Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 18 hari yang lalu
sadiqah: 22 hari yang lalu

Poll Results




Kenaikan mendadak harga minyak

Tak sepatutnya kerana kita pengeluar minyak32 % 32.42 % (354)
Kenapa lebih tinggi harganya dari negara pengeluar7 % 7.23 % (79)
Tidak menyusahkan orang kaya3 % 3.21 % (35)
Menyusahkan rakyat jelata28 % 28.21 % (308)
Jenayah akan lebih meningkat7 % 7.05 % (77)
Tahap kemiskinan menjadi lebih teruk21 % 21.89 % (239)

Jumlah Undian: 1092
Hanya 1 undian sehari!

[ Tempat Mengundi | Survey Lain ]


"Kenaikan mendadak harga minyak" | Login/Mendaftar | 24 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh ridwan ([email protected]) pada Selasa, 08 Julai 2008 @ 21:36:02
(Info AHLI)
ada baik buruknya harga minyak naik
baik......
1-tak banyak kenderaan persendirian kat jalan = tak jem lalulintas
2-kurang pencemaran alam... sebab kurang kenderaan
3-keluar banyak idea & produk baru bagi mengatasi masalah minyak dengan cari altenative...

buruk
1-menyusahkan org ramai.... terutama kawasam yang kenderaan awam tak masuk... sgh menyesakan... tambah time emergency.... dan banyak lagi...
2-org miskin bertamabah beban... minyak naik.... automatik semua naik..
3-org berniaga pun bertambah pening..... semua kos dah meningkat...

yang lain antuma semua boleh fikir...
walauapapun....... pasti ada hikhmah d sebalik kejadian.......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh putrisyaaban_tie (putrisyaaban_tie) pada Jumaat, 11 Julai 2008 @ 17:44:49
(Info AHLI)
Tak boleh nak salahkan kerajaan 100%
Minyak galian yang terdapat di dalam negara kita mengandungi banyak sulfur dan ianya hanya sesuai digunakan oleh kenderaan-kenderaan seperti kapal terbang,jet pejuang atau secara mudahnya pengangkutan udara...
Kebaikannya dari kenaikan harga minyak ini ialah,rakyat Malaysia mula pandai dan sedar tentang amalan berjimat cermat...Yelah,boros itukan amalan syaitan....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh eda ([email protected]) pada Rabu, 16 Julai 2008 @ 13:46:41
(Info AHLI)
sememangnya kita negara pengeluar minyak, tapi xbermakne negara kita tak sepatutnya alami kenaikan minyak.kena faham,minyak mentah ikut harga antarabangsa..

rasanya tak salah negara kita melabur ke luar untuk menambahkn sedikit pendapatan untuk masa akan datang anak cucu cicit kita.sebab bukan kita sahaja yang akan hidup,malah lebih banyak generasi untuk masa hadapan...

Andai minyk makan berkurang, harga akan makan meningkat.Mungkin bila sampai masa itu,kita semua baru nak belajar menerima harga minyak yang mendadak secara drastik..fikir2kn lah.......

lagi satu setakat ni kita dapat lihat masih tak ada orang-orang miskin yang tak dapat makan.yang pasti belajarla berjimat..Berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan.

