|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya. -- Ilham Pujangga
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
Poll Results
Bila target anda untuk menunaikan Haji
Umur 15 -- 20 tahun |   0.81 % (5) | Umur 20 -- 30 tahun |   18.90 % (117) | Umur 30 -- 40 tahun |   19.22 % (119) | Umur 40 -- 50 tahun |   4.04 % (25) | Umur 50 -- 100 tahun |   0.65 % (4) | Sebaik saja berkemampuan |   37.32 % (231) | Sudah mula mengumpul wang |   3.88 % (24) | Sudah mula belajar tentang Haji |   0.81 % (5) | Sudah menanamkan azam dan cita2 |   9.69 % (60) | Sudah menunaikan Haji |   2.75 % (17) | Tak pernah merancang |   1.94 % (12) |
Jumlah Undian: 619 Hanya 1 undian sehari!
[ Tempat Mengundi | Survey Lain ]
|
|
"Bila target anda untuk menunaikan Haji" | Login/Mendaftar | 7 Komens |
|
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena. |
Re: Bila target anda untuk menunaikan Haji oleh Ameen pada Jumaat, 02 Disember 2005 @ 11:03:53 (Info AHLI) | ...Ameen ingin memberi pendapat. Ameen rasa bagi setiap Manusia yang beragama Islam perlu merancang untuk menunaikan Haji kerana menunaikan haji ialah tuntutan Islam dan ia adalah rukun Islam yang Ke-5, jadi sesiapa yang belum merancang untuk menunaikan Haji perlulah merancang....Insyallah |
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]
Re: Bila target anda untuk menunaikan Haji oleh MohdHanafi pada Jumaat, 02 Disember 2005 @ 22:03:02 (Info AHLI) http://naimppkk.blogspot.com/ | Fenomena seperti ini, menunjukkan ramai di antara kita yang tidak meletakkan matlamat dalam bentuk yang solid, diskrit pada masa. Mereka lebih gemar meletakkan garis panduan target yang samar-samar, tidak pasti bilakah waktu yang ideal untuk mencapai perkara tersebut. Membuat perancangan untuk menunaikan sesuatu perkara (lebih-lebih lagi yang melibatkan wang), haruslah mengikut jangkaan-jangkaan di 'luar' batas kemampuan segera. 'Luar' itu maknanya memerlukan nafas panjang dengan perancangan yang strategik, mengambil masa terkumpul yang lama dan panjang. Sikap manusia yang gopoh-gapah banyak merugikan. Jika hari ini, berniaga pulangan keuntungan yang berlipat kali ganda diharap diperoleh seawal setahun umur perniagaan. Akibatnya ramai peniaga yang gagal menerima keuntungan dalam margin yang kecil, sehingga melupakan lima tahun akan datang keuntungan yang besar itu mampu dicapai.
Justeru, kita perlu mendidik diri untuk menerima yang sedikit. Berdikit-dikit dengan sesuatu kebaikan, akhirnya bak kata orang, pasir halus yang disusun dalam acuan konkrit mampu berdiri dengan gah menjadi sebuah bangunan yang kukuh. Ibadah haji yang ditunaikan dan akan ditunaikan memerlukan wang yang banyak. Dalam merencang, apakah tabungan yang telah dibuat secara berkala dan istiqmah yang telah dibuat? Saya telah mengkaji perkara ini, ketika belajar saya menabung RM50 sebulan untuk keperluan ini. Apabila bekerja nilai itu bertambah menjadi RM100. Semasa akaun tabungan menjadi tanggungan bapa (9-18 tahun), beliau memasukkan RM5 setiap bulan. RM5 bagi seorang bapa seperti ayah saya sudah cukup besar, kerana kami semuanya seramai 8 orang (pada ketika tabungan itu dibuat). Maka dengan perancangan ini saya berharap (jika dipanjangkan umur) dapat menunaikan haji pada umur 40 tahun, semestinya bersama-sama isteri.
Komen penuh dalam blog ana. |
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]
Re: Bila target anda untuk menunaikan Haji oleh putra_adi ([email protected]) pada Ahad, 04 Disember 2005 @ 19:41:31 (Info AHLI) | assalamualaikum...segala pujian hanya bagi Allah Yang Maha Pemurah,selawat serta salam buatmu Rasulallah.pada pandangan saya seseorang muslim itu perlu meletakan azam yang tinggi,disamping meletakan matlamat atau target yang bersuaian. bagi saya seseorang itu perlu menunaikan tuntutan ini pada usia yang muda dalam lingkungan 20-40 tahun, sebagai mana yang kita ketahui beribu-ribu umat Islam menunaikan haji pada waktu itu, dengan jasmani yang sihat dan kuat dapat membantu kita melancarkan ibadah haji kita tanpa gangguan kesihatan dan seumpama dengannya.walau sedemekian bukanlah usia yang muda atau kemampuan yang tinggi dapat membantu kita menunaikan ibadah haji. ini semua adalah pertolongan dan pilihan dari Allah yang Maha Pemurah. Oleh itu janganlah kita lupa dari sentiasa memohon kepada Allah agar diberi peluang ini disamping berusaha mencapai target keazaman untuk menunaikan ibadah haji.perlu di ingati persediaan rohaniah dan juga jasmaniah perlu di mantapkan dari kini sebelum menjejaki tanah suci ini,disamping mempermudahkan amalan disana ia jua dapat menambah kasih sayang Allah kepada umatnya kerana melakukan ibadah yang sempurna bukan sahaja semasa menunaikan ibadah haji ,namun setiap masa dan dimana jua kita perlu menjaga amalan ibadah kita ,terutamanya solat secara berjemaah. waallahuan'lam |
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]
Re: Bila target anda untuk menunaikan Haji oleh kuahdurian ([email protected]) pada Ahad, 18 Disember 2005 @ 13:00:12 (Info AHLI) | boleh tambah satu lagi pilihan jawapan tak? menunaikan haji selepas berkahwin. nak pergi menunaikan haji dengan suami/isteri tercinta. |
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]
Re: Bila target anda untuk menunaikan Haji oleh zaid3246 pada Ahad, 08 Januari 2006 @ 23:42:34 (Info AHLI) | bagi saya,saya akan mengerjakan haji sebaik sahaja saya berkemampuan untuk menunaikan haji.. |
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]
Re: Bila target anda untuk menunaikan Haji oleh hairani pada Khamis, 03 Ogos 2006 @ 17:16:14 (Info AHLI) | manusia hanya mampu merancang,tapi tuhan yang menentukan.sebaik-baiknya sementara kita masih sihat dan kuat inilah kita menunaikan fardhu haji supaya dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna dan tidak menyusahkan orang lain.ini yang seharusnya kita kejar dahulu. |
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]
|