hakimabdulrahman
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan
|
Posting pada: 02-09-04 21:48
agaknya diaorang tak tahu yang penaja ni...pembuat arak kott..... almaklum lah..yang penting ongkosnya......lumayan...
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 02-09-04 22:30
baru buat konsert BAKSA..ni mmg tak reti bahasa ni.....
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 02-09-04 22:51
Dunia...dunia... Semoga kita dijauhkan daripada semua tuh. Tapi jangan terlalu bersikap mengkritik. Kita kan bersaudara semuanya. Maka apakata kita doalah sebanyak mungkin agar mereka ni diberi hidayah oleh Allah ok..kan lebih baik camtuh. Kita berusaha Allah menentukan. Hidayah di tangan Allah... Wallahu 'alam.
|
sabaqal
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.07.2004 Ahli No: 10403
Posting: 22
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 03-09-04 10:31
ntah la...kalau la dia org ni geng2 ustazah sure aku nak komen jugak...tapi disebabkan dia org ni geng2 artis aku tak nak la komen.nak tahu sebab apa?? sebabnya ialah majoriti artis memang terlibat ngan arak,seks bebas dan sebagainya lagi.dah cara hidup dia org gitu.tak yah cakap apa la.hehehehe.
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 03-09-04 11:10
TUNGGU I jadi artis..leh lancar Air zam zam..... p/s: Seperti I fikir,dunia hiburan adalah"FAKE"....
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 03-09-04 12:02
air zam zam boleh gak, tapi kalau aku nak lancar air protein.
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 03-09-04 22:07
hemm...boleh tu jackie lanco jangan tak lanco..bak kate pepatah melayu"BELUM TEST DAN TRY MANE KITA NAK TAHU"
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 04-09-04 12:27
ish....apa nak jadi laaa.....nnti tgu raihan lanzar air zam zam
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 04-09-04 12:57
Sape ade beli akhbar The Star 31 ogos 2004? Tgk kenyataan Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir... Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... [ Posting ini telah di edit oleh: MeowHidayah pada 2004-09-17 08:52 ]
|
fairuzah
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2004 Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 05-09-04 02:13
apo? artis lancar air kencing setan?...eekkeke...lawak yg tak berapa kelaka.... .......
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 05-09-04 14:28
ala...janganlah kata macam tue...........apa yang Pak Lah harap bukan cam tue...so, jan salahkan dia...salahkan lah artis2 tu..tue terpulang pada mereka...berfikir kalau islam masih ada dalam hati mereka akan fikir...baik buruk sesuatu perkara... ....
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 05-09-04 16:44
Quote:
| ANITA SARAWAK tu baru je buat konsert amal BAKASA & TV3, dah buat dosa..... |
| konsert AMALan syaitan? mrk ni sebenarnya fikir ikut lojik akal, kalau tak percaya cuba kita ajukan isu ni kpd mrk, sudah tentu mrk akan jawab. "ala we all bukan minum pun, we just entertain je. takkan la pasal ini nak kata kami jahat. sedangkan kumpulan metalicca tu lagi jahat" lebih kurang gitu la kot ----------------- Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 06-09-04 17:03
oklah sebab ada kata raihan nak lancar air zam zam...saya lancar air gula.....leh wat sirap johor
|
blueberryz
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.05.2004 Ahli No: 9144
Posting: 27
Dari: selatan tanah air
|
Posting pada: 07-09-04 11:02
Ya Allah... kau lindungilah hamba-Mu....
|
kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.08.2003 Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR
|
Posting pada: 07-09-04 11:34
hai semua... ana cukup takut bile dengar bende2 nih... cume kita mampu berdoa... utk angkat senjata jauh lagi....
|
fadhli
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.07.2003 Ahli No: 2498
Posting: 171
Dari: Negeri Serambi Mekah
|
Posting pada: 07-09-04 12:19
astaghfirullahal a'zim,ana sedihlah dengan masyarakat Islam zamn sekarang.semoga ALlah kekalkan dan tambahkan keimanan kita.dan semoga ALlah kurniakan hidayah kepada mereka.Ameen...... ----------------- Barangsiapa percaya bahawa dia akan memperolehi syurga tanpa berusaha, sesungguhnya dia adalah seorang yang berhayal. Dan barangsiapa percaya bahawa dia ak
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 08-09-04 15:33
Enta sedih..anaaaa lagi sedih...hehe...(tak biasa guna ana enta)
|
sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.05.2003 Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka
|
Posting pada: 08-09-04 15:49
|
jundullah81
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....
|
Posting pada: 08-09-04 18:57
... Syabas kepada semua ana ucapkan.. Sekurang2nya ada lagi generasi remaja Malaysia sekarang yang benci kepada arak dan maksiat... Diharap kita semua mengambil preventive & curing action, bukan hanya sebut dan marah sahaja. Inilah tugas daie..kena bgtau...mungkin mereka buat kerana mereka tak tahu..Kita yang tahu kena bagitahu. Mungkin mereka even tak tahu yang sekadar pergi untuk pelancaran sebuah jenama arak tak menjadi masalah, asal jangan minum arak...tak menjadi mustahil mereka tak tahu.Oleh itu, kita yg tahu kena bagitahu... Wallahu a'lam ----------------- HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 09-09-04 12:04
Kekadang reliati remaja islam hari ini tahu tentang pengharaman arak tetapi kekadang mereka buat tak thu....kita ambil contoh atau perbandingan.....penjual arak.......mengikut lunas islam ianya termasuk perkara subhat....oleh kita sebagai orang islam harus bersikap berhati-hati,jangan kerana nak glomour dan terkenal yang haram di halalkan........tepuk dada tanya iman......
|
iman7
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8907
Posting: 265
Dari: Gunung Ledang
|
Posting pada: 09-09-04 15:39
tak tau la ape nak jadi nagn artis skang ni.....
