Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 272
Ahli: 0
Jumlah: 272




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Nenek pun pandai guna telefon bimbit canggih?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Nenek pun pandai guna telefon bimbit canggih?

Please Mendaftar To Post


Oleh Nenek pun pandai guna telefon bimbit canggih?

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 01:10


.

Tuan2 tentu dah tonton iklan tema hari kebangsaan oleh telekom malaysia, yang mana menunjukkan seorang nenek menaiki lif bersama2 dengan orang2 muda yg berpakaian kemas ala korporat. tiba2 berbunyi isyarat telefon bimbit berbentuk polyfonik maka orang2 muda tadi masing2 memeriksa telefon bimbit, rupa2nya isyarat dering dari telefon bimbit nenek itu tadi, memang canggih telefon yg nenek itu guna.

dari iklan ini apa yg ingin saya persoalkan, adakah realitinya begitu? sedangkan realitinya sekarang nenek2 tua seperti ini kita dapati masih ramai lagi yg hidup melarat ditimpa kemiskinan di ceruk2 kampung. jauh sekali utk mrk celik IT. Malahan peratusan celik it masih rendah dikalangan anak2 muda, bilangan mrk yg celik it dan menggunakan internet hanya berlegar dikalangan pelajar sahaja. ini melalui perhatian saya di ruangan chating yg mana kebanyakan org yg saya msg adalah pelajar.

jadi jika celik it di kalangan golongan muda masih rendah dan hanya berlegar dikalangan pelajar, apalagi golongan2 warga emas. semasa kerajaan melaungkan slogan cinta it dan mewujudkan cyberjaya namun ramai lagi rakyat kita yg masih terpinggir dari arus kepesatan teknologi maklumat.




-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 01:15


jangan dok main dengan warga mas la ni..sebab mereka mcm MAS la..jadi hebat tu...hehe...
tak kiralah mana2 pun di dlm kepesatan mesti ade org yg ketinggalan...terutamanya tertinggal dalam utk membangunkan sahsiah rakyat jelata...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 01:22


Itu bukan telefon canggih.. tapi PDA. Mungkin jenama O2.

Namanya pun iklan, saja nak menunjukkan bahawa Telekom menawarkan internet di mana saja dan user friendly, sampaikan nenek tua pun boleh menggunakan.

Atau sebagai cabaran untuk golongan muda. Kalau yang tua boleh berintenet menggunakan PDA, mengapa yang muda masih lagi ada yang mengatakan, "Internet takleh percaya" Masih ramai golongan muda yang tak tahu apa itu internet.


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 01:29


hehehe, memang dlm medium pengiklanan itu la matlamat telekom utk mempromosikan perkhidmatan mrk yg digambarkan warga mas pun mampukan menggunakan.

sambil tu terselit juga propaganda murahan sempena merdeka yg menunjukkan rakyat msia ni dah mewah2 belaka hingga nenek pun boleh guna PDA (terima kasih kepada brader kang, nampak sgt yg saya ni pun buta it ) padahal masih ramai lagi org2 kampung dizaman cyberjaya ni nak guna mesin basuh komputermatik pun tak reti.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 06:56


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi ni rasanya dah masuk kategori warga mas juga tapi tak pakai handphone sejak dari dulu lagi.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Ada seseorang hamba (manusia) yang menyebut satu kalimah tanpa dia memikirkan tentang (baik-buruknya) kalimah tersebut, menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak di antara timur dan barat.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 11:17


Quote:


ps - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Ada seseorang hamba (manusia) yang menyebut satu kalimah tanpa dia memikirkan tentang (baik-buruknya) kalimah tersebut, menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak di antara timur dan barat.




ummiq,,,

boleh tak ummiq jelaskan maksud riwayat tu. nak juga ana tahu tuh.kekadang ana ni tak fikir dulu sebelum bercakap....harap2 sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah taala.

wassalam.

