Salahkah bebas tapi bertudung???

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://ukhwah.com/ukhwah/



Tarikh: Jumaat, 20 Jun 2003 @ 10:11:23
Topik: Umum



Assalamualaikum kepada semua ahli ukhwah yang membaca artikel saya ini. Terima kasih sekali lagi kepada anda semua kerana sudi membaca artikel daripada saya ini.

Erm.... kebelakangan ini sering kita dengar tentang kutukan kepada remaja muslimah kita yang mengenakan tudung sebagai penutup aurat tetapi sering kali mereka ini dipertikaikan sifat mereka. Mengapa? Salahkah memakai tudung tetapi aktif dalam kehidupan seharian kita? Erm... saya sendiri contohnya, sering dikutuk jika keluar menjalankan aktiviti harian saya iaitu bersukan atau pergi ke kelas. Bukannya apa sebagai salah seorang daripada jutaan remaja di dunia ini tak mungkin saya atau sesiapa dapat mengelak untuk mencuba fashion terkini, terutama sekali dari segi pakaian. Ya, kalau kita perhatikan tak mungkin ada seorang pun daripada kalangan remaja masa kini ingin melepaskan peluang untuk mencuba fashion terkini tapi tidak lah sampai terdedah sana-sini, cuma sekadar ingin menambahkan sedikit kelainan sahaja. Erm itu pun salah kah??? Cuba renungkan...