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 14-09-04 19:23
Lagi artis ditangkap khalwat BERITA yang SS baru dapat tahu ini masih ‘panas’ lagi. Memang tak ‘sedap’ hendak cerita aib orang tetapi dengan niat hendak memberi teladan kepada yang lain maka SS terpaksa ceritakan juga. Menurut satu sumber rasmi, seorang artis ditangkap khalwat malam semalam. Walaupun kedudukan artis itu dalam industri seni negara tidaklah se gah mana tetapi kalau disebutkan namanya orang kenal. Kerana tak mahu mengaibkan lagi yang empunya diri, biarlah SS rahsiakan. Kata sumber itu lagi, dia ditangkap khalwat orang awam yang kemudian membuat laporan polis dan seterusnya diserahkan kepada jabatan agama Islam untuk tindakan lanjut. Untuk melindungi identiti dirinya juga, tak payahlah SS sebut jabatan agama daerah mana. Kes seperti ini biasa berlaku hatta kepada orang biasa sekali pun tetapi kerana yang terbabit itu artis tentu kes itu menjadi bahan cerita. Siapalah SS hendak beri nasihat. Cuma SS hairan kenapa golongan artis ini (bukan semua) tidak tahu menjaga nama baik mereka. Ada rupa dan kebolehan jadi kenapa tidak menggunakan anugerah Tuhan itu dengan sebaik-baiknya. SS harap selepas ini artis itu segera bertaubat dan jangan terjebak lagi dalam hal seumpama itu. Jangan gunakan alasan seni untuk ‘menghalalkan’ benda yang dilarang Tuhan.
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 27-09-04 14:20
Apa dah jadi dengan artis kita ni.... tak boleh dijadikan role model atau ikutan kepada generasi sekarang....apa komen sahabat2 semua...????????
|
raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah
|
Posting pada: 28-09-04 10:29
setakat lancar arak tue kurang sikit kan artis melayu kita sekarang nie dah berani menghina islam...nanti kalau kata islam hanya pada nama marah pulak...
|
Nurul_Hana
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.07.2004 Ahli No: 10250
Posting: 78
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 28-09-04 11:11
Astagfirullah...eem...apela nak jadi ngan artis melayu kite skarang ni....diorang ni kalo kat depan punyala tunjuk baik tapi di belakang hanya tuhan yang tahu... ----------------- Be yOuRseLf n cOnQuEr yOuR wOrLd...
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 29-09-04 11:22
Ana setuju dengan pendapat Nurul_hana tu......Artis sekarang tak pandai menilai yang mana kaca dan intan.....???????
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 29-09-04 11:37
ya Allah, kau maha Mengetahui... *malu dgn perangai anak bangsa mencemar nama agama! -----------------
|
Haslan
WARGA SETIA Menyertai: 06.09.2004 Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting
|
Posting pada: 30-09-04 12:57
tu artis lancar arak.... ni umat islam di kotak katikkan....
|
sayuki_L
Warga Rasmi Menyertai: 11.09.2004 Ahli No: 11072
Posting: 12
|
Posting pada: 30-09-04 13:35
mereka yang terlibat ni memang tak ingat agama dah kot.tapi yang peliknya semasa mereka berlakon ada yang memegang AL-QURAN,lepas abih berlakon pi pegang arak pulak .apa jenis orang ni.dah la aurat tu tak tutup.mana keluarga mereka ni.marilah sama-sama kita berdoa supaya mereka ini insaf dan kembali ke pangkal jalan.
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 05-10-04 14:24
Pusat-pusat hiburan makin bertambah liar hingga kelewatan pagi,tidak kurang pula yang mengunjunginya ialah remaja dan belia Islam,dimana kewujudan pusat-pusat hiburan termasuk disko,kelab malam karokea dan pusat permainan video yang banyak merupakan punca utama kepada gejala-gejala liar ini. Saban tahun didada-dada akhbar tersiar berita-berita remaja dan penyanyi yang diberkas dipusat-pusat hiburan tersebut. Dengan pakaian yang menjolok mata yang jauh dari peradapan timur dan Islam. Mereka lupa daratan dan hilang maruah diri. Apa dah jadi dengan artis dan muda-mudi islam hari ini...............????????????????
|
sumaiyah_o9
Warga Rasmi Menyertai: 04.12.2003 Ahli No: 5476
Posting: 20
Dari: ampang kuala lumpur malaysia
|
Posting pada: 05-10-04 14:36
assalamualaikum, hmm masalah nya kat sini, satu! hidup artis mostly mmg happening dan suka bergumbira, dua! depa pon x nak ubah cara hidup depa, 3! kita doakan supaya depa sedar, sbb semua manusia ada potensi nak berubah jadi baik! entah2 depa berubah nanti jadi lebih baik dari kita?Allah maha pengampun, 4! kerajaan x jalankan tanggungjawab! menteri2 sendiri pon ada yg bergelumang ngan arak? tah ek! nauzzubillah jgn kita2 yg dah tau ni turut terjebak sama udah lah
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 05-10-04 14:57
DALAM era globalisasi dan kepesatan teknologi maklumat, nilai Barat yang negatif dan bertentangan dengan Islam dengan senang menular dan mempengaruhi masyarakat Malaysia. Ditambah pula dengan lemahnya iman dan kekuatan jati diri, seseorang individu itu akan mudah terpikat dan terikut-ikut dengan godaan dan hawa nafsu. Sikap memandang remeh kepada masalah besar seperti gejala sosial boleh mengundang padah. Budaya berhibur yang keterlaluan (entertainment culture) dan budaya hedonisme (berseronok) yang merupakan antara faktor kejatuhan tamadun Greek boleh turut meruntuhkan tamadun Melayu Islam.
