Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 110
Ahli: 0
Jumlah: 110




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 15 hari yang lalu
nur_takwa88: 21 hari yang lalu
kismis: 21 hari yang lalu
qaulah_atrah: 32 hari yang lalu
muaz9768: 36 hari yang lalu
Rashdin: 42 hari yang lalu

MPP bantai NT7 dan 8TV.

Salamun'alaik.
Ana nak minta pandangan semua sahabat wa sahabiah sekalian berkaitan kes baru-baru ni. Siri edisi siasat mendedahkan ketidakadilan dan ketidaktelusan pihak Universiti dalam mengendalikan pilihanraya kampus baru-baru ini. Selepas rancangan tersebut hampir semua MPP universiti IPTA bersuara menempelak stesen TV tersebut. Kalau sebelum ni semua orang yakin dan percaya apa yang edisi siasat lakukan termasuk seks bawah tangga. Tapi kini Kenapa golongan tersebut marah dan terhina dengan rancangan tersebut. Adakah mereka takut semua tembelang mereka pecah dan tersebar kepada }msyarakat luar. Maaf andai kata ramai yang tak berpuas hati. Salam.



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:28-11-05 00:00:00
Oleh: Saff-one ([email protected])
Markah: (1433 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

MPP bantai NT7 dan 8TV.
Posting oleh lola pada 25-02-06 19:31:03
Markah Saya:


assalamualaikum saya lola ingin menengaskan bahawa pilihan raya niversiti hanyalah mainan pihak atasan universiti tempatan kita supaya mereka dapat menjalankan dasar ikut suka mereka kerana telah dari awal2 telah memilih orang yang akan jadi mpp ini adalah orang yang boleh menurut kata mereka dan bukannya memperjuangkan hak pelajar yang semakin tidak terbela sekarang ini.pelbagai helah dan juga taktik digunakan untuk memenangkan pro kerajaan antaranya membatalkan penyertaan pihak pembangkang dan menghadkan bilangan pembangkang. tindakan yang diambil ntv7 sememangnya wajar agar semua pihak terutama sekali orang luar kampus dapat memahami situasi politik universiti sekarang langsung tidak adil dan cukup memualkan majoriti student di universiti itu sendiri.

MPP bantai NT7 dan 8TV.
Posting oleh kerusi pada 18-01-06 21:49:41
Markah Saya:


budak mpp bukan student yang pilih tapi HEP. aku dah tau macam kat u... yang aku study...
merepek jee....

MPP bantai NT7 dan 8TV.
Posting oleh fuzz_lee03 pada 13-01-06 08:23:02
Markah Saya:


assalamualaikum..

btulla itu apa yang NTV7 buat itu...memang kalau kat mana-mana universiti pun Kalau ada pilihanraya banyak yang menyeleweng. dah kena kat batang idung sendiri baru nak kondem stesen tv.
Dari dulu lagi dah macam ni..baik tak payah buat pilihanraya ..lantik saja mereka terus jadi MPP..

MPP bantai NT7 dan 8TV.
Posting oleh Dr_ramzan pada 09-01-06 04:22:47
Markah Saya:


assalamualaikum..

emm..tengok2 tajuk ini mule2 terkejut juga sebab saya belajar kat oversea.but saya tau lah ada berlaku penyelewengan masa pilihanraya kampus aritu.nampak sangat benda tu dah dirancang.kalau ntv7 dedahkan benda ini bagus la,biar rakyat tau apa yang sebenarnya dah berlaku.

kalau nak dibandingkan demokrasi malaysia dengan negara-negara lain kat oversea ini,jauh sangat la bezanya.sistem demokrasi malaysia dah nak jadi macam india.bukan saya nak menhentam negara sendiri tapi itulah hakikat yang saya nampak.

anyway,tahniah ntv7 kerana berani membongkarkan benda yang benar..

MPP bantai NT7 dan 8TV.
Posting oleh mariyaa83 pada 21-12-05 14:32:45
Markah Saya:


assalamualaikum
saya bersetuju dengan apa yang dipaparkan di ntv7 dan 8tv.. memang benar perkara tersebut berlaku.. contohnya di uitm, calon2 MPP memang dipilih oleh pihak HEP.. Then adakan pilihanraya.. daripada senarai calon2 yang mereka sendiri pilih.. bagi saya, toksah buat pilihanraya...

MPP bantai NT7 dan 8TV.
Posting oleh nuraqmar pada 19-12-05 09:21:08
Markah Saya:


Nampaknya yang mencemuh stesen televisyen tersebut mungkin terdiri daripada orang yang terlibat dalam pilihanraya tu sendiri.orang akan jadi macam cacing kepanasan bila perkara yang dinyatakan adalah benar...wallahu'alam.

MPP bantai NT7 dan 8TV.
Posting oleh nurin_yin pada 09-12-05 12:19:43
Markah Saya:


zaman akak dulu semua ok...tapi tu 10 tahun lepas lah.sekarang tak tahu la pula ..dah semakin terror berpolitik agaknya

MPP bantai NT7 dan 8TV.
Posting oleh atma pada 06-12-05 04:16:01
Markah Saya:


saya bersetuju dengan anda. walaupun saya bukan pelajar ipta or ipts tetapi saya mengambil tahu mengenai hal ini. wujudnya ketidakadilan dalam pilihanraya di ipta adalah benar. calon yang pro pembangkang disekat kempennya. mereka seolah-olah dinafikan hak mereka untuk berkempen. dimanakah yang dikatakan demokrasi dalam pilihan raya? tetapi bagi parti yang pro kerajaan boleh membuat sesuka hati mereka termasuklah bantuan dari luar seperti parti politik lain. jika perkara ini berlaku kepada parti pro pembangkang mereka mengatakan telah melanggar akta AUKU.

oleh itu wahai rakan2 seperjuangan sekalian marilah ayuh kita bangkit untuk menegakkan keadilan dan memperbaiki keadaan. wasalam





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.07791 saat. Lajunya....