Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 209
Ahli: 0
Jumlah: 209




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Penghibur Hati Penawar Luka
 Posted on Selasa, 05 Ogos 2003 @ 12:43:49oleh Engku_Salina
Umum mohm3 menulis Seandainya anda melakukan kesalahan dan tidak mahu mengakui kesalahan itu sebenarnya anda telah melakukan dua kesalahan. Tetapi seandainya anda dengan senang hati mengakui kesalahan tersebut maka anda telah meletakkan kesalahan itu pada hari semalam, meletakkan akal untuk hari ini dan hikmah untuk esok.

Aku berbangga... maka aku dihina.

Berkata seorang yang sangat soleh " Aku pernah melihat seorang pemuda yang kaya tawaf di ka'bah, disekelilingnya khadam-khadam yang mengawalnya dan menghalang manusia lain dari menggangu perjalanannya, supaya tidak ada sesiapa yang menggangunya melakukan tawaf. Setelah beberapa tahun dari peristiwa tersebut aku melihatnya sekali lagi disuatu tempat yang lain meminta sedekah. Lantas aku bertanya kepadanya " Apakah yang menyebabkan anda sebegini rupa ?". Maka jawabnya :" Aku telah sombong di tempat semua manusia tunduk kepada Allah, maka Allah mnundukkan aku ditempat manusia lain sombong".

Siapa ini wahai Amirul Mukminin

Pada suatu hari Muhammad bin Ziad bertemu Al-Wathiq. Kedatangannya disambut dengan penuh penghormatan dan kebesaran. Maka bertanya salah seorang pembesarnya : " Siapakah ini wahai Amirul Mukminin ? ". Maka jawab Al-Wathiq : " Dialah manusia yang pertama sekali melembutkan lidahku menyebut nama Allah dan mendekatkanku dengan rahmat Allah".

Benci berdiri dihadapan pintu (Meminta-minta)

Tersebut kisah Syeikh 'izzuddin bin Abdus Salam, apabila selesai menyuruh anak-anak muridnya membaca sesuatu pelajaran, maka dia akan mengarahkan mereka akan membaca sebaris pelajaran yang baru. Sambil berkata " Bacalah sebaris dari pelajaran yang akan datang, sesungguhnya aku tidak suka berdiri dihadapan bab (pintu) . (Meminta-minta).

Seandainya ada sesuatu.

Jika ada suatu peerkara yang lebih tinggi dari kehidupan maka ia adalah kesihatan. Seandainya ada perkara yang menyerupai kesihatan maka ia adalah kekayaan. Seandainya ada suatu perkara yang lebih tinggi dari kematian maka ia adalah sakit.Dan seandainya ada suatu perkara yang menyerupai sakit maka ia adalah kemiskinan.

Katakan....

- Tiga perkara yang menunjukkan akal tuannya : Hadiah,Buku dan utusan.

- Wahai saudara jangan ketawa melainkan perkara yang menakjubkan dirimu, jangan berjalan melainkan ada tujuan dan jangan meminta sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat buat mu.

Jawapan yang mendiamkan..

Berkata Abu Ainak. Aku berkata kepada Ahmad bin Abu Daud : " Ada sekumpulan manusia mengerumuniku untuk mengapa-apakanku" Katanya " Kekuasaan Allah diatas kekuasan mereka) " Kataku " Mereka ramai dan aku seorang". Katanya :" Berapa banyak kumpulan yang sedikit menewaskan kumpulan yang ramai ?". kataku : " Mereka mempunyai perancangan". Katanya : " Perancangan yang jahat akan kembali kepada ahli keluarga mereka"...

Jangan mencela sebahagian dari kamu sebahagian yang lain...

Pada suatu hari Ibrahim bin Adham menjemput orang ramai ke rumahnya untuk menjamu mereka, apabila orang ramai telah mengambil tempat duduk masing-masing untuk menyantap makanan, maka ia berkata kepada mereka: " Sesungguhnya kaum yang terdahulu daripada kamu memakan roti sebelum daging tetapi kamu memakan daging sebelum memakan roti (mengumpat)


Sindiran yang tenang

Diceritakan sebuah kisah seorang pakar hadis menemui anak-anak muridnya sambil berkata " Aku tidak akan keluar dari rumahku hari ini melainkan untuk bertemu orang yang paling aku marahi"

Anda adalah dia.