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 05-10-04 14:59
isu artis..berkhalwat..minum arak..berpelukan..berzina..bukan satu isu baru.. Terang-terangan kita dpt lihat di dada akhbar..televisyen dan mana2 la yg ada skrin dan gambar..Mungkin bg mereka,itulah kebanggaan.. Kesian dan simpati patut didahulukan kpd mereka..krn mereka kurang kesedaran ISlam..tidak menghayati keindahan Islam..malah mungkin krn dilahirkan dl dalam cahaya Islam..mrk tak tau erti kegelapan..apabila sentiasa bercahaya..mrk tak sedar cahaya yang dilalui itu hanyalah cahaya dr bekalan generator..yg boleh mati..dan padam bila kehabisan minyak.. sewajarnya..kehidupan muslim itu perlu disinari bagai cahaya rembulan..yg takkan padam..kerna adanya matahari..melainkan Kiamat menjelang.. wallahua'lam
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 05-10-04 15:04
tak patut...artis kita nui mata duitan...sapu je tak kira halal or haram
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 05-10-04 15:06
Sukran dan terima kasih kepada semua ukhwah kerana memberi respon kepada tajuk ini.........moga usaha kita dibalas oleh allah s.w.t dan dapat membina kekuatan umat islam itu sendiri.....jaga diri hiasi peribadi
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 13-10-04 12:47
Subhanallah...apa dah jadi dengan artis kita...
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 13-10-04 13:16
artis?? mmm malaslah nak cakap apa, klu kita cakap kluar lah dalil2 yg ntah mana diorg kutip.
|
balqiszie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2004 Ahli No: 11822
Posting: 100
Dari: perak
|
Posting pada: 19-10-04 12:25
.. zaman skrg org hanya pandang duit ..... sbb duit org sanggup buat apa saja,dosa pahala dah tak penting lg bg mereka,...asal kan dapat duit halal haram belakang kira... semoga ALLAH menjauhkan kita dari semua nie...
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 19-10-04 12:47
hehe.. artis ngan arak ada beza ke.. hehe.. penggiat seni islam lain la (selagi tdk lari dr tujuan) p/s..pernah denga org melayu kena tangkap sebab minum arak...ehehhe..tu baru melayu lum islam lagi tuh..
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 25-10-04 11:59
........ Berkaitan dengan arak,sepatutnya kita tidak memandang ringan kerana ia membabitkan hukum Allah SWT.Janganlah hendaknya kita menjadi golongan yang dikategorikan sebagai menjual agama untuk memperolehi keuntungan duniawi.Kerana agama tidak dapat ditebus nilai dengan keuntungan dunia.Haramnya arak itu tidak boleh ditebus dengan apa jua jenis keuntungan material.kerana itu adalah ketetapan hukum dari Allah swt.arak juga tidak termasuk sebagai sesuatu yang diputuskan dari ijmak atau qias atau fatwa ulama tetapi adalah hukum dari Nas Qat"ie Al-Quran dan hadis. Fikir-fikirkan lah...........tepuk dada tanya iman??????
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 25-10-04 12:09
Rasulullah SAW ada membariskan 10 golongan yang turut terkait dengan dosa arak iaitu: 1. Peminum. 2. Pengusaha. 3. Pelayan. 4. Penjual. 5. Pembeli. 6. Pembawa. 7. Penyebar berita(iklan) 8. Penunjuk jalan. 9. Penyuruh(ajak orang lain) 10Pekerja. Kita perlu berhati-hati yang mana dalam keadaan dosa kita sendiri pun belum tahu diampun oleh Allah swt,ditambah pula dengan keputusan atau perbuatan kita yang menyebabkan orang lain terbabit berdosa..............
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 12-11-04 10:05
............ Apakah pandangan dan pendapat ukhwah semua tentang pemandu Bas yang mengarak iklan arak yang terpampang atau dilekat pada sebahagian bas tersebut........Berilah komen atau komentar......???????????
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 12-11-04 10:08
Apabila tamat tempoh promosi,iklan-iklan arak yang dilukis di badan bas akan dipadamkan.Namun memadamkan ingatan masyarakat yang amat sensitif terhadap gejala-gejala seumpama ini tidaklah semudah memadamkan iklan arak tersebut
|
islamicboy
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning
|
Posting pada: 12-11-04 10:13
harap nak duit jer. masyallah....
