Kita tahu Allah telah menjajanjikan kemenangan kepada ISLAM. Syaratnya kita berusaha kearah kemenangan.
Maka lahirlah Platform-platform Jama'ah berunsurkan Islam dalam negara. Tapi apa persoalanya, adakah jama'ah ini bersatu? Saya bercakap dari segi konteks IPT...
Saya pernah menjadi tutor, saya kurang nampak semasa saya berjawatan tersebut. Tapi bila saya sambung belajar saya sendiri dianak tirikan oleh Pelajar-pelajar yang menguasai Jawatankuasa Islam di sebuah universiti sepenuhnya Bumiputra. Subhanallah, kelompok mereka tidak mahu langsung menerima atau bersama dengan rakan-rakan ikhwan yang lain. Malahan mereka saling bersyak wasangka.. mana yang diajar oleh Islam.
Kadang-kadang kita perlu mengkaji cara dakwah Rasullullah dan para alim ulama tertutama yang masih ada dalam negara atau luar.
Islam cukup indah,dan dakwah cukup menarik jika kita sebagai seorang da'ie pandai menyulam dakwah itu . Syaratnya hala tuju kita masih jelas dan batas syarak tetap di jaga.
Rasullulah pernah bersabda "Kecerdikan barang cicir kepunyaan orang muk'min". Kita lupa atau jelas setengan mahasiswa yang cintakan Islam dan berusaha berdakwah tapi mereka tercicir sebenarnya. org bukan makin dekat dengan Islam tapi makin berundur dari Islam.
Sampai bila kemenangan Islam akan muncul? Kenapa lambat? Kerana silap kita. Kita tidak ada cermin untuk melihat di mana koyaknya diri kita.
Subhanallah...
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.
Bersatulah semua tidak kira siapa kita yang pasti jika jelas hala tuju kita adalah untuk mendaulatkan islam maka kita diibaratkan adik beradik.
Selagi amal ma'aruf nahi mungkar menjadi slogan kita maka HARAM kita berpecah.
InsyaAllah ..