-----------------
Keikhlasan teramat penting dalam mengatur kehidupan yang menyakinkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 31-08-04 12:17




Apa nak dihairankan sekiranya seorang nenek pandai guna telefon bimbit canggih.......
Dulu nenek tu pon muda.semasa muda ada jugak belajar....mungkin pelajaran mereka lebih baik dari kita.....

Masih ramai muda-mudi yang belum pandai gunakan telefon bimbit canggih....di zaman siber nii....
Percayalah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 15:07


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anakanda dinulhuda dari utmkan . Teruskan membaca ya semoga terjawab soalan anakanda. Maafkan umi kalau masih tak jelas. jadilah anak yang soleh ya .

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." *1

Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain : Daripada Abu Zar, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim."

Sabda Nabi s.a.w. Maksudnya:

"Daripada Abu Hurairah dia berkata: “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat". *2

Firman Allah

(maksudnya) "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia hendaklah kamu berhukum dengana `adil." *3

Kata al-Imam al-Qurtubi : "Ayat ini adalah pusat segala hukum-hakam yang mengandungi seluruh isi agama dan syara'." Katanya juga: "Yang sebenarnya ayat ini adalah umum untuk semua manusia, ianya menyentuh para pemerintah mengenai amanah yang mereka tanggung dalam membahagikan harta-harta, menolak segala kezaliman dan adil dalam pemerintahan. Demikian juga, ayat ini juga menyentuh golongan yang selain mereka.." *4

Kesimpulan Hadis:

1- Setiap orang hendaklah menjaga lidah masing-masing kerana berapa banyak kata-kata yang diucapkan secara tidak disedari boleh menjerumuskan seseorang ke dalam neraka. Oleh yang demikian sebelum mengucapkan kata-kata kita wajiblah membuat pertimbangan tentang kata-kata tersebut terlebih dahulu dan mengetahui akibatnya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 16:48


menarikkan iklan tu? tapi betullah..remaja sekarang ni ramai yang buta IT terutama yang duduk di kawasan pedalaman...kesian mereka.. tapi yang lebih kesian ialah mereka yang mmg tak nak tahu langsung tentang IT.Diharap mereka sedar ttg kepentingan IT di zaman sekarang ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 19:00


iklan tu mempunyai message yang tersendiri yang mana mengambarkan betapa ego nya anak-anak muda zaman it memandang sinis pada wargamas, sepatutnya kita mengorak langkah bersama-sama dengan mereka dalam memajukan negara kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 31-08-04 20:43


memang ramai warga emas tak tahu IT tapi kementerian tenaga dan telekomunikasi telah kenalkan pusat internet desa dikalangan warga emas secara percuma.. bukan cakap kosong tapi tempat saya bekerja di satu kawasan hulu pun ada. warga emas belajar tapi sayangnya warga emas kita kurang nak ambik benda yg percuma ni melainkan warga emas bangsa lain ye yg pandai guna peluang... pasal iklan telekom, pun nak jadi isu juga ke?? tak salah kan.. tgk msg akhir yg nak kita paham bukan pasal nenek tu....kita suka pertikai yg remeh temeh tp yg sepatutnya ambil iktibar tak plak kita ikut......

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-09-04 12:35


tulah...pasal iklan nenek cute tu....boleh jadi isu..betul apa nenek nenek sekarang canggih manggih....nenek kawan saya pakai macintosh...apa nak heran sgt kalau ada nenek2 pakai pda+hp tercanggih..jgn kerana mereka evergreen..mereka tak tahu pasal IT....malah ada golongan warga emas yg lebih literate computer dari kita sendiri....
Iklan tu jelas..."minda merdeka kerana ilmu"bukan nak promo telekom pun.....cuma iklan tu dibawa oleh telekom....tapi mesejnya tidak ada niat perniagaan....