Hasan Al-Basri melihat sekujur jenazah dibawa berlalu dihadapannya, sambil berkata kepada sahabatnya " Adakah anda berpendapat bahawa seandainya jenazah itu diberi peluang untuk kembali ke dunia adakah dia akan beribadat ?". Jawab sahabatnya " Sudah tentu sekali. Maka kata Hasan Al-Basri : " Seandainya dia tidak mampu untuk kembali kedunia untuk itu, maka anda adalah dia"

Kenapa mulutmu berong ?

Berdiri seorang badwi yang berong mulutnya dihadapan seorang Gabenor. Maka badwi tersebut mula memuji-muji gabenor tersebut dengan kata-kata yang indah dan memukau untuk mendapatkan ganjaran darinya. Sebelum selesai badwi tersebut membaca qasidahnya Gabenor tersebut memintas :" Kenapakah mulutmu berong ? ". Maka jawabnya : " Mungkin ia adalah pembalasan dari Allah ". Kata Gabenor itu lagi : " Atas dosa apakah engkau dibalasi sedemikian ? ". Maka jawab badwi tersebut :" Diatas pembohongan aku memuji-muji sesetengah manusia ".

Untuk Hawariyun (Pengikut Nabi Isa)

Berkata Nabi Isa a.s

Janganlah kamu memandang amalan manussia lain seakan-akan kamu Tuhan, lihatlah kepada amalan kamu sendiri seakan-akan kamu seorang hamba. Manusia itu ada dua golongan. Pertama yang ditimpa bala dan yang kedua yang diberi nikmat. Kasihanilah mereka yang ditimpa bala dan bersyukurlah diatas nikmat.

Lebih sukar dari itu.

Berkata seorang lelaki kepada seorang bijaksana : " Ketahuilah bahawa perkara yang paling sukar bagi seorang manusia adalah memperolehi sesuatu yang dia tidak minati ". Maka jawabnya : " Ketahuilah wahai saudara sesungguhnya yang lebih sukar dari itu ialah untuk seseorang itu meminati apa yang dia tidak perolehi ".

Aku tidak sabar...

Seorang lelaki menemui Aristotle katanya : Aku tidak sabar dalam keletihan menuntut ilmu". Maka jawab Aristotle " Jadi, sabarlah berada di dalam kepompong kebodohan".

Lebih hampir kepadaku..

Seorang lelaki menemui Musa bin saja'afar, katanya :" Orang yang lalu lalang dihadapan kamu merosakkan sembahyang kamu". Maka jawab Musa bin saja'afar " Yang kerananya aku sembahyang (Allah) lebih dekat kepadaku dari orang-orang yang lalu lalang dihadapanku".

Kiralah bilangan yang gila...

Dikatakan kepada seorang yang bijaksana: " Kirakan untukku bilangan orang-orang gila". Maka katanya " ini memakan masa. Walaubagaimanapun aku hitungkan untukmu jumlah mereka yang berakal". Lanatas dia berkata :

Tidak ada kenikmatan yang kekal melainkan...Berbicara dengan orang yang berakal..

Mereka ini seandainya disebut sedikit..Maka akan menjadi lagi sedikit dari sedikit.

Jangan hujumi diriku dengan celaan
Seorang lelaki telah mencela seorang badwi katanya : " Wahai badwi aku mencela dan mengeji dirimu". Maka balasnya " Wahai saudara janganlah menghujumi diriku dengan celaan, tinggalkanlah sedikit peluang diriku untuk mendapat kebaikan. Aku tidak pernah mencerca dan mengeji manusia ketika aku kecil, Jadi bagaima mungkin untuk aku melakukannya ketika aku dewasa ?. Aku tidak mahu membalas orang yang memaksiati Allah ke atas aku melainkan dengan melimpahkan ketaatanku kepada Allah lebih banyak kepadanya. Maka lelaki tersebut terdiam.