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 12-11-04 11:33
Quote:
| On 2004-11-12 10:05, dakwah_ilahi wrote: ............ Apakah pandangan dan pendapat ukhwah semua tentang pemandu Bas yang mengarak iklan arak yang terpampang atau dilekat pada sebahagian bas tersebut........Berilah komen atau komentar......???????????
|
| Drebar bas takleh nak wat ape. Yg letak iklan kat bas tu tokey dia. Dia tukang bawak bas aje... p/s: kalau ana tukar carier, takpun apply bawak bas express. biasanya bas express takde letak iklan kat bas.. ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
AIZUL3668
Warga Rasmi Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12355
Posting: 13
|
Posting pada: 12-11-04 16:20
tu la..islam had hari la konon.. hari ni buleh taubat,esok bleh sambung kerja laknatullah.. ish3..apa nak jadi negara kita..
|
LizAnnisa
Warga Rasmi Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11591
Posting: 18
Dari: United Kingdom
|
Posting pada: 12-11-04 19:02
ermm saya setuju ngan pendapat sayatetapsaya tu...bukankah mereka juga saudara kita?..tanggungjawab sesama saudara utk menasihati dgn cara berhikmah..bukannyer nak kutuk je..org yg berilmu xkan bersikapp begitu pada org yg jahil kan?...semoga Allah merahmati kita semua..ameen
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 19-11-04 12:15
kita bukan untuk mengutuk tapi untuk bertukar-tukar fikiran di samping mencari idea yang bernas bagi mengatasi masalah arak ni.........kan allah suruh kita berfikir dan menggunakan akal yang waras.............apa jua tindakan kita semua adalah kerana allah............agar saudara seagama dapat diselamatkan....
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 15-12-04 18:28
Orang Islam jadi mangsa pengiklanan arak di Senawang Wednesday, December 15 @ 10:36:48 MYT Di sebuah pasaraya di Senawang, ROZMAL MALAKAN melihat fenomena ini. Kesemua para pelanggannya mengiklankan jenama minuman keras ke mana-mana melalui troli yang mereka gunakan. Ikuti laporan beliau. BAYANGKAN seorang Pak Haji yang berkopiah putih, memakai kain dan berbaju Melayu tanpa beliau sedari sedang mempromosikan sejenis jenama arak di Malaysia ini. Bayangkan juga seorang wanita Melayu yang bertudung sempurna memakai baju kurung batik sutera juga tanpa disedarinya mempromosikan jenama arak yang sama. Bagaimana ini boleh berlaku? Ianya boleh berlaku, dan ianya sedang berlaku sekarang ini di negara kita Malaysia, di sebuah bandar bernama Seremban di negeri penuh beradat iaitu di Negeri Sembilan. Ianya seakan budaya tahunan apabila menjelangnya perayaan menyambut tahun baru. Mungkin juga ia berlaku di merata tempat di Malaysia ini. Ianya berlaku di sebuah pasaraya terkemuka di Senawang sekarang ini, apabila terdapat beberapa troli yang menampalkan iklan-iklan sejenis jenama arak yang agak baru saya rasa di Malaysia ini. Iklan-iklan arak ini ditampal pada kiri, kanan dan hadapan troli tersebut. Dari jauh diperhatikan beberapa pengunjung pasaraya berkenaan yang berbangsa Melayu sedang menolak troli-troli iklan arak berkenaan. Mungkin pada anggapan mereka memandangkan kita berada di dalam sebuah negara Islam, mana mungkin ada orang yang ingin menggunakan rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk mempromosikan jenama arak. Adakah perkara ini berlaku akibat daripada kecuaian para pengguna atau ketidakprihatinan dan tiada rasa sensitif terhadap agama Islam oleh pemilik pasaraya berkenaan yang mempunyai rangkaian pasaraya mereka di seluruh Malaysia atau mungkin tiada garispanduan pengiklanan yang ditetapkan dalam hal ini oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak kerajaan? KLIK DI SINI UNTUK ARAHAN PENGGUNAAN Walau apapun alasannya setiap mereka yang sedar akan perkara ini haruslah memberi peringatan kepada mereka yang berkenaan dengan cara yang terbaik. Sejajar dengan saranan Rasul saw iaitu kita hendaklah melakukannya dengan tangan kalau, tiada upaya dengan mulut (atau penulisan) atau jika tiada upaya juga haruslah kita sekurang-kurangnya bantah didalam hati kecil ini. Akan tetapi sekiranya kita merasakan ianya tidak perlu apa-apa tindakan yang harus diambil, kerana mungkin ianya bukan urusan kita, barangkali lama kelamaan bukan hanya beberapa troli sahaja yang akan ditempelkan dengan iklan-iklan arak, mungkin juga ianya akan ditampal pada semua troli dan di sepanjang tahun, bukan hanya pada musim-musim perayaan tertentu. Sedangkan peraturan penjualan arak sekarang ini yang mana memerlukan ruangan khas yang terasing daripada minuman yang bukan arak tidak begitu dipatuhi. (Apa ketidaknya apabila pintu masuk utama ke pasaraya berkenaan dihiasi seperti menara kotak-kotak arak yang pelbagai jenama). Sudah pastilah untuk mengasingkan troli-troli yang tiada iklan arak untuk penggunaan orang Islam tidak akan diambil sebagai satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pengusaha pasaraya. Pengiklanan arak oleh orang Islam yang berlaku seperti apa yang dinyatakan ini mungkin juga seperti apa yang kita dengar "Umpama Mendapat Dosa Kering" atau "Dosa Percuma". - zs