"dari iklan ini apa yg ingin saya persoalkan, adakah realitinya begitu? sedangkan realitinya sekarang nenek2 tua seperti ini kita dapati masih ramai lagi yg hidup melarat ditimpa kemiskinan di ceruk2 kampung. jauh sekali utk mrk celik IT. Malahan peratusan celik it masih rendah dikalangan anak2 muda, bilangan mrk yg celik it dan menggunakan internet hanya berlegar dikalangan pelajar sahaja. ini melalui perhatian saya di ruangan chating yg mana kebanyakan org yg saya msg adalah pelajar.

jadi jika celik it di kalangan golongan muda masih rendah dan hanya berlegar dikalangan pelajar, apalagi golongan2 warga emas. semasa kerajaan melaungkan slogan cinta it dan mewujudkan cyberjaya namun ramai lagi rakyat kita yg masih terpinggir dari arus kepesatan teknologi maklumat."

my gosh...
sape kata terlalu luas jurang kecelikan IT......saya berkerja firma yg melaksanakan Multimedia Super Corridor.....jadi jgn berani bagi fakta tanpa bukti...kalau saya bagi bukti termasuk leap ke 2 MSC...tak cukup nak taip dlm mail ni...jadi sebelum keluarkan apa apa kenyataan..fikir dulu....



Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 12:56


Ana setuju dengan JoshuaIsfahan,nenek punya pasal bole jadi isu...
Mgkn penilaian kita berdasakan pandangan pertama. Mungkin pada pandangan pertama org nmpk keburukan dan sesetengah yang lain pula nmpk kebaikan..

Bagi ana,ia bukan utk merendahkan golongan tua...malah pengajaran kpd kita supaya jgn pandang rendah pada org w/pun kehdpn kita sudah melangit tinggi.Juga sebg moral kepada golongan emas supaya juga boleh turut sama dalam arus teknologi yang pesat.Sekarang ni teknologi semakin pantas,so jgn kata 'tidak' pada teknologi...kalu tidak ketinggalanlah kamu sume..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 13:00


Kalau Prof tengok iklan nie.. ngan member..
cuma tahu....gelak..
HAHAHAHAHHA.....

hehehe....fuh letih..ketawa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 13:15




sekadar pendpt...

rasanya tujuan pembuka topik bknnya sekadar nak menimbulkan isu yg remeh ttg iklan... cuba fikir dari sudut positif dan bincangkan topik secara ilmiah... tak salah rasanya melontarkan idea dan pendpt... ianya boleh mewujudkan perbincangan yg sihat... itupun jika perbincangan tidak dipengaruhi emosi semata2...

saya bersetuju dgn pendpt lidah-penghunus, kadar celik IT masih rendah lg... terutamanya golongan warga emas...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 20:01


Pepatah baru boleh difahami..
ini sekadar suka-suka... ek ?


"Jangan pandang orang sebelah mata, kalau rabun tambah cermin mata"

Ibarat "kail panjang sejengkal boleh diduga, makcik tua jalan sorang jangan sangka tidak ada PDA"


Wassalam..

p/s: Makcik !!!!!

[ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2004-09-02 12:51 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 21:00




Quote:
Ibarat "kail panjang sejengkal boleh diduga, makcik tua jalan sorang jangan sangka tidak ada PDA"



Bestlah peribahasa Prof. PDA idamanku sejak zaman berzaman. Bertuah betul nenek tu dapat memilikinya.

Memang masih ramai lagi masyarakat kita yang buta IT tak kiralah golongan apa pun. Tapi masih tak mustahil ada nenek yg sehebat itu. Masalah warga emas yang buta IT tak menjadi satu masalah besar tapi yang menjadi masalah apabila penggunaan internet masih tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh organisasi2 besar dan juga kerajaan sendiri. Perniagaan melalui internet sendiri masih belum dapat diterima di negara kita ini.

Selain iklan ni, ana suka iklan Broadband.. kelakar gitu.