Masa berubah-ubah maka berhati-hatilah....

Berkata Az-Zuhri " Aku tidak pernah mendengar kata-kata yang lebih baik dari kata-kata yang diungkapkan oleh seorang lelaki kepada Sulaiman bin Abdul Malik. Katanya " Wahai Amirul Mukminin, dengarkan daripadaku empat perkara yang mendatangkan kebaikan untuk agamamu, akhiratmu dan duniamu". sambungnya " Jangan berjanji dengan seseorang sebarang janji seandainya kamu tidak berhajat untuk memenuhinya, Jangan kamu mengharapkan mendaki lebih senang seandainya menurun itu sukar, ketahuilah setiap perbuatan ada pembalasan maka berhati-hatilah dengan natijahnya, masa berubah-ubah maka berhati-hatilah... ".

Tiada tambahan.

Bertanya Al-Hajjaj bin yusof kepada Kharim An-Naim " Apakah nikmat ? Katanya " Keamanan, kerana aku mendapati orang yang berada di dalam ketakutan tidak bererti langsung baginya kehidupan ini". sambung Al-Hajjaj " Tambahlah lagi.." Katanya " Kesihatan, kerana aku mendapati orang yang sakit langsung tidak bermakna baginya kehidupan ini". Kata Al-Hajjaj lagi " Tambahlah lagi..." Katanya " Kaya, kerana aku melihat orang yang fakir langsung tidak bermakna baginya kehidupan ini" Kata Al-Hajjaj lagi " Tambahlah lagi..". Katanya " Waktu muda, kerana aku melihat orang yang telah tua tidak bermakna lagi baginya kehidupan ini ". Kata Al-Hajjaj lagi " Tambahlah lagi ..". Jawabnya " Aku tidak melihat ada lagi tambahan "

Bukti kukuh..

Salah seorang sahabat Asmu'i menemuinya untuk meminjam sesuatu. Kata Asmu'i " Sudah tentu boleh, tetapi dengan mendatangkan bukti sudah tentu hatiku lebih tenteram". balas sahabatnya :" Adakah tuan tidak mempercayai diriku ?". Sambil tersenyum Asmu'i membalas :" Bahkan... Nabi Ibrahim juga meyakini kekuasaan Allah tetapi ia tetap berkata " Untuk menenangkan hatiku..."

Jangan menceritakannya kepada sesiapa.

Pada suatu hari Al-Hajjaj berenang di Teluk Parsi. Tiba-tiba di tidak dapat mengawal dirinya dan hampir lemas. Peristiwa tersebut diperhatikan oleh seorang pemuda muslim. Lantas ia terjun ke laut untuk menyelamatkannya dan membawanya ke tebing. Dalam keadaan berterima kasih Al-hajjaj berkata kepada pemuda tersebut : " Mintalah sesuatu nescaya permintaanmu itu akan akuperkenankan ". Dalam keadaan bingung pemuda itu bertanya :" Siapakah tuan hamba sehinggakan mampu memperkenankan segala permintaanku ?". Maka balas Al-Hajjaj :" Aku adalah Al-Hajaj bin Yusof Al-Thaqafi". Dalam keadaan tersenyum permuda itu menjawab : " Maka kalau begitu , permintaan aku agar jangan kamu cerita kepada sesiapa yang aku telah menyelamatkanmu".

Abdul Rahman bin Auf..

Kata Abu Umar..
"Ketika mana Abdul Rahman bin Auf hampir menemui ajalnya dia menangis dengan tangisan yang sangat dasyat. Ada dikalangan sahabat bertanya mengenai tangisannya itu maka katanya : " Mus'ab bin Umair lebih mulia dariku, ia wafat pada tahun kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. dan dia tidak memiliki sesuatu pun untuk mengafaninya.Hamzah juga lebih baik dariku dia wafat pada zaman nabi s.a.w. dan dia juga tidak mempunyai sesuatu untuk mengafaninya. Aku takut menjadi golongan manusia yang dicepatkan nikmatnya semasa kehidupannya di dunia dan aku juga takut dikongkong sahabat-sahabatku kerana banyaknya hartaku".

