Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 92
Ahli: 0
Jumlah: 92




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 15 hari yang lalu
nur_takwa88: 21 hari yang lalu
kismis: 21 hari yang lalu
qaulah_atrah: 32 hari yang lalu
muaz9768: 36 hari yang lalu
Rashdin: 42 hari yang lalu

MLM perlukan peperiksaan

Suatu masa dulu, orang ramai memandang serong kepada industri insurans. Insurans dipersenda-sendakan, diperlekeh, tidak dihormati langsung. Siapa pun, dari apa latar belakang pun, boleh menjadi agen insurans. Tukang kebun, penganggur, penjual kuetiaw, semuanya boleh menjadi agen insurans.

Pelbagai latar belakang menyebabkan industri insurans dipenuhi dengan pelbagai gejala seperti penipuan, penangguhan, putar belit, angkara agen-agen yang tidak profesional.

Kerana keadaan makin serius kerajaan mengenakan undang-undang baru. Agen insurans mesti mengikuti kursus dan mesti lulus peperiksaan, barulah boleh menjadi agen insurans. Bahkan nama "agen insurans" yang membawa imej agak buruk telah ditukar menjadi, "Perunding Kewangan" (Penyanyi sama, lagu lain).

Berpuluh tahun terpaksa diambil untuk memulihkan imej insurans di Malaysia. Perlahan-lahan imej buruk insurans mula berubah kepada lebih baik walaupun belum pulih sepenuhnya.

Hari ini MLM (Multi-Level Marketing), mengalami nasib yang menimpa industri insurans 20 tahun dahulu. Lebih ramai yang mencebik dari yang mengalu-alukan bila mendengar tentang MLM. Sudah terlalu ramai yang "taubat nasuha" dengan MLM.

Apa puncanya? Tidak lain tidak bukan ialah pengedar-pengedar sendiri atau yang mereka dakwa sebagai "Usahawan MLM". Pengedar dan juga sebahagian syarikat MLM telah menjadikan MLM sebagai gelanggang sarkis!

Tidak ada istilah "Membina masa depan" untuk mereka. Sebahagian besar dari mereka yang menyertai MLM ini mengharapkan "keajaiban segera" dan fokusnya hanya pada WANG, bukan fokus membina perniagaan untuk generasi akan datang.

Saya telah menulis beberapa (6) buah buku mengenai MLM. Sebahagiannya diulang cetak beberapa kali. Saya mengkaji dan menilai. Makin lama, saya makin gerun dengan industri MLM. Makin saya takut -- apa akan jadi dengan industri MLM dalam tempoh 10 -- 20 tahun lagi jika suatu tindakan yang drastik tidak diambil.

Kerajaan telah mengenakan syarat baru. Hanya syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2.5 juta sahaja boleh membuka syarikat MLM. Apakah motifnya? Benarkah motifnya untuk melindungi pengguna? Saya rasa bukan. Saya rasa ia adalah desakan dari syarikat-syarikat MLM yang lebih besar supaya tidak banyak syarikat MLM baru akan dibuka. Atau lebih tepat, mereka hendak memonopoli pasaran. Mereka besar, berpengaruh, penyumbang ekonomi -- desakan mereka didengar oleh kerajaan!

Tapi, nampaknya syarat baru itu gagal untuk memulihkan imej MLM. Masih diperlekeh, masih dipandang serong. MAsih menuju kepada keburukan walaupun jualan langsung adalah penyumbang ekonomi yang agak besar.

Yang jujur berniaga dengan landasan MLM memang ramai, tetapi lebih ramai lagi yang tidak jujur, menipu, tak pro, tak mendapat latihan secukupnya. Lebih ramai yang menjadikan MLM sebagai gelanggang sarkis berbanding dari yang mengusahakan MLM dalam kategori "membina." Lebih ramai yang menjadi "pemain sarkis" berbanding dengan yang menjadi "usahawan."

Saban hari... sepanjang hari, penipuan demi penipuan, cakap besar demi cakap besar bergelumang di antara pengedar dengan pengguna, syarikat MLM dengan pengedar.