|
ABg_IMaM
Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 21-12-04 02:35
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 21-12-04 22:21
Ekoran laporan Harakahdaily, tiada lagi iklan arak di troli Monday, December 20 @ 16:45:52 MYT SENAWANG, 20 Dis (Hrkh) - Ekoran laporan Harakahdaily 15 Disember lalu, iklan-iklan minuman keras yang dipaparkan ditroli-troli milik sebuah pasaraya dekat sini sudah tidak ada lagi. Tinjaun wakil Harakahdaily pada 18 Disember lepas, iklan-iklan itu telah tidak ada pada troli berkenaan. Tinjauan pada 19 Disember juga mengesahkan troli-troli itu telah bersih dari iklan berkenaan. Pada 15 Disember lalu Harakahdaily telah menyiarkan bagaimana iklan minuman keras (Lihat gambar) dipasang pada troli-troli milik pasaraya berkenaan. Menurut wakil Harakah, Rozmal Malakan, cara pemasangan iklan berkenaan seolah-olah pembelinya, tanpa mengira siapa mereka, menjaja iklan itu ke mana saja mereka pergi. - ZS
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 08-03-05 05:35
Ketika sahabat-sahabat ana dan keluarga asyik menonton film "who am i" lakonan jackie chan.. di tv3..tiba-tiba keluar iklan yang cukup memedihkan hati kami dan semestinya pencinta-pencinta islam di malaysia. Sebelum keluar syarikat pengiklan tersebut.. saya tidaklah merasa apa-apa sensitif kerana ia hanya mewar-warkan tentang suatu pertandingan golf peringkat antarabangsa yang akan disertai oleh 16 pemain golf terkemuka dunia. Tapi bila melihat syarikat penaja pertandingan tersebut..alangkah terkejut beruk kami..penajanya.. "CARLSBERG"... Nampaknya tv3 langsung tidak menjaga sensitiviti umat islam di malaysia.. selepas merosakkan masyarakat dengan sure heboh.. tv3 cuba memusnahkan lagi rakyat negara ini dengan minuman arak secara terbuka. kalau sebelum ini iklan rokok tidak dibenarkan ditonjolkan di mana-mana stesen tv atau radio, walaupun jenamanya sahaja, seperti berlaku kepada bola sepak. Sepatutnya iklan arak lagi ketat syarat-syarat pengiklanannya. tapi di bawah konsep Islam hadhari ini.. semua yang haram sudah menjadi halal secara terbuka. Kalau dibandingkan dari segi hukum.. Pengharaman arak adalah lebih jelas terhadap peminumnya dan mereka yang berkait dengannya berbanding hukum rokok yang masih ada perbahasan ulama'. Diharapkan menteri terbabit dan kerajaan sentiasa sensitif terhadap perkara-perkara seperti ini."
|
nur_ikhlas
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.11.2004 Ahli No: 12544
Posting: 34
Dari: bumi Allah...
|
Posting pada: 08-03-05 14:20
betul tu ..ana setuju..kebanyakkan rancangan2 tv kini sudh tidak terkawal lagi...di mana letaknye islam bagi mereka...nauzubillah
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 27-03-05 17:52
Kerajaan Pahang yang terkejut dan kecewa dengan penganjuran majlis tarian dan minum arak secara terbuka di Genting Highlands Ahad lalu kerana membabitkan penyertaan kira-kira 2,000 remaja Islam. Jaip sebelum ini mendakwa tidak dapat mengambil tindakan terhadap kira-kira 2,000 remaja Islam yang menghadiri pesta muzikal yang bermula jam 6 petang Sabtu hingga jam 4 pagi Ahad itu, atas faktor keselamatan. Jumlah 63 pegawai penguat kuasa Jaip, polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tidak boleh mengawal keadaan jika berlaku sesuatu tidak diingini di majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 remaja itu. Ketua Pendakwa Syarie Pahang, Abdul Rahim Jaafar, berkata walaupun remaja Islam khasnya perempuan yang menghadiri majlis itu berpakaian mencolok mata, minum arak, berpeluk dan berciuman dengan pasangan secara terbuka, pihaknya dinasihatkan polis supaya tidak mengambil tindakan kerana dikhuatiri boleh mendatangkan risiko. Tapi kita nak sebut di sini; mereka yang pergi ke pesta jenis ini memiliki fikiran yang serupa dengan Jeslina Hashim dan pihak yang mempertahannya dalam kes serbuan kelab malam baru-baru ini.
|
cunye
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.01.2005 Ahli No: 13551
Posting: 287
Dari: cheras
|
Posting pada: 27-03-05 18:56
TAK BEST LA DIAORANG NIE.....SEKARANG NIE BANYAK SGT PROPAGANDA ORG KAFIR NAK SESATKAN KITA..TAKUTNYE LAAAAA
|
nieysa
Warga Rasmi Menyertai: 17.02.2005 Ahli No: 14462
Posting: 4
Dari: rembau
|
Posting pada: 06-04-05 12:51
bodoh sangat ke....... tak tahu beza arak dgn air. memalukan......
|
muallim
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.01.2005 Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan
|
Posting pada: 06-04-05 15:06
TAK PER DOSA SIKIT2... ASALKAN HATI BAIK... (KATA2 MEREKALAH)
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 10-04-05 23:27
adakah perdana mebteri tak boleh sekat perkara camtu? tak ada kuasa kewr?