Semoga umat islam zaman sekarang boleh berpandangan terbuka dan lebih luas pengetahuan.Jangan kerana sedikit kesulitan memecahkn umat..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh inia_lurun ([email protected]) pada Sabtu, 19 Julai 2008 @ 0:52:47
(Info AHLI) http://inia-lurun.blogspot.com/
Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi: 1. Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006. 2. Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006. 3.Hasil Bukan Cukai - Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006. 4. Hasil Bukan Cukai - Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006. Image(Data ini diperolehi dari sumber Perbendaharaan Negara dan boleh dilihat umum di treasury.gov.my). Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia. Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia. (Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.) ImageData (http://virtualfriends.net/main/?UID=2E3DAB3A-EEFF-5948-406EAED368DF0913&frame=1) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain. Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul. Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama. Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu. Sebaliknya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan. Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh bintanghati2008 pada Jumaat, 25 Julai 2008 @ 16:49:45
(Info AHLI)
assalammualaikum...
kenaikan harga minyak yang mendadak bukan hanya di malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia. memang kenaikan tersebut menambahkan kesengsaraan kepada rakyat tetapi kita seharusnya berfikiran positif. jangan hanya nak salah atau menunding jari tetapi kita perlu ambil pedoman dari masalah tersebut. kini zaman berbeza, semakin kehadapan, makin tinggilah kos sara hidup kita. inilah realiti yang perlu kita fahami. kita perlu ikut peredaran zaman. ingat kita hanya merancang tapi allah yang menentukan.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh marul ([email protected]) pada Jumaat, 01 Ogos 2008 @ 10:27:58
(Info AHLI)
dunia dah akhir zaman....hmmm..minyak makin habis..
tak rasa ke minyak mungkin disimpan untuk peperangan akhir zaman nanti??? walallahualam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh hilyah ([email protected]) pada Jumaat, 01 Ogos 2008 @ 10:52:50
(Info AHLI)
assalamualikum,
saya merupakan seorang mahasiswi di upm
saya kecewa dengan perlaksanaan kerajaan dalam menangani masalah kenaikan harga minyak.
peningkatan haraga minyak bukan sahaja menyebabkan rakyat berpendapatan rendah menderita malh perkara ini akan menyumbang lebih banyak kepada permasalahan jenayah di dalam negara kita.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh ana_saleh ([email protected]) pada Ahad, 03 Ogos 2008 @ 1:33:39
(Info AHLI)
Kesilapan menaikkan terlalu mendadak, dan bagi ana jika antum semua jadi PM pun, antum pun akan menaikkan harga minyak, sepatutnya beransur kenaikkan. walaubagaimanapun kita masih dalam kuasa mampu membeli. Dan kalau betul membebankan rakyat, Kenapa jualan kenderaan terus meningkat hingga 27 peratus berbanding tahun lepas. Jangan terlalu emosi, kalau nak berjimat boleh sahaja. selamat berjimat.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh Aspari pada Ahad, 24 Ogos 2008 @ 18:07:19
(Info AHLI) http://ismammursidi.blogspot.com/
Harga minyak semakin menurun...sumber akan kehabisan akhirnya...buat &D baru guna air penggerak enjin =)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh seruan_jihad ([email protected]) pada Isnin, 08 September 2008 @ 13:28:25
(Info AHLI)
memang tidak patut
seharusnya sebagai negara pengeluar minyak,
kenaikan harga minyak tidak boleh dinaikkan sewenangnya
mesti ada pihak yang ambil kesempatan!!!
rakyat menderita..
dan kemudian orang sanggup merompak sebab nak sara diri
sepatutnya sebelum naikkan harga,
tengok kebaikan dan keburukan
kesan jangka panjang
turunkan harga minyak pada tahap yang minimum
saya mewkili rakyat yang punya keluarga berpendapatan rendah
sifat kerajaan seharusnya membantu rakyat
bukan menggunakan rakyat untuk kepentingan sendiri!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh joehaneyz pada Jumaat, 12 September 2008 @ 12:45:13
(Info AHLI)
Kesannya lebih dirasai oleh golongan yang berpendapatan rendah & sederhaha..

senario di Malaysia sedikit berbeza dengan negara2 pengeluar minyak lain. di Malaysia, kenaikan harga barang berkaitan dengan harga jualan petrol&diesel. jika harga petrol & diesel, maka harga barang lain akan mula melambung. di negara-negara pengeluar minyak lain, mereka sememangnya menghadapi situasi di mana harga barang terutama makanan tidak langsung dipengaruhi oleh harga minyak. ini kerana negara2 ini mengeluarkan minyak untuk mengimport keperluan makanan.

di Malaysia, kita menghasilkan sendiri bahan asas makanan seperti beras. dan lain-lain lagi. jadi,seharusnya harga minyak di negara ini lebih murah berbanding negara lain.

jadi, diharap pihak kerajaan dapat menurunkan lagi harga minyak di tahap yang lebih rendah agar rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan harga minyak & bahan makanan ini..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh ikie86 pada Khamis, 25 September 2008 @ 17:06:12
(Info AHLI)
kenaikan minyak boleh dikurangkan sekiranya kita sedar siapa kita sepertimana negara brunei...Kenapa negara tersebut tiada kenaikan??
Kenapa ye??

tahu tak Kenapa??

Kerana negara tersebut mengamalkan "Khazanah Negara Adalah Milik Rakyat Jelata" dan negara sekecil itu boleh kaya daripada negara kita yang memiliki jutaan persegi kawasan Malaysia...

Kita perlu bersyukur kerana apa sudah kita kecapi..sekiranya minyak2 tersebut boleh disimpan lebih banyak daripada kita keluar, kita sudah memiliki satu peluang kerana kita pengeluar...