Diantara Fudhail dan Ar-Rasyid.

Khalifah Ar-Rasyid adalah seorang Khalifah Abbasiyah yang suka mendengar nasihat-nasihat daripada Fudhail bin 'iyadh. Pada suatu hari Fudhail berkata kepadanya " Wahai Amurul Mukminin, lihatlah kepada seluruh rakyatmu, sesungguhnya Allah tidak menjadi seorang pun di kalangan mereka pada hari ini yang darjatnya lebih tinggi daripadamu di dunia , maka bersungguh-sungguhlah agar tidak seorang pun dari pada mereka yang tinggi darjatnya daripadamu diakhirat kelak". Lantas Ar-Rasyid menangis sehingga kuyup janggutnya.

Saya.

Seorang lelaki mengetuk pintu Al-Jahiz. Al-Jahiz bertanya : " Siapa itu ?". Jawab pemuada itu " : "Saya". Al-Jahiz membalas : " Maka engkau dengan pintu ini sama".


Doa yang mustajab

Ditanya kepada Imam Ali bin Abi Thalib jarak di antara timur dan barat. Jawabnya : " Sehari perjalanan Matahari". Ditanya pula kepadanya jarak di antara bumi dan langit, maka jawabnya : "Doa yang mustajab".

Jawatan

Dikatakan kepada Abdullah bin Hasan : Seandainya seseorang diamanahkan dengan suatu tanggangjawab yang di luar kemampuannya, maka hendaklah ia menukarkannya. Tetapi seandainya dia diamanahkan dengan tanggungjawab yang mampu dipikulnya maka, terimalah.

Moga dijauhkan Allah perkara yang engkau benci

Seorang bijaksana telah mendengar doa seorang lelaki kepada temannya, katanya : Semoga Allah menjauhkan dirimu dari perkara yang engkau benci.Berkata orang yang bijaksana tersebut : "Seolah-olah engkau mendoakan agar dia mati. Sesungguhnya setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini akan menemui perkara yang dibenci..".

Menyembunyikan rahsia.

Simpanlah rahsia dirimu dan janganlah menceritakannya kepada orang yang kamu percayai nescaya ia akan membocorinya dan jangan pula menceritakkannya kepada orang yang jahil nescaya ia akan mengkhianatinya. Pepatah arab ada menyebut : "Seandainya kamu tidak mampu menyimpan rahsiamu bagaimana mungkin orang lain menyimpannya".

Adakah kamu tidak mempunyai sebarang permintaan?.

Seorang pemuda solat disebelah Abdullah bin Mubarak. Sebaik sahaja selesai memberi salam lantas ia bangun dari duduknya. Maka Abdullah bin Mubarak menarik lengan jubahnya sambil berkata : "Adakah kamu tidak mempunyai sebarang permintaan dari Tuhanmu ? ".

Di atas kamar kematian Said bin Musayyib

Pada suatu hari Said bin Musayyib berada di dalam keadaan sangat tenat. maka Nafi' bin Jubair datang menziarahinya. Tiba-tiba Said bin Musayyib tidak sedarkan diri. Maka Nafi' mengarahkan sahabat-sahabat yang berda disisi Said untuk mengarahkan tempat tidur Said ke arah kiblat. Sebaik sahaja sedar dari pengsannya. Said bin Musayyib terkejut dengan kedudukannya yang mengarah ke kiblat. Tanyanya :" Siapakah yang mengarahkan kamu mengarahkan aku ke kiblat ?. Adakah Nafi, ? ". Sahabat-sahabat disekelilingnya membenarkan dakwaannya. Maka katanya lagi : " Demi Allah seandainya aku bukan dari golongan ahli Kiblat(Selalu bersolat) dan juga Islam, nescaya tidak ada faedah kamu mengarahkan tempat tidurku ke arah kiblat".