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 13-04-05 17:21
Dadah: Bekas penyanyi antara tujuh ditahan Oleh Osman Lisut AMPANG: Seorang bekas penyanyi wanita berkumpulan adalah antara tujuh yang ditahan berhubung penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, petang kelmarin. Artis berusia 30 tahun itu, terkenal dengan lagu remix dan rap pada awal 90-an ditahan bersama tiga pasangan lain selepas sepasukan polis bahagian narkotik Ampang Jaya menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 3.30 petang. Sumber polis memberitahu, ketika serbuan dilakukan, mereka sedang tidur dan hasil pemeriksaan dalam tiga bilik di kondominium itu, polis menemui beberapa paket kecil berisi dadah. “Antaranya ialah ganja, syabu dan ketamine iaitu sejenis pil khayal. Polis yang mengesyaki sesuatu kemudian menahan tujuh penghuni kondominium berkenaan dan membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. “Selepas diuji air kencing, semuanya didapati positif dan direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan,†katanya. Semua mereka, tiga lelaki dan empat wanita berusia 23 hingga 45 tahun dan tinggal serumah tanpa sebarang ikatan yang sah. “Siasatan polis juga mendapati ada di antara mereka bekerja sebagai penyanyi kelab dangdut dan penari,†katanya. Sumber itu berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 15(1)(a), Seksyen 12 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menyimpan, memiliki dan menggunakan dadah. “Selepas tempoh reman berakhir pada 15 April ini, kes mereka akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,†katanya. Kira-kira jam 3.30 petang semalam, mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang oleh sepasukan polis bagi mendapatkan perintah tahanan reman. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Azri Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. ----------------- Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
|
khairol_khalid
WARGA SETIA Menyertai: 03.02.2004 Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech
|
Posting pada: 13-04-05 17:31
----------------- Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 22-07-05 08:06
betul kata shah-sobriyanie...sepatutnya menteri mempunyai kuasa menyekatnya,,...
|
Nurul_Amin
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2005 Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 22-07-05 09:31
... Iyer ke artis tu islam....???Confuse ana -----------------
|
sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak
|
Posting pada: 22-07-05 18:40
... bila melihat dunia hari ini... kerja dakwah kita menjadi semakin sukar. tapi tak bermakna kita mengalah... ummah di akhir zaman perlu satu suntikan.
|
mujahid_85
Warga 1 Bintang Menyertai: 14.07.2005 Ahli No: 17280
Posting: 22
Dari: petaling jaya
|
Posting pada: 22-07-05 23:39
antara hidup beragama dan glamour.... percaturannya mudah sekali menjadikan dari anda tak popular dikalangan makhluk dunia yang fana ini atau pun menjadi terkenal dan sentiasa menjadi glamour malah ada yang memuja anda.... antara pilihan itu kita seringkali melihat ramai iyg ingain glamour didunia... malangnya kita jika terjerumus dalam lembah ini.... na'uzubillah hi min zalik..... biar kita hina di mata manusia jangan kita hina di cc allah... hidup lebih bermakna jika kita antara insan yang mampu mempertahankan aqidah hingga ke nafas yang terakhir... artis.... antara kisah hidup yang sering kali mempermainkan agama... kalau menang ucap alhamdulillah syukur pada allah... tapi rambut yang berwarna tu Kenapa ditayang? pakai tudung indah waktu berlakon drama tapi tak ada kesan dalam diri..... pertimbangkan lah antara agama @ glamour.... sekian.... islam itu indah hayati keindahannya....
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 02-02-06 03:18
Dadah: Pelakon `Sembilu Kasih' ke mahkamah 15 Februari ALOR STAR 31 Jan. - Seorang pelakon drama bersiri popular `Sembilu Kasih' dan seorang krew produksi yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana dipercayai mengambil dadah di Bukit Kayu Hitam semalam, akan dihadapkan ke mahkamah pada 15 Februari ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Karim Abu berkata, mereka yang berusia 24 dan 23 tahun itu, yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Jitra, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Jitra dekat sini pada tarikh tersebut. Menurut beliau, mereka ditahan ketika memasuki negara ini di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam selepas berkunjung ke selatan Thailand dengan sebuah kereta. ``Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang membolehkan kedua-duanya dihantar ke pusat serenti untuk rawatan pemulihan selama dua tahun,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini. Kedua-dua pelakon dan krew produksi itu merupakan antara enam rakyat Malaysia yang ditahan kerana didapati positif dadah dalam pemeriksaan yang dijalankan kira-kira pukul 6 petang semalam. Karim memberitahu, ketika pemeriksaan dijalankan, pihak AADK tidak menemui sebarang dadah bersama mereka atau di dalam kenderaan yang dinaiki. Bagaimanapun, kata beliau, hasil ujian air kencing ke atas mereka, pihaknya mendapati positif mengambil dadah jenis ganja. Kata beliau, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada enam lagi rakyat Malaysia yang ditahan itu ada kaitan dengan pelakon dan krew produksi terbabit.
|
ilhammusafir
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR
|
Posting pada: 02-02-06 05:03
akhir zaman.......................... yang haram dianggap halal yang halal dianggap haram
|
anjang
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 02-02-06 08:34
hal2 yang negatif..semua MELAYU yang juara..