Contoh penipuan dan cakap besar:
1. Ubat ini boleh mengubati kanser. Makcik saya hendak dibedah, makan ubat ini, tiga hari kemudian kanser lenyap.
2. Dulu orang Singapore (kenapa bukan Indon?) dah nyawa-nyawa ikan... makan ubat ni dah boleh berjalan (nasib baik tak cakap dah boleh masuk Olimpik).
3. Sabun ini boleh digunakan untuk mencuci 1,000 helai pakaian.
4. Sapu aje kat muka, esok pagi muka licin.
6. Kopi Ginseng ini boleh menyembuhkan sakit pinggang.
7. Dan senarainya berterusan. Sepatutnya hanya sampai C sahaja kegunaannya, atas kreativiti pembohongan, kegunaan produk berjela hingga sampai Z.

Dari segi kewangan:
1. Upline saya pendapatannya RM100,000 sebulan.... Baru 3 bulan buat
2. Dia tu dulu tukang kebun sekarang incomenya RM50,000 sebulan
3. Dah 3 tahun saya buat, collect dalam RM1 juta lebih kurang (tapi kenapa pakai kereta buruk....)
4. Senarainya berterusan. Pendek kata senang sangat nak lihat kebenaran cakap mereka. Darab atau bahagi 10. Kalau pendapatanya RM200 dia akan mengatakan RM2,000. Kalau RM2,000 dia akan mengatakan RM20,000. Pendek kata tak ada yang pendapatn RM10,000 tapi mengatakan RM1,000. Tak ada.

Bahkan... sebutan MLM pun selalu salah. Berapa kerap anda pernah mendengar orang menyebut dengan tepat, "Multi-Level Marketing"? Rasanya sekali dalam setahun. Yang paling kerap ialah, "Multi-Level" sahaja. Marketingnya tertinggal. Padahal Marketing itulah intipati perniagaan dan juga punca datangnya sumber kewangan. Pemasaran -- bagaimana menyampaikan produk ke tangan pengguna dengan banyak, berulang-ulang. Tak hairanlah tidak ramai yang menganggap sebagai "perniagaan" kerana tidak pernah ambil tahu tentang fungsi perkataan "Marketing" dalam MLM. Lebih rela menjadi pemain sarkis dari menjadi ushawan yang bakal meninggalkan sesuatu yang hebat untuk generasi akan datang.

Sejak dahulu saya berharap semoga generasi "pemain sarkis" atau "makhluk perosak" ini cepat pupus supaya digantikan dengan generasi baru yang boleh menjadikan MLM sebagai landasan untuk membina perniagaan yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Namun harapan saya seperti menunggu hujan di musim kemarau.

Tujuan saya mengkaji dan menulis buku-buku MLM adalah untuk mendidik supaya MLM dijadikan landasan untuk membina masa depan. Tetapi didikan tak semestinya diterima. Hanya sebahagian sahaja yang menerima idea dan pendidikan itu. Yang lain kekal dengan rentak mereka.

Jadi, pada pendapat saya, untuk memulihkan imej industri MLM, pihak Kementerian sebaik-baiknya mengenakan undang-undang baru seperti insurans. Mesti ada kursus dan lulus peperiksaan barulah boleh menjadi pengedar. Saya rasa inilah satu-satunya cara untuk memulihkan imej industri MLM, sekaligus menghapuskan generasi "pemain sarkis" membentuk generasi "Usahawan MLM" tulen!



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:08-03-04 00:00:00
Oleh: Kang ([email protected])
Markah: (1503 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

MLM perlukan peperiksaan
Posting oleh umminajihah pada 10-10-05 14:11:31
Markah Saya:


saya tak fikir malam satu perniagaan yang salah.saya sendiri ejen kepada slh satu syarikat malam kat negara kita ni. tapi sampai sekarang, tak ada apa yang meragukan pun.bagi syarikat ni, islam adalah tonggak utama. memang saya respectlh cari pentadbirn dan pengurusn syarikat ni. dari segi orang atsan 'makan duit' orang bwh tu sebenarnya slh.semua bergantung pada kesungguhan ejen atau ahli tu sendiri.kalau dia rajin, insyaAllah, tak mustahil dari seorang pekebun jadi jutawan.percayalah....

