Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-07-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: dayahanif
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43029

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Yang Masuk Ke Sini
Nuri2017: 11 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 15 hari yang lalu
darul_numan81: 18 hari yang lalu
Zaleehani: 20 hari yang lalu
nice_pesan: 30 hari yang lalu
aliya_hudi97: 41 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Istimewa...Indigo


Carian Forum

Moderator: Admin, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Istimewa...Indigo

Please Mendaftar To Post


Oleh Istimewa...Indigo

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 02:00


Istimewa
Melodrama Ringkas...

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Mungkin perkataan cantik terlalu rendah
untuk
mengungkapkan kejelitaan wajahnya.
Segala puisi
indah dan lagu yang merdu juga tidak
boleh
mengungkapkannya. Bukan saja jelita
pada wajah
yang dimiliki. Penampilan yang sopan
dan ringkas,
membuatkannya begitu istimewa.

Nurul Janna, pelajar tahun satu di sebuah
Institusi
Pengajian Tinggi itu sering menggamit
pandangan
siswa-siswa, dari tahun satu hingga tahun
akhir.
Dengan penampilannya yang bertudung
membuatkan siswa terpaut padanya.
Sudah ramai
cuba memikat, namun hanya kecewa
yang
menjadi jawapan pada setiap proposal.

Gadis itu yang murah dengan senyuman
itu
membetulkan lipatan tudung. Jari
mulusnya
menyelak buku rujukan. Begitu khusyuk
dia
menelaah pelajaran bersama dua rakan
yang lain.
Dia tidak terfikir untuk mengambil jurusan
itu.
Terbayang kesukarannya apabila
merenung pada
nama, Mekatronik, Mekanikal campur
Elektronik,
memang susah.

Kehendak ayah diturutkan. Untuk menjadi
anak
yang baik, tidak elok jika menderhaka.
Mungkin
ayah mempunyai maksud yang tersirat di
sebaliknya. Selain kursus itu, kampus
pengajiannya turut dipilih ayah. Jarak
kampus
yang jauh dari kampung halaman
membuatkan
dirinya tertanya-tanya, namun
dipendamkan saja.

Selang beberapa meja di hadapan gadis
ayu itu
terdapat sepasang mata yang merenung
wajah
jelita itu. Amir tersenyum, bagaikan
sudah berjanji,
gadis itu pasti memilih untuk duduk
selang
beberapa meja di hadapannya. Cantik,
macam
puteri, kalaulah ana dapat.

Buku rujukan di tangan sudah tiada lagi
di minda.
Hanya gelagat gadis berkulit putih
kemerahan itu
saja menari-nari di fikiran. Pemuda
berkulit cerah
itu masih lagi merenung wajah selamba
Nurul
Janna tanpa gadis itu menyedari.

Spontan Nurul Janna menangkat muka,
merenung
sesuatu yang sedang menontonnya.
Senyuman
mesra diukirkan, senyum itu sedekah, tak
mampu
nak sedekah duit, sedekah senyuman
cukuplah.
Matanya masih lagi merenung Amir yang
sedang
kalut menyembunyikan muka. Mungkin
malu
direnung sebegitu. Hairan dengan telatah
Amir
yang lain dari siswa lain. Selalunya siswa
pasti
akan membalas senyuman lalu
menghampiri dan
menegur.


Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati ana menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Amir merenung jalan raya empat lorong
di
hadapannya. Kenderaan berlalu dengan
pantas,
berdesup perginya. Buku nota dipegang
kemas,
membelek dan menulis sesuatu. Dengan
ketenangan di pinggir bukit itu dia dapat
mengulangkaji pelajaran.

Tangan pemuda tinggi dan sasa
berambut lurus
pendek yang sedang menulis terhenti.
Dia tidak
tahu mengapa dia begitu berminat
dengan
kejelitaan gadis junior itu. Bukannya
tiada yang
meminatinya, tapi kesemua yang cuba
merapati
membuatkan Amir berasa rimas.

Dia tahu tak seharusnya dia berfikir
mengenai
mencari pasangan ketika ini. Pada masa
ini dia
harus menumpukan perhatian kepada
pengajian.
Tanggungjawab terhadap keluarga harus
dilaksanakan, dia perlu belajar dengan
bersungguh-
sunguhh bagi membantu keluarga kelak.
Tapi,
kesempurnaan yang dimiliki oleh pelajar
junior itu
benar-benar membuatkannya terpukau.

Baginya gadis itu mempunyai keunikan.
Sukar
untuk mengungkapkan, tapi itulah apa
yang
diperhatikan selama ni. Cara berpakaian
yang
sopan dan mematuhi aturan agama
membuatkannya begitu istmewa. Tidak
melampau
jika dikatakan keayuan gadis itu lebih
sempurna
dari sekelian gadis yang ada di IPT itu.
Malah
tidak keterlaluan jika kesempurnaan itu
tidak dapat
menandingi semua gadis yang ditemui.