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 02-02-06 22:56
memang artis kita teruk.. semua dah maklum..
|
nikmudkb
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.12.2005 Ahli No: 20630
Posting: 81
Dari: kuala balah
|
Posting pada: 03-02-06 07:56
sebut pasal artis...walaupun baik lagunya....walaupun cakap untuk dakwah...amal...semua tu bathil..... jauh dr agama
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 04-02-06 04:04
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 13-02-06 01:44
Dua pelakon jalani ujian air kencing Oleh Mohd Azis Ngah dan Hanneeyzah Bariah Baharin KUALA LUMPUR: Dua pelakon wanita berusia 21 dan 23 tahun adalah antara 63 pengunjung yang diperiksa termasuk menjalani ujian air kencing dalam serbuan ke sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Asian Heritage Row di Jalan Doraisamy, awal pagi semalam. Pelakon popular dan rakannya, pelakon siri sitcom itu dikatakan turut mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba merampas kamera ketika merakam aksi mereka dan pengunjung lain. Seorang daripadanya dilaporkan pernah mengugut menendang jurugambar ketika diperiksa polis dalam serbuan di pusat hiburan di kawasan yang sama pada Disember lalu. Dalam kejadian itu, semua pengunjung – 46 lelaki dan 17 wanita diperiksa dalam operasi kira-kira jam 4 pagi. Siasatan awal polis mendapati, premis tanpa lesen itu sering beroperasi sehingga jam 6 pagi. Serbuan oleh Unit Pencegahan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) dan Jabatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur itu turut menahan lima lelaki warga asing kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Ketua Jabatan D7 A, Deputi Superintendan Azhar Hamzah yang mengetuai operasi berkata, lima warga asing berusia awal 30-an itu ialah tiga lelaki Uzbezkistan dan dua warga Ghana. “Kita menerima maklumat premis itu sering berlaku pergaduhan dan menjadi tempat pengedaran dadah serta beroperasi lebih masa hingga jam 6 pagi. Polis hanya menjalankan pemeriksaan rutin dan membebaskan mereka selepas pemeriksaan selesai. “Ketika serbuan, polis menemui satu paket daun kering dipercayai ganja atas lantai yang dipercayai dibuang pengunjung ketika polis menyerbu masuk. Polis akan terus memantau pusat hiburan itu,†katanya. Azhar kecewa kerana bangunan bersejarah itu diubahsuai sebagai pusat hiburan dan beroperasi tanpa permit. Pemiliknya sudah diberi notis amaran dan semua peralatan dirampas. Kes itu boleh disiasat mengikut Seksyen 4(2) dan 41B Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 yang boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan kerana beroperasi tanpa lesen. “Polis hanya menjalankan tugas penguatkuasaan dan akan pastikan pemilik premis mematuhi peraturan, tetapi kuasa menutup pusat hiburan yang melanggar peraturan adalah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT),†katanya. Bangunan pusat hiburan itu terletak kira-kira 400 meter dari bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Sultan Ismail. Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hasan, ketika dihubungi berkata, Asian Heritage Row adalah bangunan yang diubahsuai dan dibenarkan beroperasi sebagai pusat hiburan serta restoran. Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menerima maklumat mengenai premis hiburan tanpa lesen yang beroperasi melebihi had waktu dan disyaki menjadi tempat pengedaran dadah. “Kita akan menyiasat dan jika benar premis hiburan berkenaan beroperasi tanpa lesen dan melebihi waktu, kita akan mengeluarkan arahan menutup pusat hiburan itu. “Jika siasatan mendapati premis terbabit beroperasi secara sah dan memiliki lesen, tetapi tidak mematuhi peraturan DBKL akan menarik balik lesen dan mengeluarkan arahan menutup premis serta merta,†katanya.
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 13-02-06 01:45
tak henti-henti artis buat perangai....
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 13-02-06 02:08
selemah2 iman adalah dengan hati
|
khairuzzaman
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.02.2005 Ahli No: 14729
Posting: 252
Dari: kelantan
|
Posting pada: 13-02-06 07:44
tindakan yang dianjurkan agama kepada mereka(muslim) yang meminum arak secara terbuka ialah memulaukan mereka... maka tak payah lah beli produk mereka... insyaAllah... tegahlah dan perbuatan, tak mampu??? tegahlah dengan lisan,tak mampu?? tegahlah dengan hati(yakni bencikan maksiat tersebut)... itulah selemah2 iman.. namun kita sebagai Islam kenalah sensitif dengan isu macam ni kerana di situ ada kesanny terhadap iman
|
hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 18.10.2003 Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai
|
Posting pada: 13-02-06 08:51
:-| astaghfiruLlah al-adzim.... moga2 hidayah Allah cepat sampai kepada mereka supaya sempat bertaubat...setidak-tidaknya lihatlah masyarakat yang memerhatikan sikap kita.... ----------------- ana..ukhtukum fil Islam..
|
ilma
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu
|
Posting pada: 13-02-06 13:39
artis ni cantik luaran saja..... dalam tak tau la macam mana...
|
budak_melaka
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka
|
Posting pada: 13-02-06 15:18
kesal...dah akhir zaman katakan..semoga kita terhindar dr golongan yang dirinya jauh daripadaNYA
|
SautulJannah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm
|
Posting pada: 13-02-06 22:33
kalau dah jadi artis tu macam2 boleh jadi...
|
aqil
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.08.2005 Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG
|
Posting pada: 13-02-06 22:59
huh, seperti itu ke? minat nasha aziz ... tapi..... pas ni tak nak minat dah.........