Kewangan sememangnya di kuasai oleh musuh islam..nampak beza negara besar kita dengan negara sekecil gugusan pulau-pulau kat sabah sarawak iaitu Singapore...

Kita cuba2 fikir dari mana duit2 dia masuk dan Kenapa nilai mata wang kita berbeza dan indonesia pula lagi teruk daripada kita???

hahahaa mungkin dah tau Kenapa kan?? saya harap kita bersyukur apa yang ada dan mula kita jangan bergantung kepada negara Musuh Islam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh ct_iman pada Jumaat, 03 Oktober 2008 @ 2:22:01
(Info AHLI)
kenaikan minyak bukan disebabkan kerajaan sesuker hati mahukan kenaikan harga minyak.terdapat banyak faktor2 yang menyebab kenaikan harga minyak sebagai contohkekurangan pengeluaran minyak di negara pengeluar minyak itu sendiri....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



  • tiffanys oleh Tetamu pada Selasa, 19 Oktober 2010 @ 10:39:36


Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh fantasi87 ([email protected]) pada Jumaat, 10 Oktober 2008 @ 14:33:33
(Info AHLI)
ada baik dan buruknyer..............
yang baik..kurang pencemaran udara dan bunyi.....
buruknyer.........
harga barang naik........
harga tiket bas naik........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh hanis007 ([email protected]) pada Selasa, 14 Oktober 2008 @ 17:59:17
(Info AHLI) http://-/
kerajaan bajet.. nak bandingkan negara kita dengan negara bukan pengeluar minyak.. negara pengeluar minyak lain tak naik harga pun.kecoh gila kerajaan naik tak agak-agak pula 2.kan membebankan rakyat.. cuba lepas ni bandingkan harga minyak di negara kita dengan negara pengeluar minyak pulak..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Kenaikan mendadak harga minyak
oleh haffiss86 ([email protected]) pada Selasa, 21 Oktober 2008 @ 12:28:40
(Info AHLI)
asslamualaikum sahabat-sahabat.....

hai.....dengar saja harga minyak naik....
macam-macam dalam otak ni kena fikir.......
dah ayah tercinta pergi takkan kembali.....
semua blnja family terletak pada saya.....


bil air....bil elektrik....blnja rumah semua nak kena jimat......
yuran pgjian lagi.....makan minim lagi.....
ish2.... pening kepala fikir...


tu lah kesan kenaikan minyak naik ni pada saya yang kais pagi makan pagi ni....
kais petang makan petang.......
minyah naik mendadak betul,nak turun allah lambat....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Kenaikan mendadak harga minyak
oleh qilone ([email protected]) pada Khamis, 30 Oktober 2008 @ 19:13:48
(Info AHLI)
Tidak dapat dinafikan kenaikan harga minyak berkaitan terus dan selari dengan kenaikan harga pasaran bagi barangan dan perkhidmatan.

Apabila harga pasaran meningkat,kos hidup sudah pasti meningkat mengakibatkan kuasabeli menurun.

Apa yang pasti rakyat akan cuba mencari alternatif untuk meningkatkan pendapatan agar kuasa beli mereka setara dengan keadaan ekonomi semasa.Begitulah yang ketara ketika bulan ramadhan lepas dimana peningkatan peniaga-peniaga baru muncul sehinggakan "Lambakan usahawan" segera ini mengeluh panjang kerana terlalu banyak persaingan tetapi kekurangan pelanggan kerana pelanggan masih berhati-hati dalam perbelanjaan masing-masing akibat kenaikan harga barang yang mendadak.

Saya bukanlah arif didalam ekonomi tetapi, sebagai negara pengeluar minyak yang hasil minyaknya melebihi permintaan dimana lebihan 150,000 tong sehari masih boleh dijual(Sememangnya purata pengeluaran minyak negara sebanyak 650,000 tong , jumlah penggunaan domestik 500,000 tong)tetapi kesemua 650,000 tong semuanya dieksport kerana minyak kita amat berkualiti (Kategori tapis blend) dan membeli semula minyak kelas 3 untuk kegunaan domestik

Sebagai rakyat kita terpaksa akur apa sahaja keputusan kerajaan berkenaan harga minyak.Apa yang mengesankan rakyat "naik minyak" apabila keputusan kerajaan itu tidak telus dan lebih kepada keputusan korporat tetapi tidak kepada kebajikan rakyat!




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14755 saat. Lajunya....