-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-09-04 21:12


tulah jadi kalau semua benda nak pandang negatif,sampai mesej iklan tak sampai,benda lain kita fikir...periklanan bukan hanya wujud atas tujuan perniagaan,tetapi ia membantu menyampaikan mesej awam bagi tujuan sosial..
Mark Willert" Iklan yang berjaya,memberi emosi kepada penonton".

Perangkaan kajian dari UITM,Rahman,2004.Jurang IT di antara penduduk Malaysia kian mengecil berbanding pengenalan leap pertama pada awal tahun 1997. Pembasmian jurang IT diperhebat menjelang tahun 2000.Kerajaan telah menggalakkan rakyat untuk memiliki komputer melalui skim mudah dan beberapa insentif lain.
Pada awal tahun 2002,kursus bidang IT dikalangan pelajar menjadi sambutan hingga klimaksnya pada tahun 2003 apabila kerajaan terpaksa akur dengan kajian kedua bahawa kita mempunyai lambakan dari segi pakar IT kelas dua.Pembangunan IT di Malaysia terus meningkat.Pada tahun 2004,penyelidikan Hardware (38.4%)IT Services(21.4%)Packaged Software(16.0%).Ini menunjukkan pembangunan infrastruktur IT adalah seiring dengan pembangunan menyeluruh keperluan IT di kalangan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia mula diperkenalkan dengan simons IT mini seperti Smart Card,Smart School dan juga beberapa insentif teknologi lain terkandung di dalam Rancangan Malaysia ke 8(berakhir tahun 2005).

Pembangunan projek MSC diperhebat ke seluruh ceruk pendalaman bagi memperkenalkan lagi IT secara praktikal dan teori kepada rakyat.Program mesra desa IT dan Sains anjuran PSN,MDC dan pelbagai agensi lain di dalam MOSTI.Beberapa buah negeri di Pantai Timur telah dijelajah seperti Terengganu,Perak,Pahang dan akan datang ke Kelantan.(Jika diizinkan).

IT tidak sekadar berkisar mengenai komputer,tetapi ia merupakan aplikasi elektronik di dalam aspek fizikal tertentu seperti kewangan,pendidikan dan juga medium sivil.
Oleh yang demikian,adalah tidak benar untuk mengatakan jurang IT dikalangan rakyat Malaysia masih jauh jika kita hanya melihat dengan pandangan fizikal dan tidak melihat kepada kajian yang sahih.





Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 12:55


Terima kasih atas maklumat dari JoshuaIsfahan...

Perlu ada sokongan juga pada perkara IT ini ..
supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan ..terutama orang Islam....

Amin..


p/s: Tengah ajar Auntie belajar taip-menaip ( MSWORD) ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 13:49


Jurang digital antara kaum

Oleh Mohd Nahar Mohd Arshad

MENURUT statistik bagi tahun 2002, hanya 7.8 juta orang rakyat Malaysia mempunyai akses Internet.

Kebiasaannya, mereka di bandar lebih beruntung kerana infrastruktur komunikasi adalah lebih baik berbanding di luar bandar. Keadaan ini menjadi salah satu punca wujudnya jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Selain itu, sikap sebahagian antara kita dalam menerima dan mengaplikasikan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Keadaan ini diterangkan Alan Toffler dalam Future Shock (Kejutan Masa Depan).

Menurut beliau, kumpulan pertama ialah mereka yang hidup dalam kemajuan teknologi dan sentiasa cuba untuk melangkah lebih dahulu daripada keadaan sedia dicapai.

Mereka inilah pencipta yang menjadi pemimpin dalam bidang sains dan teknologi. Mereka memikirkan bagaimana teknologi dapat digunakan dalam meningkatkan tahap kecekapan pengurusan dunia yang semakin kompleks.

Hasil daya fikir, kreativiti dan inovasi mereka, maka terhasillah alat telekomunikasi moden dan perisian komputer yang saling melengkapi.

