Gejala murtad di kalangan umat Islam.
Assalamu'alaikum.
Saya nak berkongsi satu cerita. Harap boleh dijadikan teladan & sempadan kepada anak-anak gadis.
Apa yang boleh dijadikan asbab? Mengapa ramai anak gadis Melayu sekarang murtad?
Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan duduk senang selagi umat Islam tidak
mengikut telunjuk mereka.
Antara starategi utama Kristian memurtadkan anak gadis Melayu melalui :
(1) Percintaan.
(2) Mengandungkan mereka.
(3) Memberi kemewahan.
Sebuah gereja kristian menghantar ahlinya untuk memenangi hati gadis Islam.
Sasarannya ialah gadis Melayu yang beragama (bertudung labuh & baik akhlaknya).
Pemuda Kristian yang dipilih kacak & berwatak baik.
Misi si Pemuda Kristian : Mengkristiankan si gadis.
Starategi: Cinta
Lokasi : Universiti
Pemuda Kristian: Boleh saya berkenalan dengan awak.
Gadis : Tidak mempedulikan.......
Setelah seberapa lama si Pemuda Kristian berusaha.....
Pemuda Kristian : Saya sebenarnya tertarik dengan agama Islam. Saya harap awak dapat menunjukkan jalan kebenaran kepada saya.
Si gadis mula terfikir…….niatnya ikhlas untuk mengIslamkan si pemuda tadi... Maka bermulalah syaitan memainkan peranan. Boleh dikatakan setiap minggu si Pemuda berusaha berjumpa dengan si Gadis untuk bertanyakan tentang Islam… Perjumpaan meraka adakalanya di kantin & perpustakaan. Si Gadis masih menjaga tingkahlakunya.
Setelah beberapa bulan,terbit perasaan cinta di hati si Gadis.
Pemuda Kristian mula memainkan peranannya dengan menghilangkan diri beberapa minggu (supaya si Gadis merinduinya).
Si Gadis mula gelisah & telefon bertanyakan khabar... Si Pemuda muncul & menyatakan hasratnya ingin berjumpa dengan si Gadis (Lokasinya di luar kampus & pada malam hari). Atas desakan nafsu, si Gadis tadi bersetuju.
……….terjadilah perkara yang tidak diingini…………………………………..
Si Gadis merasakan dirinya kotor setelah melakukan zina & mengandung….
& tidak berani berdepan dengan ibubapa yang mengharapkan anaknya menjadi wanita solehah………
Si Pemuda berpura menunjukkan rasa prihatin kepada si Gadis & berjanji akan bertanggungjawab (sambil mendakwahkan agama Kristian kepada si Gadis) ….si Gadis yang merasakan dirinya kotor & tiada tempat perlindungan mula bergantung harap kepada si Pemuda….& dipendekkan cerita, si Gadis berjaya diKristiankan.
Persoalan: Kenapa pemuda Kristian tidak berjumpa dengan rakan lelakinya yang beragama Islam untuk mempelajari tentang Islam?
Ikhtibar: Berhati-hatilah dalam pergaulan. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita ajnabi membawa kesan buruk kepada masyarakat Islam..
Ringkasnya,sedaya mungkin kita jauhi maksiat dan tunaikan segala perintah Allah. Tanggungjawab tersebut bermula daripada diri sendiri....