2 Dirham bagi setiap orang gila.

Berkata seorang lelaki kepada sahabatnya : " Gabenor negeri ini mengarahkan agar setiap orang gila diberi dua dirham ". Maka jawab sahabtnya : "Mudah-mudahan engkau telah mendapat bahagianmu ".

Apa pandanganmu

Dikatakan kepada Abu 'Aqil Al-'Iraqi : " Apa pandangan tuan terhadap Marwan bin Hakam ketika tuan meminta sesuatu daripadanya ? ". Jawabnya : "Pada pandangan saya Keinginannya untuk memberi lebih tinggi daripada keinginnannya untuk dihargai dan keinginannya untuk menunaikan permintaan manusia lebih tinggi dari keinginan manusia yang ingin permintaan mereka ditunaikan ".

Aku tidak tahu.

Pada suatu hari Waiz ditanya mengenai suatu masalah ketika dia sedang berkhutbah diatas mimbar. Maka jawabnya :" aku tidak tahu". Berkata si penanya :" Mimbar ini bukanlah tempat bagi orang yang jahil". Maka jawabnya " Aku menjadi sebegini kearana ilmuku, seandainya aku tinggi sebegini kerana kejahilanku sudah pasti aku sampai ke langit".

Di antara bijak dan bodoh.

seorang lelaki bertanya seorang yang bodoh : Wahai pemuda, adakah engkau meminum arak ? ". Maka jawabnya " Orang yang bijak meminum arak supaya ia menyerupai aku. Seandainya aku turut meminum arak maka aku hendak menyerupai siapa ?".

Matahari

Imam Ghazali pernah berkata : " Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat kepada orang lain samalah seperti matahari yang menerangi dirinya dan orang lain dalam keadaan ia bercahaya ".

Undang-undang si bakhil

Berkata seorang bakhil: " Aku tidak akan makan kecuali di tengah malam". Maka ditanya kepadanya : " Mengapa sedemikian wahai tuan". Jawabnya : " Supaya air sejuk dan selamat dari orang yang datang menjenguk serta selamat dari yang meminta-minta".

Aku berkawan dengan manusia

Berkata Wahib bin Al-Ward :" Aku bersahabat dengan ramai orang semenjak lima puluh tahun yang lalu. Aku tidak menemui seorang pun daripada mereka yang memaafkan kesilapanku, meringankan bebananku dan menutup keaibanku".

Wasiat seorang ibu

Seorang ibu mewasitkan kepada anaknya berberapa perkara sebelum si anak berangkat meningalkan kampungnya. Katanya : " Wahai anakku engkau akan bersama-sama dengan manusia yang ganjil, dan meninggalkan teman-teman, maka mudah-mudahan engkau tidak menemui musuh. Gauilah manusia dengan senyuman yang menawan dan bertaqwalah kepada Allah dalam keadaan nyata dan bersembunyi. Tonjolkan yang terbaik dalam dirimu sepertimana yang engkau inginkan dari insan lain dan apa yang engkau benci darinya jauhkanlah ia dari dirimu. Beramallah dengan nasihatku ini. Sesungguhnya manusia tidak melihat keaiban dirinya sendiri ".

Sebaik-baik jiran

Menurut Hasan Al-Basri : " Orang yang menahan kejahatan jirannya bukanlah jiran yang terbaik, tetapi yang sabar diatas kejahatan jirannya adalah jiran yang terbaik".

Permohonan ahli neraka

Ditanya seseorang :" Siapakah yang engkau paling sayangi saudaramu atau sahabatmu". Jawabnya : " Aku tidak akan menyayangi saudaraku seandainya dia bukan sahabatku". Berkata ibnu Abbas : " Sahabat lebih hampir dari saudara, adakah engkau tidak melihat permohonan ahli neraka ketika berkata :.............Dan mereka tidak memohon pertolongan dari bapa-bapa dan ibu-ibu mereka.

2 Beriman dan 2 kafir

Berkata Mujahid : "Raja yang pernah menguasai seluruh bumi ini empat orang, 2 daripada mereka itu beriman dan 2 lagi kafir. 2 yang beriman itu : Nabi Sulaiman bin daud dan Zulkarnain. Manakala 2 lagi yang kafir adalah Namrud dan Nabucadnezzar, yang meruntuhkan Baitul Maqdis.