Kumpulan kedua ialah mereka yang menjadi pengguna teknologi. Majoriti adalah dalam kelompok ini. Kumpulan ini menggunakan teknologi secara meluas di mana gaya hidup mereka begitu terpengaruh dengan setiap inovasi baru.

Kumpulan terakhir ialah mereka yang mengasingkan diri daripada kemajuan. Golongan ini mungkin juga fobia dengan teknologi canggih masa kini dan lebih senang dengan gaya hidup moden yang konservatif.

Melihat keadaan ini, majoriti bumiputera lebih tertumpu dalam kumpulan kedua dan ketiga. Kita masih lagi menjadi pengguna teknologi. Lebih malang lagi jika kita tergolong dalam kumpulan yang meminggirkan diri dari arus ICT.

Sekiranya keadaan ini berterusan, bumiputera mungkin sekali lagi akan ketinggalan dalam satu lagi bidang kritikal yang sedang dan akan terus menjadi jana kuasa baru ekonomi Malaysia. Akibatnya, keadaan ini akan mewujudkan jurang digital antara kaum di negara ini. Di samping itu, ia turut akan melebarkan lagi jurang ekonomi antara kaum yang buat sekian lama cuba diperbaiki.

Tambahan pula, dari segi kualiti maklumat terdapat kecenderungan bumiputera kepada bahan-bahan ringan dan merosakkan.

Melihat keadaan ini, kita wajar menilai antara kualiti material yang bumiputera dan bukan bumiputera akses di Internet. Ini kerana, kualiti informasi dan maklumat yang diperoleh akan menentukan tahap kecendekiaan sesebuah masyarakat.

Sewajarnya kita fahami akan maksud kata-kata ini yang menyatakan bahawa minda besar akan bercakap tentang idea; minda sederhana bercakap tentang peristiwa dan minda kecil akan bercakap tentang gosip.

Justeru, kealpaan bumiputera untuk mendalami bidang ICT bukan sahaja dikhuatiri akan mewujudkan jurang digital dengan bukan bumiputera, malahan, keadaan ini bakal melebarkan lagi jurang ekonomi dan kecendekiaan antara kaum di negara ini.

- MOHD NAHAR MOHD arshad ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Sumber: Utusan Online (21/07/04)

Sila rujuk topik ---> Jurang digital perlu dirapatkan



-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-09-04 14:13


Jurang digital di antara kaum dan Jurang kecelikan IT merupakan perkara yang berbeza.

Harap maklum.

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

ahmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9956
Posting: 39
Dari: tpGARANG

Selangor  


posticon Posting pada: 04-09-04 02:35


BUTA IT CUMA MALU KAT DUNIA JE....

BUTA AL-QURAN MACAM MANA???

p/s: BAHKAN AL-QURAN ADALAH SUMBER SEGALA MAKLUMAT YG BENAR...

MAKLUMAT INERNET, SMS SEMUA BETUL KE??
PK 2121...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmieProfil   Hantar PM kepada ahmie   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 02:21




oic...my grandfather is 70 something and he uses handphone and also has his own e-mail address...what's so 'pelik' about that?...mmg le kena pakai coz dia businessman

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 16:10


assalamualaikum.

terima kasih atas respon tuan2 semua. bukan utk merendah2kan warga emas an memang menjadi harapan kita agar kesemua lapisan masyaraat tdk ketinggalan dl arus teknologi komunikasi maklumat. cuma caranya kena betul la, jgn la kita bina projek it punya hebat dlm masa yg sama banyak lagi masyarakat kita yg hidup melarat.

satu lagi dlm peratusan celik it ni, berapa paratuskah yg manfaatkan penggunakan it ni utk tujuan kebaikkan. memang saya tak nafikan dikalangan remaja ramai antara mrk yg tahu menggunakan komputer dan internet. tapi yg amainya hanya tahu berchatting membuang masa dan main game. ini tuan2 blh perhatikan di cyber2 kafe.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-09-04 12:34


"BUTA IT CUMA MALU KAT DUNIA JE....

