Tinggal jauh di negara orang tanpa Ilmu Agama Yang Cukup adalah satu dugaan yang maha hebat bagi kita orang Melayu dan beragama Islam secara warisan...
Segala pintu dosa terbuka luas...cuma keimanan yang utuh sahajalah yang dapat menyekat segala dosa-dosa ini.
Oleh itu kepada keluarga yang gah kerana anak-anak belajar di luar negara hendaklah terlebih dahulu bina jati diri berdasarkan agama Islam yang jitu sebelum melepaskan anak-anak kita yang dikasihi melebarkan sayap kehidupan bagi mengarap cita-cita.
* Hanya Allah yang mengetahui akan segala-galanya.