Langkahnya dihayunkan menuju
perpustakaan.
Mencari beberapa buku rujukan yang
perlu. Tidak
terlintas langsung di hatinya untuk
bertemu gadis
tersebut. Dari jauh Amir melihat ke arah
meja yang
selalu dihuni oleh gadis yang selalu
menghiasinya.
Hanya seorang gadis saja yang
menghuninya. Dia
pasti bukan itu orang yang dicari
walaupun
kepalanya dilentukkan.

Rak buku kejuruteraan menjadi sasaran
setelah
buku nota diletakkan di atas meja. Meja
yang
setia menjadi peneman. Beberapa buku
dibelek
dan dikeluarkan kerana isinya berkaitan
dengan
apa yang ingin dirujuk. Lantas dia
berpatah balik
ke meja setelah berpuas hati dengan
buku-buku
yang diambil.

Haruman yang bertamu dihidung
membuatkan dia
beralih tumpuan. Dia pasti mengenali
siapa yang
berlalu di sebelah kerana haruman itu
sudah biasa
dihidu. Amir mendongak, melihat
perlakuan gadis
yang membawa haruman unik, bukan
haruman
pewangi. Penampilannya masih lagi
ringkas dan
sopan bertudung. Telatah gadis yang
ceria, tidak
lokek dengan senyuman membuatkan dia
terlepa
dengan apa yang sedang dilakukan.

Buku nota dan peralatan lain diletakkan
bersebelahan buku nota rakannya. Nurul
Janna
menyiku rakannya yang sedang tidur.
Lalu dia
menuju rak buku kejuruteraan, mencari
buku yang
berkaitan. Beberapa buku dikeluarkan dan
dibawa
ke meja. Kerusi ditarik dan punggungnya
dilabuhkan dengan sopan.

Matanya yang kecil merenung buku
rujukan dan
menulis isi-isi penting. Kepalanya
diangkat, wajah
siswa yang sedang merenungnya
memenuhi
ruangan mata. Renungan mata siswa itu
dibalas
dan dipakejkan dengan senyuman. Bukan
untuk
menggoda, sekadar mewujudkan suasana
mesra.

Alamak, dia tenung pulak. Kali ni tak
boleh kalah.
Amir tersenyum, ceria. Matanya masih
lagi
merenung gadis itu. Tidak terlintas di
hatinya
untuk mengurat siswi itu. Wajah yang
jelita
ditambah dengan keayuannya bertudung
membuatkan sesiapa saja pun akan
terpukau.

Amir kalut, siswi yang direnungnya kini
berdiri dan
menghampiri. Namun dikikiskan perasaan
malu
dan gelisah. Lega hatinya. Sangkaannya
meleset.
Gadis ayu itu berlalu melepasinya.
Dadanya diurut
perlahan.


Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, ana terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Mindanya dibiarkan melayang jauh dari
celah
logik. Mencari fantasi yang mungkin
dapat
menenangkan hatinya. Yang boleh
menyerikan
harinya. Amir mengeluh perlahan, wajah
gadis itu
seringkali mendominasi fantasinya.

Mengapa harus ana mimpikan dirinya,
sedangkan
ana sendiri pun tidak pernah mengenali.
Hanya
merenung dan memerhati dari jauh.
Berbual pun
tak pernah, masakan dapat bersama
dengannya.

Bukan sahaja fantasi didominasi oleh
wajah
tersebut, malah mimpinya bagaikan
diarahkan oleh
gadis itu. Sepanjang mimpi pasti muncul
wajah
berseri dengan senyuman manis. Angau
ke ana
ni? Amir tersenyum sendiri. Mana
mungkin dia
dapat persama dengan gadis iras puteri
raja itu.

Berangan aje lebih. Bibirnya masih lagi
mengukir
senyuman. Tapi Kenapa ana asyik
teringatkan dia.
Kenapa ana rasa dia begitu istimewa.
Sedangkan
ramai lagi yang lebih jelita. Ah study
study
exam dah dekat ni.

Tersentak Amir apabila haruman yang
biasa dihidu
bertamu di hidung. Hamper terlepas buku
dipegangan apabila sepasang mata yang
mempesona sedang menonton
gelagatnya.
Tersipu-sipu Amir dibuatnya. Dia tidak
biasa
diperhati sedemikian. Apatah lagi yang
memerhati
adalah wanita, lebih-lebih lagi gadis
yang diminati.

Kelakarlah siswa ni. Boleh berangan di
rak buku.
handsome juga. Ala, handsome macam ni
mesti dah
ada girl. Nurul Janna menekup mulut.
Kesopanan
dan kelembutan harus dijaga. Secara
tidak
sengaja buku yang di dalam pelukan
terlepas.
Hampir menimpa kaki siswa di
hadapannya.