BUTA AL-QURAN MACAM MANA???

p/s: BAHKAN AL-QURAN ADALAH SUMBER SEGALA MAKLUMAT YG BENAR...

MAKLUMAT INERNET, SMS SEMUA BETUL KE??
PK 2121... "


Memanglah betul kau cakap tu..tapi agak agaklah...bacalah tajuk posting tu dulu....kalau u buta IT kat dunia ni..(nowadays)...jadi office boypun tak tentu leh dapat..lainlah kalau nak jadi tahfiz..now ni tahfiz pun leterate computer....nak jawab dan kaitkan ngan agama pun..fikirlah dulu....


Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 13:30


Hhhmmm...

Buta IT dan Buta Al-Quran.... boleh buat malu belaka.... juga
Dua -dua kena naik selari

Sebab org Islam mesti ada kemajuan juga...
Sekarang pelbagai skill nak kembangkan dakwah untuk semua umat ... antaranya nak suruh/menyeru orang baca al-quran dengan dimuatkan dlm mp3... ( boleh dengar sambil lepak kat depan komputer ) siap ada tafsir atau huraian...

Profada sahabat ( budak tahfiz ) selalu dtg ke CC ...
ambil tahu psl internet... walaupun belajar pondok ..kena belajar

Dan jika diperhatikan pada budak-budak mcm kenal komputer atau IT..
secara rawak Prof perhati adalah melalui main game ...kat PC..selain main pakai PS One @ PS 2 @ X Box dan sebagainya...

Lama - lama mereka baru nak be;ajar main komputer secara total termasuk internet.







Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

najwa_hayati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.09.2003
Ahli No: 3625
Posting: 182
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 15:17


assalamualaikum..

iklan tuh menunjukkan walaupun usia berbeda... teknologi sekarang untuk semua... yang muda jgn ego.. yang tua jgn malu.. and makcik tuh guna O2XDA...

integrasi Islam dan IT pun merata-rata dapat dilihat.. sekarang org baca Al-Quran pun guna pda... dengar surah guna mp3... hanya yang asyik melayan chatting jer tersangkut.. tak berkembang...

pembetulan pada joshua..'now ni tahfiz pun leterate computer' ... sepatutnya 'sekarang ni tahfiz pun computer-literate'.. english pun perlu dipolish sebagaimana bacaan Al-quran =P

p/s: chatting room mmg utk budak2 sahaja... org dewasa tahu guna internet utk perkara yang lebih bermanfaat... justeru, tidak hairanlah tiada warga tua dalam chatting room.. harap maklum..

wassalam..



----------------------------------------------------------
ampun dan maaf sentiasa diminta

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_hayatiProfil   Hantar PM kepada najwa_hayati   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-09-04 16:02


fheh...baru sekali i tertaip silap spelling dah nak polish BI I lah ya....(dengan nada sinis)


p/s: tersengih baca

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 01:22


Nenek pun pandai guna telefon bimbit canggih?
eh knapa tidak.. klu blajar guna mestilah tahu, kan hehe

tapi rasanya skrg ni masih ramai lagi buta IT.. terutama yg tidak berkerja dlm bidang yg berkaitan...
wlupun ada class² it diajar, selepas sebulan dua ramai yg dah lupa hehe..

p/s:klu nenek tu online n surfin kat ukhwah.com ni mesti dia respon topic ni hehe ..
"apala anak2 ni makcik belakon je tu.. he"

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-09-04 13:02


Quote:

On 2004-09-06 15:17, najwa_hayati wrote:

p/s: chatting room mmg utk budak2 sahaja... org dewasa tahu guna internet utk perkara yang lebih bermanfaat... justeru, tidak hairanlah tiada warga tua dalam chatting room.. harap maklum...







ye ke chatting untuk budak2 je?



Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.150415 saat. Lajunya....