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 14-02-06 02:48
peliknya tetapi ramai juga golongan remaja menjadikan idola.....adakah artis macam ni boleh menjadi adola dan role remaja????
|
spaghetigoreng
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22680
Posting: 134
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 14-02-06 04:38
erm..betulkah berita ni? mana encik dapat? ada dalam paper ke? (minta maaf, dah lama xbaca paper malaysia) cuma nak memastikan kesahihan sebelum memberi komen
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 22-02-06 07:28
Artis Perlu Tonjolkan Akhlak Yang Baik Untuk Remaja Ikuti Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal terhadap gelagat segelintir artis tanahair yang tidak menjaga akhlak dan perilaku yang baik sehingga memburukkan imej golongan seni itu di mata masyarakat. DPPWP merujuk kepada kes terbaru dimana dua orang artis wanita terkenal yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. DPPWP mempersoalkan mengapa artis-artis terutama wanita berani datang ke kelab malam, walaupun hanya untuk bertemu dengan rakan-rakan. Tidakkah ini akan mengundang persepsi yang buruk di mata masyarakat? Mengapa kelab-kelab malam menjadi pilihan, sedangkan banyak lagi tempat untuk bertemu dengan teman-teman? Meskipun artis tersebut tidak diuji positif dalam ujian dadah, namun ianya sudah cukup memberikan gambaran buruk masyarakat terhadap golongan seni. Kes seumpama ini bukan sekali berlaku dalam negara ini. Tidak lama dahulu heboh negara dengan kes seorang artis wanita terkenal yang ditahan di sebuah disko dalam keadaan yang amat memalukan. Selepas itu berlaku siri-siri penangkapan artis-artis lelaki dan wanita yang melibatkan kes dadah, khalwat, jenayah, kumpulan kongsi gelap, kelakuan tidak senonoh dan lain-lain lagi. DPPWP juga berasa amat kecewa dengan sikap segelintir artis yang tidak memperdulikan hukum-hukum Islam dan budaya serta adat ketimuran terutamanya dalam etika berpakaian. Dalam program Anugerah Juara Lagu baru-baru ini ada beberapa artis wanita yang berpakaian mencolok mata, serta mengabaikan waktu Solat Maghrib, seakan-akan tidak peduli dengan sensitiviti masyarakat umum Malaysia yang majoritinya umat Islam. Adakah imej begini yang akan dipersembahkan di hadapan masyarakat terutamanya generasi muda kita hari ini? Tidakkah artis-artis ini tahu bahawa gejala sosial dalam negara ini semakin parah? DPPWP ingin mengingatkan segelintir artis supaya tidak menjadi golongan yang hipokrit. Mereka mampu berpakaian tudung dan menutup aurat di layar perak sedangkan di luar mereka berubah menjadi liar dan tidak berakhlak. Mengapa pakaian menutup aurat mereka di layar perak tidak diterjemahkan dalam kehidupan seharian? Bahkan ada artis yang sanggup berpelukan dengan suami atau isteri orang di atas ranjang semata-mata atas nama lakonan. Adakah professionalisme dalam lakonan menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal? Justeru DPPWP berpendapat, artis perlu menonjolkan akhlak yang baik kerana mereka adalah ikon masyarakat. Mereka adalah golongan yang sentiasa menjadi tatapan umum masyarakat terutama generasi muda. Kita dapati hampir setiap remaja mengenali artis-artis terkenal tanahair, bahkan ada di antara mereka yang menyanjung dan memuja artis-artis tertentu. DPPWP tertarik untuk memberikan beberapa contoh artis yang masih menjaga akhlak dan kesopanan mereka meskipun mereka adalah golongan yang terkenal seperti Siti Nurhaliza, Mawi, Waheeda, Wardina, M. Nasir dan ramai lagi. Mereka ini sewajarnya menjadi contoh di dalam masayarakat, kerana tidak pernah dikaitkan dengan gejala negatif seperti akhlak yang buruk, berpakaian tidak sopan, dan lain-lain lagi. DPPWP juga menyeru golongan artis untuk tampil melibatkan diri ke dalam aktiviti kemasyarakatan. Remaja hari ini tercar-cari arah dan panduan hidup mereka dan alangkah baik sekiranya para artis tampil ke gelanggang masyarakat memberikan panduan dan nasihat yang berguna kepada remaja seperti ‘Kempen Berhenti Merokok’, membudayakan ilmu, mementingkan Pelajaran serta banyak lagi. DPPWP amat bersetuju dengan slogan yang dilaungkan Mawi iaitu ‘belia benci dadah’ dan mengharapkan lebih banyak lagi slogan yang positif dari artis-artis dengan mempamerkan akhlak dan moral yang tinggi. Di barat, artis-artis dijadikan duta PBB dan duta kebajikan bagi menonjolkan imej yang positif. Akhir sekali, DPPWP mengharapkan golongan artis mampu menjadi agen perubah masyarakat. Masyarakat amat dahagakan sentuhan artis-artis yang berbakat besar dan mempunyai akhlak yang tinggi yang dapat dicontohi agar mampu membawa generasi muda zaman ini ke mercu kegemilangan di masa akan datang.
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 22-02-06 11:04
artis ni..tak tau mana haram mana yang tidak..asal boleh cari makan dah...lain2 tak fikir dah...huuuuuuuu
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 27-02-06 11:49
syaitan-syaitan melonjak kegembiraan. dan menari dengan penuh keriangan. MISSION ACCOMPLISH!
|