Spontan Amir mengambil buku tersebut.
Tertera
tajuk VB6 for Dummies. Belajar
programming
rupanya. Lantas dia menghulurkan buku
tersebut.

"Terima kasih saudara... Saya Nurul
Janna,
Mechatronic Engineering part one.
Saudara Amir
Ashraf, part six. Am I right?"

Terkedu Amir. "Macamana Nurul Janna
tau nama
saya?"

"Biasalah. Junior kena kenal senior."
Panggilan
telefon membuatkan perbualan mereka
terhenti di
situ. Lantas Nurul Janna berlalu keluar.
Dia tidak
mahu mengganggu rakan yang lain
sedang
mentelaah.

Amir hanya memerhatikan dari jauh.
Terselit
perasaan bangga di hatinya. Iye lah, secret
admire
kenal ana. Tersengih lagi. Posisi masih
lagi sama.
Buku besar dibelek lagi. Menyemak sama
ada
buku itu berkaitan dengan apa yang
mahu
diulangaji.

"Abang Amir." Sapaan itu membuatkan
dia
terkejut. Memandang wajah pemanggil
dalam-
dalam. Empunya wajah membiarkannya
menatap
sepuas hati. "Ada orang nak jumpa?"

"Siapa?" Amir hanya menurut gadis itu
kerana
lengan bajunya ditarik. "Nurul Janna nak
bawa
saya ke mana?"

"Ikut aje."

Di luar perpustakaan berdiri satu tubuh.
Tangan
dihulur bagi mengundang kemesraan
dengan
berjabat tangan. "Apa kabar Amir?"

"Sihat. Pak Samad macamana?"

"Sihat juga. Sebenarnya pak cik memang
menyenangi Amir sejak amir melapor diri
untuk
Latihan Industri di tempat pak cik."

Amir kurang faham akan maksud Pak
Samad.
Dahinya berkerut. "Apa maksud Pak
Samad?"

"Senang cerita ginilah. Sebenarnya Nurul
ni anak
pak cik dan pakcik berkenan nak jadikan
Amir ni
menantu pak cik."

Hah, hampir terpengsan Amir
dibuatnya. "Betul ke
ni?" Pipinya dicubit, perit. Nyata bukan
mimpi.

"Betul. Nurul pun suka dengan Amir jadi
pak cik
rasa tak salah."

"Tapi..."

"tiada tapi lagi, lepas kau grad pak cik
nak
anda bersatu."


Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan ana di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa

Amir tersenyum memerhatikan isterinya
mengenakan jubah. Kelihatan anggun
berbaju
kurung cream dan diselimuti jubah biru
kehijauan.
Pak Samad meninggalkan
tanggungjawab yang
rela dipikul kepadanya. Pemergian Pak
Samad
sebulan selepas pernikahan mereka
memberikan
alasan dan sebab mengapa dia mahu
Amir
memperisterikan Nurul Janna. Tiada
siapa lagi
yang boleh dipertanggungjawabkan untuk
menjaga
wanita istimewa itu.

Nurul Janna berbangga dengan kejayaan
yang
dicapai. Tidak sia-sia dia belajar
bersungguh-
sungguh selama tiga tahun. Dan pada
hari itu dia
tahu mengapa ayah bersungguh benar
mahu dia
belajar di situ. Mata galak itu merenung
manja
Amir yang duduk memerhatikan
langkahnya turun
dari pentas.

Cerpen adaptasi lagu Istimewa nyanyian
Indigo

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 09-07-05 01:49


mak aihh..senangnya kawin...begitu saja?

anyway sejak tuut tuut ni kak syahidatul macam makin jiwang saja?

*hyunckel_asyraf larii*

Bookmark and Share

  


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-05 10:22


eheh... apa pula tuut tuut.. mana ada ar.

tarik telinga kang asy.. :-P

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 09-07-05 18:32


ahaks..betui2..jiwang juga r

Bookmark and Share

  


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 11:32


SHYEEEEEEE!!!!!!!

ko buat cerita ni ke? adeh. meningatkan ana pada iklan sunsilk tu?. huuuu

Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 11:33


p/s: "akue" ditukarkan pada ana. adeh. begini, tak boleh lah kino buat cerpen kat ukhwah lagik.huuu
[ Telah diedit oleh: kinobaik pada 10-07-05 11:36 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

mawardah_ilmi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 589
Posting: 79
Dari: bumi Tun Fatimah

Melaka  


posticon Posting pada: 10-07-05 13:36


wah... cerpen yang menyentuh jiwa dan sanubari tu

Bookmark and Share

  


  Member Information For mawardah_ilmiProfil   Hantar PM kepada mawardah_ilmi   Pergi ke mawardah_ilmi's Website   Quote dan BalasQuote

musafir_alan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15302
Posting: 67
Dari: Quantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 13:42


ucapan tahniah kepada penulis cerita kita. satu kombinasi cerita yang menyentuh hati.