Tetamu yang membosankan.

Seorang tetamu telah datang bertandang ke rumah sebuah keluarga sehingga mendatangkan kebosanan kepada keluarga tersebut.Berkata si suami kepada isterinnya suatu hari : " Wahai isteriku yang bijaksana bagaimanakah pandanganmu untuk kita menghalau tetamu ini dengan cara yang terbaik". Maka jawab isterinya : " Kita melakukan helah seakan-akan bergaduh dan memintanya menhukumi di antara kita siapakah yang zalim". Setelah kedua suami ini bersepakat maka si isteri pun menemui tetamu tersebut dan berkata : " Wahai tuan yang baik budi,oleh kerana tuan hamba ingin meninggalkan rumah kami esok pagi, maka saya ingin minta jasa baik tuan menghakimi kami, di antara kami ini siapakah sebenarnya yang zalim". Dalam keadaan tersenyum tetamu tersebut berkata : " Wahai perempuan yang baik hati, oleh kerana saya ingin bersama kalian sebulan lagi, saya pun tak tahu siapakah sebenarnya diantara kamu yang zalim".

Benar

Orang yang mulia apabila berkuasa akan tawaduk dan orang yang hina apabila berkuasa akan takabbur.

Wanita yang palling mulia.

Ditanya seorang A'rabi mengenai perempuan. Dia adalah seorang yang sangat mahir mengenai mereka, lantas dia menjawab : "Wanita yang paling mulia, apabila berdiri dia akan berdiri dengan lurus, apabila duduk dia akan duduk dengan sopan, apabila bercakap tidak menipu, apabila marah, dia sabar, apabila ketawa dia tersenyum, apabila melakukan sesuatu dia melakukan dengan sangat sempurna, mentaati suaminya, menguruskan rumahnya,mulia dikalangan masyarakatnya, hina di dalam dirinya, subur dan setiap kelakuannya adalah terpuji".

Pembaziran

Seorang lelaki menegur perbuatan Hasan bin Sahahl kerana terlalu berlebihan di dalam pemberiannya, katanya : " Tiada kebaikan di dalam pembaziran ". Maka jawabnya pula : " Tiada pembaziran di dalam kebaikan".

Anjing dibebaskan batu diikat.

Seorang pemuda badwi melalui sebuah kampung. Tiba-tiba sekumpulan anjing menyalak dan mengejar pemuda tersebut. Dalam keadaan ketakutan pemuda tersebut cuba mencapai batu yang berselerakkan di atas tanah berhampiran tempatnya berdiri. Walaubagaimanapun batu-batu tersebut tertanam kejap di dalam tanah sehingga sukar untuk menarinya. Dalam keadaan menyumpah-nyumpah katanya : " Sungguh bodoh penduduk-penduduk kampung ini, anjing di biarkan bebas tetapi batu pula yang ditambat".

Berkata Abu Aswad :
" Tiada suatu perkara pun yang lebih mulia daripada ilmu. Para raja merupakan pemeritah ke atas manusia sedangkan ulama' merupakan pemerintah kepada raja".


Sia-sia

Berkata seorang lelaki kepada Abu Hurairah : " Aku ingin menuntut ilmu tetapi aku takut aku akan mensia-siakannya. Maka jawab Abu Hurairah : " memadailah dengan tidak menuntut ilmu sebagai mensia-siakannya".

Benar

Berkata Yazid bin Muawiyah : " Tiga perkara yang menunjukkan kurangnya akal dan membuktikan kelemahan adalah :
- Terlalu cepat menjawab
- Panjang angan-angan
- Terlalu banyak ketawa.

 

  Umum


Komen


"Penghibur Hati Penawar Luka" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Penghibur Hati Penawar Luka
oleh munawwar pada Selasa, 05 Ogos 2003 @ 15:46:26
(Info AHLI)


Subhanallah ! pjg betul artikel ni.. tapi memang perlu sabar byk membacanya.. Apapun memang best !
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.26939 saat. Lajunya....