Syair Imam Al-Ghazali

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://ukhwah.com/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 16 Mac 2004 @ 10:37:51
Topik: Umum



Puisi ini wirda dapat dari seorang Ustazah Wirda waktu sekolah dulu....
Ianya jadi peringatan buat Wirda....
Terima Kasih Ustazah Nazlina...

Apabila seorang lelaki …
Tidak menarik hatimu
Kecuali dengan berpura-pura
Tinggalkanlah dia…
Dan jangan engkau bersedih hati kerana itu…
Kerana banyak lagi manusia
Yang boleh dijadikan gantinya..
Dan dengan meninggalkannya…
Boleh menyenangkan jiwa…
seperti dapat menahan sabar…
terhadap orang yang dikasihi….
walau ia cuba …
menjauhkan diri….

Tidak mesti setiap….
Orang yang engkau kasihi
Akan mengasihi engkau pula….
Dan tidak mesti setiap yang engkau…
Berkawan rapat dengannya
Dia akan menemani engkau…
Dengan sepenuh hati..
Sekiranya ramai orang yang suci hati
Untuk berkawan itu bukan satu tabiat..
Tiada kebaikan untuk berkawan..
Dengan hanya berpura-pura
Tiada kebaikan bagi orang
yang mengkhianati temannya….
Kerana itu…
Ia akan menemui
PERPISAHAN jua akhirnya….

Ia akan mengingkari kehidupan…
Masa yang telah berlalu…
Walaubagaimana pun rahsia….
Besoknya semua hal itu….
Pasti terserlah jua…
Oleh itu….
Selamat sejahtera aku ucapkan…
Untukmu wahai alam dunia kiranya….
Tiada teman atau kawan ….
Yang dapat menunaikan janjinya…
Sebagai satu KEINSAFAN…..