MLM perlukan peperiksaan
Posting oleh mizzaisya pada 29-09-05 13:38:34
Markah Saya:


assalamualaikum..
firstly, kena fahami marketing plan sesebuah company malam..
so far, alhamdulillah, malam yang ana join, membantu semua ahlinya..
yang penting, usaha ada sangat perlu & komitmen mesti tinggi ye...
kegagalan pada peringkat permulaan adalah perkara biasa..
dimarah,tidak dilayan ketika nak approach orang lain untuk join, pun perkara biasa juga.
Kuatkan SEMANGAT!! dan bdoa kepada ALLAH SWT, semoga niat untuk mencari rezki yang halal diberkati olehNya...

Wassalamualaikum..

MLM perlukan peperiksaan
Posting oleh natrah_mohammad pada 20-07-05 19:49:06
Markah Saya:


pada pendapat saya, yang pentingnya kaji dulu pelan pemasaran syarikat sebelum menjadi pengedar. Lagipun mlm itu bagus juga. kan skarang ini kerajaan dah suruh siswazah menganggur belajar berniaga dalam mlm. so tentula kerajaan dah kaji benda ni dengan teliti kan.

MLM perlukan peperiksaan
Posting oleh Atif_Haziq pada 02-07-05 02:38:06
Markah Saya:


assalamualaikum..
komen saya..MLM sebenarnyer bagus..dapat mendekatkan diri pada masyarakat..tapi satu saja yang saya tak setuju...kalau kita tengok..biasanyer upline akan mndpt ganjaran hasil titik peluh downline nya..ini juga satu kezaliman yang kita tak nampak...jadi kalaupun kita dapat jadi kaya..tapi tak selesa...sebab bukan kerja kita sepenuhnya....oklah itu jerla...

MLM perlukan peperiksaan
Posting oleh anakmanja pada 25-02-05 22:14:59
Markah Saya:


assalamualaikum.. for me..hakikat concept perniagaan MLM tue tak salah pada dasarnye..lagipun ia membawa keuntungan kepada dua2 pihak..costumer and seller...tp yang meyedihkan tue banyak orang yang masuk MLM nie nak untung cepat dan sanggup omong 2 kosong..tak kurang juga syarikat2 MLM tertentu yang indah khabar dari rupa....faktor2 ni la yang mencemarkan industry MLM dan menyebabkan banyak orang ''menyampah'' and phobia kat bile sebut jr MLM..namun sebenarnye jika perniagaan MLM nie dilakukan dengan jujur and ikhlas..perniagaan ni tentunye membawa banyak kebaikan bahkan hidup kite lebih berkat...tak kire dalam ape jua bidang..kejujuran itu kan eset penting dalam segala espect kehidupan untuk kita menjadi hamba yang diberkati dunia dan akhirat..

MLM perlukan peperiksaan
Posting oleh kool pada 02-12-04 10:24:05
Markah Saya:


bagi saya utk menjadi pengedar MLM tidak perlukan peperiksaan. apa yg penting setiap pengedar mestilah selalu menghadiri meeting utk menambah ilmu dan bertukar-tukar pandangan sesama ahli. bila hadir mtg, banyak benda yg dapat kita belajar. so, unsur penipuan takkan berlaku kalau ahli betul-betul nakkan ilmu masa mtg. dgr betul-betul. tengok segala testimoni yg didapati drpd diri sendiri dan ahli lain. belajo plan marketing betul2. then, tetapkan matlamat dan sasaran. yg ptg gak kena jujur dan ikhlas.

MLM perlukan peperiksaan
Posting oleh KEMBARASUFI pada 17-10-04 15:57:27
Markah Saya:


bagus komen anda tapi tak semua mlm tipu contohnya sureco,bagus sekali dan merupakan syarikat bumiputera islam yang kukuh kini





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.081795 saat. Lajunya....