darul quran atau ijazah??

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://ukhwah.com/ukhwah/



Oleh: ukhtizahra91 ( [email protected] )
Ditambah: 31-10-2009
Markah: 10



salam ukhwah kepada semua. ana student matrikulasi. sekarang ana sedang cuti sem satu.ana nak kongsi apa yang ana rasa sepanjang ana belajar di sana. ana akui kehidupan di matrikulasi sangat menyeronokkan. tapi,lama kelamaan ana mula rasa meluat dengan suasana di sana. couple tanpa segan silu makan bersuap2. makin ramai yang free hair. org solat tarawih ada yang duduk online depan library. teguran biro kerohanian dan pihak NTP tak ada siapa yang peduli.

exam hari tu ana rasa result ana kurang memuaskan.rasanya semua student matrikulasi pun akan cakap macam ni. jadi, ana dah ambil keputusan,tak kira result ana elok ke tak,ana tetap nak teruskan rncngan ana nak buat diploma tahfiz dan qiraat di Darul Quran. ana nak cari ketenangan di samping menambah ilmu ukhrawi. tapi,bila ana tanya pendapat org sekeliling ana, mereka seolah kurang setuju. ramai yang nak ana sambung ijazah dalam bidang sains. persoalan sekarang, bukan ana tak hendak mendalami ilmu2 sains tapi ana nak mencari ketenangan.jadi,ana nak tanya pendapat sahabat-sahabat sekalian. jikalau ada sesiapa sudi berkongsi pendapat dengan ana amatlah dialukan. mungkin ada sesiapa yang boleh perbetulkan pandangan ana. wallahua'lam.