Sejauh mana CINTA mu kpd Dia ?

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://ukhwah.com/ukhwah/



Tarikh: Ahad, 03 Ogos 2003 @ 1:05:54
Topik: Tazkirah



"Islam berlepas dari tangan org yang hina lagi menghinakan..Ramai yang menyangkakan Islam hanyalah solat , puasa dan zakat semata-mata tetapi Islam itu ialah berjihad di jalan Allah dengan jihad nyawa , harta , masa , isteri dan anak-anak... berjuanglah atau tersingkirlah kamu "kata-kata Muhammad Ar-Rashid ,(daripada Kitab al-Muntalaq

Assalamu'alaikum wrhmth... moga semua sahabat dan sahibah ukhwah yang ana sayangi berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Ar-Rahman..Selawat dan salam ke atas Muhammad Rasulullah yang telah menyampaikan Risalah Islamiyah dengan jayanya dan ke atas semua para mujahid di jalan Allah..
Suka ana berkongsi sedikit mungkin pandangan @ pendapat yang ana rasa wajar untuk semua kita sebagai muslim m'etahui dan taqmil dan istiqmal.Insya-Allah.

Cat Steven (Yusuf Islam) berkata:
" sesungguhnya umat Islam umpama duduk dalam lombong PERMATA sebab itulah mereka tidak merasai istimewa dan terpilih.. tapi aku ini menjumpai PERMATA ini di dalam 'lumpur' .."

Persoalannya di sini kita yang ditaklifkan sebagai khalifah Allah yang dimuliakan dengan nama2 indah ; sumaiyyah, ahmad,izzah,sufian dll sejauh mana kita merasai peranan @ mas'uliyyah yang kita bawa dan yang kita pegang.Adakah kita nak kembali kepada Allah dengan tangan kosong.Ibnu Qayyum pernah mengibaratkan bahawa kita nak berjumpa kekasih yang kita cintai.. mestilah kita mahu beri yang terbaik .. dan amat takut jika dia menolak cinta kita.Umpama kitalah... jika meminati seorang brother.. mestilah yang sister ni menjagai semua aspek agar yang nampak hanya yang baik-baik dan inginkan yang terbaik untuk org yang disukainya itu. Tetapi sayangnya kita memberikan CINTA yang aula itu kepada manusia bukannya kepada Rabb manusia itu.Renungilah sahabat-sahibah yang ana kasihi Lilahi Taala.
Antara kita sedari @ tidak, hajat dan harapan ibubapa kita hanyalah untuk melihat kita..:
# mewarisi kerja-kerja dakwah dan tarbiyah yang dipelopori oleh Rasulullah dan para sahabat baginda.
# agar kita dapat merasai kemanisan tarbiyah sebgmana yang mereka rasai..
# agar kita cemerlang dalam syahsiyah , tarbiyyah dan akademik.

Seharusnya kita sedar bahawa Islam yang ada pada kita ni adakah kerana kita mewarisi daripada ibubapa kita yang telah Islam ataupun kerana kita berhajat kepada Allah yang telah memilih kita untuk merasai Hidayah-Nya.Sewajarnya kita perlu merasakan amat2 bertuah dan berbangga kerana Allah cinta dan sayang kepada kita dengan memberikan Nikmat ni kepada kita, bahkan ramai lagi di luar sana yang terCARI2 hidayah...oleh itu sahabat dan sahibah ukhwah semua jangan lah kita membuang sewenang2 nya cinta yang telah beri kepada kita...jika tidak lahirlah tindakan2 yang amat memalukan yang tidak selayaknya ditujukan kepada Ar-Rahman.Contohnya merokok, bergaul lelaki dan perempuan tanpa batasan ,merasa hubb kepada dunia dan lain-lain...
Rabiatul 'Adawiyah ada mentaksirkan istilah CINTA yang sebenar2 nya : CINTA itu harus ditujukan kepada yang paling layak untuk menerimanya.CINTA itu harus diberikan kepada yang pandai membalas CINTA.CINTA itu harus menyeluruh.CINTA itu harus ikhlas dan jujur.jangan digunakan CINTA itu kepada perkara yang tidak patut beroleh keCINTAan.
Dalam meniti usia sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi sebagai pelajar muslim.. ghayah @ tujuan belajar perlu amat jelas ..1) sebagai memenuhi tuntutan Allah ke atas setiap muslim dan 2) untuk mengubah waki' dan realiti masyarakat yang ada pada hari ini..
Insya-Allah.. marilah kita sama-sama muhasabah diri agar kita semua beroleh Jannah Firdausi yang Allah janjikan.Ana mengingati diri ana sendiri dan menyeru semua sahabat dan sahibah ukhwah agar tidak tertipu dengan hakikat dunia pada hari ini dan jadilah pelajar muslim sebenar2 nya yang mukmin dan melihat realiti hari ini dengan firasat seorang mukmin.Insya-Allah mohonlah pertolongan-Nya agar Cinta yang Hakiki ditujukan kepada-Nya semata-mata tanpa ada campur aduk dan tolak bahagi...
Mohon maaf jika terkasar bahasa dan tersinggung.yang baik itu dr Allah Yang Maha Sempurna dan yang lemah itu dr diri ana yang perlu banyak lagi dibaiki..
Salam sayang untuk semua ahli ukhwah.. moga ukhwah kita terjurus ke JALAN yang lurus.Insya-Allah...
Wassalam..