Bookmark and Share

  


  Member Information For musafir_alanProfil   Hantar PM kepada musafir_alan   Pergi ke musafir_alan's Website   Quote dan BalasQuote

nur_001
Warga Rasmi
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15950
Posting: 12

Kedah  


posticon Posting pada: 10-07-05 15:50


wah...best arrr...
lagu tu? memang favourite saya ini...he..he..

Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_001Profil   Hantar PM kepada nur_001   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 17:57


eh.. ni bukan saya yang buat...ni ambik dari bulletin board, friendster.. memang macam iklan sunslik pun kino!! huhuhu

ps: kino, type lah akue.. haha. tak pun haku. eh..haku tu? watak kartun naruto. :-D

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 23:19


yupz..cerpen saya pun jadi 'ana' juga perkataan 'akue'...sedih saja..

Bookmark and Share

  


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-05 01:36


erm.. guna saja lah perkataan 'saya'.. hehe.. semua watak kena jadi budak baik dan sopan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Al-ayubi
Warga Rasmi
Menyertai: 11.02.2005
Ahli No: 14290
Posting: 12
Dari: bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 17-07-05 04:21


erk....ingatkan novel detektif indigo.......

Bookmark and Share

  


  Member Information For Al-ayubiProfil   Hantar PM kepada Al-ayubi   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 17-07-05 07:05


hehehe...ingatkan lakonan dari iklan syampu sunsilk,ada sikit persamaan daa..
apapun,cerita ni memang best..cayalah syahidatul!!


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

  


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

solehahnur
Warga Rasmi
Menyertai: 11.07.2005
Ahli No: 17202
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 23:10


not bad!gaya bahasa yang agak simple dan mudah d fahami.alf mabruk!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For solehahnurProfil   Hantar PM kepada solehahnur   Quote dan BalasQuote

salsabiila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15054
Posting: 58

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-07-05 17:41


Assalamualaikum... satu cerita yang menarik... teruskan usaha anda....

Bookmark and Share

  


  Member Information For salsabiilaProfil   Hantar PM kepada salsabiila   Quote dan BalasQuote

dhamiabatrisha
Warga Rasmi
Menyertai: 08.07.2005
Ahli No: 17142
Posting: 17
Dari: petaling jaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-07-05 20:44


eeeee suka nya!!!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For dhamiabatrishaProfil   Hantar PM kepada dhamiabatrisha   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-07-05 22:25


assalamualaikum shye...

wah wah wah.. macam hyunckel_asyraf cakap... makin jiwang nampak? :-D :-D ada apa-apa ke ini? ehehehe jangan marah ye...
first time baca teringat iklan sunsilk tu... betul cakap kino tu.. ehehe.. ingatkan ini iklan sunsilk versi ukhwah.com pulak ke... anyway.. dah ramai nmpaknya yang menunjukkan taring sekarang ini ye... makin ramailah nanti penulis-penulis didikan ukhwah.com ye...

ADVERTISEMENT:
- Bahagian Akhir Saat Bahagia sudah di'post'kan... cepat baca!!! hehe.. kalau tak best jangan marah... :-P :-P


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 06:37


hishhh bukan saya yang buat lah cerita sunsilk nieh....huhuhuu ni copy paste saja..

budak2 cerpen didikan ukhwah.com :

doctor meow
kinobaik
hyunckel_asyraf

ada sapa2 nak tambah? hikhik
[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 01-08-05 06:37 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 08:56


beat lah cerita ini. macam mana syahidatul dapat idea sebegini menarik? ajar sikit. saya pun minat tulis cerpen juga. :-D


________________________________
praise to you
just for you....Allah

Bookmark and Share

  


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 08:59


best lah cerita ini. macam mana syahidatul dapat idea sebegini menarik? bagi lah tips sikit. saya pun minat tulis cerpen juga.apa-apa pun teruskan usahamu.... :-D



______________________
praise to you
just for you....Allah

Bookmark and Share

  


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-08-05 19:26


iklan sunsilk dah jadi cerita ke...

Bookmark and Share

  


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

shahriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16922
Posting: 146

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 21:10


nice story... bukan senang nak jumpa wanita sebegitu..

Bookmark and Share

  


  Member Information For shahrizProfil   Hantar PM kepada shahriz   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 04-02-07 16:09


best lah cerita ni..

Bookmark and Share

  


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

akula2121
Warga Rasmi
Menyertai: 19.10.2007
Ahli No: 31438
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-07-13 02:09


cerpen ini hasil sentuhan ilham Faiz Ariff...

Bookmark and Share

  


  Member Information For akula2121Profil   Hantar PM kepada akula2121   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120397 saat. Lajunya....